Saturday 25 July 2015

Teaser...dot.dot.dot.dot..


~ SAYA SUKA AWAK, ENCIK IFTITAH ~

Membulat mata encik Iftitah melihat coretan kata itu.Nafasnya mendengus kasar.Siapalah yang berani sangat menulis kata sedemikan dan membiarkan dia membacanya.Memang nak kena penampar agaknya. Meluap-luap pula rasa marah di hati. Haishhh..Tapi, kalau difikirkan secara logik kenapa perlu marah? Normallah kalau ada orang yang suka kat dia walaupun dia berhati dingin beku kan? Betul tak?
            A’ah, tak ada..tak ada. Nak marah juga. Sedap-sedap rasa aje nak suka aku. Kau siapa? Aku siapa? Kalau berani, cakaplah depan-depan. Tengok. Ada berani ke? Ni tidak. Tulis kat kertas, lepas tu selit-selit dalam fail. Tak ada etika langsung! Konon nak jadi secret admirelah tu.
“Nori. Masuk bilik saya sekarang!” Melengking suara encik Iftitah di hujung talian interkom membuatkan Nori, setiuasahanya terkejut. Dadanya diurut biar lega dari kejutan suara petir itu.
Tanpa lengah, Nori bergegas bangun dan menuju ke bilik bosnya itu.Takut pula jika lambat dia pula yang dimarahi.
“A..ada…apa ya encik Iftitah?” soal Nori sedikit tergagap-gagap tatkala berhadapan dengan lelaki itu.
“Siapa hantar fail ni?!” Encik Iftitah menolak sebuah fail laporan pemasaran kepada Nori. Riak wajahnya agak tegang.
“Fail tu, cik Tasya yang hantar pada saya pagi tadi. Dia minta saya letak atas meja encik Iftitah untuk tanda tangan. Ada apa-apa masalah ke encik Iftitah?”Nori berbicara sebaik mungkin. Dia tahu jika tiada sebab yang munasabah, lelaki itu tidak akan marah membuta tuli.
“Awak panggilkan Tasya! Suruh dia masuk bilik saya sekarang!”Tajam sahaja bicara encik Iftitah sepertinya ada sesuatu yang dia sangat tidak puas hati.Lagilah kalau betul yang tulis kata-kata tu memang Tasya. Hmm..Memang kena makan tapak kasutlah gamaknya.
Nori masih terkaku.
I said, now!”Encik Iftitah menghentak meja.
“Err..Ya.Saya panggil cik Tasya sekarang.”
Nori segera keluar.Dia luar bilik, dia sudah menggeleng sambil mengurut dada.Sebelum ini dia tidak pernah lagi melihat lelaki itu naik angin sebegitu rupa.Tapi kali ini, terkujat-kujat pula rasa jantungnya. Dahlah mengandung. Silap-silap hari bulan dapat sakit jantung, masuk wad ICU terberanak terus.
Nori segera pergi ke jabatan pemasaran mencari Tasya. Dalam perjalanan itu dia terserempak dengan Fatehah.
“Teha. Cik Tasya ada kat tempat dia tak?”
“Tak ada lah kak. Dia dah keluar tadi. Dah setengah jam juga.”
 OMG!” Nori sudah melepaskan keluhan.
“Kenapa kak?”
“Encik Iftitah tengah naik angin tu. Dia cari cik Tasya.”
“Pasal apa kak?”
“Tak tahulah. Tiba-tiba naik angin. Tapi rasanya ada kaitan dengan laporan pemasaran yang dia terima tu. Takut juga akak tengok muka dia tu. Yalah. Tak pernah-pernah dia macam tu.”
“Kenapa dengan laporan tu kak? Salah ke? Sebab laporan tu saya yang buat. Cik Tasya yang suruh.”
“Tak tahulah Teha. Tak apa. Teha jangan risau. Encik Iftitah nak jumpa cik Tasya.Tak ada kena mengena dengan Teha.”
“Tapi kak, Teha risau.Laporan tu, Teha yang buat.”
“Tak apa Teha.Kalau ada tersilap tu adatlah. Teha kan baru lagi. Lagipun akak perasan yang cik Tasya tu sebenarnya banyak buli Teha kan?”
“Taklah buli sangat kak. Yalah. Teha ni baru lagi. Mestilah kena lebih tunjuk ajarnya.” Fatehah hanya senyum.
“Okeylah, Teha. Akak pergi dulu.Nanti kalau cik Tasya dah masuk, tolong beritahu dia ya.”
Nori kembali ke bilik encik Iftitah.Dia menyampaikan kata.Encik Iftitah mengeluh berat.
Selajur Nori keluar, encik Iftitah kembali melihat coretan kata yang tertulis di kad yang diterima tadi.
“Haihh..Siapalah yang tulis ni? Tak suka betul aku!”Encik Iftitah merengus kasar. Kad itu akhirnya dironyokkan dan dibaling ke dalam tong sampah. Jiwanya kembali ditenangkan dan tangannya kembali sibuk membuat kerja.
Lebih kurang satu jam kemudian..
Pintu biliknya diketuk. Dia mempersilakan empunya diri masuk. Maka muncullah awek gedik, cik Tasya Andar.
“You nak jumpa I ke?”
Encik Iftitah menjeling sepintas lalu. Lalu mempersilakan Tasya duduk.
Thanks. Ada perkara penting ke you nak jumpa I?”
Encik Iftitah kini menyandar ke kerusi empuknya.
“You tolong bangun dan ambil kertas warna pink dalan tong sampah tu!”Arah encik Iftitah dengan lagaknya.
Tasya sedikit tersentak.Mahu tidak mahu, dia akur juga memandangkan wajah anak majikanya itu tidak seperti biasa. Bukan mendung, tapi mencuka.
Kerana takut kena marah, terpaksalah dia bangun dan mengambil kertas warna pink yang dimaksudkan di dalam tong sampah. Dah macam kuli dah rasanya.
Tasya membuka ronyokan kertas itu. 
“Awak nak jelaskan apa pada saya pasal benda tu?” soal Encik Iftitah.
Tasya hanya tersenyum.
“You salah faham ni. Ni bukan I yang tulis.”
“Kalau bukan you..siapa?! Kertas tu I jumpa dalam fail ni! You yang hantar kan?” Encik Iftitah kembali menghempas fail yang dimaksudkan di atas meja.
“You memang dah salah faham ni. You jangan bimbang. Rasanya I tahu siapa yang tulis. Sebab laporan ni bukan I yang buat. Tapi Fatehah. Dia yang siapkan semuanya. Dan rasanya dialah yang letak kertas ni. Memang tak ada orang lain punya. I yakin.” Tasya mengukir senyum lebar.
“Fatehah?”
“Haa..Budak baru dekat department I tu. Ala. Yang gaya macam budak kampung tu. Pakai baju kurung tiap-tiap hari. Rasanya you ada jumpa dia masa hari pertama dia lapor diri.You tak ingat ke?”
            Encik Iftitah terdiam seketika. Dia cuba mengimbas fikirannya beberapa waktu ke belakang.
       “Ni siapa pula ni?” Kebetulan waktu itu encik Iftitah datang ke jabatan pemasaran untuk berjumpa cik Tasya. Maka di situ dia bertembung  pandang. Fatehah tika waktu itu sedang membaca dan menelaah beberapa buku termasuk SOP syarikat dah jabatan. Disuruh khatam dahulu sebelum boleh bekerja.
            Encik Iftitah tidak menegur. Dibiarkan saja. Pihak HR dan jabatan sudah terima, maknanya okeylah tu. Menepati kriteria yang diperlukan.
“You panggil dia suruh dia datang jumpa I sekarang!”
“Okey.You basuh dia cukup-cukup. Tak patut dia buat macam ni pada you tau. Kesian dekat you. Dia tu siapa nak kat you kan? Dahlah budak baru. Setahun jagung pula tu.”
Tajam jelingan encik Iftitah pada Tasya.
“Itu urusan I. Tak ada kena mengena dengan you. I nak basuh ke..I nak bilas ke..itu I punya sukalah. Sekarang ni I nak you panggil dia. Don’t waste my time!”  Suara itu bertegas sambil tangan sudah menepuk meja.
Tasya cepat-cepat keluar. Takut. Pelik pula angin encik Iftitah ni. Baru nak jadi batu api.




Tuesday 7 July 2015

Novel- Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 29


Malam pertama..
IRFAN FARIS sudah membuka bajunya. Itulah pandangan yang dilihat Irsya Natasya secara sembunyi. Tilik mata sebelah. Errkk..Alamak!Dia nak buat apa ni? Irsya Natasya memandang ke arah lain. Buat-buat tak nampak. Jantung kat dalam rasa macam dah nak kasi putus nyawa.
           Irsya Natasya buat pandangan sembunyi sebelah mata lagi untuk kedua kalinya.Oh, dia pakai singlet rupanya. Selamat tak tayang body seksi terang-terangan. Tapi, yang dalam ni tetap dup..dap..dup..dap..
            Suasana hening seketika.
            Eh..Tak ada apa-apa yang berlaku pun.
            Irsya Natasya kini mengintai pandang untuk ke tiga kalinya.Tetap dengan tilikan sebelah mata. Dia buat apa tu? Cari something kat bagasi dia.
            Irsya Natasya kembali mengalih pandangan ke arah lain. Jangan sampai Irfan Faris perasan dengan tindakannya. Sambil itu, otaknya  memikir.
Tiba-tiba..
“Nah! Ni surat perjanjian yang perlu untuk awak tanda tangan!” Wajah Irfan Faris sedikit serius sambil menghulurkan satu dokumen kepada Irsya Natasya.
Terkejut juga Irsya Natasya. Mujur mulutnya tidak melatah.
“Laa..Surat perjanjian rupanya. Inilah yang dia cakap petang tadi. Ingatkan apa. Buat suspensaku aje. Ingatkan dia nak buat yang tuttt..layanan mesratu.Ngek pula fikiran aku ni. Tak boleh menafsir. Sah-sahlah dia tak suka kat aku.” Bisik Irsya Natasya sendiri. Terukir juga senyuman di bibirnya. Rasa selamat. Dia kini meniarap di katil. Tak ada yang menyeramkan yang berlaku, bolehlah berlagak berani.
‘Aii, terima surat perjanjian dari aku pun dia boleh senyum aje.Ah, sudah!’ Bicara itu terdetik di hati Irfan Faris yang mengambil posisi di hujung kepala katil. Tiada chance untuk berlunjur kerana Irsya Natasya dah conquer katil. Meniarap selamba.
“Baca dulu sampai faham. Lepas tu, setuju atau tidak tanda tangan kat bawah tu!” Ujar Irfan Faris kini memeluk tubuh. Tunjuk gaya kereklah tu.
“Setuju atau tidak tetap kena tanda tangan? Macam paksa aje.”Irsya Natasya sambil memandang Irfan Faris.
“Jangan nak banyak mulut. Baca. Karang tak tahu.”
“Yalah. Saya bacalah ni.Wah,cantiknya cover. Siap pakai kertas wangi.Bunga-bunga bagai. Inilah benda yang awak tunjuk kat Skype sebelum ni kan?” Ujar Irsya Natasya sambil mencium dan membelek seketika dokumen nipis itu.
“Jangan banyak cakaplah. Baca.”
“Yalah, yalah. Saya bacalah ni.”
Irsya Natasya kemudiannya membaca akan bait-bait kata yang tertulis.
1)      Awak sebagai isteri diminta patuh kepada setiap arahan yang diberi.
2)  Selepas seharian kita bernikah, kita tak geng kecuali keadaan memaksa. So, pandai-pandailah berlakon. Jangan sampai kantoi.
3)      Awak sebagai isteri, panggilan awak kepada saya mestilah Encik Irfan Faris. Jika bersama keluarga atau ditempat awam, sebarang panggilan romantik boleh digunakan untuk menunjukkan kemesraan.
4)      Awak sebagai isteri, tidak berhak untuk mengganggu hak privacy saya dan busy body tentang hal saya.
5)      Awak sebagai isteri, dilarang sama sekali masuk ke bilik saya tanpa kebenaran. Sendiri ada bilik. Jangan sibuk nak masuk bilik orang lain.
6)      Awak sebagai isteri, dilarang membasuh sebarang pakaian saya tanpa kebenaran. Tolong jemur atau gosokkan pun tak boleh, melainkan dengan kebenaran dari tuan punya badan.
7)      Awak sebagai isteri, kena pastikan rumah sentiasa bersih dan wangi.
8)      Syarat tambahan boleh ditambah pada bila-bila masa tanpa sebarang rundingan.

“Macam ni aje syaratnya. Memang ngok-ngek.”
“Eh, jangan banyak mulutlah. Dah baca, kan? So, sign!”
“Saya tak tahu apa motif awak yang sebenar. Okeylah. Saya sign. Tapi sebagai tanda saya hormat kat awak, saya nak awak yang sign dulu.”
Irfan Faris kini mengambil pen dan menurunkan tanda tangannya. Irsya Natasya hanya tersenyum sambil menopang dagu melihat tangan kidal lelaki itu menanda tangan.
“Kenapa senyum?” soal Irfan Faris dalam sedikit jelingan kepada Irsya Natasya di hadapannya. Pandangan mereka bertemu seketika.
“Tak ada apa-apa. Saja. Saya suka tengok tangan kidal awak tu menulis. Macam comel aje. Saya memang berangan nak bersuamikan orang yang menulis tangan kidal. Tak sangka pula dapat walaupun saya tak suka orangnya. Tak apalah. Janji dapat.”
Hmm..Yalah, Irsya Natasya oii. Tiba-tiba aku ni secara tak sengaja dah memenuhi salah satu kreteria suami pilihan kau ya. Okey, tak apa. Bonuslah tu.
“Suka tengok jari awak. Runcing. Panjang-panjang. Awak pandai main piano tak? Kalau pandai, nanti mainkanlah untuk saya. Selalu tengok orang yang main piano ni jarinya runcing-runcing macam awak.”
Irfan Faris menjeling. Apa ke hallah masuk bab main piano ni. Dia ni memanglah. Melencong entah ke mana.
Irsya Natasya kemudian turut menurunkan tanda tangannya. Tiada masalah baginya untuk mengikut peraturan tersebut. “Bila berkuatkuasanya. Macam tak ada tulis kat dalam surat perjanjian pun. Apa ni? Tak lengkap.”
            E’eh, dia ni kan. Mulut tu asyik nak lawan aku aje! Geram betul! Aku tunjal juga karang kepala budak ni. Irfan Faris berbisik di hati.
            “Untuk pengetahuan awak saya berhak buat pindaan. Sebab tu saya tak spesifikkan tarikh pada surat perjanjian tu. Apa yang awak perlu ingat, kawasan dan tempat yang ada keluarga kita dan orang sekitar, kita akan berlakon seolah-olah kita ni suami-isteri yang mesra. Faham tu!”
“Okey. Tak ada masalah. Macam kat cerita drama biasa tu kan. Ikut awaklah encik Irfan Faris, oii. I follow aje.”
“Aii...Macam tak sabar aje nak ikut peraturan tu. Untuk ingatan awak, pangkal kata ‘encik’ itu hanya digunakan di rumah baru kita nanti. Kalau kat sini jangan nak ngada-ngada. Kalau mak atau ayah awak terdengar, siapalah awak. Kalau awak yang kena bebel sorang tak apalah juga, karang saya pun terlibat sama.”
“Yalah, Irfan Faris oii. Arahan diterima. So, malam ni kita masih dikira genglah ni. Boleh happy-happy macam siang tadi.”
“Boleh. Sampai pukul 12.00 malam aje. Tu pun saya dah pertimbangkan.”
Irsya Natasya hanya tersenyum. Nampaknya, Irfan Faris ni boleh diajak berbincang. Nampak aje macam berlagak dan ego, tapi penuh toleransi.
Mesej telefon Irfan Faris kini berbunyi. Dan, dia membaca mesej yang diterima. Irsya Natasya hanya menjeling. Hmm..Aweklah tu kut. Agaknya siapa awek dia yang terkecewa tu? Haha...
Seketika kemudian, mesej telefon Irsya Natasya pula berbunyi. Tersenyum bibirnya saat membaca mesej yang diterima.
“Siapa?” soal Irfan Faris. Sibuk pula nak bertanya yek?
“Kawan.” Jawab Irsya Natasya sepatah.
“Lelaki ke perempuan?”
“Aii, baik benar bertanya.Awak dapat mesej, saya tak tanya apa pun. Jealous ke?”
“Tak ada maknanya.”
Hihi. Relakslah. Kawan sayalah. Siti Zuraidai. Pengapit saya siang tadi yang ala-ala vogue tu.”
“Dia nak apa malam-malam ni?”
“Eh, banyak tanya pula awak ni. Sibuk aje. Dia tanya, saya dah kasi nombor telefon dia pada  Dean ke belum. Tu aje.”
“Siapa Dean?”
“Aii, tanya lagi. Jealous ke? Sejak bila?”
“Eh, jangan nak perasan. Saya cuma nak tahu aje. Nak cakap, cakaplah. Tak nak cakap sudah!”
“Ala..Janganlah sentap. Don’t emo, emo, don’t stress, stress. Dean tu sepupu saya yang handsome tu. Alah, yang pakai baju merah ambil gambar dengan awak siang tadi tulah. Eh, awak nak tahu tak. Kawan saya si Siti Zuraidai ni minat kat dia tau. Padahal saya baru cerita aje. Belum pun jumpa lagi dia dah excited. Awak tahu sebab apa? Sebabnya dia minat kat Dean Supernatural. Macam lawak aje kan? Siang tadi baru first time dia nampak si Dean tu. Tu pun dah macam angau. So, sekarang ni saya tengah cuba jadi match maker dia orang. Saya nak kenalkan dia dekat sepupu saya tulah.Amacam.Awak rasa sesuai tak dia orang tu? Tapi, si Dean tu pemalu sikit. Tu yang saya nak adjust tu.”
“Hai. Sibuk pula nak jadi match maker kat orang lain. Ni, tak pasal-pasal sepupu awak si Dean tu jadi mangsa. Eh, lelaki ni bukan jenis suka kena paksa tau.”
“Alah, Dean tu tak macam awak.”
“Mana awak tahu?Eh, awak. Saya cuma nak cakap, benda yang melibatkan rasa terpaksa ni bukan senang nak survive tau. Contohnya macam kita nilah. Buat terdera hati dan perasaan aje. Lain kali, nak buat sesuatu tu fikirlah dulu. Fikir guna otak.” Irfan Faris sedikit tegas dalam bicaranya.
Berdesing juga telinga Irsya Natasya mendengar.
“Alah, kita cuba aje. Dah kawan saya tu suka kat dia. Tak apalah. Biarlah dia orang kenal dulu. Lepas tu pandai-pandai dia oranglah. Bukannya saya kata saya wajibkan dia orang tu kahwin. Kalau tak kahwin tak dapat harta, macam tu. Itu pun nak tot..tet..tot..tet..Benda tu simple. Boleh fikirlah.”
“Eh, menjawab aje dia.”
“Dah tu, takkan nak diam. Tulah. Saya ajak buat pakatan lari majlis, tak nak. Baik benar nak nikah juga.” Irsya Natasya berbicara selamba. Sengaja mengungkit kembali.
“Haa..Ni yang tak suka ni. Dah berapa kali cakap. Jangan bangkitkan lagi pasal tu ea. Sekarang dah selesai pun, dahlah. Lepas ni pandai-pandailah kita survive.” Irfan Faris mengeluh nipis.
“Awak rasa, boleh ke kita survive ke untuk future kita? Yalah. Kita ni tak berapa sebulu.”
“Tu yang awak risaukan? Apa pula tak boleh. Pandai-pandai nak hiduplah. Apa yang penting kita tetap akan tinggal bersama jauh daripada keluarga. Awak dengan cara awak. Dan saya dengan cara saya. Apa yang pasti dari luaran orang akan tengok kita hidup natural sebagai suami isteri. Macamlah awak tak biasa tengok drama. Macam tulah.”
Irsya Natasya hanya angkat kening sambil mengukir senyum sinis.“Ya. I know.” Jawab Irsya Natasya pendek.
Alah, Irfan Faris oii. Kita ni, boleh aje sebenarnya nak survive. Cuma awak tulah nak ikut kepala awak. Saya, lepas awak dah ucap terima akad nikah tadi tu saya saya setting kat otak nak belajar terima awak. Tapi, awak tu sibuk nak buat perjanjian bagai.Ngek! Bukan tak boleh cuba pun untuk menerima. Berlakon boleh aje.Irsya Natasya hanya berkata di hati. Tapi, mampukah dia hidup begitu seumur hidup? Memang secara zahir mulutnya bercakap dia tidak kisah tapi hakikatnya sebagai seorang wanita, sebagai seorang yang bergelar isteri, hal itu menjadi suatu yang penting buatnya.
“Huh, mengutuk dalam hatilah tu.”
“A’ah. Memang pun. Kenapa? Kelopak mata kiri awak dah terkenyit-kenyit?”
Irfan Faris tidak menjawab, sebaliknya hanya memberi jelingan. Irsya Natasya pula hanya mengulum senyum. Sengaja mengenakan Irfan Faris.
“Eh, awak. Baru saya terfikir sesuatu. Entah-entah, awak relakan hati dalam paksa terima saya ni sebab harta nenek eh?”
“Ewah. Sedapnya mulut bercakap.Cakap lagi sekali siap ea. Kalau tak sebab sayang kat nenek, saya tak kahwin dengan awaklah.” Bantal kecil yang ada di sisinya sudah dibaling kepada Irsya Natasya.
“Ya ke bukan sebab harta?”
“Eh, awak ingat ni cerita drama ke apa? Dahlah. Kalau nak cerita, cerita benda lain. Bingit tau telinga asyik cakap pasal benda ni.”
Irsya Natasya hanya gelak.
“Kenapa gelak?”
“Agak-agak kenapa?”
“Tahu dah apa jawapan awak. Jangan nak buat lawak bodoh boleh tak!”
Haha...Streslah tu kan?”
Irfan Faris kembali menjeling. Panas juga hatinya. Namun, dia malas untuk membalas kata-kata Irsya Natasya. Terus dilayan games di  Galaxy Tabnya.
“Apalah kita ni. Tiba-tiba jadi stres pula. Padahal hari ni kita patut happy-happy aje kan? Dah rugi masa dah. Ni pasal si Siti Zuraidai dengan Deanlah ni.” Irsya Natasya kembali mengubah suasana. Apa yang pasti, orang lain yang disalahkan.
Emm..Sedar pun. Siapa yang mula dulu.” Irfan Faris mengukir senyuman sinis walaupun tidak memandang.
“Aii, perli nampak.”
“Terasa ke?”
“Taklah. Cuma sentap sikit je. Tapi tak apa. Tak stres.” Irsya Natasya tersenyum. Dia bijak bermain dengan psikologi sendiri.
Suasana sepi seketika.
“Eh, mana rantai yang saya kasi awak sebelum ni? Kenapa tak pakai?” soal Irfan Faris tiba-tiba.Lembut pula bicaranya.
Irsya Natasya sedikit terkejut.
Hai, dia ni. Tiba-tiba aje tanya. Perasan ke aku tak pakai.Irsya Natasya berbisik di hati sambil meraba lehernya. Agaknya, sambil main games dia sempat jeling-jeling yang kat sini juga kut? Ah, sudah! Irsya Natasya kemudian menarik selimut men-cover dadanya yang sedikit terdedah. Dia yang sejak tadi meniarap, kini duduk. Tiba-tiba jadi seram apabila meniarap dengan gaya selamba di hadapan Irfan Faris.
“Tiba-tiba duduk? Kenapa? Nak menempel kat sebelah saya ke?”
“Eh, tak ada maknanyalah.”
“Haa..Saya tanya pasal rantai tadi. Kenapa tak jawab?”
Err..Ada. Saya simpan. Takutlah nak pakai barang mahal macam tu. Takut hilang.”
“Jangan nak ngada-ngada. Saya dah kasi tu pakai ajelah. Kalau awak jaga betul-betul, tak hilang punya. Mana?Bak sini. Saya pakaikan.”
“Hah? Nak pakaikan?”
“Kenapa? Tak boleh? Dah. Bak sini.”
“Ala..Tak payahlah.”
“Apa ala, ala.. Cepat ambil. Ke..sebenarnya dah hilang? Baik awak cakap. Atau.. awak dah jual?” Duga Irfan Fais.
“Taklah. Ada dalam gobok (almari).”
“Dah. Ambil,bawa sini.”
Mahu tidak mahu, Irsya Natasya bangun lalu mengambilnya. Dikesempatan itu, Irfan Faris naik ke tengah katil dan terus baring menelentang di tengah-tengah katil.
“Wah! Bestnya dapat baring. Dapat guling-guling kat tilam empuk ni.” Memang itulah nikmat yang dirasa. Sejak tadi dia duduk menyandar di hujung katil, rasa lenguh tulangnya. Tiada ruang nak baring. Si Irsya Natasya sah-sah sudah meniarap macam katil itu dia seorang yang punya.
Irsya Natasya sudah bercekak pinggang. Hampeh betul dia nilah. Eii..Main taktik suruh aku bangun rupanya!
“Mana rantainya. Baklah sini.” Ujar Irfan Faris yang masih berbaring berteman senyuman.
“Nah!”
“Eleh, beri tak ikhlas.” Irfan Faris kini sudah duduk sambil menyambut kotak yang di hulurkan Irsya Natasya.
“Eleh. Nak cakap orang konon. Dia bagi ni pun tak ikhlas. Beli, lepas tu claim kat nenek.”
“Mana awak tahu?”
“Boleh agaklah tengok cara awak ni.”
Irfan Faris hanya tersenyum. Sebenarnya, awalnya rancangnya memang begitu. Tetapi, akhirnya dia buat kata putus untuk tidak menuntutnya daripada nenek.
“Dahlah, duduk sini. Kalau tak, macam mana saya nak pakaikan.”
“Apa mimpi nak romantik-romantik ni. Awak jangan...”
“Eh, nak pakaikan rantai ni pun dikira romantik ke? Ke..awak takut saya buat benda lain kat awak. Pada saya, tak feeling apa-apa pun. Awak baring meniarap telentang tadi pun saya tak hairan, lagikan setakat nak pakaikan rantai.” Selamba Irfan Faris menjawab.
‘Eii, dia ni kan. Mulut tu boleh tahan. Tengok macam ala-ala berlagak tapi, suka juga nak kenakan aku.’
“Sinilah. Apa yang awak tengok saya semacam. Takut ke?” Irfan Faris pandai bermain kata. Sengaja juga dijongketkan keningnya. Dia kini mengeluarkan seutas rantai daripada kotak baldu biru itu. Dia pun tak tahu kenapa tiba-tiba dia mahu memakaikan rantai tersebut. Cuma padanya, Irsya Natasya harus memakai apa yang diberi. Lagipun pemberian itu merupakan hadiahnya kepada Irsya Natasya yang dianggap bertabah hati menerima dirinya.
Irsya Natasya masih memandang Irfan Faris dengan pandangan ragu-ragu. Tiba-tiba Irfan Faris jadi ala-ala mesra dengannya. Mesra yang....err..tak boleh nak tafsir. Lakonan aje kan ni?
“Sinilah. Duduk depan saya ni. Saya nak rantai awak terus.”
Irsya Natasya menelan liur sendiri. Berderau pula darahnya. Macam lain macam pula ayat si Irfan Faris ni. Namun, akhirnya dia duduk juga di atas katil menghampiri Irfan Faris.
“Aii, awak. Tiba-tiba takut ke bila dengar saya nak rantai awak?” perli Irfan Faris.
“Eh, siapa takut. Kalau takut, saya tak duduk dekat awaklah.” Irsya Natasya buat lagak berani. Hakikatnya, memang takut. Takut ada aksi 18SX.
Terasa kini tangan Irfan Faris mengirai rambutnya. Alamak..Alamak..Alamak..Kau nak buat apa tu Irfan Faris oii. Janganlah lebih-lebih. Meremang bulu roma aku ni oii. Jantung pula macam dah nak melompat keluar ni.
Irfan Faris hanya mengulum senyum. Dia boleh menganggak apa perasaan Irsya Natasya kini. Siap peluk tubuh kecutkan badan. Hai, Sya. Ada feel ke? Aku tak rasa apa-apalah.
Irfan Faris sempat juga mencium bau wangi rambut itu.Haha..Sengaja ambil kesempatan.
“Pakai syampu apa ni?”
“Safi Shayla. Eh, sibuklah. Itu pun nak tanya.”
“Eleh. Nak tahu pun tak boleh.Saya tahu awak buat-buat marah sebab awak takut kan?Ke.. ada feel macam tangan melingkar kat pinggang macam siang tadi?”
“Eii, tak ada maknanyalah. Cepatlah kalau nak pakaikan tu.”
Irsya Natasya saja buat ala-ala marah. Hakikatnya, dadanya kian berdebar kencang. Lagilah kini dia terasa ada jari yang bermain ditengkuknya.Bukan merayap, tapi tengah dok pasang rancu rantai. Tak boleh-boleh pulak time ni yek. Ke, gigil juga. Oh, no komen.
“Lamanya.”
“Sabarlah. Susah nak klip dia ni. Okey, dah. Meh sini pusing, padang sini, nak tengok cantik tak.”
Dup..Dap..Dup..Dap..kian terasa.Alamak! Siap nak tengok-tengok pula.Kau ni dah kenapa Irfan Faris? Dah namanya rantai beribu-riban harganya, confirmlah cantik. Pula tu aku yang pakai, lagilah cantik. Ya tak? Haha..sempat perasan walaupun sebenarnya tengah takut.
“Okey, nice.” Irfan Faris tersenyum sambil merapikan rambut Irsya Natasya ke belakang bahu.
Irsya Natasya kembali tertelan liur. Menakutkanlah dia ni.
“Hai, awak. Berpeluh ke?” soal Irfan Faris apabila melihat ada renik-renik peluh di dahi Irsya Natasya.
“Dah tu, panas. Berpeluhlah. Kuatkanlah power kipas tu sikit.” Pinta Irsya Natasya sambil meraup renikan peluh di dahinya. Pandai betul dia beri alasan. Tapi yang penting dia jawab dengan selamba.
Irfan Faris hanya mengulum senyum. “Pandainya beri alasan. Alah, dah takut cakap ajelah takut. Apa nak hairan. Saya tak kisah pun. Saya tahulah apa yang awak rasa. Macam ada aura lain kan? Normallah tu. Bila ada cas positif dengan negatif bersentuhan memang macam tu.”
“Awak tahu eh?” Irsya Natasya buat-buat gelak sambil menunjukkan tanda peace. Kira mengakulah tu. “Awak ni kan..macam peliklah saya tengok. Yalah, awak sibuk buat perjanjian ngek awak tu, tapi sekarang ni saya tengok awak ni macam..”
“Macam suka kat awak?”
“Taklah. Saya tahu awak tak suka kat saya pun. Maksud saya, apa yang awak buat macam tak kena dengan cara awak tu. Yalah. Macam..eh entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana.”
“Saya faham maksud awak tu. Untuk pengetahuan awak, saya buat macam ni just untuk adakan memori indah untuk awak aje. Kan awak minta happy-happy aje hari ni. Lagipun, belum habis waktu yang saya janjikan. Takkan awak nak suruh saya pulaukan awak malam pertama ni. Hmm..Tu bukan cara saya. Tapi, part yang tu..memang tak adalah.” Ujar Irfan Faris dalam gelak.
Pap! Tangan Irsya Natasya sudah hinggap ke lengan Irfan Faris. Jadi ganas semula.
“Eleh, nak pukul-pukul orang pula dia.Tadi dahlah takut. Ni nak ganas-ganas pula. Apalah awak ni. By the way, saya cuma nak beritahu, masa ada lagi kalau awak nak berbual mesra dengan saya. Saya boleh layankan awak sampai pukul 12.00 aje. Lepas tu saya nak tidur. So,terpulang.” Irfan Faris kini kembali berbaring. Dia kembali menyambung bermain games di Galaxy Tabnya.
Irsya Natasya terdiam sejenak. Otaknya memikir dan hatinya berbicara.
Dia buat macam ni semata-mata nak menggembirakan aku pada hari ni ke? Betul ke? Sebab tu dia cuba bergelak ketawa. Nampaknya, kita memang samalah Irfan. Aku pun macam kau juga. Itulah hakikat yang berlaku.” Sebenarnya tindakan dia cuba bergurau dan bermesra itu adalah sebagai salah satu cara dia menggembirakan hati sendiri. Ya..Cuba membuang rasa tekanan yang menghimpit. Namun, ia menjadi natural apabila Irfan Faris bijak melayannya.
“Kenapa? Berangan ke kayangan?” Irfan Faris menegur.
“Eh, taklah. Cuma..saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab awak dah penuhi permintaan saya hari ni. Awak tak tipu saya untuk buat saya gembira hari ni walaupun ada masanya awak sengaja buat saya stres.” Pandangan mata Irsya Natasya kini tepat memandang wajah Irfan Faris.
“Okey.No problem. Simpanlah kenangan hari ni untuk hari-hari seterusnya. Mulai esok, dan hari-hari seterusnya kita dah tak geng kecuali keadaan memaksa.” Pandangan mata Irfan Faris tidak terkalih kepada Irsya Natasya sebaliknya terfokus kepada games yang sedang dimain.
“Awak memang betul-betul tak nak geng dengan saya ke Irfan?” kendur suara Irsya Natasya bertanya.
Irfan Faris hanya menjeling Irsya Natasya sekilas. Dia tidak menjawab.
Emm..Tak apalah. Rasanya, saya tak perlu tanya kut. Eh, awak. Awak tak nak tidur ke? Esok pagi nak kena sental periuk.”
“Tidurlah dulu. Saya susah sikit nak tidur.  Lagi-lagi tempat baru. Tapi kalau saya dah syok tidur jangan sesekali nak kejutkan saya. Memang nak kenalah.”
“Okey. Eh, awak. Tak apa ke tidur sekatil?”
“Aii, soalan. Macam nak tidur kat lantai aje? Kat rumah awak ni takkan saya nak suruh awak tidur bawah. Nak ke? Kalau nak, dipersilakanlah. Saya pun tak nak. Tak apa. Keadaan sekarang, tak boleh nak elak. Tapi kat rumah kita, kita tidur bilik asing-asing. Kan ada dalam perjanjian, kan?”
Irsya Natasya mengangguk. Nampaknya, ada keadilan dalam diri Irfan Faris. Selamatlah tak berlaku macam kisah drama kahwin paksa. Selalu perempuan kena buli paksa tidur dekat bawah.
“Pastikan bantal peluk letak tengah. Karang, jangan marah saya kalau tengah-tengah malam tiba-tiba awak jadi bantal peluk saya. Tak pun tangan saya melingkar kat pinggang awak.” Irfan Faris berbicara selamba berteman senyuman sinis walau tidak memandang.
Irsya Natasya sudah membesarkan mata. Wajahnya kembali memandang Irfan Faris.
“Kenapa? Ada benda nak cakap ke?”
“Eh, tak adalah.”
“Takutlah tu.” Nada bicara Irfan Faris seakan mengejek.
Irsya Natasya malas melayan kata. Dia sudah berbaring dan menarik selimut. Kemudian dia duduk semula.
“Kenapa? Takut nak tidur sebelah?”
Err..Tak. Eh, awak..Boleh tak..kalau saya...”
Tika waktu yang sama...
Ding..Dong.. Jam 12.00 malam telah berbunyi. Alamak! Times up! Dah habis masa jadi geng.Boleh ke nak minta ni…
Irfan Faris kini memandang wajah Irsya Natasya. Ia membuatkan Irsya Natasya terkelu bicara. Irfan Faris kemudian mengunjukkan tangannya. Tanda menghulur salam.
“Saya tahu awak nak apa? Nak salam saya kan?”
“Tapi,waktu dah 12 lebih sikit. Boleh ke?”
“Kenapa tiba-tiba jadi lurus bendul pula ni?”
Irsya Natasya mengaru kepala sendiri. Kadang-kala dia memang jadi ngek sedikit. Dia kemudian merapatkan diri dan meraih tangan itu.
“Terima kasih sebab awak faham saya.” Memang itulah maksudnya. Ya, dia ingin meminta maaf sebelum tidur. Tangan itu kemudian dikucup kasih. Kehangatan tangan suaminya itu seakan mengikat kasih dengan hatinya. Alamak..Rasa syahdu pula.
“Saya minta maaf untuk hari ni. Untuk hari pertama saya jadi isteri awak.Apa yang saya buat, kalau awak kecil hati saya minta maaf. Terima kasih sebab layankan saya dengan baik hari ni. Hari ni saya gembira dengan awak.” Ada sedikit rasa terharu di hati Irsya Natasya.
“Okey…Saya buat macam ni pun atas sebab untuk kepentingan diri saya juga. Dan saya tahu,situasi awak pun macam saya. Just fair! Emm..Lupa nak cakap. Esok, bila kita kat luar bilik, kita tetap geng tau. Kat luar hubungan kita mesti nampak realistik. So, kalau ada adegan manja dan romantik dari saya, jangan feeling lebih-lebih. Tu semua lakonan aje. Faham!” Irfan Faris memberi peringatan.
            “Ya, faham. Terima kasih awak.Awak ni baiklah. Salute kat awak. Okey, selamat malam.” Ucap Irsya Natasya sambil tersenyum sebelum berbaring dan menarik selimutnya.
Irfan Faris tersenyum di hati. Dia tahu, Irsya Natasya tetap menghormatinya sebagai suami. So, apa cerita dengan M040Dnya? Nak teruskan ke…atau tidak? Aii, baru sign kut. Takkan nak batalkan. Belum pun mula lagi. Cubalah dulu. Apalah kau ni ngek sangat Irfan Faris oii. Buat beriya. Baru aje si Sya salute sikit dah dah berubah hati pula.Sekurang-kurangnya kau kena test dia juga. Nak kenal orang barulah katakan.
Tika hari kian merangkak ke pagi...
Irsya Natasya tiba-tiba tersedar apabila tengkuknya terasa dihembus nafas hangat. Dan, ada tangan sudah memeluk pinggangnya. Alamak! Apa ke hal aku dah jadi bantal peluk dia ni? Patutlah hangat semacam aje. Selalu time ni, sejuk semacam. Irsya Natasya terpaksa telan liur sendiri. Nak ditolak Irfan Faris, teringat pula akan kata-kata lelaki itu sebelum tidur tadi.
“Mesti dia mengamuk kalau kejut dia time syok tidur ni. Takkan nak biar aje. Eii, macam apa aje. Peliklah tidur kena peluk-peluk ni. Si bantal peluk ni pun mana entah. Terpaksalah aku buat tak tahu aje. Yang dalam ni pula dah berbebar semacam. Nampaknya sampai ke Subuhlah aku tak boleh lelap.”
Irsya Natasya cuba mengesot sedikit kerana rasa tidak selesa. Dan tika itu tangan yang memeluk pinggangnya beralih ke dada. Alamak! Lagilah menakutkan. 18SX.
Dalam waktu yang sama, hidung Irsya Natasya menghidu sesuatu. Kembang-kempis hidungnya cuba menenal pasti bau tersebut. Bau.....
“Bau ni, macam bau baby aje. Betullah. Bau baby.” Bisik Irsya Natasya sendiri. Dia kini mencium tangan Irfan Faris yang singgah di dadanya. “Betullah. Bau tangan dia.”
 Irsya Natasya kini mengesot perlahan-lahan agar Irfan Faris tidak tersedar. Nampaknya, dia berjaya walaupun Irfan Faris ada bertindak balas. Dan kini barulah pandangan mata Irsya Natasya menghadap wajah Irfan Faris yang sedang terlena.
            Irsya Natasya kembali mendekatkan hidungnya ke tangan Irfan Faris. Bau itu kekal menusuk hidungnya. Daripada lengan dihidu membawa hingga ke bahu. Dan tanpa sedar hidungnya menyinggah ke pipi.
“Aii, Irsya Natasya oii. Over nampak. Sampai ke pipi kau cium. Ambil kesempatan ea.” Hati sendiri memerli.
“Bahaya aku ni. Aksi 18SX. Tapi, dia ni memang bau babylah. Hmm..Ni mesti pakai losyen baby.” Bisik Irsya Natasya sendiri sambil tersenyum. Dia kembali berbaring di posisi asalnya. Dalam suarm-suram cahaya, wajah lelaki itu ditatap. Macam syok pula tengok wajah itu terlena. Kacak juga suami aku ni yek.
Irsya Natasya tiba-tiba tersenyum. Dia teringkatkan kisah baby,cucu Nek Kalsum yang ingin dijaga. Yang ingin dijadikan geng tidur dan dipeluk cium.Hai la..Irfan Faris, oii. Rupanya, memang kaulah baby tu. Dan hari ni, aku dapat cium bau baby dari badan kau walaupun sebenarnya kau hanya pakai losyen baby. Macam comel aje bila orang lelaki macam kau ni pakai losyen baby, yek.Agaknya jenama apa kau pakai? Sedap betul baunya.
Irsya Natasya kemudian membetulkan selimut Irfan Faris dan kembali meletakkan bantal peluk di antara mereka.Dia kembali berbaring dan apa yang pasti, matanya sudah tidak mahu lelap.