IRSYA
NATASYA kelihatan rambang mata. Berkilau-kilau matanya melihat kilauan emas
yang sedia ada disitu. Baik dari cincin, gelang..hmm..nak pilih yang mana satu pun dia tak tahu.
“Dahlah. Pilih. Tak kisahlah yang mana
pun. Saya bayar aje.”
“Eii..Berlagaknya ayat. Tahulah banyak
duit.”
Irfan Faris membesarkan mata. Irsya
Natasya hanya tergelak. Padanya lelaki itu pandai juga bergurau.
Irfan Faris menantikan Irsya Natasya
membuat pilihan. Sesekali dia melihat gadis itu. Apa yang pasti, sejak tadi dia
melihat gadis itu hanya melihat-lihat sahaja dari luar kotak kaca. Langsung tak
minta nak tengok, pegang-pegang ke apa.
“Aii, awak. Tak pilih lagi ke?”
Irsya Natasya sudah mengaru kepala. “Awak
pilihkanlah. Saya tak retilah bab-bab nak memilih ni.”
Aduh..Apalah ngek sangat dia ni. Patutlah kena kahwin paksa. Barang pun tak reti
pilih, lagikan nak pilih calon suami. Mangsanya akulah. Kena kahwin dengan dia.
Haishh..Kata itu terbisik di hati
Irfan Faris.
“Awak tunjuklah mana yang awak berkenan.
Tengok dulu. Lepas tu cuba, okey ke tak? Itu pun tak reti!”
“Bukan tak reti. Benda-benda mahal macam
ni, saya tak biasa nak pegang.”
“Dah tu, kalau tak pegang, macam
mana nak pakai. Dah. Tunjuk aje mana yang awak berkenan. Cari cincin dulu. Awak
suka yang ada mata ke tak ada mata? Pilih aje tu. Pilihan banyak.”
Pandangan mata Irsya Natasya kembali
melihat akan susunan cincin di situ. Kebayakannya bertatah berlian yang
berkilau-kilau.
“Awak pilihkan ajelah senang. Taklah
awak nak kena tunggu lama dekat sini. Karang, bila suruh saya pilih karang
entah sampai pukul berapa. Saya memang fail
bab-bab ni. Rasanya, taste kita
sama aje. Awak pilih ajelah. Lagipun awak yang akan beri pada saya nanti. So, saya tunjuk jari manis ajelah.
Gelang pun awak pilihkan sekali tau. Saya terima aje. Tak kisah.”
‘Hai.. Apalah bakal isteri aku ni.
Orang dah kasi peluang nak pilih, tak nak. Aku juga yang kena.’Irfan Faris
terpaksa akur dengan kehendak bakal isterinya itu. Rasanya kalau orang lain
bila dioffer begitu, semuanya dia
nak. Itu, ini, semua dia tunjuk. Dia dapat menilai kini. Irsya Natasya bukan
seorang gadis yang materialistik.
Akhirnya Irfan Faris membuat pilihan. Disuruh
cuba itu dan ini. Mula-mula cincin. Lepas tu gelang. Apa yang tak boleh blah, gelang tu siap dia yang pakaikan.
Oii, Irfan Faris oii. Ni belum majlis batalkan air sembahyang lagilah. Sajalah
tu nak zass..zass..tangan aku.
Irfan Faris kemudian melihat rantai
leher. Dibelek-belek juga beberapa contoh yang diberikan.
“Oh..Nak kasi awek ea?”
“Kenapa? Jealous?”
“Taklah. Kalau jealous, tak adanya saya nak tanya. Saya just nak beri pendapat. Kalau nak kasi awek, kasi yang tebal sikit.
Lepas tu siap dengan loket. Hmm..Barulah
mantap.” Irsya Natasya sudah mengangkat ibu jari. Thumbs up.
“Okey. Kalau macam tu, tunjuk sikit
mana yang awak rasa berkenan nak kasi awek saya tu?”
Setelah menilik beberapa ketika,
akhirnya Irsya Natasya menujukkan pilihannya.
“Oh, untuk awek saya pandai pulak pilih. Untuk sendiri baik benar
kata tak reti.”
“Untuk orang lain, saya tunjuk aje yang
mahal-mahal. Untuk sendiri saya kena berkira-kira dengan harga. Karang mahal
sangat pulak.”
“Sayakan tak kisah mana yang awak pilih.
Mahal ke..apa ke...”
“Saya tak naklah perhabis duit awak. Tu
bukan cara saya.” Irsya Natasya memberitahu.
Irfan Faris akhirnya membeli rantai yang
dipilih Irsya Natasya. Sebenarnya, ia tidak termasuk dalam senarai pun. Saja
nak beli.
Setelah membuat pembayaran untuk
ketiga-tiga jenis barang tersebut…
“Nah.” Ujar Irfan Faris sambil menghulurkan
sebuah beg kecil mengandungi kotak baldu bewarna biru kepada Irsya Natasya. Ia
adalah rantai yang dibeli tadi.
“Hah? Ehh..Tak naklah. Gila apa kasi
saya rantai tu. Bukan ke tadi kata nak kasi awek awak.”
“Ada ke saya cakap nak kasi awek saya?
Nah, ambil. Saya kasi awak.”
“Eii..Tak nak..Tak nak..Tak nak..
Menakutkan tahu tak.”
“Menakutkan? Apa kes awak takut
dengan rantai ni. Dia makan awak ke?”
“Sorrylah.
Saya tak sukalah barang-barang yang terlebih mahal ni. Kalau hilang naya aje. Lagipun,
saya bukan pandang sangat benda-benda macam ni. Dah. Ambil balik.”
“Uit,
jangan bengangkan saya kat sini boleh tak. Terima ajelah. Itu pun susah ke. Bukan
awak yang keluar duit pun. Ambik!” Ujar Irfan Faris sambil membesarkan mata.
Gaya memaksa.
“ Ek’elek. Itu pun nak
besar-besarkan mata. Mata awak tu keciklah.”
“Menjawab aje. Degil betul. Saya dah
kasi ni, ambil ajelah!”
“Tak naklah. Kalau nak kasi, dah kahwin
nanti tak apalah. Sekarang ni, tak naklah. Tak pasal-pasal nanti kalau hilang
awak tuntut. Saya nak ganti dengan apa nanti?”
“Eh, degillah awak ni. Saya kata
ambil, ambillah. Tu pun susah sangat ke?”
“Mana boleh paksa. Saya tak naklah.
Kalau nak beri sangat, jadikan barang hantaran ajelah.”
“Tak payah nak hantaran-hantaranlah.
Ambil ajelah sekarang!” Irfan Faris menekan suara sambil menjengkelkan mata.
“Yalah, yalah. Saya ambil. Apalah. Orang
tak nak, dia bagi juga. Bagi cara macam ni, macam tak ikhlas tau tak.”
“E’eh. Membebel pulak dia. Sekali saya bagi karang!”
“Bagi apa? Hati awak?” sempat Irsya
Natasya berloyar buruk.
Irfan Faris buat muka.
Irsya Natasya tergelak sendiri. “Takut
ke nak bagi hati awak kat saya? Takut saya nak buat ulam ke? Hati awak berulam
jantung saya.”
“Jangan nak buat lawak bodoh pulak.Dah.Yang cincin dengan gelang ni,
saya bawa balik dulu.”
“Hmm..Yalah.Tahu.
Cuma.. saya tak tahu apa motif awak beri rantai ni. Mungkin awak nak cukupkan
set barang kemas untuk saya kut. Apa-apa pun terima kasihlah kat awak. Tapi
kalau tiba-tiba terhilang, jangan marah.”
Irfan Faris hanya menjeling pandang.
Irsya Natasya hanya tersenyum. Takkanlah
aku nak hilangkan. Gila! Mahal tu.
“Eh, semua sekali berapa ribu awak belanja?”Irsya Natasya menyoal.
“Tak payahlah tahu. Sibuk aje.”
“Banyaknya duit awak. Awak memang
tak kisah ea, keluar duit banyak-banyak. Orang kaya memang macam tu ke?”
Irfan Faris kembali menjeling Irsya
Natasya. Memang banyak kali dia menjeling Irsya Natasya. Jika dihitung, dia
juga tidak pasti berapa kali dia memberikan jelingannya pada gadis itu.
“Salah cakap ke?” soal Irsya Natasya
selamba. Irfan Faris tidak menjawab.
“Awak beli ni semua, memang guna
duit awak ke? Ke nanti awak claim kat
nenek?” Irsya Natasya sengaja menduga.
“Apa awak nak sibuk?”
“Bukan sibuklah. Saya nak tahu aje.
Awak memang sengaja nak habiskan duit nenek awak sebagai tanda protes ea? Sebab
tu awak tak kisah belanja banyak-banyak ni, kan? Lepas ni, mesti awak minta
bayaran balik dua kali ganda atas apa yang awak belanja untuk saya, kan? Betul
tak?”
Bingit sahaja kata-kata itu kedengaran
di cuping telinga Irfan Faris. Dia mengela nafas kasar.
“Dah! Tak payah nak cakap-cakap lagi. Tu
tak melibatkan awak pun. Yang awak nak sibuk kenapa? Tu antara saya dengan
nenek saya. Bakal nenek kesayangan awak
tulah! Sibuk aje nak suruh saya kahwin dengan awak!” Suara Irfan Faris sedikit
menekan.
“Alah. Itu pun nak marah. Saya tanya
baik-baik aje. Janganlah emo sangat.”
Irfan Faris kembali membesarkan mata
kepada Irsya Natasya tanda marah.
“Yalah, yalah..Tak cakap lagi.”
Mereka kemudian terus berjalan bersama.
Irsya Natasya kini melirik jam di
tangannya. Waktu kian menginjak ke petang. Tak sedar masa berlalu begitu
pantas.
“Awak… Bila nak balik ni? Dah lewat
petang. Dahlah awak kena hantar saya balik dulu. Lepas tu awak nak kena patah
balik semula. Pukul berapa pulak awak
nak sampai rumah.” Gaya Irsya Natasya bercakap, ala-ala ambil berat juga.
“Ya, tahu. Tapi sebelum tu, ikut saya jap.”
“Ke mana?”
“Sergah spy nenek.”
Irsya Natasya buat muka pelik. Namun
diikut sahaja langkah kaki Irfan Faris yang terus berjalan laju ke hadapan.
Sampai di satu destinasi, Irfan Faris berhenti melangkah. Irsya Natasya turut
berhenti. Dia melilau pandang mencari sasaran. Padahal bukan kenal pun siapa spy nenek si Irfan tu. Hehe..Dah alang-alang, tengoklah wajah-wajah
lelaki kacak bergaya yang kebetulan ada di situ. Cuci mata.
“Awak tengok siapa?”
“Tengok mamat handsomelah. Dah tu tengok siapa pulak.”
“Uit.
Saya kat sebelah ni bakal suami awak tau.”
“Alah. Awak bukannya suka saya pun. Tak
kisahlah. Takkan nak jealous pulak.
Saya tahu, awak ni bukan kaki jealous pun.
Rilekslah.”
“Ada aje jawabnya.”
“Of
courselah.” Irsya Natasya tergelak-gelak sendiri. “Eh. Mana spy nenek awak tu? Kata nak sergah.”
“Tu..Yang dekat meja hujung tengah makan
tu.” Irfan Faris memberitahu.
Irsya Natasya melihat ke arah meja yang
dimaksudkan. Kelihatannya seorang perempuan berbadan agak gempal berwajah agak
cantik juga. Part umur, dia tidak
pasti berapa. Mungkin dalam lingkungan usia 40-an.
“Dia tu siapa?”
“Mak usu saya. Adik bongsu papa.”
Irsya Natasya hanya mengangguk-angguk
kepala.
“Jom. Kita ‘pow’ dia belanja makan. Saya tiba-tiba rasa laparlah. Tadikan kita
tak makan.”
“Hah?”
“Tak payah nak hah, hah sangatlah.”
Irsya Natsaya menghela nafas kasar.
“Hish,
dia ni. Nak makan pulak. Aku nak
balik cepat, makin lambat jadinya. Siap nak makan. Karang berbual itu ini. Lagi
jadi lambat. Bukan kata tadi nak sergah aje ke?” Irsya Natasya mengomel dalam
nada suara agak perlahan.
“Membebellah tu.”
“Lantak sayalah nak bebel ke tak. Saya
nak balik cepatlah. Mana elok balik lewat-lewat ni. Ikatan kita ni mana sah
lagi.”
“Tahulah. Hmm..Okey. Saya telefon mak awak sekarang beritahu yang kita balik lambat
sikit.”
Irfan Faris kemudian mendail nombor rumah Irsya Natasya.
Panggilan bersambut. Dia berbicara untuk beberapa ketika dan kemudian menyerahkan
telefon bimbitnya kepada Irsya Natasya. Setelah berbicara, talian dimatikan.
Irsya Natasya kembali menyerahkan telefon bimbit itu kepada Irfan Faris.
“Puas hati?” Ujar Irfan Faris sambil
mengangkat kening. Selalunya kalau orang dah hati tak suka ni, memang cari
jalan nak balik cepat. Biar tak menghadap muka orang tu lama-lama. Ni tidak.
Siap bawa lencong ke lain. Okeylah. Ini style
Irfan Faris. So, tak boleh nak
dipertikaikan.
“Okey.” Jawab Irsya Natasya acuh tak
acuh.
‘Apalah mak aku ni. Boleh pulak dia lepaskan aku bawah jagaan
mamat ni. Dahlah belum sah jadi suami aku lagi. Pulak tu mamat ni memang sah dan sahih tak suka aku. Mak ni, macam
dah tak sayang dekat aku aje. Sebab tulah suruh cepat-cepat kahwin. Biar aku
tinggal dengan mamat ni.’ Irsya Natasya melayan kata di hati. Sedih juga rasa
hatinya.
“Dah, jom.”
“Ni kena berlakon juga ke apa?”
“Faham-faham sendirilah.”
Irsya Natasya kemudian mengatur langkah
mengikut Irfan Faris.
“Hai, mak cik Milah. Buat apa dekat
sini?” Sergah Irfan Faris sambil menepuk bahu mak usunya itu.
Zamilah menepuk dada tanda terkejut.
Selamat tak melatah.
“Err..Tak
ada buat apa-apa. Saja makan-makan dekat sini.” Tergagap-gagap juga dia
menjawab.
“Mak cik Milah, belanjalah kita orang.
Mak cik Milah tengah kaya kan sekarang ni?” Perli Irfan Faris. Dia sudah
menarik kerusi duduk di hadapan mak usunya itu.
Zamilah menelan liur sendiri yang terasa
berpasir. Dia faham maksud anak saudaranya itu.
Irsya Natasya kemudian menarik kerusi di
sebelah Irfan Faris dan melabuhkan punggung. Wajahnya kekal mempamer wajah
ceria. Dia kemudian diperkenalkan dengan Zamilah.
“Ni Irsya. Panggil aje Sya. Dia nilah
bakal isteri Irfan. Gadis pilihan nenek tu. Mesti mak cik Milah pun tak kenal
lagi kan?” IrfanFaris sengaja menekankan perkataan bakal isteri itu. Dia harap
mak usunya mengerti bahawa gadis itu bukanlah pilihan hatinya. Tetapi semua
orang sibuk nak paksa dia berkahwin dengan gadis itu.
“Sya. Ni mak usu saya. Bakal mak usu
awakjuga. Panggil aje mak cik Milah. Nama dia memang agak kampung sikit. Walaupun
gaya dia up to date ala-ala omputeh, siap rambut blonde perang-perang ni, jiwa dia memang
kampung. Versatile katanya.” Irfan
Faris mengujar kata.
Irsya Natasya dan Zamilah saling bersalaman.
“Oh. Mesti mak cik Milah minat lagu
klasik macam NekKalsum juga kan.”
Riak wajah Zamilah sedikit berubah.
Namun riak wajahnya tetap di cover.Dia
hanya tersenyum-senyum kelat.Yalah, jiwa bandar dikasi hentam dengan jiwa
kampung. Nama glamour Melly pula, tiba-tiba jadi Milah. Dia tahu, memang Irfan
Faris sengaja nak mengenakannya.
Irfan Faris sudah tergelak apabila Irsya
Natasya berkata begitu. Suka. Sekurang-kurangnya ia dapat menghentam mak usunya
itu. Padan muka mak cik Milah.Tulah. Siapa suruh tak geng Irfan!
“Err..Kata
tadi nak makan. Makanlah. Biar achik belanja.”
“Of
courselah. Rugilah kalau tak makan free
ni. Perut tengah lapar ni. Jom Sya. Kita sental habis-habisan.”
Irsya Natasya hanya tersenyum. Dia
sepertinya dapat mengagak sesuatu. Tengok pada gaya Irfan berbicara dia tahu,
sepertinya ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan mak usunya itu. Kiranya
kini, Irfan Faris sedang membalas dendam. Tentang hal apa, dia tidak pasti
sebab inilah kali pertama dia bertemu muka dengan mak usu Irfan Faris.
“Err..Sya.
Silalah. Orderlah apa-apa. Achik
belanja.”
Akhirnya Irsya Natasya memilih menu
Chicken Chop. Irfan Faris pula entah apa yang di ordernya. Mula order Lamb
Chop. Lepas tu bertambah-tambah lagi. Entah apa-apa. Irsya Natasya sendiri
tidak arif akan makanan-makanan seperti tu. Last,
last penuh semeja.
Irsya Natasya berkalih pandang kepada
Irfan Faris. “Banyaknya awak order.
Habis ke awak nak makan semua ni?”
“In Shaa Allah, habis. Awak tolonglah
makan sama. Nanti balik rumah dah tak payah makan. Hari ni rezeki terpijak
kita. Mak cik Milah belanja. Mak cik Milah tengah kaya ni tau sekarang ni.
Rugilah kalau kita tak ‘pow’ dia. Dia
ni rajin ke luar negara, cuma sesekali aje balik sini. So, susah nak ‘pow’ dia. Ada peluang ni jangan dilepaskan.” Ujar
Irfan Faris selamba sambil menikmati hidangan di hadapannya. Sengaja juga dia
mengangkat kening kepada mak usunya. Haha..Padan
muka mak cik Milah!
Dalam pada itu, Irfan Faris juga sengaja
menunjuk lagak mesranya dengan Irsya Natasya. Dihiriskan juga Lamb Chopnya dan
diletak ke dalam pinggan Irsya Natasya untuk dijamah. Amacam mak cik Milah? Mesra tak kita orang?
‘Dah kenapa mamat sebelah ni?’Bisik Irsya
Natasya sendiri.
Irsya Natasya kemudian berbual dengan
Zamilah. Dia bertanya akan hal-hal yang confirm
tak digemari oleh oleh Zamilah. Nak tahu tanya apa?
Lagu klasiklah pilihanlah, cerita
P.Ramleelah, pelakon-pelakon zaman dululah. Haishh..Berbuku
sahaja hati Zamilah menahan rasa. Terkulat-kulat dia menjawab. Dibantai sahaja
agak-agak yakin. Apabila ditanya siapa pelakon perempuan zaman dulu yang dia
suka, senang hati dia menjawab Maria Ronaldo.
‘Err..Maria Ronaldo? Bukan Maria Menado
ke?’ Guman Irsya Natasya di hati sendiri.
Irsya Natasya seperti dapat memahami
apabila melihat gaya jawapan Zamilah. Seperti ada yang tak kena. Dia akhirnya
mengubah topik bicara. Irfan Faris di sisi sudah semestinya bergembira di hati.
Bagus betul soalan Irsya Natasya untuk mak usunya itu. Ambik kau mak cik Milah! Haa..Kan dah. Baik-baik dulu Irfan panggil
Achik Melly, terus jadi mak cik Milah. Haha..Puas
hati Irfan!Lepas ni Irfan panggil mak cik Milah Ronaldo pulak. Haha..Lawak. Ada
ke dia jawab Maria Ronaldo. Siapa tu? Main hentam sajalah tu. Dah tentu nama
pelakon lama tu Maria Menando. Aku yang muda ni pun tahu. Apa daa..Selamat dia
tak jawab Maria Sharapovva. Haha...Mak cik Milah..Mak cik Milah...Padan muka
mak cik Milah.
Telefon bimbit Zamilah kini berbunyi.
Dia lega. Dapatlah dia melepaskan diri dari anak saudaranya itu.
“Sya. Achik kena pergi dululah.Ada hal.”
Irsya Natasya mengangguk sambil
menyambut salam wanita itu.
“Ehem..Ehem..Dah
bayar ke semua ni mak cik Milah? Jangan tiba-tiba kita orang yang kena bayar.”
“Eh, tahulah achik. Achik yang belanja,
kan. Okey. Achik pergi dulu.”
“See
you mak cik Milah. Jumpa nanti dekat rumah nenek ,ya.”
Selajur Zamilah pergi…
“Awak sengaja kenakan mak usu awak ya?”
“Tak ada kaitan dengan awak punlah.”
“Mak cik awak tu dah kahwin?”
“Lum. Anak dara tu...a.”
“Tak baiklah cakap macam tu. Jodoh dia
belum sampai.”
“So..kita
ni dah sampai jodohlah ni.”
Irsya Natasya hanya angkat bahu.
“Jongket bahu konon. Sabtu minggu depan
tau kita nikah. Jangan cari pasal nak lari ea. Saya saman awak kalau awak
lari.”
“Tahulah. Ala..Dah tak suka, buatlah
cara tak suka.”
“Degillah awak. Tolonglah dengar cakap
saya ni. Eh, dahlah. Malas nak layan awak bercakap.Dah. Jom, blah!”
Irfan Faris terus bangun dan berjalan
pergi. Namun, dia tidak sedar bahawa Irsya Natasya tidak membuntuti langkahnya.
Irsya Natasya hanya berdiri ditempatnya dan melihat Irfan Faris yang kian
melangkah pergi. Apabila dihitung langkah kaki, ia sudah dua puluh tapak ke
hadapan meninggalkan Irsya Natasya.
Irfan Faris tiba-tiba berhenti. Dia baru
tersedar Irsya Natasya tiada bersamanya. Dia menoleh mencari Irsya Natasya. Dia
membesarkan mata tanda marah. Irsya Natasya hanya tersenyum di tempatnya.
Kemudian, barulah dia berjalan mendapatkan lelaki itu.
“Awak ni dah kenapa? Kenapa tak jalan
dengan saya. Karang awak hilang, saya yang susah. Mesti nenek ingat saya
sengaja hilangkan awak supaya tak kena nikah dengan awak. Lain kali jangan buat
hal boleh tak?!” suara Irfan Faris sedikit menekan.
Irsya Natasya hanya berbuat tidak tahu. Dia
hanya tersenyum.
“Tengok tu. Buat tak tahu aje. Orang
tanya ni tau.”
“Oh. Awak tanya ea?” Irsya Natasya
bertanya soalan bodoh.
Irfan Faris hanya memandang Irsya
Natasya. Dia mendengus perlahan. Malas untuk dia terus berbicara. Rasa di hati,
ingin saja ditunjal-tunjal kepala Irsya Natasya yang degil itu.
Mereka berdua kini berjalan pergi. Masing-masing
mengunci bicara. Namun, Irsya Natasya tetap menyimpul senyum. Senyum memanjang. Nak tahu kenapa dia
senyum?? Agak-agak kenapa?
TQVM kepada yang sudi membaca..
Sudi-sudikanlah komen ya.
Cerita ni biasa-biasa aje.
So.. Kenapa dia senyum?? Sorry la lambat sikit..
ReplyDeleteSeronok
ReplyDelete