Thursday, 31 July 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 18

Sebulan kemudian..
“IRFAN. Sini!” Panggil Nek Kalsum.
“Ada apa nek? Irfan ada kerjalah.” Irfan Faris bersikap acuh tidak acuh.
“Duduk sini.” Nek Kalsum sudah menujukkan sofa di sebelahnya.
‘Eii..Ni mesti pasal Sya ni. Malas betul aku nak melayan.’ Mahu tak mahu, Irfan Faris menurut jua.
“Nah. Sekarang ambil telefon nenek ni.”
“Nak buat apa?”
“Telefon bakal cucu menantu neneklah. Irfan ajaklah dia keluar cari barang. Cincin ke..gelang ke..Yalah, untuk majlis tunang dan batal air sembahyang nanti. Ingat Irfan. Tinggal seminggu aje ni. Kalau nak tunggu kamu sendiri yang bertindak, memang taklah. Sekarang ni, nenek nak kamu telefon dia depan-depan nenek.”
“Tak naklah. Nenek settlekanlah semua dengan mama. Kan senang. Irfan dah kata terima tu pun dah cukup bagus.”
“Nanti kalau nenek atau mama beli, takut tak muat kat jari Sya tu. Kamu ajaklah dia. Suruh dia pilih sendiri. Itu pun susah ke?”
Irfan Faris  menarik muncung dan mengomel di hati. Eii..Mangsa betullah!Bukan tak boleh pun nenek dan mama yang ajak Sya tu. Sajalah tu nak paksa orang keluar berdua. Huh!
“Tak apalah. Kalau macam tu nanti Irfan beli sendiri. Lagipun dulu nenek ada kata yang boleh ukur cincin kat jari kelingking ni. Sebabnya jari perempuan sama dengan jari kelingking lelaki. Kan senang tu.”
“Epp, tak boleh. Kamu tak boleh ikut macam tu. Tu cara lapuk. Nenek nak Irfan bawa Sya tu juga.”
“Tak baguslah nek ajak anak dara orang keluar. Dah tu dah dekat hari majlis lagi. Something wronglah nenek ni. Yang tak boleh, dibolehkan.”
“Mulut kamu tu jaga-jaga Irfan. Karang nenek cili karang.” Nek Kalsum memberi amaran. Panas juga hatinya dengan kedegilan mulut cucucnya itu. Asyik nak membantah aje.
Irfan Faris buat mulut muncung lagi. Akibatnya...
“Adoi! Apa ni nek main piat-piat telinga. Sakitlah.”
“Dah kamu tu degil. Tak dengar kata. Memang padan muka kamulah.”
Irfan Faris menggosok telinganya. “Okey. Kalau nenek nak juga Irfan ajak budak Sya tu...Irfan terpaksa buat syarat tambahan.”  Irfan Faris juga punya otak bergeliga.
“Haa, apa dia? Cakaplah.”
“Sebagai syarat tambahan, Irfan nak segala barang kemas yang Irfan beli untuk Sya, Irfan akan tuntut tiga kaliganda daripada nenek.Amacam? Nenek setuju? Kalau tak setuju...Irfan pun tak naklah keluar dengan Sya.”
‘Bertuah punya cucu. Dari kecil sampai ke besar memang nak perhabis duit aku aje. Ni mesti protes aku pasal paksa kahwinlah ni.’
Nek Kalsum hanya tersenyum. “Okey, boleh. Nenek  tak  ada masalah. Dah sini. Biar aje nenek yang telefon Sya.”Nek Kalsum kini menghubungi nombor telefon bimbit Irsya Natasya. Dia menunggu seketika kerana talian masih belum bersambung.
‘Sya..Tolong Sya. Jangan jawab Sya. Jangan jawab. Jangan jawab panggilan tu. Kau kena tolong aku Sya.’ Irfan Faris berbisik dalam hati sendiri. Mengharap ada telepati antara kedua mereka walau tidak pernah bertemu.
Lama juga Nek Kalsum menanti. Namun panggilannya tidak di jawab.
“Eh, tak angkat pulakbudak bertuah ni. Ke mana Sya ni agaknya.”
Irfan Faris tersenyum di hati. Suka. Baguslah kau Sya. Nampaknya kita ada telepati. Bolehlah juga jadi geng.
“Alah nek. Mesti dia tak nak angkat punya. Dia kan tengah marah pasal kes hari tu.”
“Dia marah dengan kamu, bukan nenek.”
“Entah-entah dia tu pun tak rela kut nek? Sebab tu sengaja tak angkat bila nenek telefon. Harap-haraplah dia tak angkat terus. Aamiin...” Irfan Faris sudah mengangkat tangan berdoa.
Akibatnya, pehanya pula menjadi mangsa pukulan nenek.
“Adoi! Sakitlah, nek. Pukul-pukul pulak.”
“Padan muka kat kamulah. Nek nak beritahu, Sya tu tak macam kamu tau. Dia tu dengar kata. Awal-awal lagi bila nenek cakap nak kasi kamu kat dia, dia terima aje sampai mak dia kata, dia tak sabar suruh nenek hantar kamu pada dia.”
Irfan Faris terdiam dan tertelan liur. Err..Gitu ke? Takkanlah...

IRSYA NATASYA kini bersama emaknya mencari barang perkahwinannya yang masih belum dibeli walaupun awalnya dia mengelak. Jika tidak pasti mulut emaknya akan terus meleterinya. Kena piat telinga satu hal. Dalam pada itu dia pasti akan mendapat syarahan percuma daripada abahnya. Maka, ikut ajelah. Terpaksa! Lagipula emak dan abahnya sudah bersusah-payah. Kasihan pula kat orang tua sendiri yang beriya-iya.
Mahu tidak mahu dia terpaksa menganggap dia bersetuju dengan pernikahan yang dirancang walaupun dia sudah mendapat hint yang bakal suaminya itu juga tidak bersetuju dengan pernikahan mereka.Sememangnya sejak peristiwa kelmarin itu juga Irfan Faris tidak menghubunginya untuk mengucap kata maaf. Nampaknya hidupnya nanti pasti persis cerita drama kahwin paksa. Oh, nehi!
            “Sya. Lepas ni hantar mak ke hospital. Nak cabut gigi.”
            “Yalah, mak.”
            Sememangnya itulah yang dirancang sejak di rumah. Selepas mencari barang yang perlu, emaknya ingin pergi mencabut gigi. Kelmarin dua tiga hari emaknya demam sebab sakit gigi. Bila dah tak sakit, baik dicabut saja. Kalau sakit lagi di waktu majlis, tak meriahlah nanti nak melayan tetamu dengan gelak tawa glamour ala-ala Wan Maimunah.
            “Sya tunggu kat luarlah. Sebab nak tunggu mak kat dalam ni ramai orang pulak. Tak pun, Sya lepak-lepak dulu kat taman depan sana tu.”
“Yalah Sya oii. Nanti kalau dah siap, mak telefon.”
Irsya Natasya kini baru memakir kereta. Seketika tadi telefonnya bernyanyi minta diangkat, namun dia membiarkan sahaja kerana sedang memandu. Kini, dia telah memakir kereta. Kebetulan telefon bimbitnya kembali berbunyi lagi. Ia segera dijawab.
“Hello..”
“Assalamualaikum, Sya. Nenek ni? Sya apa khabar? Sihat tak?”
“Oh, nenek. Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Sihat nek.”
“Kenapa tak angkat telefon Sya.”
“Maaf nek. Tadi, Sya tengah drive.”
“Oh.”
Nek Kalsum kemudian berbual seketika dengan Irsya Natasya. Apa yang pasti dia bertanyakan persiapan majlis di pihak Irsya Natasya.
“Okey nek. Jangan bimbang. Settle semua. Tunggu tok kadi dan bakal suami Sya aje.” Irsya Natasya sempat tergelak membuat lawak. Saja aje sebenarnya. Nak sedapkan hati Nek Kalsum. Orang kata, ambil hati.
“Baguslah tu Sya. Haa, Sya. Ni Irfan nak bercakap dengan Sya.”
“Hah? Irfan nak cakap dengan Sya?”
Nek Kalsum kemudian menyerahkan telefon bimbitnya kepada Irfan Faris.
“Ingat. Cakap apa yang nenek suruh tadi.” Nek Kalsum memberi amaran dalam suara yang sedikit perlahan. Dia duduk berjaga di situ.
‘Eii, nenek ni. Buat aku macam budak kecik aje. Siap duduk sebelah. Melampau tu.’Omel Irfan Faris di hati.Irfan Faris kemudian membetulkan sedikit suaranya sebelum berbicara.Terpaksa berlakon di bawah arahan nenek. Memang mangsa keadaan.
“Assalamualaikum, awak.”
“Ya, waalaikumussalam.”
“Awak..Sebenarnya, saya nak minta maaf pasal hal sebelum ni. Saya tahu saya yang salah. Waktu tu saya..” Mendatar sahaja suara Irfan Faris. Bercakap tanpa perasaan.
“Tak apalah. Dah lepas tu, biarlah. Nenek ada dekat sebelah awak ea?” Irsya Natasya menduga.
“A’ah.” Irfan Faris mengiyakan.
“Dah agak dah.So, apa planning seterusnya?”
“Kita jumpa. Just sekali aje sebelum majlis. Sebabnya saya kena nak cari barang awak. Nak kena ajak awak sama. Nanti waktu tu, kita kenal-kenallah.” Lembut saja bicara Irfan Faris menyampaikan kata. Almaklumlah, nenek kat sebelah. Nek Kalsum sudah pastinya sudah meleret senyum mendengar bicara cucunya itu.
“Tapi, dah dekat nak majlis. Tak apa ke?”
“Awak jangan risau. Nanti saya beritahu kat mak dengan ayah awak, okey. Lagipun nenek yang suruh.”
Irsya Natasya di hujung talian akhirnya menyatakan persetujuan. Talian kemudian di matikan.
Nek Kalsum sudah menunjukkan tanda bangus. “Macam nilah cucu nenek. Dengar kata.” Nek Kalsum kemudian menepuk bahu cucunya itu. Selajur itu dia kembali meminta telefon bimbitnya dan berlalu pergi.
Irfan Faris hanya mampu mengeluh kasar. Hai. Apalah nasib aku ni. Apakah yang berlaku kini harus diterima sebagai takdir hidupnya? Irfan Faris kemudian naik ke bilik dan mengambil kunci keretanya. Sempat dijeling sekilas gambar wajah Irsya Natasya di atas meja.
“Pasal kaulah ni tau tak. Kau angkat phone tu siapa suruh. Bagi karang!” Marah Irfan Faris sambil menunjukkan buku limanya yang pada ke arah gambar wajah Irsya Natasya yang kaku tidak bergerak.
“Eleh. Nak tumbuk-tumbuk pulak.Ngek!” Gambar Irsya Natasya sudah menjelirkan lidah.
Irfan Faris membulatkan mata. Terkejut. Dia kemudian meraup muka. Nyatalah ia hanya ilusi yang menipu. Mungkin kerana perasaan yang tertekan, dia jadi begitu. Sememangnya ia juga terjadi sebelum ini. Dia kemudian keluar mencari ketenangan untuk merehatkan fikirannya yang berserabut.
Keretanya kini di parkir berdekatan taman permainanbersebelahan padang awam. Di tengah padang kelihatan sekumpulan budak lelaki bermain bola sepak. Perhatiannya  beralih ke taman permainan. Melihat kanak-kanak bermain sangat menghiburkan. Namun, fikirannya tidak setenang yang diharapkan. Fikirannya tetap terganggu dengan majlis pernikahannya yang semakin hampir.
Dia kini berjalan menyusuri tepi padang. Sambil berjalan tangannya menyeluk ke kocek seluar. Itu memang gayanya. Gaya ala-ala kerek.
“Kenapalah hidup aku ni ditakdirkan kahwin paksa? Macam cerita drama. Boring betullah. Agaknya si Sya tu okey ke tak ek? Boleh kautim ke tak? Pulak tu nikahnya Sabtu minggu ni. Ya Allah. Macam tak percaya aje. Tawakkal ajelah.” Irfan Faris meluah rasa dalam dilema.
Dalam pada itu, Irsya Natasya juga sedang dalam dilema. Fikirannya juga memikir hal yang sama. “Ya Allah. Dah nak jadi bini orang aku ni. Macam manalah nak ikhlaskan hati dengan sebenar-benar ikhlas. Tapi, macam ada harapan lagi nak lari dari masalah ni. Cuma kena kautim dengan dia tulah. Agak-agak, dia setuju ke tak?”
Irfan Faris kini terusberjalan. Kebetulan ada sebiji bola sudah melantun berhampiran denganya. Dia buat skill mengelecek bola sebelum menendang bola itu. Macam gaya Shinici Kudo dalam cerita animasi Detective Conan. Zasss…Jauh bola itu terbang namun terlencong ke luar padang.
“Adoiii!” Kedengaran satu suara sudah menjerit. Irfan Faris baru tersedar dan terlihat mangsa yang menerima hentaman bolanya itu sudah berdiri. Sebenarnya, dia tak sengaja pun menendang bola sekuat itu. Dengan itu dia segera pergi ke keretanya. Takut pula dibakal dikejar nanti.
“Siapalah yang power sangat tendang bola ni? Sampai kepala aku pun kena. Sakit tu.” Irsya Natasya sudah menggosok kepalanya yang sedikit bergegar terkena rembatan bola itu. Dek kerana itu lamunan perasaanya terhenti.
Dia kemudian pergi mengambil bola yang sudah bergolek di rumput. Dia melilau pandang mencari gerangan empunya diri yang menendang bola tersebut. Namun dia tidak dapat mengenalpasti empunya diri yang mempunya skill tendangan se ‘kencang’ dan se ‘power’ itu.
“Geng Power Rangerslah ni kut. Kalau dapat jumpa best juga ni.”  Irsya Natasya sudah berjalan sambil membawa bola tersebut ke dalam tengah padang di mana ada sekumpulan budak-budak bermain bola. Untung-untung bertemu empunya diri. Sampai masanya, ada seseorang yang menghampiri dan menegurnya.
“Akak. Tu bola saya.” Ujar seorang budak lelaki kepada Irsya Natasya.
“Oh. Bola adik ke? Tadi adik ke yang tendang bola ni. Powerlah. Macam skill CR.”
“Bukan. Tapi, tadi ada abang kat tepi padang tu yang tendang.” Ujar budak lelaki itu sambil menunjukkan arah di mana ‘abang’ itu berada tadi.
“Oh, ya ke? Hmm..Nah bolanya.”
“Akak tak nak join ke?” Ramah pula budak itu menegurnya.
“Akak? Hihi..Macam lawak aje. Lagi-lagi pagai baju cantik macam ni. Pakai skirt labuh pulak tu. Takkan nak main bola kut.”
Budak lelaki itu hanya ketawa. “Akak tendanglah sekali. Mana tahu lebih power dari kita orang.”
“Okeylah. Akak tolong tendang sekali ni aje tau.” Irsya Natasya kemudian meletakkan bola tersebut di atas rumput. Diangkat sedikit kain skirtnya dan membuat tendangan. Zasss…Cantik juga skill rembatannya.
Dari dalam kereta, Irfan Faris melihat aksi Irsya Natasya.
“Mak oii. Power juga budak perempuan tu tendang bola. Tak padan dengan bertudung. Pakai skirt labuh kain kembang lagi. Yang bagusya dalam tu pakai seluar tracksuit. Bagusnya. Taklah nampak betis seksi.” Irfan Faris memuji dan tersenyum. Dia sedikit teruja. ‘Macam boleh jadi geng aje.Nice.’
Irfan Faris kini kembali memandu. Namun, setelah beberapa meter dia kembali memberhentikan keretanya.
“Eh, kereta Myvi merah tu macam kereta…”Irfan Faris mengenalpasti kereta Myvi merah yang dilihat itu. Ya. Itulah kereta yang dilihat sebelum ini. Kereta yang dipandu budak latah yang ingin sangat dia ketemu kerana ingin mendapatkan satu jawapan, bagaimana gadis ituboleh melatah menyebut namanya walaupun tidak pernah kenal antara satu sama lain. Dia menunggu dan berharap agar dia punya kesempatan untuk bertemu dengan gadis itu. Sambil itu dia bersandar dan menyanyi sendiri sambil mengetuk-ngetuk stereng.
“Aii, tiba-tiba berdebar pulak yang kat dalam ni. Apa ke hal?”Irfan Faris sudah melekapkan tangannya ke dada. Dia kemudian melihat kocek baju di dada kanan dan kirinya. Mana tahu dia terbawa gambar Irsya Natasya bersama. Irfan Faris menggeleng kepala. Sah-sahlah gambar itu sudah dibingkaikan oleh mamanya dan diletakkan di atas meja bilik tidurnya.Ngeklah kau ni Irfan Faris. Dia mengakuinya sendiri.
Pandangan Irfan Faris kini terperasankan seseorang yang berjalan menghampiri kereta kereta Myvi merah itu. Riak wajahnya tiba-tiba berubah.Hatinya jadi marah. Dia segera turun dari keretanya.
“Apa achik buat kat sini?”ujar Irfan Faris kepada Zamilah.
“Eh. Kebetulan aje. Kenapa?”
“Achik jangan nak tipulah. Achik spy Irfan kan?”
“Eh. Taklah. Mana ada. Apa ni tuduh achik macam tu. Tak baik tau.”
“Berapa nenek bayar kat achik?” Nada Irfan Faris sedikit berangin. Ada sebab tiba-tiba dia berperangai begitu.
“Eh..Tak..Tak..Tak..Mana ada. Achik tak masuk campur pun. Nenek tak bayar apa-apa.”
“Eleh..Achik tak payah nak tipulah. Nenek dah bayar achik kan? Berapa nenek bayar kat achik?” soal Irfan Faris sambil memeluk tubuh. Tenungan matanya tepat menikam ke arah nak mata Zamilah di hadapannya.
“Eh, tak adalah Irfan. Mana ada.” Zamilah menafikan.
“Achik ingat Irfan ni budak kecil ke? Bukan Irfan tak dengar semalam. Irfan ni tak pekak lagilah, achik. Kenapa ya semua orang nak tentukan hidup Irfan. Kenapa semua orang anggap Irfan ni tak ada perasaan. Kenapa semua orang nak jadikan Irfan ni mangsa dalam perkara ni. Nenek dah tentulah. Mama dan Papa pun ikut aje cakap nenek. Achikkan selalu berpihak kepada Irfan. Kenapa sekarang achik ikut kata nenek pulak. Tak adil tau macam ni. Kalau achik, apa perasaan achik?”Tegang juga bicara Irfan Faris tika ini. Sememangnya sewaktu dia pulang semalam, dia secara tidak sengaja terdengar perbualan nenek dan mak usunya itu. Dan apa yang melukakan hatinya ialah rancangan neneknya yang olok-olok sakit dan surat perjanjian itu dibuat oleh mak ususnya.
“Alah, Irfan. Irfan ikut ajelah kehendak nenek. Achik bukan apa. Kalau Irfan dengan nenek tu bermasam muka, lagi haru jadinya. Lagipun sekarang, achik perlukan duit. So, senang cerita ikut kata nenek ajelah. Dah nenek bayar.” Mudah benar Zamilah menutur kata tanpa terasa apa-apa walaupun tadi dia beriya menafikan.
Riak wajah Irfan Faris berubah. Dia kecewa sebenarnya. Dia mengharap mak usunya itu berpihak padanya, tetapi kuasa nenek untuk mempengaruhi ternyata lebih besar daripadanya. Begitu mudah untuk mak usunya menurut kata nenek walhal dahulu dialah penentang terhebat kepada neneknya itu.
“Fine! Kalau dah itu kehendak semua orang, Irfan akan kahwin dengan budak tu! Nak sangat kan! Lepas ni kalau ada apa-apa berlaku, jangan salahkan Irfan!” Irfan Faris kembali ke kereta dan menghempas pintu. Sebal sungguh rasa hatinya. Terus ditekan pedal minyak dan memecut laju keretanya. Hilang terus moodnya untuk menanti akan gerangan pemandu Myvi merah itu.
Dalam pada itu, Irsya Natasya berdiri di sebalik sepohon pokok yang agak besar. Dan, dia telah melihat drama sebabak itu walau tidak nampak wajah kedua-dua empunya diri.
‘Siapalah orang tu. Suara, mak oii. Sekampung boleh dengar. Dahlah gaduh dekat sebelah kereta abah aku. Selamatlah tak ada aksi baling-membaling. Kalau tak, tak pasal-pasal kereta abah aku yang jadi mangsa. Hmm..Dengar ayat tu macam kena kahwin paksa aje. Hohoho…Sama macam aku. Genglah kita ya. Jom buat group. Lepas tu kita kenal-kenal, mana tahu jodoh kita.’ Irsya Natasya gelak sendiri. Sememangnya fikirannya itu suka merawang akan sesuatu yang tak mungkin dan tak logik dek akal. Lagipun gelak sendiri dikala stres adalah salah satu cara dia menggembirakan diri.

ZAMILAH duduk menghadap ibunya. Sebenarnya dia baru kena ‘ceramah’ percuma. Terasa juga ada air liur ibunya yang memercik tempias ke mukanya. Adoi..Terpakas menghadap. Macam menghadap permaisuri sihir.
“Kalau kamu nak ibu tolong kamu, kamu juga perlu tolong ibu. Tak susah mana pun kerja ni.Kalau kerja kamu okey, ibu akan bayar kamu.”
“Hah, betul ke bu? Ibu tak tipu.”
“Aku ni ada ke tipu kamu. Kamu tu aje yang selalu tipu aku Mel oii.” Kepala Zamilah ditunjal Kalsum.
Zamilah tersenyum terkulat-kulat.
“Jadi apa kerja yang ibu nak bagi kat Mel? Tolong along kat pejabat dia tu ke? Kalau tu, Mel tak nak.”
“Aku tak cakap pun lagi. Yang kamu tu tak sabar  sangat kenapa?”
Zamilah kembali terkulat-kulat. Kini dia menanti tugasan kerjanya.
“Kamu hanya perlu jadi spy ibu untuk Irfan.”
“Hah?For what?”
“Untuk pastikan yang Irfan tak bohong ibu lagi. Ibu nak Irfan menikah dengan Irsya Natasya. Pastikan mereka keluar berdua dan bukan ada orang lain sebagai penggantinya. Faham?!”
“Err..Okey. Small matter. Yang penting upahnya ada ya, bu.”
“Kamu ni kan Mel, dah tua pun minta duit ibu. Nanti ibu bayarlah. Yang penting kerja beres.”
Zamilah sudah tersenyum. Yes!


Monday, 23 June 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 17


“IRFAN! IRFAN!”Cemas suara Kirana kedengaran. Kuat juga dia mengetuk pintu bilik anaknya itu. “Irfan. Bukalah pintu ni!”
“Ada apa, ma. Irfan tengah tidurlah.” Nyaring suara Irfan Faris kedengaran dari dalam bilik. Suaranya seakan membentak kerana dia paling tidka suka tidurnya diganggu. Ketukan pintu dan suara mama saling berganti membuatkan Irfan Faris terpaksa aku untuk bangun dan membuka pintu.
“Kamu ni dah pukul berapa. Asyik nak tidur aje. Tolong mama pergi cari nenek.”
“Kenapa dengan nenek? Biarlah dia. Nenek kan dah tak suka Irfan. Dah benci Irfan.” Irfan Faris menjawab dengan hati yang sebal. Marah dan rasa tidak puas hatinya masih menebal pada nenek.
“Irfan..Jangan cakap macam tu. Tak baik.” Lembut Kirana menasihati. “Sekarang mama nak Irfan cari nenek. Nenek tak ada kat bilik. Seluruh rumah mama dah cari. Mama takut terjadi apa-apa pada dia.Mama takut nenek tu dah ke mana-mana. Tolong  mama, Irfan. Mama risau ni.”
“Ala, ma. Nenek kan ada hero dia. Kalau ada apa-apa terjadi, mesti hero kesayangan dia tu muncul tiba-tiba.” Bicara Irfan Frais merujuk kepada Irsya Natasya. Ya, ‘hero’ nenek yang terpaksa bakal dinikahi tidak lama lagi.
“Kamu ni. Ada ke cakap macam tu.” Suara Kirana sedikit tinggi. Marah juga dengan bicara anak sendiri. “Ni, degil sangat mulut tu.” Telinga Irfan Faris sudah dipulas kuat.
“Adoii..Sakitlah, mama. Apa ni piat-piat orang ni.” Ujar Irfan Faris sambil memegang telinganya yang terasa sakit.
“Irfan..Tolonglah mama cari nenek kamu tu. Mama tak sedap hati ni.”
“Yalah, yalah. Nenek ni degil betullah! Mensyusahkan orang. Dahlah paksa orang kahwin dengan ‘hero’ pilihan dia tu, ale-ale dia pulakyang merajuk.”
“Irfan…Mulut tu..”
Irfan Farisbersiap ala kadar. Dia kemudian terus mengambil kunci kereta dan mendapatkan keretanya di porch.Mahu tak mahu, terpaksa juga dia mencari neneknya itu. Irfan Faris terus menuju ke satu destinasi. Gerak hatinya seakan mengetahui di mana neneknya berada. Nyatalah telahannya tidak silap. Dikejauhan dia melihat Nek Kalsum menangis di kubur atuknya, Zainal Akhlaken. Irfan Faris datang menghampiri dan mencuri dengar apa yang diperkata oleh neneknya itu. Dia kini berada di sebuah kubur yang lain dan berselindung di sebalik pohon sepulih yang di tanam di situ.
“Awak..Saya sedih sangat. Irfan dah tak sayang saya. Dia dah tak nak dengar cakap saya lagi. Dia tak nak kahwin dengan Sya. Sya tu bakal cucu menatu pilihan kita. Sya tu anak Odah dan Hamid.Awak ingat tak? Kita dah tunangkan dia orang masa kecil. Sekarang saya dah jumpa mereka. Tapi, Irfan tak nak terima pilihan kita tu. Saya sedih sangat.Sya tu baik budaknya. Dia pernah tolong saya. Kenapa cucu kita tu tak nak terima Sya? Kenapa?” Nek Kalsum kelihatan menangis terisak-isak. Begitu hatinya terluka. Nek Kalsum terus merintih sendiri.
            Irfan Faris hanya mendengar. Namun, tidak bertindak menegur. Selajur beberapa ketika, dia melihat neneknya bangun dan pergi. Irfan Faris juga tidak mengejar. Dibiarkan saja neneknya berjalan pergi. Irfan Faris kemudian pergi ke kubur arwah atuknya, dan menyedekahkan Al-Fatihah dan doa.
            Irfan Faris melihat neneknya yang kini menahan sebuah teksi. Dia kemudian hanya mengekori teksi tersebut hingga ke rumah. Sebelum itu, sempat dimesej mamanya memberitahu keadaan neneknya. Alhamdulillah. Lega juga hati Kirana mendengar. Apabila melihat neneknya telah sampai ke rumah, Irfan Faris kemudian meluncur pergi bersama keretanya. Dia sengaja tidak mahu bertemu muka dengan neneknya untuk seketika. Dihatinya masih ada rasa marah dengan sikap nenek yang suka memaksa.
Selajur sampai di rumah, Nek Kalsum tidak mahu bercakap sama-sekali. Dia terus masuk ke bilik dan mengunci diri.Ia agak merisaukan Kirana.     
“Ibu..Bukaklah pintu ni, bu. Ibu tak makan lagi sejak pagi tadi. Ibu..Janganlah macam ni. Kalau ibu marahkan Irfan sekalipun, ibu janganlah sampai abaikan kesihatan ibu. Jom ibu. Kita makan. Kirana suapkan ibu.”
“Tak nak! Aku kata tak nak, tak naklah. Biarlah aku mati cepat. Aku tahu kau orang semuamemang tak suka aku. Aku tahu kau orang semua berlakon baik bila depan aku, kan?!”
“Ibu..Tak baik cakap macam tu. Kami semua sayang ibu.”
“Dah! Aku nak tidur. Tak payah kau nak suruh aku makan ke minum!”
“Ibuu…” Kirana terus mengetuk pintu bilik itu bertalu-talu.
“Pergi! Pergi! Jangan kacau aku! Biar aku mati!” Nek Kalsum terus meraung sendiri. Dalam pada itu kedengaran benda kaca berderai ke lantai.
“Ya Allah, ibu. Kenapa macam ni? Ibu. Ibu jangan buat perkara bukan-bukan bu.” Kirana jadi cemas. Dia kelam-kabut mencari kunci pendua bilik ibu mertuanya itu.
“Ya Allah. Mana pula kunci ni. Jangan-jangan ibu dah ambil.” Kirana jadi kelam-kabut. Dia turun mengetuk pintu bilik Zamilah. Tika ini hanya Zamilah ada di rumah.
“Mel! Mel! Tolong akak Mel.”
“Kenapa ni kak?” soal Zamilah apabila dia sudah membuka pintu.
“Ibu, Mel. Ibu... Ibu kunci diri dalam bilik. Kunci pendua bilik pun dia dah ambil. Tadi dia terjerit-jerit sendiri kata kita tak sayang dia. Dia kata biar dia mati cepat.”
“Ya Allah! Ibu ni memang macam ni ke kak?”
“Ibu mungkin kecewa sangat dengan Irfan sebab tak nak terima Sya tu.”
Zamilah hanya menggeleng kepala. Mengapa begitu tindakan ibunya.
Kirana kelam-kabut menelefon Irfan supaya pulang. Diminta agar dipujuk neneknya itu. Dia tahu ibunya ingin Irfan yang memujuknya, bukan orang lain.
Irfan Faris menerima panggilan daripada mamanya. Mahu tak mahu dia berpatah balik.
“Nenek ni memang menyusahkan oranglah!” Omel Irfan Faris sendiri.
            Irfan Faris berusaha membuka pintu bilik Nek Kalsum. Pintu berjaya dibuka setelah kad keras digunakan untuk membuka selak pintu tersebut.
“Ya Allah, nek!” Irfan Faris segera mendapatkan neneknya yang telah terbaring pengsan. Segera d bawa ke hospital.
Di hospital setelah sedar dari pengsan, Nek Kalsum langsung tidak mahu bercakap dan memandang wajah Irfan Faris. Dia hanya berbicara pada Kirana.
“Dah, Irfan. Kita keluar dulu. Biar nenek berehat.” Ujar Kirana sambil mengusap lembut bahu anak terunanya itu.
Irfan Faris akur. Dia sudah meraup muka beberapa kali. Terasa menyesal juga dengan sikap sendiri. Tapi..
Irfan Faris kini merehatkan diri di taman hospital. Melihat kanak-kanak yang asyik bermain sedikit menggembirakan hatinya. Teringat juga zaman kanak-kanaknya dahulu. Selalunya dia bermain di taman ditemani neneknya. Dan apa yang paling dia suka ialah bermain buaian. Setiap kali dia bermain, buainya akan dihayun oleh nenek.
Irfan Faris mengeluh nipis. Apabila mengenangkan nenek, dia tahu memang neneknya banyak berjasa kepada dirinya. Apa yang pasti dialah yang paling rapat dengan nenek berbanding abangnya, Idham Faizal. Ke mana sahaja nenek pergi, pasti dia akan dibawa bersama. Apa yang diminta pasti juga diturutkan oleh nenek. Sebahagian hidupnya penuh dengan cerita-cerita dari nenek. Di waktu kecil, nenek juga yang mendodoikannya tidur berteman lagu-lagunya. Ya, semua dibuat nenek. Cuma dikala dia besar, nenek pula meminta dia berbuat begitu. Salah satunya ialah mendodoikan tidurnya dengan lagu ‘Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga’ dan lagu ‘Suriram.’Dia menunaikan juga walau kadang-kalanya melakukan tanpa ikhlas di hati.
Kini nenek meminta kepada satu hal yang lebih besar daripada itu, iaitu berkahwin dengan cucu pilihannya. Apa yang membuatkan hati Irfan lebih terluka ialah, ia sudah diatur dan dirancang nenek tanpa berbincang dengannya terlebih sehingga tarikh keramat itu bakal muncul tidak lama lagi. Ya, terlalu hampir.

“NEK…Irfan sayang nenek. Tapi kenapa nenek minta benda yang Irfan tak boleh nak tunaikan nek? Kenapa nenek nak sangat Irfan kahwin dengan cucu pilihan nenek tu? Irfan tak boleh nek. Hati Irfan tak boleh nak terima. Perkahwinan ni bukan mudah nek. Seluruhnya, Irfan yang akan kena bertanggungjawab nanti. Kalau ada apa-apa yang berlaku pasti orang akan salahkan Irfan. Irfan bukan berniat nak kurang ajar dengan nenek. Tapi….Irfan tak boleh. Irfan takut melukakan hati orang lain. Hati Sya. Hati keluarga dia. Lagipun nenek terlalu memaksa dalam tempoh secepat ni. Irfan tak boleh nek.”
“Kalau Irfan tak nak terima, pergilah. Pergi dari hidup nenek sekarang. Jangan jumpa nenek lagi!” Nek Kalsum berbicara tanpa memandang wajah cucunya itu. Bicaranya sudah bercampur sebak. Hati tuanya menangis.
“Selama ni nenek dah banyak penuhi permintaan Irfan. Tapi nenek cuma minta satu ni aje. Nenek tahu ia agak berat, tapi nenek teringin nak Sya jadi sebahagian dari hidup nenek. Nenek nak sangat Irfan. Kalau boleh nenek nak tengok Irfan bersanding dengan Sya sebelum nenek mati.” Suara Nek Kalsum jadi lirih.
“Nek..Kenapa cakap macam tu. Irfan…”
“Nenek nak Sya, Irfan. Nenek nak Sya.”Nek Kalsum sudah terhincut menangis. Seakan dia begitu mengharap. Irfan Faris kini memeluk neneknya. Kasihnya tetap ada walaupun kadang-kala hatinya terasa panas dengan permintaan neneknya itu.Haruskan dia menerima gadis itu sebagai isterinya demi kegembiraan nenek. ‘Ya Allah. Beri aku petunjuk.’
“Nek.Dah jom ni Irfan suapkan nenek makan.” Lembut suara Irfan Faris memujuk.
“Tak nak! Selagi Irfan tak janji akan kahwin dengan Sya, nenek takkan makan.”
“Nekkk...Janganlah macam ni.”
“Kalau Irfan tak nak kahwin dengan Sya, Irfan pergilah dari hidup nenek. Nenek tahu Irfan memang dah tak sayang nenek kan?!”
Irfan Faris melepaskan keluhan kecil.“Okeylah, nek. Irfan terima pilihan nenek tu. Tapi ada syarat.”
“Betul ni? Tak tipu?” Kini barulah wajah cucunya itu dipandang.
“Ya. Promise.” Irfan Faris sudah mengangkat tangan tanda janji. Dia terpaksa buat kata putus sekadar memujuk hati nenek.
“Apa syaratnya?”
“Syaratnya, yang pertama. Segala perbelanjaan nenek kena tanggung sepenuhnya. Kedua, Irfan tak nak nenek paksa Irfan buat sesuatu yang Irfan tak suka. Dan yang ketiga, lepas kahwin Irfan akan pindah dari sini. Duduk rumah yang mama dan papa dah hadiahkan untuk Irfan sebelum ni.”
“Okey. Nenek tak ada masalah. Janji Irfan kahwin dengan Sya. Kalau macam tu, nenek pun ada syarat untuk Irfan juga.” Nek Kalsum sudah meleret senyum.
“Hah?” Irfan Faris sedikit terkejut. Ada syarat juga ke? Dah tua pun sibuk nak buat syarat. Nampaknya neneknya memang sengaja. Entah-entah nenek ni berlakon aje kut. Nampaknya aku ni macam dah tertipu dan terperangkap aje. Aduh! Kalah dengan nenek!

“NAH!Ni perjanjian MoU yang Irfan kena terima.Tak payah tanda tangan, cop jari aje cukup.” Ujar Nek Kalsum sambil duduk lantas menghulurkan sebuah fail bewarna biru kepada Irfan Faris. Sekali pandang dah macam fail terima transkrip ijazah pula.
“Apa ni nek siap ada perjanjian MoU bagai. Ma..Pa.. tengoklah nenek ni.”Adu Irfan kepada Kirana dan Zamrud yang turut berada di situ. Mereka berdua hanya tersenyum.
“Kamu dah janjikan?” Nek Kalsum masih menghulur fail tersebut kepada cucunya.
“Memanglah. Tapi macam melampau aje apa yang nenek dah buat ni.”
“Ikut ajelah Irfan. Cuba gembirakan hati nenek tu. Terima aje.” Ujar Kirana.
“Hati nenek aje mama fikir. Hati Irfan semua orang tak peduli.”
“Alah Irfan. Papa pun macam gitu juga. Kalau tak percaya, papa boleh tunjukkan transkrip akur janji papa dengan nenek. Tapi tak cantik macam kamu punya. Papa punya dulu tulis pakai pen kat kertas biasa aje. Tulisan jawi lagi.”
“Ya ke papa? Nenek pun buat macam tu juga ke. Eii..entah apa-apa nenek ni.”
“Dah. Jangan banyak bunyilah mulut tu. Ambik ni! Baca depan nenek,mama dan papa. Lepas tu sila cop jari ya cucu nenek sayang....” Ujar Nek Kalsum lembut sambil mengusap kepala cucunya itu.
Irfan Faris menerima jua huluran fail itu dalam perasaan yang sebal. Dibuka muka hadapan fail itu. Di dalamnya mengandungi satu kertas keras tertulis kata-kata akur janji. Siap berlaminate bagai. Canggih!
“Saya, Irfan Faris bin Zamrud dengan ini berjanji setia untuk menikahi...” Irfan Faris baru membaca sebaris ayat yang tertulis. Wajah neneknya di sebelah dipandang.
“Apa ni nek? Ni paksaan yang tak boleh dimaafkan. Mana boleh macam ni nek. Tolonglah.”
“Nenek dah tak harapkan apa-apa dari Irfan. Cuma inilah satu.” Suara Nek Kalsum sedikit kendur mengharapkan pengertian.
Irfan Faris melepaskan nafas nipis. Dia cuba bertenang seketika. Akhirnya dia membuat keputusan.“Okey.” Lemah sahaja jawapannya. Dia kemudian membaca laju perjanjian yang merupakan akur janji itu.
“Okey, dah.”
“Lagi sekali. Laju sangat. Baca tu biarlah betul-betul. Ikut intonasi.”
“Nekk...”
“No..One more..” Nek Kalsum memberi arahan.
“Ma..Ma tengoklah nenek ni ma. Banyak pulak complaintnya.”
“Baca ajelah Irfan. Bukan susah pun. Memang laju sangat pun kamu baca tadi. Dengarnya macam senafas aje. Ni bukan nak jawab akad nikah, Irfan. Dah. Cuba baca semula.”
“E’eh, mama ni. Sama aje macam nenek.”
Zamrud tergelak.
“Papa gelak kenapa? Tak lawak kut.”
“Memang tak lawak pun. Cuma kelakar aje. Papa ni dah lama tak gelak, tapi tengok kamu, papa jadi tergelak.”
Irfan Faris membuat muka. Seakan dirinya diperkotak-katikkan oleh kedua ibu bapanya sendiri.Eii..Geramnya! Dahlah macam apa. Baca ikrar sambil disaksikan ibu bapa. Oh, no commet.Macam situasi di hari pernikahan. Kiranya sebagai pra-akad.Arggh...Parah! Apalah nasib kau ni Irfan Faris.
“Dah, baca. Nenek nak rakam kat phone ni.”
Irfan Faris mencebik bibir. Eii, nenek ni…Nak rakam-rakam pulak. Jadikan bahan buktilah tu. Nenek memang bijak dari aku. Terpaksalah terima hakikat.
Irfan Faris kini membaca kembali akur janji tersebut bersama intonasi. Hmm..Sedap didengar.

~Saya, Irfan Faris bin Zamrud dengan ini berjanji setia untuk menikahi gadis pilihan keluarga, Irsya Natasya binti Hamid pada tarikh yang termaktub dan dipersetujui iaitu 14 Zulhijjah 1434 bersamaan hari Sabtu, yang merupakan ulangtahun hari lahir kami yang ke-25. Saya, Irfan Faris bin Zamrud bersetuju memegang amanah dan tanggungjawab ini demi kebahagiaan dan keharmoniaan ikatan dua insan yang halal dalam hubungan untuk membina keluarga Sakinah sehingga ke Jannah. In Shaa Allah. Aamiin...~

“Haa..Macam tulah. Sedap aje nenek dengar.”
Irfan Faris sudah buat muka sambil membegakan wajah. Kirana dan Zamrud hanya tersenyum.
“Dah. Cop jari kat bawah tu. Bawah tu ada syarat tambahan. Termaktub dalam akur janji ni juga.”
“Eii, ada syarat tambahan pulak. Apa ni nek?”
“Kamu jangan banyak bunyilah Irfan. Kamu dah janji untuk terima. Ikut ajelah. Dan nenek pun aku ikut syarat yang kamu minta tu. Bukan susah pun. Dah. Cop jari kat bawah tu.”
“Eii..Apa ni? Kena pastikan ada anak dalam masa dua bulan. Mengarutlah nenek ni. Kan Irfan dah cakap, Irfan tak nak nenek paksa Irfan buat apa yang Irfan tak suka. Nenek ni belum-belum dah langgar syarat.”
“Ah..Tak ada, tak ada. Nenek nak  juga.”
“Eii, nenek ni. Benda tu semua tu kan rezeki Allah nek. Ni siap set time. Entah apa-apalah nenek ni. Nyanyuk. ”
“Wah, sedapnya mulut tu bercakap nenek ni nyanyuk. Aku ni waras. Kamu ni cucu aku Irfan oii. Dengarlah cakap aku ni. Kalau usaha lebih, In Shaa Allah menjadi Irfan.”
Irfan Faris buat muka.
‘Kenapalah nenek boleh fikir sampai macam ni. Aku kata dia nyanyuk tak mengaku pulak. Eiii..Menyampahnya aku. Hari tu kata terima syarat aku, tak boleh paksa apa yang aku tak suka. Ni, sesedap rasa aje dia nak minta aku ada anak cepat. Eii..Kalau tahu nak jadi macam ni, aku lari aje dari rumah. Lagi senang! Ajak si Sya tu sekali. Eh, salah cakap pulak. Ajak dia tu buat apa. Macam ajak kahwin lari pulak.’
“Dah. Cepat. Cop jari kat bawah tu! Berangan pulak dia.”
“Yalah, yalah.” Irfan Faris terpaksa akur sambil tarik muncung.
“Tak payahlah buat muka cemberut kamu tu. Buruk nenek tengok.”Nek Kalsum sudah meleret senyum.
“Huh!”
“Eleh, merajuk. Ingat nenek heran sangat ke. Dah cepat cop jari tu!” Nek Kalsum bertegas.
“Eii!” Irfan Faris memprotes.
“Apa eii, eii?!”
“Nah. Nenek nak sangat kan!”
“Aii, marah pulak. Hari tu kata terima.”
“Terima tak ikhlas nek.Hari tu tu sebab nak pujuk nenekaje.” Irfan Faris meluah rasa.
“Nasiblah. Janji dah cop jari kan. Ada bukti rakaman lagi. Saksinya mama dan papa kamu. Kamu nak cakap apa?” Nek Kalsum sudah ketawa. Rasa macam watak ahli sihir hitam aje.Irfan Faris sudah tarik muncung sedepa. Senang-senang sahaja dia dibuli nenek seperti budak kecil.
“In Shaa Allah, Irfan. Kamu akan bahagia dengan Sya tu. Nenek ingat lagi masa kamu berdua dengan Sya tu. Hari tulah kami jadikan hari pertunangan kamu. Bila nenek dukung kamu, kamu menangis. Bila nenek letak kamu semula kat sebelah Sya tu, kamu diam. Lepas tu peluk dia. Memang dia tu teman hati kamu.”
“Nek. Tu zaman keciklah nek. Umur berapa bulan. Benda tu kebetulan aje kut. Suka sangat bangkitkan hal lama tu lah. Tak suka betullah.”
Nek Kalsum kini mengusap bahu cucunya itu. “Belajarlah sayang kat Sya tu macam Irfan sayang kat nenek. Selalu nyanyikan lagu, selalu cium pipi. Gurau-gurau. Kongsi makanan. Sesekali suapkan makan. Macam Irfan buat kat nenek. Confirm nanti Sya tu jatuh sayang kat Irfan macam nenek jatuh sayang kat Irfan.”
“Itu kalau jatuh nek...Kalau tak jatuh nak buat apa? Tolak sampai jatuh tergolek ke? Macam tu?”
“Apa pulak macam tu cakapnya.”
“Masalahnya ruang hati Irfan ni tak ada untuk dia nek. Takkanlah Irfan yang tak boleh nak terima dia ni, nak mengurat dia. Memang taklah jawabnya. Kalau dia yang mengurat Irfan, tak apalah juga. Boleh juga layanslow-slow.”
“Alah, kamu cakaplah kat dia, suruh dia mengurat kamu. Cakaplah..saya ni tak reti nak mengurat awak. Kan senang macam tu.”
Irfan Faris sudah menepuk dahi. Apa punya idealah nenek ni. Idea terlebih advance dan tak logik dek akal langsung. Silap-silap aku kena free kick kalau cakap macam tu. Sah-sahlah dia tu‘hero’ nenek. Paling koman dia ni terror bab gaduh-gaduh ni. Arghh..Parah!
“Dahlah nek. Irfan nak keluar. Nak cari ketenangan.” Irfan Faris sudah bangun. Sememangnya hati dan fikirannya tidak tenang dengan apa yang dilalui sekarang.
“Fikirkanlah pasal si Sya juga ya. Tolong bertindak. Fikirlah cara nak mengurat dia. Awal ni buat yang simple aje. Bila jumpa dia, berilah bunga ke?” Nek Kalsumtiba-tiba memberi idea yang kononya bernas.
‘Eii..Tak ada maknanya aku nak mengurat dia. Nak beri bunga bagai. Eii..tolong sikit. Aku tak suka kat dia buat apa nak beri bunga kat dia. Lagipun, dia yang nak kat aku, dialah ngurat aku. Huh! Nenek ni memang. Hati orang sana aje yang dia fikir. Yang aku ni dijadikan mangsa.’ Irfan Faris kemudian berlalu pergi membawa hati.
Kirana hanya mampu tersenyum dan menggeleng kepala melihat ragam kedua-dua mereka.“Misi ibu dah berjaya.” Ujar Kirana.
Nek Kalsum hanya ketawa. “Mungkin sekarang ni dia rasa susah nak terima, tapi ibu tahu suatu hari nanti dia takkan menyesal dengan pilihan ibu.”
“Tapi kalau satu hari nanti dia tu memberontak, buat hal yang bukan-bukan, pandai-pandailah ibu. Zam tak masuk campur. Zam memang tak halang pun pernikahan ni, tapi Zam cuma tak nak Sya tu yang jadi mangsa.Kasihan budak tu.”
“Yang kamu tu pun, doalah yang baik-baik. Itu untuk anak kamu juga. Ajarlah dia tu cara yang baik macam mana kamu buat kat Kirana. Turunkan ilmu pada dia.Tot..tet..tot.tet...”Akhirnya Zamrud yang dibebelnya.


 Bersambung lagi......