“FUHH! Susahnya nak cari kerja sekarang
ni.” Irsya Natasya mengeluh sendiri sambil mengipas-ngipas diri yang sedang
kepanasan. Dia kemudian beristighfar. Tak baik mengeluh Irsya Natasya, oii.
Jangan berputus asa. Cuba dulu. Rezeki Allah itu bertaburan di atas muka bumi
ni. Dia menasihati diri sendiri.
Syarikat
A
“Maaf cik. Kami baru menerima pekerja
baru semalam. Untuk jawatan yang cik lihat tu, kiranya dan diisi. Maaf ya,
cik.”
“Okey..Terima kasih.”
Syarikat
B
“Cik nak kerja dekat sini ke? Hmm..Kalau gaya macam ni, memang tak
dapatlah. Kat sini kena pakai seksi-seksi sikit. Kena pakai skirt paras lutut.
Sanggup ke?”
“Yuckk…Apa
ni kerja seksi-seksi? Mati hidup semula aku tak nak!”
Syarikat
C
“Cik ada pengalaman kerja ke?”
“Tak ada?”
“Kalau tak ada, memang kami tak nak
terima.”
“Saya mohon kerja ni sebab nak cari
pengalaman. Tak boleh pertimbangkan ke? Saya ni fresh graduate, so memang
tak ada pengalaman kerja lagi.”
“Sorry,
ya. Tak dapat den nak nolong.”
Syarikat
D
“Okey. Kami akan pertimbangankan
permohonan cik. Jika sekiranya ada temuduga, kami akan hubungi ciklah ya.”
Namun, sampai ke sudah senyap sahaja.
Itu adalah antara situasi yang dihadapi
Irsya Natasya dalam usaha menjerumuskan diri ke dunia pekerjaan. Memang dia sedar,
sekarang ini bukan mudah untuk dia mendapat pekerjaan walaupun berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.
“Kalau dapat jadi kerani pun dah okey
apa. Ada juga income walaupun sikit.
Dapat lepas untuk dari aku pun jadilah. Tapi, tak dapat juga. Bukan rezeki
nampaknya.”
“Agaknya kalau pergi rumah orang
kaya minta jadi orang gaji dapat tak ek? Lepas tu jadi macam cerita novel. Anak
si kaya jatuh suka dan akhirnya berkahwin. Perghh..Berangan
habis! Ish..Tiba-tiba masuk bicara kata hal-hal kahwin pulak. Cancellah.No kahwin-kahwin this time. Duit pun mak dengan abah yang beri.”
Irsya Natasya kembali ke keretanya
yang berada di parkir. Keretanya, kereta Myvi bewarna merah. Namun ia bukanlah
miliknya, tetapi milik abahnya yang sering diguna pakai untuk ke hulu dan ke
hilir.
IRFAN
FARIS bermalas-malasan di atas katil biliknya. Telefon bimbitnya di sisi
diambil. Dia layan kebosanan diri dengan bermain games sehingga tidak sedar waktu begitu pantas berlalu. Games dipadam.Kini, telefon bimbitnya
diselongkar sehingga dia membuka album foto. Dan disitulah dia termenung lama.
Termenung melihat akan gambar wanita berambut blonde keperangan. Dia mengeluh sendiri. Gambar itu akhirnya
dipadam. Kemudian, telefon bimbitnya dicampak ke tepi bantal.
“Keluar jalan-jalan lagi best. Tapi, sorang-sorang tak best juga. Nak ajak Zack, Zack tak balik
lagi. Hmm…Tak apalah. Nama pun Mr.
Lonely. Untung-untung terjumpa budak Myvi merah.” Irfan Faris tersenyum
sendiri. Dia kemudian bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Bersiap untuk
mengisi kesunyian diri di luar sana.
Sewaktu meniti anak tangga turun ke
bawah, dia ditegur neneknya.
“Nak ke mana ni Irfan?”
“Nak keluarlah nek. Release tension. Boringlah
dekat rumah ni. Nenek nak ikut? Jom nek, kita pergi shopping.”
“Betul ke ni Irfan nak ajak nenek?”soal
Nek Kalsum.
“Yalah. Tapi, ada syarat.” Ujar Irfan
Faris sambil tersenyum-senyum.
“Apa?”
“Nenek belanja tau.”
“Emm…Kamu
ni. Asyik ‘pow’ nenek aje. Patutnya kamu yang belanja nenek.”
“Alaa..Nenekkan kaya dari Irfan. Irfan
pun belum kerja lagi. So, tak berapa
nak kayalah.”
“Yalah, cucu nenek sayang. Nenek tak
kisah pun. Okey. Sekejap. Nenek nak bersiap.”
Tika waktu itu, Kirana baru memunculkan
diri dari dapur.
“Nak ke mana Irfan?”
“Nak keluar jalan-jalan. Irfan ajak
nenek. Mama nak kirim apa-apa tak? Nenek belanja.”
“Aii, kamu ni Irfan. Asyik ‘pow’ nenek
aje. Hmm..Dah alang-alang kamu nak
keluar ni, bolehlah mama kirim beli barang dapur sikit. Sebabnya kalau kamu ada
kat rumah ni, mama rasa stok barang keperluan ni cepat aje habis.”
“Mama ni perli Irfan ke apa? Irfan baru
aje balik. Tak sampai sebulan pun lagi. Nak cakap Irfan ni perhabis makananlah
ni.”
“Alaa..Mama saja je. Tak payahlah kamu nak kecil hati.”
“Mama tak nak ikut sama ke?”
“Tak apalah. Mama malas nak ikut. Petang
ni papa kamu balik, takut nanti tiada siapa dekat rumah.”
“Okey…” Irfan Faris hanya mengukir
senyum. Dia tahu cara mamanya. Mamanya itu akan sentiasa memastikan akan
menyambut papanya setiap kali pulang ke rumah.
“Sekejap. Mama tulis list barang dulu.”
“Okey. Lagipun Irfan tengah tunggu nenek
bersiap.”
Setelah berapa waktu ketika…
“Mana nenek ni? Lambatnya bersiap.”
“Hai, Irfan. Nenek kamu. Biasalah. Gaya
macam orang muda. Nak bersoleklah..apalah. Lagi satu mama nak beritahu, nenek
tu suka lencong nak pergi karaoke lagu-lagu klasik dia tu. Kalau tahan,
layankanlah. Kalau tak, pandai-pandailah jawab. Nenek tu ikut angin. Kalau dia
dah nak, nak juga. Mama beritahu ni sebab Irfan kan dah lama tak keluar dengan
nenek. Cara nenek Irfan yang dulu dengan yang sekarang, dah lain. So, Irfan faham-faham sendirilah ya.”
Ujar Kirana sambil tersenyum.
Tika waktu itu Kalsum baru turun
mendapatkan mereka. “Macam mana gaya nenek?”
“Perghh..Nenek.
Macam orang muda. Kalah mama.” Irfan Faris memuji.
“Irfan perli nenek ke?”
“Eh..Taklah nek. Nenek memang nampak
muda. Cun..Marvellous. Okey, jom nek.
Kita pergi shopping. Apa yang
penting, nenek belanja.”
“Yalah Irfan. Takut sangat nenek tak
belanja.”
SELEPAS
membeli barangnya, Irfan Faris mengajak neneknya menonton wayang.
“Nek..Kita tengok wayang jom.”
“Hmm..Boleh.
Tapi nenek nak cerita yang gasak-gasak. Ada tak?”
“Gasak-gasak? Ala nek. Tengok yang
cinta-cintalah nek. Best sikit nak
layan.”
“Kalau tak ada, tak naklah.”
“Ala, nenek ni. Tak sportinglah. Tengok cerita cintalah yang best. Romantik-romantik gitu.”
“Tak naklah. Boring. Nanti nenek nak tertidur.”
“Ya aje nenek ni. Dulu kalau cerita
Melayu klasik ke..hindustan ke..Irfan tengok nenek layan aje. Cerita
cintan-cintunlah tu. Siap nyanyi-nyanyi.”
“Dulu lain. Sekarang lain. Dulu nenek
memang minat. Sekarang ni, tak masuk dengan jiwalah.”
“Yalah tu, nek. Tak masuk dengan jiwa
konon. Rasanya setiap maghrib, tercongok aje kat depan TV tengok drama bersiri
slot Akasia TV3 tu. Cerita cinta jugalah tu.” Omel Irfan Faris di hati. Kalau
cakap terang-terang, maunya kena pelangkung dengan nenek.
“Okeylah. Kalau macam tu, kita tak payah
tengok cerita cinta, tak payah tengok cerita gasak-gasak. Apa kata kita tengok
cerita komedi. Cerita lawak-lawak.”
“Haa..Itu nenek suka. Cerita macam nilah
baru bestnak layan. Boleh
ketawa-ketawa.”
“Okay.
Let’s go.”
Tika waktu beratur membeli tiket,
telinga Irfan Faris dapat menangkap bisik-bisik kata yang sedikit memanaskan
hati. Ada ke cakap nenek aku ni ‘Sugar
Nanny’ aku. Hampeh. Eh, ni nenek betul
akulah. Mak kepada ayah kandung aku. Sedap-sedap aje mulut tu bercakap.
“Nek…Nek nak duduk seat sebelah mana?” Irfan Faris sengaja berbicara kuat sedikit agar
pengumpat kata tersedar akan hakikat itu.
“Nenek encik ke?” soal penjaga tiket
yang kelihatan agak ramah.
“A’ah.”
“Oh. Macam tak percaya. Nampak muda.”
Puji gadis penjual tiket.
“Ya ke? Oh. Terima kasih. Nenek sejak
anak dara lagi memang jaga kecantikan. Makan jamu semua tu. Tu yang awet muda sampai ke tua.” Ujar Nek
Kalsum ramah.
“Dengan izin Allah, nek.” Ujar Irfan
Faris.
“Yalah, Irfan oii. Hmm..Anak ni, dah kahwin lum?” soal Nek Kalsum kepada gadis penjual
tiket.
“Belum.” Balas gadis itu sambil
tersenyum.
“Oh..”
“Dahlah nek. Jangan nak lencong benda
lain. Orang dah beratur panjang nek.” Ujar Irfan Faris mematikan bicara
neneknya. Kalau dibiarkan, panjanglah ceritanya nanti. Siap tanya kat awek tu
dah kahwin lum..emm…jangan ada agenda
tersirat sudah.
Selepas menonton wayang, Nek Kalsum
mengajak Irfan Faris berkaraoke. Hmm…Memang betul kata mamanya. Nenek kalau dia dah nak,
terpaksa turutkan juga. Kalau tak, merajuklah jawabnya. Irfan Faris layan saja
mengenangkan dia pun nak layan ‘karok’
juga. Dah namanya kaki ‘karok’.
Sumbang tak sumbanglah dia bernyanyi. Apa yang pasti, Nek Kalsum bernyanyi
lebih daripadanya. Selepas berkaraoke, barulah Irfan Faris pergi membeli barang
keperluan seperti yang dikirim oleh mamanya.
Di waktu pulang…
“Eh, kereta Myvi merah tu macam aku
kenal aje. Plat kereta tu.. hmm..memang
tak salah. Tu Myvi budak latah. Baik aku follow.”
Bisik hati Irfan Faris. Pedal minyak ditekan sedikit menambah kelajuan.
“Irfan…Kenapa bawa laju-laju ni? Cubalah
perlahan sikit.” Tegur Nek Kalsum.
“Oppss..Sorry.
Lupalah nenek ada dekat sebelah. Irfan dah terbiasa bawa laju.” Irfan Faris
hanya tersengih-sengih. Baik dia mengikut kata dari dibebel oleh nenek. Kelajuan
keretanya kembali dipandu normal.
‘Aduh..Nenek ni. Dah terlepas aku nak
kejar kereta Myvi merah tu. Ni, dah sangkut kat traffic light merah dah. Memang tak ada peluanglah jawabnya. Tak
apa, tak apa. Next time aku akan
pastikan yang aku jumpa juga dengan budak tu.’ Ujar Irfan Faris di hati.
“Irfan..Jalanlah. Dah hijau lampu tu.”
“Oh, ya ke? Sorry nek. Terberangan.”
“Berangan dekat siapa?”
“Tak ada kat siapa-siapa. Saja nak
berangan.”
“Irfan…Budak jual tiket tadi macam
cantik je?”
“Dah kenapa nenek ni?”
“Tak adalah. Saja je. Nenek cuma nak beritahu, nenek tak kisah pun bakal cucu nenek
tu macam mana. Maksud nenek, nenek tak pentingkan kekayaan. Cuma biarlah elok
pekertinya, punya pegangan agama yang baik, pandai hormat orang tua. Yang boleh
ngam dengan nenek ni. Lagi best kalau pandai nyanyi lagu klasik
macam nenek.”
“Apalah nenek ni. Cari yang pandai nyanyi
lagu klasik buat apa. Carilah yang pandai mengaji Al-Quran, nek. Barulah sejuk
hati Irfan ni dengar.”
“Ehemm..ehem..Perli
nenek ke?”
“A’ah, nek. Nenek ni lagu klasik aje tak
sudah.”
Nek Kalsum mencebik. “Huh!”
“Alah, nek. Irfan gurau ajelah. Selalunya
orang yang pandai nyanyi ni, kalau dia mengaji pun sedap juga. Macam neneklah.
Pandai mengaji dengan taranum. Irfan pun tak berapa reti sangat.”
Nek Kalsum tersenyum. Suka mendengar
pujian dari cucunya. Sememangnya, Irfan Faris mudah memujuknya dengan kata-kata
manis. Kalau si Idham cucunya yang sorang lagi, hmm..lain caranya. Buat tak tahu aje. Macam tak ada perasaan.
Nek Kalsum kini memutar siaran di radio.
Dia mencari siaran Klasik Nasional.
‘Sudah! Dah alih siaran dah.’ Bisik
Irfan Faris di hati.
Kebetulan lagu ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian
Allahyarham Sudirman sedang ke udara.
“Kalau lagu ni, tak apa. Irfan suka.
Lagu ni ada feel.”
“Tau. Lagu ni kan Irfan pernah buat
persembahan kat sekolah masa zaman sekolah rendah dulu tu. Ingat tak?”
“Mestilah ingat nek. Kan Irfan menang
masa tu.”
“Kalau nak tahu, lagu ni ada versi yang
klasik. Penyanyi asalnya A. Rahman. Tapi nenek jarang dengar kat radio.” Ujar
Nek Kalsum.
“Oh, ya ke?”
“Yalah. Nenek tahulah. Nenek ni kan
orang lama. Lagu tu zaman nenek muda-muda.”
Irfan Faris sempat menjeling manja neneknya
di sisi. Dia hanya tersenyum. Lagu itu kemudian bermain di bibirnya. Dia terus
tenang dengan pemanduan.
Minda Nek Kalsum terbang ke satu
peristiwa lalu. Dia mengukir senyum.
Ni lah lagu AYAH DAN IBU versi asal - Penyanyi A. Rahman..
Nostalgia Klasik...
No comments:
Post a Comment