SEBUAH kereta Proton Preve telah berhenti betul-betul di hadapan Ainan. Ainan terkejut. Dia berhenti menyapu sampah. Peluh yang jatuh dilap dengan hujung lengan baju kurungnya.Dia tidak berganjak dari tempatnya sambil menanti siapakah gerangan orang yang memandu kereta terbaru keluaran negara Malaysia itu.
Seseorang telah keluar dari kereta
itu, lalu menapak langkah menghampiri Ainan yang masih setia memegang penyapu
lidinya.
“Assalamualaikum...” Sapa lelaki
itu.
“Waalaikumussalam…” Jawab Ainan
lembut. Namun, dia masih tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu.
“Kalau boleh saya tahu, awak ni
Ainan Zafira ke?”
“Hmm..ye.Macam mana encik tahu nama
saya? Encik ni siapa?”
Lelaki itu hanya tersenyum. Dia
tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya memperkenalkan namanya. “Saya, Amsyar.”
Ainan mengangguk. “Err..Ada apa encik
Amsyar cari saya?”Ainan meminta jawapan.
“Tak perlu berencik..encik dengan
saya. Panggil aje abang Syar. Sebenarnya, abang datang sini atas permintaan
abang Amran Omar.”
“Abang Amran Omar??” Ainan terdiam.
Siapa Amran Omar tu? Dia berbisik menyoal diri sendiri.
“Ye..Dia minta abang jemput Ainan untuk
berbuka puasa bersama di rumah hari ni.”
Bicara lelaki itu nyata mengejutkan
Ainan Zafira.“Hah??Tapi,kenapa?”Ainan kehairanan.
“Rasanya, Ainan kena bertemu dia
dahulu baru Ainan dapat jawapannya.” Amsyar menguntum senyum.
“Err..Maaflah, bang. Rasanya, saya
tak dapat penuhi jemputan tu. Keadaan kesihatan ibu saya tidak mengizinkan.Lagi
pula, saya tak kenal siapa dia abang Amran Omar tu. “
“Oh, ye ke.Tak mengapalah kalau
macam tu. Abang akan sampaikan berita ni kepada abang Amran.”
“Abang pun..saya tak kenal siapa
sebenarnya.” Ainan menggaru tengkuknya. Pelik juga dengan kedatangan lelaki itu
ke rumahnya.
“Abang ni, abang Syarlah. Hamba
Allah juga.” Lelaki itu tersenyum lagi. “Hmm..Kalau Ainan tak keberatan, boleh
abang tengok ibu Ainan?”
Ainan serba salah. Namun akhirnya
dia mengangguk. Jarang ada orang yang tidak dikenali berkunjung ke rumahnya. Lagipula, dia malu akan keadaan
rumahnya yang diibaratkan seperti pondok buruk. “Tapi, Ainan minta maaf sebab
keadaan rumah Ainan mungkin tidak selesa untuk abang.”
“Tak mengapa Ainan.” Amsyar
mengiringi langkah Ainan. Tingkah gadis kecil molek itu sungguh bersopan.
Amsyar melangkah masuk ke rumah
itu. Walaupun ia serba kekuranagan, namun ada sesuatu yang membuatkan Amsyar
teruja.
“Wah! Banyaknya bendera.”
“Bendera kita. Lambang negara kita.
Kita kenalah jaga bendera kita sebagai bukti kita sayangkan negara kita.”Ujar
Ainan seraya tersenyum.
Ainan sudah mendapatkan ibunya.“Sejak
kebelakangan ni ibu sakit teruk.Tak larat nak bangun.”
“Ainan tak bawa ibu pergi hospital
ke?”tanya Amsyar sambil melihat ibu Ainan yang sudah terlena.
“Pernah juga bawa.Tapi, ibu disahkan
menghidap barah usus. Ainan tak ada duit nak bayar perubatan ibu. Sekarang ni,
kesihatan ibu semakin teruk. ”
“Hmm..Kalau macam tu biar abang
bawa ibu Ainan pergi hospital. Ainan jangan risau pasal kos perubatan. Semuanya
akan ditanggung.”
“Tapi, bang….Nanti Ainan tak mampu
nak bayar balik.”
“Jangan risau, okey. Jangan
fikirkan pasal duit. Apa yang penting kesihatan dan keselamatan ibu Ainan.”
Lembut Amsyar berbicara.
Ainan akhirnya mengangguk. Dia rasa
berterima kasih. Dia sebenarnya rasa terharu. Ada juga orang yang sudi
menghulurkan bantuan saat ini. Tika di bulan rahmat Ramadahan Al-Mubarak.
Ye..Bulan yang mulia.
‘Ya Allah..Balaslah segala kebaikan
abang ini yang telah menolong kami. Sesungguhnya Kaulah Tuhan Yang Maha Penyayang
lagi Maha Mengasihani.’Ainan menyeka air matanya yang gugur. Dia terharu.
*****
“AINAN…Sementara ibu Ainan berada di hospital, Ainan
duduklah dengan abang. Ainan jangan risau. Abang bukan duduk sorang. Mama dan
Papa abang pun ada sama. Nanti Ainan boleh kenal abang Amran juga.”
“Tapi, bang…Ainan nak jaga ibu kat
sini.” Sayu suara Ainan tika ini. Tangan ibunya dipegang kejap-kejap.
“Ainan….Ainan juga perlu jaga
kesihatan. Ainan jangan risau. Kat sini ada jururawat yang akan jaga ibu Ainan.Kita
balik dulu. Esok, Ainan boleh datang tengok ibu lagi.” Pujuk Amsyar.
Ainan akhirnya mengangguk.
*****
AINAN berasa teruja apabila kenderaan yang dipandu
Amsyar sudah masuk ke perkarangan sebuah rumah banglo mewah. Dengan rasa
takut-takut, dia membuntuti juga langkah Amsyar. Dia merasakan dirinya tidak
layak untuk berada di situ.
Ainan diperkenalkan dengan Puan
Asni dan Encik Harun Kassim, iaitu Mama dan Papa Amsyar. Puan Asni memeluk erat
gadis yang bertubuh kecil molek itu. Sayu dia melihat wajah gadis itu setelah
mendengar apa yang diceritakan oleh Amsyar.
Tidak lama kemudian, hadir
seseorang mendapatkan mereka di ruang tamu.
“Ainan…Ni abang kenalkan, abang Amran
Omar,” ujar Amsyar seraya memperkenalkan akan lelaki itu. Empunya diri yang
menjadi tanda tanya Ainan sebelum ini.Wajah Amran Omar dipandang.Pada padangan
Ainan, lelaki itu berada dalam lingkungan umur awal 30-an.
Amran Omar membalas pandang wajah
itu.
Ainan berasa agak takut-takut.
Namun dia cuba untuk bersikap tenang.
“Ainan…Ainan takut dengan abang
ke?” soal Amran Omar seraya tersenyum melihat tingkah Ainan. Mungkin, Ainan
takut melihat wajahnya.
Ainan hanya mendiam diri.
“Ainan jangan risau pasal kos perubatan
ibu Ainan ye. Abang akan tanggung semua,” ujar Amran Omar lembut.
Ainan masih tertanya-tanya siapakah
gerangan lelaki itu yang sebenar.Mengapa lelaki itu bermurah hati untuk
membantunya. Ada sebab, kah? Atau…itu sifat semulajadinya yang pemurah. “Terima
kasih, encik.” Ucap Ainan perlahan.
“Janganlah panggil encik. Panggil
abang ajelah ye. Macam panggil abang Syar. Abang ni pun muda lagi. Belum kahwin
pun. Tak ada calon lagi.” Amran Omar berseloroh. Sememangnya dia masih bujang.
Ainan memandang Amsyar. Amsyar di
sebelah sudah tersenyum.
“Hmm..Kenapa Ainan berhenti sekolah
ye?” soal Amran Omar.
Ainan nyata terkejut. Bagaimana
lelaki itu tahu tentang dirinya. Dia terdiam sejenak sebelum bersuara.
“Ainan…nak jaga ibu.Ibu sakit.Ibu dah
tak larat nak bergerak. Jadi, Ainan buat keputusan untuk jaga ibu. Ainan memang
sedih sebab terpaksa berhenti sekolah.Tapi, keutamaan Ainan adalah ibu.”
“Ayah Ainan…”
Ainan menggeleng.“Ayah Ainan dah
lama meringkuk di penjara.”Suara Ainan jadi sayu. Dia sedih ayahnya terlibat
dalam sindiket pengedaran dadah. Dadah yang merosakkan anak bangsa Malaysia
yang merdeka.
Amran Omar dan Amsyar mengangguk.Mengerti.
“Kalau ada orang yang jaga ibu Ainan,
Ainan akan bersekolah semula ke?”
“Ainan memang nak, tapi…Ainan nak
jaga ibu.”
“Tapi, Ainan juga ada cita-cita, kan.
Ainan nak didik anak bangsa supaya jadi insan berguna, kan.”
Ainan mengangguk. Bagaimana lelaki
itu juga boleh mengetahui akan cita-citanya itu. Memang dia ingin menjadi
seorang guru. Guru yang mendidik anak bangsa.
“Ainan jangan risau. Abang akan
carikan orang untuk jaga ibu Ainan. Apa
yang penting, Ainan bersekolah semula.
Abang tahu Ainan sayang ibu. Tapi, Ainan juga sayangkan anak bangsa
Ainan, kan. Abang tahu Ainan hidup
susah. Tapi, ilmu itu juga penting. Ainan kena belajar.Kalau tak, bagaimana
Ainan nak capai cita-cita Ainan.”
“Ainan tahu…Tapi…”
“Untuk berjaya kita perlu
berkorban, Ainan.”
“Kenapa abang nak tolong Ainan. Sedangkan
Ainan bukan siapa-siapa. Rasanya ada orang yang lebih tidak bernasib baik dari
Ainan.”
“Ainan janganlah fikir macam tu.
Ainan anggaplah ini rezeki dari Allah untuk Ainan.”
Ainan hanya mampu memandang lelaki
di hadapannya itu.
“Ainan….sebenarnya Ainan banyak
mengingatkan abang pada arwah Nissa. Nissa begitu istimewa bagi abang,” ujar
Amran Omar.
Ainan nyata tidak mengerti.
Amsyar kemudian bangun dan mengambil
beberapa keping gambar. Ia diberikan
kepada Ainan.
Ainan melihat gambar-gambar itu. Dia
nyata terkejut. Itu adalah gambarnya. Gambarnya sedang mengutip ‘Jalur Gemilang’
yang terbiar di tanah. Gambarnya yang sedang
berusaha mendirikan sebatang tiang kayu ‘Jalur Gemilang’ yang tumbang di tepi
jalan, serta gambarnya yang sedang membersihkan ‘Jalur Gemilang’ yang kotor
terkena lumpur. Semua itu adalah gambarnya.
Ainan memandang Amran Omar dan
Amsyar. Dia menggeleng. Langsung tidak mengerti. Mengapa mereka berdua itu
menyimpan gambar-gambarnya. Bilakah waktunya mereka mengambil gambar-gambar
itu. Ainan keliru.
“Abang dapat rasa semangat Ainan...Cinta
Ainan…dan kasih Ainan. Sebab tu abang ikhlas nak bantu Ainan.”
Ainan terdiam.
“Bila melihat Ainan, abang teringatkan
Nissa. Dia juga seperti Ainan. Punya rasa semangat, kasih dan cinta yang tulus
sehingga hati abang tersentuh.”
******
Imbauan kisah lalu…..
NISSA sedang menyelongkar tong sampah.
Bersama-samanya ada sebuah karung plastik. Dia berusaha mencari tin-tin kosong
untuk dijual. Setelah penat, dia duduk berehat seketika. Peluhnya yang gugur dilap
dengan lengan baju. Bajunya dikibas-kibas agar aliran udara melaluinya memberi
rasa nyaman. Setelah itu, dia kembali menyambung kerjanya. Itulah rezekinya.Dia
mengharapkan agar banyak tin kosong dapat dikumpulkan untuk dijual.
Dia berpindah ke tempat lain. Dia
berjalan sambil membawa karung plastiknya.Tin-tin kosong terus dicari.Tiba-tiba,
anak matanya terpandangkan sesuatu di bawah bungkusan karung sampah hitam besar
di tepi tong sampah. Dia akhirnya bersusah-payah mengalihkan karung sampah yang
agak berat kandungannya itu. Dia terkejut. Apa yang dilihat itu adalah sebatang
bendera Malaysia kecil yang sudah kotor warnanya terlekat tanah.
“Kenapa dia orang buang bendera ni.
Ni,kan bendera kita.” Nissa akhirnya mengambil dan membersikan sisa-sisa kotoran
tanah yang sudah melekat pada bendera itu. Dikibar-kibarkan bendera itu.
Bendera
berkibar di angkasa..
Lambang
negara gagah..
Dinyanyikan bait lagu itu penuh
semangat. Dia tersenyum gembira. Rasa puas di hati. Kerjanya untuk mencari tin
terhenti di situ. Dia berjalan kaki pulang ke rumah.Tangan kirinya membawa karung
tin yang telah dikumpul, manakala tangan kanannya setia mengibarkan bendera
kecil yang dijumpai tadi.
Jalur
gemilang di bawah naunganmu..
Jalur
gemilang kami semua bersatu….
Lagu
‘Jalur Gemilang’ pula menjadi mainan di bibirnya.
Dalam
pada masa yang sama, ada seseorang telah merakamkan peristiwa itu.
“Adik…”
Panggil seseorang.
Nissa menghentikan langkah lalu memusingkan
badan melihat gerangan orang yang memanggilnya. Seorang lelaki berbaju putih
berseluar jeans biru kian menapak menghampirinya. Di tangan lelaki itu ada
sebuah kamera perakam video.
“Hmm…Ada
apa bang?” Soal Nissa.
“Hmm..Boleh
abang tahu, nama adik ni siapa ye?”
“Nissa.”
Jawab Nissa pendek. Dia melihat tingkah lelaki itu bersama perakam video di tangnnya.
“Abang
buat apa tu?” Nissa sekadar bertanya.
“Hmm..Abang
nak rakam gambar Nissa.” Jawab lelaki itu seraya tersenyum.
Nissa
tersenyum sambil mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ di tangannya. Dia memandang
kamera perakam video milik lelaki itu. Agak teruja sebenarnya.
“Boleh
tak Nissa nyanyi lagu ‘Jalur Gemilang’ tadi tu. Lepas tu kibarkan bendera ni.
Abang nak rakam ni. Boleh, kan?”
Nissa
mengangguk.Dia kemudian bernyanyi penuh semangat sambil mengibarkan ‘Jalur
Gemilang’ di tangannya.Nampaknya dia menghafal lirik lagu tersebut.
Lelaki
itu tersenyum melihat telatah Nissa.
“Cita-cita
Nissa bila dah besar nak jadi apa?”Lelaki itu terus bertanya sambil merakam
perbualannya dengan Nissa.
“Pembawa
Jalur Gemilang.”Jawab Nissa bangga.
Lelaki itu tertawa. Pelik dengan
jawapan anak kecil itu. Kebanyakan budak apabila ditanya soalan seperti itu
jawapannya sudah pasti ingin menjadi tentera, cikgu, doktor, jurutera dan
sebagainya.Nampaknya Nissa ada jawapannya yang tersendiri.
“Hmm..Nissa
nak bawa Jalur Gemilang pergi mana?”
Nissa tersenyum. “Seluruh dunia. Nanti
bendera kita berkibar. Cantik..” Nissa menggayakan tangannya. Menggambarkan ia
adalah dunia yang besar.
“Seluruh
dunia tu kat mana?”
“Banyak tempatlah. Hmm..Gunung
Everest…Kutub Utara…Hmm…Dekat angkasa…” Nissa
begitu bangga memberi jawapan.
“Bijaknya
Nissa. Pasti Nissa suka membaca, kan?”
Nissa
mengangguk.
“Nissa
umur berapa tahun?”Soal lelaki itu lagi.
“Sepuluh
tahun.” Nissa memberitahu sambil memandang wajah lelaki di hadapannya itu.
“Sepuluh
tahun? Owh...Selalu Nissa pergi sekolah naik apa?”
“Nissa
tak sekolah dah.”
“Tak
sekolah??”Lelaki itu agak terkejut.
Nissa
mengangguk.
“Kenapa?”
Nissa
tertunduk.Kemudian dia bersuara.“Nissa tak ada duit. Ibu sakit.”
“Owh..Kasihannya.Rumah
Nissa dekat mana? Boleh abang pergi rumah Nissa? Boleh abang tengok ibu Nissa
sekali.”
Nissa mengangguk dan membenarkan
lelaki itu mengiringi langkahnya.Nissa kembali memikul karung tin yang telah
dikumpul, manakala tangan kanannya setia bersama bendera kecil yang dijumpai
tadi.
“Err..Nissa.
Abang nak tanya boleh?”
Nissa
memandang.
“Err…Nissa
buat apa tadi dekat tempat sampah tu?”
“Nissa cari tin kosong nak jual. Tapi
tadi baru jumpa sikit. Ni,haa..Yang Nissa bawa ni.” Nissa tersenyum.
Lelaki itu memerhatikan pakaian
Nissa. Nissa hanya memakai sehelai baju t-shirt buruk bewarna merah. Seluar
pula hanya separas betis. Juga sudah lusuh warnanya.Tersentuh hatinya.Nissa
kemudian mengelap peluhnya yang jatuh dengan hujung baju. Kasihannya.
Lelaki
itu kemudian mengeluarkan sehelai sapu
tangan. Dia menghulurkan pada anak kecil itu.
“Tak
apa, bang.Tangan Nissa kotor. Nanti kotor pulak sapu tangan abang tu.”
Lelaki
itu terdiam.“Abang lapkan peluh kat dahi Nissa tu, boleh?”
Nissa
menggeleng.Dia terus mengesat peluh itu dengan hujung bajunya.
“Sejak
bila Nissa tak pergi sekolah?”Lelaki itu bertanya.
“Dah..hmm…sejak awal masuk sekolah
hari tu. Dulu Nissa sekolah.Tapi ibu selalu sakit.Tak ada siapa nak jaga. Ibu
tak boleh kerja. Jadi Nissa tolong ibu. Tapi, sebenarnya…Nissa memang nak pergi
sekolah. Cuma…Nissa kasihankan ibu.” Riak wajahnya menjadi sedih.
Hati lelaki itu terusik
sebak.‘Kasihannya anak ini.’
Nissa
terus berjalan sambil mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ di tangannya.
Merahmu bara semangat waja…
Putihmu bersih budi pekerti..
Kuning berdaulat payung negara..
Biru perpaduan kita semua…
Gembira
suara Nissa menyanyikan bait lagu itu. Mungkin dengan menyanyi begitu dia
memujuk hatinya sendiri.
Lelaki itu menitiskan air mata. Namun,
segera diseka.Dia terus merakam tingkah anak kecil yang bernama Nissa itu.
Begitu anak ini mempunyai semangat
patriotik yang tinggi dalam jiwanya. Dia sendiri tidak tahu mengapa tingkah dan
cerita Nissa terasa begitu menyentuh jiwa sensitifnya.
“Nissa…Nissa nyanyi lagu apa tu?”Lelaki
itu sekadar bertanya.
“Lagu Jalur Gemilang.”Jawab Nissa
pendek. Dia juga tersenyum. Bait lagu itu diulang lagi.
*****
AMRAN OMAR kini sudah berada di hadapan rumah Nissa.
Nyata dia tekejut. Inikah tempat tinggal Nissa. Amran Omar kembali mengalirkan air
mata.Bagaimana keluarga Nissa betah tinggal di pondok seperti ini. Pondok yang
terlalu uzur dan menanti waktu untuk rebah ke bumi. Sudahlah jauh di ceruk
kampung, berdekatan pula dengan hutan belukar di belakangnya.
Nissa
masuk ke rumahnya.“Ibu..oo..Ibu..Nissa dah balik.”
“Ce…patnya ka..mu baa..lik Nis..sa.”Terdengar
satu suara dari dalam. Agak tersekat-sekat bicaranya. Pastinya itu ibunya
Nissa.
“Hmm…Tadi Nissa jumpa bendera kita
kat tempat sampah tu, bu. Lepas tu Nissa rasa penat pulak nak cari tin lagi. Nissa
balik rumah nak basuh bendera ni. Siapa entah buang. Sedih Nissa tengok.Koyak
sikit pun dia orang buang.”
Amran Omar yang masih berdiri
diluar rumah memegang dada. Bicara kata anak kecil itu menyetap jiwanya.
Tiba-tiba hatinya jadi sebak.
“Hmm..Ibu..Emm..Sebenarnya ada
orang ikut Nissa balik. Dia kata nak tengok rumah kita ni. Nak tengok ibu juga sebab
tadi Nissa kata ibu sakit.”
“Sia..pa
Nissa?” soal ibunya.
“Hmm..Entah ibu. Nissa lupa tanya nama dia. Tapi, Nissa
rasa abang ni bukan orang jahat.”
“Su..ruh..dia..ma..suk Nissa.”
Tersekat-sekat suara itu kedengaran.
“Abang…Ibu kata masuklah.”Panggil Nissa
seraya mempersilakan Amran Omar masuk ke rumah mereka.
Sekali lagi hati Amran Omar
tersentuh. Inikah hamparan mereka selama ini. Lantai papan yang telah dimamah
usia dan hanya sehelai tikar yang menjadi alas tidur mereka.Begitu daif.
Amran Omar menghulurkan salam
kepada ibu Nissa yang sedang terbaring di situ. Dia juga memperkenalkan
namanya.Namun, tangannya tidak bersambut.
“Hmm..Abang. Ibu Nissa sebenarnya
buta. Jadi dia tidak nampak.” Nissa akhirnya memegangkan tangan ibunya untuk
bersalam dengan Amran Omar. Amran Omar hanya mampu menahan sebak di dada yang
kian memukul hebat.
“Nama mak cik siapa?”lembut Amran Omar bertanya.
“Ju..baidah”
“Hmm..Ayah Nissa di mana?”soal
Amran Omar ingin tahu. Dia baru terperasan, Nissa tidak berbicara tentang
ayahnya.
“Hmm..Ayah Nissa dah meninggal.
Ayah kena patuk ular tedung.” Nissa memberitahu.
Amran Omar mengangguk.‘Ya Allah.Sungguh
kasihan anak ini. Dia sudah tidak punya ayah. Dia jugalah yang membela ibunya.’
Hati Amran Omar jadi sayu. Sebak.
Pandangan mata Amran Omar tertancap
pada dinding rumah yang sudah uzur itu. Beberapa helai bendera ‘Jalur Gemilang’sedia
tergantung di dinding rumah itu.Ada yang besar dan ada juga yang kecil.Ada juga
yang sudah terkoyak jalurnya.
“Mak cik….Boleh saya minta izin nak
rakamkan gambar rumah mak cik ini.Begitu juga gambar bendera yang tergantung di
dinding rumah ini.”
“Bo..leh, nak. Tapi, anak ni..nak
buat..apa?” Begitu sukar puan Jubaidah menuturkan bicaranya. Dia kini terbatuk-batuk.
“Hmm…Macam ni mak cik. Sebenarnya..saya
sedang buat satu tugasan. Apabila saya terjumpa Nissa tadi, baru saya dapat
idea nak buat tugasan saya ni. Jadi, saya nak minta izin mak ciklah. Saya juga
ada rakam gambar Nissa sekali.” Amran Omar memberi penjelasan. Dia kemudian merakamkan
gambar itu.
“Dari mana Nissa dapat bendera ni
semua?” soal Amran Omar.
“Hmm..Ada orang kasi.Tapi, ada juga
yang Nissa jumpa kat tempat sampah. Kat tepi jalan pun ada. Nissa ambik bawa
balik. Lepas tu Nissa basuh. Itukan bendera kita. Nissa sayang. Nissa tak tahu
kenapa dia orang buang. Ada koyak sikit pun dia orang buang. Kalau ada yang
tercicir pun tiada siapa nak ambik. Jadi, Nissa ambillah.Tadi pun Nissa ada
jumpa juga.Cantik lagi.Tapi dah kotor. Nanti Nissa basuh, Nissa gantung kat
dinding ni. Ayah kata, jangan buang bendera kita. Ia lambang negara kita yang
berdaulat. Sebab orang dahulu dah bersusah payah untuk merdekakan negara kita.”
Amran Omar rasa sedikit terkejut. Begitu
pandai Nissa berbicara. Tentang ‘MERDEKA’.
“Nissa tahu kita merdeka bila?”
soal Amran Omar sekadar menguji.
Nissa mengangguk.“31 Ogos 1957. Masa
tu, Tunku Abdul Rahman laungkan perkataan ‘MERDEKA’.
“Merdeka! Merdeka! “ Ujar Nissa
bersama gayanya.
Bicara dan tingkah Nissa dirakam
Amran Omar. Ia adalah bahan penting untuknya.
“Lagi apa yang Nissa tahu pasal
merdeka.”
“Hmm…Nissa tak tahu sangat.Tapi, ayah
kata orang dahulu berperang mati-matian untuk menjaga negara ni. Mereka
berjuang untuk dapatkan kemerdekaan negara daripada tangan penjajah. Ayah kata,
pada 31 Ogos 1957 tu, bendera kita dinaikkan dan berkibar. Ayah kata, negara
kita negara yang berdaulat dan merdeka. Ayah pesan supaya Nissa jaga bendera
kita. Ayah kata, kalau bendera kita jatuh, kita kena dirikan semula. Itulah
maruah kita. Maruah negara kita. Jangan biarkan ia dibuang. Jangan biarkan ia
dipijak. Jangan biar ia dibakar. Sebab ayah kata, nilai kemerdekaan tu sangat
tinggi.Nissa pun tak tahu macam mana.Nissa cuma ingat pesan ayah. Ayah kata
kita pewaris negara kita. Kalau kita tak
jaga negara kita, nanti orang ambik. Ayah kata lambang negara kita, bendera
kita. Bendera Malaysia. Lepas tu…lagu Negaraku, lagu kebangsaan kita.”
Amran Omar mengangguk.Terpegun juga
dia dengan bicara Nissa.
“Nissa tahu Rukun Negara?”
“Tahu.”Nissa mengangguk.“Dulu masa
Nissa sekolah, tiap-tiap hari Isnin kena baca.” Nissa kemudian terus berdiri. Dia
menghadap gantungan bendera Malaysia di dinding rumahnya itu.Tangan kanannya di
angkat separas bahu seperti seorang yang berikrar janji setia.
Maka kami, rakyat Malyasia berikrar
Akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai
cita-cita atas prinsip-prinsip
berikut:-
Kepercayaa kepadaTuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan.
Begitu
tersusun dan bersemangat Nissa
membacakan turutan Rukun Negara itu.
Amran Omar terus merakam tingkah
Nissa. Begitu Nissa anak kecil yang luhur hatinya. Jiwanya tersemat kasih untuk
negara Malaysia yang tercinta. Bila dikenangkan, ketika dia berumur seperti
Nissa, rasanya dia tidak ambil endah langsung. Hanya mengikut aktiviti sekolah.
Berdiri beramai-ramai sambil menyanyi dan mengibarkan bendera Malaysia. Tapi
Nissa…..hatinya begitu luhur dengan kecintaannya kepada negara.
Nissa
kemudian duduk kembali.
“Nissa…Ibu..nak..air..” Pinta puan
Jubaidah ditempatnya. Dia terbatuk pula. Agak keras batuknya.Terlihat juga oleh
Amran Omar akan wanita itu mengesat air matanya. Mungkin terharu dengan
semangat anaknya.
Nissa kemudian mengambilkan air
untuk ibunya.Di suapkan sesudu demi sesudu air tersebut ke mulut wanita itu. Apabila
airnya meleleh, di lapkan dengan hujung kain.Penuh kasih dia melayan ibunya.
Amran Omar kembali bergenang air
mata. Hatinya terpukul sebak. Keluhuran kasih si anak pada si ibu itu juga di
rakam.
Puan
Jubaidah kini tenang kembali. “Terima
kasih nak, sebab datang tengok mak cik.” Puan Jubaidah terbatuk lagi. Dia mengurut dadanya sendiri.
Telefon bimbit Amran Omar berbunyi.
Dia segera menjawab panggilan..
“Mak cik..Saya balik dulu.Esok saya
datang lagi. Nissa..Abang balik dulu ye,” ujar Amran Omar sambil menghulurkan
not lima puluh sebanyak dua keping kepada Nissa.
“Nissa…tak boleh terima. “
“Nissa ambillah. Buat belanja. Abang
ikhlas nak kasi Nissa dengan mak Nissa.”
Nissa menggaru kepala.
“Hmm…Ibu..Oh..Ibu..Abang ni kasi duit. Nissa boleh ambik, tak?”Nissa bertanya kepada
ibunya.
Ibunya mengangguk perlahan.Huluran
itu di terima.
“Terima kasih, abang.Abang memang
baik.”
Amran Omar menahan air mata
daripada gugur tatkala Nissa menyalami tangannya. Di luar rumah Nissa, air mata
yang di tahan akhirnya gugur jua ke pipi.
‘Ya Allah..Hari ini kau
memperlihatkan aku dengan cinta dan kasih sayang yang hebat.’
*****
“KAMU ni kenapa Am? Lain macam je Papa tengok? Mama
kata tadi, kamu buat tugasan untuk video kemerdekaan tu. Hmm, macam mana? Kamu
dah dapat ideanya,” soal Papanya, Harun Kassim.
Amran Omar mengangguk.Dia terus
menyuap tanpa bicara. Dia teringatkan Nissa. Mungkinkah waktu ini, Nissa sudah
makan. Mungkinkah waktu ini, Nissa sedang menyuapkan ibunya makan. Atau..
mungkinkah waktu ini Nissa dan ibunya sudah terlena dalam kesejukan malam.
Malam itu, Amran Omar kembali
melihat rakamannya siang tadi. Adakalanya dia menitiskan air mata. Dia mesti
membantu Nissa dan ibunya.
“Abang..Kenapa abang nangis?” soal
Amsyar adiknya yang tiba-tiba muncul di bilik.
“Tak ada apa-apalah, Syar. Abang okey
je.”
*****
NAFAS puan Jubaidah kian kencang. Ombak dadanya
turun naik.“Sa..kit…Sa..kit..”Rintihnya sambil mengurut dadanya.“Nis..sa…Nis..sa…Ibu
sa..kit..To..long...nak…Ibu…Sa…kit…” Rintih puan Jubaidah lagi.Nissa mendekati
ibunya. Ibunya dipeluk erat. Diurut-urut juga dada ibunya. Dia tidak tahu mahu
berbuat apa lagi. Selalunya ibunya tidak seperti ini. Kenapa malam ini keadaan
ibunya kian teruk.
“Ibu..Ibu…Sabar, bu…” Ujar Nissa
dalam tangis. Dia sudah tidak tahan menahan rasa sedih melihat keadaan ibunya.
“Nis…sa..Ibu….dah..tak..kuat. Nis…sa…Ibu…takkkk…laa..ratttt..”
Begitu sukar puan Jubaidah berbicara.
“Ibu…Jangan tinggalkan Nissa, bu…Jangan
tinggalkan Nissa….” Nissa terus menangis dan menangis. Mungkinkah ibunya juga
akan pergi. “Ibu….Jangan tingalkan Nissa …bu…” Rintihnya lagi.
“Nissa…Janji pada ibu, nak…Nissa akan
jadi orang yang berguna…Ibu minta… maaf..sebab..tak dapat sekolahkan Nissa. Ibu…
minta maaf….Ibu tak… mampu Nissa…Nissa janji.. dengan ibu ye.. Nissa mesti jadi
orang pandai….Ingat ..pesan..ibu…Ingat..pe..san..ayah…Sembahyang ja..ngan
tinggal…”
“Nissa..janji bu…Nissa pun nak jadi
orang pandai….Nissa nak jaga negara kita. Nissa nak jadi budak baik.” Nissa
terus berteman air mata.
“Nissa..Sini nak..Ibu nak peluk
Nissa…”Nissa juga erat memeluk ibunya. Diharap ia bukan dakapan kasih yang
terakhir.Dia akhirnya lena dalam dakapan ibunya.
Menjelang pagi, Nissa merasakan
tangan ibunya sudah terkulai. Sejuk. Bibir ibunya juga sudah pucat. “Ibuuuuuuuuu….”
Nissa menjerit nyaring. “Ibu..Kenapa tinggalan Nissa, bu…”
******
AMRAN OMAR tersentak. Tiba-tiba dadanya berdebar
.“Nissa.” Nama itu terpacul dari bibirnya.
Di awal pagi itu dia keluar rumah. Dia
pergi ke rumah Nissa. Dia nyata terkejut.Puan Jubaidah yang di kenali semalam
sudah meninggal dunia.Nissa pula sudah terpuruk sayu di sisi jenazah ibunya.Dia
menangis dan terus menangis. ‘Nissa..Hebatnya dugaan hidupmu, Nissa.’
******
“SEBENARNYA, ibu bapa Nissa bukanlah penduduk
kampung ni. Mereka hanya perantau dan saya membenarkan mereka membuat rumah di
kebun saya itu. Sebab itu rumah mereka agak terpencil ke dalam.”
“Saya sangat kasihankan Nissa. Dia
hanya seorang anak kecil, namun dia pandai berdikari.Dia berkorban keinginannya
untuk ke sekolah kerana ibunya. Saya juga membantu apa yang perlu, namun, saya
juga bukan orang senang. Jika ada rezeki lebih, barulah saya dapat menghulur
bantuan.”
“Nissa berkerja mencari tin kosong.
Kadang kala, dia ambil upah menyapu sampah di kawasan ni. Banyak kerja dia dah buat.
Setiap hari apabila kawan-kawannya ke sekolah, dia pula pergi ke tempat sampah
mencari tin kosong.Saya juga tak sanggup melihat dia begitu. Tetapi, anugerah
Allah…Dia anak yang bijak. Dia pandai membaca dan menulis. Ilmu kira-kira juga
dia pandai. Dia selalu pinjam surat khabar dari saya. Itu pun jika saya ada
membelinya.”
“Dia kata dia nak jadi macam Datuk
Sharifah Mazlina..Nak jadi macam Datuk Syeikh Muzaffar..Macam-macam lagi…Dia
kata dia nak bawa bendera Malaysia ke seluruh dunia. Cita-cita dia memang
tinggi.”
“Saya paling terharu apabila mengenangkan
Nissa. Satu ketika, saya terasa begitu marahkan dia kerana dia bergaduh dan marahkan
anak lelaki saya. Anak saya itu dua tahun lebih tua darinya. Rupanya saya
sedar, dia marahkan anak saya kerana memijak-mijak surat khabar yang tertera gambar
bendera Malaysia. Dia marah sangat.
“Dia kata, kenapa awak pijak
bendera kita. Awak tak sayang negara kita ke?Awak tak nak jaga negara ke? Nanti
negara kita kena ambil, awak nak duduk mana? Waktu itu hati saya juga tersentuh
dan menangis. Saya sendiri marahkan anak saya. Saya mengerti. Nissa begitu
istimewa. Terlalu sukar untuk berjumpa dengan anak-anak kecil seperti Nissa. Di
hatinya, tersemat kasih pada negara yang begitu dalam.” Pak Suffian menyeka tubir
matanya.
Amran Omar juga mengalirkan air
mata sebak mendengar bicara Pak Suffian.
“Pak cik..Rasanya biarlah saya yang
jaga Nissa. Biar keluarga saya uruskan persekolahannya. Rasanya ia lebih
terjamin.”
“Baik juga kalau begitu, nak. Pak
cik tak menghalang. Ia adalah baik untuk Nissa. Biarlah dia dapat belajar dan
penuhi cita-cita dia. Dia itu anak yang bijak. Sayang andai kebijaksanaannya
dipersiakan.”
*****
AMRAN OMAR membawa Nissa ke rumah keluarganya
setelah dipersetujui Mama dan Papanya.
Nissa sering termenung dan
menangis. Dia masih merasa kehilangan ibunya.
“Sayang…Kenapa ni?”Pujuk puan Asni.
Dipeluk anak itu menzahirkan kasih sayang.
“Nissa rindukan ibu dengan ayah.”Nissa
mengesat air matanya dengan tangannya.
“Nissa kena redha. Nissa tahukan…Allah
S.W.T sayangkan ibu dan ayah Nissa.
Nissa kena doalah untuk mereka. Nissa anak yang baik. Biar mereka gembira di
sana. Doa, supaya Allah ampunkan dosa mereka. Doa, supaya Allah masukkan mereka
ke dalam Syurga. Ye..Nissa.Nissa janganlah nangis.Nissa sekarang ada Mama…Ada
Papa…Ada abang Am…Ada abang Syar…Kami semua sayang Nissa tau.”
“Minggu depan…Nissa dah boleh
sekolah. Papa dah daftarkan Nissa. Nissa suka, kan. Nissa boleh belajar. Nanti Nissa dah besar,
Nissa boleh harumkan nama negara. Nissa boleh bawa bendera Malaysia ke seluruh
dunia. Nanti ibu dan ayah Nissa pasti gembira.”
Nissa mengangguk .Air matanya yang
masih gugur terus kesat.Dia bersemangat kembali.
“Mak cik…” panggil Nissa.
“Laa…panggil mak cik ke..Janganlah
panggil mak cik. Panggil Mama…” Puan Asni cuba beseloroh. Dia membuat mimik muka.
Dia hatinya biar Nissa gembira.Biar Nissa ketawa.
“Opsss..Maaf. Nissa terlupa.” Nissa
juga tersenyum.“Hmm..Mama…Nissa nak..minta tolong boleh?”
“Hmm…Tolong apa sayang.”
Nissa kemudian bangun dan
menyelongkar begnya. “Mama tolong Nissa jahitkan bendera ni boleh? Bendera ni
dah koyak. Nissa nak gantung kat bilik ni. Macam kat rumah dulu.” Itulah
bendera yang menjadi semangatnya di rumah dahulu. Ia di bawa bersama.
Puan Asni terasa jiwanya sebak. Terasa
bergenang air mata di kelopak matanya. Benar kata Amran Omar, Nissa anak yang
begitu luhur hatinya. Anak yang jiwanya penuh dengan rasa cinta kepada negara.
“Nanti Mama jahitkan. Nanti Mama
belikan bendera baru untuk Nissa juga ye.” Dicium dahi anak itu penuh kasih. Itulah
permata yang tidak ternilai.
*****
NISSA kini sudah kembali bersekolah. Kebetulan, di
sekolahnya sedang sibuk membuat latihan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara.
Sebenarnya latihan itu adalah untuk persembahan kemerdekaan di sebuah
universiti tempatan. Walaupun baru dua minggu menjadi pelajar di situ.Nissa
telah dipilih untuk menjadi salah seorang penyanyi utama di samping seorang
pelajar Cina dan India.Dia rasa teruja.
*****
AMRAN OMAR pula sedang sibuk mengedit videonya. Ia
adalah proses terakhirnya sebelum menghantarnya esok. Sebenarnya, tugasannya
itu adalah untuk pertandingan video kemerdekaan anjuran universitinya.Sedang
leka dengan kerjanya, dia mendengar suara Nissa menyanyikan lagu ‘Warisan’
nyanyian Sudirman.
Dia akhirnya pergi ke bilik Nissa
dan merakamkan suara itu sebagai latar muzik videonya. Suara anak yang berjiwa
patriotik. Dia tersenyum puas.
*****
MALAM 30 Ogos….Malam ambang kemerdekaan.
Malam ini akan diumumkan juara
pertandingan video kemerdekaan yang disertai Amran Omar secara individu. Amran
Omar tidak mengharapkan apa-apa. Tujuan dia menyertai pertandingan ini bukanlah
untuk menang, tetapi untuk berkongsi satu semangat yang luhur kepada negara. Semangat
anak merdeka.
“Pemenang
ketiga dan kedua telah pun di umumkan. Kini, tibalah untuk kita mengetahui
pemenang atau johan untuk pertandingan ini.” Suara pengacara majlis bergema di
seluruh dewan.
“Johan Pertandingan Video
Kemerdekaan pada tahun ini jatuh kepada……”
Muzik iringan sudah berbunyi. Debaran
menunggu keputusan menanti mereka yang menyertai termasuklah Amran Omar.
“Lailatul Badariah binti Kassim….Tajuk
video beliau ialah Semangat Anak Merdeka…” Sorakan bergema di segenap ruang.
Johan pertandingan telah pun di
umumkan, dan video itu juga ditayangkan untuk tontonan.
“Kini..Kita pertontonkan pula video
khas pilihan juri. Video ini dianggap yang terbaik oleh pihak juri. Video ini
mengisahkan seorang anak kecil yang bernama Nissa. Anak kecil yang luhur
jiwanya pada tanah air tercinta. Anak kecil yang sangat menyanjung bendera kita
Jalur Gemilang. Bersama ini, kita selami cinta anak kecil ini dalam video yang
dipersembahkan oleh Amran Omar, dengan tajuk ‘Nilai Cintamu.”
Amran Omar terkejut. Serta-merta
air matanya gugur ke pipi. Sebak menendang jiwanya. Hatinya membisikkan nama
Nissa. Video kini dipertontonkan. Rententan peristiwa ditayangkan. Ada juga
mereka yang di dalam dewan itu terusik sebak dan mengalirkan air mata.
Ya..Mereka mengakui cinta dan semangat anak itu.
Setelah video itu selesai
dipertontonkan, pengacara majlis mempersilakan Amran Omar naik ke pentas untuk
menyampaikan ucapannya. Amran Omar hilang kata-kata. Hanya air matanya yang
jatuh. “Saya..tak boleh nak kata apa-apa..Cuma..saya nak berterima kasih pada
Nissa. Nissa buatkan saya lebih sayangkan negara saya.”Ucap Amran Omar dalam
sebak.
Selepas itu, satu persembahan khas
di datangkan dari sekolah berhampiran, iaitu sekolah tempat Nissa belajar.
Beberapa orang murid sekolah rendah
telah mengambil tempat di atas pentas. Nissa, Wei Yee, serta Rajesh sudah
berdiri di barisan paling hadapan. Manakala di barisan belakangnya hampir
sepuluh orang murid sudah siap sedia untuk menyampaikan persembahan mereka. Nissa
berbaju kebaya dengan kombinasi warna bendera Malaysia. Dia sendiri yang
memilih baju itu.Memang cantik.
Lagu nyanyian mereka adalah lagu
Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia. Begitu ceria ia dinyanyikan beramai-ramai
oleh murid-murid itu sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Setelah lagu itu habis
diperdengarkan, Nissa melangkah ke hadapan. Dia akan menyanyikan lagu ‘Warisan.’
Entah mengapa dia telah dipilih untuk menyanyikan lagu itu. Apa yang penting,
dia akan menyampaikan lagu itu dengan sebaik mungkin.Ia adalah satu kebanggaan
buat dirinya.
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Nissa
menyanyi dengan penuh semangat. Namun, dalam masa yang sama dapat dilihat dia
menyeka hujung matanya. Dia begitu menghayati lirik lagu tersebut. Adakalanya
lagu yang dinyanyikan lari temponya kerana dia menyanyi dengan hati yang sebak.
Air matanya juga gugur ke pipi.
Wajahnya
yang terpampang di skrin besar dewan membuatkan seluruh isi dewan juga terasa
sebak. Anak kecil itu menyayikan lagu itu dengan penuh perasaan dari hatinya
yang tulus. Seluruh isi dewan juga akhirnya bangun dan turut sama menyanyikan
lagu itu. Nyanyian semangat itu meresap ke jiwa mereka. Memang begitu berbeza
perasaan yang dirasa. Mereka benar-benar merasakan nyanyian itu meruntuh hati
setiap yang mendengarnya. Itulah Nissa. Anak berjiwa luhur dan patriotik.
Hampir
kesemua mereka menyeka tubir mata merasai perasaan itu. Syahdu dan meremangkan
bulu roma. Bait lagu itu sampai ke jiwa
mereka.
*****
31 Ogos….
Di sebelah pagi, Nissa begitu
seronok melihat kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Negara di Dataran Merdeka.
Dia begitu teruja.
Di pagi itu juga dia masih gembira
menyanyikan lagu yang dinyanyikan semalam. Lagu ‘Warisan.’ Lagu itu sudah lekat
di bibirnya.
Petang itu, Nissa keluar berjalan-jalan
bersama Wei Yee, Sivagami dan Siti Fatimah. Itulah teman barunya setelah
berpindah mengikut Amran Omar. Lagipula, mereka jiran tetangga.Di hari itu juga
dia begitu bangga melihat indahnya bendera Malaysia berkibar di merata tempat.Nampak
megah dan gemilang.
Sedang leka berjalan, Nissa
terperasankan sesuatu yang berada di atas jalan raya.Pesanan ayahnya bermain di
minda.“Jangan biarkan bendera kita jatuh. Kalau jatuh kita kena naikkan semula.
Itulah maruah kita. Maruah negara kita.”Nissa segera meluru mendapatkannya.
Tiba-tiba….
Screeettttttttt..Dummm….
Sekujur tubuh Nissa sudah tercampak
dan terkulai di atas jalan raya. Di tangannya masih memegang Jalur Gemilang.
“Nissaaaaaa!!!.” Jerit
kawan-kawannya.
Ramai orang sudah berkerumun di
situ.
“Nissa nak ambil bendera tu,” ujar
Wei Yee sambil menangis.
“Kami tak sempat nak halang dia,”ujar Sivagami
pula. Dia juga sudah menagis.
Amran Omar sudah tidak mampu
berkata-kata.`Sekujur tubuh yang
berdarah itu di peluk erat. “Nissaaaaa…Jangan tinggalkan abang Nissa.”Amran
Omar sudah menangis.
Di penghujung nyawanya Nissa masih
ingin meletakkan negara sebagai yang utama di hatinya. Tangannya tetap ingin
mendirikan kedaulatan panji negara. Panji negara ‘Jalur Gemilang.’ Itulah
cita-citanya. Dia ingin melihat Jalur Gemilang terus berkibar. Dia bukanlah
berjuang dengan senjata.Tetapi, dia berjuang dengan hatinya. Perasaannya. Semangat
dan cintanya.
“Nissa…Pada abang Nissa adalah
seorang pahlawan. Pahlawan kecil yang bersemangat waja. Pewaris negara Malaysia
yang gemilang. Nissa..Perjuanganmu abang akan ingat sampai bila-bila. Walaupun
dikau tidak memegang senjata, tetapi dikau punya semangat cintakan negara yang
luhur.Begitu tinggi nilai cintamu, Nissa.”
*****
AINAN melekapkan tangan ke dada. Dia juga merasa
sebak dan terharu dengan apa yang telah diceritakan oleh Amran Omar kepadanya.
Perjuangan anak kecil yang bernama Nissa itu begitu mengharukan. Air matanya
juga jatuh ke pipi.
“Kerana itu, apabila abang melihat
Ainan abang teringatkan luhurnya cinta Nissa. Ia benar-benar menyentuh hati
abang. Kerana itu jugalah abang ingin membantu Ainan. Abang nak Ainan berjaya
capai cita-cita Ainan.” Amran Omar menyeka tubir matanya. Sememangnya apabila
dia menyentuh perihal Nissa, pasti air matanya mengalir ke pipi.
Ainan mengangguk.Dia mengerti kini.
“Sebenarnya, abang tak sengaja
ambil gambar Ainan. Ia hanya satu kebetulan. Namun selepas itu, abang dan Syar sering
mengekori Ainan tanpa Ainan sedar. Kami ada juga bertanya kepada orang di
sekitar siapakah Ainan…dan akhirnya kami menjejak rumah Ainan. Abang minta, Syar
yang pergi kerana abang agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Janji abang, abang akan bantu Ainan.”
Ainan melihat sebuah potret gambar
di satu sudut dinding. Dia yakin itulah gadis kecil yang bernama Nissa.Nissa
yang tersenyum memegang Jalur Gemilang.
“Ainan…Kita berbuka sama-sama ye.”
Ainan mengangguk. Dia mengukir
senyum.“Terima kasih, abang.” Akhirnya permintaan lelaki itu dapat juga
dipenuhi.
******
“AINAN..Mari Mama tunjukkan bilik Ainan.”
“Tapi
mak cik….Ainan tak nak susahkan mak cik.”
“Ainan…Panggil aje Mama ye. Ainan
tak susahkan Mama pun. Mama lagi suka kalau Ainan duduk sini tinggal dengan
Mama. Sejak Nissa pergi, Mama benar-benar rasa kehilangan. Ainan tinggal jelah
kat sini. Nanti Ainan senang nak lawat ibu Ainan.”
“Terima kasih, mak cik…er..Mama.”
“Ainan..Dulu, inilah bilik Nissa.” Ujar
Puan Asni.
Ainan rasa teruja apabila masuk ke
bilik itu.Di dalamnya tergantung bendera Malaysia di dinding. Dia teringat akan
rumahnya. Dia merasa bangga apabila
jalur semangat itu menghiasi dinding rumahnya.
“Bendera kita…Maruah kita..” Itulah
antara kata-kata ayahnya dahulu.
******
Di hospital…
AINAN baru sahaja tiba ke bilik wad ibunya. Dia
ingin berkongsi cerita dengan ibunya. Dia juga ingin menyampaikan berita
gembira bahawa ada orang yang sudi membantu mereka.
Tika itu, seorang jururawat baru
ingin mencuci najis ibunya.
“Oh, tak apa kak. Biar sahaja saya
yang buat. Terima kasih kak ye,”ujar Ainan kepada jururawat muda itu.
Jururawat muda yang bernama Hayatun
itu mengukir senyum.“Tak apa dik. Ini dah jadi tugas akak.”
“Tak apa, kak. Ia hanya tugas akak.
Tapi, ia adalah tanggungjawab saya sebagai seorang anak.”Balas Ainan seraya menguntum senyum.
Hayatun mengangguk.“Tak apa. Biar
akak bantu sama ye.” Ujar Hayatun mesra.
“Terima kasih, kak.”
Amsyar yang kebetulan berada di
luar bilik wad itu mendengar bicara kedua mereka. Dia menguntum senyum. Rasa
bersyukur .Ainan anak yang baik. Kasihnya tak pernah luntur untuk ibunya.
Amsyar kemudian masuk setelah Ainan
dan jururawat tadi selesai menguruskan najis ibunya Ainan.
“Assalamualaikum, mak cik .Apa
khabar?”Amsyar menyapa mesra seraya meraih dan mencium tangan wanita itu.
“Baik, nak. Terima kasih nak sebab
bantu makcik.” Jamilah menguntum senyum untuk anak muda itu.Dia rasa berterima
kasih.“Semoga Allah merahmati kamu, nak.”
“Sebenarnya, ia hajat abang saya. Saya
hanya membantu apa yang perlu sahaja.”
“Oh..Sampaikan salam mak cik buat
abang kamu ya, nak. Kami berterima kasih pada dia.”
“In Sha Allah, mak cik.Semuanya
rezeki dari Allah.”
“Ainan…” Panggil Jamilah.
“Ya, ibu.”
“Ainan…Kamu ada pergi tengok ayah
kamu ke? Ibu dah lama tak dengar khabar ayah kamu tu.” Ujar Jamilah tiba-tiba.
Ainan tetunduk. Dia sedih. Dia
kecewa kerana ayahnya adalah salah seorang penghuni penjara. Mengapa ayahnya
memilih jalan yang salah untuk mendapatkan wang. Dia malu. Kisah lalu…Oleh
kerana tidak tahan dicemuh oleh orang kampung, mereka dua beranak membawa diri.
Mereka memulakan hidup baru. Kesusahan yang dirasa, memaksa Ainan menjadi
matang.
Ainan menggeleng.“Takde, bu.” Sayu
suara Ainan kedengaran.
“Ibu rindu ayah kamu, Ainan. Agaknya
sempat tak ibu nak lihat wajah dia untuk kali terakhir.”Sayu juga suara
Jamilah.
“Ibu..Kenapa ibu cakap macam tu.
Ibu janganlah cakap macam tu lagi.” Mata Ainan sudah bergenang air mata.Dia
tidak sanggup jika ibunya pergi.Pada siapa lagi dia ingin mengadu.
Amsyar juga rasa terusik.
“Ainan…Ainan jangan risau ye. Abang
akan temankan Ainan pergi lawat ayah Ainan.”Ujar Amsyar.
“Terima kasih, abang.”
*****
AINAN melihat wajah ayahnya. Dia menangis sendiri. Wajah
itu terlalu dirinduinya. Ayahnya juga sudah mengalirkan air mata.Dipeluk erat
anaknya itu. Dia juga rindu akan Ainan.
“Ayah minta maaf, Ainan… Ayah minta
maaf. Ayah dah insaf. Ayah rindukan kamu dan ibu kamu Ainan. Ayah rindu… Ayah
nak hidup seperti dulu. Ayah tak nak tinggal di sini lagi. Ayah tak nak. Ayah
nak keluarga ayah.” Umar berbicara berteman linangan air mata.
“Ainan dah lama maafkan ayah. Ainan
juga nak ayah balik rumah kita. Ainan bukan sengaja tak nak lawat ayah, tapi
Ainan banyak guna duit untuk rawatan ibu. Ibu sakit ayah. Ibu sakit. Ainan tak
pernah lupakan ayah. Takkan lupa. Walau siapan pun ayah, Ainan tetap sayang
ayah…Sayang sangat.” Air mata Ainan sudahlaju gugur ke pipi.
Semakin erat pelukan dua beranak
itu. Hati Amsyar juga terusik. Diseka tubir matanya melihat kasih antara dua
beranak itu.
“Ayah…Ibu
kirim salam. Ibu rindu sangat dengan ayah.”
“Ainan….Ayah juga rindu dengan ibu
kamu, nak. Rindu sangat. Andai ayah tak sempat jumpa ibu kamu lagi, kirimkan
salam sayang ayah untuk ibu kamu, nak. Ayah sayang sangat ibu kamu. Cakap
dengan ibu, ayah minta maaf untuk segalanya. Ayah tak mampu jalankan
tanggungjawab ayah sebagai seorang ketua keluarga. Ayah minta maaf ye, nak.”
Luluh hati Ainan saat ini.Air matanya tidak mampu diseka lagi. Ia terus
berguguran jatuh ke pipi.
“Ainan…Ayah rindu sangat nak dengar
suara Ainan nyanyi lagu yang ayah suka tu. Ainan nyanyi untuk ayah, boleh.” Pinta
Umar terhadap anaknya itu.
Ainan menekup mulut menahan rasa
sebak yang kian menendang di hati. Dia mengangguk memenuhi permintaan ayahnya. Dia
menyanyikan juga lagu itu dalam suara sebak dan tangis yang tertahan-tahan.
Inilah..
Barisan
kita…
Yang
ikhlas berjuang..
Siap
sedia berkorban..
Untuk
ibu pertiwi…
Itulah lagu ‘Perajurit Tanah Air’
atau lebih sinonim dengan lagi ‘Inilah Barisan Kita’ yang menjadi lagu semangat
dirinya. Dahulu, lagu itulah yang sering dinyanyikan oleh ayahnya untuk dirinya.Lagu
semangat tentera. Dahulu ayahnya juga pernah berkata..“Hiduplah seperti seorang
pejuang, ikhlaskan diri, jangan mudah putus asa, dan berkorbanlah demi agama,
bangsa dan negara.” Ainan memang ingat akan kata-kata itu. Namun, dia kecewa. Kerana
desakan hidup, ayahnya tertewas.Ayahnya terpengaruh dan terlibat dalam sindiket
pengedaran dadah sehingga memaksa ayahnya meringkuk di dalam penjara untuk
sekian lama.
“Kamu harus berjuang untuk hidup
kamu, nak.Kamu kena kuat.Kamu jangan jadi macam ayah. Ayah ini perosak bangsa. Kamu
jadilah insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara kita, nak. Berbaktilah
pada negara kita, nak. Negara kita ini milik kita. Jangan biarkan ia tergadai.Ingatlah
darah pejuang dahulu, nak. Tanpa mereka kita tak punya ini semua.”
Ainan mengangguk bersama air mata
yang deras gugur ke pipi. Itulah amanat keramat ayahnya.
Pertemuan itu terasa begitu
singkat. Sebelum berpisah, ayahnya sempat berbicara kepada pegawai penjara yang
mengawal mereka. Ayahnya kemudian meminta sesuatu dari pegawai tersebut.
“Ainan….Inilah bendera kita. Maruah
kita. Bendera ini jugalah tanda cinta ayah buat ibu kamu.Berikanlah bendera ini
pada ibu kamu. Katakanlah pada dia, selamanya ayah cintakan dia.” Umar
memberikan sebatang bendera yang bergulung yang berikat getah kepada
Ainan.Kemudian, dia memeluk erat anaknya itu bersama air mata. Seakan mereka
tidak akan bertemu lagi selepas ini.
“Ayah….”
“Jaga diri kamu baik-baik, nak. Ibu
kamu juga… Amsyar, tengokkan juga anak pak cik ini ye.” Itulah pesanan terakhir
Umar sebelum pergi meninggalkan Ainan dan Amsyar.
*****
“IBU…Ayah berikan ini kepada ibu.” Ainan memberikan bendera
itu kepada ibunya. “Ibu..Ainan nak pergi solat dulu, ye.”Ainan meminta diri
dari ibunya.
Sepeninggalan Ainan, barulah
Jamilah membuka gulungan bendera itu. Ada titipan kertas di dalam gulungan
bendera itu.
‘Maafkan
aku, Milah. Selamanya aku sayang dan cintakan kamu.
Selagi bendera ini berkibar, selagi
itulah sayang dan cintaku untuk kamu.’
Itulah coretan Umar buat Jamilah. Jamilah
terusik hiba. Dia tahu cinta suaminya mekar untuknya.Ia tetap ingat akan
janjinya suaminya dahulu. “Jika kau terima bendera ini, aku anggap kau menerima
diriku. Sayang dan cinta aku pada kau juga adalah sepertima aku sayang dan
cintakan negaraku ini.” Jamilah akhirnya menangis. “Abang…Milah juga sayang dan
cintakan abang sepertimana Milah sayang dan cintakan negara kita ini.” Jamilah
terus menangis tersedu-sedan sambil melekapkan bendera itu ke dadanya.“Tiada
siapa yang boleh memisahkan hati kita melainkan Allah Yang Maha Agung.”
Selepas menunaikann solat, Ainan
kembali mendatangi ibunya. Dia tersenyum melihat ibunya telah tertidur sambil melekapkan‘Jalur
Gemilang’ pemberian ayahnya itu di atas dada. Namun, riak wajahnya tiba-tiba
berubah apabila melihat bibir ibunya seakan pucat. Dipegang tangan ibunya
kejap-kejap.Dirasakan dadanya berdebar.
“Ya Allah! Takk mungkin…”
“Ibuuuu……Ibuuuu…Bangun, bu….” Ainan
sudah hampir menangis.
“Nurse…Tolong nurse..Ibu saya…..”
Ainan sudah berlari keluar mendapatkan jururawat.
Jiwa Ainan kian lemah apabila
diberitahu ibunya sudah tiada.
Amsyar sudah mendapatkan Ainan.
“Sabar, Ainan…Sabar…” Amsyar cuba menenangkan hati gadis itu.
“Ibu saya…..” Ainan tidak mampu
menahan tangisnya. Dia memeluk Amsyar melepaskan tangis. Ainan dibiarkan
tenang.
Amsyar mengambil bendera yang
dilihat telah terjatuh ke lantai. Bersama-sama itu adalah coretan kertas yang
dititipkan oleh Umar. Dibaca coretan itu di dalam hati. Hatinya tersentuh hiba.
Seketika kemudian, telefon
bimbitnya berbunyi. Dia menjawabnya. Ada perkhabaran dukacita yang diterima.
“Ainan….aa..yah awak….Ayah awak dah
tak ada Ainan…” Begitu payah Amsyar menuturkan bicara itu.
“Ayahhhh!!!” Ainan sudah meraung. “Ibu! Ayah! Kenapa
tinggalkan Ainan. Kenapa tinggalkan Ainan…” Ainan terus meraung kesedihan.
Hari ini, Ainan telah kehilangan
kedua-dua orang yang tersayang. Dia terpuruk sayu. Semangatnya hilang. Dia
hanya menangis dan menangis.
“Ainan..Sabarlah, nak.Ainan kena
kuat.Ainan doakanlah untuk mereka.Doa Ainan adalah doa yang terbaik buat
mereka.”Ujar Puan Asni seraya memeluk erat gadis yang dalam kesedihan itu.
*****
AINAN melihat coretan kata-kata yang tertulis di
atas meja. Ia adalah coretan tulisan tangan peninggalan Nissa.
Aku
anak ibu dan ayah…
Cintaku..Kasihku..Sayangku
untuk ibu dan ayah…
Ibu
bergadai nyawa dan bertumpah darah melahirkanku..
Ayah
juga menghempas keringat untuk hidupku…
Demi
cinta ini…aku adalah pewaris ibu dan ayah…
Tegaknya
aku berdiri sebagai anugerah..
Andaiku
jatuh pasti ku bangun semula..
Kerana aku akan berjuang dan berkorban untuk ibu dan ayah..
Aku
anak Malaysia…
Cintaku..Kasihku…Sayangku
untuk negaraku Malaysia yang merdeka..
Pejuang
dahulu bergadai nyawa dan bertumpah darah untuk memerdekakan negara..
Perajurit
juga menghempas keringat mengawal negara..
Demi
cinta ini…aku adalah pewaris negara..
Andaiku
jatuh pasti ku bangkit semula..
Kerana
aku akan berjuang dan berkorban untuk negaraku Malaysia yang merdeka..
Tegaknya
aku berdiri sebagai khalifah…
Sekali
ku jatuh, takkan mungkin ku rebah..
Tegaknya
bendera berdiri sebagai maruah…
Sekali
benderaku jatuh, tak bermakna ku mengaku kalah..
Aku
adalah pewaris..
Janjiku,
perjuanganku takkan terhenti hingga ke titisan darahku yang terakhir…
Ainan terasa matanya bergenang air
mata. Coretan kata itu meruntun hatinya.Tidak terjangkau oleh fikirannya,
itulah kata-kata yang ditulis seorang budak yang berumur sepuluh tahun. Sungguh..Itulah
anugerah yang Nissa miliki.
Ainan mendapat semangatnya semula.
“Demi ibu..ayah..dan negara ini. Aku berjanji aku akan menjadi pewaris yang
takkan mudah mengaku kalah. Akanku capai cita-citaku demi anak bangsaku yang
merdeka.”
Amsyar yang mendengar kata-kata itu
mengucap syukur kepada Allah.
“Ainan…Sebenarnya kata-kata itu
jugalah yang membuatkan abang Amran bersemangat semula. Selepas kemalangan dan
kehilangan sebelah kakinya dahulu, abang Amran sudah berputus asa. Dia
merasakan dia sudah tidak berguna lagi. Lagipula wajahnya juga cedera terbakar
semasa kemalangan itu. Kerana itu, dia hampir membunuh diri. Tetapi, selepas
membaca tulisan Nissa itu, abang Amran menangis. Dia sedar dia tidak boleh
kalah dan berputus asa. Demi ibu dan ayah..Demi negara…Dia harus berjuang.”
“Sekarang ni, abang Amran adalah
pemilik syarikat Nissa Enterprise yang mengeluarkan produk makanan halal…dan abang
Syar membantunya. Dengan semangat yang dia ada, dia kini berjaya.”
*****
Jam 12 malam
-31 Ogos 2013…
Merdeka!
Merdeka! Itulah laungan yang bergema di setiap pelusuk bumi Malaysia.Malaysia
kini telah mencapai kemerdekaan negara yang ke-56 tahun.Alhamdulillah.
Ainan
juga kini genap berumur 17 tahun. Dia adalah anak merdeka yang lahir pada 31
Ogos pada 17 tahun yang lalu. Dia juga mengucap syukur. Alhamdulillah.
Dia
bermunajat kepada Allah S.W.T .Bersolat sunat tahajjud dan membasahkan bibirnya
dengan zikrullah.
“Subhanallah…”
“Alhamdulillah…”
“Allahu Akbar..”
Setelah itu dia berdoa kepada
Penguasa Langit dan Bumi, Allah yang Maha Agung.
“Ya Allah…HambaMu ini bermohon
padaMu Ya Allah. Ampunilah dosaku Ya Allah…Dosa Kedua ibu bapaku, Ya
Allah…Tempatkanlah mereka di syurgaMu, Ya Allah…Ya Allah..Ya Rahman..Ya
Rahim..Jadikanlah diriku anak yang solehah, Ya Allah…Anak yang taat pada
agamaMu, Ya Allah… Anak yang cinta pada kalamMu, Ya Allah…Anak yang akan mempertahankan
agamaMu, Ya Allah..serta anak yang akan menjaga kedaulatan bangsa serta
negaraku ini, Ya Allah. “
“Ya Allah…Berikanlah keampunan
kepada pejuang-pejuang agamaMu, juga pejuang-pejuang negaraku ini, Ya Allah. Semoga mereka dicucuri rahmatMu , Ya Allah.”
Setelah bersembahyang, Ainan
membasahkan bibir dengan membaca Kalam Allah. Dia kini lebih tenang.Dia redha
dengan pemergian ibu dah ayahnya.
Ainan melekapkan ‘Jalur Gemilang’
yang menjadi lambang cinta ayah dan ibunya ke dada.Tika itu dia hanya membiarkan
air matanya jatuh ke pipi. Dia rindu kepada kedua-dua insan itu. “Ayah…Ibu…Cinta
dan sayang Ainan pada ayah dan ibu juga seperti cinta dan sayangnya Ainan pada
negara kita. Ainan janji akan capai cita-cita Ainan demi ayah dan ibu. Ainan
akan berbakti pada negara kita. Ainan nak jadi pendidik kepada anak bangsa
kita. Ibu..Ayah..Doakanlah Ainan berjaya.”
*****
31 Ogos 2020
Ainan berasa bangga dengan
persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak muridnya. Bergema lagu ‘Warisan’
dan lagu ‘Wawasan 2020’ di dataran itu.Meremang juga bulu romanya merasakan
semangat dari nyanyian lagu itu.
“Tahniah, cikgu Ainan kerana
membuat persembahan ini berjaya.”
Ainan menerima ucapan tahniah itu
dari Dato’ Rashid selaku pengelola majlis sambutan kemerdekaan.“Rasanya tadi
ada orang cari awak. Dia kata dia tunggu dekat tiang bendera hujung sana tu.”
Ainan kemudiannya meminta diri. Dia
pasti abang Amran ingin berjumpa dengannya. Seketika tadi lelaki itu ada
menghantar mesej kepadanya.
“Assalamualaikum, cikgu Ainan.” Satu
suara menyapa.
“Waalaikumsalam… Err..Abang ke yang
cari Ainan?”Dia terkejut kerana Amsyar yang berada di situ, bukan Amran.
“Hmm…” Amsyar mengangguk. “Abang
nak berikan ini pada Ainan.” Ujar Amsyar dengan senyuman seraya memberikan satu
gulungan bendera kecil yang masih cantik tersimpan di dalam plastik kepada
Ainan.Pemberian itu diterima.
Gulungan bendera itu buka. Ada satu coretan di atas
kertas dititipkan bersama.
‘Assalamualaikum,
cikgu Ainan. Sudikah kiranya cikgu Ainan menjadi srikandi hati ini. Srikandi
yang mencari cinta Ilahi. Srikandi yang cintakan agama Islam yang suci dan
negara kita yang merdeka ini.’
Ainan terkejut membaca coretan yang
dititipakan itu.Dia memandang wajah Amsyar.
“Selagi bendera kita ini berkibar,
selagi itulah adanya cinta dan sayangku untuk kamu Ainan.”
Ainan tersenyum. Rasa terharu.
“Err..Abang Amran mana?”
“Lah..Kenapa tanya abang Amran
pula. Abang yang kat sini tak nak tanya. Kecik hati, tau.”
“Tak adalah. Sebenarnya….” Ainan
mengeluarkan sesuatu dari begnya.Ia juga gulungan bendera yang masih tersimpan
kemas di dalam plastik.
“Err…untuk abang Amran ke?” soal
Amsyar.
“A’ah.”
Amsyar terdiam.
Tika itu Amran Omar sudah datang berjalan
menghampiri mereka.Wajahnya mengukir senyum.
“Abang….” Panggil Ainan seraya
memberikan bendera tersebut kepada Amran
Omar.
Amran Omar membuka gulungan bendera
itu.Dia tersenyum.
“Saya terima lamaran awak.” Itulah
coretan yang tertulis.
Amsyar juga membaca coretan itu. Riak
wajahnya berubah.Dia memandang Ainan di sisi.
“Aii, kenapa muka abang semacam je
ni…” Ainan dapat menduga. Dia kemudian tersenyum.
“Abang jangan risau. Ainan terima
abanglah. Yang tu orang lain minta sampaikan kat abang Amran.”
“Owh..Macam tu ke.”Amsyar akhirnya
tersenyum.Malu. Ainan dan Amran Omar hanya ketawa.
Seseorang telah datang kepada
mereka. Itulah Cikgu Nissa. Nur Khairunnissa. Seorang gadis yang penuh dengan
ciri kemelayuan yang berjaya menambat hati Amran Omar.Sebelum ini, Amran Omar
meminta Ainan menyampaikan lamarannya. Kini, Cikgu Nissa telah pun memberikan
jawapan itu.
Petang itu, mereka menziarahi
pusara Nissa, serta ayah dan ibu Ainan. Doa dikirimkan agar roh mereka tenang
di alam sana.
*****
AINAN meletakkan bendera pemberian Amsyar di dalam
pasu bersama dengan bendera cinta ayah dan ibunya. Di sebalik berdirinya Jalur
gemilang itulah tersemat cintanya. Cinta buat ibu..cinta buat ayah..cinta buat
bakal suaminya..serta cinta buat negaranya. Namun apa yang pasti ialah cinta
kepada Allah dan Rasul adalah keutamaannya.
TAMAT
~ Sekadar coretan hati menjelang Hari
Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-56
tahun. Semoga Negara Malaysia terus merdeka. Semoga rasa cinta kepada negara
kekal ada dalam diri kita.
~Andai hati miliki cinta dan kasih sayang,
sedekahkanlah Al-Fatihah untuk pejuang agama Islam dan juga pejuang negara
kita, Malaysia yang telah gugur di medan pertempuran.
Hidup Biar Patriotik,
ISME_ANA 2013
P/S: Terima kasih kerana sudi membaca. Berikanlah
komen sekiranya sudi…Terima Kasih