Thursday, 27 June 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 37


Salam dan Selamat Sejahtera kepada pembaca semua.
Maaf sebab dah lama tak berkesempatan nak update entry terbaru DPHI ni..
Agak busy sikit.
Untuk bab ni mungkin ada part yang pembaca dah baca kat entry sebelumnya.  Sebab bila dah edit-edit part tu terpaksa di bawa ke hadapan. Tapi sikit je. Takpe, kan..Janganlah marah. Hehe..
Okeylah..Kepada pembaca semua dan yang mengikuti dan menyokong cerita ni, selamat membaca ye..
Lalalala....Komenlah juga andai sudi.

Bab 37  
 “AM..Kau nak ke mana?” soal Iman sewaktu melihat Ilham sudah menghidupkan enjin kereta.
Ilham tidak menjawab. Dia masih tidak boleh menerima abangnya. Hatinya masih terbuku rasa panas.
“Am…Kan Iman tanya tu?” Sofea Jasmin terpaksa masuk campur. Dia tidak mengerti mengapa Ilham menjadi sedingin itu.
“Ummi..Am nak pergi TT MDC. ” Ujar Ilham acuh tak acuh sebelum masuk ke dalam perut keretanya.
Sofea Jasmin hanya mampu menggeleng kepala. Dia memandang Iman.
“Takpe, ummi. Dia tu memang macam tu. Lama-lama okeylah tu.Hmm..Ummi..Am tu takde awek ke ummi?” Iman sekadar cuba mengorek rahsia.
“Takdelah kut. Senyap je. Tapi sebelum ni, dia ada suka pada budak Maisarah tu.”
“Maisarah??”
“Hmm..Maisarah.Adalah kesnya dulu. Sejak kenal dengan Maisarah tu, Am memang banyak berubah. Macam dah jatuh cinta. Tapi tulah…Bukan jodoh. Maisarah tu, dah ada orang lain. Sekarang ni, dia orang kawan je. Yang Iman ni sibuk tanya, Iman apa cerita. Takkan takde lagi. Ke..nak suruh ummi arikan.” Sofea Jasmin tersenyum memandang anaknya itu.
Iman hanya tertawa. “Tak naklah ummi. Iman tak nak fikir sangat pasal tu. Sekarang ni, Iman nak melepaskan rindu dengan semua orang dekat sini. Hmm…ummi. Budak Maisarah yang ummi cakap tu, ummi kenal ke?” Iman masih ingin mencari jawapan.
“Kenal. Am pernah bawak dia jumpa ummi dengan ayah.  Budaknya baik. Sopan je. Ummi pun berkenan. Tapi tulah. Takde rezeki nak jadi menantu ummi.”
“Ooo..”
“Ni, kenapa sibuk je tanya?”
            “Takdelah. Takde apa-apa. Saja nak tahu.” Iman hanya menguntum senyum.

 “KENAPA  muka kau kelat je ni? Tak cukup tidur ke? Nak ikut aku ke…atau kau nak sambung tidur.” Ilham seperti biasa suka mengusik Maisarah.
Maisarah mencebik. Tension. Suka sangat lelaki itu membangkitkan topik yang dia tidak suka. Kalau ikutkan hatinya, memang terasa malas untuk keluar, tetapi bila difikirkan kasihan juga dengan si Ilham. Beriya benar mengajak. Lagipula, Aina Ibtisam turut serta. Entah apa yang diberitahu Ilham sehingga teman baiknya itu juga turut melibatkan diri dalam kelab MDC.
Selepas pertemuan dengan rakan-rakan MDC, Ilham membawa Maisarah dan Aina mengisi perut.
“Hari ni aku nak belanja mee wantan kat korang. Amacam.”
“Boleh..Boleh..” Aina Ibtisam menjawab laju. Sambil itu sempat dia menyiku lengan Maisarah.
“Kenapa kau ni?” Soal Maisarah yang nyata tidak mengerti.
“Ehem..Ehem…Aku teringat hero penyelamat kaulah. I-Man.Dia kan belanja kita mee wantan.” Aina Ibtisam berbisik perlahan.
Maisarah mengetap bibir. “Eii, kau ni.”
“Uit..Korang. Apa bisik-bisik ni.” Tegur Ilham.
“Takdelah..Takde apa-apa.” AinaIbtisam  menjawab pantas.
Ilham pergi memesan menu. Maisarah dan Aina Ibtisam pula terus berborak. Biasalah, mesti ada sahaja topik yang di bicarakan.
“Bang..Beli bunga, bang..” Ujar seorang kanak-kanak datang menghampiri Ilham yang sedang berjalan menuju ke kaunter untuk memesan menu. Anak kecil itu kelihatan membawa bakul menjual bunga. Bunga buatan tangan ‘felt craft.’ Cantik.
“Siapa buat ni, dik.” Soal Ilham ramah sambil membelek-belek bunga yang di tunjukkan. Tertarik juga dia dengan seni kreatif kraftangan itu.
“Emak yang buat. Adik tolong jual je.Adik jual sebab nak tolong emak.”
“Owh..Hmm..Okey..Kalau macam tu, abang nak dua. Yang warna kuning bentuk bunga ros tu.” Ujar Ilham.
“RM 15.OO je bang.”
Ilham mengeluarkan duit dan membayar. “Lebihnya simpan ye.” Ujar Ilham. Dia membeli dengan niat untuk bersedekah.
“Emm..Dik. Boleh tolong abang tak. Adik tolong kasi bunga ni dekat kakak yang dua orang dekat meja sana tu. Yang tudung ungu dengan biru tu.”  Ilham menujukkan empunya diri yang sedikit terlindung di sebalik tiang. “Kasi sorang satu tau. Kalau dia orang tanya, cakap je ada orang kasi.Kalau dia orang tanya juga siapa orang tu..Adik cakap je secret admirer tau.”
“Okey..” Anak kecil itu memberi persetujuan.
Ilham sempat mengusap kepala anak kecil itu sebelum pergi. “Good boy.”
Sementara itu, Maisarah sibuk bercerita dengan Aina Ibtisam akan bos barunya, encik Iman Ilyas.Perbualan mereka terganggu apabila mereka di datangi seorang anak kecil lelaki dalam lingkungan umur sepuluh tahun. Anak kecil yang berpakaian sedikit comot dan membawa bersamanya bakul berisi bunga.
“Assalamualaikum, kak..”
“Waalaikumsalam…”Jawab Maisarah dan Aina Ibtisam hampir serentak.
“Ye, adik. Ada apa?” soal Maisarah.
“Kakak..Ni ada orang kasi pada akak berdua?” ujar anak kecil itu sambil mengulurkan dua bunga ‘felt craft’tersebut. Satu kepada Maisarah dan satu lagi kepada Aina Ibtisam.
Maisarah dan Aina Ibtisam saling berpandangan.
“Siapa yang kasi ni dik?”
Anak kecil itu hanya menggeleng.
“Betul adik tak tahu?”
“Orang tu kata..secret admirer.Okey, kakak. Saya  pergi dulu.”
“Dik, kejap dik. Akak nak tanya ni. Orang tu macam mana. Tinggi ke..rendah ke..?”
“Abang tu handsome.” Anak kecil itu ketawa kemudian terus berlalu pergi.
“Mai…Entah-entah, I-Man kut yang kasi. Diakan secret admirer kau,” bisik Aina Ibtisam.
“Ye ke?”
“Ehem..Ehem…Habis tu..Kau ada suspek orang lain ke?”
Maisarah membalas jawapan dengan menjongket bahu. Dia memandang juga ke arah sekitar. Mana tahu terlihat gerangan ‘secret admirer’ nya yang telah lama tidak muncul itu.
“Eh, Mai. Tapi yang bestnya, aku pun dapat juga. Hihi. Suka aku tau. Barulah adil macam ni.”
Maisarah kini membelek-belek bunga itu dengan rasa teruja. “Cantik, kan bunga ni. Aku rasa macam nak belajarlah buat ‘felt craft’ ni.”
“Belajarlah, Mai. Nanti boleh buat hiasan dekat barang hantaran kau. Senang.” Aina Ibtisam sudah tersengih.
“Engkau ni. Tak sudah-sudah je nak kenakan aku. Eh, tapi betul ke I-Man yang kasi ea? Entah-entah Am.”
No komen. Tapi, Am suka ke kasi bunga-bunga macam ni? Aku rasa tak, kut.” Aina Ibtisam menyampaikan kata. “Eh, dahlah simpan. Tu Am datang. Karang banyak pulaksoalannya.”
“Okey..Okey…” Mereka segera menyimpan bunga tersebut ke dalam beg masing-masing.
Sorry. Lambat sikit. Orang ramai. Dah lapar ke?”
Takdelah.”
“Eh, tadi aku perasan korang macam ada nyorokkan sesuatu. Apa dia?”
“Eh, takdelah. Takde apa-apa.” Maisarah menafikan.
“Okeylah, jom kita makan.” Ilham lalu menadah tangan dan membaca doa makan. Ia di aminkan Maisarah dan Aina Ibtisam.
“Korang ni aku tengok gaya, macam ada sembunyikan sesuatu dari aku je.” Ujar Ilham sambil menikmati hidangannya.
Maisarah dan Aina Ibtisam sudah saling memandang. Mereka tersengih-sengih. Namun masih menafikan.
“Eh, Mai. Kat beg kau tu bunga apa ea. Cantik je. Siapa kasi?” Soal Ilham yang secara kebetulan terperasankan akan bunga itu di beg Maisarah yang tidak tertutup rapat. Ilham beriak selamba. Sengaja berpura-pura tidak tahu.
“Owh..Ada orang kasi tadi.” Maisarah menjawab.
“Siapa? Pakwe?”
Maisarah menggaru tengkuk. Tidak reti untuk dia menipu. “Sebenarnya ada orang kasi. Ada seorang budak  tolong sampaikan je. Tak tahu siapa. Dia kasi dekat Sam sekali. Aku ambil je lah.”
“Owh, ye ke. Takpelah. Itulah pasal korang macam pelik je gayanya ek.” Ilham hanya tersenyum.
Aina Ibtisam yang juga mengukir senyum. ‘Am ni cemburu ke?’ bisiknya. Dia kini menendang kaki Maisarah, lalu mengenyit mata. Dijungkitkan juga keningnya.
‘Eii, Sam ni. Apa ke hal kenyit-kenyit mata kat aku ni. Siap tendang kaki aku lagi.’  Maisarah hanya berbicara di hati.  Dia kemudian membalas tendangan. ‘Ambik kau!’ Maisarah menendang kuat.
Ilham tiba-tiba memadang Maisarah. “Mai..Kalau ye pun kau nak tendang Aina, janganlah lencong kat kaki aku ,weh. Sakit tu. Kau ni…” Ilham sudah tergelak.
Serta-merta muka Maisarah merah. ‘Ngee. Aku tendang kaki dia ke? Adohai…Malunya...’
“Tengok tu. Buat-buat merah muka pulak. Ketuk baru tahu.”
Maisarah mencebik. Ilham dan Aina Ibtisam menahan gelak.
“Entah apa-apa jelah kau ni, Mai. Dahlah, makan. Jangan tak habis pulak. Kalau tak habis jugak, suruh je si Aina habiskan.”
“Oii, Am. Kau nak kata aku kuat makanlah tu.” Aina Ibtisam sudah meluah kata.
“Eii, mak cik sorang ni. Sendiri terasa ke? Sebab aku tengok kau makan laju je.”
Aina Ibtisam membuat muka. Maisarah pula tergelak. “Haha..Padam muka kau Sam. Kena juga dengan Am. Adil.”
Ketika bangun…
“Mai..Kau kena pimpin aku.”
“Kenapa pulak?”
“Kau tendang kaki aku. Dah sakit tak boleh jalan ni.” Ilham bermanja-manja.
“Kau nampak ni?” Maisarah menunjukkan penumbuknya.
“Nampak.. Tapi janganlah nak tumbuk aku pulak. Ganaslah kau ni.”
“Dah..Jangan nak ngada-ngada. Karang tak boleh jalan terus, padan muka.”
“Kau dokonglah.”
“Kau nampak ni…” Maisarah sekali lagi menunjukkan buku limanya.
“Eleh, sejak-sejak ada orang kasi bunga ni, terus je nak ganas-ganas dengan aku. Siapalah aku ni, kan.”
Maisarah sudah mencebik.
“Eleh, gurau pun tak boleh. Taulah dapat bunga. Aku ni dapat penendang je. Tak pasal-pasal.”
“Eii, diamlah!” Marah Maisarah.
“Eleh, Sarahku ni.”
“Aku cekik kang!”
“Cekiklah. Kalau aku mati, aku tahu nanti kau rindu dekat aku.”
Hampeh.”
Aina Ibtisam dan Ilham sudah tergelak. Sengaja menyakat Maisarah.
Selepas menghantar Aina Ibtisam pulang…
“Aii, Sarah? Termenung je? Tadi masa ada Aina, suka je aku tengok. Mentang-mentanglah sekarang ni dengan aku. Kau ni kenapa? Ada masalah ke?” Ilham  mengaju kata. Memang dia perasan akan perubahan mood gadis itu. Tiba-tiba sahaja termenung.Apa yang dimenungkan, entahlah. Ilham mendapat satu idea.Dia menekan brek kereta tiba-tiba.
“Eh, opocot kau mak kau sayang aku.” Spontan Maisarah melatah.
Ilham galak ketawa. “Macam tau-tau je mak aku sayang kau ek.”
“Oii..Kau. Sengaja dengki aku ea. Belasah baru tahu.”
Ilham terus galak ketawa. “Dah tu, kau berangan je. Saja jelah aku dengki. Tak layan pulak tu aku cakap.”
Maisarah memalingkan muka.
“Eleh, mulalah buat muka. Tadi dahlah tendang kaki aku. Sakit tau tak.”
“Eii, kau. Tak payahlah cakap pasal tu lagi. Sajalah tu. Aku ter…je. Bukan sengaja pun.”
“Hihi.Rilekslah. Mai, jom kita lepak kat tasik. Aku ada bawak gitar ni. Bolehlah layan jap.”
“Emm..”
Ilham membawa bersama gitarnya. Walaupun hatinya masih marah dengan Iman, namun gitar pemberian abangnya itu juga yang diusung ke sana-kemari untuk melepas tension.‘Hmm..Best gak kalau layan satu dua lagu sambil berdatingberdua dengan Maisarah. Hehe..’
Maisarah sudah duduk di sebuah bangku. Redup matanya memandang ketenangan air tasik yang mendamaikan. Syahdu benar apabila mengingatkan kenangan yang pernah berlaku dahulu. Dia kemudian bangun mencari beberapa ketul batu dan melemparkan ke dalam tasik. Mulutnya sepi tanpa bicara.
“Kenapa ni Mai. Tetiba je kau berdiam diri macam ni. Tak bestlah macam ni. Pelik pulak aku tengok. Kau ada masalah ke?” Ilham sekadar bertanya.
Maisarah menggeleng. Kemudian tersenyum. “Takdelah. Aku saja je. Sesekali melayan gak perasaan.”
“Hmm..Mai..Aku nak tanya ni kau jangan marah ea. Kau bila nak kahwin ea?” Ilham bertanya soalan bonus.
Maisarah sempat berkalih pandang pada Ilham, kemudian menjongket bahu sambil tersenyum.“Kau doakan untuk aku.”
“Ya Allah, ku pohon kepadamu agar di satukan hati Izzati NurMaisarah dengan imam terbaiknya yang telah KAU pilih untuk dirinya. Aamiin…”
Maisarah terdiam.Dia kemudian mengukir senyum. “Aamiin…” Ucapnya juga.  “Terima kasih doakan aku.”
“Calon imamnya, apa cerita?”
“Calon imam?” Maisarah seperti tidak mengerti.
“Hmm..Pakwe kaulah. Lambatlah kau ni. Hmm..Apa cerita?” Ilham sekadar mencari topik bicara. Jari-jemarinya perlahan-lahan bermain dengan tetali gitar. Irama yang terhasil menjadi melodi iringan bicara mereka.
Maisarah menggeleng.
“Takde ke? Tapi aku ada.” Beritahu Ilham.
“Apa kena mengena dengan kau.”
“Calon imamlah. Masuklah nama aku kat list sekali walaupun yang terakhir.” Ilham tersengih.
Maisarah sudah menunjukkan buku limanya.
“Aii, buku lima je yang keluar.” Ilham sudah ketawa.“Eh, Mai. Dalam sepanjang aku berkawan dengan aku ni, kan…aku tak pernah nampak pun kau jumpa pakwe kau. Dia duduk mana? Takkan kau berdating di alam maya je. Kau pun tak pernah kenalkan dia kat aku. Aku teringin juga nak kenal. Yelah, kan. Boleh jugak jadi kawan aku. Ni aku tengok senyap je. Takde pulak kau kata nak bertunang ke..apa ke…Sesekali ajaklah dia jumpa aku. Ni, aku pulak yang berdating dengan kau. Hihi..Jahat kan aku ni. Dating dengan awek orang.”
“Tahu pun.”
“Kau ikut siapa suruh.” Balas Ilham.
Maisarah terdiam lagi. Dia sudah tertunduk. Malu sendiri.
“Kalau aku tak paksa kau, mesti kau pun tak nak ikut aku, kan.Kita kan kawan. Acilah, kut.” Ilham sudah ketawa.
Suasana hening seketika….
“Entahlah, Am. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.” Maisarah melepaskan keluhan.
Ilham kini menghentikan petikan gitarnya. “Apa maksud kau?”
“Sebenarnya, aku pun tak tahu sekarang ni dia dekat mana.”
“Hah??” Ilham terkejut. “So, selama ni kau tunggu ‘bodoh’je lah. Maksudnya selama ni kau….”
“Aku macam menunggu buah tak gugur je Am. Bodohkan aku. Tapi Am..aku macam mengharap sangat dekat dia. Dia cinta pertama aku Am. Aku tak boleh lupakan dia. Aku tak boleh tipu diri aku sendiri.”
“Apa yang sebenarnya berlaku ni. Cer.. cerita sikit kasi aku tahu. Selama ni kau tak pernah bercerita kat aku.” Ilham mahu mengetahui kisah sebenarnya. Rupanya ada rahsia dia sebalik penantian Maisarah.
Maisarah melepaskan nafas panjang. Terasa kini dia ingin berkongsi cerita itu dengan Ilham walau selama ini dipendam. Selalunya,  Aina Ibtisam adalah tempat dia meluah rasa.
“Sebenarnya Am, tempat ni ada kenangan antara aku dengan dia. Aku memang tak pernah beritahu kau. Nilah tempat terakhir kita orang jumpa sebelum dia pergi sambung belajar. Masa tulah dia beri aku cincin ni.” Maisarah meluah kata sambil melihat cincin Lavender di jari manisnya.
“Lepas dia pergi, sampai sekarang dia tak balik dah. Aku tak tahu dia ada katmana sekarang ni. Kita orang dah terputus hubungan. Tapi hati aku masih setia menunggu dia. Aku mengharap dia kembali, Am.”
“Aku hanya yakini hati aku sendiri. Walaupun jauh..jika jodoh itulah yang tetap akan berlaku. Sebab tu aku masih berusaha tunggu dia. Aku cuba yakin dia tu jodoh aku.”
llham mengangguk. Dia mengerti kini. Apa yang dia rasa, Maisarah turut merasa. Perasaan hati terpaksa dipendam. Hanya menyakini untuk diri sendiri. Memang menyeksa jiwa. Cuma.. jiwa Maisarah telah lama terseksa jika dibandingkan dengan dirinya. Selama ini, gadis itu menantikan seseorang dengan harapan. Merindu dalam penantian.Memang Maisarah sangat kasihan. Hmm..memang susah jika kita dah suka kat seseorang tu ek
“Berdoa yang terbaik. Kau pun tahu, kan. Sedetik di hati kita, Allah mampu mendengarnya. Tetapi, jangan mengharap sangat. Usaha juga penting. In Sha Allah, andai benar jodoh kau dengan dia, walau jauh macam mana sekali pun, DIA akan temukan juga.”
Maisarah mengangguk. “Terima kasih Am sebab faham aku. Sebenarnya, sebelum ni aku ada jumpa orang yang seiras muka dia. Aku tak tahulah sama ada itu memang dia atau pelanduk dua serupa.Namanya juga sama. Wajah orang tu membawa rindu aku kepada dia.”
“Owh..” Ilham mengangguk.
“Tapi, kadang-kala aku terfikir juga untuk lupakan dia.” Bicara Maisarah kini kendur.
“Jangan cepat mengalah. Apa-apa pun keputusan di tangan kau. Tapi, kalau rasa nak beri peluang hati tu dekat orang lain, jangan lupa beritahu aku. Aku ni kan masuk list juga, kan.” Ilham sempat bergurau. Cuba mengubah suasana.
Maisarah menoleh pada Ilham. “Lain macam je ayat kau ni.”
“Kau ni memang sangat memahamilah, Maisarah. Tu yang aku suka tu.” Ilham sudah tergelak.
Maisarah hanya menggeleng kepala. Dia tahu apa maksud Ilham.
Ilham sekadar bernyanyi dan kembali memetik gitar. Sempat juga di jeling pada Maisarah. Biarlah kisah duka itu terhenti di situ. Dia inginkan suasana yang kembali ceria.
Maisarah tersenyum. Dia sebenarnya terfikir juga. Mengapa dia tidak menerima sahaja Ilham untuk hatinya. Padahal sebelum ini, hatinya juga merasa sedih apabila dia membuat keputusan untuk ‘berpisah’ dengan lelaki itu ketika kisah Lavender mereka hampir ke noktah.
“Kau ni tanya pasal aku je . Kau apa cerita?” Kini Maisarah mengambil soalan.
“Aku??” Ilham hanya tersenyum. “Aku simpan jawapan di hati. Kalau nak tahu, tanyalah hati aku.”
“Macam mana aku nak tanya? Tanya sama hati….Apa asal sayangMacam tu ke?”
 “Aii..Macam tiru gaya aku je. Siap nak nyanyi-nyanyi ni. Dah terpengaruh dengan aku nampaknya.”Ilham tertawa. Dia kini memetik gitarnya sambil menyanyikan  lagu.

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Maisarah mengerut dahi. Seakan ada makna tersirat di sebalik untaian lagu yang dinyanyikan  Ilham.
“Kenapa kau tetiba berkerut dahi macam orang tua ni.”
“Sorry. Tak fahamlah.”
“Ye ke tak faham.”Ilham sudah ketawa.
Maisarah membuat muka. Namun di hatinya masih ada ‘rasa’ dengan lamaran Ilham dahulu. Sebenarnya, Ilham sering memberi ‘hint’ tentang perasaan hatinya walau dalam bicara gurauan. Dia memang merasakannya. Namun untuk membuka peluang itu, dia tidak mampu. Tak tahulah kenapa. Mungkin kerana dia hanya menganggap Ilham hanya sebagai sorang kawan yang istimewa.
Ilham memetik gitarnya memainkan intro sebuah lagu.“Ni lagu special untuk kau…” Ilham melontarkan suaranya diiringi petikan gitar.

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku
Bila aku jatuh

Best..Aku suka lagu ni…Lagu Najwa Latif, Sahabat.”
Maisarah juga akhirnya bersama menyanyikan lagu tersebut sehingga ke penghujungnya.

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku

“Eh, Mai. Nanti kita rakam video nak? Lepas tu letak kat Youtube.”
“Eh, tak nak aku. Aku join kau nyanyi ni pun tak sengaja je tau. Suara aku ni tak sedap. Lainlah kau.”
“Hmm..Okey takpe. Tapi, yang penting aku dah curi suara kau.” Ilham ketawa. Maisarah keliru.
“Apa maksud kau?”
Ilham kemudiannya menayangkan MP4 hijau epalnya.
“Weh, kau…”
“Rilekslah. Itu pun nak marah. Kata kawan.” Ilham ketawa lagi.
“Sajalah tu.”
“Aku simpan ek. Buat kenangan terindah.”
Hampeh, kau.”
“Ada cakap aku hampeh. Cakaplah yang bebaik sikit. Cubalah cakap, bertuah kau..Haa, kan sedap bunyinya. Doa tu. Nama aku Aiman, maksudnya ‘Yang bertuah’…Faham tu cik Maisarah.”
“Faham, Yang bertuah…”
Ilham tersenyum.
 “Pandai kau main gitar ek.”
“Takkan baru tahu kut?  Bukan masa birthday Aina dulu aku ada main juga ke. Aku taklah pandai sangat pun. Tapi, masa birthday kau, aku tak bawak gitar. Lupa.”
“Tapi masa tu gitarnya lain kan.”
“Memanglah. Masa tu Erry punya gitar.” Jawab Ilham sambil jejarinya memetik tetali gitar.“Gitar ni pun, abang aku yang hadiahkan pada aku.”
 Maisarah melihat tulisan yang tertulis pada gitar itu. IM  & AM.
“Im…tu..”
“Iman…Iman Mutiara. Nama abang aku.” Sambung Ilham.
Maisarah tersenyum. “Ceh, mamat ni. Kelentong akulah tu. Takkanlah nama abang kau Iman Mutiara. Eh, tak pernah nampak pun abang kau. Taknak kenalkan dekat aku ke?”Maisarah sekadar bergurau.
“Aik. Ada hati nak kenal dengan abang aku pulak.Hmm..Tak payahlah.” Ilham menjawab sekadarnya. Malas dia bercerita, lebih-lebih lagi hatinya masih ‘panas’ dengan Iman.
“Acilah..Nak kenal jugak.”
“Alah, kau ni Mai. Aku yang dekat depan mata ni kau tak nak kenal betul-betul.Cubalah fahami aku ni dulu. Ni sibuk nak kenal abang aku. Nanti kalau kau suka dekat dia, aku yangjealous. Kau harus tahu, aku ni lebih handsome daripada dia tau.”
“Nak tengok gambar.”
“Huh. Takdenya aku nak kasi. Hish..Kau ni menggatal juga rupanya ek. Ni..Kalau dah jumpa pakwe kau ni, aku report dekat dia.”
Maisarah turut ketawa.
“Mai..Kalau kau bijakkan, cuba teka apa aku buat ni.” Ilham membuat gerakan bahasa isyarat.
“Alah, itu budak tadika pun tahulah. 1 love  you,” ujar Maisarah yakin. Ilham ketawa gembira.
“Haha..Ni first time aku dengar kau cakap, kau cintakan aku. Tak sangka manja bunyinya. Okey, I love you too.” Ilham membalas pendek.           
Maisarah baru tersedar Ilham sengaja mengenakannya. “Nak kena betul mamat ni. Kau ni kan…”jerit Maisarah sambil menunjukkan buku limanya.
“Agaknya dulu pakwe kau tu dah berapa kali agaknya kena penumbuk kau. Sebab tulah dia merajuk kut. Membawa diri yang lara. Yelah. Awek gaya sopan. Tapi dalam diam macam gangster  je.” Ilham memerli.
Maisarah mendengus perlahan. Geram juga hatinya dengan Ilham. Mulut lelaki itu memang boleh tahan kalau berkata-kata.
“E’eh, Sarahku ni…Itu pun nak marah ke. Jangan suka marah-marah. Nanti cepat tua. Tengok macam aku ni..senyum je. Senyum seindah suria….”
Maisarah sudah menutup telinga. Malas melayan Ilham.
“Apa ni tutup-tutup telinga pulak.” Ilham sudah ketawa. Memang gembira kalau dapat mengusik Maisarah. Tapi…terpaksa terima hakikat. Awek yang masih menunggu kekasih hati.
Ilham tiba-tiba termenung. Mungkin fikirannya melayan kepada Iman.
            “Kenapa Am? Tetiba je termenung.”
             “Takdelah. Aku tengah imagine muka pakwe kau macam mana. Macam muka aku ea.
              Maisarah membuat muka. “Huh!Takdenya.”



OKEY tak entry ni...