IRFAN
FARIS sudah tersedak-sedak. Tidak tahu mengapa tiba-tiba tekaknya terasa gatal.
“Kau ni kenapa, bro.Tersedak-sedak
aje dari tadi.” Soal Zack Nadzri.
“Entahlah. Tiba-tiba aje. Orang jauh sebutlah kut.”
“Siapa? Awek kat Malaysia ke?”
“Eh! Tak ada maknanya weh. Aku ni single. Mana
ada awek. Dulu masa kat Malaysia pun aku
tak ada kekasih hati. Setakat kawan-kawan biasa aje adalah. Yang terindah di hati
dan sanubari ni memang tak ada lagi.”
“Hoho..Yalah
tu. Ayat kau..Bombastik!” Zack Nadzri sudah ketawa.
Irfan Faris juga tergelak. Dia meneguk jus epal di
hadapannya.
“So…Yang
teristimewa di hati dan sanubari tu kau nak cari kat sinilah ya?”
“Maksud kau?” Irfan Faris menjungkit kening.
“Aku perasanlah. Sejak masuk ke sini sampai dah nak
habis belajar ni, aku perasan yang kau tu asyik pandang-pandang aje kat si
Marsha tu. Kau suka kat dia ke?”
Irfan Faris hanya menjongket bahu.
“Cakap ajelah kat aku. Takkan malu nak mengaku kut.
Kau suka kat dia kan?”
Irfan Faris
hanya tersengih. “Memandai aje kau ni.”
“Well..Aku
saja nak tahu. Manalah tahu kau nak minta tolong aku pass surat ke..apa ke..aku no
hal. Lagi satu aku nak beritahu, Marsha tu bukan taste aku. So, kita
takkan jadi pesaing, okey. Dengan orang lain, confirmlah. Kat sini memang ramai yang nak rebut hati si Marsha tu.
Kalau kau dapat dia, aku tabik spring
kat kau.” Zack Nadzri ketawa lagi.
Irfan Faris turut ketawa. Tiba-tiba dia tersedak
lagi.
“Hai, tersedak lagi ke? Takkan Marsha yang sebut,
kut.” Perli Zack Nadzri.
Irfan Faris sudah menjeling.
“Aii, kau. Main jeling-jeling pulak kat aku. Apa kes?”
“Dahlah, Zack. Malas nak layan kau. Aku nak pergi.”
“Pergi mana? Curi-curi pandang Marsha dari jauh ke?”
“Ah! Malas nak layan kau ni. Aku pergi dulu.” Irfan
Faris kemudian berlalu pergi meninggalkan Zack Nadzri yang hanya duduk
tersenyum menyandar di kerusi.
IRFAN
FARIS kini duduk di sebuah bangku berhampiran tasik. Pandangan matanya tidak
ralit dari memandang seorang gadis ayu berwajah kacukan yang memiliki rambut blonde kehitaman separas bahu. Gadis itu
adalah Ain Marsha.
‘Subhanallah…Cantiknya dia. Bijak pulak tu. Kalau tak, tak mungkin dia
akan terpilih jadi wakil pelajar dekat sini.’
Irfan Faris mengambil gambar wajah itu secara
curi-curi. Dia kemudian mem ‘preview’
gambar wajah itu. Di ‘zoom’ agar
wajah itu kelihatan jelas. Dia tersenyum sendiri.
‘Kalaulah aku dapat dia, bahagianya aku. Ni, aku
tegur pun dia buat tak layan aje.
Tahulah aku ni bukan jejaka ‘hot’
macam lelaki lain.’
Irfan Faris kini mengelus lembut wajah tidak
bernyawa itu. ‘Cukuplah walau dapat melihat wajahmu dari jauh. Terusir juga
lara di hati ini. Hihi..Poyonya ayat
jiwang aku.’
IRFAN
FARIS kini di biliknya. Dia termenung. Dia kemudian melihat pada jambangan ros
merah yang baru dibeli tadi. Bersama bunga itu, dibeli juga sekeping kad.
‘Hmm..Apa
aku nak tulis dekat kad ni? Haa..Aku ada idea baik punya. Yang penting dia tak
tahu aku yang kasi. Hmm..Pyar..Pyar..Mohabbat…’
Irfan Faris tersenyum berangan. Berangan menyanyi
dan menari bersama Marsha seperti dalam filem Hindustan- Dil Hai Tumhara. Dia,
Arjun Rampal dan Marsha, Preity Zinta. Hehe..Sukanya.
Tapi watak Nimmi, siapa yang take over??
Irfan Faris menepuk dahi sendiri. ‘Hish,
kau ni Irfan. Berangan tak sudah. Berangan layan lagu Hindustan. Cuba layan
lagu Melayu klasik pulak.’
Tuai padi antara
masak
Esok jangan
layu-layuan
Intai kami
antara nampak
Esok jangann
rindu-rinduan.
‘Hmm..Bila
dengar lagu ni, teringat kat nenek. Rindunya dekat nenek. Tapi, kalau telefon
panjang berjela pula nenek membebel. Karang, panas aje telinga aku dengar.
Lepas tu mesti dia nak suruh nyanyikan lagu.’
“MARSHA!”
Panggil Jesnita dari jauh. Dia sedikit berlari anak menuju kepada temannya itu.
“Yup. Ada
apa Jes?”
“Taraaa…”
Jesnita sudah menunjukkan satu jambangan bunga ros di tangannya.
“Wah, cantiknya! Siapa kasi kau, Jes?”
“Siapa kasi aku? Hmm..Bukan
aku punyalah. Bunga ni untuk kau.”
“Aku?”
“Yalah. Kau. Ada orang bagi bunga ni pada kau.”
Marsha menerima jambangan bunga tersebut dengan senyuman melebar.
“Siapa?”
“Tak tahu. Ada orang kirim kat aku. Dia kata suruh
kasi pada kau.” Jesnita memberitahu.
Marsha kemudian mengambil sekeping kad yang di
titipkan bersama bunga itu.
~ Awak sangat cantik – Pyar ~
“Pyar? Hmm…Jes.
Dekat universiti kita ni ada ke student
nama Pyar?” soal Marsha.
“Hmm..Rasanya
tak ada kut. Tak pernah dengar. Dengar nama macam Hindustan. Wah, gempaklah!
Mesti orang tu sangat handsome, kan.
Cuba kau imagine muka hero Hindustan
macam mana. Wah! Sweet! Mesti
romantik, kan.”
Marsha hanya tersenyum. Bunga itu kini diciumnya.
Dari jauh, Irfan Faris sudah tersenyum-senyum
sendiri. Suka dia melihat Marsha yang tersenyum menerima bunga yang diberi.
Dalam kegembiraan perasaannya itu, dia terlupa di mana dia berada. Tanpa
sedar….
Keceburrr…
Menghambur air di kolam. Tubuh Irfan Faris sudah tertonggeng
ke dalam kolam buatan di situ. Tubuhnya sudah basah lencun. Mereka yang berada
di situ sudah mentertawakannya.
“Hishh..Bengong..Bengong..Macam
mana aku boleh tertonggeng dalam kolam ni. Habis ke ‘macho’an dan ke ‘handsome’an
aku.”
“Woii, Irfan! Kau buat apa dalam tu weh. Bermandi-manda ke?” Zack Nadzri
sudah tergelak kuat.
“Huh! Ketawa..Ketawa..Tolonglah. Sakit siot kaki aku. Terseliuh.”
“Tulah. Siapa suruh berangan tepi kolam. Kan dah
dapat mandi free. Terseliuh pun free of charge.”
Marsha yang kebetulan lalu di situ sudah tersenyum-senyum
melihatnya.
“Erkk..Marsha
senyum dekat akulah. Hihi…Sukanya
aku.” Bicara membuai di hati. Irfan Faris juga mengukir senyum.
“Aii, kau. Sempat
juga nak senyum-senyum kat Marsha tu.” Ujar Zack Nadzri.
“Rilekslah, bro.
Dah dia senyum dekat aku. Aku balaslah balik. Takkan nak buat muka toya pula.
Rugilah aku. Apalah kau ni.”
“Iyalah… Kau tu sebenarnya ‘ngok-ngek’. Dia tu ketawakan kaulah.”
“Eh, mana kau tahu. Ah, lantaklah. Janji dia senyum
kat aku. First time tu dalam hidup
aku sejak datang sini dia senyum pada aku.”
“Hmm…Yalah,
Irfan. Ikut kaulah. Angau. Macam tulah.”
IRFAN
FARIS kini berada di biliknya. Dia sudah mengeringkan diri. Rambutnya kembali
di sikat rapi. Dia kemudian termenung di
jendela. Masih mengenang bayangan
senyuman Marsha.
“Cantiknya,
Marsha. Cantik senyumannya.”
Telefon bimbitnya di atas meja sudah berbunyi. Dia
melihat nama di skrin.
“Nenek.”
Talian kini bersambung.
“Ya, nek. Irfan ni. Nenek apa khabar?”
“Sihat. Cucu nenek sihat tak ni?”
“Sihat, nek.”
“Irfan..Irfan tak rindu nenek ke? Lama dah Irfan tak
telefon nenek.”
“Irfan sibuklah nek.
Sepanjang masa sibuk.”
“Sepanjang masa sibuk? Habis tu, kamu sembahyang
tak.”
“Sembahyanglah nek. Tu kan wajib. Irfan tak tinggal
sembahyang.”
“Hmm..Irfan.
Kamu bila nak balik sini. Nenek rindu.”
“Irfan pun rindukan nenek. Tapi nenek jangan risau.
Tak lama lagi Irfan habis belajar. Nanti Irfan terus balik sana.”
“Hmm..Nenek
sedih.”
“Alaaa..Kenapa nenek sedih?”
“Nenek dah lama tak dengar Irfan nyanyi untuk nenek.”
Irfan Faris yang mendengar sudah menelan liur payau.
“Irfan..Irfan nyanyilah untuk nenek. Nenek sekarang
susah nak tidurlah, Irfan. Irfan nyanyi untuk nenek ea.” Sayu kendengaran suara Nek Kalsum di
hujung talian.
Irfan Faris sudah menggaru kepala. Dia mengomel
sendiri dengan permintaan neneknya itu. ‘Alahai, nenek. Tak pasal-pasal aku nak
kena menyanyi pulak.’
Irfan Faris memandang sekitar biliknya. Takut jika
ada Zack Nadzri ada di situ. Dia kemudian menuju ke balkoni. Dia malu andai suara nyanyiannya didengar
Zack Nadzri. Iyalah..Nyanyi untuk nenek. Kalau nyanyi untuk awek okeylah juga
kut.
“Irfan..Cepatlah nyanyi…”
“Yalah, nek.” Ujar Irfan dalam nada ketidakrelaan. Hmm..Terpaksa.
Nenek…Nenek…Si
bongkok tiga…
Siang mengantuk
malam berjaga..
Mencari cucu di
mana ada..
Nenek ku kahwin
dengan anak raja..
Irfan Faris menyanyi sambil memegang leher. Terasa
loya sendiri. Di hujung talian, Nek Kalsum pula menyambung lagu.
Cucu..Cucu..Tak
dapat lari..
Nenek tua hai
banyak sakti..
Sekarang nenek
nak cari ganti..
Siapa yang kena
dia yang jadi…
“Hmm….Macam
mana nek? Dah dapat gantinya?”
“Tak dapat lagilah, Irfan.”
“Alah..Nanti nenek jumpalah.” Irfan Faris
tergelak-gelak
“Okeylah, nek. Irfan ada kerja ni. Nanti nenek
sampaikan salam kat Mama, Papa dengan Abang tau. Okey, nek. Irfan letak telefon
dulu.”
“Alah..Kamu ni cepat sangat nak letak.Nenek tak
habis lagi nak cakap ni.”
“Hmm..Nenek
nak cakap apa?”
“Irfan…Kalau kamu nak cari isteri, cari yang pandai
nyanyi lagu klasik macam nenek tau.
Barulah nenek ada kawan.”
“Alah, nek. Berat sangatlah permintaan tu.”
“Tak ada.. Tak ada..Kamu mesti cari yang pandai nyanyi lagu klasik macam
nenek.”
“Yalah, yalah…” Irfan Faris malas memanjangkan kata.
Entah apa-apa permintaann neneknya itu. Tak logik langsung!
“Tak pun kamu tak payah cari. Biar nenek aje yang
carikan untuk kamu.”
“Hah?? Apa ni nek?”
“Biar nenek ajelah cari. Kamu tak payah susah-susah.
Dulu, Mama kamu nenek juga yang carikan. Okey aje Mama dengan Papa kamu.
Bahagia aje nenek tengok.”
“Nekkk..”
“Ni muktamad dari nenek!”
Tit..Talian
telah di matikan.
“Hish, nenek
ni..” Irfan Faris sudah menepuk dahi. “Ada ke patut nenek nak carikan jodoh
aku. Habis tu macam mana cinta aku kat Marsha ni?”
“Ehem..Ehem…”
satu suara sumbang sudah kedengaran.
“Kenapa kau Zack? Tiba-tiba aje muncul.”
“Kau buat apa duduk dekat ceruk tu? Tadi aku dengar
kau nyanyi lagu ‘Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga’ tu apa ke hal. Nyanyi untuk
siapa?”
Irfan Faris sudah membuat muka. Tidak tersangka temannya
itu mendengar nyanyian merdunya. “Aku nyanyi untuk nenek akulah. Dia kata tak
boleh nak tidurlah. So, suruh aku
nyanyi. Habis ke ‘macho’an aku nyanyi
lagu ‘Nenek-Nenek’ tau.” Irfan Faris meluah
rasa.
Zack Nadzri sudah tergelak besar.
“Huh, diamlah kau! Ketawa..Ketawa..”
“Rileks, bro.
Rileks. Jangan marah. Aku teruja sebenarnya.” Suara Zack Nadzri masih berbaki
tawa.
“Ingat, bro!
Kau aje yang tahu rahsia ni. Kalau orang lain tahu, siap kau!”
“Okey..Okey..Aku janji takkan bocorkan rahsia. Tapi,
kenapa selama ni aku tak pernah dengar kau nyanyi-nyanyi untuk nenek kau ek?”
Irfan Faris hanya menjeling. Huh, soalan! Sah-sah perli
akulah tu.
“Rilekslah, Irfan oii. Aku sebenarnya respect dengan kau. Kau pandai jaga hati
nenek kau. Orang dah tua ni, kadang lain sikit pemikirannya. Mesti nenek kau
sangat bahagia ada cucu macam kau. Kalau satu hari nanti dia dah tak ada, apa
yang kita buat sekarang nilah yang selalu buat kita terkenang dia. Kau untung
sebenarnya. Nenek kau mesti sporting,
kan. Macam aku, aku dah tak ada nenek dah. Sebelah Mama dah tak ada dua-dua.
Sebelah Papa aku, cuma tinggal atuk sorang. Itu pun duduk tak campur kita
orang.”
Irfan Faris tersenyum. Hmm..Betul juga kata si Zack tu. Aku nyanyi untuk nenek aku. Hmm..Kau orang ada ke?
“Cuma..”
“Cuma apa..”
“Suara kau tu macam katak panggil hujan. Berdentum
guruh di langit sekejap lagi.”
Akibat kata-kata itu, sebiji kusyen kecil hinggap ke
muka Zack Nadzri.
“Selamat kau
bukan baling cawan kaca kat muka aku, bro.
Kalau tak habis ketampanan wajah aku ni.” Zack Nadzri kembali ketawa berdekah.Dia
kemudian melabuhkan punggung di sofa menyanyi lagu ‘Nenek-Nenek.’
“Kau ni kalau tak kenakan aku tak boleh ke, Zack?
Nenek..nenek..” Suara Irfan Faris sedikit menekan. Geram juga hatinya.
“Okeylah. Aku nyanyi lagu lainlah. Tahulah lagu tu
untuk nenek dia. Sampai orang nak nyanyi pun tak boleh.”
“Ehem..Ehem..”
Zack Nadzri kini membetulkan suara. Kemudian dia bernyanyi.
“Irfan Faris
si bongkok tiga, sudahlah angau ngok ngek pula, nak
ngurat Marsha hai kasi bunga, tapi tergolek dalam kolam pula…”
Zack Nadzri sengaja mencuri melodi lagu ‘Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga’ untuk
menyakat temannya itu.
“Woii! Kau ni memang nak kena Zack!” Irfan Faris
sudah mengepal penumbuk. Selajur itu, Zack Nadzri berlari keluar sebelum Irfan
Faris dapat bertindak apa-apa kepadanya.
“Kau balik nanti, siap kau!”
Irfan Faris merengus kasar. Dia mengeluh. “Eii..Geramnya
aku. Pasal neneklah aku asyik kena bahan aje dengan Zack. Nasib badan betullah!”
Dia kemudian meredakan perasaan hati sendiri.
Gambar Marsha yang ditangkap sebelum ni diambil dan dibelek-belek
penuh minat. Dia tersenyum sendiri. “Marsha..Harap-harap awak pandai nyanyi
lagu klasik macam nenek saya tau.” Fikiran Irfan Faris kemudian terbang dalam
lamunan. Pyar..Pyar..Pyar..
Tiba-tiba..
Klikk..
“Hai..Ada orang tu senyum angau kat nenek. Senyum
macam kerang busuk.”
“Woii, Zack! Padam gambar tu weh.” Ujar Irfan Faris yang baru tersedar temannya itu telah
megambil gambarnya secara curi-curi.
“Haha..Aku
nak letak kat Facebooklah.”
“Woii, janganlah!”
“Ala..Tipu ajelah. Takut benor.”
“Aah, aku tak percaya. Kau bukannya betul.”
“Nah! Ambil phone
aku ni. Checklah ada ke tak ada.”
Irfan Faris mengambil telefon bimbit yang dihulurkan
Irfan Faris. Dia meneliti setiap gambar?Hmm..Selamat
tak ada. Kalau tak, siap kau Zack.
“Kau nak kopi tak? Aku nak buat ni?”
“Apa pasal tiba-tiba kau jadi rajin pulak ni? Mesti ada apa-apa, kan?”
“Kau ni suka sangat buruk sangka dengan aku. Aku
tengah rajin ni. Kira tanda minta maaf kat kaulah.”
Dahi Irfan Faris berkerut. Pelik dengan tingkah
temannya yang seorang ini.
“Hmm..Buatkanlah.
Kasi kaw..kaw..punya.”
Setelah beberapa minit kemudian…
“Nah! Special
untuk kau. Kopi Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga.” Ujar Zack Nadzri dalam gelak.
“Kau ni memang nak kena dengan aku Zack. Kau sengaja
nak kenakan aku.”
“Rilekslah, cucu kesayangan nenek. Itu pun nak
marah. Hmm..Kalau aku nak jadi cucu
angkat kesayangan nenek kau boleh tak? Macam best aje.”
“Nak ke? Nanti aku pass nombor nenek aku kat kau.”
“Boleh, boleh. Pass
kat aku.”
Irfan Faris tergelak. “Betul ke ni? Tak menyesal?
Karang
kalau tak kau kena nyanyi lagu untuk dia..hmm..tak
sahlah.”
Zack Nadzri tergelak juga. “Aku gurau ajelah. Tak rocklah beb. Eh, tapi boleh juga. Aku
nak ushar-ushar nenek kau.”
“Kau ni betul ke tidak? Orang selalu ushar awek, yang kau nak ushar nenek aku tu buat apa?”
“Sebab aku nak jadi Tok kaulah ngek! Tak sudi ke?”
“Wekk!
Muntah aku!” Irfan Faris sudah memegang leher.
“Anggaplah aku ni Tok tiri muda kau yang handsome.” Ujar Zack Nadzri dalam gelak.
“Muntah aku weh! Kau ni sakit mental ke apa Zack?
Minat kau tu menakutkan aku. Ada ke minat yang tua-tua. Eii..Gila, ah!”
“Alah. Aku gurau ajelah, beb. Takkanlah aku ni ngek sangat. Aku ni bukan macam kau. Ngok-ngek.”
“Oii, kutuk aku!”
“Janganlah ambil hati. Yang kutuk kau ni, tok tiri
kau juga.” Ujar Zack Nadzri dalam gelak-ketawa. Sengaja berseloroh. Akhirnya
kusyen kecil hinggap ke mukanya.
“Kau menang ngeklah,
Zack! Selisih!” Ujar Irfan Faris.
Mereka berdua akhirnya tergelak sama.
No comments:
Post a Comment