“IRFAN!
IRFAN!”Cemas suara Kirana kedengaran. Kuat juga dia mengetuk pintu bilik anaknya
itu. “Irfan. Bukalah pintu ni!”
“Ada apa, ma. Irfan tengah tidurlah.”
Nyaring suara Irfan Faris kedengaran dari dalam bilik. Suaranya seakan
membentak kerana dia paling tidka suka tidurnya diganggu. Ketukan pintu dan
suara mama saling berganti membuatkan Irfan Faris terpaksa aku untuk bangun dan
membuka pintu.
“Kamu ni dah pukul berapa. Asyik nak
tidur aje. Tolong mama pergi cari nenek.”
“Kenapa dengan nenek? Biarlah dia. Nenek
kan dah tak suka Irfan. Dah benci Irfan.” Irfan Faris menjawab dengan hati yang
sebal. Marah dan rasa tidak puas hatinya masih menebal pada nenek.
“Irfan..Jangan cakap macam tu. Tak baik.”
Lembut Kirana menasihati. “Sekarang mama nak Irfan cari nenek. Nenek tak ada
kat bilik. Seluruh rumah mama dah cari. Mama takut terjadi apa-apa pada dia.Mama
takut nenek tu dah ke mana-mana. Tolong
mama, Irfan. Mama risau ni.”
“Ala, ma. Nenek kan ada hero dia. Kalau
ada apa-apa terjadi, mesti hero kesayangan dia tu muncul tiba-tiba.” Bicara
Irfan Frais merujuk kepada Irsya Natasya. Ya, ‘hero’ nenek yang terpaksa bakal
dinikahi tidak lama lagi.
“Kamu ni. Ada ke cakap macam tu.” Suara
Kirana sedikit tinggi. Marah juga dengan bicara anak sendiri. “Ni, degil sangat
mulut tu.” Telinga Irfan Faris sudah dipulas kuat.
“Adoii..Sakitlah, mama. Apa ni piat-piat
orang ni.” Ujar Irfan Faris sambil memegang telinganya yang terasa sakit.
“Irfan..Tolonglah mama cari nenek kamu
tu. Mama tak sedap hati ni.”
“Yalah, yalah. Nenek ni degil betullah!
Mensyusahkan orang. Dahlah paksa orang kahwin dengan ‘hero’ pilihan dia tu,
ale-ale dia pulakyang merajuk.”
“Irfan…Mulut tu..”
Irfan Farisbersiap ala kadar. Dia
kemudian terus mengambil kunci kereta dan mendapatkan keretanya di porch.Mahu tak mahu, terpaksa juga dia
mencari neneknya itu. Irfan Faris terus menuju ke satu destinasi. Gerak hatinya
seakan mengetahui di mana neneknya berada. Nyatalah telahannya tidak silap.
Dikejauhan dia melihat Nek Kalsum menangis di kubur atuknya, Zainal Akhlaken.
Irfan Faris datang menghampiri dan mencuri dengar apa yang diperkata oleh
neneknya itu. Dia kini berada di sebuah kubur yang lain dan berselindung di
sebalik pohon sepulih yang di tanam di situ.
“Awak..Saya sedih sangat. Irfan dah tak
sayang saya. Dia dah tak nak dengar cakap saya lagi. Dia tak nak kahwin dengan
Sya. Sya tu bakal cucu menatu pilihan kita. Sya tu anak Odah dan Hamid.Awak
ingat tak? Kita dah tunangkan dia orang masa kecil. Sekarang saya dah jumpa mereka.
Tapi, Irfan tak nak terima pilihan kita tu. Saya sedih sangat.Sya tu baik
budaknya. Dia pernah tolong saya. Kenapa cucu kita tu tak nak terima Sya?
Kenapa?” Nek Kalsum kelihatan menangis terisak-isak. Begitu hatinya terluka.
Nek Kalsum terus merintih sendiri.
Irfan Faris hanya mendengar. Namun, tidak
bertindak menegur. Selajur beberapa ketika, dia melihat neneknya bangun dan pergi.
Irfan Faris juga tidak mengejar. Dibiarkan saja neneknya berjalan pergi. Irfan
Faris kemudian pergi ke kubur arwah atuknya, dan menyedekahkan Al-Fatihah dan
doa.
Irfan Faris melihat neneknya yang
kini menahan sebuah teksi. Dia kemudian hanya mengekori teksi tersebut hingga
ke rumah. Sebelum itu, sempat dimesej mamanya memberitahu keadaan neneknya.
Alhamdulillah. Lega juga hati Kirana mendengar. Apabila melihat neneknya telah
sampai ke rumah, Irfan Faris kemudian meluncur pergi bersama keretanya. Dia
sengaja tidak mahu bertemu muka dengan neneknya untuk seketika. Dihatinya masih
ada rasa marah dengan sikap nenek yang suka memaksa.
Selajur sampai di rumah, Nek Kalsum
tidak mahu bercakap sama-sekali. Dia terus masuk ke bilik dan mengunci diri.Ia agak
merisaukan Kirana.
“Ibu..Bukaklah pintu ni, bu. Ibu tak makan
lagi sejak pagi tadi. Ibu..Janganlah macam ni. Kalau ibu marahkan Irfan
sekalipun, ibu janganlah sampai abaikan kesihatan ibu. Jom ibu. Kita makan.
Kirana suapkan ibu.”
“Tak nak! Aku kata tak nak, tak naklah.
Biarlah aku mati cepat. Aku tahu kau orang semuamemang tak suka aku. Aku tahu
kau orang semua berlakon baik bila depan aku, kan?!”
“Ibu..Tak baik cakap macam tu. Kami
semua sayang ibu.”
“Dah! Aku nak tidur. Tak payah kau nak
suruh aku makan ke minum!”
“Ibuu…” Kirana terus mengetuk pintu
bilik itu bertalu-talu.
“Pergi! Pergi! Jangan kacau aku! Biar
aku mati!” Nek Kalsum terus meraung sendiri. Dalam pada itu kedengaran benda
kaca berderai ke lantai.
“Ya Allah, ibu. Kenapa macam ni? Ibu.
Ibu jangan buat perkara bukan-bukan bu.” Kirana jadi cemas. Dia kelam-kabut
mencari kunci pendua bilik ibu mertuanya itu.
“Ya Allah. Mana pula kunci ni.
Jangan-jangan ibu dah ambil.” Kirana jadi kelam-kabut. Dia turun mengetuk pintu
bilik Zamilah. Tika ini hanya Zamilah ada di rumah.
“Mel! Mel! Tolong akak Mel.”
“Kenapa ni kak?” soal Zamilah apabila
dia sudah membuka pintu.
“Ibu, Mel. Ibu... Ibu kunci diri dalam
bilik. Kunci pendua bilik pun dia dah ambil. Tadi dia terjerit-jerit sendiri
kata kita tak sayang dia. Dia kata biar dia mati cepat.”
“Ya Allah! Ibu ni memang macam ni ke kak?”
“Ibu mungkin kecewa sangat dengan Irfan
sebab tak nak terima Sya tu.”
Zamilah hanya menggeleng kepala. Mengapa
begitu tindakan ibunya.
Kirana kelam-kabut menelefon Irfan
supaya pulang. Diminta agar dipujuk neneknya itu. Dia tahu ibunya ingin Irfan
yang memujuknya, bukan orang lain.
Irfan Faris menerima panggilan daripada
mamanya. Mahu tak mahu dia berpatah balik.
“Nenek
ni memang menyusahkan oranglah!” Omel Irfan Faris sendiri.
Irfan Faris berusaha membuka pintu
bilik Nek Kalsum. Pintu berjaya dibuka setelah kad keras digunakan untuk
membuka selak pintu tersebut.
“Ya Allah, nek!” Irfan Faris segera
mendapatkan neneknya yang telah terbaring pengsan. Segera d bawa ke hospital.
Di hospital setelah sedar dari pengsan,
Nek Kalsum langsung tidak mahu bercakap dan memandang wajah Irfan Faris. Dia
hanya berbicara pada Kirana.
“Dah, Irfan. Kita keluar dulu. Biar
nenek berehat.” Ujar Kirana sambil mengusap lembut bahu anak terunanya itu.
Irfan Faris akur. Dia sudah meraup muka
beberapa kali. Terasa menyesal juga dengan sikap sendiri. Tapi..
Irfan Faris kini merehatkan diri di
taman hospital. Melihat kanak-kanak yang asyik bermain sedikit menggembirakan
hatinya. Teringat juga zaman kanak-kanaknya dahulu. Selalunya dia bermain di
taman ditemani neneknya. Dan apa yang paling dia suka ialah bermain buaian.
Setiap kali dia bermain, buainya akan dihayun oleh nenek.
Irfan Faris mengeluh nipis. Apabila
mengenangkan nenek, dia tahu memang neneknya banyak berjasa kepada dirinya. Apa
yang pasti dialah yang paling rapat dengan nenek berbanding abangnya, Idham
Faizal. Ke mana sahaja nenek pergi, pasti dia akan dibawa bersama. Apa yang
diminta pasti juga diturutkan oleh nenek. Sebahagian hidupnya penuh dengan
cerita-cerita dari nenek. Di waktu kecil, nenek juga yang mendodoikannya tidur
berteman lagu-lagunya. Ya, semua dibuat nenek. Cuma dikala dia besar, nenek
pula meminta dia berbuat begitu. Salah satunya ialah mendodoikan tidurnya
dengan lagu ‘Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga’ dan lagu ‘Suriram.’Dia menunaikan
juga walau kadang-kalanya melakukan tanpa ikhlas di hati.
Kini nenek meminta kepada satu hal yang
lebih besar daripada itu, iaitu berkahwin dengan cucu pilihannya. Apa yang
membuatkan hati Irfan lebih terluka ialah, ia sudah diatur dan dirancang nenek
tanpa berbincang dengannya terlebih sehingga tarikh keramat itu bakal muncul
tidak lama lagi. Ya, terlalu hampir.
“NEK…Irfan
sayang nenek. Tapi kenapa nenek minta benda yang Irfan tak boleh nak tunaikan nek?
Kenapa nenek nak sangat Irfan kahwin dengan cucu pilihan nenek tu? Irfan tak
boleh nek. Hati Irfan tak boleh nak terima. Perkahwinan ni bukan mudah nek.
Seluruhnya, Irfan yang akan kena bertanggungjawab nanti. Kalau ada apa-apa yang
berlaku pasti orang akan salahkan Irfan. Irfan bukan berniat nak kurang ajar
dengan nenek. Tapi….Irfan tak boleh. Irfan takut melukakan hati orang lain.
Hati Sya. Hati keluarga dia. Lagipun nenek terlalu memaksa dalam tempoh secepat
ni. Irfan tak boleh nek.”
“Kalau Irfan tak nak terima, pergilah.
Pergi dari hidup nenek sekarang. Jangan jumpa nenek lagi!” Nek Kalsum berbicara
tanpa memandang wajah cucunya itu. Bicaranya sudah bercampur sebak. Hati tuanya
menangis.
“Selama ni nenek dah banyak penuhi
permintaan Irfan. Tapi nenek cuma minta satu ni aje. Nenek tahu ia agak berat,
tapi nenek teringin nak Sya jadi sebahagian dari hidup nenek. Nenek nak sangat
Irfan. Kalau boleh nenek nak tengok Irfan bersanding dengan Sya sebelum nenek
mati.” Suara Nek Kalsum jadi lirih.
“Nek..Kenapa cakap macam tu. Irfan…”
“Nenek nak Sya, Irfan. Nenek nak
Sya.”Nek Kalsum sudah terhincut menangis. Seakan dia begitu mengharap. Irfan Faris
kini memeluk neneknya. Kasihnya tetap ada walaupun kadang-kala hatinya terasa
panas dengan permintaan neneknya itu.Haruskan dia menerima gadis itu sebagai
isterinya demi kegembiraan nenek. ‘Ya Allah. Beri aku petunjuk.’
“Nek.Dah jom ni Irfan suapkan nenek
makan.” Lembut suara Irfan Faris memujuk.
“Tak nak! Selagi Irfan tak janji akan
kahwin dengan Sya, nenek takkan makan.”
“Nekkk...Janganlah macam ni.”
“Kalau Irfan tak nak kahwin dengan Sya,
Irfan pergilah dari hidup nenek. Nenek tahu Irfan memang dah tak sayang nenek
kan?!”
Irfan Faris melepaskan keluhan kecil.“Okeylah,
nek. Irfan terima pilihan nenek tu. Tapi ada syarat.”
“Betul ni? Tak tipu?” Kini barulah wajah
cucunya itu dipandang.
“Ya. Promise.”
Irfan Faris sudah mengangkat tangan tanda janji. Dia terpaksa buat kata putus
sekadar memujuk hati nenek.
“Apa syaratnya?”
“Syaratnya, yang pertama. Segala
perbelanjaan nenek kena tanggung sepenuhnya. Kedua, Irfan tak nak nenek paksa
Irfan buat sesuatu yang Irfan tak suka. Dan yang ketiga, lepas kahwin Irfan
akan pindah dari sini. Duduk rumah yang mama dan papa dah hadiahkan untuk Irfan
sebelum ni.”
“Okey. Nenek tak ada masalah. Janji
Irfan kahwin dengan Sya. Kalau macam tu, nenek pun ada syarat untuk Irfan juga.”
Nek Kalsum sudah meleret senyum.
“Hah?” Irfan Faris sedikit terkejut. Ada
syarat juga ke? Dah tua pun sibuk nak buat syarat. Nampaknya neneknya memang
sengaja. Entah-entah nenek ni berlakon aje kut. Nampaknya aku ni macam dah
tertipu dan terperangkap aje. Aduh! Kalah dengan nenek!
“NAH!Ni
perjanjian MoU yang Irfan kena terima.Tak payah tanda tangan, cop jari aje
cukup.” Ujar Nek Kalsum sambil duduk lantas menghulurkan sebuah fail bewarna
biru kepada Irfan Faris. Sekali pandang dah macam fail terima transkrip ijazah
pula.
“Apa ni nek siap ada perjanjian MoU
bagai. Ma..Pa.. tengoklah nenek ni.”Adu Irfan kepada Kirana dan Zamrud yang
turut berada di situ. Mereka berdua hanya tersenyum.
“Kamu dah janjikan?” Nek Kalsum masih
menghulur fail tersebut kepada cucunya.
“Memanglah. Tapi macam melampau aje apa
yang nenek dah buat ni.”
“Ikut ajelah Irfan. Cuba gembirakan hati
nenek tu. Terima aje.” Ujar Kirana.
“Hati nenek aje mama fikir. Hati Irfan
semua orang tak peduli.”
“Alah Irfan. Papa pun macam gitu juga.
Kalau tak percaya, papa boleh tunjukkan transkrip akur janji papa dengan nenek.
Tapi tak cantik macam kamu punya. Papa punya dulu tulis pakai pen kat kertas
biasa aje. Tulisan jawi lagi.”
“Ya ke papa? Nenek pun buat macam tu
juga ke. Eii..entah apa-apa nenek ni.”
“Dah. Jangan banyak bunyilah mulut tu. Ambik ni! Baca depan nenek,mama dan papa.
Lepas tu sila cop jari ya cucu nenek sayang....” Ujar Nek Kalsum lembut sambil
mengusap kepala cucunya itu.
Irfan Faris menerima jua huluran fail
itu dalam perasaan yang sebal. Dibuka muka hadapan fail itu. Di dalamnya
mengandungi satu kertas keras tertulis kata-kata akur janji. Siap berlaminate bagai. Canggih!
“Saya, Irfan Faris bin Zamrud dengan ini
berjanji setia untuk menikahi...” Irfan Faris baru membaca sebaris ayat yang tertulis.
Wajah neneknya di sebelah dipandang.
“Apa ni nek? Ni paksaan yang tak boleh
dimaafkan. Mana boleh macam ni nek. Tolonglah.”
“Nenek dah tak harapkan apa-apa dari
Irfan. Cuma inilah satu.” Suara Nek Kalsum sedikit kendur mengharapkan
pengertian.
Irfan Faris melepaskan nafas nipis. Dia
cuba bertenang seketika. Akhirnya dia membuat keputusan.“Okey.” Lemah sahaja
jawapannya. Dia kemudian membaca laju perjanjian yang merupakan akur janji itu.
“Okey, dah.”
“Lagi sekali. Laju sangat. Baca tu
biarlah betul-betul. Ikut intonasi.”
“Nekk...”
“No..One
more..” Nek Kalsum memberi arahan.
“Ma..Ma tengoklah nenek ni ma. Banyak pulak complaintnya.”
“Baca ajelah Irfan. Bukan susah pun.
Memang laju sangat pun kamu baca tadi. Dengarnya macam senafas aje. Ni bukan
nak jawab akad nikah, Irfan. Dah. Cuba baca semula.”
“E’eh, mama ni. Sama aje macam nenek.”
Zamrud tergelak.
“Papa gelak kenapa? Tak lawak kut.”
“Memang tak lawak pun. Cuma kelakar aje.
Papa ni dah lama tak gelak, tapi tengok kamu, papa jadi tergelak.”
Irfan Faris membuat muka. Seakan dirinya
diperkotak-katikkan oleh kedua ibu bapanya sendiri.Eii..Geramnya! Dahlah macam
apa. Baca ikrar sambil disaksikan ibu bapa. Oh, no commet.Macam situasi di hari pernikahan. Kiranya sebagai pra-akad.Arggh...Parah! Apalah nasib kau ni Irfan
Faris.
“Dah, baca. Nenek nak rakam kat phone ni.”
Irfan Faris mencebik bibir. Eii, nenek
ni…Nak rakam-rakam pulak. Jadikan
bahan buktilah tu. Nenek memang bijak dari aku. Terpaksalah terima hakikat.
Irfan Faris kini membaca kembali akur
janji tersebut bersama intonasi. Hmm..Sedap
didengar.
~Saya,
Irfan Faris bin Zamrud dengan ini berjanji setia untuk menikahi gadis pilihan
keluarga, Irsya Natasya binti Hamid pada tarikh yang termaktub dan dipersetujui
iaitu 14 Zulhijjah 1434 bersamaan hari Sabtu, yang merupakan ulangtahun hari
lahir kami yang ke-25. Saya, Irfan Faris bin Zamrud bersetuju memegang amanah
dan tanggungjawab ini demi kebahagiaan dan keharmoniaan ikatan dua insan yang
halal dalam hubungan untuk membina keluarga Sakinah sehingga ke Jannah. In Shaa
Allah. Aamiin...~
“Haa..Macam tulah. Sedap aje nenek
dengar.”
Irfan Faris sudah buat muka sambil
membegakan wajah. Kirana dan Zamrud hanya tersenyum.
“Dah. Cop jari kat bawah tu. Bawah tu
ada syarat tambahan. Termaktub dalam akur janji ni juga.”
“Eii, ada syarat tambahan pulak. Apa ni nek?”
“Kamu jangan banyak bunyilah Irfan. Kamu
dah janji untuk terima. Ikut ajelah. Dan nenek pun aku ikut syarat yang kamu minta
tu. Bukan susah pun. Dah. Cop jari kat bawah tu.”
“Eii..Apa ni? Kena pastikan ada anak
dalam masa dua bulan. Mengarutlah nenek ni. Kan Irfan dah cakap, Irfan tak nak
nenek paksa Irfan buat apa yang Irfan tak suka. Nenek ni belum-belum dah
langgar syarat.”
“Ah..Tak ada, tak ada. Nenek nak juga.”
“Eii, nenek ni. Benda tu semua tu kan rezeki
Allah nek. Ni siap set time. Entah
apa-apalah nenek ni. Nyanyuk. ”
“Wah, sedapnya mulut tu bercakap nenek
ni nyanyuk. Aku ni waras. Kamu ni cucu aku Irfan oii. Dengarlah cakap aku ni. Kalau
usaha lebih, In Shaa Allah menjadi Irfan.”
Irfan Faris buat muka.
‘Kenapalah nenek boleh fikir sampai
macam ni. Aku kata dia nyanyuk tak mengaku pulak.
Eiii..Menyampahnya aku. Hari tu kata terima syarat aku, tak boleh paksa apa
yang aku tak suka. Ni, sesedap rasa aje dia nak minta aku ada anak cepat. Eii..Kalau
tahu nak jadi macam ni, aku lari aje dari rumah. Lagi senang! Ajak si Sya tu
sekali. Eh, salah cakap pulak. Ajak
dia tu buat apa. Macam ajak kahwin lari pulak.’
“Dah. Cepat. Cop jari kat bawah tu!
Berangan pulak dia.”
“Yalah, yalah.” Irfan Faris terpaksa
akur sambil tarik muncung.
“Tak payahlah buat muka cemberut kamu
tu. Buruk nenek tengok.”Nek Kalsum sudah meleret senyum.
“Huh!”
“Eleh, merajuk. Ingat nenek heran sangat
ke. Dah cepat cop jari tu!” Nek Kalsum bertegas.
“Eii!” Irfan Faris memprotes.
“Apa eii, eii?!”
“Nah. Nenek nak sangat kan!”
“Aii, marah pulak. Hari tu kata terima.”
“Terima tak ikhlas nek.Hari tu tu sebab
nak pujuk nenekaje.” Irfan Faris meluah rasa.
“Nasiblah. Janji dah cop jari kan. Ada
bukti rakaman lagi. Saksinya mama dan papa kamu. Kamu nak cakap apa?” Nek
Kalsum sudah ketawa. Rasa macam watak ahli sihir hitam aje.Irfan Faris sudah
tarik muncung sedepa. Senang-senang sahaja dia dibuli nenek seperti budak
kecil.
“In Shaa Allah, Irfan. Kamu akan bahagia
dengan Sya tu. Nenek ingat lagi masa kamu berdua dengan Sya tu. Hari tulah kami
jadikan hari pertunangan kamu. Bila nenek dukung kamu, kamu menangis. Bila
nenek letak kamu semula kat sebelah Sya tu, kamu diam. Lepas tu peluk dia. Memang
dia tu teman hati kamu.”
“Nek. Tu zaman keciklah nek. Umur berapa
bulan. Benda tu kebetulan aje kut. Suka sangat bangkitkan hal lama tu lah. Tak
suka betullah.”
Nek Kalsum kini mengusap bahu cucunya
itu. “Belajarlah sayang kat Sya tu macam Irfan sayang kat nenek. Selalu
nyanyikan lagu, selalu cium pipi. Gurau-gurau. Kongsi makanan. Sesekali suapkan
makan. Macam Irfan buat kat nenek.
Confirm nanti Sya tu jatuh sayang kat Irfan macam nenek jatuh sayang kat
Irfan.”
“Itu kalau jatuh nek...Kalau tak jatuh
nak buat apa? Tolak sampai jatuh tergolek ke? Macam tu?”
“Apa
pulak macam tu cakapnya.”
“Masalahnya ruang hati Irfan ni tak ada
untuk dia nek. Takkanlah Irfan yang tak boleh nak terima dia ni, nak mengurat
dia. Memang taklah jawabnya. Kalau dia yang mengurat Irfan, tak apalah juga.
Boleh juga layanslow-slow.”
“Alah, kamu cakaplah kat dia, suruh dia
mengurat kamu. Cakaplah..saya ni tak reti nak mengurat awak. Kan senang macam
tu.”
Irfan Faris sudah menepuk dahi. Apa
punya idealah nenek ni. Idea terlebih advance
dan tak logik dek akal langsung. Silap-silap aku kena free kick kalau cakap macam tu. Sah-sahlah dia tu‘hero’ nenek.
Paling koman dia ni terror bab gaduh-gaduh ni. Arghh..Parah!
“Dahlah nek. Irfan nak keluar. Nak cari
ketenangan.” Irfan Faris sudah bangun. Sememangnya hati dan fikirannya tidak
tenang dengan apa yang dilalui sekarang.
“Fikirkanlah pasal si Sya juga ya. Tolong
bertindak. Fikirlah cara nak mengurat dia. Awal ni buat yang simple aje. Bila jumpa dia, berilah
bunga ke?” Nek Kalsumtiba-tiba memberi idea yang kononya bernas.
‘Eii..Tak ada maknanya aku nak mengurat
dia. Nak beri bunga bagai. Eii..tolong sikit. Aku tak suka kat dia buat apa nak
beri bunga kat dia. Lagipun, dia yang nak kat aku, dialah ngurat aku. Huh!
Nenek ni memang. Hati orang sana aje yang dia fikir. Yang aku ni dijadikan
mangsa.’ Irfan Faris kemudian berlalu pergi membawa hati.
Kirana hanya mampu tersenyum dan menggeleng
kepala melihat ragam kedua-dua mereka.“Misi ibu dah berjaya.” Ujar Kirana.
Nek Kalsum hanya ketawa. “Mungkin
sekarang ni dia rasa susah nak terima, tapi ibu tahu suatu hari nanti dia
takkan menyesal dengan pilihan ibu.”
“Tapi kalau satu hari nanti dia tu
memberontak, buat hal yang bukan-bukan, pandai-pandailah ibu. Zam tak masuk
campur. Zam memang tak halang pun pernikahan ni, tapi Zam cuma tak nak Sya tu
yang jadi mangsa.Kasihan budak tu.”
“Yang kamu tu pun, doalah yang
baik-baik. Itu untuk anak kamu juga. Ajarlah dia tu cara yang baik macam mana
kamu buat kat Kirana. Turunkan ilmu pada dia.Tot..tet..tot.tet...”Akhirnya Zamrud yang dibebelnya.
Bersambung lagi......