Sunday 9 March 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 12


“KAHO NAA PYAAR HAI...” Ujar Irfan Faris.
 “Hah? Apa?” Si gadis yang berdiri di hadapannya itu terkejut.
“Cakaplah…Kaho Naa Pyaar Hai..”  Ujar Irfan Faris seromantik bicara.
Kaho Naa Pyaar Hai..” Ujar si gadis.
Irfan Faris tersenyum dalam lirikan manja matanya. “Betul ke awak cintakan saya?”
Si gadis jadi blur. “Err…Jap. Tadi tu maksudnya apa?”
Kaho Naa Pyaar Hai..Katakanlah kau cinta padaku.”
“Oh.Macam tu ke? Okey. Saya cinta awak jugalah.” Ujar si gadis malu-malu sambil tertunduk mengigit jari ala-ala gedik.
I love you.” Gemersik suara Irfan Faris berbicara.
Wajah gadis di hadapannya terus jadi memerah. Ada blusher free kat pipi.
Irfan Faris tersenyum nakal. “Just for you, my sweetheart.” Ujarnya sambil menghulurkan setangkai mawar merah.
“Untuk saya?”
Irfan Faris mengangguk. Si gadis kembali tersenyum malu. Ala malu-malu kucing gitu. Kian memerah pipinya. Tangannya menyambut huluran bunga tersebut.
I really love you, sayang.” Ucap Irfan Faris sambil mendekatkan wajah ke muka si gadis.
Muahhh…”
Irfan Faris tersedar apabila dia sudah tergolek jatuh dari katil. Dia terkejut apabila di tangannya masih memegang gambar Irsya Natasya. “Eii..Gambar dia. Aku cium gambar dia ke? Yarkk..Muntah! Apa ke hal aku mimpi sampai cium gambar dia ni?”Irfan Faris kembali ke atas katil. Gambar itu kemudian disorok ke bawah bantal. Dia kembali menyambung tidur.

DI PAGI hari, jam loceng sudah berbunyi, berlagu-lagu. Zass…Irfan Faris segera tersedar dan duduk dari pembaringan sambil terpisat-pisat menggosok mata. Tiba-tiba…
“Alamak! Mana pulak aku campak gambar dia ni. Mampus aku!” Irfan Faris spontan teringatkan gambar itu walhal baru bangun tidur. Dia kemudian mencari-cari di seluruh katil. Selimutnya dikirai, dan akhirnya ia dijumpai di bawah bantal.
“Selamat tak kemek sangat gambar ni. Tapi…bila masa aku letak bawah bantal? Bukan aku campak sembarang ke malam tadi?”
Irfan Faris teringat sesuatu. Ohh..Patutlah. Dia memang sorokkan gambar tu bawah bantal.Ah, lantaklah. Janji jumpa gambar budak ni. Karang kalau hilang, aku yang kena bebel dengan nenek.Irfan Faris kemudian memasukkan gambar tersebut ke kocek bajunya. Kocek di dada sebelah kiri. Dekat di hati.
“Ish, aku ni. Yang aku sumbat gambar dia kat kocek ni kenapa? Ngek betullah.” Gambar itu kemudian diletak di atas meja di sisi katil. “Duduk situ diam-diam. Jangan ngada-ngada nak  dekat-dekat dengan hati aku!”  Irfan Faris bercakap sendiri.
Irfan Faris kemudian membersihkan diri dan bersembahyang Subuh.
Sewaktu bersarapan, Nek Kalsum kembali membuka cerita tentang Irsya Natasya.
Sya..Sya…Sya.. Tak ada nama lain ke nek? Grrr..Hanya itu yang mampu dikeluhkan Irfan Faris di hati.
“Malam tadi nenek mimpi Irfan lari masa majlis pernikahan dia dengan Sya.” Cerita Nek Kalsum kepada Kirana.
Laa..Nenek ni. Sibuk pulak nak cerita mimpi dia dekat mama. Sajalah tu.Kata-kata itu terbisik di hati Irfan.
“Haaa..Irfan. Kamu tak ada mimpikan Sya ke malam tadi?” soal Nek Kalsum.
Aii, soalan. Tanya part mimpi pulak. Apa punya topik ni?
“Ada. Irfan ada mimpikan Sya. Irfan mimpi kasi dia bunga. Nenek rasa, apa maknanya tu?”  soal Irfan Faris sambil memandang wajah neneknya.
“Wah, betul ke Irfan.Tu maknanya, Irfan akan berkahwin dengan Syalah tu.” Ujar Nek Kalsum dalam senyuman. Ceria wajahnya.
Irfan Faris terbatuk-batuk. Menyesal dengan keterlanjuran bicara menyampaikan mimpinya itu. Walaupun sebenarnya dalam mimpi tu dia tak nampak pun wajah si gadis. Sekadar sedap mulut cakap si gadis tu adalah Sya.
“Oh. Haa..Irfan. Kalau kamu ada masa, jumpalah dengan Sya. Bincang pasal perkahwinan kamu. Akan datang kamu dah start kerja lagi susah nak jumpa. Bukan lama pun dah. Sebulan lebih aje lagi.” Ujar Nek Kalsum.
“Hah? Apa?” Irfan Faris sudah tersedak air yang diminum. Dia nyata terkejut. “Apa nek? Sebulan lebih lagi?” Dia kembali menyoal.
“A’ahlah. Sebulan lagi. Eh, nenek tak cakap ke semalam? A’ahlah, nenek lupalah Irfan.” Nek Kalsum sudah menepuk dahi.
 “Nekkk... Kenapa tak beritahu awal-awal, nek. Irfan ingatkan lama lagi.”
“A’ah, Irfan. Mama pun lupa nak cakap. Yalah. Semalam sibuk fikir nak pujuk nenek ni. Tapi, memang rancang majlisnya lebih kurang sebulan aje lagi. Tarikh lahir Irfan ikut kalender Islam. Tu maknya Sya yang minta.”
Sudah! Irfan Faris hanya melepaskan keluhan kasar. Dia terasa dirinya dianiayai.
“Tak naklah Irfan. Cepat gila.”
“Jangan kata tak nak! Semalam Irfan dah janji dengan nenek nak terima si Sya tu, kan?”
“Nek, semalam tu Irfan just terima dia tu sebagai tunang Irfan. Okey, TUNANG. Bila difikir, okey, fine. Tak ada masalah. Irfan boleh belajar terima dia. Tapi, Irfan tak tahu pulak yang nenek dengan mama dah bincang tarikh untuk pernikahan kita orang. Nekkk…Sebulan lebih tu mana sempat nek. Persiapan apa benda semua tu banyak nak buat. Nenek tak fikir ke?”
“Siapa kata tak sempat Irfan oii. Nenek akan uruskan semuanya. Nenek pun dah minta pihak keluarga Sya buat persiapan. Dia orang okey aje.”
Irfan Faris sudah menepuk dahi. Mampus! Boleh mati muda aku macam ni. Gila ah! Terguris hati dan perasaan aku ni tau. Nenek ni memanglah. Keputusan ikut dia aje. Siapa entah nak kahwin dengan budak tu. Sesedap rasa aje dah suruh pihak sana buat persiapan. Macamlah aku ni setuju nak terima. Kalau setahun dua tu, aku consider lagi. Mangsa betullah.
“Nek..Bagi tempoh sikit boleh tak nek? Setahun dua ke lagi. Biar hati Irfan ni boleh betul-betul terima. Nek bincanglah semula nek. Irfan janji, Irfan akan terima si Sya tu. Tapi bukan sekarang.”  Irfan Faris meminta belas kasihan.
No! Jangan malukan nenek dengan keluarga si Sya tu.”
“Nekkk..”
“Nenek tak nak Irfan cakap apa-apa. Ini keputusan nenek. Muktamad!”
Irfan Faris rasa terdera hati dan perasan. Itulah neneknya. Kalau dia dah kata U, maka U lah jawabnya. Kalau G, G lah jawabnya. Dia kemudian segera bangun angkat kaki dan kembali masuk ke bilik. Dia memujuk hati sendiri yang terluka lara.
Tension aku..Tension! Kenapa nenek nak kahwinkan aku secepat ni? Hishh…Peningnya memikir. Tak suka betullah. Kahwin kena paksa-paksa pulak. Apa ni? Tak ada perasaan betul!” Ternyata dia bengang dan tertekan.Rasanya, lebih tertekan dari semalam.
“Eii, sakit jiwa aku macam ni!” Irfan Faris masih memegang kepala kejap-kejap. Tahap tekanan yang dialaminya berada di tahap tinggi. Dia kemudian bangun dan pergi ke arah jendela yang terbuka luas. Dipandangnya ke bawah. “Bongoklah aku kalau terjun bunuh diri pasal ni. Tak ada pertimbangan langsung!” Irfan Faris kemudian menampar pipi sendiri. Berusaha beri kesedaran sebagai motivasi pada diri sendiri. Motivasi itu penting, okey.
“Apa aku nak buat ni?” Irfan Faris mundar-mandir sendiri.
Gambar Irsya Natasya di atas meja di sisi katil kini diambil.
“Oii, budak. Kau ni siapa hah? Kenapa kau muncul dalam hidup aku? Kau ni menyusahkan aku tau tak. Senyum-senyum. Sukalah tu aku ni kena kahwin dengan kau kan?” Irfan Faris bercakap sendiri dengan gambar.  Macam ngek ajekan?
Gambar itu tiba-tiba mencebik marah.
“Eleh, marah pulak dia. Sekali aku bagi karang!” Irfan Faris sudah menunjukkan penumbuknya. Marah pada gambar.
“E’eh, aku ni dah kenapa?” Irfan Faris tersedar sendiri. Rasa dirinya ‘gila’ sekejap kerana tekanan yang dialami kini. Dia cuba bertenang.Gambar Irsya Natasya yang kekal tersenyum kembali dilihat.
“Menyampahlah aku tengok muka kau Sya! Menyampah..Menyampah..Menyampah!” Irfan Faris kemudian menyumbat gambar itu ke koceknya.
“E’eh, aku ni. Simpan gambar dia kat kocek ni buat apa.” Gambar itu kemudian disumbat ke dalam laci.Dia kembali terbaring di atas katil sambil mengeluh dan terus mengeluh.

PETANG itu..
Telefon bimbit Irfan Faris berdering. Zack Nadzri menghubunginya.
“Bagus kau telefon, bro. Aku ada benda nak cakap kat kau ni.”
“Apa? Macam gempak aje.”
“Nanti aku cerita. Tension nak cakap kat telefon ni.”
Uitt, tension. Pasal apa? Marsha?”
“Tak ada kena mengena pasal dialah. Nantilah aku cerita.”
“Okey.”
Talian dimatikan.
Irfan Faris sedikit lega. Rasanya, dia boleh meluah rasa kepada temannya itu. Mungkin temanya itu boleh membantu untuk memberi idea agar dia mampu keluar dari permasalah kini.
            Gambar Irsya Natasya di dalam laci kembali diambil dan disumbat ke kocek bajunya. Memang itulah tempat terbaik Irsya Natasya. Dekat dihatinya. Gambar itu perlu dibawa dalam sesi perbincangan dengan Zack Nadzri, kaunselor tak bertauliahnya itu. Ia adalah sebagai satu bukti yang sahih lagi benar. Sejurus itu, dia keluar dari bilik dan turun ke bawah sesenyap mungkin.Harapnya dia tidak akan bertemu muka dengan nenek kerana dia tidak mahu kisah berkaitan Irsya Natasya itu kembali disebut oleh nenek. Bingit rasa telinganya bila nenek bercerita. Mula-mula tunang, tup..tup..nak kena kahwin. Haish…Memang tak masuk akal. Buat masa ini, biarlah hatinya tenang seketika walaupun nanti dia juga akan bercerita hal itu kepada Zack Nadzri.
“Nak ke mana tu Irfan?” soal Nek Kalsum tika Irfan Faris baru turun meniti dia anak tangga. Irfan Faris sedikit mengeluh apabila terserempak dengan neneknya. Termalang sedikit nasibnya.
“Irfan nak keluar jumpa Zacklah, nek.Rindu dah lama tak jumpa dia. Dia pun baru balik. Dia call tadi ajak jumpa.” Irfan Faris berbicara sebaiknya.Ayat tak boleh blah. Rindu kat Zack? Haha..Rasa boleh muntah.
“Yalah.”
“Okey, nek. Irfan pergi dulu.” Irfan Faris malas berbicara panjang.
Selamat tak ada topik pasal si Sya tu. Bisik Irfan Faris di hati sedikit lega.
“Haa…Irfan. Sekejap. Lupa pulak nenek nak beritahu tadi. Nenek dah daftarkan nama Irfan pergi kursus kahwin.”
“Hah?? Kursus kahwin??” Irfan Faris nyata terkejut separuh mati. Memang terdera perasaan dan jiwa raganya tika ini.
“Yalah, kursus kahwin. Nak kahwin kenalah ambil kursus kahwin dulu.”
 “Nek…Pleaselah nek. Tangguhlah dulu, nek.”
“Mana boleh tangguh-tangguh. Dah tak lama ni Irfan oii. Nenek dah daftarkan dah. Jadi, esok Irfan pergi ya.”
“Hah? Esok?” Lagilah Irfan Faris terkejut.
“A’ah, esok. Nenek mula nak booking tarikh minggu depan, tapi minggu depan dia orang tak buat. Yang terdekat, tarikhnya esok. Lagipun bukan lama sangat pun kursus kahwin tu. Dua hari aje. Sabtu dengan Ahad. Esok dengan lusa. Isnin tu, Irfan pergilah terus buat ujian HIV. Ingat Irfan. Sebulan lebih aje lagi ni.”
“Eii, apa ni. Esok nak kena pergi kursus kahwin? Pulak dah!” Irfan Faris memberontak geram di hati.
Pleaselah, nek..Please….Jangan buat Irfan macam ni. Tangguh dululah nek.” Irfan Faris cuba merayu.
“Keputusan nenek muktamad! Dah tak ada rundingan dah. Benda ni dah bincang dua pihak. Nenek dengan keluarga Sya dah setuju. Nak tak nak Irfan kena terima juga.”
“Bukan patutnya empat pihak ke nek. Irfan dengan si Sya tu, nenek kena ambil kira tau.”
“Dah. Jangan nak mengajar nenek pulak.Irfan kena tahu si Sya tu dah selamatkan nenek. Kalau tak kerana si Sya tu..bla..bla..bla.. Anggaplah kamu balas budi di Irfan. Lagipun dia tu kamu dah peluk cium masa kecil..bla..bla..bla..” Nek Kalsum kini mengulang cerita yang sama.
Irfan Faris terpaksa tadah telinga. Apa yang pasti dia buat-buat tidak dengar. Menyampah rasanya. Hati di dalam sudah mengomel. Baik-baik hatinya dah mula tenang, jadi panas semula.  Eii, menyampahnya aku dengar. Bingit! Bingit! Bingit! Apa yang pasti dia perlu lari untuk seketika. Lagipun dia memang ingin keluar berjumpa Zack Nadzri. Jika dia terus terpacak di situ, maka semakin panjang cerita nenek.
Nek Kalsum masih bercerita.
Irfan Faris punya idea. Dia kemudian datang menghampiri Nek Kalsum dan menutup mulut neneknya. Jadi budak jahat sekejap.
“Nek, stop nek. Irfan nak keluar jumpa Zacklah nek. Dah janji ni. Kalau nenek nak cerita pasal si Sya tu comel ke tak comel, apa semua berkaitan dia tu, kita sambung malam ya, nek.Sorry, nek.” Ujar Irfan Faris sambil mengucup pipi neneknya sebelum lari ke muka pintu.
“Bertuah punya cucu. Ditekupnya mulut aku. Selamat aku tak lemas.”
Kirana yang sejak tadi melihat apa yang berlaku, hanya tersenyum dan menggeleng kepala. Kedua-dua mereka itu memang banyak ragamnya.
“Tata, nenek.See you. Ma..Irfan nak keluar jumpa Zack, ma. Dia call tadi.” Beritahu Irfan Faris tanpa diminta tatkala terserempak dengan mamanya di muka pintu.
“Nanti Irfan.” Panggil Nek Kalsum tiba-tiba.
“Nak apa lagi nek? Irfan dah lambatlah nek. Kesian Zack tunggu nanti.”
“Malam ni nenek sambung cerita.”
Irfan Faris menelan liur. Sudah! Memang terpaksa menghadap juga. Apa lagilah yang nenek nak cerita.Best sangat ke budak Sya tu?
“Yalah, nek.” Irfan Faris terpaksa memaniskan bicara. Malas nak cari gaduh. Kalau ikutkan hatinya memang tengah hot sekarang ni.
“Dahlah. Kenapa tak pergi lagi. Kata nak jumpa Zack?”
“Ya, nek.” Irfan Faris kemudian berlalu pergi setelah meminta diri daripada nenek dan mamanya.
“E’eh, nenek ni. Buat-buat tanya pulak. Dia yang sibuk ‘tahan’aku nak keluar, boleh pula kata aku tercegat tak pergi-pergi. Nenek ni memanglah. Dah nyanyuk.” Irfan Faris hanya berbicara di hati. Jika neneknya mendengar, sudah pasti berkecil hati. Tak pasal-pasal nak kena memujuk lagi.
Selajur Irfan Faris keluar…
“Ibu.. Tak apa ke kita buat macam ni. Maksud Kirana, pasal pernikahan Irfan dengan  Sya tu. Kirana takut Irfan buat hal masa majlis dia nanti.”
“Ibu yakin, Irfan takkan buat macam tu. Cucu ibu itu baik. Protes-protes dia pun, dia akan ikut cakap ibu.”
“Harapnya begitulah, ibu. Biarlah majlis tu nanti berjalan lancar.”
“Ibu faham Kirana. Tapi, ibu rasa Sya tu yang terbaik buat Irfan. Walaupun cara dia tu agak kasar sikit, tapi hati ibu senang dengan dia. Sejuk hati ibu bila tengok dia. Ibu tak nak cucu ibu tu kahwin dengan orang-orang yang memandang kebendaan. Yang pakai baju tak cukup kain semua tu. Harap muka aje cantik. Ibu tak boleh terima. Biar muka buruk, tapi hati baik. Sya tu pun, cantik aje ibu tengok. Minat lagu-lagu klasik macam ibu. Bukan senang tau ibu nak jumpa.”
“Iyalah, ibu. Kirana pun rasa senang dengan sikap Sya itu. Dia pandai ambil hati orang tua.”
“Tulah sebabnya, ibu nak sangat Irfan kahwin dengan Sya. Ibu nak Irfan tahu, yang pilihan ibu ni yang terbaik. Moga Allah takdirkan jodoh mereka berdua. Ibu ni pun bukan siapa-siapa untuk menentukan. Ibu hanya ingin yang terbaik untuk cucu ibu tu.”
“Ya. In Shaa Allah, ibu. Kirana faham. Dah, jom ibu. Kita minum petang dekat luar. Sambil tu, kila boleh bincang pasal majlis Irfan. Sambil tu, Kirana nak telefon Kak Odah. Nak tahu apa perkembangan dekat sebelah sana.Harapnya, Sya tak ada masalah.”
“Eloklah tu. Benda ni benda baik Kirana. Moga dipermudahkan.” Balas Nek Kalsum berteman senyuman.


1 comment: