“AWAK..Bangunlah.
Dah Subuh ni.” Irsya Natasya sudah mengejutkan Irfan Faris. Nampaknya, lelaki
itu masih tidak terjaga walau sudah digoyang beberapa kali.
“Macam mana nak buat ni?
Entah-entah,kena piat telinga macam aku baru nak bangun. Ha, yalah. Aku rasa
dia ada cakap sebelum ni.”
Telinga Irfan Faris kini dipiat kuat.
Tangan lelaki itu kini menepis.“Apa ni?”
“Bangunlah. Sembahyang Subuh.”
“Kejaplah. Ngantuk.”
Irfan Faris memusing tubuh. Selimutnya
kembali ditarik.
“Oh, tak jalan ea. Cara kedua aku tahu
nak buat apa. Sebab kau ni mesti sama macam aku kan.” Irsya Natasya sudah
tersenyum. Dia memegang juluran hujung rambutnya yang panjang. Keh..Keh..Keh..Siaplah kau!
Irsya Natasya hanya kemudian mencabut
sehelai daripada rambutnya. Itu adalah senjata. Dia kemudian mendekatkan diri
kepada Irfan Faris. Rambutnya yang sehelai itu dicucuk perlahan ke lubang
hidung Irfan Faris. Haha..Rasakan!
Irfan Faris menepis tangan Irsya Natasya
dan menggosok hidungnya yang terasa gatal.
Irsya Natasya mencucuk lagi.
Achoomm!
Irfan Faris akhirnya terbersin akibat rasa gatal yang menusuk dalam hidungnya.
“Oii. Apa ni. Dengki orang nak tidur.”
“Bukan dengkilah. Saya nak kejut awak.
Habis tu dah berapa kali goyang, tak bangun pun. Sorrylah terpaksa guna taktik kotor sikit.”
“Alah. Nantilah kejap.”
“Berlakonlah jadi menantu yang baik kat
rumah ni awak oii. Dah. Bangun. Dah pukul berapa ni?”
“Sejuklah.”
“Kat sini memanglah sejuk. Dahlah
bangun. Karang nanti mak dan abah cakap apa pula. Awak ni menantu kesayangan
dia orang tau. Berlakonlah sikit. Awak ni kan berbakat.”
“Bebellah awak.”
“Laa..Bebel ke?Saya cakap betul apa. Dah,dah bangun.”
Irfan Faris kini mula menggeliat. Dia
sudah duduk bersandar di kepala katil.
“Eh, malam tadi awak buat apa-apa kat
saya tak?” soal Irfan Faris tiba-tiba. Aii. Tengah mamai bangun tidur pun tanya
soalan gempak.
“Wah, soalan. Saya nak buat apa kat
awak? Ehhh, tolong sikit.”
“Taklah. Sebab saya rasa, saya mimpi ada
orang cium pipi saya. Awak ada cium saya ke?”
Irsya Natasya terdiam sambil menelan
liur. Tetapi buat muka selamba. ‘Aku tercium tak sengajalah Irfan Faris oii.Janganlah
kecoh.’
“Eh, dahlah bangun. Hari ni kita kena
menyental periuk belanga yang hitam legam tu.” Irsya Natasya mengubah topik.
“Yalah, yalah. Tapi betulkan awak tak
cium saya?”
“E’eh, dia ni kan? Soalan tak boleh blah. Bagi karang!”
“La, tanya aje. Tak payahlah marah. Kalau
cium tak apalah. Bonus. Next time dah
tak dapat cium.”
Akhirnya tangan Irsya Natasya menyambar
lengan Irfan Faris. Begang terasa di hati.
“Hah.Tau dah. Maksudnya memang adalah
tu, kan??” Irfan Faris bijak bermain psikologi.
“Eh, tak sengajalah. Yang awak peluk
saya macam bantal peluk tu buat apa?”
“Ada ke?”
“Adalah. Kalau tak kerana tu, saya tak
tercium awaklah.” Hai la mulut. Tadi beriya nak simpan rahsia, ale-ale cakap
juga. Dah terkantoi. Haha..Ngek!
“Tercium ke.. atau sengaja cium?”
Muka Irsya Natasya sudah merah bak
udang. Bengang.
“Hmm..Tak
apalah. Tak boleh nak marah sebab tak tersengajakan?Anggap aje bonus malam
pertama. Lepas ni kita dah tak geng kan? So,
simpanlah sebagai memori terindah ya. Saya memang tak sedar pun.So, tak ada feeling.”
Irsya Natasya bertambah merah muka
apabila Irfan Faris berkata begitu. Bengang tak benganglah juga mukanya.
“Okeylah. Saya nak mandi dulu.” Ujar
Irfan Faris lalu bangkit dari katil. Sambil itu sempat lagi dipandang wajah
Irsya Natasya yang masih cuba meredakan rasa bengang sendiri dengan menyisir
rambut di hadapan cermin.
“Apa tengok-tengok?”
“Saja nak tanya. Cium tu ada feeling ke?” Irfan Faris mengusik.
“Eii, apa punya soalan entah.”
“Bukan apa...saya kesian kat awak kalau
awak feeling sorang-sorang. Saya
malas nak join.”
“Ngeklah
awak ni. Dahlah. Banyak cakap pula dia.” Tangannya kembali hinggap ke lengan
Irfan Faris.
“Alah, kalau dah pukul-pukul tu, malulah
tu. Awak jangan ngada-ngada nak suka kat saya tau. Saya tak nak balas.
Pandai-pandailah layan perasaa sendiri.”
“Eii, perasanlah awak ni. Dahlah. Pergilah
mandi sana. Lepas tu sembahyang Subuh.”
“Sabarlah. Baru nak ambil baju.”
Irfan Faris kini menyelongkar bagasinya.
Dan, tika itu Irsya Natasya terperasankan sesuatu. – Carrie Junior Lotion
“Rupanya benda tu. Haha...Dah tahu dah, dah tahu dah..” bisik Irsya Natasya di hati
sambil tersenyum.
“Kenapa senyum?” soal Irfan Faris.
“Happy.”
Jawab Irsya Natasya selamba.
“Betul ke happy? Happy sebab
tercium saya.”
Tangan Irsya Natasya kembali hinggap ke
lengan Irfan Faris. Rasanya kali ni lebih kuat. Geram pula dia dengan lelaki
itu. Boleh pula menyakatnya. Kata tak geng dah. Tapi buat gaya macam geng.
“Relakslah. Nak usik pun tak boleh. Ni
tengah cari mood tau tak. Pagi-pagi
ni kena cari mood dulu.”
Irsya Natasya terdiam seketika. Sukar
untuk dia mengertikan cara Irfan Faris.Kalau ikut logik akal, kalau orang dah
tak suka ni, lagi menyampah sebut pasal ni. Dia ni suka pula. Apa ke pelik. Tak
apalah. Dah cara dia memang macam tu. No
komen! Agaknya, betullah apa yang dia cakap. Sengaja nak cari mood pagi ni kut. Yalah. Nak berlakon.
Biar kasi mantap.
“Nah,gosokkan.” Irfan Faris sudah
menghulurkan sehelai baju t-shirtnya.
“Hah? Gosok? Eh,awak. Nak sental periuk
pun nak pakai baju yang bergosok ke? Banyak cekadak
pula dia.”
“Taklah. Yang ni nak pakai lepas tu.
Takkanlah saya ni ngek sangat.”
“Eii, awak ni kan...”
“Aii, stres dah. Tadi kata happy.” Irfan Faris tergelak.
“Apa gelak-gelak?”
“Gelak malu sebab kena cium. Rasa blushing pula pipi ni,” ujar Irfan Faris
selamba sambil tersenyum sebelum keluar dari bilik.
Irsya Natasya hanya mampu menahan rasa
marah. Terasa diperli.Eiii...Geramnya! Rasa nak hempuk aje dengan bantal!