IRSYA
NATASYA kini dibiliknya. Mak Andam baru sahaja keluar setelah menyolekkan
dirinya. Dup..dap..dup..dap
jantungnya memang tak boleh nak kata. Laju semacam. Rasa macam dah berlari
sekeliling kampung. Almaklumlah, pagi ini ada dua acara besar untuk dirinya.
Acara pertunangan dan juga acara pernikahan.
Mujur ada si Lyla dan Siti Zuraidai
menemaninya. Bolehlah juga gelak-gelak walau sebenarnya tak berapa feel.
Mesej telefon bimbitnya
berbunyi.
Irfan ~ Awak. Sedang menanti ke, atau dah lari?
Irsya
~ Ngeklah awak ni. Adalah, tengah tunggulah ni. Lari betul-betul karang.
Irfan ~ Saja je tanya. Manalah tahu. Tiba-tiba pengantin perempuan dah ganti
orang
lain.
Irsya
~ Mahunya kena pelangkung dengan mak saya. Saya aje yang kena. Bukan awak.
Irfan
~ Okey. Wish me luck. Kalau tak, tak boleh nak happy-happy hari ni.
Irsya Natasya tersenyum. Pandai betul
mamat sorang ni berlakon dengan kata-kata. Dia
kemudiannya kembali
membalas mesej tersebut.
Irsya
~ Good luck untuk awak. Okey. Don’t stress, stress. Buat muka cool aje.
Irfan
~ Nak cool macam mana? Macam telur hangus?
Irsya~Siaplah
awak malam ni!
Selepas
setegah jam setelah acara pertunangan…
“AKU
terima nikahnya Irsya Natasya binti Hamid dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.”
Hanya satu lafaz, Irfan Faris kini sah menjadi suami kepada Irsya Natasya binti
Hamid. Doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
Selepas mengaminkan doa, Irsya Natasya
juga membaca lafaz niat di hati. “Aku terima dia, Irfan Faris bin Zamrud
sebagai suamiku kerana Allah Taala.” Biarlah niat itu menjadi pegangannya untuk
kuat menjadi isteri kepada suaminya itu. Walau perkahwinan tanpa cinta, tanpa
rela tetapi ia sebenarnya adalah jalan dia menuju ke Syurga. Dan, pernikahan
itu juga adalah separuh daripada penyempurnaan iman. Walau apa rintangan yang berlaku, dia akan
berusaha menempuhinya. Semoga Allah memberkati.
Baraka
Allahu Lakuma
Wa
Baraka alaikuma
Wa
jama’a baina kuma fi khair
Mudah-mudahan
Allah memberkati kamu berdua,
Dan
berkat atas kamu daripada langit,
Dan
semoga Allah himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.
Kini, Irfan Faris dengan tenang memakaikan
gelang tangan di tangan Irsya Natasya sebagai majlis batal air sembahyang.
“Dah, Sya. Salam tangan suami tu.”
“Err..Alamak.
Segan pula nak salam. Lepas tu nak kena cium tangan. Aduhai..Rasa gigillah pula
tangan ni.” Kata-kata itu hanya terbisik di hati.
“Aii, takkan malu pulapengantin oii.”
Suara sumbang ala-ala mengusik sudah kedengaran. Apa yang pasti itu suara kak
longnya, Maria. Kau ni kan kak…Janganlah over.
Akhirnya, Irsya Natasya menyalami dan
mengucup tangan suaminya itu. Terasa tangannya sejuk semacam manakala tangan
Irfan Faris pula terasa begitu hangat.
“Terima kasih kerana menjadi isteri
saya,” bisik Irfan Faris perlahan dengan senyuman sambil mengenyit mata.
Irsya Natasya membalas senyum malu-malu.
Namun di hati dia sempat berbisik. Lain macam aje ayat. Siap kenyit-kenyit mata
bagai.Hmm...Lakonan dah start rupanya. Okey. You make me happy, and I will make you happy
too. Bantai ajelah Bahasa Inggeris ni. Aku bukannya pandai sangat. Janji
faham makna sudah. Tiba-tiba rasa ada semangat. Hilang rasa nervous.
“Selamat hari lahir untuk awak,” ujar
Irfan Faris sambil mengucup ubun-ubun isterinya itu.
Irsya Natasya sedikit terkejut. Lalu dia
juga membalas kata yang sama.“Selamat hari lahir untuk awak juga.”
Mereka sama-sama tersenyum.
Majlisberjalan lancar dan meriah.
Kedua-dua pihak keluarga juga sangat gembira. Sewaktu merakamkan foto
pernikahan Irsya Natasya agak kekok dan buat gaya kayu. Rasa malu-malu apabila
gambarnya diambil. Hakikatnya dia juga bukanlah seorang yang suka bergambar.
Maka terasa kaku saja gayanya ketika foto mereka diambil.
“Eh, awak. Kalau bergambar tu janganlah
buat macam badan kayu. Buatlah gaya biasa. Gaya relaks. Buatgaya peace sikit ke? Barulah nampak natural
dan awak tak rasa stress,” ujar Irfan Faris sewaktu mereka bertukar pakaian
untuk majlis persandingan. Kiranya beri tips jugalah tu.
“Tak retilah. Kekok.”
“Tak apa. Lepas ni ikut aje arahan saya.
Kita kena nampakkan yang suasananya natural. Biar gambar tu cantik. Rugilah
kalau gambar tak cantik.”
“Alah. Awakkan tak suka saya. Buat apa
ambil gambar cantik-cantik. Silap-silap, awak buang aje nanti.”
“Mulut awak tu kalau
bercakap…Agak-agaklah. Sekarang ni kita kan nak gembirakan family kita. So, benda ni
kenalah nampak indah di mata mereka. Soal suka atau tak, tu tolak tepi dulu.
Kata nak happy hari ni. So..Ni lah masanya. Ada faham cik Irsya
Natasya?”
“Ya, faham.”
“Tau tak apa.”
“Err..Tapi saya ada satu permintaan
lagi. Kalau ambil gambar jangan pegang pinggang saya macam tadi. Gelilah. Rasa
merenyam sampai sekarang. Eiii..” Irsya Natasya sudah dengan gayanya.
Geli-geleman.
Irfan Faris tergelak di hati. Rasa
gelihati.
“Kenapa? Takut?”
“Bukan takutlah.”
“Ada feellah
tu?”
“Memanglah feel. Feel geli.Tau tak, geli..”
Tertawa lagi Irfan Faris di hati. Rasa comel
pula dengan keletah Irsya Natasya. Dia tersedar tentang sesuatu. ‘Aii, aku pula
yang feel. Feeling kat hati. Opss..Tak boleh, tak boleh. No feeling, feeling. Melayan feeling ni penat.
Ketika sesi bergambar semasa bersanding,
Irsya Natasya cuba untuk tidak jadi seperti kayu lagi. Namun apa nak dikata
apabila dia terpaksa memenuhi permintaan jurugambar yang mengada-ngada.
“Okey, yang husband cuba pegang pinggang wife.Yang
wifepula tangan tu letak atas bahu
encik husband. Mata tu cuba saling
memandang.”
Membulat terus mata Irsya Natasya
mendengar permintaan itu. Irfan Faris rasa nak tergelak. Baru Irsya Natasya
meluah rasa tentang itu, dah kena buat pula.
“Alah awak. Tak payahlah.”
“Ikut aje.”
Irsya Natasya sudah pejam mata apabila
merasa lingkaran tangan Irfan Faris dipinggangnya. Alamak! Alamak! Alamak!
Tolonglah jangan!
“Awak. Mata tu janganlah pejam. Mata
awak pandang mata saya aje. Otak tu jangan fikir rasa geli tu. Relaks.
Buat-buat tak tahu aje.” Irfan Faris beri tips.
“Tak bolehlah. Rasa merenyam.”
Irfan Faris hanya mampu senyum. “Alah.
Berapa saat aje pun. Tak payahlah fokus
feel tu. Pandang mata saya je.” Irfan Faris bisik perlahan.
Klikkk…Gambar
diambil.
“Okey, nice.”
Gambar terus diambil. Irsya Natasya cuba
menjadikan foto mereka yang terbaik. Ini terbukti apabila foto untuk gaya
bebas, mereka berdua siap berpeace-peace bagai.
Saling tersenyum dan ketawa. Macam dah serasi aje. Memang rasa gembira dan tidak
rasa stres. Cuma part tangan
melingkar kat pinggang itu aje yang dia rasa agak fail.
“Dia orang ni gayanya macam dah bercinta
lama aje kan?” Ujar Nek Kalsum.
“Yalah, Som. Sebelum ni tengok macam
terpaksa aje, tapi tengoklah hari ni. Gembira aje. Memang kuat jodoh dia orang
ni. Macam dah bercinta sejak dari dalam perut.” Balas Saodah pula sambil
ketawa.
Di pelamin indah itu juga tersemat
memori yang Irsya Natasya sendiri tidak sangka.
“Awak..Buat gaya MyGirl.” Ujar Irfan
Faris sedikit berbisik.
“Haa..Gaya MyGirl? Macam mana tu?” Irsya
Natasya blur.
“Ala..Yang cerita Korea tu lah. Gong-chan
dengan Yoo-rin. Tipu sangat tak tengok. Cepatlah. Yang buat love tulah.”
Irsya Natasya hanya mengangguk. Tak
terkata apa-apa.
‘Macam terlebih excitedpula mamat ni. Happy
aje. Buat gaya tulah, nilah..Siap gaya Gong-chan lagi. Oh.. Layan cerita Korea
juga mamat ni rupanya. Tapi hari tu dengar lagu yang rap-rap, macam tak jiwang
karat.’
Irfan Faris sudah membuat tanda separuh
tanda hati dengan tangannya, dan ia kemudian dicantum dengan Irsya Natasya yang
mewakili separuh tanda hati yang satu lagi.
“Okey, nice.” Kata jurukamera.
Sewaktu acara makan berdamai.
“Awak. Hari tu sibuk nak suapkan saya
kan? Nah. Ni saya buka peluang. Sekali aje.”
Irsya Natasya sempat mencebik. Eii, dia
ni kan...Ada aje peluang nak kenakan aku. Tak apa. Nak tak nak, aku kena ikut
rentak dia.
“Tak nak ke? Offer ni. Okeylah. Beri orang handsome
start dulu.” Irfan Faris kini menyuapkan nasi ke mulut Irsya Natasya.
“Ingatkan tak makan nasi yang saya
suapkan. Yalah. Saya ingatkan awak hanya makan hati saya berulam jantung awak.”
Bicara Irfan Faris berdesir perlahan. Hanya didengar mereka berdua.
Perghh..Mamat
ni. Dia ingat lagi apa yang aku cakap hari tu. Ngek betullah dia ni. Bisik Irsya Natasya di hati.
“Alah. Habis tu makanan yang terhidang
bukan hati awak dan jantung saya. Nak buat macam mana kannn… So, makan ajelah nasi minyak ni.”
Seperti biasa, Irysa Natasya tetap akan menjawab. Dia juga tak mahu kalah. “Ni,
nak ke tak nak saya suapkan?”
“Untuk hari ni, saya okey aje kalau awak
nak suapkan. Lain hari, jangan nak gedik-gedik nak suapkan saya.”
“Eii..Awak ni kan…”
“Tak payahlah marah.Kata tak nak stres.
Buatlah muka happy sikit. Sibuk buat
permintaan tapi dia yang buat muka stres. Saya happy aje hari ni. Tak ada masalah.”
“Yalah Irfan Faris, oii. Happylah ni. Kan tengah senyum ni.” Irsya Natasya menjawab berteman
senyuman dibuat-buat.
“Hmm..Jap
lagi kita potong kek pula. Dan awak kena suapkan saya sekali lagi. Nampaknya
hari ni awak ada dua peluang untuk suapkan saya. Kira bonuslah tu kan. Okey. Suap
manja-manja sikit tau.”
“Poyolah
awak ni.”
“Eh, bukan poyolah. Tu nak tunjukkan realistik. Tak apa. Nanti saya demo macam
mana.”
Mereka kini melalui acara memotong kek.
Tertulis di atas kek Selamat Pengantin Baru dan Selamat Ulang Tahun Irsya dan
Irfan. Juga tarikh hari bersejarah majlis mereka. Rasa macam comel aje, kan.
Sewaktu menyuapkan kek ke mulut Irsya
Natasya, Irfan Faris terlebih dahulu mengenyit mata.
Amboii..Gaya romantiklah tu.Siap kenyit
mata. Macam tercair pula hati aku.
Irsya Natasya sedikit terleka. Matanya tepat memandang mata IrfanFaris.Zass…Fikiran dah ke kayangan.
“Janganlah berangan. Suapkan sayalah. Kamera
kat depan tu. Semua fokus ke sini,” bisik Irfan Faris perlahan.
Irsya Natasya kemudian menyuapkan juga kek
ke mulut Irfan Faris dan berbuat perkara yang sama. Ikutlah juga part kenyit mata tu.Haa..Biar adil dan
saksama.
Irfan Faris hanya mengukir senyum.
Hai, Sya. Dah ter-feeling kat aku ke? Kau jangan Sya. Siapa yang nak layan hati kau
tu nanti.Aku ni saja-saja je. Irfan
Faris sempat berbisik di hati.
PETANG
itu selepas majlis di rumah, mereka membuatoutdoor
photoshoot di beberapa kawasan sekitar kampung.Yalah. Sambil memperaga baju
pengantin cantik yang direka khas untuk mereka berdua. Balik daripada itu,
setelah bertukar pakaian.
“Best
Sya pergi ambil gambar?”soal Saodah.
“Bestlah
kut.”
“Macam tak best aje.”
“Hihi..Bestlah
mak. Apapulatakbest.”
Sebenarnya, terlebih romantik gaya Irfan
Faris di kala sesi outdoor photoshoot. Cuma tak mampu nak diceritakan
lebih-lebih. Masalahnya semua idea daripada dia. Jurugambar layankan saja.
1) Di
padang rumput ~ Irsya Natasya duduk bertimpuh dan si Irfan Faris pula berbaring
di atas riba. Ambik kau! Macam gambar yang kadang keluar kat facebook tu. Bercinta selepas nikah.
Memang gambar tu sweet.
2) Tepi
jeti ~ Si Irfan Faris tunduk melutut sebelah kaki sambil sarungkan kasut kaca.
Alaa..Macam Cinderella pula.
3) Tepi
pantai ~Main kejar-kejar. Romantiklah juga.
4) Tepi
rimbun buluh ~ Irfan Faris tarik veil panjang
Irsya Natasya. Lepas tu Irsya Natasya toleh sambil buat muka terkejut yang
comel. Scena ala-ala Hindustan juga.
“Saya buat ni sebab saya nak gambar
perkahwinan saya cantik ea. Bukan saya nak sangat buat macam tu. Lagi satu,
jangan perasan saya ni suka kat awak. Rugi tau bayar mahal-mahal gambar buruk. And one more, ni kenangan indah untuk
awak juga. So...Next time, bila kita
tak geng sekurang-kurangnya bila tengok gambar ni, boleh jugalah buat buat
bibir tersenyum-senyum kan?”
“Yalah, Irfan Faris oii..Ikutlah apa
awak nak buat.” Irsya Natasya malas melayan kata.
“Saya cakap betul apa.”
“Ada ke saya cakap salah!”
“Eii, awak ni. Geram tau saya dengan
awak.” Irfan Faris sudah buat gaya nak mencekik Irsya Natasya.
“Eii, apa ni.” Irsya Natasya cuba
menepis.
Dalam pada itu...
Klikk..Gambar
diambil jurugambar. Apa rupa sebenar pun tak tahulah. Tapi jurugambar kata..Nice!
Yang tak dirancang pun ada.
“Aduh pedihnya mata.”
“Kenapa?”
“Mata masuk habuk. Angin kuat sangat kat
tepi pantai ni.”
“Sini.” Panggil Irfan Faris. Lalu dia merapatkan
wajah dan memandang mata bundar milik Irsya Natasya. Dengan perlahan-lahan mata
isterinya yang masuk habuk itu ditiup.
Klikk...Bijak
si jurugambar mengambil foto.
“Haa..Sya. Berangan apa pula tu. Ni
pergi hantar bungkusan berkat kat jiran. Ajak si Irfan tu sama.”
“Yalah, mak.”
Irsya Natasya kemudian memanggil Irfan
Faris yang berada di luar rumah menolong mengemas apa yang patut.
“Awak, jom.”
“Ke mana?”
“Pergi hantar bungkusan berkat kat rumah
jiran.”
“Ooo..Macam tu ea.”
“Yalah. Kat sini caranya memang
macam tu. Lepas selesai majlis, kita orang akan bagi-bagi kat jiran makanan
yang ada. Kiranya sebagai upah penat lelah dia orang merewang untuk majlis
kita. Haa..Tolong angkat ni. Bawa ke kereta saya.” Pinta Irsya Natasya.
Sejurus itu Irfan Faris mengangkat bakul
yang penuh berisi bungkusan makanan. Orang kampung panggil bungkusan ‘barkat’
atau ‘boncrot’.
“Mana kereta awak?”
“Tu. Myvi warna merah tu.” Irsya Natasya
sudah menunjukkan kereta Myvi berwarna merah yang terpakir di halaman rumah
jirannya.
“Memang kereta awak ke?”
“Taklah. Kereta abah. Tapi saya selalu
bawa. Saya mana ada duit nak beli kereta. Tak kerja kut.”
Irfan Faris terdiam. Nombor plat kereta
itu ditenung beberapa kali. Rasanya memang tidak salah. Itulah kereta Myvi
merah yang dicari sebelum ini. Maksudnya..
“Dia nilah budak melatah tu. Alahai. Patutlah
termelatah pun sebut nama aku. Aura kuat sangat. Beriya aku sibuk nak cari,
ale-ale dia budaknya. Dah sah jadi isteri aku pun. Nasib badan betullah.”Kata-kata
itu bergulir di hati Irfan Faris. Pasrah. Redha.
“Berangan apa?”
“Taklah. Tengah memikir sesuatu.”
“Sesuatu? Apa?”
“Sibuk aje nak tahu!”
“Eleh. Orang tanya baik-baik pun nak
marah.”
“Bukan marah...”
“Habis tu apa? Stres?”
“Tak ada maknanyalah saya nak stres. Saya
happy aje. Saya rasa saya lagi happy
dari awak kut. Saya buat muka relaks aje. Tak ada masalah pun. Awak tu lah.
Stres. Lagi-lagi masa nak ambil gambar tu. Ada ke takut orang pegang pinggang
dia. Entah apa-apa.”
“Eh, diamlah. Janganlah cakap pasal
pinggang tu. Tu tempat sensitif tau tak. Dahlah. Masukkan bakul tu kat
belakang!” Irsya Natasya sedikit menekan suara. Sebenarnya cuba cover bengang.
Irfan Faris hanya ketawa. Dia kemudian
meletakkan bakul ke dalam kereta di tempat duduk belakang dan kemudian
mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu. Irsya Natasya jadi driver untuknya.
Di dalam kereta Irsya Natasya memberitahu
program-program yang akan dilakukan pada malamnya dan hari esok.
“Malam ni kita buka hadiah. Esok
pagi, sental periuk. Lepas tu, kita buat bubur sum-sum.”
“Bubur sum-sum? Apa tu?” Irfan Faris
ingin tahu.
“Googlelah
sendiri!”
“Eh..Tanya pun tak boleh ke?!”
“Tu pun nak marah ke?”
“Tak marah. Happy aje.”
“Kalau happy senyumlah. Itupun nak kena ajar ke?”
“Eh, mana tanda respect awak kat saya ha? Kalau bercakap tu..eii..” Geram juga rasa
hati Irfan Faris.
“Apa eii..eii...? Geli ke?” Irsya
Natasya berloyar buruk dalam gelak. Irfan Faris sudah menjeling.
“Tunggulah awak malam ni. Tengoklah apa
saya nak buat kat awak. Silap-silap tangan saya menjalar kat pinggang awak.Hahaha...Merenyam-renyamlah pinggang
awak malam ni.” Bicara kata itu membuatkan Irsya Natasya tertelan liur.
“Err..Sorry.”
Kendur suara Irsya Natasya meminta maaf. Tiba-tiba rasa takut.
“No
sorry-sorry. Nak sorry-sorry
pergilah naik lori ke..bas ke..trailer ke...Sama ada bersedia atau tidak…tunggu
ajelah malam ni!” Bicara Irfan Faris jadi serius.
Alamak! Apa dia nak buat kat aku?
“Err..Irfan..Sebenarnya
bubur sum-sum tu kan....” Irsya Natasya baru sibuk nak beri penerangan. Yalah.
Tiba-tiba hati rasa kecut.
“Cakaplah awak sorang-sorang. Tadi saya tanya
baik-baik, tak jawab.” Irfan Faris menjawab selamba. “Apa yang penting, tunggu
malam ni!”
“Ala..Awak nak buat apa?”
“Googlelah
sendiri. Itu pun nak kena ajar ke?” Irfan Faris sengaja memerli.
Irsya Natasya terdiam.
Padam muka kau orang sebelah. Tadi
kenakan aku. Haha.. Irfan Faris ketawadi
hati. Namun luarannya dia tetap menunjukkan wajah serius.
Sekilas fakta tentang bubur sumsum, ia adalah sejenis makanan seperti bubur berwarna
putih yang dimakan dengan kuah manis (air gula merah). Ia dibuat dari tepung beras. Mengenai nama bubur itu sendiri, tekstur dari tepung beras
tersebut dimasak seperti bubur. Sementara itu, kata 'sumsum' pula merupakan deskripsi
dari warna bubur itu sendiri yang berwarna putih seperti tulang sumsum.
“Awakkk…” Irsya Natasya
memanggil dengan suara lembut.
“Ah, tak ada-tak ada.
Cakap lembut-lembut tu nak pengaruhi hati sayalah tu. Tunggulah ajelah malam ni
apa saya nak buat dekat awak.”
Irsya Natasya tertelan
liur. Seram pula rasanya.