Tuesday, 28 October 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 21


“ERKK..Alamak! Alamak! Alamak!”
            “Dah kenapa? Alamak..Alamak..Macam gaya mak nenek aje.”Tajam sahaja bicara Irfan Faris menusuk ke pendengaran Irsya Natasya.
            “Tak ada…Tak ada apa-apalah.” Irsya Natasya sudah menggeleng kepala. Dia berjalan sedikit membelakang Irfan Faris. Dia tertunduk-tunduk wajah seolah-olah mengelak diri dari bertemu seseorang.
            “Dah kenapa awak ni?”
            “Tak ada apa-apalah. Awak jalan ajelah”
            Irfan Faris tiba-tiba menghentikan langkah.
            Bukkk… Irsya Natasya sudah melanggar batang tubuh Irfan Faris.
            “Adoii..Sakit hidung aku!”
            Irfan Faris sudah tergelak.
            “Awak sengaja dengki ea?”Irsya Natasya sudah memegang hidungnya yang sakit. Diurut-urut lembut agar sedikit lega.
“Dah tu, awak degil. Siapa suruh. Nak juga jalan kat belakang. Jangan-jangan awak nak lari ea?”
“Mana ada!”
“Habis tu..”
“Lantak sayalah.”
“Entah-entah awak ni mengelak dari seseorang tak? Sebab tu nyorok belakang saya?” Irfan Faris hanya menduga.
Irsya Natasya berbuat tidak tahu.
“Alala..Yalah tu. Pakwe ea?”
“Mana ada. Saya singlelah.”
“Hmm..Baguslah. Jangan cakap ada pakwe pulak. Awak tu kena nikah dengan saya.”
“Tahulah. Berapa kali nak cakap entah. Padahal awak tu tak suka saya pun. Sibuk juga nak kita nikah. Entah apa-apa. Cubalah cari planning  yang boleh elakkan benda ni terjadi.”
“Ni yang tak suka ni. Kita dah bincang, kan? Karang saya membebel, awak cakap saya ni macam mak awak. Tadi kan dah janji benda ni takkan bangkit lagi.” Irfan Faris sedikit marah. Tegang juga riak wajahnya.
“Alaaa..”
“Apa alaa..alaa..”

Ala payung..lah payung..Ketipang payung..
Payung sutera nak raja muda..
Ala tolong..lah tolong..Cik abang tolong
Janganlah marah pada adinda..

Kebetulan lagu ‘Ketipang Payung’ itu sedang ke udara di salah sebuah kedai di situ.
“Ha..Awak dengar lagu tu? Dia kata jangan marah pada adinda.So, awak tak boleh marah pada saya, bakal adinda awak ni.”
Irfan Faris buat muka bengang lagi. Berangin juga rasa hatinya. Memang kaulah Sya. Sajalah tu kenakan aku. Tunggulah kita nikah nanti. Aku piat-piat telinga kau. Tangan aku dah gatal dah ni. Nasiblah sekarang ni tak boleh bersentuhan, walaupun tadi dah terpegang tanpa sengaja. Kalau tak....aku dah gonyoh-gonyoh mulut kau tu dengan berus periuk.
Irsya Natasya kelihatan masih memicit hidungnya.
“Sakit lagi ke hidungnya?” soal Irfan Faris agak mengambil berat. Takut juga kalau bakal isterinya itu patah hidung. Dah tak comel masa bersanding nanti.
 “Sakitlah. Dah tu badan awak keras sangat.”
“Habis tu, takkan nak jadi lembut macam sotong. Ni mantap apa? Okeylah ni. Empuk.”
“Huh! Poyo! Empuk awak kata. Macam batu tau tak. Kemek tau hidung saya.”
“Hidung awak tu bukan mancung pun. Dah memang kemek.”
“Haa..Jangan kutuk. Ciptaan Allah ni.”
“Yalah.Tahu. Dah sini, jalan sebelah. Tak payahlah jalan nyorok belakang saya. Awak ni elak diri daripada siapa sebenarnya? Ah Long?”
“Taklah. Saya ni mana ada hutang Ah Longlah. Hutang PTPTN adalah. Sebenarnya tadi saya ternampak Mamat Audi.” Irsya Natasya memberitahu. Saja berkongsi cerita.
“Mamat Audi? Siapa Mamat Audi?”
“Entah. Saya pun tak kenal?”
Irfan Faris sudah membesarkan mata sambil menjeling Irsya Natasya di sisi. Ngek ke apa minah sorang ni. Siapa yang dia maksudkan dengan Mamat Audi tu? Kenal Mamat Audi..tapi tak kenal dia siapa. Apa ni?? Tak faham aku.
“Cer..cerita sikit.”
“Apa kes nak cerita kat awak. Tak ada kena mengena dengan awaklah. Dahlah. Saya nak balik ni.”
“Alah. Orang nak ajak kongsi cerita pun tak nak.”
“Ala..Tak payahlah marah. Saya saja je.”
“Saya tak marah. Cuma cakap aje.” Irfan Faris masih berbaik hati untuk melayan kata Irsya Natasya. Namun, dia kembali dengan gaya lagaknya. Tangannya kembali menyeluk ke kocek seluar.
“Kalau tak marah, awak kena senyum.”
Irfan Faris hanya menjeling Irsya Natasya.
 “Stres ea layan saya?”
“Tahu pun awak.”
“Tapi tengok awak layan aje.” Irsya Natasya tergelak-gelak sendiri.
“Kenapa gelak?”
“Awak nak tahu kenapa saya gelak? Saya ni stres sebenarnya. Sebab tulah gelak-gelak sendiri walaupun awak tak nak join. Gelak untuk hilangkan stres.”
Irfan Faris hanya berdiam diri. Layankan ajelah bakal cucu menantu Nek Kalsum yang sorang ni yek. Di dalam hatinya dia juga tergelak. Nak tahu sebab apa gelak? Stres!Itulah jawapannya. Sekurang-kurangnya bila gelak, dapatlah hilangkan stres sendiri.Haha..Sama aje macam jawapan Irsya Natasya. Mengong!
Tiba-tiba..
“Assalamualaikum, ya tuan hamba.” Suara seseorang sudah hadir ke pendengaran mereka berdua. Mereka berdua menoleh ke belakang, hampir serentak.
“Alamak! Alama! Alamak!” Irsya Natasya segera menundukkan wajah dan sedikit menyorokkan diri ke belakang Irfan Faris.
Irfan Faris sempat menjeling. Cuba berfikir sesuatu dari tingkah ‘pelik’ Irsya Natasya.
Empunya diri sudah datang menghampiri .
“Zack..Kau buat apa dekat sini. Cari awek ke?”Ujar Irfan Faris sambil berjabat salam dengan Zack Nadzri, temannya itu.
“Jalan-jalan aje.Release tension. Tak sangka pulakterjumpa kau dekat sini.Tak cakap pun nak keluar. Dating ke?Hai, Sya. Tak payahlah malu-malu. Saya kawan Irfanlah.” Tegur Zack Nadzri ramah apabila melihat gadis di sebelah temannya itu tertunduk-tunduk malu. Ala-ala nak nyorokkan muka.
“Errkk..Dia tahu nama aku ke?” Bisik Irsya Natasya di hati. Dia kemudian  mendongak wajah dan terkulat-kulat cuba mengukir senyum. “Err..Ya, saya.”  Ujarnya perlahan.
Cehh…Kononya gaya macam Perempuan Melayu Terakhirlah tu.
“Aii, kenal pulak kau dengan dia?”
“Kau ni dah lupa ke? Kau kan dah tunjukkan gambar Sya pada aku.So, aku boleh camlah muka dia. Lagipun siapalah yang nak keluar dengan kau selain bakal isteri kau ni? Betul tak? Lagipun kau kat Malaysia ni mana ada awek.”
“Tajam ayat kau, Zack.”
“Rilekslah, bro. Macam tak biasa pulak.” Zack Nadzri hanya tergelak. “Lagi pun sebelum ni aku dah pernah terjumpa si Sya ni. Dia minta tolong aku ambilkan gambar, posing kat kereta aku tu. Kan Sya?”
Irfan Faris tersenyum. “Oo..Agaknya itulah sebab si Irsya Natasya ni mengelak sangatjumpa Zack. Kes benganglah ni.” Bisik Irfan Faris di hati.
“Masa tu, tak tahu lagi yang dia ni tunang kesayangan kau.” Sambung Zack Nadzri lagi.
Irfan Faris sudah terbatuk-batuk. Ala-ala gatal tekak. ‘Tunang Kesayangan.’ Hmm..Kau memang Zack. Ada aje modal nak kenakan aku.
“Aduhaii, mamat ni. Ayat dia tak boleh blah. Dahlah memalukan aku dekat depan bakal suami aku yang aku tak berapa nak suka ni.Pulak tu cakap aku ni tunang kesayangan bakal suami aku ni.Sah-sahlah aku tahu dia ni tak suka aku. Takkan nak jadi tunang kesayang kut. Haishh..” Kata itu hanya terbisik di hati.
“Okeylah, Zack. Nak borak datanglah rumah. Aku nak kena hantar dia balik ni. Dah lewat.” Irfan Faris memendekkan borak. Kalau tidak, banyaklah modal temannya itu untuk terus  mengenakannya.
“Yalah. Take care, bro. Sya..Bebaik Sya. Tunang awak ni gatal.” Ujar Zack Nadzri.
“Oh, ya ke gatal? Tengok macam cool aje.”
Irfan Faris mengukir senyum sambil menjongket kening kepada Zack Nadzri. Bakal isteri puji dia cool, hmm..kembang hidung. Bangga sekejap.
Zack Nadzri hanya tersenyum.
“Okey, jumpa lagi Zack.”
Mereka kini berpisah haluan.
“So, dia tulah Mamat Audi yang awak nak elak sangat tu?”
“Dah tu..Muka saya dah bengang pasal kes ambil gambar tulah. Mana tahu dia tu tuan punya kereta Audi tu. Saya masa tu tengah excited nak bergambar kat kereta Audi tulah. Dah kebetulan dia yang lalu situ, saya mintalah tolong ambilkan gambar.Saya siap peace-peace gitu. Rupanya dia tuan punya kereta. Perghh..Ingat tak bengang ke?”
Irfan Faris hanya mendengar. Senyumnya hanya di hati. Wajah luaran, macam biasalah. Buat muka kerek.
“Tapi, tak sangka pulak dia tu kawan awak. Selamatlah dia tu okey. Handsome pulak tu.”
“Aii.. Puji orang handsome. Saya ni tak handsome ke?”
“Handsome...Siapa kata tak handsome. Awak dengan dia, tahap ke’handsome’annya lebih kurang sama aje. Tapi rasanya dia tu lebih sikit handsomenya dari awak. Awak ni jatuh nombor dualah.” Jujur Irsya Natasya berbicara.
Irfan Faris menjeling Irsya Natasya di sisi. Suka betul dia menjeling-jeling sekarang ni. Okeylah kut daripada juling.
“Aii..Saya puji pun, nak main jeling-jeling ke? Takkan jealous kut? Awak ni kan bukan kaki jealous.Hmm..Lagipun awak bukan suka saya? Buat apa nak jealous-jealous kalau saya puji orang lain.”
“Sebab awak tu bakal isteri saya. Awak kenalah respect saya!”
“Masalahnya, awak tak suka saya pun.”
“Suka atau tak, tu belakang kira. Sekarang ni soal respect.”
“Yalah…Saya angkat tabik hormat dekat awaklah. Ala-ala pengakap muda. Saya dulu join pengakap tau.”
“Ada saya tanya ke?”
“Takada. Tapi saya saja nak cakap.” Ujar Irsya Natasya selamba.
“Awak ni dari tadi asyik bercakap aje. Tak penat ke mulut tu?”
“Nak tahu sebab apa saya banyak cakap? Ni, sebab saya tengah streslah ni. Bila saya bercakap, awak layan aje. So, saya cakap ajelah. Hilang juga stres saya ni. Tapi awaklah yang bertambahstres kan? Padan muka.” Irsya Natasya ketawa sendiri.
“Dahlah. Penat nak layan awak bercakap.”
“Saya tak suruh awak layan pun, tapi awak pun sibuk nak bercakap juga.”
Irfan Faris kembali menjeling Irsya Natasya.
“Awak ni, jeling..jeling.  Tak sakit ke mata tu? Hmm..Tapikan, sejak awak jeling-jeling ni kan, makin lama rasa awak ni macam makin handsome pulak. Agak-agaklah kan, boleh ke saya jatuh cinta dengan awak lepas kita nikah ek? Hmm..Tapi, bila difikir balik tak naklah saya jatuh cinta dengan awak. Sebabnya, awak ni tak suka saya. Rugilah kalau saya bercinta sorang-sorang. Kalau awak nak join sama tak apajuga. Barulah ada aura mencintai dan dicintai. Betul tak?”
Irfan Faris hanya gelak di hati. Entah apa punya fikiranlah bakal isteri aku ni. Sya..Sya..Ni, kalau layankan kau lepas nikah ni, entahlah. Penat aku!Stres!
Irfan Faris kemudian berdehem. Riak wajah yang ditujukkan kini sedikit serius.
Irsya Natasya memandang. “Kenapa?”
“Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. Dan, saya nak awak ambil serius pasal perkara n!.” Irfan Faris berbicara tiba-tiba. Nadanya serius. Ia membuatkan Irsya Natasya terdiam seribu bahasa.

PERJALANAN ke rumah Irsya Natasya yang memakan waktu hampir satu jam hanya senyap tanpa suara. Hanya celoteh DJ dan lagu di radio yang berkumandang. Itupun dalam volume suara yang sederhana tinggi.
            Irfan Faris sesekali menjeling Irsya Natasya yang senyap tanpa suara. Tersandar malas sambil pandangannya hanya terarah keluar tingkap. Bila dilihat situasi mereka seperti bergaduh besar.
            ‘Boring juga kalau senyap. Tapi, hmm..aku tetap kena tunjuk lagak sikit. Biarlah. Senyap pun senyaplah. Karang kalau dia dah bercakap, aku ni terikut-ikut nak melayan aje. Penat!’ Irfan Faris berbisik di hati sendiri. Dia tenang memandu.Biarlah lagu-lagu yang berputar menjadi teman perjalanannya kini. Apa yang pasti, ia lagu-lagu orang putih. Lagu ‘rap’ pula tu. Ia membuat Irsya Natasya di sisi hampir terlena. Lagu itu tidak kena dengan jiwanya.
            Telefon bimbit Irfan Faris kini berbunyi. Nada yang telah disetkan membuatkan Irfan Faris tahu siapa pemanggilnya- Nek Kalsum. Irfan Faris sengaja tidak menjawab panggilan tersebut.
            “Kenapa tak angkat telefon tu?” ujar Irsya Natasya. Agak terganggu layanan perasaannya apabila telefon bimbit Irfan Faris berlagu tanpa henti.
            Irfan Faris tidak menjawab.
Panggilan itu kini berhenti. Selang beberapa waktu, panggilan masuk berbunyi lagi.
            “Angkatlah. Kesian orang tu telefon. Awek awak ke?”
            “Taklah. Nenek kesayangan awak.” Nada bicara Irfan Faris dapat dibaca.
            “Laa..Cara cakap macam tak suka nenek sendiri aje. Apalah awak ni. Merajuk dengan nenek eh? Ni mesti kes pasal kena kahwin paksa dengan saya ni. Tulah..Bila ajak planning nak sabotaj majlis, tak nak.”
            Irfan Faris sudah menjeling. Rasanya sudah berbuih mulutnya bercakap berkenaan hal itu. Tak faham bahasa betul si Irsya Natasya ni.
            “Okey, faham!” Irsya Natasya sudah menyimpul senyum.
            Panggilan yang telah terhenti kini kembali berbunyi.
            “Nak saya jawabkan ke?”
            “Nah! Jawablah. Tapi ingat, jangan report pelik-pelik kat nenek!”
            “Tahulah. Kita mesti bekerjasama. Macam Wonder Pet tu. Apa yang penting, kerjasama.”
            “Sibuk pulak nak Wonder Pet, Wonder Pet. Jawab ajelah!”  Irfan Faris sudah buat muka tegang.Menjadi sedikit garang. Sebenarnya sengaja buat macam tu. Nak takutkan Irsya Natasya kononnya.
            “Tak payahlah marah buat muka macam tu. Macam jeruk kedondonglah awak ni.”
            “Apa awak cakap?!” Irfan Faris sedikit melenting.
“Awak kalau marah, macam jeruk kendondong.” Selamba Irsya Natasya mengulang kata.
            Irfan Faris sudah memandang Irsya Natasya sambil membesarkan mata.
            “Drive tengok depanlah, enck Irfan Faris. Jangan tengok saya.” Ujar Irsya Natasya dalam gelak selamba.
            Irfan Faris buat muka bengang.Panas hatinya dengan sikap Irsya Natasya. ‘Tak apa, Sya. Seminggu dari tarikh hari ni, siap kau aku kerjakan. Kau tunggulah!’
“Alamak. Belum sempat jawab, dah mati pulak.” Telefon bimbit yang dipegangnya sudah berhenti bernyanyi.
“Tulah.. Membebel aje.Pantang dapat bercakap.”
“Dah tu, tak bestlah dok senyap dengan awak.Tadi saya dah dok senyap layan perasaan, bunyi telefon awak nilah yang kacau. Kalau tak, saya tak bercakap sekarang ni.”
‘Yalah, Sya. Dah dasar mulut tu macam mak nenek, mana nak berhenti bercakap.’ Bicara itu hanya bermain di hati Irfan Faris.
“Eh..Awak nak tahu tak..Mak saya kan..Paling suka jeruk kendondong. Dia..kalau nak sumpah saya, biar sumpah jadi kedondong. Ada ke patut.” Irsya Natasya tiba-tiba berkongsi cerita.
Irfan Faris hanya mendengar. ‘Bagus juga kalau mak kau sumpah kau jadi kedondong, Sya. Boleh aku makan kau. Senyap sikit mulut tu.’
“Dah lama tak makan jeruk kedondong. Terliur pulak rasanya.” Irsya Natasya berbicara sendiri. Rasa macam mengidam pula.
‘A’ahlah, kan. Aku pun dah lama tak makan jeruk kedondong. Kalau dapat makan, sedap juga ni. Haishh..Kau ni Sya. Aku dah ikut terliur juga dah. Mana nak cari jeruk kedondong ek?’ Itu bicara yang bermain di hati Irfan Faris.
Telefon bimbit Irfan Faris di tangan Irsya Natasya kembali berbunyi. Irsya Natasya tanpa menunggu lama, terus menyambung panggilan.
“Assalamualaikum, nenek comel.” Mesra dan ceria suara Irsya Natasya membuka mukadimah bicara.
Irfan Faris sudah menepuk dahi.
‘Err..Ada something wrong ke?’ Fikir Irsya Natasya dalam lintasan sesaat apabila melihat tindakan spontan lelaki di sebelahnya itu.



 Bersambung...

Friday, 26 September 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 20


IRSYA NATASYA kelihatan rambang mata. Berkilau-kilau matanya melihat kilauan emas yang sedia ada disitu. Baik dari cincin, gelang..hmm..nak pilih yang mana satu pun dia tak tahu.
“Dahlah. Pilih. Tak kisahlah yang mana pun. Saya bayar aje.”
“Eii..Berlagaknya ayat. Tahulah banyak duit.”
Irfan Faris membesarkan mata. Irsya Natasya hanya tergelak. Padanya lelaki itu pandai juga bergurau.
Irfan Faris menantikan Irsya Natasya membuat pilihan. Sesekali dia melihat gadis itu. Apa yang pasti, sejak tadi dia melihat gadis itu hanya melihat-lihat sahaja dari luar kotak kaca. Langsung tak minta nak tengok, pegang-pegang ke apa.
“Aii, awak. Tak pilih lagi ke?”
Irsya Natasya sudah mengaru kepala. “Awak pilihkanlah. Saya tak retilah bab-bab nak memilih ni.”
Aduh..Apalah ngek sangat dia ni. Patutlah kena kahwin paksa. Barang pun tak reti pilih, lagikan nak pilih calon suami. Mangsanya akulah. Kena kahwin dengan dia. Haishh..Kata itu terbisik di hati Irfan Faris.
“Awak tunjuklah mana yang awak berkenan. Tengok dulu. Lepas tu cuba, okey ke tak? Itu pun tak reti!”
“Bukan tak reti. Benda-benda mahal macam ni, saya tak biasa nak pegang.”
            “Dah tu, kalau tak pegang, macam mana nak pakai. Dah. Tunjuk aje mana yang awak berkenan. Cari cincin dulu. Awak suka yang ada mata ke tak ada mata? Pilih aje tu. Pilihan banyak.”
            Pandangan mata Irsya Natasya kembali melihat akan susunan cincin di situ. Kebayakannya bertatah berlian yang berkilau-kilau.
“Awak pilihkan ajelah senang. Taklah awak nak kena tunggu lama dekat sini. Karang, bila suruh saya pilih karang entah sampai pukul berapa. Saya memang fail bab-bab ni. Rasanya, taste kita sama aje. Awak pilih ajelah. Lagipun awak yang akan beri pada saya nanti. So, saya tunjuk jari manis ajelah. Gelang pun awak pilihkan sekali tau. Saya terima aje. Tak kisah.”
            ‘Hai.. Apalah bakal isteri aku ni. Orang dah kasi peluang nak pilih, tak nak. Aku juga yang kena.’Irfan Faris terpaksa akur dengan kehendak bakal isterinya itu. Rasanya kalau orang lain bila dioffer begitu, semuanya dia nak. Itu, ini, semua dia tunjuk. Dia dapat menilai kini. Irsya Natasya bukan seorang gadis yang materialistik.
Akhirnya Irfan Faris membuat pilihan. Disuruh cuba itu dan ini. Mula-mula cincin. Lepas tu gelang. Apa yang tak boleh blah, gelang tu siap dia yang pakaikan. Oii, Irfan Faris oii. Ni belum majlis batalkan air sembahyang lagilah. Sajalah tu nak zass..zass..tangan aku.
            Irfan Faris kemudian melihat rantai leher. Dibelek-belek juga beberapa contoh yang diberikan.
            “Oh..Nak kasi awek ea?”
            “Kenapa? Jealous?”
“Taklah. Kalau jealous, tak adanya saya nak tanya. Saya just nak beri pendapat. Kalau nak kasi awek, kasi yang tebal sikit. Lepas tu siap dengan loket. Hmm..Barulah mantap.” Irsya Natasya sudah mengangkat ibu jari. Thumbs up.
            “Okey. Kalau macam tu, tunjuk sikit mana yang awak rasa berkenan nak kasi awek saya tu?”
Setelah menilik beberapa ketika, akhirnya Irsya Natasya menujukkan pilihannya.
“Oh, untuk awek saya pandai pulak pilih. Untuk sendiri baik benar kata tak reti.”
“Untuk orang lain, saya tunjuk aje yang mahal-mahal. Untuk sendiri saya kena berkira-kira dengan harga. Karang mahal sangat pulak.”
“Sayakan tak kisah mana yang awak pilih. Mahal ke..apa ke...”
“Saya tak naklah perhabis duit awak. Tu bukan cara saya.” Irsya Natasya memberitahu.
Irfan Faris akhirnya membeli rantai yang dipilih Irsya Natasya. Sebenarnya, ia tidak termasuk dalam senarai pun. Saja nak beli.
Setelah membuat pembayaran untuk ketiga-tiga jenis barang tersebut…
            “Nah.” Ujar Irfan Faris sambil menghulurkan sebuah beg kecil mengandungi kotak baldu bewarna biru kepada Irsya Natasya. Ia adalah rantai yang dibeli tadi.
            “Hah? Ehh..Tak naklah. Gila apa kasi saya rantai tu. Bukan ke tadi kata nak kasi awek awak.”
            “Ada ke saya cakap nak kasi awek saya? Nah, ambil. Saya kasi awak.”
“Eii..Tak nak..Tak nak..Tak nak.. Menakutkan tahu tak.”
            “Menakutkan? Apa kes awak takut dengan rantai ni. Dia makan awak ke?”
            “Sorrylah. Saya tak sukalah barang-barang yang terlebih mahal ni. Kalau hilang naya aje. Lagipun, saya bukan pandang sangat benda-benda macam ni. Dah. Ambil balik.”
            “Uit, jangan bengangkan saya kat sini boleh tak. Terima ajelah. Itu pun susah ke. Bukan awak yang keluar duit pun. Ambik!” Ujar Irfan Faris sambil membesarkan mata. Gaya memaksa.
            “ Ek’elek. Itu pun nak besar-besarkan mata. Mata awak tu keciklah.”
            “Menjawab aje. Degil betul. Saya dah kasi ni, ambil ajelah!”
“Tak naklah. Kalau nak kasi, dah kahwin nanti tak apalah. Sekarang ni, tak naklah. Tak pasal-pasal nanti kalau hilang awak tuntut. Saya nak ganti dengan apa nanti?”
            “Eh, degillah awak ni. Saya kata ambil, ambillah. Tu pun susah sangat ke?”
            “Mana boleh paksa. Saya tak naklah. Kalau nak beri sangat, jadikan barang hantaran ajelah.”
            “Tak payah nak hantaran-hantaranlah. Ambil ajelah sekarang!” Irfan Faris menekan suara sambil menjengkelkan mata.
“Yalah, yalah. Saya ambil. Apalah. Orang tak nak, dia bagi juga. Bagi cara macam ni, macam tak ikhlas tau tak.”
“E’eh. Membebel pulak dia. Sekali saya bagi karang!”
“Bagi apa? Hati awak?” sempat Irsya Natasya berloyar buruk.
Irfan Faris buat muka.
Irsya Natasya tergelak sendiri. “Takut ke nak bagi hati awak kat saya? Takut saya nak buat ulam ke? Hati awak berulam jantung saya.”
“Jangan nak buat lawak bodoh pulak.Dah.Yang cincin dengan gelang ni, saya bawa balik dulu.”
            “Hmm..Yalah.Tahu. Cuma.. saya tak tahu apa motif awak beri rantai ni. Mungkin awak nak cukupkan set barang kemas untuk saya kut. Apa-apa pun terima kasihlah kat awak. Tapi kalau tiba-tiba terhilang, jangan marah.”
            Irfan Faris hanya menjeling pandang.
            Irsya Natasya hanya tersenyum. Takkanlah aku nak hilangkan. Gila! Mahal tu.
“Eh, semua sekali berapa ribu  awak belanja?”Irsya Natasya menyoal.
            “Tak payahlah tahu. Sibuk aje.”
            “Banyaknya duit awak. Awak memang tak kisah ea, keluar duit banyak-banyak. Orang kaya memang macam tu ke?”
            Irfan Faris kembali menjeling Irsya Natasya. Memang banyak kali dia menjeling Irsya Natasya. Jika dihitung, dia juga tidak pasti berapa kali dia memberikan jelingannya pada gadis itu.
            “Salah cakap ke?” soal Irsya Natasya selamba. Irfan Faris tidak menjawab.
            “Awak beli ni semua, memang guna duit awak ke? Ke nanti awak claim kat nenek?” Irsya Natasya sengaja menduga.
            “Apa awak nak sibuk?”
            “Bukan sibuklah. Saya nak tahu aje. Awak memang sengaja nak habiskan duit nenek awak sebagai tanda protes ea? Sebab tu awak tak kisah belanja banyak-banyak ni, kan? Lepas ni, mesti awak minta bayaran balik dua kali ganda atas apa yang awak belanja untuk saya, kan? Betul tak?”
Bingit sahaja kata-kata itu kedengaran di cuping telinga Irfan Faris. Dia mengela nafas kasar.
“Dah! Tak payah nak cakap-cakap lagi. Tu tak melibatkan awak pun. Yang awak nak sibuk kenapa? Tu antara saya dengan nenek saya.  Bakal nenek kesayangan awak tulah! Sibuk aje nak suruh saya kahwin dengan awak!” Suara Irfan Faris sedikit menekan.
            “Alah. Itu pun nak marah. Saya tanya baik-baik aje. Janganlah emo sangat.”
            Irfan Faris kembali membesarkan mata kepada Irsya Natasya tanda marah.
“Yalah, yalah..Tak cakap lagi.”
Mereka kemudian terus berjalan bersama.
Irsya Natasya kini melirik jam di tangannya. Waktu kian menginjak ke petang. Tak sedar masa berlalu begitu pantas.
“Awak… Bila nak balik ni? Dah lewat petang. Dahlah awak kena hantar saya balik dulu. Lepas tu awak nak kena patah balik semula. Pukul berapa pulak awak nak sampai rumah.” Gaya Irsya Natasya bercakap, ala-ala ambil berat juga.
“Ya, tahu. Tapi sebelum tu, ikut saya jap.”
“Ke mana?”
“Sergah spy nenek.”
Irsya Natasya buat muka pelik. Namun diikut sahaja langkah kaki Irfan Faris yang terus berjalan laju ke hadapan. Sampai di satu destinasi, Irfan Faris berhenti melangkah. Irsya Natasya turut berhenti. Dia melilau pandang mencari sasaran. Padahal bukan kenal pun siapa spy nenek si Irfan tu. Hehe..Dah alang-alang, tengoklah wajah-wajah lelaki kacak bergaya yang kebetulan ada di situ. Cuci mata.
“Awak tengok siapa?”
“Tengok mamat handsomelah. Dah tu tengok siapa pulak.”
“Uit. Saya kat sebelah ni bakal suami awak tau.”
“Alah. Awak bukannya suka saya pun. Tak kisahlah. Takkan nak jealous pulak. Saya tahu, awak ni bukan kaki jealous pun. Rilekslah.”
“Ada aje jawabnya.”
“Of courselah.” Irsya Natasya tergelak-gelak sendiri. “Eh. Mana spy nenek awak tu? Kata nak sergah.”
“Tu..Yang dekat meja hujung tengah makan tu.” Irfan Faris memberitahu.
Irsya Natasya melihat ke arah meja yang dimaksudkan. Kelihatannya seorang perempuan berbadan agak gempal berwajah agak cantik juga. Part umur, dia tidak pasti berapa. Mungkin dalam lingkungan usia 40-an.
“Dia tu siapa?”
“Mak usu saya. Adik bongsu papa.”
Irsya Natasya hanya mengangguk-angguk kepala.
“Jom. Kita ‘pow’ dia belanja makan. Saya tiba-tiba rasa laparlah. Tadikan kita tak makan.”
“Hah?”
“Tak payah nak hah, hah sangatlah.”
Irsya Natsaya menghela nafas kasar.
“Hish, dia ni. Nak makan pulak. Aku nak balik cepat, makin lambat jadinya. Siap nak makan. Karang berbual itu ini. Lagi jadi lambat. Bukan kata tadi nak sergah aje ke?” Irsya Natasya mengomel dalam nada suara agak perlahan.
“Membebellah tu.”
“Lantak sayalah nak bebel ke tak. Saya nak balik cepatlah. Mana elok balik lewat-lewat ni. Ikatan kita ni mana sah lagi.”
“Tahulah. Hmm..Okey. Saya telefon mak awak sekarang beritahu yang kita balik lambat sikit.”
Irfan Faris kemudian mendail nombor rumah Irsya Natasya. Panggilan bersambut. Dia berbicara untuk beberapa ketika dan kemudian menyerahkan telefon bimbitnya kepada Irsya Natasya. Setelah berbicara, talian dimatikan. Irsya Natasya kembali menyerahkan telefon bimbit itu kepada Irfan Faris.
“Puas hati?” Ujar Irfan Faris sambil mengangkat kening. Selalunya kalau orang dah hati tak suka ni, memang cari jalan nak balik cepat. Biar tak menghadap muka orang tu lama-lama. Ni tidak. Siap bawa lencong ke lain. Okeylah. Ini style Irfan Faris. So, tak boleh nak dipertikaikan.
“Okey.” Jawab Irsya Natasya acuh tak acuh.
‘Apalah mak aku ni. Boleh pulak dia lepaskan aku bawah jagaan mamat ni. Dahlah belum sah jadi suami aku lagi. Pulak tu mamat ni memang sah dan sahih tak suka aku. Mak ni, macam dah tak sayang dekat aku aje. Sebab tulah suruh cepat-cepat kahwin. Biar aku tinggal dengan mamat ni.’ Irsya Natasya melayan kata di hati. Sedih juga rasa hatinya.
“Dah, jom.”
“Ni kena berlakon juga ke apa?”
“Faham-faham sendirilah.”
Irsya Natasya kemudian mengatur langkah mengikut Irfan Faris.
“Hai, mak cik Milah. Buat apa dekat sini?” Sergah Irfan Faris sambil menepuk bahu mak usunya itu.
Zamilah menepuk dada tanda terkejut. Selamat tak melatah.
“Err..Tak ada buat apa-apa. Saja makan-makan dekat sini.” Tergagap-gagap juga dia menjawab.
“Mak cik Milah, belanjalah kita orang. Mak cik Milah tengah kaya kan sekarang ni?” Perli Irfan Faris. Dia sudah menarik kerusi duduk di hadapan mak usunya itu.
Zamilah menelan liur sendiri yang terasa berpasir. Dia faham maksud anak saudaranya itu.
Irsya Natasya kemudian menarik kerusi di sebelah Irfan Faris dan melabuhkan punggung. Wajahnya kekal mempamer wajah ceria. Dia kemudian diperkenalkan dengan Zamilah.
“Ni Irsya. Panggil aje Sya. Dia nilah bakal isteri Irfan. Gadis pilihan nenek tu. Mesti mak cik Milah pun tak kenal lagi kan?” IrfanFaris sengaja menekankan perkataan bakal isteri itu. Dia harap mak usunya mengerti bahawa gadis itu bukanlah pilihan hatinya. Tetapi semua orang sibuk nak paksa dia berkahwin dengan gadis itu.
“Sya. Ni mak usu saya. Bakal mak usu awakjuga. Panggil aje mak cik Milah. Nama dia memang agak kampung sikit. Walaupun gaya dia up to date ala-ala omputeh, siap rambut blonde perang-perang ni, jiwa dia memang kampung. Versatile katanya.” Irfan Faris mengujar kata. 
Irsya Natasya dan Zamilah saling bersalaman.
“Oh. Mesti mak cik Milah minat lagu klasik macam NekKalsum juga kan.”
Riak wajah Zamilah sedikit berubah. Namun riak wajahnya tetap di cover.Dia hanya tersenyum-senyum kelat.Yalah, jiwa bandar dikasi hentam dengan jiwa kampung. Nama glamour Melly pula, tiba-tiba jadi Milah. Dia tahu, memang Irfan Faris sengaja nak mengenakannya.
Irfan Faris sudah tergelak apabila Irsya Natasya berkata begitu. Suka. Sekurang-kurangnya ia dapat menghentam mak usunya itu. Padan muka mak cik Milah.Tulah. Siapa suruh tak geng Irfan!
“Err..Kata tadi nak makan. Makanlah. Biar achik belanja.”
“Of courselah. Rugilah kalau tak makan free ni. Perut tengah lapar ni. Jom Sya. Kita sental habis-habisan.”
Irsya Natasya hanya tersenyum. Dia sepertinya dapat mengagak sesuatu. Tengok pada gaya Irfan berbicara dia tahu, sepertinya ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan mak usunya itu. Kiranya kini, Irfan Faris sedang membalas dendam. Tentang hal apa, dia tidak pasti sebab inilah kali pertama dia bertemu muka dengan mak usu Irfan Faris.
“Err..Sya. Silalah. Orderlah apa-apa. Achik belanja.”
Akhirnya Irsya Natasya memilih menu Chicken Chop. Irfan Faris pula entah apa yang di ordernya. Mula order Lamb Chop. Lepas tu bertambah-tambah lagi. Entah apa-apa. Irsya Natasya sendiri tidak arif akan makanan-makanan seperti tu. Last, last penuh semeja.
Irsya Natasya berkalih pandang kepada Irfan Faris. “Banyaknya awak order. Habis ke awak nak makan semua ni?”
“In Shaa Allah, habis. Awak tolonglah makan sama. Nanti balik rumah dah tak payah makan. Hari ni rezeki terpijak kita. Mak cik Milah belanja. Mak cik Milah tengah kaya ni tau sekarang ni. Rugilah kalau kita tak ‘pow’ dia. Dia ni rajin ke luar negara, cuma sesekali aje balik sini. So, susah nak ‘pow’ dia. Ada peluang ni jangan dilepaskan.” Ujar Irfan Faris selamba sambil menikmati hidangan di hadapannya. Sengaja juga dia mengangkat kening kepada mak usunya. Haha..Padan muka mak cik Milah!
Dalam pada itu, Irfan Faris juga sengaja menunjuk lagak mesranya dengan Irsya Natasya. Dihiriskan juga Lamb Chopnya dan diletak ke dalam pinggan Irsya Natasya untuk dijamah. Amacam mak cik Milah? Mesra tak kita orang?
‘Dah kenapa mamat sebelah ni?’Bisik Irsya Natasya sendiri.
Irsya Natasya kemudian berbual dengan Zamilah. Dia bertanya akan hal-hal yang confirm tak digemari oleh oleh Zamilah. Nak tahu tanya apa?
Lagu klasiklah pilihanlah, cerita P.Ramleelah, pelakon-pelakon zaman dululah. Haishh..Berbuku sahaja hati Zamilah menahan rasa. Terkulat-kulat dia menjawab. Dibantai sahaja agak-agak yakin. Apabila ditanya siapa pelakon perempuan zaman dulu yang dia suka, senang hati dia menjawab Maria Ronaldo.
‘Err..Maria Ronaldo? Bukan Maria Menado ke?’ Guman Irsya Natasya di hati sendiri.
Irsya Natasya seperti dapat memahami apabila melihat gaya jawapan Zamilah. Seperti ada yang tak kena. Dia akhirnya mengubah topik bicara. Irfan Faris di sisi sudah semestinya bergembira di hati. Bagus betul soalan Irsya Natasya untuk mak usunya itu. Ambik kau mak cik Milah! Haa..Kan dah. Baik-baik dulu Irfan panggil Achik Melly, terus jadi mak cik Milah. Haha..Puas hati Irfan!Lepas ni Irfan panggil mak cik Milah Ronaldo pulak. Haha..Lawak. Ada ke dia jawab Maria Ronaldo. Siapa tu? Main hentam sajalah tu. Dah tentu nama pelakon lama tu Maria Menando. Aku yang muda ni pun tahu. Apa daa..Selamat dia tak jawab Maria Sharapovva. Haha...Mak cik Milah..Mak cik Milah...Padan muka mak cik Milah.
Telefon bimbit Zamilah kini berbunyi. Dia lega. Dapatlah dia melepaskan diri dari anak saudaranya itu.
“Sya. Achik kena pergi dululah.Ada hal.”
Irsya Natasya mengangguk sambil menyambut salam wanita itu.
“Ehem..Ehem..Dah bayar ke semua ni mak cik Milah? Jangan tiba-tiba kita orang yang kena bayar.”
“Eh, tahulah achik. Achik yang belanja, kan. Okey. Achik pergi dulu.”
“See you mak cik Milah. Jumpa nanti dekat rumah nenek ,ya.”
Selajur Zamilah pergi…
“Awak sengaja kenakan mak usu awak ya?”
“Tak ada kaitan dengan awak punlah.”
“Mak cik awak tu dah kahwin?”
“Lum. Anak dara tu...a.”
“Tak baiklah cakap macam tu. Jodoh dia belum sampai.”
“So..kita ni dah sampai jodohlah ni.”
Irsya Natasya hanya angkat bahu.
“Jongket bahu konon. Sabtu minggu depan tau kita nikah. Jangan cari pasal nak lari ea. Saya saman awak kalau awak lari.”
“Tahulah. Ala..Dah tak suka, buatlah cara tak suka.”
“Degillah awak. Tolonglah dengar cakap saya ni. Eh, dahlah. Malas nak layan awak bercakap.Dah. Jom, blah!”
Irfan Faris terus bangun dan berjalan pergi. Namun, dia tidak sedar bahawa Irsya Natasya tidak membuntuti langkahnya. Irsya Natasya hanya berdiri ditempatnya dan melihat Irfan Faris yang kian melangkah pergi. Apabila dihitung langkah kaki, ia sudah dua puluh tapak ke hadapan meninggalkan Irsya Natasya.
Irfan Faris tiba-tiba berhenti. Dia baru tersedar Irsya Natasya tiada bersamanya. Dia menoleh mencari Irsya Natasya. Dia membesarkan mata tanda marah. Irsya Natasya hanya tersenyum di tempatnya. Kemudian, barulah dia berjalan mendapatkan lelaki itu.
“Awak ni dah kenapa? Kenapa tak jalan dengan saya. Karang awak hilang, saya yang susah. Mesti nenek ingat saya sengaja hilangkan awak supaya tak kena nikah dengan awak. Lain kali jangan buat hal boleh tak?!” suara Irfan Faris sedikit menekan.
Irsya Natasya hanya berbuat tidak tahu. Dia hanya tersenyum.
“Tengok tu. Buat tak tahu aje. Orang tanya ni tau.”
“Oh. Awak tanya ea?” Irsya Natasya bertanya soalan bodoh.
Irfan Faris hanya memandang Irsya Natasya. Dia mendengus perlahan. Malas untuk dia terus berbicara. Rasa di hati, ingin saja ditunjal-tunjal kepala Irsya Natasya yang degil itu.
Mereka berdua kini berjalan pergi. Masing-masing mengunci bicara. Namun, Irsya Natasya tetap menyimpul senyum.  Senyum memanjang. Nak tahu kenapa dia senyum?? Agak-agak kenapa?


TQVM kepada yang sudi membaca..
Sudi-sudikanlah komen ya.
Cerita ni biasa-biasa aje.