Sunday, 1 February 2015

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 24


IRSYA NATASYA kini berada di bilik tidurnya. Selepas Irfan Faris pulang, dia segera masuk ke bilik. Apa yang pasti, dia malas nak mendengar cerita-cerita dari mulut emak dan abahnya. Pasti ada saja berkait dengan dirinya, atau paling tidak mereka akan bertanya perihal Irfan Faris sewaktu mereka berdua keluar bersama tadi.
Kini dia berasa lega kerana baru dapat merebahkan diri di atas tilam empuk setelah penat berdating bersama Irfan Faris. Walaupun dating tak lama, tetapi terasa begitu meletihkan. Bukan fizikalnya, tetapi mentalnya.Stres!
Irsya Natasya terus bergolek-golek di atas tilam. Syok. Tilam baru tu. Jenama Vono. Tilam pengantin. Baru sampai semalam. Jangan tak percaya. Hehe..
Irsya Natasya kini memerhati sekitar biliknya. Esok, suasana bilik itu bakal berubah. Ya, tabir warna ungu-merah jambu akan melatari bilik tidurnya. Juga, akan terhias bunga-bunga yang cantik di sudut biliknya. Dan..ada juga kupu-kupu kegemarannya. Kupu-kupu hiasan.
“Aku dah nak kahwin ke?” Itulah persoalan yang kekal berlegar di mindanya. Walaupun dah jelas ia akan berlaku, Irsya Natasya masih juga mahu mewujudkan persoalan itu. Dia mengeluh sendiri.
Irsya Natasya kemudian pergi mengambil kupu-kupu hiasannya yang berwarna-warni dari satu kotak di tepi meja. Cantik. Memang dia suka melihat kupu-kupu itu. Ia seakan melambangkan kebebasan. Ya, kebebasan yang sepatutnya ada padanya.
“Kau tahu tak kupu-kupu. Aku ni dah nak kahwin. Kahwin ala-ala paksa. Yalah, kahwin dengan orang yang aku tak suka.” Irsya Natasya kini bercakap dengan kupu-kupu hiasannya. Seakan mengadu nasib. Haish..Gaya macam orang tak betul pulak dah. Ada ke cakap dengan kupu-kupu.
“Sebenarnya, aku boleh consider lagi untuk terima si Irfan Faris tu bila jumpa untuk pertama kali. Tapi masalahnya, dia tu tak nak jadi geng aku selamanya. Tu yang problem. Kalau sama-sama tak suka, tapi boleh jadi geng selamanya, okeylah jugakan? Hurmm..Okeylah kupu-kupu. Saja aku nak cerita kat kau. Sebenarnya aku rasa macam ngok-ngek aje cerita kat kau ni. Biasalah, aku ni nak luahkan perasaan yang terpendam aje. Kalau cerita kat mak aku, memang nak kena pelangkunglah jawabnya. Kalau cerita kat kak long, confirm kena gelak aje.”
Irsya Natasya kembali meletakkan kupu-kupu hiasan itu ditempatnya. Kemudian, dia kembali melayan perasaan. Dalam leka,telefon bimbitnya memberi isyarat ada mesej yang masuk.
“Aii, dah sampai rumah ke mamat ni. Baru aje gerak 15 minit. Takkan pecut macam pelesit.” Soal Irsya Natasya sendiri. Mesej yang diterima, dibaca.
Irfan ~ Hai budak telur hangus.
Irsya Natasya mencebik. Dia kemudian membalas mesej tersebut.
Irsya ~ Kalau setakat nak kutuk saya, buat apa hantar mesej.Awakkan tengah drive?
Irfan ~ Lantak sayalah. Mesti awak tengah berangan sekarang ni kan?
Irsya ~ Weh. Dah kenapa nak perli saya ni? Awak sukalah tu sebab tadi saya kena ‘bahan’ dengan mak dan abah saya kan?
Irfan~ Ek’elek. Bukan salah saya pun. Dah mak dan abah awak yang kutuk awak habis-habisan. Saya tumpang gelak ajelah. Salah ke?
Irsya ~ Huh! Harap-harap awak kena saman.
Irfan ~ Jahatnya mulut awak.
Irsya ~ Dah tu. Stoplah mesej. Ngek.
Irfan~ Apa ngek, ngek.
Irsya~Awak tulah. Ngek.
Irfan~ Awak tu pun ngek jugak. Tak sedar pulak tu.
Irsya ~ Eh. Dah tak suka buatlah cara tak suka. Sibuk pulak nak hantar-hantar mesej. 
Irfan~ Awak tu pun samalah. Yang awak balas juga mesej saya siapa suruh.
Irsya~ Dah. Malas nak layan mesej awak.
Irfan ~ Eleh. Dah ngek tu, ngek jugalah. Tak nak ngaku.
Irsya ~ Diamlah awak. Bising aje.
Irfan ~Bising ke? Macam mana dengar suara saya? Saya mesej aje kut.
           
Irsya Natasya sudah tidak membalas. Panas hati sendiri. Tapi, betul juga kata Irfan Faris. Yang dia terus membalas mesej tu siapa suruh. Siap suruh orang tu diam kata bising. Padahal tulis mesej aje. Haha..Memang ngek!
Tidak berapa lama kemudian, mesej berbunyi lagi.
“Aii, mamat ni. Mesej aku lagi ke?” Irsya Natasya membaca juga mesej yang diterima.
Irfan ~ Selamat malam.
Irsya~ Saya belum nak tidurlah. Sibuk je.
Irfan ~ Ingatkan tak balas. Balas juga awak ya? Haha…Dahlah. Pergi tidur.
Irsya ~ Sibuk aje nak suruh orang tidur. Saya tengah memikir ni.
Irfan ~ Memikirkan siapa? Saya?
Irsya ~ A’ahlah.
Irfan~ Tak payahlah fikir. Karang stres.
Irsya ~ Memang stres. Tapi terpaksa memikir sebab saya tengah nak cari idea macam mana nak singkirkan awak dari hidup saya. Rasa macam menyemak aje tiba-tiba muncul. Masa ada lagi ni kalau nak buat kerja gila.
Irfan~Wah, ayat! Saya nak ingatkan kat awak. Pernikahan kita mesti berlangsung. Kalau tak, siap awak.Saya masih ingat apa permintaan awak siang tadi. Kita akan happy-happy aje masa birthday kita tu. Dah. Jangan nak cakap banyak.
Irsya ~ Bila masa saya bercakap. Saya mesej aje. Haha..Ngeklah awak Irfan Faris.
Irfan ~ Balaslah tu.
Irsya ~Kan adil. Dahlah. Drive baik-baik. Dah sampai beritahu. Kalau kena saman, bayar sendiri ya encik Irfan Faris.
Irfan ~ Ngek..Pergilah tidur. Good night.

Irsya Natasya tersenyum-senyum sendiri. Best juga melayan mesej Irfan Faris ni. Ngek tak ngeklah. Terpaksa juga terima. Dalam lamunan perasaan, dia akhirnya terlena.
Telefon bimbit Irsya Natasyakini berbunyi. Waktu itu, Irsya Natasya sudah tertidur lena. Dalam mamai tersedar dari tidur, dia menjawab panggilan telefon itu.
“Awakkk….” Suara Irfan Faris kedengaran di hujung talian.
“Okey. Saya dah tahu awak dah sampai. Bye.”
“Awakkk…” Irfan Faris masih bersuara di hujung talian.
“Dah. Jangan kacau. Saya nak tidur. Sibuk aje.” Balas Irsya Natasya lalu segera mematikan talian.
Telefon bimbitnya berbunyi lagi.
“Ei, kacau betullah si Irfan Faris ni.”
Irsya Natasya terus menekan butan off, mematikan telefon bimbitnya. Dia kemudian sambung tidur.

“SYA…Irfan mesej kamu tak dia sampai rumah pukul berapa malam tadi?” soal Saodah sewaktu anaknya itu membantu membuat sarapan di dapur.
“Dia tak mesej. Tapi dia telefon. Pukul berapa, tak perasan pulak. Sya dah tidur. Kenapa?”
“Tulah kamu. Fikirkan tidur aje. Kamu tahu tak si Irfan tu accident?”
“Hah? Accident?” Irsya Natasya membulatkan mata. Terkejut. “Err, mak..Sya tinggal sekejap. Sya nak telefon dia.” Irsya Natasya bergegas ke biliknya. Tiba-tiba jadi risau.
“Aduhahi, Irfan oii. Kenapalah kau accident sekarang ni. Ni mesti bawa kereta laju ni. Patutlah sejak bangun tadi, dada aku ni berdebar aje. Ada petanda tak baik rupanya. Agaknya yang kau call aku malam tadi tu…Haishh, kau ni Irfan Faris. Kau tahu tak, minggu depan majlis birthday kita. Macam mana nak sambut sama-sama kalau kau kat hospital.” Omel Irsya Natasya sendirian. Bebel, bebel juga. Risau, risau juga.
Nombor Irfan Faris segera dihubungi.
“Hello…” Jawab suara di hujung talian agak serak.
“Irfan. Awak kat mana sekarang ni?” Suara Irsya Natasya sedikit cemas.
“Atas katil.”
“Buat lawak pulak dia. Teruk ke? Hospital mana?”
“Wah, ayat. Macam nak sangat saya masuk hospital yek. Saya kat atas katil bilik sayalah. Yang awak kacau saya tidur ni kenapa? Dah. Saya nak off phone.” Alahai. Gaya macam merajuk pulak.
“Eh, kejaplah. Betul ke awak accident?”
“Ada kena mengena dengan awak ke?”
“Eh, mestilah. Kalau awak tak ada masa majlis nikah tu, kesianlah saya. Terkontang-kanting tak ada geng nanti.”
Irfan Faris yang mendengar di sebalik telefon hanya tergelak tanpa suara. Takut juga tunangnya itu jika dia tiada di hari pernikahan nanti.
“Sejak bila masa pulak saya jadi geng awak.” Irfan Faris sengaja buat suara ala-ala serius.
“Hish, awak ni kan. Karang saya betul-betul lari majlis nikah tu karang.”
“Epp..Jangan nak ngada-ngada. Kita dah janji. Dah. Tak payahlah nak risau sangat. Saya tak apa-apa pun. Cuma belakang kereta aje kemek sikit. Kena sondol dengan kereta lain. Malam tadi saya nak beritahu, tapi awak awak dah marah-marah pasal kacau tidur awak tu.”
“Err..Sorrylah.”
“Eh, awak ni memang betul-betul risaukan saya ke?”
“Taklah. Tapi,mak tu yang sibuk suruh telefon nak tahu keadaan awak. Yalah, bakal menantu kesayangan dia yang saya terima dengan hati tak terbuka ni.” Irsya Natasya membodek kata. Padahal dia yang kelam-kabut nak telefon.
“Wah, ayat. Macam ayat saya aje.”
“Bila masa awak cakap macam tu. Tak pernah dengar pun.”
“Saya cakap dekat dalam hati sayalah. Awak mana dengar. Awak dengar kalau ayat mesej je.” Perli Irfan Faris.
“Ish, menyampahlah awak ni.”
“Baguslah menyampah. Jangan cakap sayang pulak. Kita kan geng satu hari aje. Masa hari birthday kita tu. Hari-hari lain, mana kita geng.So, tak tak payah nak sayang-sayang sangat.”
“Aku rasa macam nak pelangkung kepala kau Irfan Faris.”
“Aii, bahasa. Saya kan dah cakap saya tak suka awak beraku-kau dengan saya. Pulak tu sibuk nak pelangkung saya. Piat telinga tu baru tahu.”
“Eleh, lantaklah. Sibuk aje.Ngek.”
“Ngek, ngek..Eh, dahlah. Malas nak layan awak. Stres saya.Saya nak tidur.Jangan kacau. Ngantuk.”
“Uit, dah pukul berapa ni.”
“Aii, macamlah dia tu baik sangat tak tidur semula lepas Subuh. Saya boleh tahulah cara awak. Awak tu, macam saya. Kalau tak kena piat telinga tu, confirm tak bangun.”
“Eii, ngeklah awak ni.”
“Awak pun ngek juga. Dah. Lepas ni kita takkan berhubung lagi sampai hari majlis melainkan ada hal urgent. Faham!”
“Iyalah. Ingat saya ni nak sangat ke telefon awak.”
“Menjawab aje.”
“Ada mulut. Ada suara. Jawab ajelah. Bukan bisu pun.”
“Dahlah. Malas nak layan. Nak tidur. Bye.”
Talian dimatikan.
“Eii, dia ni kan. Tiba-tiba buat aku stres! Penat aje aku risaukan dia.” Omel Irsya Natasya sendirian. Dia kemudian keluar dari bilik dan kembali ke dapur. Laporan diberikan kepada emaknya.
“Mak dah tahu dah yang dia tu sebenarnya tak cedera apa-apa pun. Mama Kirana kamu dah beritahu emak.”
“Laaa..Habis tu, kenapa mak tak beritahu Sya yang dia tu tak apa-apa. Penat aje telefon dia.”
“Mak saja nak test kamu. Nak tengok kamu tu risau tak kat dia.”
“Mak ni kannnn…Sya tak suka tau.”
“Alah, kamu tu cakap-cakap kat mulut tak suka. Tapi, dalam hati tu kamu sayang juga kat dia kan?”
“Sayang? Macam kelakarlah Sya dengar perkataan SAYANG tu. Tak sesuai tau mak. Sya ni bukan apa mak, kalau ikutkan hati Sya, Sya tak kisah pun dia tu nak jadi apa. Tonggang-terbalik ke, apa ke…Tapi,  mengenangkan mak, abah dan seluruh keluarga dia tu beriya sangat nak Sya ni kahwin dengan si Irfan Faris tu, Sya terpaksalah kena pastikan dia tu baik-baik aje. Tu yang terpaksa risau sikit.”
“Yalah, Sya. Ikut kamulah. Yang penting, kamu tak lari masa majlis nikah kamu tu dah cukup baik bagi mak.”
“Sya tak larilah mak. Sya nak tengok juga macam mana si Irfan Faris tu jawab akad. Gagap tak dia. Haha…”
“Ish, kamu ni. Tak baik tau Sya. Dia tu jawab akad untuk terima kamu. Ada ke kamu nak ketawakan. Kamu jangan macam-macam Sya.”
“Guraulah ajelah mak.”
“Gurau, gurau. Benda macam tu tak boleh buat gurau Sya. Jadi kamu sukalah kalau si Irfan tu tak dapat jawab akad tu. Supaya kamu tak jadi milik dia. Macam tu?”
“Taklah mak. Mak ni janganlah sensitif sangat. Sya akan doakan, Irfan Faris tu mudah jawab akad tu mak ya. Sekali lafaz aje.Lagipun, malulah Sya kalau tiba-tiba dia tak boleh nak jawab akad tu.”
“Haa..Tahupun kamu. Lain kali cakap tu biar fikir dulu. Faham!”
“Faham, mak Odah.”

Monday, 5 January 2015

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 23


SAODAH melihat jam digital di dinding. Waktu sudah menunjukkan jam 6.26 petang. “Mana pulak Sya dengan Irfan ni? Tak sampai lagi. Dah petang dah ni.”
Saodah kemudiannya duduk sendirian di beranda rumah. Pak Hamid waktu ini masih berada di belakang rumah memesin rumput. Di situ nak didirikan balai penanggah. Almaklumlah. Nak buat kenduri besar minggu depan. Nak dapat menantu pertama.
            “Manalah dia orang ni. Tak sabar aku nak tengok si Irfan tu. Mesti kacak dan bergaya orangnya. Masa Kalsum dengan Kirana datang hari tu,tak bawa gambar. Tapi, sibuk pulak nak gambar Sya sampai tercari-cari aku kat album si Sya tu. Tu pun aku tak beritahu Sya. Kalau dia tahu aku ambil gambar tu, mahunya dia mengamuk. Si Som masa hantar duit belanja pun lupa nak bawa gambar si Irfan tu. Hmm..Terpaksalah aku bayangkan sendiri aje muka si Irfan tu. Masa bayi, memang si Irfan tu berkulit lebih putih dari Sya. Hidung pun mancung. Agaknya sekarang ni macam mana ya, mukanya. Yang pastinya memang handsome. Jadi tak sabar rasanya.”
            Saodah kini sudah terlihat akan sebuah kereta yang memberi isyarat membelok ke rumahnya. ‘Yes! Bakal menantu aku dah sampai.’
Kereta Mitsubishi Lancer Irfan Faris kini masuk ke perkarangan halaman rumah Irsya Natasya.
            “Kalau saya tak masuk, boleh tak? Dah lewatlah.”
            “Ewah-ewah. Jangan nak tunjuk lagak ea kat sini. Cubalah tunjuklah adab sikit kat keluarga saya, walau tak suka saya.”
Irfan Faris sudah menjeling Irsya Natasya di sisi.
            “Suka sangat nak jeling-jeling kacak kat saya. Saya tak tergodalah.” Irsya Natasya sudah tergelak.
            “Gelak, gelak…”
            “Saya gelak sebab saya streslah. Tau tak stres pasal apa? Stres dengan perancangan pernikahan terancang nilah. Tak pasal-pasal nak kena kahwin dengan awak yang saya tak berapa berkenan ni. Tak boleh terima betullah. Tapi, selamatlah dalam stres tengok muka awak tu saya boleh gelak-gelak juga.”
            Irfan Faris hanya memandang wajah Irsya Natasya.Pelik dengan cara berfikir bakal isterinya itu. Lantaklah.  Ada aku kisah. Makin aku fikir, makin aku stres. So, tak payah fikir.
“Masuk sekejap pun tak apa. Awak pun belum sembahyang Asar lagi kan. Alang-alang, sembahyanglah dekat sini. Lagipun, kalau awak nak balik cepat pun tak dapat punya. Tu haa..bakal mak mertua kesayangan awak tu dah terpacak kat situ. Silap-silap suruh tidur sini.” Irsya Natasya tergelak.
“Isy, tak naklah.”
            “Kenapa? Takut? Relakslah, encik Irfan Faris. Dahlah, masuk. Mak tu mesti excited nak jumpa awak. Selalu sangat puji awak ni handsome walau tak pernah jumpa lagi. Tapi, selamatlah awak ni memang handsome pun. Kiranya bayangan dia menjadilah. Kalau tak, kecewa.” Irsya Natasya gelak lagi.
            “Awak ni sebenarnya kutuk saya ke apa?”
“Laa..Kutuk ke? Saya pujilah. Sah-sahlah saya cakap awak ni handsome. Ada ke saya cakap muka awak ni macam reban tak siap? Tak ada, kan?”
‘Isy, mulut dia ni…’
            Irsya Natasya dan Irfan Faris akhirnya keluar dari kereta.
Saodah sudah tersenyum melebar apabila melihat wajah kacak bakal menantunya itu keluar dari kereta.
            “Cik..Maaf. Lambat sikit.” Ujar Irfan Faris kepada Saodah.
            “Cik, apanya. Panggilah mak. Baru sedap sikit dengar. Irfan kan dah nak jadi anak mak.”
            “Err..Ya, mak.”Ucap Irfan Faris sambil menyalami dan mencium tangan wanita itu.
            “Haa..Boleh pun. Dah, mari masuk.”
            “Cik..Err..Mak..” Irfan Faris membetulkan panggilan. Haila..Payah juga nak ubah panggilan ni. Tiba-tiba mak si Sya ni jadi mak aku juga. Kenapalah aku mesti berkongsi mak dengan dia? Ni sebab hajat neneklah ni.
            “Mak…Ni, Irfan ada bawa buah tangan sikit. Sya kata abah suka makan mempelam dengan duku.So, Irfan belilah untuk mak dengan abah.”Ceh..Part abah okey aje. Tak panggil pak cik pulak.
“Terima kasihlah Irfan sayang, oii. Buat susah-susah aje. Masuk Irfan. Irfan tak pernah sampai lagi rumah mak, kan. Nilah, rumah mak. Tak besar mana pun.”
            ‘Perghh..Mak aku ni. Dengan bakal menantu dia cara bercakap tu lembut semacam.’
            “Sya. Yang kamu tu buat apa dekat luar lagi. Masuk! Buatkan air untuk menantu kesayangan mak ni.”
            Irsya Natasya sudah mencebik dan mengomel di hati. ‘See. Nampak betul perbezaannya. Pulak tu nak jerit kuat-kuat. Cakap biasa-biasa aje sudahlah. Sengaja nak malukan aku kat orang sebelahlah dialah tu. Bakal menantu kesayanganlah kononya. Baru pertama kali jumpa dah lebih-lebih.’
Irfan Faris sudah tersenyum di hati. Dia yang masuk agak lambat sikit daripada Saodah sempat berkalih padang kepada gadis itu dan membuat isyarat ‘thumbs up’ sambil tersengih.
‘Ceh..Sempat lagi tu. Tu nak kata very good ke..padan muka kat aku. Berlagaklah tu. Belum-belum mak dah beralih kasih pada dia. Ni belum sah jadi menantu lagi. Tak aci!’
“Irfan duduk dulu, ya. Mak nak panggil abah tu. Tengah mesin rumput dekat belakang tu.”
“Err..Mak..” Panggil Irfan Faris. Dia masih agak kekok memanggil wanita itu dengan panggilan ‘Mak.’
“Kenapa Irfan?”
“Irfan nak tumpang sembahyang dulu, boleh? Dah lewat ni.”
“Apa pulak tak boleh. Sekejap ya..” Soadah kembali ke muka pintu.
“Sya..oo..Sya..Mana kamu ni tak masuk-masuk lagi. Ni, abang kamu ni nak sembahyang,” beritahu Saodah kepada Irsya Natasya yang masih di luat rumah. Sibuk pulak memetik jambu air.
“Abang mana pulak ni mak? Sya mana ada abang.”
“Irfan nilah Sya, oii. Siapa lagi?”
“Tu bukan abang Syalah mak. Bakal suami.” Irsya Natasya mencebik lalu masuk ke dalam rumah.
Irfan Faris yang mendengar juga tersenyum. ‘Aku jadi abang dia? Hai la..Pelik!’
“Malas mak nak melayan kamu ni Sya. Dah. Tolong mak ni. Kamu tu tak sembahyang ke?”
“Hihi..Lah mak. Mak ni pun. Ayat tu...Agak-agaklah mak. Memang sengajalah tu nak malukan Sya.” Suara Irsya Natasya separuh berbisik. Dia sempat menjeling Irfan Faris yang sudah tersengih-sengih. ‘Sukalah tu sebab mak aku kenakan aku.’
Saodah sudah ke dapur menjerang air. Kemudian keluar mendapatkan suaminya yang masih sibuk memesin rumput di luar rumah.
Irsya Natasya memberi isyarat kepada Irfan Faris untuk mengikutinya. Ditunjukkan bilik air di ruang dapur. Kemudian, dia pergi menyiapkan tempat untuk Irfan Faris bersembahyang. Sesudah itu dia kembali ke dapur untuk membuat air.
Di ruang tamu hadapan, emaknya kini sudah sedia berbual dengan Irfan Faris yang telah selesai sembahyang Asar. Abahnya pula sedang mandi.
“Sya..oo..Sya. Mana airnya Sya. Lambatnya kamu buat air?”
Irsya Natasya di dapur sudah mengomel. ‘Apalah mak aku ni. Saja je nak jerit-jerit. Sabarlah. Baru aje letak letak gula dalam air kopi ni.”
Setelah siap air yang dibancuh, ia dihantar ke hadapan. Dihidangkan kepada tetamunya itu. Adalah juga gaya sopannya.
“Tak tahulah sedap ke tak Sya ni buat air. Takut juga dibantainya garam dalam air ni. Yalah. Jarang buat kerja dapur. Mana garam, mana gula silap-silap tak kenal.” Seloroh Saodah dalam gelak tawanya.
Mak oii..Kutuk habis mak aku ni. Selamba aje memburukkan aku kat depan bakal suami aku ni. Opss..Terfikir sesuatu pulak. Bagus juga mak aku buat macam tu. Maksudnya, ada harapan lagilah untuk aku tak bernikah dengan Irfan Faris. Balik ni mesti dia report segala keburukan aku kat family dia, and then pernikahan dibatalkan. Yes! Cantekk!
Pak Hamid kini baru mengambil tempat menyertai Irfan Faris dan isterinya.
“Inilah abahnya?” ujar Saodah memperkenalkan suaminya kepada Irfan Faris.
“Apa khabar, bah?” sopan Irfan Faris menutur bicara.
“Baik, Alhamdulillah.” Jawab Pak Hamid.
Kini, mereka rancak berbual. Irsya Natasya hanya mengintai di sebalik langsir. Gelak-gelak aje si Irfan ni. Suka ke nak kahwin dengan aku? Poyonya soalan. Sah-sahlah dah tahu. Dia pun terpaksa.
Saodah kini ke dapur.
“Sya. Tolong mak masak. Ajak Irfan makan malam dekat sini aje. Lagipun kejap lagi dah maghrib.”
“Aduh..Makan sini pulak!”
“Apa cakap macam tu. Tak baik. Dah tolong mak.” Lengan Irsya Natasya sudah dicubit.
Irsya Natasya segera menggosok lengannya yang terasa sakit. Namun, dia masih tercegat.
“Dah, Sya. Apa kamu tercegat lagi tu? Nak kena cubit lagi?”
“Yalah, mak. Anakanda menurut perintah.”

Di waktu maghrib, setelah suara azan berkumandang…
“Irfan..Jom sembahyang berjemaah dengan abah. Abah nak Irfan jadi imam, boleh?”
Irfan Faris menelan liur sendiri.  Namun dia pamer wajah selamba. “In Shaa Allah, bah.”
Dup..Dap..Dup..Dap…Jantungnya sudah menyesakkan dada. Alamak..yang kat dalam ni. Kasi cool aje dahlah. Aku ni tengah menghadapi cabaran hidup ni. Tak sangka hari ni aku kena lalui ujian dengan bakal bapa mertua. Kalau tahu, tak nak hantar budak ni balik rumah. Fuhh! Nervous!
Kebetulan itu, Irsya Natasya mendengar bual bicara tersebut. Biasalah terhendap-hendap di balik langsir curi dengar perbualan.Corong telinga kasi buka besar sikit. Barulah semua gelombang suara sampai ke telinga. Dia kemudian sempat memandang Irfan Faris yang melintasi dirinya. Sengaja dia menunjukkan isyarat ‘thumbs up’- Very Good.
“Oh. Kau padan mukakan aku ya. Balaslah tu.” Bisik Irfan Faris di hati.
Irsya Natasya tersengih gembira.
“Sya..Kamu buat apa tu. Berangan ke apa?Telur goreng kamu tu dah hangus dah.”
Irsya Natasya sudah tepuk dahi. Aduh, mak aku ni. Sound direct aje. Buat bengang aku aje. Goreng telur pun hangus. Dahlah si Irfan tu ada kat dapur ni.
“Irfan…Maaf ya. Si Sya ni kalau buat kerja dapur, memang macam ni. Beranganlah..Apalah... Ada aje yang tak kena. Harap kamu fahamlah bila kahwin nanti.” Ujar Saodah.
“Tulah..Harapnya kamu tegur-tegurlah Sya ni. Kalau dia degil sangat tak nak dengar, piatkan aje telinga dia tu.” Tambah Pak Hamid pula.
Perggh..Aku rasa macam nak goreng diri sendiri dalam kuali aje. Mak ni kalau bercakap, sejujur kata dari hati. Abah pulak, boleh pula tambah perasa. Wah! Sepakat membawa berkat dia orang ni. Waktu-waktu maghrib ni dah serah kuasa veto dekat bakal suami aku ni. Apa kes?
Irfan Faris hanya tersenyum. Dalam hati sudah tergelak besar. ‘Yes!Dapat mandat.Lepas nikah boleh piat-piat telinga dia. Budak degil!’
Irsya Natasya buat muka kepada Irfan Faris. Walaupun bengang, tetap juga nak buat muka.
Selepas bersolat maghrib, Pak Hamid mempelawa Irfan Faris menjamu selera. Irfan Faris mengukir senyum dan mengangguk. Dia merasa agak lega apabila dia melepasi ujian tadi. Alhamdulillah.
“Sya..Sendukkanlah Irfan tu nasi. Ni, abah dengan emak sekali. Layanlah sikit Irfan tu. Dia tu bakal suami kamu. Tetamu kamu. Kamu tahukan hukum memuliakan tetamu.”
“Ya, abah.” Jawab Irsya Natasya antara rela dengan tidak. Untuk emak dan abahnya, dia memang tidak kisah, tetapi untuk si Irfan Faris..hmm…
Tiba-tiba, satu idea terlintas di fikiran Irsya Natasya. Dia sengaja menyendukkan nasi banyak-banyak di dalam pinggan lelaki itu. Haha..Ambik kau, tetamu yang dihormati. Makan kenyang-kenyang. Pinggan yang penuh nasi itu kemudian diletakkan di hadapan Irfan Faris.
‘Gila budak ni. Nak dengki akulah ni. Dia ingat perut aku ni tong gas ke apa nak makan banyak macam ni. Perut aku ni pun kenyang lagi. Ni kalau tak kerana mak dengan abah dia, confirm aku tak duduk makan.’
“Ambilkan lauknya sekali Sya.” Ujar Pak Hamid.
“Tak apa, bah. Irfan boleh ambil sendiri.” Ujar Irfan Faris. Namun, dia masih tidak mencedok lauk ke pinggannya.
“Kenapa Irfan? Lauk tak sedap ke?” soal Saodah.
“Eh, taklah mak. Irfan nak luakkan sikit nasi ni. Rasa macam banyak sangat ni. Takut tak habis pulaknanti.” Irfan Faris terpaksa buat muka selamba. Segan tak seganlah yek. Alah, lagipun dah nak jadi satu keluarga. Rilekslah.Rilekslah? Irfan Faris tiba-tiba menyoal diri sendiri. Hmm..Betul ke ayat aku ni? Aku ni memang terima dia ke? Keputusan akal segera dibuat. Ya. Dia terima sebab nenek. Titik!
Irfan Faris kemudian mengambil satu pinggan kosong berhampirannya dan meluakkan sedikit nasinya ke dalam pinggan tersebut.
“Sya…Kita bagi dua tau nasi ni. Banyak sangatlah awak sendukkan tadi.” Ujar Irfan Faris dengan gaya sopan dan selamba ala-ala memerli. Yalah. Depan bakal mak dan bapa mertua. Takkan nak buat perangai pula. Buat gaya sweet-sweet sudahlah.
Irsya Natasya sudah menelan liur sendiri. “Aii. Nak kenakan dia, aku pun kena juga ke. Ngeklah mamat ni. Sengaja membalas kat aku.”Kata itu bermain di hati. Dia kemudian sempat memadang Irfan Faris. Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum. Tersenyum mengejeklah tu.
Saodah dan Pak Hamid pula saling menyenggol siku dan tersenyum.
“Dah Sya, duduk. Makan sama-sama. Irfan dah tolong sendukkan tu.” Ujar Soadah berteman senyuman. Macam sweet pulak tengok ragam bakal anak menantunya itu.
Irsya Natasya kemudian duduk mengambil tempat di sebelah emaknya.
“Kenapa tak duduk sebelah Irfan?” soal Saodah sengaja mengusik.
“E’eh, mak ni. Tak boleh ke Sya nak duduk sebelah mak. Takkanlah nak duduk sebelah Irfan tu. Belum time? Kan Irfan, kan?” Irsya Natasya sudah menangkat kening kepada Irfan Faris mengharap lelaki itu men ‘cover’ jawapannya. Tunjuk sepakatlah kononnya.
Irfan Faris mengangguk berteman senyuman nipis.
“Tapi kat kereta tadi, bukan ke kamu duduk sebelah dia juga ke?”
“Takkanlah Sya nak jadi ‘mem’ duduk belakang. Apalah mak ni. Kan Irfan, kan?” Irsya Natasya tergelak-gelak sendiri sambil memandang Irfan Faris. Sengaja dia buat begitu untuk menunjukkan dia dengan Irfan Faris serasi bersama. Berlakon. Biasalah. Padahal.. Kat belakang, lain ceritanya. Ala-ala serasi. Tapi terpaksa. Itulah gambaran yang lebih tepat.
Irfan Faris hanya tersenyum.
Depan mak dengan abah aku, boleh aje kau senyum selalu ya. Dengan aku, huh! Kedekut betul nak senyum.Kalau senyum pun sebab ejek aku.Tahulah tak suka aku!Ngeklah kau Irfan Faris.
“Eh, mana telur gorengnya tadi Sya?” soal Pak Hamid tiba-tiba.
“Dah kasi Borboq, abahnya. Kan hangus tadi tu.” Jawab Saodah menjawab bagi pihak anaknya itu.Sambil itu, Irsya Natasya mencebik. ‘Ish, abah ni. Apa ke hal masuk cerita telur hangus ni. Bukan tak tahu ke apa yang berlaku tadi. Sengajalah tu perli aku depan bakal menantu dia. Mak ni pun sama. Tak cover line untuk aku pun. Eii, apa ni. Malukan aku betullah. Tak sukanya!’
Irfan Faris hanya mengukir senyum di bibir. Tetapi hakikatnya di hati sudah ketawa besar. Apalah. Goreng telur pun hangus. Nampak sangat tak reti masak. Kalau ikutkan aku, memang dia dah tersingkir awal dari calon nak buat bini. Tapi disebabkan aturan yang sedang berlaku ni, terpaksalah aku terima juga. Nasib kaulah Irfan Faris oii.’
“Aii, Borboq makan ke telur hangus tu? Borboq pun tak lalu agaknya.” Ujar Pak Hamid dalam gelak.
“Abahhh...” Panggil Irsya Natasya. Nadanya seperti amaran meminta perkara itu jangan diungkit lagi.
“Err..Borboq tu siapa?” soal Irfan Faris ingin tahu. Memang pelik dia mendengar nama itu. Binatang apa tu? Macam exoticaje bunyinya.
“Borboq tu nama kucing si Sya ni Irfan. Kucing tu, kucing bisu.”
“Ooo..Kucing rupanya.” Irfan Faris mengangguk. Mengerti.
“Tulah si Sya ni Irfan. Kadang-kadang goreng telur pun hangus. Benda senang pun tak reti buat. Entah nak cakap macam mana entah. Sya ni Irfan, kalau buat kerja tu suka sangat sambil berangan.”
“Alah mak ni. Tu sebab terlekalah. Tak sengaja pun. Kalau tak, tak hangus pun. Macamlah mak tak pernah. Dahlah mak. Tak payahlah nak kutuk-kutuk Sya dekat si Irfan ni. Sengajalah tu nak malukan Sya. Sya ni pun dan perasaanlah mak.” Irsya Natasya seakan merajuk. Kenapa perkara itu perlu diperbesarkan. Okey, fine. Tu memang silap dia.
“Alah, Sya. Mak cakap ni pun sebab nak biar Irfan tahu. Biarlah dia tahu kamu ni macam mana. Lepas ni, kamu nak hidup sama-sama. Baik buruk kamu ni, biarlah dia tahu. Kamu pun, jangan nak ikut kepala kamu aje. Dengar cakap Irfan ni haa. Suami kamu.”
“Belum jadi suamilah mak. Mana tahu tiba-tiba…” Isya Natasya masih mampu menjawab.Degil.
“Awak tengok mulut anak awak ni abahnya. Depan Irfan boleh pulak dia cakap macam tu.”
“Syaa..Tak baik Sya. Mulut tu cubalah jaga sikit. Ni dah tak lama lagi Sya. Jangan kamu buat fi’il pulak. Hormat kat perasaan Irfan tu.”
‘Hormat kat perasaan Irfan? Habis perasan aku ni macam mana?’ Irsya Natasya hanya mampu mencebik dan mengomel di hati. Hakikatnya, memang dia terasa bengang di hadapan Irfan Faris dengan kata-kata itu. Mak dengan abah ni kannn..Irsya Natasya sudah tak mampu berkata-kata walaupun kini dia sedang berkata-kata di hati.
‘Dia orang ni macam nak serah aku cepat-cepat aje. Mak dengan abah nak tahu tak, si Irfan ni tak suka kat Sya pun. Dia terpaksa aje. Terpaksa! Kalaulah mak dengan abah tahu, mesti mak dengan abah pun takkan relakan pernikahan ni.’
“Maafkan mak, Irfan. Fi’il si Sya ni memang macam ni. Jangan ambil hati ya Irfan.”
“Eh, tak apa mak. Irfan faham. Kita orang ni boleh jadi geng yang serasi. Kita orang ni kan versi kembar. Yalah. Lahir hari yang sama. So, Irfan boleh faham Sya ni macam mana.” Ujar Irfan Faris sebaik bicara dalam senyuman. Pandai betul dia menjawab. Genglah sangat kan. Kini, terasa dirinya menang. Dia kemudian menjeling padang melihat Irsya Natasya. Irsya Natasya semestinya buat muka menyampahnya. Ia berlaku beberapa detik ketika sehinggalah...
“Ehem..Ehem..” Ada isyarat berbunyi.
Zass..Macam terenjat elektrik rasanya.
“Maaf, bah. Ter..tak sengaja.” Irfan Faris termalu sendiri. Bengang.
Kenapalah aku tertengok dia macam tu. Kan dah malu.Bisik Irfan Faris di hati.
Irsya Natasya tergelak. Lawak pulak si Irfan ni.Tulah. Siapa suruh tengok-tengok aku. Aku tahulah kau tengok tu sebab mengejek kat aku. Haa..Sekarang kan dah sama-sama kena dengan abah. Ni barulah adil. Suka aku!
“Sabarlah Irfan. Tak lama lagi dah. Lepas ni tanggungjawab abah akan jatuh pada Irfan. Irfan jagalah si Sya ni baik-baik. Terimalah Sya ni seadanya.” Mandat besar kembali diberi.
Irfan Faris mengangguk. Itulah yang bakal berlaku minggu hadapan. Ahh..Nampaknya tanggungjawab untuk menjaga ‘budak degil’ memang jatuh kepadanya walau diterima dengan hati tak terbuka. Oh, tidak! Nampaknya aku bakal stres menghadapi kerenah dia. Tapi…Mungkinkah dia juga akan stres menghadapi kerenah aku?Hmm..Kalau dia streskan aku, aku pun akan streskan dia semula. Haha..Barulah adil.
Pak Hamid kemudiannya banyak bertanyakan Irfan Faris tentang perancangan masa depan mereka. Irfan Faris tenang menjawab walaupun debar hati yang dirasa, tiada orang yang tahu. Dup..Dap..Debar jantungnya begitu menyesakkan dada.
Irsya Natasya turut mendengar penuh minat. Nak tahu juga apa peracangan bakal suaminya itu untuk mereka berdua nanti. Kelentong atau tak, tu lain kira.
Perghh..Tengok gaya, macam sungguh-sungguh aje menjawab. Baguslah kau ni Irfan Faris. Part berlakon ni, mantap! Tak apalah Irfan Faris oii. Jawablah dengan tabah. Aku tahu, soalan abah aku ni memang boleh tahan. Yalah. Ia melibatakan masa depan aku. Aku ni, bukan tak kesian kat kau pun. Sebabnya aku tahu, tanggungjawab kau tu besar sebenarnya. Apa yang penting, kita kena faham yang kita ni senasib.Haishh, aku ni. Tiba-tiba jatuh kesian dekat dia pulak. Aku ni, siapa nak kesiankan? Dia?Hmm..Nak ke dia kesiankan kat aku yang sah-sah aku tahu memang tak suka aku? Jawabnya, menghadaplah aku dengan kau bila dah nikah nanti. Tapi, satu aje yang aku minta. Walaupun kau tak suka aku, kau cubalah happykan hidup aku. Janganlah buat hidup aku ni macam cerita drama kahwin paksa. Tak bertabahlah aku macam tu nanti. Boleh Irfan Faris eh? Kitakan geng. Cehh…Cakap dalam hati sendiri bolehlah yek. Penuh harapan dan angan-angan. Hakikatnya, kau yang akan corakkan keluarga kita. Keluarga kita? Kita nak berkeluarga ke? Hehe..Kelakarlah. Irsya Natasya tersenyum-senyum sendiri.
“Sya..Kamu berangan apa tu Sya. Tersenyum-senyum. Irfan ni dah nak balik dah ni.”
Irsya Natasya masih terleka.
Tiba-tiba..
“Adoii!” Irsya Natasya baru tersedar. “Mak ni. Apa piat-piat telinga orang ni?”
“Irfan dah nak balik ni. Tulah kamu. Mengelamun aje.”
“Oh,ya ke? Dah nak balik eh? Baguslah.”
“Kamu tengoklah tu Irfan. Depan-depan kamu ni pun, minda dia terbang ke kayangan. Haii, pening abah ni Irfan.” Ujar Pak Hamid.
Irfan Faris hanya mengukir senyum. Patutlah masa kat kereta tadi pun macam tu. Memang gaya dia. Hai, nasib akulah dapat dia ni.
“Haa, Irfan. Jangan lupa sampaikan salam mak dekat mama, papa dengan nenek Irfan ya.” Titip Saodah lagi.
“In Shaa Allah.”
“Dah, Irfan. Baik-baik bawa kereta tu. Kalau dah sampai rumah tu, beritahu si Sya ni. Kamu tengok aje dia macam ni, ala-ala tak suka kamu, tapi dalam hati dia tu kamu yang dia risaukan. Yalah, bakal suami dia kan.” Ujar Saodah dalam usikan tawanya.
Aii, mak aku ni. Ayat tak boleh blah. Ada ke kata aku ni risau kat bakal menantu dia ni. Cakaplah ajelah dia tu yang terlebih risau. Kan senang. Sajalah tu nak guna nama anak kesayangan dia ni. Kononnya macam baik sangatlah aku ni kan. Irfan tahulah mak, tu ayat-ayat manis aje. Kita orang ni sama-sama tak suka mak. Jadi, kita orang ni faham sangatlah ayat-ayat drama ni. Bicara kata hanya berdetik di hati Irsya Natasya. Panjang berjela omelnya.
“Ya, mak. Tak apa. Nanti dah sampai rumah, Irfan telefon Sya.” Irfan Faris tetap dengan bicara manisnya. Senyumannya tetap terukir. Murah betul senyuman kau Irfan Faris hari ni.
“Mak, abah. Irfan gerak dulu. Hmm…Sya. Nanti kalau apa-apa, saya calling-calling awak.” Irfan Faris sempat tunjuk gaya ala-ala mesra.
“Okey. Take care. Jangan pandu laju sangat. Pesanan penaja tu.” Irsya Natasya menitipkan pesan. Cehh…Ambil berat juga. Mestilah kan. Dah si Irfan Faris tu watak utama. Kalau apa-apa jadi kat dia, kesian kat heroin dia ni. Haha..Ayat tak boleh blah.Hai,kau ni Sya. Mengelamun aje tak sudah.