~ SAYA SUKA
AWAK, ENCIK IFTITAH ~
Membulat
mata encik Iftitah melihat coretan kata itu.Nafasnya mendengus kasar.Siapalah
yang berani sangat menulis kata sedemikan dan membiarkan dia membacanya.Memang
nak kena penampar agaknya. Meluap-luap pula rasa marah di hati. Haishhh..Tapi,
kalau difikirkan secara logik kenapa perlu marah? Normallah kalau ada orang
yang suka kat dia walaupun dia berhati dingin beku kan? Betul tak?
A’ah, tak ada..tak ada. Nak marah juga. Sedap-sedap rasa
aje nak suka aku. Kau siapa? Aku siapa? Kalau berani, cakaplah depan-depan.
Tengok. Ada berani ke? Ni tidak. Tulis kat kertas, lepas tu selit-selit dalam
fail. Tak ada etika langsung! Konon nak jadi secret admirelah tu.
“Nori.
Masuk bilik saya sekarang!” Melengking suara encik Iftitah di hujung talian
interkom membuatkan Nori, setiuasahanya terkejut. Dadanya diurut biar lega dari
kejutan suara petir itu.
Tanpa
lengah, Nori bergegas bangun dan menuju ke bilik bosnya itu.Takut pula jika
lambat dia pula yang dimarahi.
“A..ada…apa
ya encik Iftitah?” soal Nori sedikit tergagap-gagap tatkala berhadapan dengan
lelaki itu.
“Siapa
hantar fail ni?!” Encik Iftitah menolak sebuah fail laporan pemasaran kepada
Nori. Riak wajahnya agak tegang.
“Fail
tu, cik Tasya yang hantar pada saya pagi tadi. Dia minta saya letak atas meja
encik Iftitah untuk tanda tangan. Ada apa-apa masalah ke encik Iftitah?”Nori
berbicara sebaik mungkin. Dia tahu jika tiada sebab yang munasabah, lelaki itu
tidak akan marah membuta tuli.
“Awak
panggilkan Tasya! Suruh dia masuk bilik saya sekarang!”Tajam sahaja bicara encik
Iftitah sepertinya ada sesuatu yang dia sangat tidak puas hati.Lagilah kalau
betul yang tulis kata-kata tu memang Tasya. Hmm..Memang kena makan tapak
kasutlah gamaknya.
Nori
masih terkaku.
“I said, now!”Encik Iftitah menghentak
meja.
“Err..Ya.Saya
panggil cik Tasya sekarang.”
Nori
segera keluar.Dia luar bilik, dia sudah menggeleng sambil mengurut dada.Sebelum
ini dia tidak pernah lagi melihat lelaki itu naik angin sebegitu rupa.Tapi kali
ini, terkujat-kujat pula rasa jantungnya. Dahlah mengandung. Silap-silap hari
bulan dapat sakit jantung, masuk wad ICU terberanak terus.
Nori
segera pergi ke jabatan pemasaran mencari Tasya. Dalam perjalanan itu dia
terserempak dengan Fatehah.
“Teha. Cik
Tasya ada kat tempat dia tak?”
“Tak
ada lah kak. Dia dah keluar tadi. Dah setengah jam juga.”
OMG!”
Nori sudah melepaskan keluhan.
“Kenapa
kak?”
“Encik
Iftitah tengah naik angin tu. Dia cari cik Tasya.”
“Pasal
apa kak?”
“Tak
tahulah. Tiba-tiba naik angin. Tapi rasanya ada kaitan dengan laporan pemasaran
yang dia terima tu. Takut juga akak tengok muka dia tu. Yalah. Tak
pernah-pernah dia macam tu.”
“Kenapa
dengan laporan tu kak? Salah ke? Sebab laporan tu saya yang buat. Cik Tasya
yang suruh.”
“Tak
tahulah Teha. Tak apa. Teha jangan risau. Encik Iftitah nak jumpa cik Tasya.Tak
ada kena mengena dengan Teha.”
“Tapi
kak, Teha risau.Laporan tu, Teha yang buat.”
“Tak
apa Teha.Kalau ada tersilap tu adatlah. Teha kan baru lagi. Lagipun akak
perasan yang cik Tasya tu sebenarnya banyak buli Teha kan?”
“Taklah
buli sangat kak. Yalah. Teha ni baru lagi. Mestilah kena lebih tunjuk ajarnya.”
Fatehah hanya senyum.
“Okeylah,
Teha. Akak pergi dulu.Nanti kalau cik Tasya dah masuk, tolong beritahu dia ya.”
Nori
kembali ke bilik encik Iftitah.Dia menyampaikan kata.Encik Iftitah mengeluh
berat.
Selajur
Nori keluar, encik Iftitah kembali melihat coretan kata yang tertulis di kad
yang diterima tadi.
“Haihh..Siapalah
yang tulis ni? Tak suka betul aku!”Encik Iftitah merengus kasar. Kad itu
akhirnya dironyokkan dan dibaling ke dalam tong sampah. Jiwanya kembali
ditenangkan dan tangannya kembali sibuk membuat kerja.
Lebih
kurang satu jam kemudian..
Pintu
biliknya diketuk. Dia mempersilakan empunya diri masuk. Maka muncullah awek
gedik, cik Tasya Andar.
“You
nak jumpa I ke?”
Encik
Iftitah menjeling sepintas lalu. Lalu mempersilakan Tasya duduk.
“Thanks. Ada perkara penting ke you nak
jumpa I?”
Encik
Iftitah kini menyandar ke kerusi empuknya.
“You
tolong bangun dan ambil kertas warna pink dalan tong sampah tu!”Arah encik
Iftitah dengan lagaknya.
Tasya
sedikit tersentak.Mahu tidak mahu, dia akur juga memandangkan wajah anak
majikanya itu tidak seperti biasa. Bukan mendung, tapi mencuka.
Kerana
takut kena marah, terpaksalah dia bangun dan mengambil kertas warna pink yang
dimaksudkan di dalam tong sampah. Dah macam kuli dah rasanya.
Tasya membuka ronyokan kertas itu.
“Awak
nak jelaskan apa pada saya pasal benda tu?” soal Encik Iftitah.
Tasya
hanya tersenyum.
“You
salah faham ni. Ni bukan I yang tulis.”
“Kalau
bukan you..siapa?! Kertas tu I jumpa dalam fail ni! You yang hantar kan?” Encik
Iftitah kembali menghempas fail yang dimaksudkan di atas meja.
“You
memang dah salah faham ni. You jangan bimbang. Rasanya I tahu siapa yang tulis.
Sebab laporan ni bukan I yang buat. Tapi Fatehah. Dia yang siapkan semuanya.
Dan rasanya dialah yang letak kertas ni. Memang tak ada orang lain punya. I
yakin.” Tasya mengukir senyum lebar.
“Fatehah?”
“Haa..Budak
baru dekat department I tu. Ala. Yang
gaya macam budak kampung tu. Pakai baju kurung tiap-tiap hari. Rasanya you ada
jumpa dia masa hari pertama dia lapor diri.You tak ingat ke?”
Encik Iftitah terdiam seketika. Dia cuba mengimbas
fikirannya beberapa waktu ke belakang.
“Ni siapa pula ni?” Kebetulan waktu itu encik Iftitah
datang ke jabatan pemasaran untuk berjumpa cik Tasya. Maka di situ dia
bertembung pandang. Fatehah tika waktu
itu sedang membaca dan menelaah beberapa buku termasuk SOP syarikat dah jabatan.
Disuruh khatam dahulu sebelum boleh bekerja.
Encik Iftitah tidak menegur. Dibiarkan saja. Pihak HR dan
jabatan sudah terima, maknanya okeylah tu. Menepati kriteria yang diperlukan.
“You
panggil dia suruh dia datang jumpa I sekarang!”
“Okey.You
basuh dia cukup-cukup. Tak patut dia buat macam ni pada you tau. Kesian dekat
you. Dia tu siapa nak kat you kan? Dahlah budak baru. Setahun jagung pula tu.”
Tajam
jelingan encik Iftitah pada Tasya.
“Itu
urusan I. Tak ada kena mengena dengan you. I nak basuh ke..I nak bilas ke..itu
I punya sukalah. Sekarang ni I nak you panggil dia. Don’t waste my time!” Suara
itu bertegas sambil tangan sudah menepuk meja.
Tasya
cepat-cepat keluar. Takut. Pelik pula angin encik Iftitah ni. Baru nak jadi
batu api.
No comments:
Post a Comment