INI
kisah aku. Aku Dinara Safina. Orang kata wajahku comel bak Jang Nara. Aku pun
perasan juga.Status aku masih anak dara.Prinsip hidup, cool tanpa cinta.Namun adakah aku tetap cool setelah hadir cinta pertama?
“Ish..Kenapa ni? Macam pelik aje bila rasa mata kanan aku ni bergerak-gerak.
Ada orang tua-tua kata, tu tandanya nak tengok orang. Erkk…macam annoying
aje.Nak tengok siapa? Bakal S..? Oh, tidak! Itu tak mungkin.Aku takkan percaya
semua tu. Tapi apa yang aku dapat rasa,
ada orang sedang mengumpat aku. Cuma tak tahu mengumpat baik ke..mengumpat tak
baik.”
“Tengok tu. Dia bergerak-gerak
lagi. Aii..Ni sudah lebih. Siapa yang mengumpat aku ni hah?!”Aku terus
tekan-tekan kelopak mata sambil urut-urut juga. “Kalau berani, tunjuk mukalah.Ni
tidak.Umpat-umpat.Parahnya, kelopak mata aku yang bergerak-gerak.Tengok tu, bergerak-gerak
lagi. Adoii mak…”
*****
“DINARA
SAFINA!” Panggilan itu membuatkan aku menghentikan langkah dan menoleh dengan
gaya slow motion. Ceh..Rasa macam
buat iklan syampu pula. Kebetulan juga ada petikan gitar sebagai muzik latar
entah dari mana. Daun-daun kering pula berterbangan membawa suasana romantik
ala-ala drama Korea. Tiba-tiba..
“Eh…”
Sebiji belon berwarna putih terliuk-lintuk
terbang rendah mendekati. Ceh..Macam belon cari tuan. Pandai. Ni guna alat
kawalan jauh ke? Aku gelak sendiri. Namun belon itu aku ambil.
~AWAK CINTA PERTAMA SAYA~
Terkejut aku apabila membaca. Tiba-tiba
ada belon jatuh cinta pada aku. Haha..Kelakar.
“Saya malas nak bercintalah wahai
encik belon.” Aku kemudian mengikat belon itu di sebuah bangku berdekatan. Tak
nak terima cinta si belon.
“Tapi tak apa. One kiss for you. Okey, chowww!
Bye-bye encik belon.”
*****
“KAU
ni tak nak bercinta dengan sesiapa ke Nara?Aku tengok kau ni senyap aje.”
Aku terus terbatuk-batuk. Terkejut
apabila Tiz mengutarakan soalan sebegitu.Entah mambang mana yang merasuk,
soalan cepuemas itu yang ditanya. Macam tak ada topik lain. Lepas tengok filem
Transfomers yang penuh dengan aksi dan robot-robot, boleh pula tanya soalan
berunsur CINTA. Tak rock langsung!
Dahlah tadi encik belon cinta datang pada aku. Macam bawa petunjuk aje.
“Eii..Poyonya soalan kau.”
“Okey apa soalan aku.Aku bukan apa.
Aku tengok kau ni solo aje. Tak teringin ke nak ada suami di sisi yang menjadi
tambatan hati.Kau kan dah nak masuk fasa 30-an. Cuma muka kau tu ajelah muka
budak-budak.Usyar-usyarlah lelaki sejati kat luar tu untuk dijadikan teman
hidup agar bersinar sikit hidup kau.”
Erkk..Aku
urut leher. Terasa tekak kembang loya mendengar ayat Tiz yang penuh
bunga-bunga.
“Kenapalah kau urut-urut leher Nara
oii.Nak muntah ke?”
“Haa..Tau tak apa. Memang dah nak
termuntah hijau dengar bicara kata manis berteman bunga-bunga nan indah dari mulut
kau tu. Eiii…”
“Eii..kau kata. Kau jangan Nara,
nanti kau dah tersangkut tak adanya nak eii..eii..bagai. Cinta tu akan buat
hidup kau jadi lain tau. Percayalah. Indah..Manis..Bahagia..”
“Kau ni macam Mak Jemah. Kepoci
lebih. Eii..Kau tak payahlah nak lebih-lebih Tiz oii.”
“Aku cakap ni betul Nara. Aku kan
dah laluinya, cuma jodoh aku dengan arwah suami aku tak panjang.Kau
Nara…Cubalah cari.Kalau tak cari, tak jumpa.”
“Ala..Kalau dah tiba masanya
nanti, mesti muncul orang yang akan jadi laki aku tu.Buat apa aku nak pening. Bercinta
ke tak, tu lain kiralah. Aku nak cari sendiri, memang tak ada maknanyalah. Dan kalau
orang tu dah jodoh aku, aku akan terima seadanya tanpa kompromi. Titik! Senang
kan?”
“Wah!Semudah tu?”
“Harapnya mudahlah.Aku bukan apa, karang
aku cari sendiri terberkenan kat jejaka yang terlebih kacak, pula tu ramai awek…
tak ke merana hidup aku. Silap-silap laki orang, lagi parah. Kena simbah asid
karang muka comel aku ni.” Aku gelak sendiri. Saja suka melawak.
“Betul juga tu kan.”
“Tapi, kalau susah sangatlahkan…
aku suruh aje mak atau abah aku carikan. Haa..Senang.Tak payah pening-pening kepala.Confirm dapat restu.”
“Aku rasa kalau orang lain carikan
lagi pening Nara oii. Yalah.Tak kena dengan jiwa dan citarasa. Susah tau. Macam
mana kau nak semai perasaan cinta macam tu.”
“Alah..Macam tanam pokoklah.
Tanam dekat tanah..lepas tu letak baja..siram air..”
“Wah! Wah! Wah! Ingat sesenang
itu ke cik Nara oii.”
Aku sengih. “Aku buat lawak
ajelah.Aku tahu tak semudah tu pun.Tapi, tak apalah.Kita tengoklah ajelah siapa
bakal pemilik cinta hati aku nanti.Apa yang pasti orang tu akan menjadi cinta
pertama aku. Hihi..Rasa macam sweet
jugalah kan. Lepas tu bolehlah buat kerja gila, tiap-tiap hari aku nak tulis
ayat cinta kat sticky note. ~ YOU’RE
MY LOVELY IN MY HEART. I LOVE YOU FOREVER.
Lepas tu tampal kat dada dia. Gempak sikit. Agaknya boleh tak dia sayangkan
aku seumur hidup kalau aku buat macam tu?”
Tiz terus gelak tak sudah. Siap
keluar air mata. Hampeh punya kawan!
Ada ke ketawakan aku.
“Hey! Ingat lawak ke apa yang aku
cakap tu? Aku cakap betul apa?!”
“Betul! Betul! Betul! Memang
betul pun.Tapi aku terkejut sebab pandai pula kau berjiwang. Aku ingat hati kau
hati batu-bata. Yang paling tak boleh blah
tu, siap nak tampal sticky note kat
dada laki kau. Haa..Advance betul
pemikiran kau Nara.Aku pun tak terfikir macam tu. Nampak sangat kau ni berbakat
jadi penggoda laki kau nanti.” Tiz tepuk bahu aku dengan tawa yang masih terburai.
“Aku akan support kau dan cinta
pertama kau. Percayalah Nara. Satu perkara yang buat aku faham tentang orang
yang berhati batu-bata ni, kata-kata cinta dia lagi power dari orang yang pakar cinta.”
Aku terus angkat buku lima ke
hadapan muka Tiz. Panas pula hati bila tengok Tiz masih ketawa. Dahlah over terlebih-lebih.
“Cool, beb..Cool.Janganlah sampai naik penumbuk tu.Nampaknya hati
batu-bata kau dah nak runtuh ni Nara. Tak coollah
jiwa kau lepas ni.” Tiz masih mengusik.
Bukk! Ambik kau! Aku beri penumbuk kat
belakang Tiz. Namun Tiz hanya ketawa.
“Aku tengok kau dah ada
kemajuan.”
“Kemajuan?Kemajuan apa?” Aku
macam biasa. Blur.
“KPH. Kemajuan Pembanguan Hati. Semoga
berjayalah ya cik Dinara dengan cinta pertama. Mesti sweet cinta kau. Alololo…Aku
pula yang jadi tak sabar.”
Aku hanya menjeling tajam. Memang
nak kena lagi Tiz ni. Grrr…
Sejak saat dan ketika itu, hati
aku mula rasa berdebar.Adakah kerana hati aku sudah kena tempias CINTA?
Aku teringat kembali kata-kataku kepada
Tiz. “Adoi, mak..Tiba-tiba aku baru tersedar apa yang aku cakap tadi. Live pula
tu keluar dari mulut aku. Patutlah aku dapat standard KPH dari Tiz. Ada kemajuan rupanya. Eii..Yuckkk!” Aku rasa geli-geleman sendiri.
“Emm…Okey..Apa-apa pun aku nak
orang jauh. Aku tak nak orang dekat sekampung.Macam tak syok aje.Kalau jauh,
balik kampung ada feel sikit.” Tiba-tiba
otakku melangkau perasan hati.
Alamak! Kenapa ni? Otak aku dah
mula nak fikir tentang sesuatu yang ada kena mengena dengan future life ni. Ni Tiz punya pasallah
ni. Tiba-tiba tadi tanya pasal cinta.Dah otak aku terpengaruh. Oh, tidak!
Haish..Waktu ni pun asyik
teringat kat belon cinta tu. Macam ada kena mengena aje. Eiii…Tak sukanya!
Akhirnya aku berbicara dengan
hati sendiri.Nasihat kepada otak dan jiwa yang mula tak tenteram.“Okey, Dinara.
Basuh otak dan hati kau tu. Jangan fikir pasal tu lagi.Cool, okay!!”
*****
Dua hari kemudian..
AKU
dikejutkan dengan sesuatu yang menyentap jiwa cool aku. Emak kata ada orang dah berkenan dengan aku. Oh..Apakah…??
Aku tak mahu percaya.
“Mak..Mak cakap apa tadi? Macam
tak dengar pula telinga Nara ni mak.”
“Takkanlah tak dengar Nara oii. Ke
jiwa cool kamu tu dah sentap.” Pandai
pula emak meneka.Bak kata orang, seorang emak memang tahu isi hati anaknya.
“Wak Deris geng abah kat masjid
tu berkenan kat kamu.Dia berhajat nak dapatkan kamu dengan anak dia, si Darwish.Itulah
namanya kalau mak tak silap.Mak fikir baik kamu terima aje, Nara.Senang.Wak
Deris tu pun baik orangnya.In Shaa Allah anaknya pun baik-baik juga.”
Errkk..Aku terkelu bicara untuk kali
kedua.Nampaknya ekspresi terkejutku kekal sama seperti kali pertama mendengar
khabar itu.
“Ish, tiba-tiba aje! Eii..Tak
naklah!”
“Mak bukan apa. Kamu tu pun dah
umur berapa. Dah alang-alang ada orang bertanya ni, janganlah terus tolak.
Fikirkanlah dulu.”
“Ala..Mak..Tak payahlah ea. Macam
tak bestlah tiba-tiba aje ada orang
berkenan nak jadikan Nara ni menantu. Nara ni bukannya baik sangat pun. Yang
peliknya macam mana Wak Deris tu tiba-tiba sampaikan hajat nak rekemenkan Nara kat anak dia tu? Hah…Dia
kenal Nara ke? Nara pun tak kenal sangat Wak Deris tu. Lagilah anak dia tu. Eii..Tak
naklah Nara. Suruh dia cari orang lainlah. Kan ramai awek-awek cun kat kampung
ni. Tak kenal tiba-tiba berkenan. Apa kes!”
“Tak baik cakap macam tu Nara.Cubalah
dulu. Belum cuba, belum tahu. Ni Wak Deris nak tahu jawapan kamu.Okey ke tak?”
“Hah? Nak jawapan? Sekarang pun
dah ada jawapan mak. Confirmlah tak nak.”
“Mak nak kamu fikir dulu. Ambil masa.”
“Dah ada jawapan, buat apa nak
fikir. Nara tak naklah mak.”
“Kalau mak nak juga dia jadi
menantu mak macam mana?”
“Alaa…Apa ni mak. Orang dah tak
nak mak janganlah ngada-ngada nak berkenan. Mak ni saja je nak buat jiwa Nara
kacau tau.”
“Fikir ajelah dulu. Try and
error.”
“Eii..Macam orang tu barang apa
je nak suruh try and error. Yalah..Yalah..Nara fikir dulu!” Keputusan dijawab
dengan hati kekal memberontak. Sebenarnya malas nak bertekak dengan emak
sendiri. Tak baik naa..Nara kan anak yang baik.
“Okey.Good girl anak mak ni.”
“Eh, mak ni. Speaking London pula dia.”
Kini, hati dan perasaan aku mula
tak tenang.Termenung dan memikir.Baring atas katil beralaskan tilam empuk juga
mengundang rasa tak tenteram di hati. “Aduhai..Kenapalah tiba-tiba di saat dan
ketika ini ada orang berkenan kat aku ni? Tak suka betullah. Nak tolak, tapi
mak macam berkenan aje nak jadikan orang tu menantu. Eii..Dalam dilema aku
dibuatnya. Tapi kalau aku setuju…maknanya orang tu akan jadi suami aku ke? Lepas
tu nak kena goda dia. Eii…Geli-geleman aku rasa. Wekkk!”
Aku diselubungi resah.“Nak kongsi
cerita dekat Tiz ke tak ek? Emm..Tak payahlah.Baik rahsiakan dulu.Karang dapat standard KPH tahap 2 pula.Campur gelak
dia lagi, makin buat aku stres adalah.”
Akhirnya aku buat keputusan untuk
tidur. Selamat boleh tidur. Haha..Sebabnya aku memang hantu tidur. Zzzzz
*****
PAGI
yang indah. Aku tersenyum. Yeahh..Otakku dah tak terfikir dah pasal ‘watak
baru’ yang ingin muncul dalam hidup aku.Baguslah. Hati boleh cool kembali. Namun, manusia hanya
merancang dan Allah yang menentukan.Andai itu takdir yang telah diatur, maka
itulah yang terjadi.
“Haa…Nara. Kamu dah ada jawapan
ke? Pagi tadi abah jumpa Wak Deris masa solat Subuh kat masjid. Dia ada
tanyakan lagi jawapan kamu.” Abahku tenang memberitahu. Sememangnya abah
menjadi wakil penyampai hajat hati ke hati.
Erkk..Terkelu terus lidah aku. Terus tak
jadi nak suap nasi goreng ke dalam mulut.Huh! Memang tak boleh nak buat hati
aku cool.
“Alahai pak cik Deris oii. Cepat
sangat menanyakan jawapan. Padahal baru tanya semalam. Relakslah dulu pak cik.
Saya ni terkejut lagi pak cik.Pak cik nak tahu sangat jawapan saya..emm..anak
pak cik macam mana pula? Dia okey ke? Entah-entah kena paksa dengan pak cik.”
Aku mula buat dialog sendiri dekat kepala.
“Apa yang kamu mengelamun tu
Nara? Tak payahlah pening memikir. Terima ajelah.Senang cerita. Mak pun rasa
senang hati kalau kamu terima dia.”
“Ish, mak ni. Mak pun tak kenal
dengan si Darwish tu, macam mana mak senang hati sangat nak Nara terima dia. Ni
melibatkan masa depan Nara tau mak.”
“Naluri mak yakin si Darwish tu
boleh jaga kamu. Kalau dah memang jodoh kamu, kamu tentang macam mana pun dia
datang kepada kamu juga. Sebab tulah mak suruh kamu cuba dulu.Tapi kalau mak jadi
kamu, mak setuju aje. Sebab bila abah cakap pasal ni, hati mak senang aje
terima. Macam dah beri petunjuk.”
“Tu hati mak, sekarang ni hati
Nara. Mana sama?”
“Alah Nara. Terima ajelah. Abah
pun boleh terus beritahu kat Wak Deris tu. Senang. Taklah orang tu asyik
menanya aje.”
Aku tarik muncung. Memang buruk
perangai.
“Abah tak paksa kamu Nara.Kamu
fikirlah dulu.”Sememangnya abah memahami situasi yang aku hadapi. Pada abah
biarlah keputusan itu dari hati aku sendiri. Sebabnya ia melibatkan soal masa
depan aku. Bukan hanya untuk bersama sehari dua, tapi untuk selamanya.
Aku angguk. Berterima kasih pada
abah. Selamat abah sangat memahami. Aku buat keputusan untuk solat istikharah
agar diberikan petunjuk.
*****
Di
pejabat..
JANTUNG
aku berdebar tak tenteram sejak di awal pagi.Tak best betul rasa.Petanda
apakah ini??
Telefon bimbit kini berdering. Tengok
nombor…
“Alamak! Ni nombor rumah talian
Telekom.Jangan-jangan…” Otak aku sudah dapat menangkap sesuatu.“Arghh..Sudah!”Akhirnya
aku terpaksa juga menekan butang hijau dan menjawab panggilan dengan tenang.
“Assalamualaikum…Ni Nara ke?” Kedengaran
suara ceria di hujung talian. Aku seperti dapat mengagak siapa empunya diri
berdasarkan suaranya.
“Waalaikumsalam.Ya..Nara
bercakap.”Lembut bahasa aku membalas.
“Nara kenal tak siapa yang
bercakap ni?” Suara ceria berteman gelak itu terus bergema ke telinga.
“Hihi..Tak kenallah.”Aku saja
buat-buat tak kenal. Sambil itu aku gelak-gelak juga. Hakikatnya aku memang
hanya kenal empunya diri pada nama sahaja.
“Ya ke tak kenal? Pak cik ni abahnya
Darwishlah.Wak Deris. Abah Nara ada beritahu apa-apa kat Nara tak pasal hajat
pak cik.” Wak Deris bercakap dengan gayanya.Memang suka gelak-gelak kat hujung
kata.Alolo..Comel pak cik.
“Hihi..Ada.” Aku jawab juga dengan gelak-gelak manja. Entah mengapa,
secara automatik aku mendapat keserasian apabila bercakap dengan abahnya
Darwish walaupun untuk pertama kali.
“Darwish ada mesej atau telefon
Nara tak?Pak cik dah kasi nombor telefon Nara kat dia.”
“Oh ya ke?Tak ada pula.”
“Darwish tu kayulah. Kalau orang
tak mula, dia pun buat senyap aje.Tak pun Nara aje mesej atau telefon dia tu.” Wak
Deris gelak lagi.
Haha..Aku pun ikut gelak-gelak
manja.Rasa seronok pula mendengar abahnya Darwish ketawa.Ketawa sambil kutuk
anak sendiri.Dah rasa macam geng pula.Sesuailah jadi anak menantu.Erkk..Ayat macam tersalah tersalah mention aje.
“Nara tacklelah si Darwish tu ya.”
Aku tergelak lagi. Siap suruh tackle anak dia.Eh, bukan patutnya anak
dialah yang tackle aku? Dahlah aku ni
perempuan.Kalau aku ni lelaki lainlah. Aku nak merasa juga kena tackle. Haha..Ayat tak boleh blah!”
“Cik kasi green light kat Nara. Sebab nak harapkan dia yang tackle Nara memang tak jadilah.Sebab dia
tu hati kayu. Tak reti nak mengayat orang. Jadi Nara kenalah mula dulu.”
“Alaa..cik..Takkan kita nak mula dulu. Seganlah.Lagipun
kita mana ada nombor telefon dia.”
Wak Deris kemudian memberikan
nombor telefon Darwish.
“Haa..Nara kenal-kenallah dulu dengan dia.
Kalau ada berita baik, beritahu pak cik cepat-cepat tau.”
Aku garu kepala. “Ala..cik ni.
Kita belum apa-apa pun lagi.”
“Kalau okey, cepatlah pak cik
masuk line. Hihi..”
“E’eh..cik ni. Cepat sangat.Kita
tak tahu pun lagi macam mana tau. Cik janganlah mengharap sangat. Karang tak
jadi.”
“Janganlah cakap tak jadi. Kawan-kawanlah
dulu.Moga ada berita baik ya Nara.”
“Ya, cik. Hihi..Kita cuba cik
ek.” Memang manis ayat yang keluar dari mulut aku.
Selepas talian dimatikan, aku
garu kepala.
“Sesuatu yang aku rasakan pelik,
kenapa hati aku tak memberontak sekarang ni. Ya Allah! Apa yang sedang berlaku
pada aku ni?!Hati batu-bata aku ni dah runtuh ke?Hari tu dengan mak baik benar macam
membantah, ni kenapa jadi hati suci nurani pula macam nak terima? Mungkin dah
sampai waktunya kut?”
Aku ambil jalan pintas untuk
mengenali dan melihat wajah si Darwish. Dengan menggunakan komputer milik opis,
aku skodeng laman sosial muka buku. Hah..Belek
punya belek, aku yakin dah terjumpa laman muka buku milik Darwish atas nama penuhnya
Zaid Darwish Idris.
“Nampak macam muka budak baik. Emm..Okey
kut dia ni.” Akhirnya aku add dia sebagai
kawan. Ada juga gaya nak men ‘tackle’
seorang lelaki. Cewahh..
“Hai Nara..Nara..Nampaknya kau
bakal ada pakwelah Nara oii.Poyo!” Aku tersenyum sendiri. Rasa lebar senyuman
aku.
*****
Keesokan harinya..
“ACCEPT!”
Rasa berbunga pula hati. Aku tersenyum-senyum. “Ish…Kenapalah aku senyum-senyum
sendiri ni? Adoi, mak..Macam dah ada feeling
pula. Uit, jangan excited sangat Nara
oii.”Aku menasihati diri sendiri.Tak nak
over perasan.Peneriman dilaman muka buku bukan bermakna penerimaan di hati.
Isyarat
di ruang sembang atas
nama Darwish kini berlampu hijau.
“Okay, canteekkk! Maksudnya dia pun on
Fb juga. Entah-entah tengah skodeng
gambar aku yang penuh bergaya main panah macam Tauriel dalam filem The
Hobbit.Haha..” Aku perasan sendiri. Sesekali nak perasan apa salahnya. Orang yang
pertama kali nak perasan macam ada orang suka, memang macam tulah. So, jangan marah ya. Baru aje nak
merasa.
“Emm…Aku nak tengok siapa yang
akan mula dulu.Dia atau aku.Tapi aku memang harap dia yang mula dulu. Taklah
nampak macam aku ni yang terover atau
senang kata orang yang macam suka dia dulu. Aku nak juga jual mahal.Tak gitu?
Darwish..oo..Darwish..Cepatlah start
dulu oii. Aku tunggu ni.” Aku jadi tidak sabar. Memang tak sama macam diri aku
yang selalu.
Sampai ke tengahari, aku hanya
menjadi penanti setia.Langsung tak ada bunyi ‘toink’ yang menujukkan isyarat mesej hadir ke ruang sembang laman
muka buku aku.
“Ek’eleh. Dia pun jual mahal juga.Hampeh! Memang betul apa yang bapak dia
cakap. Kayu! Tak herolah macam ni Darwish oii.Karang aku panah hati kau tu
karang, baru tahu. Luka tak berdarah!” Aku terus tampar mulut sendiri. Bicara
kataku sudah mula mengarut.
“Okeylah.Kalau macam tu, biarlah
aku start dulu.Takkan nak kick out terus. Karang, tak berkenalan
susah pula. Abahnya pun dah bertanya.Masalahnya, kata putus dari aku.
Terpaksalah aku buat muka tak malu berkenalan dengan dia ni.” Dengan rasa
debar, aku mula menaip patah bicara di ruang sembang Darwish.Bismillahirrahmanirrahim…
~ Assalamualaikum.
Uit, kau.Aku Nara. Selamat berkenalan. Meh lah kita chat.
Itulah bahasa aku.Agak kasar
bunyinya.Namun aku sudah terbiasa berbahasa begitu. Pada aku, berbahasa ‘aku
dan kau’ lebih mesra dan mudah untuk didekati. Yalah..Lagipun baru nak
berkawan-kawan.Bukan dah feeling cinta
pun.
Tidak lama kemudian mesej
berbalas.
“Cehh..Memang sengaja nak aku mula dulu.Okay,fine!Tak kisahlah.”
~ Waalaikumussalam.
Selamat berkenalan. Saya Darwish.
“Alamak…Bersaya-awaklah dia ni.Budak
baik.”
Aku jadi selamba untuk menaip
mesej seterusnya.
~ Tadi abah kau
telefon aku. Terkejut aku tau. Dia cakap pasal kita. Suruh kita kenal-
kenal.
~ So, awak cakap
apa?
~ Aku cakap okey
je.
~ Emm..OK.
“Aii, jawapan. Macam tu aje. Tu
‘OK’ tanda sudi ke..atau terpaksa?” Aku kembali menghantar mesej.
~ Eh, takpe kan aku
ber’aku-kau’ dengan kau ni. Sebab aku tak biasalah bersaya-awak. Sebab kalau
berkau-aku ni aku rasa macam senang sikit nak berbual.
~Ok. Takpe. Sweet
juga tu. Jangan ber’lu-gua’ dengan saya sudah. Hehe..
Aku tiba-tiba tersenyum. Macam
boleh ‘masuk’ aje.
“Mampu ke aku nak berkenalan dengan dia ni hah?”
Aku terfikir-fikir sendiri. “Kenapa hati aku tak memberontak sekarang ni? Macam
petunjuk bayang-bayang jodoh aku je. Ish, macam tak percayalah pula.”Aku
tersenyum bagai kerang busuk. Macam dah ada feeling.
Kini mesej Darwish datang lagi.
~ Awak dah makan? Awak makan apa?
“Hai, aku paling tak berkenan
soalan macam ni.” Nak tak nak aku balas juga.
~ Aku makan hati. Aku saja buat lawak bodoh.
~ Kalau saya nak
sikit boleh. Tapi saya tak nak makan hati awak. Saya nak simpan hati awak.
Hehe..
Aku makin tersenyum melebar.
Laa..Pandai juga rupanya si Darwish ni buat lawak bodoh. Tetiba rasa macam aku
dah kena tackle aje. Rahsia aku,
kalau orang nak tackle aku bukan
dengan kata romantik, tapi cukup sekadar buat lawak bodoh aje. Sebab boleh
layan. Haha..Senang tak?
Aku terus jadi teruja untuk melayan.
Sepertinya ada satu perasaan aneh hadir ke lubuk
hati. Sesuatu yang..entahlah..susah nak
cakap.
Aku kemudian memandang
sekeliling. Manalah tahu tengah aku terleka mengelamun tersengih-sengih ada
orang dok perhati.Tak ke malu nanti?
“Darwish…” Nama itu mula bermain
di otak dan hati. Darwish..Memang berkenan aku kat nama Darwish ni.
Dinara..Darwish..Darwish..Dinara…Macam sepadan pula tu. Hihi..
Aku kini tersedar. Terlebih
angan-angan.
“Arghh..Kacaulah! Sampai mana
kerja aku buat tadi? Tulah..Darwish..Darwish tak sudah, kerja aku pun tak
sudah-sudah.Okey, sambung buat kerja Dinara oii.”
Aku terus fokus membuat kerja.
Sampai waktunya kerja aku siap dan terlebih waktu bekerja.Well done! Aku takkan claim
OT sebabnya dalam waktu bekerja tadi aku dah ambil masa berbicara soal hati dan
fikir pasal Darwish. Hihi..Suka.
Sejak hari itu, aku melalui satu
perubahan dalam hidup.Telefon bimbit aku yang dulu senyap-sunyi kini sering
berbunyi mesej.Tiada lagi telefon bimbit bersemadi di bawah bantal.
Apabila Darwish menelefon, terus
rasa aku debar menyerbu dada. Baru sesaat panggilan masuk berlagu, terus aku tekan
punat hijau menjawab panggilan.Tak payah tunggu lama.Macam dah tak sabar aje. Haha…Nampak
sangat jiwa aku dah tak cool. Memang lain perasaan tu.
Aku jawab telefon sambil tutup
kepala dengan bantal.Bukan baring atas bantal.Sebabnya nak cover. Takut suara terlantun keluar dari bilik walaupun hakikatnya
bilik berkunci. Haishh…Aneh-aneh aje
perangai kan? Sebenarnya malu. Merah dah pipi ni.
Setelah berbalas ucapan salam,
talian dimatikan. Aku tersenyum sambil pintal-pintal rambut.Tidak sangka dan
tanpa sedar rupanya sudah seminggu aku berkawan dengan si Darwish. Dan sejenak
tadi merupakan panggilan pertama Darwish melalui telefon. Suara sedap. Hihi…Sukanya
aku. Kalau mengaji lagi sedap agaknya.
“Darwish…emm…Boleh ke aku terima
dia ni untuk ikatan yang baru? Aku tak ada keputusan muktamad lagi ni.” Aku
membuat saringan keputusan untuk diberi kepada abahnya Darwish.
“Okeylah.Kiranya simpan jawapan
kat hati ala-ala terima dengan erti kata ikut kata mak.” Ceh..Emak juga
dijadikan alasan. Padahal hati dah berkenan.
*****
Di
pejabat…
“MACAM
mana Nara? Dah berkenalan dengan Darwish.Pada Nara dia okey ke tak?” suara abahnya
Darwish memecah gegendang telinga setelah memberi salam di hujung talian.
“Hihi..Okey je.” Aku jawab
malu-malu.
“Oh, berita baiklah ni. Kalau
macam ni bolehlah pak cik terus masuk
line.” Terus abahnya Darwish menyampaikan maksud yang ternyata aku faham.
“Ala..cik ni. Cepatnya.” Kononlah
macam tak nak.
“Lagi cepat lagi bagus. Ni confirm tak ni? Kalau confirm, cik nak terus hantar rombongan
meminang.”
Aku gelak lagi. Tak tahu dah nak
cakap apa. Nak iya kan aje ke? Confuse!
“Ala cik…Confuselah.Tak retilah nak cakap.”
“Cik tunggu jawapan kamu aje ni.”
“Dia memang okey kan cik?” Aku inginkan
kepastian dari abahnya Darwish sendiri.
“Okey.Baik.Dia yang minta cik
carikan. So, rasanya memang tak ada
masalah dia tu. In Shaa Allah.Haa, so
macam mana?”
“Hihi..” Aku tak tahu nak
berkata-kata. Hihi..Itu ajelah ayat aku.
“Hihi..Hihi…Okey tak ni?” Abahnya
Darwish masih menantikan jawapan muktamad dari aku.Sambil itu terdengar juga
gelak suaranya.
“Yalah..yalah..Okeylah.” Aku
memberi keputusan. Ya..Keputusan keluar dari mulut aku sendiri. Live kepada abahnya Darwish. Haa..Jangan
tak percaya. Semudah itu aku memberi kata putus.
“Alhamdulillah…”
“Cik..Yang lain-lain tu cik
bincang dengan abah ajelah ya. Kita ni tak tahu part-part seterusnya. Tau cik tau…”Aku menyerahkan urusan kepada
abahnya Darwish.
“Boleh.Tak ada masalah.”
Selepas talian dimatikan aku termangu.
“Keputusan aku ke? Aisehhh..Tiba-tiba
aku dah pandai buat keputusan untuk hati. Memang dah capai KPH Tahap 2.”
Aku tersenyum lagi. “Jodoh dari
Allah.” Itu lafaz di hatiku sendiri. Mudahnya aku menerima takdir hidup aku
atas keyakinan hanya pada Allah S.W.T. Hakikatnya hati batu-bata aku yang ku sangka
keras rupanya selembut sutera. Mungkin juga memang benar itu jodoh aku yang
baru bertamu ke hati. Jalannya mudah. Alhamdulillah.
“Haaa..Kantoi…Ada orang nak masuk meminang kau.” Aku ternyata terkejut
apabila disergah oleh Tiz secara tiba-tiba di sebalik pintu. Memang hampeh punya kawan.Curi dengar
rupanya.Dah terkantoi rahsia pohon cemara yang rendang tak berduri.
“Ehem..Ehem…Kalau tak nak cerita kat aku, aku jerit kat satu opis ni
yang ada orang nak meminang kau. Haa..Baik kau pilih nak yang mana.” Tiz terus buat
ugutan. Biasalah minah kepoci mamarazi nak dapatkan berita sensasi.Sibuk aje.
Huh!
Dalam terpaksa, aku bercerita
jua.
“Rahsia tau! Zip mulut kau. Kalau
orang lain tahu…siap kau aku kerjakan! Penjara seumur hidup!”Aku memberi amaran
keras.
*****
MESEJ
dari Darwish.
~ Abah saya ada telefon awak
beritahu apa-apa ke?
~ Ada. Dia kata nak masuk
line?Apa tu ek? Tak fahamlah.
Aku saja buat-buat tak faham sebab saja nak
test si Darwish.
~ Dia nak masuk merisik awaklah
tu. Awak setuju tak?
~ Hihi..Kau okey ke?Kalau kau
okey, aku pun okey je.
~Okey. Baguslah.
Aku jadi tersenyum sendiri.
“Ya Allah.Andai benar memang dia
takdir jodohku, ku terima dia seadanya.Ku harap dia juga mampu terima diriku
seadanya. Amiinn..”
*****
AKU
memasang telinga mencuri dengar perbualan emak dan abahnya dengan kedua orang
tua Darwish.
“Nak ikat berapa lama?” soal
emaknya Darwish.
“Dua tahun.”Jawab emakku.“Kasilah
dia orang masa.Sebab kita ikat dia orang ni pun macam cepat sangat.”
Nampaknya kedua pihak
bersetuju.Namun hati kecil aku seakan tidak bersetuju.
‘Dua tahun? Erk..Lamanya.Orang kalau nak, tiga atau enam bulan aje.Paling lama
pun setahun.Tak syok lah lama-lama.’
“Dua tahun tu, dua tahun
hidup.Maknanya dalam tempoh tulah.Kalau nak dipercepatkan pun boleh.Tak ada
masalah.” Abah aku menambah. Aku yang mendengar jadi sedikit lega. Macam excited aje nak cepat-cepat. Padahal
dengan si Darwish tu belum kenal sangat pun. Jumpa pun belum pernah.
Silap-silap bila dah bertentang mata, REJECT!
Di bilik, aku tersenyum sendiri. “Ohh…Tak
ada debar apa-apa pun kalau orang datang merisik ni rupanya.Ingatkan jantung
bagai nak gugur.Cool aje rupanya hati
aku ni. Dok senyum-senyum lagi. Okey.Pertama
kali lalui, nampaknya berjaya. Tahniahlah Dinara!”
Hubungan aku dengan Darwish
dianggap begitu ekspress. Baru kenal dua minggu dah terus maju ke tahap
risikan. Citt..Macam apa aje. Lepas tu akan maju lagi selangkah ke arah pertunangan.Acececeh..
“Aisehhh..Aku
ni macam tak sabar aje kenapa? Hati ada feeling cinta ke apa?”
Otak berputar.
“Cinta?” Aku menyoal diri
sendiri. Uishh..Rasanya bukan cinta. Ia cuma perasaan yang mengikat dan
menganggap si dia itu adalah ‘orang penting’ yang perlu diberikan perhatian dan
difikirkan.Itulah jawapan aku tentang perasaan yang dilalui sekarang.
Telefon berdering, aku tersenyum.
“Jap ea. Aku nak cari tempat
strategik dulu.Nak nyorok. Kat bilik ni ada adiklah. Kantoi pula nanti.”
Adik aku yang memahami, terus
keluar bilik.
“Okey.Line clear.Adik aku dah blah.”
Darwish yang berada di hujung talian tergelak.
“Oii, apa kau gelakkan aku?”
“Awak ni kelakarlah Nara. Sweet.”
Darwish akhirnya menyampaikan
maksud tujuannya. Dia sebenarnya meminta izin untuk mengajak aku keluar bersama
tujuan untuk mencari cincin pertunangan. Alamak!
*****
AKU
penasaran. Darwish seperti menjadi orang lain. Selepas pertemuan pertama, tiada
lagi Darwish menghantar mesej setiap hari seperti sebelumnya. Aku rasa bagai
nak gila kerana bagi aku, setiap mesej dari Darwish menjadikan hati aku indah sentiasa.
~
Awak. Kenapa ya saya rasa awak macam nak mengelak diri dari saya. Awak tak
boleh terima saya ea?
~
Tak payahlah fikir yang bukan-bukan.
Hanya itu jawapan Darwish. Aku
cuba menerima, tetapi tidak mampu.
Aku mesej lagi.
~ Awak ada terkecil hati dengan saya ke? Saya minta maaflah kalau awak
kecil hati.
~ Taklah. Okey je.
“Kenapa macam nak tak nak aje dia
balas.” Aku tetap tak boleh menerima. Aku terus memikir yang bukan-bukan. Mungkin
hati aku terlalu mengharap, maka ia membuatkan hati aku jadi tak keruan.
“Kalau betul tak nak teruskan
hubungan ni, beritahu ajelah. Janganlah buat aku macam ni!” Kata-kata itu hanya
mampu aku luahkan di hati. Hakikatnya, aku rasa sedih dan kecewa. Apabila melihat
barang hantaranku untuk majlis pertunangan, aku rasa air mata aku jatuh tanpa
dipaksa. Aku sedih. Mahu tak mahu, aku disiapkan juga barang-barang itu tanpa
menikmati indahnya hari yang bakal aku dilalui nanti. Aku pasrah.Apa yang mampu
aku lakukan ialah menguatkan hati dengan kata-kata… “Kalau ada jodoh….” Aku tak
mampu untuk terus berharap.
Hari pertunangan…
“YA
ALLAH..Demi keluargaku dan keluarga dia, kuatkanlah hati aku!”
Aku terpaksa berlakon dengan menunjukkan
wajah tersenyum ceria. Kononya bahagia dengan ikatan baru yang yang termetrai. Hakikatnya,
aku rasa sedih bagai hendak menangis. Pasrah dan pasrah. Hanya itu yang aku
mampu.Tanpa sebarang mesej dari Darwish membuatkan hati aku terluka di lubuk
hati yang paling dalam. Apa yang pasti segala yang berlaku menjadi rahsia hati
aku. Aku tetap hantar mesej kepada Darwish.
~ Alhamdulillah. Majlis dah selesai. Awak…Terima kasih.
Aku sangat berharap mesejku
berbalas. Lama aku menanti. Jika ia berbalas, sekurang-kurangnya dapatlah juga
menenangkan hatiku yang galau.Namun hampa.
Aku melihat cincin yang kini
tersarung dijari manis aku. Sayu rasanya.
“Adakah sebenarnya awak tak mampu
nak terima saya Darwish? Jika benar, mengapa awak masih membenarkan pertunangan
ini berlaku? Mengapa di awal perkenalan kita awak begitu teruja mengenali saya,
namun akhirnya awak hampakan hati saya sebegini rupa? Awak seakan membuang saya
dalam ikatan baru ini. Tegarnya awak.” Sukar bagi aku untuk berfikiran positif
tatkala ini. Akhirnya aku beristighfar. Fikiran aku terlalu jauh memikir yang
bukan-bukan.
Tika malam barulah ada mesej
balasan.
~ Sama-sama.
Jatuh air mata aku hanya satu
patah mesej itu. Alhamdulillah. Aku tetap bersyukur. Mesej balasan aku hantar
kembali. Namun, sepi tanpa jawapan.
Atas kawalan emosi dan percayanya
pada takdir jodoh cinta pertama aku berusaha untuk bersikap tenang. Aku cuba
untuk tidak terasa hati dengan sikap Darwish. Mungkin juga Darwish perlukan
masa untuk menerima. Pada aku mungkin itulah ruang dan jarak yang terbaik
diberi Allah aku dan Darwish. Jarak yang menjaga hubungan kami agar menjadi
lebih indah. Jarak yang membawa kepada rasa rindu.
“Ya Allah..Sampaikanlah salam rinduku
kepada dia, tunangku Zaid Darwish bin Idris sehingga dia juga merindukan aku
keranaMu, dan jagalah hubungan kami ini dalam pandangan dan kasih-sayangMu.”
******
KINI
hati aku cool kembali.
“Lepas ni kalau kau mesej aku,
aku tak nak balas Darwish. Haha..Biar kau rasa apa yang aku rasa.” Aku jadi
ego. Tapi mampu ke? Walaupun begitu, aku tetap berdoa agar kami saling merindu.
Mulut cakap lain, tapi hati cakap lain. Itulah hati aku.
Dua bulan kemudian..
~ Awak..Datang
rewang rumah saya tau. Adik saya nikah.
“Takkan tak balas.” Aku kalah.
Aku balas juga. Hmm…Rasa kecil hati yang sebelum ni terpaksalah simpan. Kau ni Darwish…Selamatlah
aku ni bertabah terima kau Darwish.
Di rumah Darwish..
“AKAK.
Macam mana hubungan akak dengan abang. Okey tak? Abang ada mesej akak tak?”
soal Rin adiknya Darwish. Ceh..Duduk kat bilik pengantin nak tunggu nikah boleh
pula mengorek rahsia hati aku.
“Emm..Adalah,
satu. Tu pun sebab jemput suruh datang sini.” Aku jujur memberitahu. Apa yang
pasti, aku tetap senyum. Malaslah nak besar-besarkan cerita tentang kekecewaan
hati aku sebelum ni. Itu rahsia hati.
“Bunyi macam kecewa aje akak ni. Abang tu sebenarnya
tak tunjuk. Dia tu memang hati kayu sikit nak layan akak. Tapi dia tu okey aje.
Rin kenal abang Rin tu macam mana.”
“Ala..Relakslah.
Akak pun okey je. Tak ada hallah. Sebenarnya, bila tak jumpa atau bermesej
selalu, barulah ada feeling rindu. Tu
lagi syok.” Aku saja berseloroh. Pada aku, Darwish bukan berhati kayu sangat
pun. Cuma…Entahlah, aku sendiri tidak mengerti. Tapi tak apalah. Yang lepas tu
biarkan lepas. Anggap ajelah ujian. Otak kena sentiasa fikir positif. Lagipun
hati orang tak boleh nak dibaca. Apa
yang penting gembirakan hati. Hidup rasa lebih nikmat.
“Akak..Akak
mengayatlah sikit kat abang. Lepas ni ajaklah dia keluar jalan sama-sama ke?
Barulah boleh kenal lebih-lebih. Kalau akak ajak, mesti dia nak punya.” Pandai
pula si Rin mengajar aku. Yalah. Dia dah ada pengalaman. Aku ni baru aje nak
mula. Hihi..Ayat poyo!
“Uish..Tak
nak akak!”
“Alah,
kak. Tunang sendiri. Commonlah. Ambillah
peluang. Ni akak dah jumpa abang belum?”
“Tak
jumpa pun lagi. Jeling-jeling macam tak nampak bayang aje.” Aku gelak-gelak.
Rin turut gelak.
“Kalau
dah jumpa, akak ayat ajelah lebih-lebih kat abang tu. Goda pun tak apa. Biar
dia jatuh sayang kat akak. Kita orang semua teringin sangat nak tengok akak dan
abang bersama. Kita orang sekeluarga ni semua support akak tau.”
Errk…Aku
garu kepala. Takkan aku nak jadi penggoda pula. Bukan opsyen aku ni weh!
Di
luar rumah…
Aku
mencuri-curi jeling melihat Darwish dari jauh. Tanpa sedar, ada yang menarik
tangan aku.
“Tak payahlah jeling-jeling dari
jauh kak. Pergi aje kat abang tu.”
“Huish..Tak
ada maknanya!”
“Tak
ada makna konon. Haa, kak. Peluang dah ada ni. Pergilah ajak abang makan sama. Sambil
tu dapatlah tengok dia puas-puas.”Adiknya Darwish yang bernama Dhia kini
memainkan peranan agar aku menackle
hati abangnya. Nampak sangat ada kesepakatan keluarga dalam merencana sesi
‘tackle-menackle’ ni. Sporting
betullah dia orang ni. Hihi..Suka aku.
“Eiii..Tak naklah. Siapa nak tengok
dia.”
“Eleh…Jual mahal konon. Ah, tak
ada…Sini!” Dhia terus tarik tangan aku. Aku berkeras melawan.
“Alah,
kak. Relakslah. Buat selamba aje. Akak pergi sendukkan nasi dia ke..apa ke..Lepas
tu temankan dia makan. Senang aje. Abang tu sebenarnya nak tengok macam mana
cara akak layan dia tau. Nilah salah satu cara nak tackle hati abang.”
“Tak
naklah.Seganlah akak. Kan tengah ramai orang ni. Akak tak biasalah buat-buat
benda macam ni. Orang lain tengok, dia orang kata apa pula.”
“Alah.
Tak payahlah kisah. Dia orang tu jiran tetangga sini aje. Yang lain tu bakal
jadi adik-beradik dan anak sedara akak juga. Kita orang ni semua suka kalau
akak dapat tackle abang tau. Cepatlah
kak..Cepatlah. Abang tengah tengok akak tu. Akak pandai-pandailah layan dia.”
Aku
garu kepala. Di sebalik tembok rumah si Darwish itu muka aku sudah bengang
tahap dewa. Adoiii..Nak buat macam mana ni?!
Akhirnya
dengan cover muka bengang, aku
terpaksa juga buat apa yang disuruh.
“Dahlah
kak.Pergilah panggil abang tu makan.”
“Eii..Tak
payahlah. Dhia ajelah panggilkan.Malulah.”
“Apalah
akak ni. Macam manalah nak jadi bakal isteri macam ni. Layan tunang pun macam
kayu. Cepatlah kak…” Dhia terus memaksa aku. Aku dan Dhia masih bermain
tarik-tarik. Darwish pula hanya memerhati.
“Akak!”
“Yalah..Yalah..”
Dengan
muka selamba badak, terpaksa juga aku pergi kepada Darwish.
“Uit,
kau.Jomlah makan.Tu aku dah sendukkan nasi.Coverlah
aku weh. Aku dah bengang ni.” Aku keluar bahasa kasar.Terus bantai kau-aku
seperti awal perkenalan dulu. Sebenarnya, nak cover muka bengang. Sebab dah terasa merah padam. Dah rasa merah
macam udang kara.
“Pergilah
dulu.” Darwish jawab pendek.
“Jomlah..”
Aku angkat isyarat tangan. Tiba-tiba dah keluar gaya budak gangster walaupun
cantik berjubah. Dalam pada itu sudah terdengar suara usik-usik dan gelak tawa.
Bertambah benganglah muka aku. Akhirnya Darwish datang juga kepada aku. Mungkin
kasihan melihat tunangnya dibuli. Akulah tu!
“Ish..Bengangnya muka aku.”
“Ala. Buat-buat tak tahu aje. Dia
orang memang macam tu.” Darwish kini ukir senyum. Ia buat aku lega.
Aku terus jadi ramah berbicara. Tapi
Darwish jawab sepatah aje. Eii..Dia ni kan. Coollah
tu konon. Hempuk karang!
Hari kian ke petang. Majlis hampir
ke penghujung. Aku ambil ‘tender’ membasuh pinggan di dapur.Sememangnya itulah
kesukaan aku. Bermain air sabun. Sedang leka membasuh pinggan…
“Rajinnya
anak dara sorang ni. Anak siapa ni?” Darwish tiba-tiba muncul di belakang.
Aku
terkejut. Hampir terlepas pinggan di tangan.
“Emm..Baru
puji sikit terus nak terlepas pinggan.” Usik Darwish.
“Dah
kau terkejutkan aku.”
“Bahasa
tu cubalah ubah.”
“Okey..Maaf
ya awak.” Aku saja buat suara lembut. Tapi tak menggoda.
“Nak
saya temankan ke?”
“Tak payalah. Sibuk aje!” Aku saja gurau dalam
gelak.
“Okey.
Tolong siapkan basuh pinggan ea. Nanti saya kasi upah.”
“Okey.
Saya tuntut.”
Darwish
terus pergi apabila ada orang lain masuk ke dapur.
“Oo..Pandai
kau ea. Ada orang, kau lari.” Apa yang pasti aku senyum melebar di hati. Rasanya
dah terbalik dari perancangan awal. Kalau ikutkan aku yang patut tackle Darwish, tetapi sekarang macam
aku pula yang kena tackle. Okeylah
tu.
Kini
aku jadi riang-ria membasuh pinggan sambil menyanyi ikut lagu karaoke yang
berkumandang. Almaklumlah hati rasa senang dapat berbual dan bergurau dengan encik
tunang.
~ Pada iramaku berpesan..Lagu ini
ditujukan kepadanya yang tersayang…~
Aku
terkejut. Itu suara Darwish! Adakah Darwish menyanyikan lagu untuk aku?
“Uit,
jangan perasanlah Dinara.” Aku nasihat diri sendiri.
Dalam
kelekaan itu..
“Oh,
Darwish aku!” Aku melatah terkejut apabila tiba-tiba pinggang aku dicucuk.
Rupanya Dhia mengusik aku. Citt..Adik ipar sorang ni.
“Fuyooo…Akak sebut nama abang. Cayalah!”
Dhia sudah ketawa gembira. “Abang Darwish…akak panggil ni. Akak ajak teman
basuh pinggannn!!” Dhia sengaja menjerit nama abangnya kuat-kuat dengan niat
menyakat aku. Macam saja nak kasi orang sekampung dengar. Melampau tu.
“Eppp..Diamlah
Dhia. Kecohlah.” Aku pastinya jadi malu-malu dan bengang.
“Alah..Tak
payahlah nak malu kak. Okeylah. Dah ada bunga-bunga.”
“Bunga-bunga
apa?”
“Bunga-bunga
cinta Misha Omarlah akak ni. Itu pun tak faham ke? Ni mesti akak dah guna ayat power mengayat abang kan?”
“Eii..Mana
ada akak mengayat dia.”
Dalam
pada itu, adik lelaki Darwish, Daniel pula muncul di dapur.
“Untunglah orang tu. Tunang dia siap nyanyi
lagu bagai.”
Merah lagi muka aku.
“Sukalah tu…” usik Daniel.
“Eii..Mana ada. Biasa ajelah.” Aku menafikan kata.
Padahal dalam hati tersangatlah gembira. Apa motif si tunang aku tu nyanyi lagu
SEJIWA tu ya. Ada maksud apa-apa ke? Nampaknya memang hati aku dah ditackle si Darwish dalam diam. Aceceh..Romantik.
Suasana
di luar rumah tiba-tiba jadi kecoh.
“Darwish…
Kenapa you tak jemput I datang majlis adik you. I ni kan kekasih awal dan akhir
you.” Kehadiran Zety membuatkan semua yang ada di situ terkejut. Lebih-lebih
lagi Darwish. Dia tidak langsung mengudang perempuan itu datang ke rumahnya.
Zety
tanpa segan silu terus menarik tangan Darwish mendekatinya. Darwish terus
merentap kembali tangannya dari Zety. Malu dia dengan perbuatan kurang sopan
Zety. Sedangkan Dinara yang bergelar tunangannya tidak pernah langsung mencuit
tangannya, kini Zety minah perasan itu yang berlebih-lebih.
Dalam
pada itu…
“Siapa tu Dhia?” aku bertanya. Sebenarnya hati
aku agak tersentap apabila melihat apa yang berlaku. Yalah, perempuan tu dengan
selambanya menarik tangan Darwish. Tangan tunang aku tu weh. Gaya pula macam
menggedik. Apa kes!
“Tu
Zety. Dia tu minah perasan. Perasan konon abang sukakan dia masa abang pernah
tolong dia dulu. Akak..Rasanya sekarang
ni abang perlukan bantuan akak. Akak kena cakap kat perempuan tu yang akak ni
tunang abang. Kalau tak perempuan tu mesti terus menggedik kat abang. Cepatlah
kak. Abang ni slow sikit bab-bab ni.
Dia bukan reti nak lawan perempuan tu pun.”
Tanpa
banyak cakap, aku terus sarung selipar Jepun dan pergi kepada mereka. Gaya
jalan ala-ala gangster juga.
“Darwish..Temankanlah
I makan kat luar. Kat sini kan dah tak ada makanan. Jomlah Darwish.” Zety terus
tarik tangan Darwish. Darwish pula hanya membisu namun tetap cuba menjauhkan
diri dari Zety. Yang lain hanya jadi penonton seolah-olah sedang menonton pengambaran
drama spektra.
“Ehem..Ehem…Hai acik…” Aku buat suara manja
sambil mendekati mereka.
Darwish
memandang sedikit terkejut. ACIK?
“Acik..Ni
siapa acik? Tak nak kenalkan kat kita ke?” Aku olok-olok bertanya. Sengaja juga
aku buat suara manja ala-ala anak sedara Darwish. Sambil itu aku sempat kenyit
mata pada Darwish. Aku nampak Darwish tergamam. Mungkin juga dia dah tertelan
liur sendiri lihat kenyitan mata aku. Menggoda ke?
“Err…Nara..Ni
acik kenalkan. Zety.” Darwish tergagap-gagap memberitahu.
“Oh..Zety.
Selamat berkenalan. Nama kita Nara.” Aku tunjuk lagak berbahasa sambil
menghulur salam. Sememangnya aku harus berdepan dengan Zety. Mana boleh sesedap
rasa kacau tunang kesayangan aku. Jealous
tau.
“Alahai,
comelnya anak sedara you Darwish. Baik budi bahasa pula tu.” Zety memuji
melangit. Aku terasa nak tergelak di hati dengan pujian itu. Mungkin Darwish
juga begitu.
“Acik..Mak
cik Zety ni awek acik ke?” Aku memandang Darwish. Saja tanya soalan bodoh kat ‘bapak
sedara’ sendiri.
“Taklah.
Kawan lama je.” Selamba juga Darwish menjawab.
“Taklah.I
kan kekasih awal dan akhir you. You ni.. suka tak mengaku tau.” Zety sudah
tepuk bahu Darwish.
Erkkk..Aku rasa nak muntah lihat gaya tu.
“Nara..Nara
janganlah panggil aunty, mak cik.
Panggil aje aunty Zety. Kan sedap
sikit bunyinya.” Zety menyambung lagi.
“Ya aunty.
Err..Acik..Acik hantar kita balik ea. Dah petang ni.” Darwish terus mengangguk
laju. Dengan cara itu dapatlah dia mengelak diri dari Zety. Sememangnya aku datang
tepat pada masanya. Aku jadi hero.
“You..I
ni macam mana? I kan nak makan dengan you? Takkan you nak tinggalkan I
sorang-sorang kat sini.” Zety mula buat muka.Minta perhatianlah tu.
Aku
bersikap tenang.
“Acik..Jomlah
kita ajak aunty Zety makan kat luar.
Kat sini pun tadi lauk dah habis. Lepas makan, baru acik hantar kita balik.
Kasihan dekat aunty Zety ni tak makan
lagi. Dia kan datang dari jauh. Tak baik tau acik ni.”
“Haa..Betul
tu, you. Perut I ni dah lapar tau you. You ni memang tak kasihan kat I tau. Dahlah
susah nak cari rumah you kat ceruk kampung ni. Selamatlah anak sedara you ni
faham I. Baik anak sedara you ni tau.”
Aku
hanya tersenyum mendengar kata-kata Zety. Aku terus beri isyarat mata kepada
Darwish. Mahu tak mahu, Darwish bersetuju juga.
“Nara
duduk dengan acik kat depan tau.” Ujar Darwish tatkala membuka pintu kereta.
Matanya dikenyitkan kepada aku. Alahai..Sweetnya.
Pandai juga Darwish membahasakan dirinya ‘acik’ kepada aku. Siap kenyit tu. Comellah
‘acik’ ni. Suka aku.
“Alah..you.
I nak duduk mana?”
“Belakanglah.
Takkan you nak duduk dekat ekzos!” Selamba juga Darwish menjawab. Nampak sangat
tak suka nak melayan Zety yang agak mengada-ngada itu. Aku mengukir senyum di
bibir, namun tergelak di hati. Ayoo..Acik
dah marah.
Ketika
menghantarku pulang…
“Awak…Terima
kasih sebab tolong saya tadi. Cover
pasal si Zety tu. Kalau tak pening kepala saya. Dia tu…Hishh..Menyampahlah!
Entah macam mana dia boleh sampai sini. Padahal tak jemput pun.” Darwish terus
membebel. Tot..tet..tot..tet..meluah
perasaan.
“Hihi…No
problem, acik. Kita tolong acik ikhlas aje.”
Lepas
tu aku garu kepala.
“Err..Maaflah, awak. Tiba-tiba saya asyik bahasakan
awak acik tak sudah. Padahal tadi saya cover
line masa ada Zety aje. Tapi lama-lama rasa macam best pulak panggil macam tu. Maaf ea.”
“Tak
apa.” Darwish tetap cool dengan
jawapannya. Itulah gaya dia.
*****
KEINDAHAN
semalam membawa bunga ceria di hati aku. Makin excited untuk terus cuba mengayat Darwish. Tengok pun Darwish dah
mula layan.
“Ish…Nampak
pula lampu hijau kat ruang chat dia.
Ni yang aku kalah ni. Macam aku ada hati nak termesej dia aje. Meh kita kacau dia.Tengok, dia layan
tak.”
~
Hai, acik. Good morning to you? Acik
sihat tak?
Hanya
beberapa saat menanti…
~
Good morning to you. Acik sihat. Baby
girl sihat?
Aku
tertelan liur. Amboii, kau. BABY GIRL kau panggil aku? Dahsyat! Walaupun terasa
seram dengan ayat itu, aku sudah pastinya tersenyum. Rugilah tak senyum. Syok
tu. Dalam diam, boleh tahan juga si Darwish ni. Ayat power.
~
Kita demamlah acik.
Aku
mengadu manja bak anak sedara Darwish. Untung-untung dilayan penuh perhatian
dan kasih sayang. Cewahhh! Perasan
lagi kau Dinara. Namun, aku takkan menggatal guna nama ‘baby girl’ untuk membahasakan diri kepada Darwish. Macam gedik pula.
Nanti dah sama gedik macam mak cik Zety.Wekkk!
~
Demam rindu dekat saya ke?
Jawapan
itu sekali lagi membuatkan aku terdiam. Namun kekal membawa ukiran senyum di
bibir. Rasa gembira..Rasa bahagia..
~ Boleh ke nak
demam rindu dekat acik?
~
Of courselah boleh. Awak kan tunang saya.
~
Hihi…Acik pun rindu dekat kita ke?
Aku
teruja nak tunggu jawapan dia. Tapi, setelah lama menanti mesej itu ternyata
tidak dibalas.
“Ek’eleh.
Terus tak balas. Citt.. Ingatkan dah okey. Rupanya sama aje. Saja je buat aku
ni perasan sendiri. Huh! Tak apa kau cik. Kau ego lebih. Kau mesti tak nak mengaku
kau pun rindu kat aku kan? Lepas ni aku tak nak mesej lagi. Padan muka kau cik.
Huh!”
Marah-marah
juga, namun perasaan hati masih mengharap balasan. Sampai ke sudah tidak berbalas.
“Eii..Cekik
juga mamat ni karang. Memainkan perasaan aku!”
Aku
ambil keputusan untuk tidak menghantar mesej untuk sehari. Sengaja ingin
melihat respons Darwish.
“Aku
tak mesej, dia pun diam buat tak tahu aje. Memanglah si Darwish tunang aku anak
Wak Deris ni. Sajalah tu nak menguji aku. Tak apa. Aku pun nak jadi hati
batu-bata aku semula. Ingat aku kisah sangat ke tak bermesej dengan kau.Kalau
tak mesej dengan kau, aku bukan mati pun. Dulu pun aku okey aje dua bulan tak
mesej kau.” Ego bersendi di hati.
Telefon
berdering. “Aku tahu mesti bukan Darwish.” Aku yakin dengan telahan aku
sendiri.
“Helo,
Nara. Cik ni.” Suara abahnya Darwish menggugah ketenangan hati aku. “Hari tu cik
nampak Nara dan Darwish macam mesra aje. Kalau macam ni, makin cepatlah cik
dapat menantu.Teruslah tackle Darwish tu. Cik tunggu berita baik dari
Nara ya. Kalau cepat, tahun ni juga jalan.”
Aku
hanya mampu tepuk dahi. Pemintaan orang tua, agak sukar disanggah.
“Aku
baru nak tunjuk ego dah kena fikir cara nak tackle
mamat tu. Eii..Apa ni?!Macamlah aku ni terhegeh sangat kat dia! Mesej pun
tak nak balas. Huh!”
Otak
memikirkan cara. Aku hantar juga satu mesej pada Darwish.
~ Uit.Macam mana nak ambil hati kau?! Abah kau suruh!
“Haa..Ambil
kau. Sentap tak agaknya.”
Tidak berapa lama kemudian..Bunyi
mesej.
“Eh, balas pula mamat ni.” Aku
tengok jawapan balas.
~ WELCOME TO MY
HEART. AMBILLAH HATI SAYA. SAYA TUNGGU~
Aku
terkejut. Aku terus tampar pipi. Itulah mesej paling bengong yang pernah aku hantar
kepada Darwish.
~
Esok free tak. Saya nak ajak keluar.
Aku
terdiam.
*****
“NARA...Kalau sekarang ni saya kata saya tak
mampu terima awak, apa perasaan awak?”
“Alhamdulillah.
Okey je.”
“Semudah
tu?”
“Emm..Kenapa?
Nak kena marah awak ke? Kalau tu dah keputusan awak, buat apa saya nak pening
kepala membantah. Kita kenalah belajar redha. Dah takdir macam tu. Saya tak
kisah pun. Saya terima awak pun sebab abah awak.”
“Jadi
selama ni.. awak memang tak ada perasaan pada saya ke?” Darwish inginkan
jawapan. Mungkin terkejut mendengar jawapan aku kut. Haha…Rasakan!
“Apa perasaan awak pada saya? Awak suka saya
ke?” Aku saja kasi soalan.
Darwish terdiam.
“Kenapa
awak? Tak ada jawapan?” Aku tanya lagi. Tu la. Pandai tanya soalan. Bila kena
tanya tak reti juga nak jawab.
Darwish
pandang wajah aku. Kemudian dia senyum.
“Apa
senyum-senyum?”
“Nara
tak nak kahwin dengan acik ke?” Pandai dia lencong soalan. Ubah topiklah tu.
“Acik
nak kahwin dengan Nara ke?” Aku saja
buat ayat perli.
“Of courselah. Nara kan memang bakal
isteri acik. Mestilah acik nak kahwin dengan Nara.”
“Eleh.
Acik bukan suka kita pun. Keluarga acik aje yang suka kita.” Tune suara macam budak merajuk. Rasa
gedik sendiri.
“Siapa
cakap?”
“Tak
ada siapa cakap, tapi boleh tengok cara acik layan kita. Tahulah kita ni tak menepati
citarasa kan?”
Darwish
tergelak. “Nara merajuk dengan acik ea?”
“Taklah.”
“Eleh..Yalah
tu. Tune tu boleh kenallah. Alalala..Cik
Nara merajuk rupanya.” Darwish gelak-gelak. Hampeh
betul.
“Okey,
sekarang kita kongsi cerita. Kalau boleh acik nak Nara jujur dengan acik. Acik
juga akan jujur dengan Nara.” Darwish buat kata putus. Akhirnya ada sesi luahan
perasaan. Aku hanya ada satu soalan. Aku
nak tahu kenapa dia berubah laku selepas perjumpaan pertama aku dan dia. Itu
aje.
“Laa..Terasa hati ke? Acik tak rasa apa-apa
pun. Ingatkan Nara okey aje. Lepas tu tengok Nara pun dah tak ada mesej acik
kan? So, ingatkan tak ada masalah.”
Itu
aje jawapan dia. Eiii..Aku rasa terseksa, dia relaks aje. Terpaksalah terima.
“Lain
kali cakaplah kat acik. Cakap…kenapa acik tak mesej kita lagi. Hati kita
terluka di lubuk hati yang paling dalam tau. Kalau cakap macam tu, tentunya
acik akan mesej tiap-tiap hari.”
“Eii..tak
adanya nak tanya macam tu.”
“Sebab
tak tanyalah hati sakit. Tapi tu membuktikan yang Nara sayangkan acik kan? Terima
kasihlah sangat-sangat. Tapi acik minta maaflah ya sebab acik tak tahu.”
Aku
senyum juga tanda terima kata maaf dari dia. Hihi..Aku ni lembut hati
sebenarnya.
“So sekarang ni acik tanya sekali lagi. Nara
setuju tak kahwin dengan acik?”
Aku
jongket bahu. Tidak sangka pula secepat itu Darwish menyampaikan maksud untuk
mengahwini aku. Padahal aku masih ada hati nak jual mahal. Orang dah menjual
ni, nak kena membeli ke?
“Kalau
Nara setuju, tarikhnya acik nak Nara pilih. Acik tak kisah. Tahun depan
ke..hujung tahun ni ke..hujung bulan ni pun boleh..Lagi cepat lagi bagus.
Taklah sampai dua tahun kan? Seksa hati tau.”
Aku
garu tengkuk. Terkedu sebenarnya.
“Tak
apa. Ambiklah masa untuk berfikir. Itu lebih baik untuk buat keputusan.”
“Okeylah.
Kita ikut keputusan acik ajelah.” Aku terus beri kata putus. Sememangnya aku yakin
dengan jodoh cinta aku. Memang dia orangnya.
“Wah
senang betul cik Nara buat keputusan ya. Baguslah. Kalau ikut acik, bulan depan
kita nikah. Boleh?”
“Silalah
bincang dengan emak dan abah saya ya. Saya ikut keputusan dia orang aje.” Aku
senyum. Darwish turut senyum. “Okey. Terima kasih sayang.”
“Sayang?
Erkk..Acik sayang kita ke?”
“Mestilah
sayang. Siapa tak sayang kat cik Nara yang comel ni. Yang tentunya memang
sayang kat acik yang sampai terseksa hati sebab kita tak mesej dia.”
Muka
aku merah. Malu. Sempat lagi dia kenakan aku. Citt..
“Maaf
ya Nara. Gurau.” Lembut sahaja suara Darwish. Pujuk hati akulah tu. Pandaiii…
“Awak
tak rasa saya ni comel ke bila membahaskan diri ‘ACIK’ dengan awak.Nampak tak gaya
penyayang saya kat awak?”
“Eii…Perasan!”
“Perasan…perasan
pun, tunang awak juga. Bakal suami tau. Lagipun awak yang buat saya sayang pada
awak.”
“Eii…”
“Apa
eii..eii..Gelilah tu konon.Tulah. Awak goda saya siapa suruh. Kan saya dah
sayang awak.”
“Mana
ada saya goda awak?”
“Awak
goda saya secara halus. Awak pun tak sedar agaknya. Sebenarnya bila awak panggil saya ‘ACIK’ hari
tu pun saya dah tergugat tau. Siap kenyit mata. Tu yang tak tahan tu. Menggeletar
rasa. Tak boleh tidur malam tau. Kalau awak panggil saya SAYANG, agaknya
pengsan kut saya.”
“Ya ke? Panggilan macam tu pun menggoda ke?”
“Perasaan
lelaki ni tak sama tau Nara. Sebab awak dah goda saya, kalahlah saya. Maka saya
pun jatuh sayang pada awak. Awal-awal dulu macam tak sayang sangat. Sebab awak
ni nampak brutal walau luaran gaya sopan.”
Aku
hanya gelak.
“Saya
tak nak hipokrit dengan awak. Sebab tu saya tunjuk gaya saya yang sebenar depan
awak. Seberanya saya nak awak nilai saya.”
“Yup..Saya
faham. Dalam brutal-brutal gaya awak, sebenarnya awak ni sweet dan menggoda. So, dalam
tempoh ni jangan goda saya lebih-lebih tau. Tapi lepas kahwin tak apa. Saya
alu-alukan setiap masa.”
“Eii,
poyo.”
“Tak
payahlah nak poyo sangat cik Nara. Lepas ni sudi-sudikanlah layan saya ya. Lagi
satu saya ni sensitif dan cerewet orangnya tau. Jangan tak terlayan sudah.
Padan mukalah awak sebab dapat saya.” Darwish memang kaki lawak. Kutuk aku pula
tu.
Aku
hanya mampu tersenyum. Rasa hati bertambah ceria mendapat teman sejiwa.
Sememangnya takdir jodoh dari Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.
*****
DARWISH!
You dah gila ke? You kahwin dengan anak sedara you?” Zety sudah terbeliak biji
mata. “You, Nara. You pun sama. You dah gila ke?!”
“Sedap
aje kata kita orang ni gila. Kita orang kahwin ni pun atas pilihan keluarga
tau.”
Zety
tercengang. Terlongo mulutnya.
“Zety…Macam
mana you yakin sangat yang saya ni anak sedara Darwish. Saya ada mention ke yang Darwish ni bapak sedara
saya, atau Darwish ada mention ke
yang saya ni anak sedara dia. Sebenarnya masa kita kenal jumpa sebelum ni,
Darwish dah pun bergelar tunangan saya.”
Zety
kekal tercengang.“Habis tu yang you panggil dia acik tu…”
“Acik
tu panggilan mesra saya pada dia. So,
apa masalahnya. Sesetengah orang panggil orang tersayang dia abang..sayang..so, tak salah pun saya nak panggil orang
yang tersayang saya ni acik.”
Merah
padam terus muka Zety. Darwish di sisi hanya tersenyum.
*****
“NARA..Macam
mana kau goda suami kau sampai dia jatuh sayang kat kau. Dia tu kan hati kayu.”
“Hati
batu-bata dengan hati kayu, mestilah hati batu-bata menang.”
“Poyolah
kau ni. Habis tu kau panggil laki kau apa? Abang ke…sayang.”
“Dua-dua
pun bukan.”
“Kalau
bukan…habis tu kau panggil apa?”
“Acik.”
Tiz
terus gelak. “Haha..Macam panggil orang tua.”
“Uit, apa kau gelak. Kalau kau nak tahu, sebab
aku panggil dia aciklah dia tergoda dengan aku tau. Dia sendiri cakap pada aku
tau.”
Terus
Tiz terdiam.
*****
~YOU’RE MY LOVELY IN MY HEART. I LOVE YOU FOREVER~
“Sticky note ni untuk apa sayang? Siap
tampal kat dada acik? Sayang jampi ea.”
“Mana
ada jampi. Tu sticky note cinta
sayang nak goda hati acik. Sebab sayang segan nak luahkan live kata-kata tu kata acik. Jadi sayang tulis aje. Sayangkan
pemalu.” Kata-kataku itu membuatkan Darwish tersenyum.
“Eleh..Pemalulah
sangat. Tiap-tiap hari goda acik dengan baju seksi. Bila orang dekat nyorok
belakang pintu. Kalau nak goda tu, godalah betul-betul. Biar kasi feeling sampai hati. Buat orang sentap
aje.”
Aku terus tunjuk buku lima. Tayang aksi brutal.
Padahal nak cover muka bengang.
“Ganas
sangat sayang ni. Dah duduk sini dekat acik.” Darwish tetap berlembut dengan
aku. Dia dah faham perangai aku macam mana. Tangan berapi. Bengang sendiri,
orang lain yang jadi mangsa.
“Nak
buat apa?”
“Takkan
takut pula. Mehlah. Acik nak suruh
buat sesuatu.” Darwish sudah tersengih-sengih. Aku masih tidak berganjak. Rasa ragu-ragu. Nak suruh buat apa?
“Meh sini. Jangan sampai acik datang
sana. Karang kena terkam, tak tanggung.” Kerana kata-kata itu aku akur juga
sambil buat muka.
“Haa..Buat
muka macam tu lagilah kena.”
“Okey..Okey..Surrender. Ya..Acik sayang. Acik sayang nak
suruh kita buat apa?” Aku gunakan bakat. Menggodalah tu kononnya.
Darwish
senyum. “Senang aje. Tak susah mana pun. Acik cuma nak sayang cakap apa yang
sayang tulis ni kat depan acik sambil pandang mata acik. Sampai acik rasa ada feel. Selagi acik kata TAK, maknanya
sayang kenalah buat sampai acik kata, OK. Senangkan?”
Aku
telan liur. “Tak payahlah acik. Segan.”
“Segan?
Acik dah kasi dah cara nak goda hati acik tu pun tak nak. Rugilah dapat isteri
macam ni.”
Huishh..Tercabar!
“Okay.
Sayang buat. Tapi jangan ketawakan sayang.”
Aku
buat. Tepat anak mata aku memandang mata Darwish. Lama aku tenung sampai rasa
dah nak tergoda sendiri. Nak ucap, tapi tak terucap.
“Senyap
aje. Mana kata-katanya?”
“Hihi…
Tak bolehlah acik. Tak terkeluar kata-kata.”
“Kalau
tak boleh, dendanya kena kiss yang kat sini. Cepat pilih. Nak yang
mana?” Ujar Darwish sambil tunjuk bibir aku.
“Okey..Okey..”
Akhirnya
aku meluahkan kata dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang pada suami aku itu.
Selamba juga aku cium pipi kanan dan kiri dia. Peluang ada, jangan tak guna.
“Uishh..Tak minta, ale-ale dapat free dua.”
“Bukan
free ea.”
“Okey.
Pandai sayang acik ni ya. Terima kasih sayang.” Darwish juga ucap kata-kata
yang sama pada aku. Ciuman kasihnya diberikan. “Acik bayar cash.”
Aku
terus tutup muka. Malu.
Darwish
kini membawa aku menikmati makan malam bertema candlelight dinner. Ada sesuatu yang mengejutkan aku.
“Belon
ni….?”
“Kenal
ke?”
“Belon
yang…”
“Hmm…Belon yang berani ucap kata cinta
pada sayang kan? Memang belon yang sama. Kalau sayang nak tahu lipstik sayang
masih melekat kat belon tu. Dan acik ada tulis tarikh kat situ. Sebenarnya
belon cinta ni dari acik. Acik terbekenan kat sayang masa duduk layan blues kat taman.”
Aku
melongo mendengar cerita Darwish. Sungguh tak sangka.
Pertama kali cinta..
Cintaku berputik pada pandangan
pertama
Tikaku bermain gitar dan ada daun-daun
berterbangan seperti cerita Korea
Rasa hadir tanpa dipaksa
Mengharap kasih satukan jiwa
Tanpa luahan kata-kata cinta
Keranaku yakin dia takdir jodoh
cintaku yang pertama
Darwish
menyanyikan lagu dengan lirik ciptaanya sendiri bertemankan petikan gitar. Aku tersenyum
bahagia. Terjawab juga persoalan di hati tentang ‘encik belon’. Aku kenang
kembali rentetan cinta hati. Manusia memang tak mampu menolak cinta kerana
cinta itu fitrah. Besar kuasa cinta kerana ia adalah anugerah terindah.
“Ya
Allah. Indahnya aturan cinta darimu untukku. Terima kasih, Ya Allah. Inilah aku
punya cinta.”
~ TAMAT ~
Sendiri punya komen : Cerpen panjang sangat dan meleret-leret..hihi
To readers...komen2lah ya...
TQVM