SUASANA
di rumah Irsya Natasya mula sibuk dengan jiran tetangga yang datang me’rewang’.
Kecoh dan kepoh suara-suara mereka daripada bilik memang jelas kedengaran.
Lagi-lagi yang jadi hot sebab dia bakal
berkahwin dengan anak Datuk. Memang riuh mulut-mulut murai berbunyi.
Di biliknya, Irsya Natasya termenung
sendiri mengenangkan esok adalah hari bersejarahnya bersama Irfan Faris. Hari
pertunangan, pernikahan dan juga hari ulangtahun kelahiran mereka. Ya. Semua
berlaku pada satu tarikh yang sama. Nak percaya atau tidak, dia tetap kena
percaya. Cuma, andai takdir tidak mengizinkan pasti ada juga sesuatu yang
berlaku nanti walau di hujung waktu.Tetapi, dia juga tidak mahu begitu.
Walaupun diistilahkan dia terpaksa, tetapi dia juga inginkan satu kegembiraan
dan semuanya berjalan sebaiknya.
Terkenang sejenak rentetan
perjalanan kisahnya. Apa yang pasti, ia bermula dari langkah dia pergi Kursus
Kahwin saja-saja. Namun, inputnya tetap diambil.
“Sya…Jom kita ambil kursus kahwin.” Ujar
Jubaidah atau mesra dengan panggilan Ju.
“Hah? Kursus kahwin? Kau biar betul Ju.”
“Yalah. Aku serius ni.”
“Eii, tak ke pelik. Aku bukan dah nak
kahwin pun. Entah zaman bila agaknya.”
“Alah. Aku pun sama. Kita ambil aje
awal-awal. Lagi senang. Nanti kalau dah tiba masanya, taklah kau terkejar-kejar
nak pergi kursus kahwin ni. Lagipun, tak ada expired datelah. Lagi buat kat U ni. Murah sikit.”
“Jap
aku fikir.”
“Eh, kau nak tahu tak, Sya. Akif Rayyan
yang handsome tu pun daftar juga tau.
Sebabnya tadi, aku terserempak dengan dia masa pergi Pusat Islam tu. Aku
tanyalah dia buat apa. Dia cakap, dia daftar untuk kursus kahwin.”
“Oh, ya ke Ju?”
“Yalah. Ingat aku tipu ke? So, aku pun tiba-tiba rasa macam nak
ambil juga. Tu yang aku ajak kau. Adalah geng. Kalau sorang, tak jadi aku.”
“A’ahlah, kan. Okey juga. Set.” Irsya Natasya terseyum-senyum
sendiri. Ada sebab untuk dia tidak menolak untuk pergi.
“Eh, Sya.Kau rasa kan…Kalau kau dah nak
kahwin nanti, kau nak cari orang yang macam mana? Anak kerabat ke..Anak Datuk
ke..”
“Hish kau ni. Apa pulak sampai anak kerabat, anak Datuk semua. Yang biasa dahlah. Bak
kata orang, yang sekufu.”
“Okey. Kalau kerabat tu memang rasa
macam tak mungkinlah kan. Silap-silap hari bulan, kau ni kahwin dengan anak
Datuk.”
“Kau ni sedap bercakap aje ek. Macam tok
nujum dah. Pulak tu asyik Datuk,
Datuk aje…Cubalah beri keadilan pada Datin pulak.
Anak Datin. Haa..Kan sedap tu. Tak pun anak nenek? Sebab datuk gengnya nenek.”
Jubaidah bantai gelak. “Anak nenek? Kau
ni tak pandai guna istilah bahasa ke? Ada ke anak nenek. Cucu neneklah.”
“Yalah, cucu nenek.”
“Agaknya cucu nenek mana yang kau dapat?”
“Nenek,
nenek si bongkok tiga…” Irsya Natasya sudah menyanyi menggambarkan jawapannya.
“Ngeklah
kau ni. Karang dapat betul menangis.”
“Apa pulak
menangis. Aku bukannya kahwin dengan nenek tu. Aku kahwin dengan cucu
dialah. Apalah yang kau ni. Fikirlah logik. Sekali cucu dia handsome, mahunya aku sayang
ketat-ketat.”
Irsya Natasya kini tersenyum sendiri
mengenangkan kata-katanya. Memang tepat mengena. Ya, kini dia bakal berkawin
dengan anak Datuk, anak Datin dan cucu nenek. Empunya diri termasuk dalam
kategori handsome juga tu. Semua
pakej dia dapat. Hai la..Sya oii. Jodoh kau.
“Hai, Sya. Kau menung apa tu weh?” teguran Lyla yang kebetulan masuk ke biliknya mematikan
lamunan yang jauh itu. Langkahnya diikuti Siti Zuraidai.
“Alah kau ni Lyla. Biasalah. Aku tengah memikir
hari esok ni. Nervous weh. Boleh ke
aku survive semua ni. Tiba-tiba aje
dah nak kahwin kan? Macam tak percaya aje.”
“Aii, kau. Tiba-tiba aje macam tak nak
kahwin pulak. Aku yang nak kahwin ni
tak dapat-dapat pun lagi jodohnya. Kau yang sah-sah dah nak nikah esok, boleh pulak fikir macam tu.” Ujar Siti Zuraidai
pula.
“Kau tu kes lain Siti Zuraidai, oii. Kau
tu memilih sangat. Nak cari muka yang macam Dean Supernatural. Memanglah
payah.”
“Eh, kau cakap aku je. Tu si Lyla tu kau
tak cakap pulak. Kau jangan tak tahu,
dia tu nak berlaki muka macam Jensen Ackles.”
“Aii, kenapa aku tak tahu. Hmm..bukan tu orang yang sama ke?”
Lyla dan Siti Zuraidai hanya gelak.
“Ngeklah
kau orang ni.”
“Oleh kerana si Siti Zuraidai ni beriya
nak yang muka ala-ala Dean Supernatural tu, so,aku
dah tukar orang lain dah. Aku tak nak muka laki aku sama macam muka laki dia.”
“So,
kau nak yang macam siapa?”
“Bukan macam lagi dah. Aku memang nak
orang tu. Kalaulah dia betul-betul jodoh aku…” Lyla sudah mula berangan.
“Aku tahu. Orang tu pangkal huruf J
kan.” Ujar Zuraidai.
“Tak. N.” Balas Lyla.
“Hmm..Aku
rasa, aku tahu. J ke..N ke..Sebenarnya orang yang sama kan?”
“Bijak kau Sya. Mesti kau tahu siapakah gerangan
orang itu.”
“Confirmlah.
Dah tu sejak dua menjak ni, kau selalu update
cerita sensasi kau di ruangan chat
Facebook aku.”
Dalam pada itu, mesej telefon bimbit
Irsya Natasya berbunyi. Dia tersenyum membaca mesej tersebut.
“Siapa? Bakal suami kau ke?” soal Lyla.
“Taklah. Sepupu aku, Dean.”
“Hah? Dean?”Siti Zuraidai ala-ala
terkejut. Biasalah. Peminat Dean Supernatural. Pantang betul ada orang yang nama
Dean.
“Kau tak pernah beritahu aku pun Sya
pasal sepupu kau ni.”
“Dia ni sepupu aku yang jarang nak contact aku. Ni, tiba-tiba pulak dia mesej. Tak sangka. In Shaa
Allah majlis aku esok dia datang.” Beritahu Irsya Natasya.
“Err..Sya. Dean, sepupu kau tu single lagi ke?”
“Dah start
dah…Dah start dah…” Omel Lyla
yang nyata memahami cara temannya itu.
“Tak tahulah. Kenapa? Nak ushar? Esok
dia datang, kau tanyalah. Boleh kenal-kenal dengan dia. Dia tu penyegan sikit orangnya.”
“Kau ni memang pantanglah Siti Zuraidai.”
Ujar Lyla.
“Kau diamlah Lyla. Tak payah nak mengata
aku sangat. Eh, Sya. Dia tu handsome
tak?”
“Handsome.
Kulitnya hitam manis. Orangnya tinggi jugalah. Badan ala-ala Jensen Ackles.
Tapi muka tak samalah. Hmm..Nama
penuh dia Zaidean Akel. Memang sesuailah tu.”
“Hah? Ya ke? Kau orang doakan akulah.
Moga kali ni biarlah benar-benar jodoh aku. Amiinn…”
“Betul ke tak betul kau ni Siti Zuraidai?
Tak jumpa lagi, ale-ale macam dah yakin sangat.”
“Alah. Tak bercinta sekarang, masa
kahwin boleh bercinta apa? Lagi sweet
macam tu tau sebenarnya. Aku teruja betul bila dengar nama dia. Sedap tu,
Zaidean Akel.”
“Ikut kaulah cik Siti Zuraidai, oii.
Tiba-tiba jodoh kau pulak jadi
sensasi dari si Sya yang nak kahwin anak Datukni haa.”
Gelak-tawa kembali berderai. Kalau ada
topik, memang menjadi aje.
“Eh, Sya. Aku tak sangka betul kau ni
nak kahwin dengan anak Datuk. Kau senyap-senyap aje tak cerita kat kita orang,
tiba-tiba hantar kad. Terkejut aku weh.
Gila ketat kau simpan rahsia. Selama ni kau kata kau single aje.”
“Entah kau ni. Aku pun terkejut tau
tak.” Ujar Lyla pula.
Irsya Natasya hanya tersenyum. “Semuanya
tak seperti yang kau orang sangkakan.”
“Maksud kau?”
“Kisah aku ni macam cerita kartun.Rupanya,
aku ni dah kena tunang masa kecil. Dah besar, tiba-tiba kena kahwin. Sebab
tulah aku tak cerita kat kau. Aku pun tak tahu. So, tak ada jalan cerita pun.”
“Ni kira kahwin paksa ke?”
“Eh, taklah.” Irsya Natasya menafikan.
Biar lega hati kawan yang mendengar.
“Ni namanya penyatuan ala-ala taaruf.
Kedua pihak keluarga setuju.”
“Oh, ya ke? Best tu. Macam sweetlah pulak. So, kau orang ni bercinta selepas nikahlah ya.”
Irsya Natasya hanya tersengih. Tak tahu
nak cakap apa. Boleh ke bercinta selepas nikah? Sah-sahlah si Irfan Faris tu
dah buat peraturan dan perjanjian dia tu. Tunggu dan lihat ajelah.
Kemudian, mereka terus berceloteh.
Memang gelak sahaja Irsya Natasya. Namun dia dalam hati dia sempat berbisik.
“Kalaulah esok Irfan Faris boleh buat aku gelak-gelak macam ni..mesti best.Tu kalau tak tunaikan janji dia, siapalah.
Aku tuntut ganti rugi.”
Sementara itu…
Irfan Faris sedang duduk mempractise menjawab lafaz akad.
“Aku terima nikahnya Irsya Natasya ….”
Tiba-tiba dia terbatuk. Ala-ala tersedak.
“Eii, ni mesti dia tu yang sebut. Kacau
aje time aku nak practise ni. Karang esok tergagap, tak syoklah. Aku nak, biarlah
satu lafaz aje. Senang.” Irfan Faris nampaknya begitu bersungguh-sungguh.