Sebulan kemudian..
“IRFAN.
Sini!” Panggil Nek Kalsum.
“Ada apa nek? Irfan ada kerjalah.” Irfan
Faris bersikap acuh tidak acuh.
“Duduk sini.” Nek Kalsum sudah
menujukkan sofa di sebelahnya.
‘Eii..Ni mesti pasal Sya ni. Malas betul
aku nak melayan.’ Mahu tak mahu, Irfan Faris menurut jua.
“Nah. Sekarang ambil telefon nenek ni.”
“Nak buat apa?”
“Telefon bakal cucu menantu neneklah. Irfan
ajaklah dia keluar cari barang. Cincin ke..gelang ke..Yalah, untuk majlis
tunang dan batal air sembahyang nanti. Ingat Irfan. Tinggal seminggu aje ni.
Kalau nak tunggu kamu sendiri yang bertindak, memang taklah. Sekarang ni, nenek
nak kamu telefon dia depan-depan nenek.”
“Tak naklah. Nenek settlekanlah semua dengan mama. Kan senang. Irfan dah kata terima
tu pun dah cukup bagus.”
“Nanti kalau nenek atau mama beli, takut
tak muat kat jari Sya tu. Kamu ajaklah dia. Suruh dia pilih sendiri. Itu pun
susah ke?”
Irfan Faris menarik muncung dan mengomel di hati.
Eii..Mangsa betullah!Bukan tak boleh pun nenek dan mama yang ajak Sya tu.
Sajalah tu nak paksa orang keluar berdua. Huh!
“Tak apalah. Kalau macam tu nanti Irfan
beli sendiri. Lagipun dulu nenek ada kata yang boleh ukur cincin kat jari
kelingking ni. Sebabnya jari perempuan sama dengan jari kelingking lelaki. Kan
senang tu.”
“Epp,
tak boleh. Kamu tak boleh ikut macam tu. Tu cara lapuk. Nenek nak Irfan bawa
Sya tu juga.”
“Tak baguslah nek ajak anak dara orang keluar.
Dah tu dah dekat hari majlis lagi. Something
wronglah nenek ni. Yang tak boleh, dibolehkan.”
“Mulut kamu tu jaga-jaga Irfan. Karang
nenek cili karang.” Nek Kalsum memberi amaran. Panas juga hatinya dengan
kedegilan mulut cucucnya itu. Asyik nak membantah aje.
Irfan Faris buat mulut muncung lagi.
Akibatnya...
“Adoi! Apa ni nek main piat-piat
telinga. Sakitlah.”
“Dah kamu tu degil. Tak dengar kata.
Memang padan muka kamulah.”
Irfan Faris menggosok telinganya. “Okey.
Kalau nenek nak juga Irfan ajak budak Sya tu...Irfan terpaksa buat syarat
tambahan.” Irfan Faris juga punya otak
bergeliga.
“Haa, apa dia? Cakaplah.”
“Sebagai syarat tambahan, Irfan nak
segala barang kemas yang Irfan beli untuk Sya, Irfan akan tuntut tiga kaliganda
daripada nenek.Amacam? Nenek setuju?
Kalau tak setuju...Irfan pun tak naklah keluar dengan Sya.”
‘Bertuah punya cucu. Dari kecil sampai
ke besar memang nak perhabis duit aku aje. Ni mesti protes aku pasal paksa
kahwinlah ni.’
Nek Kalsum hanya tersenyum. “Okey,
boleh. Nenek tak ada masalah. Dah sini. Biar aje nenek yang telefon
Sya.”Nek Kalsum kini menghubungi nombor telefon bimbit Irsya Natasya. Dia
menunggu seketika kerana talian masih belum bersambung.
‘Sya..Tolong Sya. Jangan jawab Sya.
Jangan jawab. Jangan jawab panggilan tu. Kau kena tolong aku Sya.’ Irfan Faris
berbisik dalam hati sendiri. Mengharap ada telepati antara kedua mereka walau
tidak pernah bertemu.
Lama juga Nek Kalsum menanti. Namun
panggilannya tidak di jawab.
“Eh, tak angkat pulakbudak bertuah ni. Ke mana Sya ni agaknya.”
Irfan Faris tersenyum di hati. Suka.
Baguslah kau Sya. Nampaknya kita ada telepati. Bolehlah juga jadi geng.
“Alah nek. Mesti dia tak nak angkat
punya. Dia kan tengah marah pasal kes hari tu.”
“Dia marah dengan kamu, bukan nenek.”
“Entah-entah dia tu pun tak rela kut nek?
Sebab tu sengaja tak angkat bila nenek telefon. Harap-haraplah dia tak angkat
terus. Aamiin...” Irfan Faris sudah mengangkat tangan berdoa.
Akibatnya, pehanya pula menjadi mangsa
pukulan nenek.
“Adoi! Sakitlah, nek. Pukul-pukul pulak.”
“Padan muka kat kamulah. Nek nak
beritahu, Sya tu tak macam kamu tau. Dia tu dengar kata. Awal-awal lagi bila
nenek cakap nak kasi kamu kat dia, dia terima aje sampai mak dia kata, dia tak
sabar suruh nenek hantar kamu pada dia.”
Irfan Faris terdiam dan tertelan liur. Err..Gitu ke? Takkanlah...
IRSYA
NATASYA kini bersama emaknya mencari barang perkahwinannya yang masih belum
dibeli walaupun awalnya dia mengelak. Jika tidak pasti mulut emaknya akan terus
meleterinya. Kena piat telinga satu hal. Dalam pada itu dia pasti akan mendapat
syarahan percuma daripada abahnya. Maka, ikut ajelah. Terpaksa! Lagipula emak
dan abahnya sudah bersusah-payah. Kasihan pula kat orang tua sendiri yang
beriya-iya.
Mahu tidak mahu dia terpaksa menganggap
dia bersetuju dengan pernikahan yang dirancang walaupun dia sudah mendapat hint yang bakal suaminya itu juga tidak
bersetuju dengan pernikahan mereka.Sememangnya sejak peristiwa kelmarin itu
juga Irfan Faris tidak menghubunginya untuk mengucap kata maaf. Nampaknya
hidupnya nanti pasti persis cerita drama kahwin paksa. Oh, nehi!
“Sya. Lepas ni hantar mak ke
hospital. Nak cabut gigi.”
“Yalah, mak.”
Sememangnya itulah yang dirancang
sejak di rumah. Selepas mencari barang yang perlu, emaknya ingin pergi mencabut
gigi. Kelmarin dua tiga hari emaknya demam sebab sakit gigi. Bila dah tak sakit,
baik dicabut saja. Kalau sakit lagi di waktu majlis, tak meriahlah nanti nak
melayan tetamu dengan gelak tawa glamour ala-ala Wan Maimunah.
“Sya tunggu kat luarlah. Sebab nak
tunggu mak kat dalam ni ramai orang pulak.
Tak pun, Sya lepak-lepak dulu kat taman depan sana tu.”
“Yalah Sya oii. Nanti kalau dah siap,
mak telefon.”
Irsya Natasya kini baru memakir kereta.
Seketika tadi telefonnya bernyanyi minta diangkat, namun dia membiarkan sahaja
kerana sedang memandu. Kini, dia telah memakir kereta. Kebetulan telefon
bimbitnya kembali berbunyi lagi. Ia segera dijawab.
“Hello..”
“Assalamualaikum, Sya. Nenek ni? Sya apa
khabar? Sihat tak?”
“Oh, nenek. Waalaikumussalam. Alhamdulillah.
Sihat nek.”
“Kenapa tak angkat telefon Sya.”
“Maaf nek. Tadi, Sya tengah drive.”
“Oh.”
Nek Kalsum kemudian berbual seketika
dengan Irsya Natasya. Apa yang pasti dia bertanyakan persiapan majlis di pihak
Irsya Natasya.
“Okey nek. Jangan bimbang. Settle semua. Tunggu tok kadi dan bakal
suami Sya aje.” Irsya Natasya sempat tergelak membuat lawak. Saja aje
sebenarnya. Nak sedapkan hati Nek Kalsum. Orang kata, ambil hati.
“Baguslah tu Sya. Haa, Sya. Ni Irfan nak
bercakap dengan Sya.”
“Hah? Irfan nak cakap dengan Sya?”
Nek Kalsum kemudian menyerahkan telefon
bimbitnya kepada Irfan Faris.
“Ingat. Cakap apa yang nenek suruh
tadi.” Nek Kalsum memberi amaran dalam suara yang sedikit perlahan. Dia duduk
berjaga di situ.
‘Eii, nenek ni. Buat aku macam budak
kecik aje. Siap duduk sebelah. Melampau tu.’Omel Irfan Faris di hati.Irfan
Faris kemudian membetulkan sedikit suaranya sebelum berbicara.Terpaksa berlakon
di bawah arahan nenek. Memang mangsa keadaan.
“Assalamualaikum, awak.”
“Ya, waalaikumussalam.”
“Awak..Sebenarnya, saya nak minta maaf
pasal hal sebelum ni. Saya tahu saya yang salah. Waktu tu saya..” Mendatar
sahaja suara Irfan Faris. Bercakap tanpa perasaan.
“Tak apalah. Dah lepas tu, biarlah. Nenek
ada dekat sebelah awak ea?” Irsya Natasya menduga.
“A’ah.” Irfan Faris mengiyakan.
“Dah agak dah.So, apa planning
seterusnya?”
“Kita jumpa. Just sekali aje sebelum majlis. Sebabnya saya kena nak cari barang
awak. Nak kena ajak awak sama. Nanti waktu tu, kita kenal-kenallah.” Lembut saja
bicara Irfan Faris menyampaikan kata. Almaklumlah, nenek kat sebelah. Nek
Kalsum sudah pastinya sudah meleret senyum mendengar bicara cucunya itu.
“Tapi, dah dekat nak majlis. Tak apa
ke?”
“Awak jangan risau. Nanti saya beritahu
kat mak dengan ayah awak, okey. Lagipun nenek yang suruh.”
Irsya Natasya di hujung talian akhirnya menyatakan
persetujuan. Talian kemudian di matikan.
Nek Kalsum sudah menunjukkan tanda
bangus. “Macam nilah cucu nenek. Dengar kata.” Nek Kalsum kemudian menepuk bahu
cucunya itu. Selajur itu dia kembali meminta telefon bimbitnya dan berlalu
pergi.
Irfan Faris hanya mampu mengeluh kasar. Hai.
Apalah nasib aku ni. Apakah yang berlaku kini harus diterima sebagai takdir
hidupnya? Irfan Faris kemudian naik ke bilik dan mengambil kunci keretanya. Sempat
dijeling sekilas gambar wajah Irsya Natasya di atas meja.
“Pasal kaulah ni tau tak. Kau angkat phone tu siapa suruh. Bagi karang!”
Marah Irfan Faris sambil menunjukkan buku limanya yang pada ke arah gambar
wajah Irsya Natasya yang kaku tidak bergerak.
“Eleh. Nak tumbuk-tumbuk pulak.Ngek!” Gambar Irsya Natasya sudah menjelirkan lidah.
Irfan Faris membulatkan mata. Terkejut.
Dia kemudian meraup muka. Nyatalah ia hanya ilusi yang menipu. Mungkin kerana
perasaan yang tertekan, dia jadi begitu. Sememangnya ia juga terjadi sebelum
ini. Dia kemudian keluar mencari ketenangan untuk merehatkan fikirannya yang
berserabut.
Keretanya kini di parkir berdekatan
taman permainanbersebelahan padang awam. Di tengah padang kelihatan sekumpulan
budak lelaki bermain bola sepak. Perhatiannya
beralih ke taman permainan. Melihat kanak-kanak bermain sangat
menghiburkan. Namun, fikirannya tidak setenang yang diharapkan. Fikirannya
tetap terganggu dengan majlis pernikahannya yang semakin hampir.
Dia kini berjalan menyusuri tepi padang.
Sambil berjalan tangannya menyeluk ke kocek seluar. Itu memang gayanya. Gaya
ala-ala kerek.
“Kenapalah hidup aku ni ditakdirkan kahwin
paksa? Macam cerita drama. Boring
betullah. Agaknya si Sya tu okey ke tak ek? Boleh kautim ke tak? Pulak tu
nikahnya Sabtu minggu ni. Ya Allah. Macam tak percaya aje. Tawakkal ajelah.”
Irfan Faris meluah rasa dalam dilema.
Dalam pada itu, Irsya Natasya juga
sedang dalam dilema. Fikirannya juga memikir hal yang sama. “Ya Allah. Dah nak
jadi bini orang aku ni. Macam manalah nak ikhlaskan hati dengan sebenar-benar
ikhlas. Tapi, macam ada harapan lagi nak lari dari masalah ni. Cuma kena kautim dengan dia tulah. Agak-agak, dia
setuju ke tak?”
Irfan Faris kini terusberjalan. Kebetulan
ada sebiji bola sudah melantun berhampiran denganya. Dia buat skill mengelecek bola sebelum menendang
bola itu. Macam gaya Shinici Kudo dalam cerita animasi Detective Conan. Zasss…Jauh bola itu terbang namun terlencong
ke luar padang.
“Adoiii!” Kedengaran satu suara sudah menjerit.
Irfan Faris baru tersedar dan terlihat mangsa yang menerima hentaman bolanya
itu sudah berdiri. Sebenarnya, dia tak sengaja pun menendang bola sekuat itu.
Dengan itu dia segera pergi ke keretanya. Takut pula dibakal dikejar nanti.
“Siapalah yang power sangat tendang bola ni? Sampai kepala aku pun kena. Sakit tu.”
Irsya Natasya sudah menggosok kepalanya yang sedikit bergegar terkena rembatan
bola itu. Dek kerana itu lamunan perasaanya terhenti.
Dia kemudian pergi mengambil bola yang
sudah bergolek di rumput. Dia melilau pandang mencari gerangan empunya diri
yang menendang bola tersebut. Namun dia tidak dapat mengenalpasti empunya diri
yang mempunya skill tendangan se ‘kencang’
dan se ‘power’ itu.
“Geng Power Rangerslah ni kut. Kalau
dapat jumpa best juga ni.” Irsya Natasya sudah berjalan sambil membawa
bola tersebut ke dalam tengah padang di mana ada sekumpulan budak-budak bermain
bola. Untung-untung bertemu empunya diri. Sampai masanya, ada seseorang yang
menghampiri dan menegurnya.
“Akak. Tu bola saya.” Ujar seorang budak
lelaki kepada Irsya Natasya.
“Oh. Bola adik ke? Tadi adik ke yang
tendang bola ni. Powerlah. Macam skill CR.”
“Bukan. Tapi, tadi ada abang kat tepi
padang tu yang tendang.” Ujar budak lelaki itu sambil menunjukkan arah di mana
‘abang’ itu berada tadi.
“Oh, ya ke? Hmm..Nah bolanya.”
“Akak tak nak join ke?” Ramah pula budak
itu menegurnya.
“Akak? Hihi..Macam lawak aje. Lagi-lagi pagai baju cantik macam ni. Pakai
skirt labuh pulak tu. Takkan nak main
bola kut.”
Budak lelaki itu hanya ketawa. “Akak
tendanglah sekali. Mana tahu lebih power
dari kita orang.”
“Okeylah. Akak tolong tendang sekali ni
aje tau.” Irsya Natasya kemudian meletakkan bola tersebut di atas rumput.
Diangkat sedikit kain skirtnya dan membuat tendangan. Zasss…Cantik juga skill
rembatannya.
Dari dalam kereta, Irfan Faris melihat
aksi Irsya Natasya.
“Mak oii. Power juga budak perempuan tu tendang bola. Tak padan dengan
bertudung. Pakai skirt labuh kain kembang lagi. Yang bagusya dalam tu pakai
seluar tracksuit. Bagusnya. Taklah nampak betis seksi.” Irfan Faris memuji dan
tersenyum. Dia sedikit teruja. ‘Macam boleh jadi geng aje.Nice.’
Irfan Faris kini kembali memandu. Namun,
setelah beberapa meter dia kembali memberhentikan keretanya.
“Eh, kereta Myvi merah tu macam
kereta…”Irfan Faris mengenalpasti kereta Myvi merah yang dilihat itu. Ya.
Itulah kereta yang dilihat sebelum ini. Kereta yang dipandu budak latah yang
ingin sangat dia ketemu kerana ingin mendapatkan satu jawapan, bagaimana gadis
ituboleh melatah menyebut namanya walaupun tidak pernah kenal antara satu sama
lain. Dia menunggu dan berharap agar dia punya kesempatan untuk bertemu dengan
gadis itu. Sambil itu dia bersandar dan menyanyi sendiri sambil mengetuk-ngetuk
stereng.
“Aii, tiba-tiba berdebar pulak yang kat dalam ni. Apa ke hal?”Irfan
Faris sudah melekapkan tangannya ke dada. Dia kemudian melihat kocek baju di
dada kanan dan kirinya. Mana tahu dia terbawa gambar Irsya Natasya bersama.
Irfan Faris menggeleng kepala. Sah-sahlah gambar itu sudah dibingkaikan oleh mamanya
dan diletakkan di atas meja bilik tidurnya.Ngeklah
kau ni Irfan Faris. Dia mengakuinya sendiri.
Pandangan Irfan Faris kini terperasankan
seseorang yang berjalan menghampiri kereta kereta Myvi merah itu. Riak wajahnya
tiba-tiba berubah.Hatinya jadi marah. Dia segera turun dari keretanya.
“Apa achik buat kat sini?”ujar Irfan
Faris kepada Zamilah.
“Eh. Kebetulan aje. Kenapa?”
“Achik jangan nak tipulah. Achik spy Irfan kan?”
“Eh. Taklah. Mana ada. Apa ni tuduh
achik macam tu. Tak baik tau.”
“Berapa nenek bayar kat achik?” Nada
Irfan Faris sedikit berangin. Ada sebab tiba-tiba dia berperangai begitu.
“Eh..Tak..Tak..Tak..Mana ada. Achik tak
masuk campur pun. Nenek tak bayar apa-apa.”
“Eleh..Achik tak payah nak tipulah.
Nenek dah bayar achik kan? Berapa nenek bayar kat achik?” soal Irfan Faris
sambil memeluk tubuh. Tenungan matanya tepat menikam ke arah nak mata Zamilah
di hadapannya.
“Eh, tak adalah Irfan. Mana ada.”
Zamilah menafikan.
“Achik ingat Irfan ni budak kecil ke?
Bukan Irfan tak dengar semalam. Irfan ni tak pekak lagilah, achik. Kenapa ya
semua orang nak tentukan hidup Irfan. Kenapa semua orang anggap Irfan ni tak
ada perasaan. Kenapa semua orang nak jadikan Irfan ni mangsa dalam perkara ni. Nenek
dah tentulah. Mama dan Papa pun ikut aje cakap nenek. Achikkan selalu berpihak
kepada Irfan. Kenapa sekarang achik ikut kata nenek pulak. Tak adil tau macam ni. Kalau achik, apa perasaan achik?”Tegang
juga bicara Irfan Faris tika ini. Sememangnya sewaktu dia pulang semalam, dia
secara tidak sengaja terdengar perbualan nenek dan mak usunya itu. Dan apa yang
melukakan hatinya ialah rancangan neneknya yang olok-olok sakit dan surat
perjanjian itu dibuat oleh mak ususnya.
“Alah, Irfan. Irfan ikut ajelah kehendak
nenek. Achik bukan apa. Kalau Irfan dengan nenek tu bermasam muka, lagi haru
jadinya. Lagipun sekarang, achik perlukan duit. So, senang cerita ikut kata nenek ajelah. Dah nenek bayar.” Mudah
benar Zamilah menutur kata tanpa terasa apa-apa walaupun tadi dia beriya
menafikan.
Riak wajah Irfan Faris berubah. Dia
kecewa sebenarnya. Dia mengharap mak usunya itu berpihak padanya, tetapi kuasa
nenek untuk mempengaruhi ternyata lebih besar daripadanya. Begitu mudah untuk
mak usunya menurut kata nenek walhal dahulu dialah penentang terhebat kepada
neneknya itu.
“Fine!
Kalau dah itu kehendak semua orang, Irfan akan kahwin dengan budak tu! Nak
sangat kan! Lepas ni kalau ada apa-apa berlaku, jangan salahkan Irfan!” Irfan
Faris kembali ke kereta dan menghempas pintu. Sebal sungguh rasa hatinya. Terus
ditekan pedal minyak dan memecut laju keretanya. Hilang terus moodnya untuk menanti akan gerangan
pemandu Myvi merah itu.
Dalam pada itu, Irsya Natasya berdiri di
sebalik sepohon pokok yang agak besar. Dan, dia telah melihat drama sebabak itu
walau tidak nampak wajah kedua-dua empunya diri.
‘Siapalah orang tu. Suara, mak oii.
Sekampung boleh dengar. Dahlah gaduh dekat sebelah kereta abah aku. Selamatlah
tak ada aksi baling-membaling. Kalau tak, tak pasal-pasal kereta abah aku yang
jadi mangsa. Hmm..Dengar ayat tu macam
kena kahwin paksa aje. Hohoho…Sama
macam aku. Genglah kita ya. Jom buat group.
Lepas tu kita kenal-kenal, mana tahu jodoh kita.’ Irsya Natasya gelak sendiri.
Sememangnya fikirannya itu suka merawang akan sesuatu yang tak mungkin dan tak
logik dek akal. Lagipun gelak sendiri dikala stres adalah salah satu cara dia
menggembirakan diri.
ZAMILAH
duduk menghadap ibunya. Sebenarnya dia baru kena ‘ceramah’ percuma. Terasa juga
ada air liur ibunya yang memercik tempias ke mukanya. Adoi..Terpakas menghadap.
Macam menghadap permaisuri sihir.
“Kalau kamu nak ibu tolong kamu, kamu
juga perlu tolong ibu. Tak susah mana pun kerja ni.Kalau kerja kamu okey, ibu
akan bayar kamu.”
“Hah, betul ke bu? Ibu tak tipu.”
“Aku ni ada ke tipu kamu. Kamu tu aje
yang selalu tipu aku Mel oii.” Kepala Zamilah ditunjal Kalsum.
Zamilah tersenyum terkulat-kulat.
“Jadi apa kerja yang ibu nak bagi kat
Mel? Tolong along kat pejabat dia tu ke? Kalau tu, Mel tak nak.”
“Aku tak cakap pun lagi. Yang kamu tu
tak sabar sangat kenapa?”
Zamilah kembali terkulat-kulat. Kini dia
menanti tugasan kerjanya.
“Kamu hanya perlu jadi spy ibu untuk Irfan.”
“Hah?For
what?”
“Untuk pastikan yang Irfan tak bohong
ibu lagi. Ibu nak Irfan menikah dengan Irsya Natasya. Pastikan mereka keluar berdua
dan bukan ada orang lain sebagai penggantinya. Faham?!”
“Err..Okey. Small matter. Yang penting upahnya ada ya, bu.”
“Kamu ni kan Mel, dah tua pun minta duit
ibu. Nanti ibu bayarlah. Yang penting kerja beres.”
Zamilah sudah tersenyum. Yes!