Malam
pertama..
IRFAN
FARIS sudah membuka bajunya. Itulah pandangan yang dilihat Irsya Natasya secara
sembunyi. Tilik mata sebelah. Errkk..Alamak!Dia
nak buat apa ni? Irsya Natasya memandang ke arah lain. Buat-buat tak nampak.
Jantung kat dalam rasa macam dah nak kasi putus nyawa.
Irsya Natasya buat
pandangan sembunyi sebelah mata lagi untuk kedua kalinya.Oh, dia pakai singlet
rupanya. Selamat tak tayang body seksi
terang-terangan. Tapi, yang dalam ni tetap dup..dap..dup..dap..
Suasana hening seketika.
Eh..Tak ada apa-apa
yang berlaku pun.
Irsya Natasya kini mengintai pandang
untuk ke tiga kalinya.Tetap dengan tilikan sebelah mata. Dia buat apa tu? Cari something kat bagasi dia.
Irsya Natasya kembali mengalih
pandangan ke arah lain. Jangan sampai Irfan Faris perasan dengan tindakannya.
Sambil itu, otaknya memikir.
Tiba-tiba..
“Nah! Ni surat perjanjian yang perlu
untuk awak tanda tangan!” Wajah Irfan Faris sedikit serius sambil menghulurkan
satu dokumen kepada Irsya Natasya.
Terkejut juga Irsya Natasya. Mujur
mulutnya tidak melatah.
“Laa..Surat perjanjian rupanya. Inilah
yang dia cakap petang tadi. Ingatkan apa. Buat suspensaku aje. Ingatkan dia nak buat yang tuttt..layanan mesratu.Ngek pula
fikiran aku ni. Tak boleh menafsir. Sah-sahlah dia tak suka kat aku.” Bisik
Irsya Natasya sendiri. Terukir juga senyuman di bibirnya. Rasa selamat. Dia
kini meniarap di katil. Tak ada yang menyeramkan yang berlaku, bolehlah
berlagak berani.
‘Aii, terima surat perjanjian dari aku
pun dia boleh senyum aje.Ah, sudah!’ Bicara itu terdetik di hati Irfan Faris
yang mengambil posisi di hujung kepala katil. Tiada chance untuk berlunjur kerana Irsya Natasya dah conquer katil. Meniarap selamba.
“Baca dulu sampai faham. Lepas tu,
setuju atau tidak tanda tangan kat bawah tu!” Ujar Irfan Faris kini memeluk
tubuh. Tunjuk gaya kereklah tu.
“Setuju atau tidak tetap kena tanda
tangan? Macam paksa aje.”Irsya Natasya sambil memandang Irfan Faris.
“Jangan nak banyak mulut. Baca. Karang
tak tahu.”
“Yalah. Saya bacalah ni.Wah,cantiknya cover. Siap pakai kertas wangi.Bunga-bunga
bagai. Inilah benda yang awak tunjuk kat Skype sebelum ni kan?” Ujar Irsya
Natasya sambil mencium dan membelek seketika dokumen nipis itu.
“Jangan banyak cakaplah. Baca.”
“Yalah, yalah. Saya bacalah ni.”
Irsya Natasya kemudiannya membaca akan
bait-bait kata yang tertulis.
1) Awak
sebagai isteri diminta patuh kepada setiap arahan yang diberi.
2) Selepas
seharian kita bernikah, kita tak geng kecuali keadaan memaksa. So, pandai-pandailah berlakon. Jangan
sampai kantoi.
3) Awak
sebagai isteri, panggilan awak kepada saya mestilah Encik Irfan Faris. Jika
bersama keluarga atau ditempat awam, sebarang panggilan romantik boleh
digunakan untuk menunjukkan kemesraan.
4) Awak
sebagai isteri, tidak berhak untuk mengganggu hak privacy saya dan busy body
tentang hal saya.
5) Awak
sebagai isteri, dilarang sama sekali masuk ke bilik saya tanpa kebenaran.
Sendiri ada bilik. Jangan sibuk nak masuk bilik orang lain.
6) Awak
sebagai isteri, dilarang membasuh sebarang pakaian saya tanpa kebenaran. Tolong
jemur atau gosokkan pun tak boleh, melainkan dengan kebenaran dari tuan punya
badan.
7) Awak
sebagai isteri, kena pastikan rumah sentiasa bersih dan wangi.
8) Syarat
tambahan boleh ditambah pada bila-bila masa tanpa sebarang rundingan.
“Macam ni aje syaratnya. Memang ngok-ngek.”
“Eh, jangan banyak mulutlah. Dah baca, kan?
So, sign!”
“Saya tak tahu apa motif awak yang
sebenar. Okeylah. Saya sign. Tapi sebagai
tanda saya hormat kat awak, saya nak awak yang sign dulu.”
Irfan Faris kini mengambil pen dan
menurunkan tanda tangannya. Irsya Natasya hanya tersenyum sambil menopang dagu melihat
tangan kidal lelaki itu menanda tangan.
“Kenapa senyum?” soal Irfan Faris dalam
sedikit jelingan kepada Irsya Natasya di hadapannya. Pandangan mereka bertemu
seketika.
“Tak ada apa-apa. Saja. Saya suka tengok
tangan kidal awak tu menulis. Macam comel aje. Saya memang berangan nak
bersuamikan orang yang menulis tangan kidal. Tak sangka pula dapat walaupun
saya tak suka orangnya. Tak apalah. Janji dapat.”
Hmm..Yalah,
Irsya Natasya oii. Tiba-tiba aku ni secara tak sengaja dah memenuhi salah satu
kreteria suami pilihan kau ya. Okey, tak apa. Bonuslah tu.
“Suka tengok jari awak. Runcing.
Panjang-panjang. Awak pandai main piano tak? Kalau pandai, nanti mainkanlah
untuk saya. Selalu tengok orang yang main piano ni jarinya runcing-runcing macam
awak.”
Irfan Faris menjeling. Apa ke hallah
masuk bab main piano ni. Dia ni memanglah. Melencong entah ke mana.
Irsya Natasya kemudian turut menurunkan
tanda tangannya. Tiada masalah baginya untuk mengikut peraturan tersebut. “Bila
berkuatkuasanya. Macam tak ada tulis kat dalam surat perjanjian pun. Apa ni?
Tak lengkap.”
E’eh, dia ni kan. Mulut tu asyik nak
lawan aku aje! Geram betul! Aku tunjal juga karang kepala budak ni. Irfan Faris
berbisik di hati.
“Untuk pengetahuan awak saya berhak
buat pindaan. Sebab tu saya tak spesifikkan tarikh pada surat perjanjian tu. Apa
yang awak perlu ingat, kawasan dan tempat yang ada keluarga kita dan orang
sekitar, kita akan berlakon seolah-olah kita ni suami-isteri yang mesra. Faham
tu!”
“Okey. Tak ada masalah. Macam kat cerita
drama biasa tu kan. Ikut awaklah encik Irfan Faris, oii. I follow aje.”
“Aii...Macam tak sabar aje nak ikut
peraturan tu. Untuk ingatan awak, pangkal kata ‘encik’ itu hanya digunakan di
rumah baru kita nanti. Kalau kat sini jangan nak ngada-ngada. Kalau mak atau
ayah awak terdengar, siapalah awak. Kalau awak yang kena bebel sorang tak apalah
juga, karang saya pun terlibat sama.”
“Yalah, Irfan Faris oii. Arahan
diterima. So, malam ni kita masih dikira
genglah ni. Boleh happy-happy macam
siang tadi.”
“Boleh. Sampai pukul 12.00 malam aje. Tu
pun saya dah pertimbangkan.”
Irsya Natasya hanya tersenyum. Nampaknya,
Irfan Faris ni boleh diajak berbincang. Nampak aje macam berlagak dan ego, tapi
penuh toleransi.
Mesej telefon Irfan Faris kini berbunyi.
Dan, dia membaca mesej yang diterima. Irsya Natasya hanya menjeling. Hmm..Aweklah tu kut. Agaknya siapa awek
dia yang terkecewa tu? Haha...
Seketika kemudian, mesej telefon Irsya
Natasya pula berbunyi. Tersenyum bibirnya saat membaca mesej yang diterima.
“Siapa?” soal Irfan Faris. Sibuk pula
nak bertanya yek?
“Kawan.” Jawab Irsya Natasya sepatah.
“Lelaki ke perempuan?”
“Aii, baik benar bertanya.Awak dapat
mesej, saya tak tanya apa pun. Jealous
ke?”
“Tak ada maknanya.”
“Hihi.
Relakslah. Kawan sayalah. Siti Zuraidai. Pengapit saya siang tadi yang ala-ala vogue tu.”
“Dia nak apa malam-malam ni?”
“Eh, banyak tanya pula awak ni. Sibuk
aje. Dia tanya, saya dah kasi nombor telefon dia pada Dean ke belum. Tu aje.”
“Siapa Dean?”
“Aii, tanya lagi. Jealous ke? Sejak bila?”
“Eh, jangan nak perasan. Saya cuma nak
tahu aje. Nak cakap, cakaplah. Tak nak cakap sudah!”
“Ala..Janganlah sentap. Don’t emo, emo, don’t stress, stress.
Dean tu sepupu saya yang handsome tu.
Alah, yang pakai baju merah ambil gambar dengan awak siang tadi tulah. Eh, awak
nak tahu tak. Kawan saya si Siti Zuraidai ni minat kat dia tau. Padahal saya
baru cerita aje. Belum pun jumpa lagi dia dah excited. Awak tahu sebab apa? Sebabnya dia minat kat Dean
Supernatural. Macam lawak aje kan? Siang tadi baru first time dia nampak si Dean tu. Tu pun dah macam angau. So, sekarang ni saya tengah cuba jadi match maker dia orang. Saya nak kenalkan
dia dekat sepupu saya tulah.Amacam.Awak
rasa sesuai tak dia orang tu? Tapi, si Dean tu pemalu sikit. Tu yang saya nak adjust tu.”
“Hai. Sibuk pula nak jadi match maker kat orang lain. Ni, tak
pasal-pasal sepupu awak si Dean tu jadi mangsa. Eh, lelaki ni bukan jenis suka
kena paksa tau.”
“Alah, Dean tu tak macam awak.”
“Mana awak tahu?Eh, awak. Saya cuma nak cakap,
benda yang melibatkan rasa terpaksa ni bukan senang nak survive tau. Contohnya macam kita nilah. Buat terdera hati dan
perasaan aje. Lain kali, nak buat sesuatu tu fikirlah dulu. Fikir guna otak.”
Irfan Faris sedikit tegas dalam bicaranya.
Berdesing juga telinga Irsya Natasya
mendengar.
“Alah, kita cuba aje. Dah kawan saya tu
suka kat dia. Tak apalah. Biarlah dia orang kenal dulu. Lepas tu pandai-pandai
dia oranglah. Bukannya saya kata saya wajibkan dia orang tu kahwin. Kalau tak
kahwin tak dapat harta, macam tu. Itu pun nak tot..tet..tot..tet..Benda tu simple.
Boleh fikirlah.”
“Eh, menjawab aje dia.”
“Dah tu, takkan nak diam. Tulah. Saya
ajak buat pakatan lari majlis, tak nak. Baik benar nak nikah juga.” Irsya
Natasya berbicara selamba. Sengaja mengungkit kembali.
“Haa..Ni yang tak suka ni. Dah berapa
kali cakap. Jangan bangkitkan lagi pasal tu ea. Sekarang dah selesai pun,
dahlah. Lepas ni pandai-pandailah kita survive.”
Irfan Faris mengeluh nipis.
“Awak rasa, boleh ke kita survive ke untuk future kita? Yalah. Kita ni tak berapa sebulu.”
“Tu yang awak risaukan? Apa pula tak
boleh. Pandai-pandai nak hiduplah. Apa yang penting kita tetap akan tinggal
bersama jauh daripada keluarga. Awak dengan cara awak. Dan saya dengan cara
saya. Apa yang pasti dari luaran orang akan tengok kita hidup natural sebagai
suami isteri. Macamlah awak tak biasa tengok drama. Macam tulah.”
Irsya Natasya hanya angkat kening sambil
mengukir senyum sinis.“Ya. I know.”
Jawab Irsya Natasya pendek.
Alah, Irfan Faris oii. Kita ni, boleh
aje sebenarnya nak survive. Cuma awak
tulah nak ikut kepala awak. Saya, lepas awak dah ucap terima akad nikah tadi tu
saya saya setting kat otak nak belajar
terima awak. Tapi, awak tu sibuk nak buat perjanjian bagai.Ngek! Bukan tak boleh cuba pun untuk menerima. Berlakon boleh aje.Irsya
Natasya hanya berkata di hati. Tapi, mampukah dia hidup begitu seumur hidup? Memang
secara zahir mulutnya bercakap dia tidak kisah tapi hakikatnya sebagai seorang
wanita, sebagai seorang yang bergelar isteri, hal itu menjadi suatu yang
penting buatnya.
“Huh, mengutuk dalam hatilah tu.”
“A’ah. Memang pun. Kenapa? Kelopak mata
kiri awak dah terkenyit-kenyit?”
Irfan Faris tidak menjawab, sebaliknya
hanya memberi jelingan. Irsya Natasya pula hanya mengulum senyum. Sengaja mengenakan
Irfan Faris.
“Eh, awak. Baru saya terfikir sesuatu. Entah-entah,
awak relakan hati dalam paksa terima saya ni sebab harta nenek eh?”
“Ewah. Sedapnya mulut bercakap.Cakap
lagi sekali siap ea. Kalau tak sebab sayang kat nenek, saya tak kahwin dengan
awaklah.” Bantal kecil yang ada di sisinya sudah dibaling kepada Irsya Natasya.
“Ya ke bukan sebab harta?”
“Eh, awak ingat ni cerita drama ke apa?
Dahlah. Kalau nak cerita, cerita benda lain. Bingit tau telinga asyik cakap
pasal benda ni.”
Irsya Natasya hanya gelak.
“Kenapa gelak?”
“Agak-agak kenapa?”
“Tahu dah apa jawapan awak. Jangan nak
buat lawak bodoh boleh tak!”
“Haha...Streslah
tu kan?”
Irfan Faris kembali menjeling. Panas
juga hatinya. Namun, dia malas untuk membalas kata-kata Irsya Natasya. Terus dilayan
games di Galaxy Tabnya.
“Apalah kita ni. Tiba-tiba jadi stres
pula. Padahal hari ni kita patut happy-happy
aje kan? Dah rugi masa dah. Ni pasal si Siti Zuraidai dengan Deanlah ni.” Irsya
Natasya kembali mengubah suasana. Apa yang pasti, orang lain yang disalahkan.
“Emm..Sedar
pun. Siapa yang mula dulu.” Irfan Faris mengukir senyuman sinis walaupun tidak
memandang.
“Aii, perli nampak.”
“Terasa ke?”
“Taklah. Cuma sentap sikit je. Tapi tak
apa. Tak stres.” Irsya Natasya tersenyum. Dia bijak bermain dengan psikologi
sendiri.
Suasana sepi seketika.
“Eh, mana rantai yang saya kasi awak
sebelum ni? Kenapa tak pakai?” soal Irfan Faris tiba-tiba.Lembut pula bicaranya.
Irsya Natasya sedikit terkejut.
Hai, dia ni. Tiba-tiba aje tanya. Perasan
ke aku tak pakai.Irsya Natasya berbisik di hati sambil meraba lehernya. Agaknya,
sambil main games dia sempat
jeling-jeling yang kat sini juga kut? Ah, sudah! Irsya Natasya kemudian menarik
selimut men-cover dadanya yang
sedikit terdedah. Dia yang sejak tadi meniarap, kini duduk. Tiba-tiba jadi
seram apabila meniarap dengan gaya selamba di hadapan Irfan Faris.
“Tiba-tiba duduk? Kenapa? Nak menempel
kat sebelah saya ke?”
“Eh, tak ada maknanyalah.”
“Haa..Saya tanya pasal rantai tadi.
Kenapa tak jawab?”
“Err..Ada.
Saya simpan. Takutlah nak pakai barang mahal macam tu. Takut hilang.”
“Jangan nak ngada-ngada. Saya dah kasi
tu pakai ajelah. Kalau awak jaga betul-betul, tak hilang punya. Mana?Bak sini. Saya pakaikan.”
“Hah? Nak pakaikan?”
“Kenapa? Tak boleh? Dah. Bak sini.”
“Ala..Tak payahlah.”
“Apa ala, ala.. Cepat ambil.
Ke..sebenarnya dah hilang? Baik awak cakap. Atau.. awak dah jual?” Duga Irfan
Fais.
“Taklah. Ada dalam gobok (almari).”
“Dah. Ambil,bawa sini.”
Mahu tidak mahu, Irsya Natasya bangun
lalu mengambilnya. Dikesempatan itu, Irfan Faris naik ke tengah katil dan terus
baring menelentang di tengah-tengah katil.
“Wah! Bestnya dapat baring. Dapat guling-guling kat tilam empuk ni.”
Memang itulah nikmat yang dirasa. Sejak tadi dia duduk menyandar di hujung
katil, rasa lenguh tulangnya. Tiada ruang nak baring. Si Irsya Natasya sah-sah
sudah meniarap macam katil itu dia seorang yang punya.
Irsya Natasya sudah bercekak pinggang. Hampeh betul dia nilah. Eii..Main taktik
suruh aku bangun rupanya!
“Mana rantainya. Baklah sini.” Ujar Irfan Faris yang masih berbaring berteman
senyuman.
“Nah!”
“Eleh, beri tak ikhlas.” Irfan Faris
kini sudah duduk sambil menyambut kotak yang di hulurkan Irsya Natasya.
“Eleh. Nak cakap orang konon. Dia bagi
ni pun tak ikhlas. Beli, lepas tu claim
kat nenek.”
“Mana awak tahu?”
“Boleh agaklah tengok cara awak ni.”
Irfan Faris hanya tersenyum. Sebenarnya,
awalnya rancangnya memang begitu. Tetapi, akhirnya dia buat kata putus untuk
tidak menuntutnya daripada nenek.
“Dahlah, duduk sini. Kalau tak, macam
mana saya nak pakaikan.”
“Apa mimpi nak romantik-romantik ni.
Awak jangan...”
“Eh, nak pakaikan rantai ni pun dikira
romantik ke? Ke..awak takut saya buat benda lain kat awak. Pada saya, tak feeling apa-apa pun. Awak baring meniarap
telentang tadi pun saya tak hairan, lagikan setakat nak pakaikan rantai.”
Selamba Irfan Faris menjawab.
‘Eii, dia ni kan. Mulut tu boleh tahan.
Tengok macam ala-ala berlagak tapi, suka juga nak kenakan aku.’
“Sinilah. Apa yang awak tengok saya
semacam. Takut ke?” Irfan Faris pandai bermain kata. Sengaja juga dijongketkan
keningnya. Dia kini mengeluarkan seutas rantai daripada kotak baldu biru itu. Dia
pun tak tahu kenapa tiba-tiba dia mahu memakaikan rantai tersebut. Cuma
padanya, Irsya Natasya harus memakai apa yang diberi. Lagipun pemberian itu
merupakan hadiahnya kepada Irsya Natasya yang dianggap bertabah hati menerima
dirinya.
Irsya Natasya masih memandang Irfan
Faris dengan pandangan ragu-ragu. Tiba-tiba Irfan Faris jadi ala-ala mesra
dengannya. Mesra yang....err..tak boleh
nak tafsir. Lakonan aje kan ni?
“Sinilah. Duduk depan saya ni. Saya nak
rantai awak terus.”
Irsya Natasya menelan liur sendiri.
Berderau pula darahnya. Macam lain macam pula ayat si Irfan Faris ni. Namun,
akhirnya dia duduk juga di atas katil menghampiri Irfan Faris.
“Aii, awak. Tiba-tiba takut ke bila
dengar saya nak rantai awak?” perli Irfan Faris.
“Eh, siapa takut. Kalau takut, saya tak
duduk dekat awaklah.” Irsya Natasya buat lagak berani. Hakikatnya, memang takut.
Takut ada aksi 18SX.
Terasa kini tangan Irfan Faris mengirai
rambutnya. Alamak..Alamak..Alamak..Kau nak buat apa tu Irfan Faris oii.
Janganlah lebih-lebih. Meremang bulu roma aku ni oii. Jantung pula macam dah
nak melompat keluar ni.
Irfan Faris hanya mengulum senyum. Dia
boleh menganggak apa perasaan Irsya Natasya kini. Siap peluk tubuh kecutkan
badan. Hai, Sya. Ada feel ke? Aku tak
rasa apa-apalah.
Irfan Faris sempat juga mencium bau
wangi rambut itu.Haha..Sengaja ambil
kesempatan.
“Pakai syampu apa ni?”
“Safi Shayla. Eh, sibuklah. Itu pun nak
tanya.”
“Eleh. Nak tahu pun tak boleh.Saya tahu
awak buat-buat marah sebab awak takut kan?Ke.. ada feel macam tangan melingkar kat pinggang macam siang tadi?”
“Eii, tak ada maknanyalah. Cepatlah
kalau nak pakaikan tu.”
Irsya Natasya saja buat ala-ala marah.
Hakikatnya, dadanya kian berdebar kencang. Lagilah kini dia terasa ada jari
yang bermain ditengkuknya.Bukan merayap, tapi tengah dok pasang rancu rantai. Tak boleh-boleh pulak time ni yek. Ke, gigil
juga. Oh, no komen.
“Lamanya.”
“Sabarlah. Susah nak klip dia ni. Okey,
dah. Meh sini pusing, padang sini, nak
tengok cantik tak.”
Dup..Dap..Dup..Dap..kian
terasa.Alamak! Siap nak tengok-tengok pula.Kau ni dah kenapa Irfan Faris? Dah
namanya rantai beribu-riban harganya, confirmlah
cantik. Pula tu aku yang pakai, lagilah cantik. Ya tak? Haha..sempat perasan walaupun sebenarnya tengah takut.
“Okey, nice.” Irfan Faris tersenyum sambil merapikan rambut Irsya Natasya
ke belakang bahu.
Irsya Natasya kembali tertelan liur.
Menakutkanlah dia ni.
“Hai, awak. Berpeluh ke?” soal Irfan
Faris apabila melihat ada renik-renik peluh di dahi Irsya Natasya.
“Dah tu, panas. Berpeluhlah. Kuatkanlah power kipas tu sikit.” Pinta Irsya
Natasya sambil meraup renikan peluh di dahinya. Pandai betul dia beri alasan.
Tapi yang penting dia jawab dengan selamba.
Irfan Faris hanya mengulum senyum.
“Pandainya beri alasan. Alah, dah takut cakap ajelah takut. Apa nak hairan.
Saya tak kisah pun. Saya tahulah apa yang awak rasa. Macam ada aura lain kan? Normallah
tu. Bila ada cas positif dengan negatif bersentuhan memang macam tu.”
“Awak tahu eh?” Irsya Natasya buat-buat
gelak sambil menunjukkan tanda peace.
Kira mengakulah tu. “Awak ni kan..macam peliklah saya tengok. Yalah, awak sibuk
buat perjanjian ngek awak tu, tapi
sekarang ni saya tengok awak ni macam..”
“Macam suka kat awak?”
“Taklah. Saya tahu awak tak suka kat
saya pun. Maksud saya, apa yang awak buat macam tak kena dengan cara awak tu.
Yalah. Macam..eh entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana.”
“Saya faham maksud awak tu. Untuk
pengetahuan awak, saya buat macam ni just
untuk adakan memori indah untuk awak aje. Kan awak minta happy-happy aje hari ni. Lagipun, belum habis waktu yang saya
janjikan. Takkan awak nak suruh saya pulaukan awak malam pertama ni. Hmm..Tu bukan cara saya. Tapi, part yang tu..memang tak adalah.” Ujar
Irfan Faris dalam gelak.
Pap!
Tangan Irsya Natasya sudah hinggap ke
lengan Irfan Faris. Jadi ganas semula.
“Eleh, nak pukul-pukul orang pula dia.Tadi
dahlah takut. Ni nak ganas-ganas pula. Apalah awak ni. By the way, saya cuma nak beritahu, masa ada lagi kalau awak nak
berbual mesra dengan saya. Saya boleh layankan awak sampai pukul 12.00 aje.
Lepas tu saya nak tidur. So,terpulang.”
Irfan Faris kini kembali berbaring. Dia kembali menyambung bermain games di Galaxy Tabnya.
Irsya Natasya terdiam sejenak. Otaknya
memikir dan hatinya berbicara.
Dia buat macam ni semata-mata nak
menggembirakan aku pada hari ni ke? Betul ke? Sebab tu dia cuba bergelak
ketawa. Nampaknya, kita memang samalah Irfan. Aku pun macam kau juga. Itulah
hakikat yang berlaku.” Sebenarnya tindakan dia cuba bergurau dan bermesra itu
adalah sebagai salah satu cara dia menggembirakan hati sendiri. Ya..Cuba
membuang rasa tekanan yang menghimpit. Namun, ia menjadi natural apabila Irfan
Faris bijak melayannya.
“Kenapa? Berangan ke kayangan?” Irfan
Faris menegur.
“Eh, taklah. Cuma..saya nak ucapkan
terima kasih kat awak sebab awak dah penuhi permintaan saya hari ni. Awak tak
tipu saya untuk buat saya gembira hari ni walaupun ada masanya awak sengaja
buat saya stres.” Pandangan mata Irsya Natasya kini tepat memandang wajah Irfan
Faris.
“Okey.No problem. Simpanlah kenangan hari ni untuk hari-hari seterusnya. Mulai
esok, dan hari-hari seterusnya kita dah tak geng kecuali keadaan memaksa.” Pandangan
mata Irfan Faris tidak terkalih kepada Irsya Natasya sebaliknya terfokus kepada
games yang sedang dimain.
“Awak memang betul-betul tak nak geng dengan
saya ke Irfan?” kendur suara Irsya Natasya bertanya.
Irfan Faris hanya menjeling Irsya
Natasya sekilas. Dia tidak menjawab.
“Emm..Tak
apalah. Rasanya, saya tak perlu tanya kut. Eh, awak. Awak tak nak tidur ke?
Esok pagi nak kena sental periuk.”
“Tidurlah dulu. Saya susah sikit nak
tidur. Lagi-lagi tempat baru. Tapi kalau
saya dah syok tidur jangan sesekali nak kejutkan saya. Memang nak kenalah.”
“Okey. Eh, awak. Tak apa ke tidur
sekatil?”
“Aii, soalan. Macam nak tidur kat lantai
aje? Kat rumah awak ni takkan saya nak suruh awak tidur bawah. Nak ke? Kalau
nak, dipersilakanlah. Saya pun tak nak. Tak apa. Keadaan sekarang, tak boleh
nak elak. Tapi kat rumah kita, kita tidur bilik asing-asing. Kan ada dalam
perjanjian, kan?”
Irsya Natasya mengangguk. Nampaknya, ada
keadilan dalam diri Irfan Faris. Selamatlah tak berlaku macam kisah drama
kahwin paksa. Selalu perempuan kena buli paksa tidur dekat bawah.
“Pastikan bantal peluk letak tengah.
Karang, jangan marah saya kalau tengah-tengah malam tiba-tiba awak jadi bantal
peluk saya. Tak pun tangan saya melingkar kat pinggang awak.” Irfan Faris
berbicara selamba berteman senyuman sinis walau tidak memandang.
Irsya Natasya sudah membesarkan mata.
Wajahnya kembali memandang Irfan Faris.
“Kenapa? Ada benda nak cakap ke?”
“Eh, tak adalah.”
“Takutlah tu.” Nada bicara Irfan Faris seakan
mengejek.
Irsya Natasya malas melayan kata. Dia
sudah berbaring dan menarik selimut. Kemudian dia duduk semula.
“Kenapa? Takut nak tidur sebelah?”
“Err..Tak.
Eh, awak..Boleh tak..kalau saya...”
Tika waktu yang sama...
Ding..Dong..
Jam 12.00 malam telah berbunyi. Alamak! Times
up! Dah habis masa jadi geng.Boleh ke nak minta ni…
Irfan Faris kini memandang wajah Irsya
Natasya. Ia membuatkan Irsya Natasya terkelu bicara. Irfan Faris kemudian
mengunjukkan tangannya. Tanda menghulur salam.
“Saya tahu awak nak apa? Nak salam saya
kan?”
“Tapi,waktu dah 12 lebih sikit. Boleh
ke?”
“Kenapa tiba-tiba jadi lurus bendul pula
ni?”
Irsya Natasya mengaru kepala sendiri.
Kadang-kala dia memang jadi ngek sedikit.
Dia kemudian merapatkan diri dan meraih tangan itu.
“Terima kasih sebab awak faham saya.”
Memang itulah maksudnya. Ya, dia ingin meminta maaf sebelum tidur. Tangan itu
kemudian dikucup kasih. Kehangatan tangan suaminya itu seakan mengikat kasih
dengan hatinya. Alamak..Rasa syahdu pula.
“Saya minta maaf untuk hari ni. Untuk hari
pertama saya jadi isteri awak.Apa yang saya buat, kalau awak kecil hati saya
minta maaf. Terima kasih sebab layankan saya dengan baik hari ni. Hari ni saya
gembira dengan awak.” Ada sedikit rasa terharu di hati Irsya Natasya.
“Okey…Saya buat macam ni pun atas sebab
untuk kepentingan diri saya juga. Dan saya tahu,situasi awak pun macam saya. Just
fair! Emm..Lupa nak cakap. Esok, bila
kita kat luar bilik, kita tetap geng tau. Kat luar hubungan kita mesti nampak
realistik. So, kalau ada adegan manja
dan romantik dari saya, jangan feeling
lebih-lebih. Tu semua lakonan aje. Faham!” Irfan Faris memberi peringatan.
“Ya, faham. Terima kasih awak.Awak
ni baiklah. Salute kat awak. Okey,
selamat malam.” Ucap Irsya Natasya sambil tersenyum sebelum berbaring dan menarik
selimutnya.
Irfan Faris tersenyum di hati. Dia tahu,
Irsya Natasya tetap menghormatinya sebagai suami. So, apa cerita dengan M040Dnya? Nak teruskan ke…atau tidak? Aii,
baru sign kut. Takkan nak batalkan. Belum
pun mula lagi. Cubalah dulu. Apalah kau ni ngek
sangat Irfan Faris oii. Buat beriya. Baru aje si Sya salute sikit dah dah berubah hati pula.Sekurang-kurangnya kau kena test dia juga. Nak kenal orang barulah
katakan.
Tika hari kian merangkak ke pagi...
Irsya Natasya tiba-tiba tersedar apabila
tengkuknya terasa dihembus nafas hangat. Dan, ada tangan sudah memeluk pinggangnya.
Alamak! Apa ke hal aku dah jadi bantal peluk dia ni? Patutlah hangat semacam
aje. Selalu time ni, sejuk semacam. Irsya
Natasya terpaksa telan liur sendiri. Nak ditolak Irfan Faris, teringat pula
akan kata-kata lelaki itu sebelum tidur tadi.
“Mesti dia mengamuk kalau kejut dia time syok tidur ni. Takkan nak biar aje.
Eii, macam apa aje. Peliklah tidur kena peluk-peluk ni. Si bantal peluk ni pun
mana entah. Terpaksalah aku buat tak tahu aje. Yang dalam ni pula dah berbebar
semacam. Nampaknya sampai ke Subuhlah aku tak boleh lelap.”
Irsya Natasya cuba mengesot sedikit
kerana rasa tidak selesa. Dan tika itu tangan yang memeluk pinggangnya beralih
ke dada. Alamak! Lagilah menakutkan. 18SX.
Dalam waktu yang sama, hidung Irsya
Natasya menghidu sesuatu. Kembang-kempis hidungnya cuba menenal pasti bau
tersebut. Bau.....
“Bau ni, macam bau baby aje. Betullah. Bau baby.”
Bisik Irsya Natasya sendiri. Dia kini mencium tangan Irfan Faris yang singgah
di dadanya. “Betullah. Bau tangan dia.”
Irsya Natasya kini mengesot perlahan-lahan
agar Irfan Faris tidak tersedar. Nampaknya, dia berjaya walaupun Irfan Faris
ada bertindak balas. Dan kini barulah pandangan mata Irsya Natasya menghadap
wajah Irfan Faris yang sedang terlena.
Irsya Natasya kembali mendekatkan
hidungnya ke tangan Irfan Faris. Bau itu kekal menusuk hidungnya. Daripada
lengan dihidu membawa hingga ke bahu. Dan tanpa sedar hidungnya menyinggah ke
pipi.
“Aii, Irsya Natasya oii. Over nampak. Sampai ke pipi kau cium.
Ambil kesempatan ea.” Hati sendiri memerli.
“Bahaya aku ni. Aksi 18SX. Tapi, dia ni
memang bau babylah. Hmm..Ni mesti pakai losyen baby.” Bisik Irsya Natasya sendiri
sambil tersenyum. Dia kembali berbaring di posisi asalnya. Dalam suarm-suram
cahaya, wajah lelaki itu ditatap. Macam syok pula tengok wajah itu terlena.
Kacak juga suami aku ni yek.
Irsya Natasya tiba-tiba tersenyum. Dia
teringkatkan kisah baby,cucu Nek
Kalsum yang ingin dijaga. Yang ingin dijadikan geng tidur dan dipeluk cium.Hai
la..Irfan Faris, oii. Rupanya, memang kaulah baby tu. Dan hari ni, aku dapat cium bau baby dari badan kau walaupun sebenarnya kau hanya pakai losyen baby. Macam comel aje bila orang lelaki
macam kau ni pakai losyen baby, yek.Agaknya
jenama apa kau pakai? Sedap betul baunya.
Irsya Natasya kemudian membetulkan
selimut Irfan Faris dan kembali meletakkan bantal peluk di antara mereka.Dia
kembali berbaring dan apa yang pasti, matanya sudah tidak mahu lelap.