HARI
INI Irsya Natasya dan Irfan Faris akan bertemu. Ia adalah pertemuan mereka yang
pertama dan terakhir sebelum disatukan. Apa yang pasti, seminggu lagi mereka
akan diijab-kabulkan. Kalau ikutkan, tak berapa elok untuk bertemu.
Almaklumlah, orang kata darah manis. Tapi, kalau dalam situasi terpaksa ni,
dikira darah manis juga ke? Pahit kut?
Beberapa jam sebelum pertemuan…
“Alah, kak. Sya nak guna keretalah.”
“Aku dah cakap dengan abah dululah.
Tak ada, tak ada. Aku dah cakap dulu dengan abah nak bawa kereta. Aku dah janji
dengan kawan aku, okey.”
“Habis tu Sya nak pergi naik apa?”
“Apa kau susah hati. Suruhlah baby Irfan kau tu jemput.”
“Apa baby, baby?”
“Betul apa aku cakap. Tu kan baby Irfan yang kau nak sangat tu. Haha..Siap nak peluk cium bagai. Gatal!”
“Eh, kak. Akak sebut lagi pasal baby,baby ni siap kau kak.”
Maria hanya menjelir lidah.
Mengejek. Irsya Natasya pula mencebik. Tension
dirinya apabila sering menjadi mangsa usikan kakaknya itu terutama pasal kes
nak jaga baby.Malah kakaknya itu tak berhenti
nak mengenakannya. Fikiran tu ngek
sangat sampai tersalah yang anggap cucu Nek Kalsum tu baby kecil. Tapi rupa-rupanya baby
tua dah sebaya.Yuck!
“Alah, kau ni. Aku usik sikit pun
nak melenting. Sejak-sejak nak ada laki anak orang kaya ni kannnn…” Maria
berbicara dalam nada sedikit gedik. Sengaja mengenakan adiknya itu.
Irsya Natasya sudah menunjukkan buku
limanya. Geram. Mahu sahaja dia bagi sebiji kepada kakaknya. Baru dia rasa
sedap ke tak.
“Rilekslah, Sya. Kau ni, ada tunang pun
macam gaya tak ada tunang. Dah nak jadi laki kau pun, kan. Seminggu lagi Sya...
Seminggu aje.”
“Sya tak suka dengan dialah, kak.
Akak ni pun sama aje macam mak. Bukan nak sokong Sya. Cubalah akak faham hati
dan perasaan Sya ni macam mana. Kalau benda ni terjadi kat akak, baru akak tahu
macam mana rasanya.”
“Dahlah, kau. Tak payah nak membebel
macam mak nenek. Persiapan pun dah siap. Tinggal yang baki-baki dan masak-masak
untuk majlis aje. Lepas tu aku terima nikahnya dot..dot..dot….haa..settle. Lepas tu aku akan sumbangkan
suara aku yang memang sumbang ni nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru untuk kau
dan baby kau tu. Haa..Amacam?”
“Kau ni kan kak...”
“Dah.Dah. Tak payah nak banyak bunyi.
Apa yang penting aku nak bawa kereta tu. Ada faham??”
Irsya Natasya mengeluh nipis. Dia
mengomel sendiri. Ada kakak pun tak boleh nak beri kerjasama. Bukan nak suruh ganti tempat jadi pengantin
perempuan pun. Cuma nak guna kereta aje. Akhirnya Irsya Natasya mengadu kepada
emaknya.
“Along. Nanti kamu hantar Sya
sekali. Kamu pun memang lalu bandar, kan. Takkan nak susahkan Irfan datang sini
dulu, ambil Sya ni. Lepas tu nak ke bandar lagi.Ambil masa.”
“Habis tu balik macam mana? Kalau
lambat dah tak ada bas.”
“Pandai-pandailah. Kau ni macam
budak darjah satu pulak.Teksi kan
ada.” UlasMaria.
“Alah, akak ni. Macam tak tahu pulak. Kalau teksi, nak tunggu orang
penuh satu hal. Kalau sorang, dihentamnya harga tinggi. Alah… Akak tunggulah
Sya.Dah alang-alang tu, temanlah Sya jumpa si Irfan tu.Biarlah Sya ni ada geng.”
“Epp..Tak
ada maknanya aku nak teman kau. Lagipun malam ni aku nak tidur rumah kawan aku.
So, lepas settle kerja aku, aku terus pergi rumah dia. Dia dah jemput aku
untuk majlis berinai dia malam ni. Kau pandai-pandailah balik sendiri.”
“Mak, tengok akak ni.Minta tolong
sikit pun tak boleh.”
“Alah, Sya. Apa susah. Balik, kamu
suruh aje Irfan hantar. Senang cerita. Bolehlah emak jumpa si Irfan tu. Emak
pun tak tengok dia lagi.” Cadang emaknya.
Irsya Natasya hanya mampu merengus
kasar. Grrrrr..Geramnya!
Irsya Natasya kemudian menghantar
mesej kepada Irfan. Tidak perlu menunggu lama, dia mendapat jawapan. Okey aje
jawapan Irfan Faris.
“Selamatlah dia kata okey. Kalau tak
okey…”
“Kalau tak okey, kau ada peluang nak
larikan diri Sya, oii.” Ujar Maria selamba.
“Kalau kamu larikan diri, maknanya
kamu nak kena pelangkung dengan mak, Sya. Sampai ke lubang cacing mak cari
kamu.”
Maria sudah tergelak. Irsya Natasya
sudah pastinya buat muka.
“Janganlah nak buat muka buruk kamu
tu Sya. Tak naik seri masa pengantin nanti.”
“Yalah, mak.”Di sebalik pandangan
emaknya, Irsya Natasya sudah membuat muka. Kedua tangan di bahu, sambil mata
juling ke atas. Mulut pula buat gaya mengajuk percakapan emaknya tadi.
“Mak..Syakan, mak. Dia kutuk mak kat
belakang.” Maria sudah membuat angkara. Sengaja memecahkan rahsia.
“Syaa…!” Suara nyaring Saodah sudah
kedengaran.
“Apa..Apa..Tak dengarlah. Sya nak pergi
mandi ni.” Irsya Natasya terus berlari mengambil tuala dan menuju ke bilik air.
Kalau tak, confirm dah kena piat
telinga.
“Kamu ni sama aje macam abah kamu.
Sikit-sikit buat pekak. Karang pekak betul baru tahu.”
“Kamu kutuk saya ke Odah, oii.” Timbul pula
suara abahnya yang entah dari mana.
“Aii, orang tua ni. Muncul pulak dia. Pantang sebut sikit.”
“Ewah, ayat kamu…Macam manalah anak-anak
tu tak ikut. Kamu pun sama aje.”
Saodah terdiam. Dia membuat muka.
Mulutnya mengomel.
Irsya Natasya di dalam bilik air sudah
ketawa. Mak pun kena. Kih..Kih..Kih..Adil
dan saksama.
IRSYA
NATASYA melilau pandang mencari bakal suaminya. Pandangan matanya terlihat ke
arah seorang lelaki yang duduk bersendirian bermain dengan telefon bimbit di
tangannya sambil menyandar malas. ‘Itu kut orangnya.’ Bisik hatinya sendiri
sebelum melangkah mendapatkan lelaki itu.
“Assalamualaikum…Awak ni ke Irfan Faris?”
soal Irsya Natasya sewaktu sudah berdiri berhampiran lelaki itu.
Empunya diri mendongak memandang.
“Emm..”
Irfan Faris menjawab dengan gaya lagak sambil menyandar di kerusi dengan gaya
bersilang kaki. “12 minit, 12 saat.” Ujar Irfan Faris tiba-tiba.
“Apa tu?” Irsya Natasya tidak mengerti.
“Lambat.” Irfan Faris menjawab dalam
riak wajah serius.
‘Amboi, dia ni. Berlagak habis! 12
minit, 12 saat.’ Irsya Natasya mengajuk kata lelaki itu di hati.
“Maaf. Jalan jem.”
“Alasan lapuk.”
‘Eh, mamat ni. Ada aku hempuk kau
karang. Kalau cakap tu janganlah berlagak sangat. Itu pun kebetulan dia sampai
dulu. Kalau dia yang lambat, banyak juga alasan. Citt..Podahh..Karang aku kasi alasan karang, kau tak nak dengar.Tu
belum aku ambil kira alasan geseran tayar kat jalan raya, inersia sewaktu
membrek. Itu semua faktor yang melambatkan aku juga tu.
Irfan Faris kemudian memandang Irsya
Natasya dari atas ke bawah. Apa yang pasti dia membuat penilaian awal. Salah
satu shoot pandangan matanya ialah
kaki. Sebabnya, dia lebih suka melihat perempuan yang berstokin menutup
kakinya. Taklah terjulur nampak jari jika yang hanya bersandal. Kadang tu buruk
sangat nampak jarinya. Lagi-lagi kuku yang berwarna. Tak pun kuku karat yang
yang ada kehitam-hitaman di celah-celahnya. Terus hilang selera. Itu adalah
aspek yang dinilai. Kebersihan kuku kaki boleh menjadi penilaian terbesar
kepada aspek kebersihan seseorang itu. Dalam situasi Irsya Natasya, dia
menyimpulakan gadis itu pastinya menyimpan seribu rahsia yang tidak diketahui.
Lagipun menutup kaki itu adalah aurat bagi perempuan Muslimah.
Irsya Natasya agak pelik melihat
perilaku lelaki itu. ‘Aii, dari atas ke bawah tengok aku. Dah kenapa?’ Kata itu
hanya dibisik di hati.
“Saya duduk ea?” pinta Irsya Natasya
selamba.
“Hmm..”
Seperti tadi juga Irfan Faris menjawab. Sepatah. Tidak mesra langsung.
Belum-belum dah nampak berlagak si Irfan
Faris ni. Ha laa. Anak orang kayalah katakan. Cubalah seimbangkan kekayaan
harta tu dengan kekayaan budi pekerti. Okeylah, Irfan Faris.Aku tak marahkan
kau sangat sebab kau berperangai macam ni. Sebabnya aku tahu kenapa? Rilekslah
Irfan Faris ea. Sat lagi kita
bincang.
Irfan Faris memesan minuman tanpa
bertanyakan Irsya Natasya. Irsya Natasya tidak kisah. Yang penting orang tu
belanja. Hehe..Seketika kemudian,
pesanan air pun tiba.Irsya Natasya menyedut sedikit air fresh orange yang dihidangkan di hadapannya. Kini masing-masing
memandang sesama sendiri tanpa meluah bicara secara zahir. Hatilah tempat
berkata-kata.
‘Hai, macam blur aje budak ni. Ala-ala abang Id aje. Patutnya dia ni dijodohkan
dengan abang Id. Baru sesuai. Tapi nak buat macam mana,dia ni tunang masa kecil
aku. Siap dah nak jadi bini lagi. Aduhai…Malas betul nak percaya. Ni angkara
neneklah ni.’
‘Hmm…Berlagak
betullah dia ni. Tahulah dulu dia belajar kat oversea.Tengok gaya macam nak yang perfect aje. Aku ni dahlah cincai-cincai aje. Habislah. Memang
kontra ni.’
‘Muka dahlah klasik. Hmm..agak-agak reti ke dia nyanyi lagu
Melayu klasik macam nenek.Apalah aku ni. Confirmnya
dia reti. Dah tentu nenek yang pilih yang boleh jadi geng dia.’
‘Dia ni ke bakal suami aku? Aduhai…Macam
mana nak buat nama dia bertakhta di hati sebagai suami ni. Boleh ke? Kenapalah
aku kena kahwin dengan dia ni. Keluarga dia aje suka kat aku, dia ni sah-sahlah
memang tak suka kat aku pun.Kerek pulak
tu.’
“Awakkk….” Bicara mereka hampir serentak.Mata
mereka bertentangan untuk seketika. Seakan dunia berhenti berputar untuk
beberapa detik waktu.
Tengok..Kan dah terjadi jugak. Dunia bagai terhenti berputar untuk
seketika. Macam ayat novel yang biasa kita baca tu. Tu yang bahaya sesi
bertentangan mata ni.
Irfan Faris menunjukkan isyarat tangannya.
“Ladies first.” Wajahnya serius
walaupun bertindak gentlemen.
Tangannya juga sengaja disilangkan ke dada. Tunjuk lagak sikit. Sengaja juga
ingin melihat reaksi bakal isterinya.
“Hmm…Memang
kereklah dia ni.” Bicara itu bermain
di hati Irsya Natasya. Tanpa banyak soal, dia terus bersuara.
“Encik Irfan Faris ni sebenarnya sudi ke
terima saya? Tengok muka macam tak sudi aje. Mesti family awak yang paksa awak habis-habisan supaya awak sudi untuk
terima saya, kan?” Selamba juga Irsya Natasya meluahkan kata. Tidak dihirau
wajah serius bakal suaminya itu.
Irfan Faris tiba-tiba rasa ingin tergelak
di hati. Dia terasa kelakar dengan bicara bakal isterinya itu. Hmm..Bunyi nadanya seperti dia juga
dipaksa dan terpaksa. Rupanya senasib ke? Baru tahu. Tapi, hari tu nenek kata
dia ni yang beriya nak minta hantar aku pada dia cepat-cepat. Okey, nampaknya
aku dah tahu. Memang nenek sengaja nak sedapkan cerita. Alahai... Padan muka
kat kau. Padam muka juga kat aku. Ingatkan kau ni memang terima aje
bulat-bulat.
Irfan Faris kemudian olok-olok
membetulkan suaranya. Ehem..Ehem..gitu.
Walau apa pun, gaya berlagaknya tetap ditunjukkan. Tangan masih bersilang di
dada dengan gaya tersandar. Nampak megah.
“Taklah. Saya okey aje.” Irfan Faris
sengaja memberi jawapan begitu. Jawapan kerek.
“Ya ke, okey. Macam tak okey aje saya
tengok. Muka tu, saya dapat bacalah. Macam muka tak puas hati aje. Eh, bukan
hari tu abang awak cakap awak memang tak nak kahwin dengan saya ke? Baik awak
terus terang dengan saya sejujur kata di hati. Kalau awak pun memang tak setuju
dengan pernikahan ni, saya ada plan.
Bolehlah kita buat pakatan rahsia protes majlis kita. Kita jadi geng. Amacam? Ada masa lagi ni. Tak pun kita lari sama-sama.” Irsya Natasya
memberi cadangan yang tidak masuk akal.
Sekali lagi Irfan Faris tergelak di
hati.Nampaknya, bakal isterinya itu memang tidak suka untuk ada ikatan dengannya.Kelakarlah
pulak.Siap nak buat pakatan rahsia lari
dengannya.Orang biasanya ajak kahwin lari sebab tak dapat restu, tapi sekarang
ni ajak lari daripada kahwin sebab dapat restu. Aii, macam mana ni? Hoho..Tak terfikir langsung di benaknya
bakal isterinya itu akan berkata begitu. Hakikatnya, dia juga rasa teruja
dengan rancangan Irsya Natasya. Tapi…
Tapi, apa boleh buat. Kalau dia ikut
rancangan Irsya Natasya, maknanya dia perlu berhadapan dengan neneknya. Walau
apa pun, neneknya akan memastikan mereka berdua berkahwin. Sikap neneknya
begitu mendesak. Siap merajuk beberapa hari. Bayangkanlah yang dia terpaksa
menghadapi situasi itu. Itu mujur dia dapat memujuk. Dan rentetan itu dia
terpaksa juga menurunkan cop jarinya sebagai tanda perjanjian MoU antara
mereka. Tak ke haru macam tu. Melampau kan? Tapi nak buat macam mana. Redha
dalam terpaksa. Senang kata, tak berapa rela.Bila mengenangkan ia adalah
rancangan bersama mak usunya, itu yang membuatkan dia sedikit terkilan.
Irfan Faris melepaskan nafas nipis. Dia senyap
seketika, namun masih memadang raut wajah Irsya Natasya. Dia tetap menunjukkan
gaya lagak dan seriusnya.
“Awak kalau rasa tak setuju pun, buat-buatlah setuju. Saya dah malas dah
nak bincang hal ni. Saya dah malaslah nak gaduh-gaduh dengan nenek saya tu.
Kita ikut ajelah. Apa susah. Lagipun hari Sabtu ni kut. Dah tak boleh buat apa
dah.”
“Gitu ea…” Irsya Natasya menggaru kepala
yang tidak gatal. “Aci ke macam tu?Tapi, kalau dah kita ni sama-sama terpaksa,
macam mana? Kita ni nak disatukan sebagai suami dan isteri tau. Bina keluarga
sendiri.Tanggungjawab berkeluarga tu besar tau.So, takkan seumur hidup kita nak berlakon ala-ala mesra depan
mereka. Tak nak saya. Tak bestlah
macam tu.” Irsya Natasya masih cuba meminta pertimbangan Irfan Faris.
“Memanglah. Awak ingat saya ni nak ke
macam tu. Seksa tau tak. Lepas kahwin, kita duduk rumah lain. So, no problem. Awak dengan cara awak
dan saya dengan cara saya. Lepas tu, pandai-pandailah kita nak buat macam mana.
Itu fikir lepas kita dah nikah nanti. Saya malaslah nak bincang hal ni lagi.Setuju
atau tidak, awak tetap kena setuju. Faham!”Irfan Faris menekan suara.Dia serius,
dan bukan main-main. Terluah juga keluhan nafas kasarnya. Sebenarnya, bukan
senang untuk dia mengambil keputusan itu. Yang bakal isterinya juga, dari
pengamatan boleh tahan pula degilnya. Hmm…Pening
betul kepala. Nak fikirkan nenek. Nak fikirkan budak ni lagi. Nasib kaulah
Irfan Faris.
Irsya Natasya masih dalam mood memikir. Masih tak putus asa.
“Dah..Tak payah fikir-fikir lagi. Kalau
awak tak kahwin dengan saya, siaplah awak!” Irfan Faris seakan memberi amaran.
“Eleh. Paksa-paksa pulak. Ingat orang teringin sangat ke nak kahwin dengan dia.”
“Mulut tu jaga sikit. Karang saya report dekat mak dengan abah awak, baru
tahu.”
Irsya Natasya mencebik. Dia tahu dia
akan kalah jika hal itu dibawa kepada pengetahuan emak dan abahnya. Mahu
bernanah telinganya mendengar bebelan kedua-dua mereka. Silap-silap hari bulan,
kena sumpah jadi kendondong, buah farvourite
emaknya itu.
“Hmm..Confirm
awak ni dah kena ‘basuh’ dengan nenek awakkan? Sebab tu awak terima aje. Betul
tak?” Irsya Natasya sudah mengangkat kening. Dia yakin telahannya itu tidak
tersasar.
“Jangan banyak bunyilah. Malas nak
layan. Tak faham bahasa agaknya.”
“Alah. Saya tanya aje. Betul ke tak? Itu
pun nak marah. Saya ni boleh fahamlah apa yang awak rasa.”
“Eh, diamlah. Membebel pulak dia. Cakap lagi siap awak!” Irfan
Faris sudah menunjukkan isyarat jarinya tanda amaran level tinggi.
Irsya Natasya membuat muka cemberut. Dia
mengomel di hati. “Garang sangatlah tu konon. Haishh.. Kalau macam inilah gayanya, aku macam terpaksa terima juga.Apalah
dia ni. Tak boleh jadi geng betul. Baru nak ajak kautim. Sah-sah sama-sama tak suka kan? Apadaaa..”
“Kalau awak cakap tak nak sekalipun,
percayalah cakap saya. Mereka akan tetap paksa kita bernikah. Keputusan mereka dah
muktamad. Majlis pun hari Sabtu ni aje kut.”
“Alah. Hari kejadian pun apa-apa boleh
berlaku kan? Tak semestinya yang muktamad tu akan berlaku kecuali dengan izin
Allah.”
“Eh, awak. Tak faham bahasa ke? Baik tak
payah cari pasal. Karang sebab awak, saya pun kena sama. Ingat! Kalau awak buat
hal, siaplah awak! Saya ganyang-ganyang awak!”
Irsya Natasya buat muka toya sambil
menongkat dagu. Pasrah setelah perbincangan.
Irfan Faris tiba-tiba membulatkan mata.
“Alamak!” Bicaranya perlahan namun dapat didengar Irsya Natasya.
“Dah kenapa awak ni?”
“Err..Awak.
Jom. Kita kena pergi sekaranglah.”
“Ke mana?”
“Cari apa yang patutlah. Dah, jom.”
“Sabarlah. Saya belum lagi habis minum
air ni tau. Haishh..Tunggulah sat.
Belum habis minum dah ajak blah. Apa
ni. Kenyangkan perut sendiri aje.”
“Eh. Membebellah awak ni. Macam mak
nenek. Memang patutlah nenek saya boleh suka dekat awak. Awak memang geng dia.”
“Kau ni apa ke hal. Aku pulak yang kena.Apa kaitan entah!”
“Eh. Saya nak ingatkan kat awak. Jangan
bahasakan aku-kau dengan saya tau. Saya tak suka!”
Irsya Natasya buat muka pelik seketika.
“Emm..Okey.”
Irsya Natasya akhirnya bersetuju tanda faham. Pelik! Selalu orang gaya-gaya ego
dan berlagak ni, bahasanya angkuh sikit. Aku-kau tu kira bahasa standardlah. Ni tak pulak.Nak berbahasa saya-awak.Okey. Faham. Itu dah kehendak dia
kan. Terima ajelah.
“Dahlah, minum.” Irfan Faris tiba-tiba buat
gaya baik.
Irsya Natasya hanya menjeling pandang
akan lelaki yang duduk di hadapannya itu.
‘Haru aku dapat suami macam ni. Entah
apa-apa.’
Irfan Faris kemudian kembali melilau
pandang. Dia sebenarnya terperasankan seseorang. Siapa lagi kalau bukan spy yang dihantar neneknya. Hakikatnya, dia
tahu walaupun mereka kelihatan berdua, sebenarnya ada mata-mata yang memantau
mereka sebagai orang ketiga.
Irsya Natasya yang terperasan dengan tingkah
Irfan Faris, turut melilau pandang ke arah sudut yang menjadi perhatian lelaki
itu. Kelihatan, ada beberapa orang lelaki dan perempuan berbual di situ.
“Awak tengok siapa?” soal Irsya Natasya.
“Rasanya, ada spy nenek saya kat sini.” Irfan Faris memberitahu.
“Apa? Spy?”
“Ya..Spy
nenek. Nenek saya tu bukan betul. Dia nak pastikan yang kita berjumpa hari ni.
Ada faham?So, kita ni dalam situasi
yang diperhatikan. Maka..”
“Okey, saya faham encik Irfan Faris. Maka,
kita kena berlakon gaya baik. Gitu kan? Okey, kita kautim.” Irsya Natasya menjongket kening. Dia mudah faham dan
senang untuk bekerjasama.
“Tahu tak apa. Kalau ikutkan hati, tak
ingin pun saya nak jumpa awak. Hari tu masa telefon awak pun, nenek saya duduk
kat sebelah. Tu yang terpaksa aje tu. Kalau tak, tak ada maknanyalah.”
Irsya Natasya tergelak. “Hmm..Okey.Situasi kita ni sama. Nak buat
macam manakan. Kita ni mangsa.”
“Selamat awak faham. Eii, memang menyampah
betul jadi mangsa macam ni. Tak pasal-pasal kita yang kena. Hmm..Dah alang-alang ni, saya nak
tanya.Masa majlis batalkan air sembahyang nanti awak nak apa?”
Irsya Natasya sudah menelan liur.
Terkejut. “Err..Majlis batalkan air
sembahyang?”
“Eh..Dah tu kita nak kena nikah kan?
Mestilah ada majlis batalkan air sembahyang. Takkanlah awak ngek sangat pasal benda ni.”
Irsya Natasya kembali menelan liur yang
terasa berpasir. Sedap aje dia kutuk aku, kata aku ngek. Melampaulah tu. Ingat
aku ni ngek sangat ke?
“Taklah. Saya sebenarnya terkejut part yang awak kata nak apa tu?”
Irfan Faris tergelak di hati. Budak ni
buat lawak ke apa? Dia fikirkan apa sebenarnya?
“Cukup ke kalau saya cium awak aje?”
Selamba juga Irfan Faris meluah kata walau dalam gaya lagaknya. Sengaja juga diangkat
keningnya.
Irsya Natasya menggeleng kepala
laju-laju. Terasa ada juga blusing-blusing
di pipinya. Ayat lelaki ni memang tak boleh blah.
“Tahu pun tak cukup.”
“Eh. Bukan tulah maksud saya.”
Sebenarnya, gelengan Irsya Natasya bermaksud
dia tak nak kena cium. Bukannya tak cukup kalau dicium sahaja.
“So,
saya offer. Awak nak apa? Cincin
ke..gelang ke..rantai ke?”
“Boleh mintak ea?” Irsya Natasya garu
kepala. Tak berapa pasti. Bukan semua tu atas budi bicara pihak lelaki ke?
Kalau dia beri, terima ajelahkan.
“Boleh.” Jawab Irfan Faris pendek.
Irsya Natasya kembali menggaru kepala. “Saya
tak kisah pun sebenarnya. Cuma yang penting, benda tu jadi tanda pernikahan.
Tapi, saya ni bukan setuju sangat nak terima awak pun.Manalah tahu dah
hujung-hujung saat tak jadi pun.”
“Bukan tadi saya dah cakap ke cik Irsya
Natasya, oii. Pernikahan ni mesti jadi. Awak jangan nak timbulkan masalah lagi
eh. Karang siaplah awak! Setuju atau tidak, awak mesti kata SETUJU.”
“Okey, okey. Saya setuju.” Irsya Natasya
akur.
“Ingat! Kita ni sedang diperhatikan.
Kalau apa-apa report yang tak sedap
didengar sampai kat nenek saya, siaplah awak! Memang awak nak kena dengan saya!”
“Okey, okey, okey. Sorry..Sorry. Saya terima..Saya terima.” Irsya Natasya mengulang
kata muktamad sekali lagi. Dah tak boleh nak tolak-tolak dah. Cuma, berharap
kepada aturan takdir.
“Hmm..Tau
tak apa.” Irfan Faris melepaskan keluhan nipis. Penat melayan kerenah bakal
cucu menantu Nek Kalsum ni. Degil. Macam dia juga.Kini, bicaranya disambung
semula. Ia adalah perkara penting yang perlu diselesaikan hari ini juga.
“Berkenaan majlis kita, saya akan beri
awak cincin dan gelang. Cincin kiranya sebagai tanda tunang untuk majlis
sebelum nikah. Awak tahu kan yang sebelum nikah tu, nenek nak kita buat majlis
pertunangan semula.”
Irsya Natasya mengangguk.
“Dan gelang tu sebagai hadiah pernikahan
untuk majlis batal air sembahyang. Boleh?”
“Okey aje. Saya tak kisah.”
Irfan Faris mengangguk. “Dah. Habiskan
air tu. Kita pergi cari barang.”
Mereka akhirnya berjalan berdua bersama
menuju ke kedai emas. Tiada sesi pegang-pegang tangan ya. Apa yang pasti,
mereka masing-masing mengunci bicara. Irfan Faris dengan gayanya, gaya cool.Tangan masuk ke dalam kocek seluar.
Namun, dia tetap mengiringi langkah kaki Irsya Natasya. Taklah dia menonong
berjalan laju pergi begitu sahaja. Almaklumlah. Dalam perhatian orang ketiga.
Kalau tak..emm..memang dah kena tinggallah.
Irsya Natasya kemudian menoleh Irfan
Faris di sisi. Saja melihat lelaki itu. Mindanya membuat penilaian. Macam okey, macam tak. Hmm..Okey ke tak nak hidup bersama dengan dia ni.
“Kenapa?” Soal Irfan Faris yang ternyata
perasan dengan tingkah Irsya Natasya memandangnya.
“Emm..Awak.
Nak tanya boleh? Birthday awak bila ya?”
Irsya Natasya sekadar bertanya. Sekurang-kurangnya, dia boleh mengenali bakal
suaminya itu melalui personaliti bulan kelahiran yang dia pernah baca. Walaupun tak boleh nak
dipercayai sangat benda-benda tu, tapi sedikit sebanyak ia boleh diguna pakai.
“Kenapa nak tahu?” Soal Irfan Faris
dalam lagak suaranya.
“Saja.”
“Birthday
awak bila?”
“Saya tanya awak, awak tanya saya semula
buat apa?”
“Tak tahu ke yang birthday kita sama? Bukan setakat hari aje sama, tahun pun sama.”
Irfan Faris memberitahu.
“Ya ke? Sama ea?” Irsya Natasya meminta
kepastian.
“Emm..Saya
lahir pagi, awak lahir petang. Tu nenek yang cakaplah. Mak awak tak cerita ke?”
Irsya Natasya menggeleng kepala.Cuma
yang diberitahu emaknya, mereka berdua sebaya. Tiba-tiba Irsya Natasya menepuk
tangan laju-laju.
Irfan Faris menjeling. ‘Dah kenapa budak
ni? Suka benar gayanya.’
“Wah, bestnya. Eh, awak. Nanti kita sambut birthday sama-sama nak.” Irsya Natasya tiba-tiba jadi teruja.
Terlupa sejenak tentang pernikahan paksa yang bakal dihadapinya.
“Memanglah kita sambut sama-sama. Tapi
terpaksa. Dah tentu majlis birthday
kita tu, majlis nikah kita. Takkan awak lupa kut. Cuma saya nak ingatkan awak,
untuk yang seterusnya jangan haraplah saya nak sambut dengan awak. Faham!”
Irfan Faris mendengus sedikit kasar.
Irsya Natasya terdiam. Dia kembali menjeling Irfan Faris di
sisi. Wajah itu jadi tidak beriak. Irsya
Natasya faham sendiri.Yalah, kan. Ikut logiknya, sah-sahlah dia sedar
pernikahan mereka tanpa rela. Dia pun terpaksa juga. Tapi bila tahu birthday mereka sama, excited jadinya nak sambut sama-sama.
Boleh pulak macam tu kan?
“Uitt,
nak lencong ke mana tu. Sinilah! Awak jangan mengada-ngada nak lari pulak. Piat telinga tu baru tahu.”
Irsya Natasya membuat muka cemberut.
“Ingat cantik sangatlah tu. Beruk dekat
zoo lagi comel daripada awak.” Irfan Faris berbicara selamba badak.
Berdesing juga gegendang telinga Irsya
Natasya mendengar. Menggelegak juga rasa perasaan di hati. “Beruk tak beruklah.
Saya nak balik!” Irsya Natasya tiba-tiba tujuk sikap degil.
“Jangan nak mengada-ngada boleh tak.
Saya dah beri amaran tadi, kan. Kalau awak buat hal, saya tak teragak-agak
untuk telefon abah awak sekarang!” Irfan Faris mengugut. Lengan Irsya Natasya
akhirnya ditarik menghampirinya.
“Apa ni tarik, tarik. Sakitlah!”
Irfan Faris melepaskan pegangan
tangannya.
“Awak ingat saya ni nak sangat ke pegang
tangan awak?”Pandangan tajam Irfan Faris sudah menikam mata Irsya
Natasya.“Ingat. Kita perlu bekerjasama sekarang ni. Spy nenek ada dekat sini tau. Cubalah faham. Tadi macam faham sangat.”
Irfan Faris kembali mengingatkan.Nadanya jadi lembut sedikit.
“Okey.” Irsya Natasya akur dalam paksa.
Mukannya masih cemberut.
“Okey, okey. Tapi degil juga! Piat
telinga tu nak?” Dengus Irfan Faris dalam keluhan.
“Awak ni macam mak sayalah. Suka sangat
nak piat telinga.”
“Dah awak tu degil. Memanglah. Kalau
saya jadi mak awak pun, memang saya dah piat telinga awak tu.”
“Eleh.”
“Apa eleh, eleh.”
Akhirnya, Irsya Natasya mengiringi juga
langkah kaki Irfan Faris walau dalam hati masih membentak. Grrr..Geramnya. Tension
betul hidup macam ni. Irsya Natasya hanya mampu mengeluh di hati. Apa yang
pasti, di hatinya sudah bergunung-gunung dia mengumpat Irfan Faris. Dia juga
membega-begakan wajah sambil mengajuk cara percakapan Irfan Faris di dalam
hati.
“Saya tahu awak mengumpat saya dalam
hati. Kalau tak, tak terkenyit-kenyit kelopak mata kiri saya ni.” Ujar Irfan
Faris selamba.Dia bukan tidak perasan yang Irsya Natasya sudah membuat-buat
muka. Apa lagi kalau bukan kutuk dirinya. Kalau diikutkan hatinya, dia juga
sama. Dia juga ingin membentak dan memberontak. Tapi mengenangkan dia sudah
terperasankan akan spy nenek yang
setia mengekorinya, terpaksa juga ia dipedam di hati. Cuma tadi, dia terlepas
juga marahnya. Tapi, agak terkawal.
Bersabar ajelah wahai hati kat dalam ni.
Melayan bakal cucu menantu nenek ni, buat aku sakit jiwa tau. Grrr..Geramnya! Yang mak usu tu asyik
ikut aje apa ke hal. Ingat tak nampaklah tu. Mesti ambil kerja part time dengan nenek. Kalau tak, tak
ada maknanya nak buat kerja tak berfaedah macam ni. Haishh..Nasib betullah . Tension!
Tension! Tension!
“Oii, sakitlah. Agak-agaklah. Yang awak
genggam tangan saya kuat-kuat ni kenapa?” Marah Irsya Natasya. Sememangnya
terasa sakit apabila tiba-tiba tangannya dicengkam kuat oleh Irfan Faris.
“Alah. Tak sengajalah. Tu pun nak
berkira.” Jawab Irfan Faris selamba, sambil cover
bengang. Sememangnya dia tidak perasan bahawa dia menggenggam tangan Irsya
Natasya. Entah bila masa. Padahal tadi rasanya macam letak tangan kat dalam
kocek seluar.
“Mestilah berkira. Sakit tahu tak.”
“Kan berlapik.” Ujar Irfan Faris lagi.
“Tahulah. Tapi apa kes awak genggam
tangan saya. Bukan tadi tangan awak tu masuk kat dalam kocek tu ke?”
“Dahlah. Tak payah bebel panjang panjang
macam mak nenek. Accident aje tu.
Bukan saya nak menggatal dekat awak pun. Tak luak mana punlah.”
“Eleh. Dia yang membebel, cakap orang pulak.”
Mereka sama-sama menjeling, kemudian
sama-sama mengalih pandang.
“Huh! Tak kuasa nak menghadap muka awak!”
“Eleh. Ingat orang nak sangat ke
menghadap muka dia tu! Eh, tahulah awak anak Datuk. Kaya. Tapi, berlagak!”
“Ya. Memang saya berlagak. Kenapa? Jealous.”
“Tak ada maknanya nak jealous.”
Masing-masing membuat muka ketat.
Tiba-tiba Irsya Natasya bersuara. “Eh.
Bukan kita sepatutnya kena berlakon baik ke? Spy nenek ada kan kat sini kan?”
“A’ah. Dah tu awak yang start dulu, kan.”
“Eleh. Orang pulak yang kena. Dia yang start
dulu.”
“Eh, diamlah. Kata berlakon baik.”
Mereka kini mengunci bicara. Langkah
terus diatur.
Irfan Faris tergelak di hati.Sebenarnya,
terasa seronok pula melayan kerenah bakal isterinya ini walaupun agak stres.Yalah.Kepala
otak tak berapa nak betul. Macam dia juga. Kalau diikutkan keserasian, macam
okey. Tapi, biasalah. Kalau orang tu bukan orang yang kita suka, ia tetap
menjadi penghalang di hati.
“Eh, awak. Saya ada satu permintaanlah.”
Ujar Irsya Natasya tiba-tiba.
“Apa?”
“Awak. Masa majlis perkahwinan kita
nanti kan, kita happy-happy aje boleh
tak? Kiranya kita jadi genglah. Malaslah nak layan hati yang terguris, terpaksa
ni. Saya malas nak tension, tension.
Buat sakit kepala otak aje.So, kita
buatlah yang kita ni macam serasi aje. Biar tertipu dia orang semua. Nanti
taklah banyak complaint.”
Bicara itu menjadi perhatian Irfan
Faris. Apa yang pasti dia juga tergelak di hati.Rasa kelakar pula mendengar
kata-kata itu. Sebenarnya, dia juga berfikir begitu. Tapi, memandangkan Irsya
Natasya dah memberitahu, maka dia sememangnya tak ada masalah.
“Boleh tak?” soal Irsya Natasya satu
meminta jawapan.
“Okey.” Irfan Faris akhirnya mengangguk
sebagai jawapan balas.
“Sportinglah
awak ni. Bagus, bagus, bagus. Kita ni sebenarnya, senasibkan awak. Tiba-tiba
aje nak kena kahwin paksa. Dahlah sama-sama tak kenal. Dah nasib kita, kan. Kalau
ikutkan hati, nak aje lari dari rumah. Stres gila bila tahu kena kahwin. Paksa pulak tu. Haishh..Paling tak tahan tu kan, asyik kena bebel aje dengan mak. Pot..Pet..Pot..Pet..Tiap-tiap hari, cerita
benda yang sama aje. Punyalah nak cari alasan agar kita ni kena kahwin. Mesti
masuk cerita majlis berendoi kita. Masa tu dah terpeluk ciumlah, apalah,
itulah, inilah. Grr..Rasa macam dah
bernanah-nanah aje telinga ni mendengar.” Irsya Natasya bercerita dengan
gayanya. Sepertinya, ia satu sesi meluahkan perasaan. “Awak pun mesti macam tu
juga kan?”
Irfan Faris tetap buat muka selamba. Namun
di hati, dia tergelak besar. Cerita yang sama rupanya. Memang nasib serupa. Sebab tulah agaknya
mereka dijodohkan bersama. Tapi tengok gaya si Irsya Natasya ni pun kuat membebel juga. Mangsanya dah tentu
dirinya. Argh..Parah!
“Awak…Kiranya nanti kita happy-happy untuk sambutan birthday kita jugalah. Yalah, kan. For the next time, awak kan dah tak nak
sambut sama-sama. Jadi, masa majlis tu kita kena jadikan hari itu dalam
sejarahlah yek. Memori indah untuk
dikenang.” Irsya Natasya mengukir senyum. Sekurang-kurangnya dia tahu, pada
majlis mereka nanti dia tak perlu stres.Dia kini memandang Irfan Faris di sisi.
Masih mengharap persetujuan bersama.
“Awak memang tak suka senyum ea?” soal
Irsya Natasya selamba. Sebenarnya dia berharap agar lelaki itu juga mengukir
senyum. Yalah. Tak payahlahnak stres sangat, walau hakikatnya memang stres. Sebenarnya
dia dapat merasakan mereka boleh berkompromi untuk sebuah kegembiraan.
“Awak kena senyum sikit tanda setuju
dengan pakatan kita ni. Tak payahlah buat muka stres tu. Don’t emo..emo…Don’t stress..stress..”
Irfan Faris menjeling Irsya Natasya. Dia
mengukir juga senyumannya. Sekadar senyuman nipis. Kalau ikutkan dah nak gelak
besar dah. Tapi mengenangkan gaya lagaknya, ia tetap di cover. Dia teringatkan
trademark itu. Trademark Zack
Nadzri. Hmm..Boleh pulak terjangkit kat Irsya Nataysa ya.
“Awak ni kalau senyum, handsome rupanya. Tapi, bila dengan saya
asyik buat muka ketat aje. Okeylah. Saya faham. Awak bukannya suka kat saya
pun, kan. Buat apa nak senyum lebih-lebih dekat saya, kan.”
Bicara Irsya Natasya mati seketika.
“Eh, awak. Awak dah ada awek ke belum
ea? Haa…Kalau awak ada awek, kan..kita sebenarnya masih boleh gagalkan majlis
pernikahan kita tu. Suruh awek awak tu datang, buat onar dekat majlis kita.
Haa..Amacam?” Irsya Natasya tiba-tiba
teringatkan akan salah satu planning yang
telah ditulis untuk mensabotaj majlis pernikahannya sebelum ini.
Irfan Faris berdehem. Wajah Irsya
Natasya dipandang.
“Yang awak ni, tiba-tiba bangkitkan
semula pasal nak gagalkan majlis kita buat apa? Kan saya dah beritahu,
pernikahan kita tetap akan berjalan. Awak faham tak. Dah berapa kali nak cakap.
Degillah awak ni!”
“Err..Sorrylah,
lupa. Sebenarnya tadi saya dah setuju, kan. Ngek
kan saya ni.”
“Tau tak apa. Sedar pun.”
Irfan Faris menjeling Irsya Natasya di
sisi. Terlihat juga perubahan air muka gadis itu. Bukan aku yang cakap pun. Dia
mengaku sendiri. Kata itu terbisik di hati Irfan Faris.
“Awak kena ingat. Kalau awak gagalkan
majlis pernikahan kita, maknanya tak dapatlah kita happy-happy sambut birthday
kita tu. Tak adalah sejarah tercipta hari tu. Tadi awak juga yang buat
permintaan.” Pandai jugaIrfan Faris cover
keadaan. Lembut sikit bicaranya.
Irsya Natasya mengangguk dan tersenyum
jua.
“Betullah cakap awak tu.Tadi beriya mintak. Lepas tu dah lupa. Hihi…Eh, mana kedai emas yang awak nak
pergi ni? Dah sampai ke hujung kita berjalan ni.”
Mereka berhenti melangkah.
Irfan Faris kemudian menoleh ke kiri dan
ke kanan. Dia mencari kedai emas yang biasa menjadi destinasi pilihan mamanya. Dia
menunjukkan ke arah kedai dilaluan yang mereka telah lepasi tadi. Dah terlepas
rupanya.
“Ek’eleh. Dah terlepas rupanya. Ngeklah awak ni.”
“Apa ngek..ngek..Saya
tak terperasan sebab layankan awaklah. Kalau tak, tak terlepas.”
“Eleh, nak menang aje. Tak mengakulah tu
dia tu ngek juga.”
Irfan Faris malas melayan kata. Dia
terus menonong pergi ke kedai emas yang di maksudkan. Dia meninggalkan Irsya
Natasya sendiri.
“Uit.
Tunggulah.” Irsya Natasya kemudian membuntuti langkah lelaki itu. Sambil itu,
dia tergelak sendiri.Ngeklah kau Irfan
Faris.
Selamat membaca..
Andai sudi komen2 la ya..
TQVM