IRFAN
FARIS sudah tersedak-sedak. Air kopi Hazel yang diminum hampir tersembur
keluar. Dia kemudian mengesat mulutnya.
“Irsya Natasya? Irsya
Natasya tu siapa dia tu Ma?”
“Bakal isteri kamulah,
Irfan.”Laju bicara itu singgah ke pendengaran Irfan Faris.
“Hah? Apa? Bakal
isteri?”
“A’ah. Dia tu, pilihan
nenek kamu.” Ujar Kirana tenang.
“Apa? Pilihan nenek?”
Kirana mengangguk mengiyakan.
“Ma..Irfan tak sedia
lagilah. Mama cakaplah dengan nenek. Ni tiba-tiba pulak nak suruh kahwin. Irfan ni baru aje balik Malaysia tau. Belum
sempat nak ushar-ushar awek-awek kat luar tu, dah nak kena kahwin. Mana aci,
Ma. Tak naklah!” Irfan Faris membuat muka memprotes.
“Mana mama tahu. Ni
keputusan nenek.Kalau berani, cakaplah dengan nenek. Ni gambar bakal isteri
kamu. Sudi-sudikanlah terima ya.”
“Mama ni sama aje macam
nenek.” Irfan Faris menerima juga huluran gambar tersebut walau bibirnya sudah
muncung macam tapir. Hatinya terasa panas dengan paksaan seperti itu. Dibelek-belek
gambar itu sekadarnya. ‘Ni ke bakal isteri aku? Alahai. Klasik macam muka nenek
aje. Apalah yang nenek suka sangat dekat dia ni.’
“Alah, Ma. Irfan tak
naklah. Mama cakaplah dengan nenek. Tak adillah nenek buat macam ni. Ni, hidup
Irfan ma. Takkanlah Irfan nak kahwin dengan orang yang Irfan tak suka.”
“Pergilah cakap sendiri
dengan nenek. Mama dengan papa pun setuju kalau kamu menikah dengan Irsya ni.”
“Maa….” Irfan Faris
merengek. Mengapa perjalanan hidupnya kini seperti sebuah cerita drama. Kena
kahwin ala-ala paksa atas aturan keluarga.
“Dah.Tak payah nak
ngada-ngada. Sya ni budaknya baik. Sopan-santun.Kalau tak kerana dia, tak
tahulah apa jadi kat nenek.”
“Apa yang dia dah
buat?”Irfan Faris meminta jawapan mamanya.Ada perkara yang dia tidak tahu
tentang Irsya Natasya.
“Dia selamatkan nenek
kamu dari peragut.Tapi, dia pula yang cedera. Teruk juga lukanya. Kalau Irfan
tak percaya, bila Irfan dah kahwin dengan dia, Irfan tengok dekat lengan kiri
dia. Ada dua kesan carik pisau. Itu tanda pengorbanan dia dekat nenek tau.”Jelas
Kirana.
Irfan Faris terdiam.
Oh. Macam tu ke? Tapi, apa kena mengenanya dia nak dikahwinkan dengan gadis itu,
sedangkan abangnya Idham Faizal juga masih belum berkahwin. Nenek memang tak
adil! Tak adil!
“So, kiranya nenek suruh Irfan kahwin dengan dia sebab nak balas
budi sebab dia selamatkan nenek?Macam tu?” Irfan Faris mempersoalkan.
“Bukanlah macam tu. Sebenarnya,
dia tu memang tunang kamu.” Muncul suara lain menjawab persoalannya.
“Apa??Tunang?”Lagilah
Irfan Faris terkejut dengan jawapan itu. Matanya sudah terbeliak besar. Oh,
tidak!
“A’ah. Tunang kamu
masih kecik.Tak sangka pulaknenek dapat
jumpa dia. Sebenarnya dah terpisah lama. Takdir Allah, telah jumpakan dia
dengan nenek semula. Kebetulan, dia yang menolong nenek.Dah alang-alang nenek
jumpa dia, nenek rancang nak satukan kamu berdua. Ingatkan hajat nenek dengan
arwah atuk kamu dulu tu tak kesampaian, tapi nampaknya dia akan jadi cucu
menantu nenek juga. Suka sangat nenek dengan si Sya tu.” NekKalsum sudah meleret
senyum.Dia benar-benar gembira dengan keputusannya.
“Tapi nek..”
“Tak ada tapi, tapi.
Nenek nak kamu terima dia. Jangan cakap tak setuju. Nenek tak nak dengar!”
Tegas suara itu menusuk pendengarannya.
Irfan Faris masih
berusaha meraih simpati Nek Kalsum.
“Nek. Berilah Irfan
peluang. Irfan tak nak kena paksa-paksa macam nilah. Macam mana nak ikhlaskan
hati terima benda yang kita tak suka. Nek, pleaselah
nek. Irfan dah besar nek. Janganlah buat Irfan macam ni. Nenek tak sportinglah. Tak naklah geng dengan nenek macam ni. Baik Irfan
bawa diri aje. Irfan tak nak duduk sini dengan nenek.” Bicara Irfan Faris lebih
kepada mengugut.
“Pergilah, pergi! Nak
sangat pergi kan? Lepas ni jangan harap nenek nak sayang dekat Irfan lagi.
Jangan harap nak minta apa-apa dari nenek lagi!” Suara Nek Kalsum agak tegang. Dia
kemudian pergi masuk ke bilik dan mengunci diri. Hati tuanya terusik. Dia
merajuk.
“Irfan. Cuba ikut kata
nenek tu. Tak rugi apa-apa pun. Anggaplah Irfan berkorban untuk nenek. Mama pun
dah tengok Sya tu. Mama pun berkenan dengan dia. Mama tahu, Irfan boleh bahagia
dengan Sya.” Kirana memberi nasihat. Sebenarnya, dia tidak kisah siapa pilihan
Irfan Faris. Dia bukannya memandang harta kekayaan. Tak semestinya, orang yang
berharta dan berpangkat menjadi menantunya. Dia juga dahulu dari keluarga
biasa-biasa aje. Cuma rezekinya, dia berjodoh dengan Dato’ Zamrud. Sebenarnya,
dia juga pilihan hati Nek Kalsum sendiri. Kiranya, perkahwinannya juga
diaturkan. Namun, atas tolak ansur mereka suami isteri, mereka bahagia hingga
kini. Sememangnya tak ada yang mustahil.
“Irfan tak bolehlah
mama. Takkanlah Irfan nak kena kahwin dengan orang yang Irfan tak pernah kenal,
yang Irfan tak suka.” Irfan Faris buat muka memprotes.Gambar wajah Irsya
Natasya dicampak ke atas meja.
“Kamu belum jumpa dia
lagi kan. Macam mana boleh kata tak suka. Cuba kenal dia dulu dalam tempoh yang
ada ni. Bincang apa yang patut. Sya tu mudah diajak berbincang.” Lembut Kirana
menasihati.Gambar wajah Irsya Natasya yang berada di atas meja itu, diambil.
“Mama nak Irfan simpan
gambar ni. Mama dan nenek bersusah payah nak dapat gambar ni semata-mata nak
tunjuk dekat Irfan tau. Nah, simpan. Jangan buang. Ingat Irfan. Kalau nenek
tahu Irfan buang gambar ni, mama pun tak tahu nak cakap apa.”
“Yalah, yalah.” Irfan
Faris kembali mengambil gambar tersebut. Terasa ingin sahaja dironyokkan gambar
tersebut. Ia kemudian diletak di dalam kocek baju di dada sebelah kiri. Dekat
di hati. See..Tak suka, tak suka pun still letak dekat hati kan. Hehe…
“Dah. Pergi minta maaf
dekat nenek. Jangan biar nenek kecil hati. Irfan kena faham nenek tu macam
mana. Nenek kalau kecil hati, kita yang makan hati nanti. Tak nak makanlah, tak
nak itulah, tak nak inilah.Lepas tu nanti, pergi kubur arwah atuk nangis kat
situ tak nak balik. Irfan nak nenek macam tu ke? Irfan…Irfan kena fikir. Irfan
tak rasa bersalah ke buat nenek kecil hati? Umur nenek dah macam tu, Irfan kena
faham. Hati tua dia cepat terusik Irfan.”
“Maa…”
“Mama tak nak Irfan
cakap apa-apa. Apa yang mama nak, Irfan pujuk nenek.”
Irfan Faris hanya mampu
mengeluh kasar. Seakan dirinya dipersalahkan. Salahkan dia?
Kirana kemudian bangun
dan menuju ke bilik ibu mertuanya itu.
“Ibu. Ni Kirana bu.” Panggil Kirana
sambil mengetuk pintu beberapa kali.
“Kenapa kamu yang datang. Ibu nak
Irfan yang pujuk ibu.” Suara Nek Kalsum sayu dipendengaran.
Kirana kembali turun ke bawah
memanggil Irfan.
“Nenek nak Irfan yang pujuk dia.
Dahlah Irfan. Irfan pujuk aje nenek baik-baik. Buat masa ni, jangan ungkit
pasal hal tadi. Kalau Irfan tak boleh nak terima pun, itu bincang kemudian.
Cuba pujuk nenek dulu. Irfan sayang nenek, kan?”
Irfan Faris berbuat tidak tahu. Dia
mencebik bibir tanda hatinya masih tidak mahu menerima. Masih memprotes.
“Irfan…”
“Yalah, yalah..” Irfan Faris
menjawab acuh tidak acuh. Keluhan nafasnya dilepaskan. Dia akhirnya meniti anak
tangga menuju ke bilik neneknya.
Irfan Faris mengetuk pintu bilik
nenknya beberapa kali.
“Nek..Ni Irfan datang ni. Irfan nak
minta maaf dengan nenek. Irfan tahu Irfan yang salah. Nek…Bukalah pintu ni biar
Irfan masuk. Kalau tak, macam mana Irfan nah muah..muah sayang kat nenek. Nek..oo..nek.” Irfan Faris memujuk
lembut.
“Nek. Jom nek. Irfan ajak jalan-jalan. Kita
makan kat luar jom nek malam ni. Nenek nak makan kat mana? Nenek cakap aje. Nanti
Irfan bawa. Nek, jawablah Irfan nek. Irfan minta maaf ni.”
Di dalam bilik, Nek Kalsum sudah
tergelak-gelak sendiri tanpa suara. Dia sengaja berlakon merajuk biar Irfan
kalah dengannya. Dengan itu dia dapat memaksa Irfan menerima Irsya Natasya. Bijak
tak dia?
“Nekkk..” Irfan memanggil lagi.
Nek Kalsum sengaja tidak menjawab. Dia
olok-olok tidur di katilnya.
“Nekkk..Bukalah pintu ni nek. Nek tak
sayang kat Irfan lagi ke?”
“Habis tu Irfan yang kecilkan hati
nenek. Sebenarnya, Irfan memang dah tak sayang kat nenek lagi kan. Sebab tu
Irfan tak nak dengar kata nenek.”
“Bukan macam tu nek. Okey, okey. Irfan
minta maaf dekat nenek. Irfan janji, Irfan akan ikut kata nenek. Irfan akan
terima Sya.”
Tersenyum melebar Nek Kalsum tatkala
mendengar kata-kata itu. Yes!
Berjaya. Dia akhirnya membuka pintu. Namun, dia masih membuat mimik muka
merajuk.
“Nek..Irfan minta maaf beribu-ribu lemon
dekat nenek. Irfan mana boleh kehilangan nenek yang comel ni.” Irfan Faris
manis mulut berkata-kata. “Nenek janganlah merajuk lagi tau. Tengok tu dah tak
comel muka nenek.” Irfan Faris kemudian mencubit lembut kedua belah pipi
neneknya itu. Dia kemudian memeluk neneknya itu.
Dalam masa yang sama, Nek Kalsum sempat
mengenyit mata pada menantunya, Kirana. Kirana hanya tersenyum. Dia tahu itu
hanya helah ibu mertuanya. Namun, dia juga tahu Irfan juga berlakon sekadar menjaga
hati tua wanita itu. Dia hanya pasrah. Dia tidak mampu menyebelahi mana-mana
pihak. Kedua-duanya dia sayang. Namun, jika disuruh memilih, dia juga
menginginkan Irfan mengahwini Irsya Natasya.
“So,
nenek nak makan dekat mana?”
“Dekat rumah ajelah. Suruh ibu
masak.”
“Okey.”
IRFAN
FARIS kini duduk sendirian di biliknya. Dia memikir akan apa yang dipinta
neneknya. Permintaan yang agak berat dan sukar untuk dipenuhi. Walaupun
seketika tadi dia kata dia menerima, tetapi hakikatnya tidak. Tak mungkin
hatinya menerima. Arghh..Dia menjerit
sendiri.Tension!
Gambar wajah Irsya Natasya yang berada
di kocek bajunya dikeluarkan. Dia memandang wajah itu.
“Eii, kau ni. Macam mana nenek aku boleh
suka dekat kau ni, hah?”Gambar wajah itu jentik-jentik dengan jarinya. “Ambik,
kau!Ambik kau! Degil. Sibuk aje muncul. Cekik karang!” Irfan Faris membuang
rasa marahnya pada gambar yang tidak bernyawa itu. “Eii, kau ni.Senyum-senyum.
Aku tengah tension nilah. Tolonglah
faham.” Irfan Faris kembali marah pada gambar Irsya Natasya yang tersenyum di
dalam gambar.
“Eii, aku ni macam bongok aje marah kat
gambar ni. Entah apa-apa. Ah, lantaklah. Janji aku puas hati!”Gambar itu
kembali disimpan ke dalam kocek. Takut juga jika hilang.
“Argghh…Geramnya!”
Irfan Faris masih meluah rasa yang terbuku. Hatinya masih terasa panas bersisa.
Kepala otaknya juga sedang mengalami tekanan yang parah.
“Baik aku tidur!” Irfan Faris membuat
keputusan. Namun, baru seketika dia berbaring dia duduk semula. Dia mengeluh.
Matanya tidak mahu lelap. Otaknya masih melayang memikir permintaan nenek yang
nyata menjadikan dia mangsa keadaan. Terdera hati dan perasaannya kerana permintaan
nenek. Kalau nak buat laporan atas kes dera boleh tak? Poyo kan?
“Okey Irfan. Tenang..Tenang..Kau mesti
kena cari jalan untuk lari dari masalah ni.” Irfan kini duduk menenangkan diri
di atas katil.
“Okey..Jangan fikir. Buat tak tahu aje
ya Irfan Faris.” Irfan Faris kini bermain games
PS3nya. Dia terleka kerana asyik bermain. Okey.. Hilang sedikit fikiran
berkecamuknya.
Sampai waktunya azan maghrib
berkumandang, dia bersembahyang dan kemudian membaca Yassin. Sampai waktunya,
Nek Kalsum memanggilnya turun untuk makan malam.
Di meja makan, sambil menikmati hidangan
Nek Kalsum kembali menimbulkan cerita gadis pilihannya itu. Hai la nenek ni.
Nama budak tu lagi yang disebut.
“Irfan nak tahu tak, masa majlis
berendoi tu Irfan dengan si Sya tu memang comel sangat. Kulit Irfan putih, tapi
si Sya tu gelap sikit. Tapi sekarang ni, nenek tengok Sya tu pun dah putih.
Comel aje mukanya.Irfan nak tahu tak Irfan. Masa majlis berendoi kamu tu, kamu
memang baring sebelah si Sya tu. Comel aje tangan tu peluk si Sya. Sebab tulah
arwah atuk cadangkan kamu ditunangkan. Yalah, kecil-kecil lagi kamu dah gatal
peluk anak dara orang.” Cerita Nek Kalsum sambil ketawa.
Irfan Faris mencebik. ‘Ya aje cerita
nenek ni. Macam tokok-tambah aje. Lagipun masa kecil, apa nak hairan. Tak ada feeling pun. Tulah..Siapa suruh tak
bedung tangan ni. Sekarang ni nak buat isu pulak.
Nonsense! Eii, tak sukanya!’ Irfan Faris terus menikmati makan malamnya
tanpa bersuara. Hanya hati tempat berkata-kata.
“Irfan. Kamu dengar tak nenek cerita
ni?”
Irfan Faris hanya menjongket bahu. Malas
melayan. Hanya kerana itu, lengannya dicubit Nek Kalsum.
“Apa ni nek? Cubit-cubit pulak. Sakitlah.”
“Kamu tulah. Nenek tengah cerita ni
dengarlah. Buat tak tahu aje dia.”
“Irfan dengarlah nek.”
“Kalau betul dengar, cerita semula dekat
nenek apa yang nenek cerita.”
“Pada zamam dahulu..di sebuah kampung…”
Irfan Faris sengaja bermain-main kata.
“Kamu jangan nak main-main Irfan.”
“Okey, okey..Irfan cerita semula.” Irfan
Faris kembali mengulang cerita. Ya..Sama macam cerita nenek. Dah jadi penglipur
lara pula dia akan kisah pertunangannya sendiri.Wekk..Tak romantik langsung!
“Sekarang ni, dia dah jadi hero nenek. So, nenek nak Irfan balas jasa dia.
Nenek nak Irfan jaga dan sayang dia, macam mana nenek jaga dan sayang Irfan.
Faham tu.”
‘Eiii, aku pulak yang nak kena bertanggungjawab. Tak adil betul.’ Irfan Faris
mengomel di hati.
“Dengar tak ni?” soal Nek Kalsum.
“Dengar nek. Faham. Nenek suruh Irfan
jaga dia dan sayang dia sepertimana nenek jaga Irfan dan sayang Irfan.”
“Tau tak apa.”
“Okey, nek, ma. Irfan nak masuk bilik dulu. Nak sambung main games.” Ujar Irfan Faris setelah selesai
makan. Dia malas untuk terus berlama-lama di situ. Nanti lagi panjang cerita
neneknya.
“Games
aje tak sudah. Haa..Jangan lupa fikirkan si Sya tu. Dia tu tunang kamu.”
‘Tunang? Huh, tak ada maknanya. Malas
aku nak fikirkan budak tu. Sibuk aje hadirkan diri dalam hidup aku. Sah-sah dia
tu tunang yang aku tak diiktiraf di hati dan sanubari.’
“Dengar ke tak nenek cakap tu, Irfan?”
soal mamanya.
“Dengar Ma. Nenek suruh fikirkan si Sya
tu sebab dia tu tunang Irfan masa kecil-kecil yang Irfan dah peluk, cium sayang
semua tu.”Irfan Faris menjawab acuh tak acuh. Dia segera meniti anak tangga
menuju ke biliknya.
Irfan kini berada di dalam bilik. Dia kembali
bermain game PS3nya. Malas memikirkan
apa yang diperkatakan neneknya tadi. Selepas bermain PS3, dia berbaring di
katil.
“Nak tidur, tapi tak boleh tidur pulak.Aduhaiii..Nak buat macam mana ni? Hmm..Aku tahu macam mana nak buat aku
senang tidur. Buka lagu klasik nenek. Yupp..Cantik
punya idea. Confirm aku boleh lelap
dengan lena bila dengar lagu nenek yang mendayu-dayu tu. Okey. Tapi sebelum tu,
sembahyang Isyak dulu.”
Tika jam menghampiri 2.22 pagi, mata
Irfan Faris baru rasa ingin terlelap. Pintu biliknya tiba-tiba diketuk dari
luar.
“Alah, siapa pulak ni. Baru aje nak terlelap?” Irfan Faris sedikit marah.
“Irfannn…”Kedengaran satu suara
memanggil dari luar.
“Nak apa nek? Irfan nak tidurlah nek.”
Irfan Faris menjawab jua dalam suara malas. Baru nak terlelap ada pula yang
datang menganggu. Dahlah susah nak tidur.
“Irfan..Bukalah pintu. Nenek takut ni.”
Terkejut juga Irfan Faris mendengar.
Nenek takut apa? Dia segera bangun dan membuka pintu.
“Nenek takut. Tadi nenek mimpi.” Nek
Kalsum mengadu.
“Nenek mimpi apa? Dah..Dah jom.
Irfan teman nenek dekat bilik.” Irfan Faris kini melangkah menuju ke bilik
neneknya sambil memimpin tangan wanita tua itu.
“Nenek takut..”
“Nenek takut apa? Cuba cerita dekat Irfan
nenek mimpi apa?” Irfan memujuk. Memang kadang-kala memujuk neneknya sepert
memujuk budak kecil. Itulah lumrah.
“Nenek mimpi Irfan lari masa majlis
pernikahan Irfan dengan Sya.”
“Laa nenek ni. Tu kan mimpi aje.”
“Tapi nenek takut. Nanti Irfan lari
majlis pernikahan dengan Sya.”
“Taklah nek. Nenek selalu cerita apa
yang mimpi tu akan berlaku sebaliknya. Haa..maknanya kalau nenek mimpi Irfan
lari dari pernikahan tu, maknanya yang realitinya mestilah tidak.”
Nek Kalsum mengangguk.
“Dah..Dah..Nenek tidur ya. Irfan pun
dah ngatuk ni.”
“Irfan janji kahwin dengan Sya ya.”
‘Aii, nenek ni. Sempat lagi nak
mengingatkan. Entah-entah ni semua lakonan dia aje.’
“In Shaa Allah nek. Dah..Nenek tidur
ya. Irfan pun dah ngantuk ni. Irfan tak dodoikan nenek tau.”
Nek Kalsum mengangguk.
Irfan Faris sempat menyalami dan
mencium tangan neneknya. Juga diberi kucupan di pipi neneknya. “Okey, nek.
Selamat malam.”
Irfan Faris kini kembali ke bilik.
Ingin kembali dilelapkan mata berteman lagu klasik nenek yang mendayu-dayu, namun,
nyata tidak boleh. Matanya tidak mahu lelap. “Alaa..Bila nak lelap mata ni?
Kalau nenek tak kacau tadi, aku dah lena sekarang ni.”
“Ish, dada ni pulak berdebar-debar kenapa?” Irfan Faris kini melekapkan tangan ke
dada. Dia akhirnya baru terperasankan sesuatu di koceknya.Lalu ia mengambilnya
keluar.
“Laa..Sejak petang tadi gambar ni
ada dalam kocek aku ke? Eii, apa ni dok
dekat-dekat dengan hati aku. Patutlah dada aku berdebar aje. Sibuk ajelah kau
ni. Sajelah tu biar aku suka kat kau. Jangan harap!” Gambar itu kemudian
dicampak ke sisi. Padahal sendiri yang letak, tak pasal-pasal orang lain yang
dipersalahkan.