Sunday, 25 May 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 16


IRFAN FARIS mendengar laporan Zack Nadzri dan bebelan temannya itu. Yalah. Ibarat menunggu buah tak gugur menanti Irsya Natasya. Cuma di saat hujung waktu barulah dia ternampak kelibat gadis itu.
“Kenapalah kau tak mesej aku yang si Sya datang lambat?”
“Hihi...Sorry, bro.Aku off phonelah. Dia pun berpuluh kali telefon aku agaknya sebab nak beritahu dia datang lambat.”
“Tengok tu. Senang aje jawab. Aku off phonelah.Ngeklah kau ni. Kenapa tak silent aje,lepas tu vibrate. Macam tak boleh fikir aje. Time ada plan,handphone tulah yang penting untuk berhubung. Ni, kau syok dengar ceramah kursus kahwin tu, aku kau biarkan terkontang-kanting. Tak kenal si Sya tu satu hal. Nombor telefon dia pun kau kedekut nak bagi. Yang peliknya, takkanlah kau langsung tak belek-belek handphone. Eh, setahu aku kau ni pantang tak ada handphone kat tangan.”
“Tak tahulah. Tiba-tiba, aku menjadi seorang yang begitu berdisiplin. Sebabnya syok sangat dengar ceramah ustaz tu. Kelakar. Tergelak-gelak aku nak pecah perut. Dah nak balik baru aku on phone. Tu yang terkejut tengok miscall dengan mesej berlambak-lambak.”
“Tahu pun kau.”
“Rilekslah, bro. Eh, tapi kau cakap tadi kau ternampak dia kan?”
“Haa. Tapi, sebenarnya aku pun tak berapa pasti. Cuma aku tengok muka dia, sama macam yang kat dalam gambar yang kau tunjukkan aku semalam. Masa tu, aku dah kat dalam kereta. Lepas tu dia hilang kat celahan orang ramai. Aku tak dapat kejar.”
Hmm..Maksudnya dia datang juga walau lambat.Sebabnya dia kata dia pergi hantar sorang mak cik tu pergi klinik. Mak cik tu accident. ”
“Kalau betul tu dia, maknanya memang dia datanglah. Kesian tau kat dia.Aku ni pun, kesian tau tak. Menunggu macam apa. Kalau tak, dah fall in love aku kat tunang kau tu.”
“Kau aje kesian kat dia, aku tak…”
“Kau ni memang ngeklah, Irfan. Tak ada perasaan langsung.”
Status misi : GAGAL.

Sementara itu…
Hish..mamat ni kan.Aku mesej tak balas. Aku telefon pun tak angkat. Ni bila aku telefon talian sibuk pulak. Ni yang buat aku nak mengamuk ni. Eii..dia ni kan.Konon nak bincang, tapi kalau macam nilah gayanya, baik tak payah bincang. Baik aku ikut planning aku sendiri.” Irsya Natasya membebel sendiri.
Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Segera diambil dan dilihat siapa pemanggilnya.
“Tengok tu. Baru nak telefon. Lantaklah..Aku nak merajuk dengan kau.”Irsya Natasya hanya membiarkan panggilan itu. Sengaja memberi pengajaran kepada tunangnya itu.
Irfan Faris yang masih menanti panggilannya bersambut, akhirnya mematikan talian.
“Merajuklah ni kut. Okey..Diakui dengan hati yang tulus ikhlas, memang aku yang salah. So, aku kena telefon dia juga sampai dapat.”
Telefon bimbit Irsya Natasya berdering lagi.
“Jangan telefon lagilah. Aku tengah merajuk ni!” Marah Irsya Natasya pada empunya diri yang menelefonnya.
“Sya..oo..Sya...Dah tidur ke kamu. Telefon tu berbunyi dah berapa kali dah. Kenapa tak angkat?” Suara Saodah sudah kedengaran membingit. Sambil itu pintunya diketuk bertalu-talu.
“Ya, mak. Orang angkatlah ni.” Dia menjawab malas. Akhirnya dia menekan punat hijau telefon bimbitnya menjawab panggilan walaupun hati rasa memberontak.
“Awak...sorry.” Suara lembut itu kedengaran di gegendang telinga Irsya Natasya. “Awak sengaja tak angkat phone sebab merajuk dengan saya ea?” Pandai pula Irfan Faris mengayat. Irsya Natasya masih berdiam diri sambil membuat muka. Hatinya panas.
“Awak..Kenapa diam aje ni. Okey,sorry. Saya minta maaf. Lain kali saya tak buat lagi. Ipromise.
“Poyo awak ni.” Irsya Natasya tidak jadi hendak marah.Acece..Tiba-tiba jadi lembut hati pulak. Termakan pujukanlah tu.
“Sebenarnya awak dapat mesej dari saya tak?Saya dah banyak kali mesej awak. Tapi, kenapa awak tak balas?Saya call pun awak tak angkat. Awak off phone? Kenapa? Bila saya pergi tempat yang kita janji tu, tengok awak macam tak adaaje. Dahlah saya  ni tak kenal awak.”
“Sebenarnya handphone saya ada problem sikit. Saya terima mesej, tapi tak boleh nak buka.Dah malam ni baru okey dan terbaca mesej awak. Tengok miscall awak pun banyak kali. Sorry sangat-sangat. Awak jangan risau, saya tak tunggu awak sebab saya ada emergency kes. Okey. Tak payah lagi cakap pasal hal siang tadi tu ea.” Irfan Faris bijak memberi alasan. Ayat nak hidup macam tulah. “So, bila kita nak jumpa lagi. Sebabnya, saya nak kena settlekan hal ni secepat mungkin. Hmm..Lusa, boleh?”
“Okey, boleh.”

IRSYA NATASYA kini berjumpa Irfan Faris ditempat yang dijanjikan. Di satu sudut, Irsya Natasya sepertinya dapat menganggak akan gerangan Irfan Faris berdasarkan identiti yang digambarkan - Berbaju kemeja kotak-kotak. Berseluar warna hitam dan berkaca mata berbingkai hitam. Rambut panjang sikit.
Oh, itu ke orangnya? Biar betul?Macam mamat nerd tak ada perasaan aje. Bila bercakap kat telefon, gaya macam ngek sikit. Macam pandai mengayat.Tapi yang ni, terlebih skema rasanya. Macam gaya mamat ‘Otaku’aje.
            “Awak ni…” soal Irsya Natasya sewaktu sudah berdiri berhampiran meja lelaki itu.
            “Err….Du..duklah. Aa..awak ni tentunya Irsya Natasyakan?” tergagap-gagap lelaki itu bersuara dalam tertunduk-tunduk. Ala-ala takut untuk memandang wajah gadis di hadapannya itu.
Irsya Natasya mengangguk dalam ragu-ragu dan kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan lelaki itu. Biar betul? Kenapa macam takut-takut pulak? Takut tengok muka aku ke? Macam muka mak nenek ke? Kau ni Irfan Faris, agak-agaklah. Muka aku ni muka suci apa. Tapi, kenapa aku rasa macam dia ni bukan Irfan Faris?
            “Ma..Maaf. Se..Sebenarnya..Irfan tak dapat datang. Dia..wakilkan saya untuk berbincang.. dengan awak.” Empunya diri memberitahu sambil menggaru tengkuk.
“Jadi awak ni,bukan Irfan Faris?”
“Bu..Bukan. Saya.. abang dia.”
Hmm…Memang dugaanku benar belaka.
So, apa cer….” Irsya Natasya sudah menjongketkan kening meminta jawapan sebenar.
Idham Faizal menyampaikan hanya beberapa patah kata.
“Irfan sebenarnya.. tak nak kahwin dengan awak. Jadi, dia minta awak bercakap dengan nenek agar dia tidak dipaksa berkahwin dengan awak. Itu aje. Maaf. Saya minta diri dulu.”
What?? Itu aje?”
Idham Faizal mengangguk. Lalu dia bangun dan berlalu pergi.
Irsya Natasya sudah menepuk dahi. Memang bengang dia ketika ini. Bersusah payah dia datang hanya kerana nak mendengar beberapa patah ayat. Pulak tu, bukan dari orang yang sebenar. Oii, Irfan Faris cucu Nek Kalsum oii. Kau beriya ajak aku jumpa, last-last kau tak datang. Kau hantar wakil yang nerd macam Otaku ni. Weeii…Kalau kau cakap kat telefon kan senang. Ni yang aku rasa macam nak belasah kau kalau bertemu muka ni. Eii, mamat ni kan. Ada kena dengan aku ni karang!Macamlah dia sorang yang terpaksa kahwin. Aku ni pun samajugalah. Macamlah aku ni terhegeh-hegeh nak kat dia. Rugi minyak kereta aku datang sini tahu tak. Lepas ni kalau kau telefon, memang aku tak angkat!  Geram Irsya Natasya berbuku di hati.
Nak tahu  mengapa bukan Zack Nadzri yang datang?
Beberapa waktu sebelum itu…
Bro, emergency kes ni. Aku kena food poisioning. Aku kat hospital ni.”
What?? Habis tu…”
Back up planlah. Ganti orang. Carilah sesiapa yang boleh ganti tempat aku. Aku nak buat macam mana. Aku kat hospital ni, bro. ”
“Aku nak cari siapa?Aku dah tak boleh nak fikir dah. Sebab kau orang harapan aku.”
“Tak pun kau pergi ajelah sendiri. Face to face terus dengan dia tu. Lagi senang.”
“Aku kat hospital juga ni, bro. Tengah tunggu turn nak buat ujian HIV. Entah pukul berapa siapnya.”
“Eh, bukan semalam kau dah pergi ke?”
“Sebenarnya..Aku tak pergi pun semalam.”
Hampehlah kau ni. Hmm…Tak pun, suruh ajelah abang Id kau. Kautimlah dengan dia.”
“Hah? Abang Id aku tu? Boleh harap ke?”
“Kau teranglah betul-betul kat dia. Bak kata kau, dia tu kan ikut kata.”
Zass…Alkisahnya, begitulah.

NENEK KALSUM kini sudah bercekak pinggang di muka pintu bila saatnya Irfan Faris tiba di rumah.
“Aii, nek. Kenapa berdiri depan pintu. Irfan nak masuk ni?”
“Nenek tak benarkan Irfan masuk selagi Irfan tak jelaskan pada nenek.” Ujar Nek Kalsum dalam nada yang kurang dimengertikan Irfan Faris.
“Jelaskan? Jelaskan apa nek?” Irfan Faris tidak mengerti.
“Irfan tipu nenekkan?”
“Tipu? Tipu apa?”
“Irfan tak pergi jumpa Sya kan hari ni?!” Agak tegang suara Nek Kalsum tika ini.
Irfan Faris menelan liur payau. Aduh! Siapa pula yang kantoikan ni? Abang Id? Hish..Abang Id ni. Kena dengan aku karang. Mesti dia yang cakap kat nenek. Kalau tak, macam mana nenek boleh tahu.”
“Apa yang kamu diam. Nenek tanya ni. Jawab!”
Err..Err..” Tidak terkata Irfan Faris untuk berbicara. “Mana nenek tahu? Nenek ada bukti ke?” Tiba-tiba jadi berani pula dia menyoal neneknya.
“Ooo..Nak tengok bukti ke? Okey. Nenek tunjukkan. Ni dia.” Nek Kalsum kemudian menghulurkan telefon bimbitnya yang tertera satu gambar kiriman MMS.
Terkejut juga Irfan Faris melihat gambar itu. Ya. Idham Faizal dan seorang perempuan yang diyakini adalah Irsya Natasya berdasarkan identiti pemakaian yang diberitahu sebelum ini.
‘Siapa pulakyang ambil gambar ni? Aduh. Nenek ada spy ke? Mampus aku! Mesti Abang Id pun tak tahu ni.’
“Haa…Apa alasan kamu Irfan?”
Err…Tapi, siapa yang hantar gambar ni pada nenek?”
“Kamu tak perlu tahu siapa. Yang penting, apa penjelasan kamu pada nenek. Jawablah.  Nenek nak dengar!”
Irfan Faris sudah terkulat-kulat wajah sambil menggaru kepala.
“Kamu dengar sini Irfan. Kamu jangan sekali-kali nak tipu nenek. Dan lagi satu nenek nak ingatkan. Sya ni tunang Irfan tau. Orang yang dah selamatkan nenek. Berapa kali nenek nak cakap.” Nek Kalsum terus dengan bebelannya.
“Maaa…” Irfan Faris cuba mendapatkan bantuan daripada mamanya yang kelihatan baru memunculkan diri di situ bersama seorang wanita.
Kirana hanya menjongket bahu sebagai tanda tidak mampu menolong. Ya, kalau ibu mertuannya itu sudah bersuara sambil menyinsing lengan baju, maka yang lain tidak perlu bersuara lebih-lebih. Itulah tindakan yang selamat.
Wanita di sebelah Kirana hanya mampu menelan liur sendiri.
Err..Alamak. Rupanya selama aku tak ada dekat sini, ada benda yang aku tak tahu. Aku beri gambar tu pada ibu, sebabnya nak tunjukkan kat ibu yang Id pergi dating. Yalah. Si Id tu kan macam tak ada perasaan, tiba-tiba keluar dengan perempuan. Kan gempak tu. Tapi, rupa-rupanya gambar tu dah ter-kantoikan tentang rahsia Irfan. Irfan kata dengan nenek, dia nak jumpa tunang dia tu. Tapi masalahnya tunang dia tu ada dengan Id. Hmm..Parahlah jawabnya.
“Achik…” pinta Irfan Faris kepada wanita yang berdiri di sebelah mamanya. Wanita itu adalah mak usunya, adik kepada papanya. Nampaknya, mak usunya juga bertindak seperti Kirana.
“Irfan..Maafkan achik. Achik tak tahu. Achik memang tak ada niat nak aniaya Irfan.” Bisik Zamilah di hati. Dia rasa bersalah.
Nek Kalsum masih dengan bebelannya. Ia membuatkan Irfan Faris jadi hilang sabar. Dia sudah merengus kasar.
“Nek. Pleaselah nek. Irfan merayu dengan nenek. Jangan buat Irfan macam ni. Irfan tak boleh nek, Irfan tak boleh! Irfan takut Irfan akan buat Sya tu kecewa…terseksa. Macam mana Irfan nak terima sedangkan hati Irfan tak ada pada dia nek! Tolonglah nenek faham!” Tegang juga suara Irfan saat ini.
“Apa janji kamu dengan nenek sebelum ni, Irfan? Irfan kata Irfan nak terima Sya kan?”
Irfan Faris menggeleng kepala. “Irfan minta maaf nek. Sebelum ni Irfan hanya tipu nenek sebab nak jaga hati nenek. I really sorry, nek. Irfan tak boleh. Kalau nenek nak halau Irfan lepas ni, okay fine! Yang penting Irfan tak nak kahwin dengan cucu pilihan nenek tu!” Bicara Irfan Faris sedikit meninggi.
“Irfan. Kenapa cakap macam tu?” Kirana sudah mendapatkan anaknya. Terkejut dia dengan bicara kata anak sendiri.
“Sanggup kamu…” Sebak menikam hati tua Nek Kalsum dengan kata-kata cucunya itu. Dia kini mengurut dadanya. Ala-ala terkena serangan jantung.  
“Ibuuu!” Jerit Kirana. Dia segera memapahNek Kalsum dan membawanya duduk ke sofa.Nek Kalsum mengurut dada sendiri. Zamilah juga sudah datang mendekat.
“Sampai hati Irfan buat nenek macam ni. Nenek benci, Irfan.Pergi! Pergi! Nenek tak nak jumpa Irfan lagi. Selama ni nenek sayang Irfan, tapi…Irfan dah tipu nenek..” Bicara Nek Kalsum berteman air mata. Ya, hati tuanya benar-benar kecewa.
“Ibu..Sabar, ibu.” Kirana cuba menenangkan.
“Aku tak suka dia..Dia tipu aku. Kenapa dia buat aku macam ni. Aku buat semua tu sebab aku sayangkan dia.” Suara Nek Kalsum kian sebak kedengaran.
“Ibu. Sudahlah ibu. Mungkin Irfan perlukan masa.”
“Aku nak Sya jadi cucu aku. Aku tak nak orang lain…Aku tak nak orang lain.”
“Kalau Irfan tak nak, ibu kahwinkan aje Sya tu dengan Id.” Cadang Zamilah.
“Tak nak. Aku nak Sya dengan Irfan. Dia orangkan dah tunang masa kecil. Itu hajat laki aku.”  Nek Kalsum terus bersendu sendiri meluahkan rasa hati.
“Ibu…Janganlah macam ni. Nanti kita bincang semula dengan Irfan, ya bu. Mungkin benar kata Irfan sebelum ni. Dia mungkin boleh terima Sya, tapi bukan dalam masa terdekat ni. Kalau ada apa-apa, kita boleh bincang hal ni dengan Kak Odah. Kak Odah mesti faham.”
“Tak! Aku tak nak! Aku tak nak! Irfan mesti kahwin dengan Sya ikut tarikh tu.” Nek Kalsum sedikit keras kepala.
“Ibu…” Kirana cuba memujuk.
“Tak!”
“Ibu..” Kini Zamilah pula cuba memujuk.
“Huh! Kau orang pun sama dah tak sayang aku!”
“Ibu..Kenapa cakap macam tu. Kami semua sayang ibu.”
“Kau orang tak sayang aku. Aku ni dah tua. Tak lama lagi aku dah mati. Kalau Irfan tak kahwin sekarang, macam mana aku nak tengok dia bernikah dengan Sya. Kau orang memang tak faham aku.” Nek Kalsum kembali merintih kesedihan sendiri. Meluah rasa sedih dengan rasa kecewa.Sememangnya hati tuanya sukar difahami.
“Ibu.Janganlah cakap macam ni bu. Kita doalah agar ibu panjang umur. Boleh tunggu sampai Irfan kahwin dengan Sya nanti.” Lembut Kirana memujuk.
“Tak! Aku tak nak tunggu lama-lama. Aku nak dia kahwin ikut tarikh tu jugak!” Nek Kalsum tetap dengan keputusannya. Dia kemudian sudah bangun.
“Biar Kirana pimpin ibu ke bilik.”
“Tak payah. Aku reti jalan sendiri. Bukan aku tak kuat pun.” Nek Kalsum sudah berjalan sendiri meniti ke anak tangga menuju ke bilik.
Kirana hanya mampu menggeleng kepala. Sememangnya kedua mereka itu agak keras kepala.
“Eii… ibu ni kan. Ikut kepala dia aje.Akak tengoklah perangai dia tu. Macam manalah Irfan tu tak memberontak.” Ujar Zamilah kepada Kirana.
“Mel. Kita tak boleh nak salahkan ibu. Hati ibu tu, cepat terguris. Kita kena faham dia. Orang tua ni fikiran dia lain Mel. Irfan tu pun salah. Dia sepatutnya kena faham perangai nenek dia tu macam mana. Sepatutnya dia tak bercakap macam tu. Bukan dia tahu, kelmarin pun nenek dia tu dah merajuk juga. Tapi selamat sekejap aje rajuknya. Sekarang ni, tak tahulah Mel. Ibu tu kalau merajuk, kita yang makan hati nanti. ”
“Kak..Tapi, si Irfan tu cuma berterus-terang. Kalau Mel pun, Mel bantah habis-habisan. Kahwin paksa, siapa nak.”
“Mel..Kita perlu tengok situasi tu. Kadang kita tengok hal tu macam kahwin paksa, tiba cuba fikir dari sudut yang positif. Anggap ia jodoh yang dipertemukan. Jodoh yang datang dari Allah. Akak dulu dengan Abang Zam pun macam tu juga. Tapi, kami saling berbincang dan tak anggap perkahwinan kami seperti dipaksa. Samalah juga dengan situasi Irfan sekarang ni. Irfan tu pun boleh bincang baik-baik dengan Sya tu. Yang peliknya, kenapa dia suruh Id? Kenapa dia tak pergi sendiri? Pelik betul akak dengan dia ni. ”
“Akak ni dengan ibu sama aje. Patutlah ibu sayang akak lebih dari Mel.”
“Mel..Janganlah cakap macam tu. Kasih sayang ibu tu sama je. Dah tu, Mel pun tak duduk sini. Duduk kat oversea sana. Beberapa tahun sekali, baru balik. Manalah Mel nak rasa tu semua.  Haa..Lagi satu yang akak pelik ni, tiba-tiba aje Mel balik. Selalu balik time raya aje. Ni tak beritahu, tiba-tiba muncul.  Lepas tu, terus rumah ni jadi haru.”
“Alah, akak ni. Ni mesti nak salahkan Mel pasal kantoikan rahsia Irfanlah ni. Mel pun tak tahulah kak. Benda tu kebetulan aje. Konon nak tunjukkan pasal Id pergi dating. Rupanya lain pula yang jadi. Bukan salah Mel pun.”
“Haa..Soalan akak tak jawab pun? Ni mesti ada kena mengena dengan du…”
Shh..Akak diam ea. Jangan nak bunyi-bunyi.”
“Betullah tu kan. Part tu akak memang tak boleh tolong. Tu kena tanya kat Abang. Itu untung kalau dia nak tolong. Kalau tak, Mel tanya ibulah.”
Part ibu tu yang payah. Ibu tu mana suka Mel. Karang jadi macam Irfan pulak. Kena bebel satu hal. Kena halau lagi.”
“Dah tu, buat baiklah dengan ibu. Ibu tu pun sebenarnya rindukan kat Mel tau. Cuma Mel tu lah. Keras kepala juga.”
“Wah, akak. Kalau bercakap. Tak ingat yang dia tu menantu.”
“Akak cakap aje Mel.”
“Eh, akak janganlah kecil hati. Mel gurau aje. Akakkan kakak ipar kesayangan Mel.”
“Yalah tu. Macam ayat bodek aje. Tu mesti nak suruh pujuk Abanglah tu.”
“Tu lah yang buat Mel sayang kat akak. Eh, kak. Id mana? Tak balik lagi ke?”
“Baru pukul berapa Mel oii. Id tu agaknya lepas dia jumpa Sya masuk opis semulalah tu. Dia tu kan memang gila kerja. Ngadap komputer buat kerja kartun dia tulah. Akak dengar projek yang baru ni buat kerjasama dengan kompeni Jepun. Tu yang dia fokus habis tu.”
“Ooo..”
“Tapi, tak sangka pulak dia tu nak juga tolong si Irfan tu. Entah apalah yang Irfan cakap agaknya. Dia tu kan takut perempuan. Tapi, berani pulak dia jumpa si Sya tu.”
“Tu lah kak. Kalau Id tu berani jumpa Sya, maknanya lama-kelamaan si Id tu mesti boleh atasi kelemahan dia yang takut perempuan tu. Tak pun, ada baiknya kahwinkan orang yang nenek suka tu dengan si Id. Lagi senang. Tak banyak bunyi.”
“Kalau kita tiba-tiba ubah plan ibu, mahunya ibu masam muka dengan kita Mel oii.”
Zamilah hanya gelak. “Habis tu kak, macam mana sekarang ni? Ibu tu…”
“Biarlah ibu tenang dulu, Mel. Nanti akak pujuk Irfan suruh pujuk ibu. Ibu tu lagi satu masalahnya mesti nak Irfan juga yang pujuk dia. Dengan kita ni dia tak nak. Haa..Tak pun, kamu aje yang pujuk Irfan. Dia tu dengar sikit cakap kamu.”
Zamilah hanya mengangguk.

IRFAN FARIS masih membebel sendiri meluah rasa tidak puas hati. Tertekan perasaannya kini. Bagaimana lagi caranya untuk dia lari dari terus menjadi mangsa untuk dikahwinkan dengan Irsya Natasya.Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk seseorang. Sangkanya mama, tetapi rupa-rupanya achik Melly.
“Ada apa achik cari Irfan? Kenapa tadi achik tak tolong Irfan?” Irfan Faris seakan merajuk. Sebenarnya tadi dia sangat mengharap yang achik Melly mampu menolongnya. Tetapi…
Sorrylah Irfan. Bukan Irfan tak tahu nenek Irfan tu macam mana? Karang achik pulak yang kena. Susahlah nanti achik nak ngam dengan nenek. Nenek tu kan tak suka achik.”
Irfan Faris memeluk tubuh.
“Achik..Achik tahu tak siapa yang hantar MMS tu pada nenek?”
Err..” Zamilah terkelu bicara seketika. Kalau Irfan tahu MMS itu datang daripadanya, pasti anak saudaranya itu memarahinya.
“Entah. Tak tahu. Bila achik sampai rumah aje nenek dah bebel-bebel. Cakap Irfan tak sayang dialah, apalah. Achik pun tak tahu  apa yang berlaku. Lepas tu mama Irfan beritahu kisah sebenar. Barulah achik faham.” Bijak juga Zamilah memberi alasan.
“Tu lah..Nenek tu.Ada ke paksa Irfan kahwin dengan orang yang Irfan tak suka, anak kawan dia tu. Irfan ni pun ada perasaan. Mesti achik pun faham kan? Tolonglah, achik. Tolong Irfan. Buatlah something supaya Irfan tak kena kahwin dengan budak tu. Irfan tak naklah.” Irfan Faris seakan merengek.
Err..Achik tak bolehlah Irfan. Irfan ikut ajelah. Awal-awal aje macam tak okey. Nanti dah lama-lama okeylah.”
“Achik. Senangnya achik cakap. Irfan tak naklah cik. Achik ni pun sama aje. Ingatkan boleh tolong Irfan.”
“Achik tak nak ambil risiko. Karang, achik yang susah. Alah, Irfan terima ajelah budak perempuan tu. Belajarlah sayang-sayang kat orang tu. Mesti okey punyalah. Achik garenti.” Ujar Zamilah sambil menepuk-nepuk bahu anak saudaranya itu. Sempat juga dikenyitkan matanya sebelum kelur dari bilik itu.
Irfan Faris hanya mampu mengeluh kasar. Ingatkan dia boleh mendapat bantuan mak usunya, rupanya tidak. Sokong tetap berpihak pada nenek. Ini tidak adil!
Tapi, kenapa tiba-tiba achik macam dah berpihak pada nenek. Jangan-jangan dia ada agenda untuk kepentingan diri dia. Setahu aku kalau achik balik sini memang dia ada benda nak minta kat nenek.Bak kata mama, achik biasaya balik nak pinjam duit. Sebabnya, kalau minta dekat papa, papa kedekut sikit nak bagi.Hmm..Jangan-jangan gambar tu achik yang kantoikan tak? Tapi...macam tak mungkin juga. Achik mana tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni. Baru hari ni muncul dan baru tahu dari mama apa yang berlaku.Haishh...Tensionlah macam ni!




Tuesday, 29 April 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 15


IRSYA NATASYA menggigit pen di tangannya. Otaknya sedang ligat mencari idea untuk dibawa ke medan perbincangan bersama Irfan Faris di sebelah petang. Itu adalah masa yang dijanjikan. Apa yang telah ditulis kini dibaca kembali.

PLAN A : Culik Tok Kadi
PLAN B : Dia lari.
PLAN C : Aku lari.
PLAN D : Ada awek menyibuk cakap yang mamat tu kekasih dia.
PLAN E : Aku terima aje sebagai pilihan yang terakhir.
           
            Setakat ini, hanya itu sahaja idea yang mampu difikirkan. Ia sekadar perancangan secara kasar. Belum memikirkan lagi pro dan kontranya. Logik atau tak logik, lain kira.
“Sya..oo..Sya..Buat apa dekat bilik tu. Tolong mak ni kejap. Buat bahulu. Ada orang tempah.”
“Ya, mak. Sekejap. Lima minit lagi.”
Sejak menjadi penganggur dan masih belum mendapat kerja, Irsya Natasya membantu emaknya menjual bahulu. Bahulu bulat ada, bahulu cermai pun ada. Senang aje nak buat. Nak resepi ke?
Yang aku nak kena buat ni, bahulu bulat. Apa yang perlu, sediakan bahan-bahannya ya.Buatnya senang aje. Secawan kuning telur dan secawan gula pasir perlu diputar hingga kembang dan pekat. Masukkan juga satu sudu esen ros dan pewarna kuning. Lepas tu, masuklahlah secawan setengah tepung gandum dan sedikit baking power. Pastikan diayak ya. Kalau nak tahu, orang dulu-dulu akan jemur dulu tepung ni. Tujuannya, supaya bahulu jadi ringan dan lembut. Okey, lepas tu kacau adunan dengan lemah-lembut. Tak boleh ganas-ganas tau. Bahulu ni sensitif sikit. Nanti tak naik. Lepas tu, tuang dalam acuan dan bakar selama lebih kurang 45 minit dan pastikan tidak melekit. Bersabarlah nantikan hasilnya ya. Selamat mencuba.
“E’eh. Sibuk pulak aku cerita buat kuih bahulu ni yek. Dah menyimpang. Padahal tadi tengah fikir rancangan nak sabotaj majlis pernikahan sendiri.”
Irsya Natasya kini berbaring menelentang menghadap syiling. Dia menyambung memikirkan akan kesan dan akibat dari rancangan yang difikirkannya.

PLAN A : Culik Tok Kadi ~ Tak logik. Kalau kantoi karang jadi kes polis.Tak pasal- 
                  pasal aku kena soal siasat.
PLAN B : Dia lari ~ Dia kena marah dengan keluarga dia. Padam muka. Aku selamat.
PLAN C : Aku lari ~ Aku kena bantai dengan mak dan abah. Dia selamat. Tak adil.
PLAN D : Ada awek menyibuk cakap yang mamat tu kekasih dia ~ Macam okey je.   
Suruh dia upah awek, berlakon macam dalam cerita drama siap nangis-  
                 nangis  bagai. Aku confirm selamat.
Plan terakhir…..
PLAN E : Aku terima aje sebagai pilihan yang terakhir. ~ Kalau aku aje terima, dia tak
terima macam mana? Hmm..Itu jodoh ketentuan. Terima seadanya.Best wishes
for me.

“Sya. Buat apa lagi tu.” Panggil Saodah dari luar bilik.
“Iya, mak. Nak pergi dapurlah ni.”
 Irsya Natasya kemudian memasukkan buku conteng-contengnya itu ke dalam laci. Rambutnya yang terkirai, kembali diikat dan disepit. Dia kemudian menuju ke dapur membantu emaknya membuat kuih bahulu.
“Mak..Petang ni Sya nak keluar.”
“Pergi mana? Dating?”
Dating? Tak ada maknanya. Sya nak pergi jalan-jalanlah cari makan dengan si Llya. Boring duduk rumah ni.” Bodek Irsya Natasya. Jahat juga dia membuat pembohongan seperti itu. Padahal memang dia nak pergi ‘dating’ dengan bakal suami yang tak dikenalinya itu.
“Daripada keluar dengan si Lyla, baik ajak si Irfan tu. Haa..Bolehlah kenal-kenallah dengan dia tu. Takkan nak tunggu hari nikah baru nak jumpa.”
“Okeylah tu mak. Sweet apa?”
Sweet, sweet.. Ada aje jawabnya. Haa..Mak ada nombor telefon si Irfan tu. Mak dah minta dari Nek Kalsum kamu. Nanti simpan nombor dia tu. Senang nak contact dia tu.”
“Iyalah, mak.” Irsya Natasya menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya emaknya tidak tahu bahawa dia sudah pun mendapat nombor telefon lelaki itu. Dan, dia juga tidak memberitahu bahawa dia sebenarnya akan keluar bertemu Irfan Faris, menantu pilihan emak dan abahnya itu.
“Kamu nak tahu tak Sya..Mak suka tau, bakal menantu mak tu handsome.”
“Macam mana mak tahu dia handsome. Mak dah pernah tengok ke?”
“Yang sekarang ni memanglah tak pernah jumpa lagi. Tapi, mak boleh bayangkan bakal menantu mak tu handsome. Tengok ajelah mama dia tu, Datin Kirana. Hmm..cantik orangnya.Si Irfan tu masa kecik-kecik pun comel.”
“Habis tu Sya masa kecik-kecik tak comel ke?”
“Comel juga. Tapi gelap sikit. Si Irfan tu putih kulitnya. Suka senyum. Kamu tu muka masam aje. Masam asam jawa. Selamatlah dah besar ni suka senyum. Dah jadi cun sikit.”
“Mak ni bandingkan Sya dengan dia kenapa? Mak tak boleh terima hakikat yang Sya ni kulit gelap ke? Cantik apa. Hitam manis. Macam lagu R. Azmi tu. Hitam manis..Hitam manis..Pandang tak jemu..Pandang tak jemu...Abah kan suka nyanyikan lagu ni untuk Sya. Sebabnya Sya ni kuat ikutgenetik abah. Kan kita orang geng.”
“Iyalah, Sya. Kamu tu memang geng abah. Lantaklah. Yang penting bakal menantu mak handsome.
“Mak ni fikir yang handsome aje. Handsome tu bukan jaminan kebahagiaan, mak. Cuba mak fahami hati Sya ni macam mana. Terguris tau mak. Mak paksa Sya kahwin dengan dia. Mak tak fikir ke yang Sya boleh bahagia dengan dia ke tak?”
“Ewah, ewah mulut. Sya..Mak nak beritahu ni. Antara paksa dan restu, mana yang jadi pilihan Sya. Mungkin cara ni macam memaksa, tetapi cuba fikirkan tentang restu. Restu orang tua tu lebih penting Sya. Parkahwinan tanpa restu, tak bawa ke mana Sya. Kami senang hati terima Irfan, dan keluarga dia berbesar hati terima Sya. Ke, sebenarnya kamu dah ada orang lain. Cuba kamu beritahu mak.”
“Mana ada.”
“Haa..Dah tak ada tu, terima ajelah yang dah ada ni. Susah sangat agaknya. Kalau tunggu kamu cari pun, entah zaman bila nak adanya.”
“Mak ni asyik nak salahkan Sya aje. Mak patut beri peluang pada Sya untuk tentukan masa depan Sya sendiri. Biarlah Sya cari sendiri. Mak pun sama aje macam abah. Mak harus tahu…”
“Apa kamu ni mak..mok..mak ..mek…Dah. Mak malas nak dengar!”
Irsya Natasya membuat muka memprotes. Dikembungkan pipi dan buat mata juling ke atas.
“Dah. Jangan nak buat muka pulak. Tu, karang bahulu mak tak jadi siap kamu. Buat kuih ke, masak ke, nak kena ada kasih sayang. Kalau buat muka macam tu jawabnya tak naiklah bahulu mak.”
“Iyalah, mak. Orang orang buat dengan kasih sayanglah ni.” Nada bicara Irsya Natasya tidak ikhlas.
“Eleh, kamu. Cakap pun macam gitu gaya, tak ikhlaslah tu. Tu, yang dalam tu kena kasi clear. Kasi ikhlas. Faham!”
“Iyalah, mak. Mak aje yang betul.”
“E’eh, budak sorang ni. Aku piat karang telinga tu.”
Irsya Natasya menjelir lidah.
“E’eh, kamu ni Sya. Karang mak report dengan Nek Kalsum pasal perangai sebenar kamu, nak?”
“Nak!Nak!Baguslah. Biar dia tahu yang Sya ni tak sesuai dengan cucu dia Irfan Faris tu.”
“Dah. Jangan nak ngada-ngada. Kamu nak kahwin bulan depan. Ubah sikit perangai tu. Jangan nak malukan mak dengan abah pulak. Jaga maruah kami ni.” Saodah sudah keluar dari dapur meninggalkan Irsya Natasya sendirian.
 Irsya Natasya hanya mampu melepaskan keluhan nafas kasar.
Sambil memutar kuih bahulu, fikiran Irsya Natasya terbang jauh. Nama Irfan Faris bermain di fikirannya. ‘Hai la, Irfan oii. Kenapa nama kau juga yang muncul kat otak aku ni. Silap-silap hari bulan lepas jumpa kau yang real, muka kau pulak yang aku terbayang-bayang. Ni penangan mak aku asyik sebut nama kaulah ni. Mampuslah aku macam niIrfan oii!

Petang itu,
ZACK NADZRI sudah setia menanti di tempat yang dijanjikan. Dia asyik melirik jam di tangannya. Sebenarnya sudah lebih setengah jam dia menanti.
            “Aku ni dah kena tipu dengan Irfan ke? Mana Sya? Tak datang pun. Telefon dia sah-sahlah dia tak angkat. Mesti dia silent phone. Sya pula, aku mana ada nombor phone dia. Aduh! Takkan aku nak jadi tunggul dekat sini. Kalau aku balik, takut si Sya pulasampai. So, apa aku nak buat sekarang. Kena tunggu samapi ke petanglah jawabnya.”
            Zack Nadzri terus menunggu dan menunggu.Sambil itu dia mengengar lagu di telefon bimbitnya. Sekurang-kurangnya taklah macam tunggul tanpa perasaan. Dia kembali melirik jam di tangan. Rupanya dah hampir satu jam setengah dia menunggu.
            “Alahai, Zack budak baik. Hari ni kau jadi tunggul Zack. Konon baik nak tolong kawan, last-last kau buang masa aje dekat sini. Selamatlah kau ni tunggul handsome. Adalah jugaorang nak jeling-jeling pandang. Kalau kau ni tunggul buruk, sah-sahlah orang tak pandang kau langsung.” Zack Nadzri berbicara kepada diri sendiri. Luahan rasa kepada hati sendiri. Kecewa sebenarnya. Kesian.

IRSYA NATASYA sudah beberapa kali menelefon Irfan Faris. Namun, talian tetap juga tidak bersambut.
“Manalah mamat ni pergi. Aku nak beritahu aku datang lambat ni. Karang jenuhpulak dia menunggu. Haishh..Angkatlah telefon oii. Karang, tak pasal-pasal kau mengamuk salahkan aku. Dah berpuluh kali aku telefon tak angkat-angkat juga.” Irsya Natasya mengomel sendiri.Dia masih cuba menghubungi. “Eii, geram betul aku dengan mamat nilah. Semalam baik benar telefon aku, ni tak angkat pulak.”
            Sebenarnya ada sesuatu yang mengalang Irsya Natasya untuk sampai ke destinasi lebih awal. Kebetulan tadi, ada seorang mak cik dilanggar motor. Maka dia yang mempunyai rasa belas kasihan telah menghantar mak cik tersebut ke klinik berdekatan. Dia juga menantikan mak cik itu untuk rawatan. Kasihan pula jika ditinggalkan sendirian.
            “Kalau dia setia, dia akan tunggu. Tapi dah dekat dua jam, sanggup ke dia tunggu kat situ? Takapalah. Lepas hantar mak cik ni, aku rush ke sana. Kesianpulak kalau dia tunggu.” Itulah keputusan muktamad di hati Irsya Natasya.
            Irsya Natasya memakir kereta di sebelah kereta sport Audi. Kebetulan parkir di situ kosong.
            “Pergghh..Untungnya dapat parking sebelah. Kereta idamanpulaktu.”
Irsya Natasya segera keluar dari keretanya.
“Ambil gambarlah. Budak jakun macam aku, memang macam ni. Lantaklah orang nak cakap apa. Kalau aku dapat bergambar dengan kereta ni, lagi syok.”
Dalam waktu yang sama..
Zack Nadzri sudah tidak keruan. Dia akhirnya bangun dan pergi. Padanya, baik dia pulang sahaja. Dia kejauhan, dia melihat seseorang sedang mengambil gambar keretanya.Dia segera menapak pergi ke keretanya. Dia tidak cepat melatah. Sebaliknya, hanya memerhati tingkah empunya diri. Dia tersenyum.
Dia kemudian menghampiri, namun tidak menegur. Sengaja melihat reaksi peminat kereta sportnya itu.
“Eh, awak. Nak minta tolong boleh?”
“Ya, saya. Ada apa?”
“Boleh tak tolong ambilkan gambar saya dekat kereta ni.” Ujar Irsya Natasya selamba tanpa mengetahui itulah tuan empunya pemilik kereta.
Zack Nadzri hanya tersenyum. Dia sememangnya tidak lokek dengan senyuman. “Okey.”
Zack Nadzri senang memberi arahan kepada Irsya Natasya untuk mengambil pada posisi yang dipinta. Sinilah..Situlah. Dia memberi arahan. Macam Irsya Natasya tu modelnya pula. Sebenarnya, bidang fotografi juga adalah minatnya. Maka, dia tahu mana posisi yang terbaik untuk mendapatkan shotgambar yang cantik. Dua, tiga keping gambar diambil. Irsya Natasya sudah pasti dengan gaya kegemarannya. Peace!
“Okey, awak. Terima kasih ea. Cantiklah awak ambil gambar. Macam professional.”
“Sama-sama. Saya memang minat ambil-ambil gambar ni. Adalah belajar sikit-sikit pasal fotografi ni.” Ujar Zack Nadzri tanpa dipinta. Sibuk promote diri pula ya.
Irsya Natasya mengukir senyum. Selajur itu dia melangkah pergi tanpa bertanyakan nama lelaki itu. Beberapa detik waktu, langkahnya terhenti apabila dia mendengar isyarat kereta berbunyi. Lantas dia menoleh. Kelihatan, jurufoto suruhannya tadisedang membuka pintu kereta sport Audi yang terpakir di sebelah keretanya. Dia hanya mampu membulatkan mata dan menelan liur payau. Kemudian dia menepuk dahi. Errk..Tuan punya kereta ke tu? Bengangnya aku!Irsya Natasya terus berjalan laju.
Zack Nadzri yang terperasan akan tingkah Irsya Natsaya hanya mengukir senyum. Tiba-tiba, senyumannya mati.
“Budak tu macam muka….” Dia sepertinya mengingat sesuatu.
Zack Nadzri kembali keluar dari kereta. Dia pergi mencari gerangan si gadis yang dia yakin itulah Irsya Natasya. Orang ramai yang lalu-lalang menyebabkan misi mencarinya terhalang. Dia kembali masuk ke restoren tempat dia menunggu tadi dan melilau pandang ke segenap ruang. Nyatalah dia tidak menjumpai gadis tersebut.
Di satu sudut, Irsya Natasya bersembunyi. “Orang tu apa ke hal macam mencari aku aje. Menakutkan betullah. Dahlah aku bengang dengan dia.” Kata-kata itu bermain di hati Irsya Natasya.
Pelik! Padahal baru berapa saat dia pergi. Bila aku keluar, kenapa cari tak jumpa? Halimunan ke apa budak ni?Zack Nadzriakhirnya kembali ke kereta. Di dalam kereta, dia masih menunggu untuk seketika. Kiranya, ia untuk terakhir kalinya sebelum beredar pergi. Apabila waktu kian menganjak ke petang, dia mengalah. Apa yang pasti, misi pertamanyagagal.  Laporan akan dihantar kepada Irfan Faris malam nanti.
“Apa ke hal tak pergi-pergi lagi orang tu. Duduk dalam kereta lama-lama buat apa.” Irsya Natasya mengomel sendiri. Dia sebenarnya sedang mengintai dari jauh. Hakikatnya, dia sudah ingin pulang. Tetapi memandangkan kereta sport Audi yang terpakir di sebelah keretanya masih belum pergi, dia terpaksa menunggu untuk seketika. Biarlah pemandu kereta itu pergi dahulu. Sebabnya, dia tidak mahu muka bengangnya dilihat lelaki itu.
Kau orang ingat tak malu ke? Malu weh. Blushing-blushing muka aku campur bengang. Ada ke suruh tuan punya kereta tu yang ambilkan gambar. Siap posing-posing lagi. Wah! Bengang! Bengang! Bengang! Tapi nak buat macam mana..tak tahu. Emm…Redha ajelah. Selamatlah orang tu okey aje. Handsome pulak tu. Kalau Irfan Faris tu handsome macam tu, nak aje aku sambar. Wekk..Ayat poyo! Handsome tu bukan jaminan kebahagiaan, kan?


Bersambung lagi.....






Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 14


IRFAN FARIS kini baru pulang ke rumah. Waktu itu jam sudah hampir 10.00 malam. Apa yang pasti dia tidak melihat kenderaan lain selain kereta mamanya. Kereta papanya, semestinya tiada. Papanya itu memang tiada di rumah selama dua hari. Sibuk benar dengan urusan perniagaan.
            ‘Perunding perkahwinan yang nak datang tu, dah balik ke? Haha..Bagus. Selamat aku.’
            Irfan Faris kini masuk ke rumah. Di ruang tamu, hanya kelihatan mamanya duduk bersendirian membaca majalah di samping televisyen home teater terbuka dengan suara yang sedikit perlahan.Yes! Bagus! Nenek dah tidur. Kalau tak, mau kena bersoal jawab. Lepas tu confirm kena bebel.
            “Tak tidur lagi ma?”
            “Belum. Awal lagi ni. Mama tengah tengok drama. Ni tengah iklan. Tu yang belek-belek majalah ni.”
            “Nenek dah tidur ke?” Irfan Faris sekadar bertanya.
            “Dahlah agaknya. Baru sekejap tadi masuk bilik. Dah ngantuk dia tunggu Irfan balik. Yang Irfan ni balik lewat pergi ke mana?”
            “Irfan keluar dengan Zacklah. ma. Kan dah beritahu tadi.”
            “Nenek kan dah telefon suruh balik awal. Kenapa tak balik? Irfan sengaja elak dari nenek ya?”
“Irfan pergi tengok wayanglah mama. Tu yang leka.”
“Iyalah tu.”
“Macam mana pasal perunding perkahwinan yang kata nak datang tu?”
“Tak jadi datang malam ni. Ganti esok. Pastikan Irfan tak keluar esok.”
“Hah?” Irfan Faris sedikit terkejut. Ingatkan dah terlepas sesi runding-merunding ni. Rupanya belum.
“Kenapa?”
“Eh, tak ada apa-apa. Tu semua mama settlekanlah. Irfan tak kisah.” Irfan Faris memaniskan bicara. Sebenarnya bukan sebab kisah atau tidak, tetapi dia memang tidak ingin. Tidak mahu dan tidak kuasa untuk berhadapan itu semua.
            Irfan Faris kini duduk mengendeng manjadekat dengan mamanya. Kepalanya disandar manja ke bahu mamanya.“Ma..oo..ma.”
“Kenapa ni? Tiba-tiba nak bermanja-manja dengan mama?”
“Alah. Tak boleh ke?”
“Ada apa sebenarnya ni Irfan? Kamu ni kalau bermanja-manja dengan mama, adalah benda rahsia yang nak dicakap. Nak suruh mama cakap dengan nenek yang Irfan nak buat planning lari masa majlis nikah nanti ke?”
“Eh, tak adalah mama. Mama ni suka buruk sangka aje. Kalau tak, Irfan tak serah kuasa untuk perundingan majlis perkahwinan tu. Irfan sebenarnyanak minta nombor telefon Sya, boleh tak ma?”
Kirana memandang anak terunanya itu. Dia tersenyum lebar. Berbunga juga hatinya kini dengan permintaan Irfan.“Oh, ingatkan apa. Apa pula tak boleh. Mestilah boleh. Irfan nak jumpa dia ke?”
Irfan Faris mengangguk. “Cadangnya macam tulah. Tak apalah. Biar Irfan jumpa Sya dulu. Sekurang-kurangnya, bolehlah juga Irfan kenal dengan dia tu. Taklah masa nak nikah aje kan, ma?” Irfan Faris berbicara secara bijaksana agar mamanya tidak mengesan sebarang kejanggalan dari perubahan sikapnya. Yalah. Tiba-tiba minta nombor telefon orang yang dia tak suka.
Sebelum ini, dengar nama Irsya Natasya itu pun dia sudah meluat. Terutama bila disebut nenek. Tahulah Sya tu tunangannya masa kecil. Sebut sekali dahlah. Ni, tak. Nak juga dia sebut berkali-kali.
Kalau bertunang sebab adafeeling tak apalah juga. Berbunga mekarlah juga dekat hati ni. Ini tidak. Hmm….Ni semua nenek punya pasal. Tunangkan aku masa kecik-kecik. Aku juga yang jadi mangsa bila dah besar ni. Nak kena kahwin pula.Class sangat ke budak tu nak jadi bini aku?
“Baguslah kalau macam tu. Irfan kenallah dia baik-baik. In Shaa Allah, Irfan boleh terima dia. Dia tu peramah. Ceria orangnya. Tapi, mama pelik. Kenapa tiba-tiba aje Irfan berubah fikiran. Tadi bukan main tak nak.”
“Irfan minta pandangan Zack. Zack yang minta Irfan fikirkan semula. So, bila dah fikir-fikir baik Irfan terima aje. Kalau tak terima, sah-sah tujuh hari tujuh malam kena bebel dengan nenek.”
Kirana hanya tersenyum dan menggeleng kepala. Dia kemudian memberikan nombor telefon Irsya Natasya kepada anaknya itu tanpa banyak soal. Padanya itu satu perubahan positif yang ditunjukan Irfan Faris.
“Mama memang harap Irfan terima si Sya tu. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Macam mamalah juga dulu.”
Thank you, ma.” Irfan Faris mengukir senyum. Namun senyumanyang diukir penuh makna. Senyum penuh muslihat. Di hatinya dia bergembira. Senang aje nak minta nombor kat mama. Kalau dengan nenek, rasanya kalau dia tak promote si bakal cucu menantu dia tu jadi hero, memang tak sah. Lepas tu, mesti start dari kisah berendoi terpeluk cium tu. Siapa suruh letak dalam satu buai,kan? HaishBoring dengar!

IRSYA NATASYA terpisat-pisat menggosok mata lalu mengambil telefon bimbitnya yang berbunyi di sisi bantal. Apabila dilihat di skrin, nyatalah ia nombor yang tidak dikenali. “Siapa ni?Lalu dijawab juga panggilan tersebut dalam suara serak-serak basah baru terjaga dari tidur. Sebenarnya dia tertidur tatkala sedang membaca novel di sofa.
            “Helo. Ni cik Irsya Natasya ke?”
            Irsya Natasya telan liur sendiri. Tak pernah-pernah orang panggil aku dengan nama penuh. Siap ada pangkal cik , lagi.  Entah-entah panggilan interview kerja tak?
            Irsya Natasya membetulkan suaranya dan mencari sedikit kelegaan.Perasaannya yang berdebar cuba ditenangkan.
            “Err..Ya, saya. Saya Irsya Natasya. Ni siapa?” Irsya Natasya cuba melembutkan suara.
            “Awak... Saya Irfan.”
            “Irfan?”
            “Irfan Farislah, cucu Nek Kalsum.” Suara di hujung talian kedengaran tidak mesra.
Irsya Natasya menelan liur yang terasa berpasir. Tidak tersangka itulah gerangan orang yang menelefon dirinya. Ingatkan panggilan temuduga. Huh! Apa yang aku ngigau ni. Mana ada orang pejabat panggil interview malam-malam. Kebetulan waktu itu, Irsya Natasya melihat jam di dinding. Jam digital menunjukkan jam 10.10 malam. Sepasang aje nombornya. Cantik!
            “Awak..”
            Irsya Natasya masih terleka. Mamai sekejap.
“Awak…Awak dengar tak ni?!” suara di hujung talian agak tegang.
            “Eh.Tak payahlah nak marah. Orang dengarlah. Ingat orang pekak ke? Ada apa telefon malam-malam ni? Sibuk aje kacau orang tidur.” Irsya Natasya juga tiba-tiba jadi panas hati. Apa ke hal tiba-tiba naik angin. Dahlah telefon tak kena masa, time orang dah tidurpula tu. Tiba-tiba nak marah-marah. Apa kes!
            “Ada pula cakap macam tu. Orang cakap baik-baik aje. Eii, budak sorang ni. Cakap kat nenek baru tahu.”
            Irsya Natasya sudah mengigit bibir. Panas hatinya. Tak kenal, tapi buat gaya macam dah lebih kenal. Berlagaklah kau!
            “Ada apa kau call ni?” Irsya Nataysa buat suara kasar.
            “Rilekslah, awak. Ter.. aje tadi tu.Janganlah jerit-jerit. Ni, saya nak jumpa awak esok. Boleh tak?”
            “Nak jumpa?Nak jumpa buat apa?”
            “Yalah. Dah tu, takkan tak jumpa. Kita tetap kena jumpa. Saya ada benda nak bincang dengan awak.”
            “Bicang? Bincang pasal apa?”
            “Pasal kitalah. Pasal apa lagi. Kita kena settlekan hal kita sebelum majlis.”
Irsya Natasya terdiam sejenak. Memikir.
            “Okey. Esok pukul berapa nak jumpa? Dekat mana?” Irsya Natasya juga bersetuju memandangkan dia juga harus menyelesaikan masalah itu secepatnya. Kiranya masih ada masa untuk mengubah keadaan.
            “Tempat dan masa, ikut awak.Saya tak kisah.”
            “Okey. Nanti saya mesej. Tapi syaratnya, saya tak nak awak jemput saya. Sayaakan pergi sendiri.”
            “Okey. Deal.”
            Talian kini dimatikan.
            Irfan Faris termenung. Dia kemudian tersenyum lega. “Pandai-pandailah kau Zack yek. Kau bantailah nak kutuk aku ke apa. Yang penting aku tak kena kahwin dengan budak ni. Harap-harap misi berjaya.”
            Irsya Natasya juga memikir. “Esok nak jumpa. Apa aku nak cakap. Aku mesti kena buat pakatan untuk batalkan majlis tu. Tu aje caranya. Tengok dari gaya dia cakap, macam boleh diajak kautim.” Irsya Natasya sudah memetik jari.
            Dia kemudian menyimpan nombor Irfan Faris.
            “Nak save apa nama mamat ni? Irfan Tunang Aku. Arggh..Tak ingin aku. Sedap sangat.  Nak letak apa ya... Hmm..Nama Irfan Faris. Panggil. Irfan..Fan…so…aku letakEncik Kipaslah jawabnya. Eh, macam tak best aje. Hmm…Irfan Cucu Nek Kalsum..Panjang sangat. Hmm..Irfan CNK..Haha..Orait..Glamor sikit.”
            Irsya Natasya kemudian menaip mesej akan lokasi dan waktu perjumpaan pertama mereka di hari esok. ~ Message sent to Irfan CNK.
            Irfan Faris membalas, okey. Dia terima sahaja. Hatinya sedikit gembira. Misi membatalkan perkahwinannya bakal bermula esok walaupun dihari esok itu dia tetap kena pergi mengikuti Kursus Perkahwinan. Dia kemudian menghubungi Zack Nadzri.
            “Woi, tidur dah ke?” terjah suaranya apabila talian bersambung.
“A’ahlah. Dah ngantuk, aku tidurlah. Yang kau ni tak beri salam tiba-tiba woi, woi kat aku kenapa?” Zack Nadzri masih menguap. Tidurnya diganggu dengan panggilan daripada Irfan Faris.Sibuk aje. Bicara terdetik dalam hati.
            “Zack. Aku dah call Sya.So, esok kau punya tugas.”
            “Hah? Ya ke?” Zack Nadzrijadi sedikit excited walaupun tadi mata mengantuk.
            “Wah! Excited kau ek?”
            “Terus segar mata aku bila kau sebut nama Sya tu tau.”
            Irfan Faris sudah tergelak. Begitu juga Zack Nadzri.
“Esok, kau bersiap sedia tau.”
“Okey, no hal. So, kalaudia tolak kau dan aku suka dekat dia mana mana?”
            “Aku okey aje. Kau ambillah. Aku memang tak nak.”
            “Betul ni?”
            “Betullah.”
            “Okey. First time esok, aku nak kasi dia bunga.”
            “Oii, agak-agaklah. Takkan jumpa pertama kali terus kasi bunga.”
            “Jealous ke?”
            Irfan Faris terdiam seketika.
            “Kenapa diam?”
            “Aku minum airlah.” Irfan Faris sengaja memberi alasan. Padahal dia terasa tekaknya hampir tercekik apabila Zack Nadzri mengatakan yang dirinya jealous. Huh! Tak kuasa den!
“Eh. Kau kalau nak kasi-kasi bunga ke, cincin ke, tunggu hal aku settle dulu. Karang masalah. Kau suka dia, aku tetap kena kahwin dengan dia, kita pula yang gaduh. Perang saudara nanti.”
“Okey, okey. Eh, aku rasa excitedlah nak jumpa dia. Bila tengok gambar semalam tu kan, rasa suka tu datang tiba-tiba. Selamat kau tak suka dia. Memang jodoh aku kut. Aku ni bukan senang tau nak jatuh suka kat orang.”
“Iyalah. Good luck kat kau ya. Pandai-pandailah kau kelentong dia. Apa yang penting misi berjaya.”
“Okey. Beres.”
Irfan Faris kini terbaring bersenang-lenang. Sambil itu dia termenung. Dia kembali teringat akan gerangan perempuan yang melatah menyebut namanya. Padanya ia satu keajaiban apabila orang yang tidak pernah dikenali langsung, boleh tahu akan namanya. Pula tu dalam latah. Bangga juga tu. Kau orang ada?? Tak ada kan?
“Okey. Misi aku, aku nak cari budak tu.  Pasal Sya, biar Zack uruskan. Harap-harap berjaya. Pasal budak latah tu, aku boleh cuba cari kereta Myvi warna merah tu. Nombor plat kereta dia aku ingat lagi. Tapi, kenapa aku ni beriya-iya nak cari dia ek?”Irfan Faris memikir sejenak. Nothing immposibble.Hmm..Entah-entah inilah jodohnya. Sebab yang ni rasa menarik hati sikit.
Irfan Faris tiba-tiba terasa dadanya berdebar. Tangannya dilekapkan ke dada.
“Eii, tak sukanya ada rasa macam ni.”
Semakin lama semakin berdebar pula.
“Ish…Apa ke hal ni?”
Irfan Faris kian rasa tidak selesa.
“Laa..Patut pun.” Irfan Faris baru terperasankan sesuatu. Gambar Irsya Natasya tersimpan di kocek bajunya di dada sebelah kiri.
“Sya..Kau  ni kan, suka sangat duduk dekat hati aku. Aku tak suka kau tau tak. Sajalah tu biar aku suka kat kau.” Irfan Faris kemudian menjentik-jentik gambar wajah Irsya Natasya beberapa kali. “Ambik kau!Ambik kau! Biar kemek hidung tu!”
Di satu sudut yang lain, di dalam sebuah bilik…
“Adoiii! Kenapalah batang hidung aku ni rasa sakit macam kena jentik aje. Ada orang guna ilmu tuju-tuju kat aku ke?Kacau betullah orang nak tidur!” Omel Irsya Natasya sambil memicit-micit hidungnya.
“Jangan-jangan Irfan CNK? Hishh…Nama dia pulak yang muncul kat otak aku ni saat ini. Sibuklah kau!Pergi tidur sana!”