Wednesday, 18 September 2013

Novel - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - Bab 40



REENA AQASHA sedang memerhatikan seseorang yang sedang menikmati hidangan di sebuah food-court. Wajah itu sepertinya dikenali.
‘Betul ke apa yang aku nampak ni? Dia tu…Maisarah ke? Jadi, betullah Haykal memang tak tipu aku yang Maisarah belum mati.Tak apa. Aku akan pastikan betul-betul.’
Reena Aqasha hanya menanti. Tidak lama kemudian, dia melihat empunya diri keluar seorang diri. Mungkin ingin pergi ke bilik air.Tiba waktunya, Reena Aqasha sengaja mengekori langkah itu dan berpura-pura terlanggar. Dia ingin mengetahui siapa gerangan perempuan itu yang sebenar. Maisarah atau hanya orang yang memiliki wajah seiras seperti Masiarah.
Sorry, miss.” Ujarnya sewaktu bahunya bergesel dengan bahu Maisarah.
Maisarah berkalih padang pada wajah perempuan itu. “Re..Reena?” Maisarah seakan mengenalinya.
Err..Sorry, miss. Aku ini lagi buru-buru. Sorry, ya.” Reena Aqasha terus berbicara ala-ala loghat Indonesia. Dia sebenarnya sudah terkejut kerana perempuan itu sah mengenalinya.
Maisarah mengangguk dan berlalu pergi.
‘Dia kenal aku. Maksudnya, dia tu memang Maisarah. Aku yakin. Maksudnya memang selama ni Maisarah tak mati lagi.’
‘Sally tak guna! Aku mesti cari Sally!” Reena Aqasha menahan kemarahan hati. Berpadu buku limanya digenggam. Nafasnya sudah berombak panas.

REENA AQASHA mencari Sally. Hatinya berbuku. Geram. Dia kini sudah mendapat info di mana Sally berada. Dia mesti membuat perhintungan dengan Sally.Sejak dia mengetahui bahawa Maisarah masih hidup, dia bersabar menanti Sally pulang ke tanah air. Kononnya Sally mendapat tawaran menjadi model di luar negara.
Panggg!!
Tangan Reena Aqasha sudah hinggap di pipi Sally. Kuat tamparannya.
Hey! Apa ni. Eh, perempuan. Kau kenapa?” Sally sudah melenting apabila tiba-tiba sahaja pipinya di tampar.
“Wah, tak sangkanya.  Kawan aku tiba-tiba panggil aku macam tu.”
“Dah kau tu tiba-tiba datang tampar aku kenapa?” Sally sudah menjerit sambil matanya membulat. Mukanya sudah merah padam menahan marah.
“Kau tipu aku!”  Reena Aqasha membentak sambil jari telujuknya dihalakan kepada Sally. “Kau memang tak guna!” Reena Aqasha melepaskan marah.
What?? Tipu?” Sally terkejut besar. Berpura-pura tidak mengerti.
“Kau tak perlu berpura-puralah Sally. Kau ingat, aku tak tahu ke.Selama ni kau tipu aku. Kau kata Maisarah tak guna tu dah mati, kan. Kenapa aku boleh jumpa dia, huh??”
“Alah, Reena. Yang kau tengok tu pelanduk dua serupa kut.” Sally masih cuba berdolak dalih.
“Kalau dia tu pelanduk dua serupa, dia takkan kenal akulah, bodoh!”
“Kalau dia tak mati pun, apa kau nak heran. Kau dah dapat Iman kan? Apa kau nak susah. Kira untung apa aku dah tolong kau. Ke..Iman dah lari dari kau.Tu maksudnya kau yang bodoh. Huh!” Sally kini menolak tubuh Reena Aqasha hingga terjatuh ke lantai.
Seketika itu jadilah drama tarik menarik antara mereka. Mereka saling bercakaran dan menarik rambut. Reena Aqasha sempat menolak kuat tubuh Sally hingga jatuh terduduk ke lantai.
Mereka yang berada di pub itu tidak meleraikan. Malah mereka terus bersorak-sorak gembira apabila kedua perempuan itu saling bercakaran.
“Kau punca Iman tinggalkan aku!” Luah Reena Aqasha.
“Perempuan sundal macam kau memanglah Iman tak nak. Perempuan bodoh!” Balas Sally.
“Kau memang tak guna Sally. Kau tak guna. Kau yang perdaya aku. Aku buat semua tu sebab nak selamatkan perniagaan kita tu.”
Sally tergelak besar. “Kau memang bodoh Reena. Padan muka kau. Aku memang dah lama nak jahanamkan kau! Macam aku tak tahu kau siapa. Kau anak orang gila, kan. Kau pun bukan perempuan suci sejak dulu, kan!” Sally menghambur kata.
Reena Aqasha yang mendengar terus panas hati. Sungguh tidak tersangka itulah kata-kata yang keluar dari seorang kawan yang selama ini dipercayai. Dia lantas menyerang dan mencekik leher Sally sekuat hati. Seharusnya Sally mati di tangannya. “Kau memang tak guna Sally! Kau tak guna! Kau jahat! Kau perbodohkan aku! Aku bunuh kau! Aku bunuh kau! Baik kau mati!” Reena Aqasha sudah menjerit sekuat hati.
“Reena..Stop it, Reena! You nak bunuh dia ke?”Mujur ada yang menahan. Orang itu adalah Haykal.
“Dia memang patut mati! Dia memang tak guna!” Tegas Reena Aqasha. Wajahnya masih merah padam menahan rasa marah yang berbuku di hati.
“You dah gila ke, Reena. Jom kita balik!” Haykal sudah merentap tangan Reena Aqasha.
“Lepaskan I, Carl. Perhitungan I tak habis lagi.” Reena Aqasha menepis kasar tangan Haykal.
“Jangan jadi bodohlah Reena!” Haykal terus menarik Reena dan membawa keluar dari tempat itu.
Sally memegang lehernya yang terasa sakit. Tenungan tajamnya jatuh  kepada kedua-dua mereka.
‘Haykal??’ Sally dapat menduga sesuatu. ‘Pasti Haykal yang bocorkan rahsia. Huh!! Tak guna! Persetan kau jantan!’
Di kereta…
“Kenapa you halang I, Carl. Dia memang patut mati!” Reena Aqasha masih tidak berpuas hati dengan Haykal yang menghalang tindakannya.
“I sayang you, baby. I tak nak you dituduh membunuh. Kalau you kena tangkap macam mana. Kesianlah dekat I.”
Reena Aqasha masih berpeluk tubuh. Nafasnya turun naik menahan rasa marah yang masih berkobar. Dia juga merapikan rambutnya yang sudah kusut-masai.
Telefon bimbit Haykal berbunyi. Dia berbicara seketika sebelum mematikan talian.
Sorry, baby. Client I jemput kita ke party dia. So, kita kena pergi.”
Whatt?? I tak nak pergi.”
No..You mesti pergi.”
“Eh! You tak tengok ke I sekarang ni macam mana. Emosi I tak okey sekarang ni. Ni semua angkara Sally tak guna tulah!”
“I tengok you okey aje. Tak cedera pun. Please…I tak nak terlepas projek dengan client baru ni, baby.Pleaseem..You sayang I, kan.” Haykal pandai memujuk.Tangan Reena Aqasha dipegang kemas dan dikucup. Ciumannya juga hinggap ke pipi gebu milik gadis itu.
Reena Aqasha melepaskan keluhan kasar. “Okey. Tapi I nak balik rumah dulu. Takkan I nak pergi macam ni.” Dia selalunya akan kalah dengan pujuk rayu dan kata manis Haykal.
“Okey.” Haykal tersenyum di hati. Dia terus memandu. Sesekali dia melayan Reena Aqasha di sisi yang kelihatannya masih marah dengan Sally.

Beberapa hari kemudian…
REENA AQASHA memerhati langkah Maisarah. Selepas tidak dapat menjalankan misinya terhadap Sally, dia kembali mencari Maisarah. Kini, dia sudah melihat kelibat Maisarah yang berjalan sendirian. Dia sudah bersedia dengan pedal minyaknya. Langkah Maisarah terus diperhatikan. Dia hanya menunggu waktu yang sesuai.
Jika sebelum ini dia ditipu tentang kematian Maisarah, kini biarlah kematian itu benar-benar tejadi kepada Maisarah. Ya, dia inginkan Maisarah mati. Padanya, Maisarah menjadi salah satu punca Iman meninggalkan dirinya.
 Maisarah merasakan dadanya berdebar. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi.
Errk..Iman abang Ilham telefon aku. Patutlah aku berdebar aje. Fuhh!’
Maisarah menyambung panggilan.
“Assalamualikum, Maisarah. Apa khabar? Sihat?” Lembut suara di hujung talian bersuara.
Err..Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat. Ada apa ya, Iman?” Maisarah berbicara dalam debar.
Hmm..Saja. Cuma nak tahu, Am ada beritahu atau tanya apa-apa pasal saya tak? Maksud saya sebagai Mia.”
Err..Tak ada pula. Dua tiga hari ni pun dia tak ada mesej atau telefon saya. Tapi awak jangan bimbang. Saya takkan bocorkan rahsia awak.”
Hmm..Awak dekat mana ni?”
“Jalan-jalan. Cari barang sikit. Awak?”
“Saya pergi bercuti. Sekarang ni tengah jalan-jalan tepi pantai tenangkan fikiran. Hmm..Kejap. Awak nak dengar bunyi ombak tak?”
‘Hai, apa ke peliklah dia ni. Tiba-tiba jadi mesra dengan aku.”
“Maisarah…” panggil Iman di hujung talian. Damai suara itu kedengaran.
“Ya saya..”
“Awak dengar tak bunyi ombak?”
Err..Ya. Saya dengar.”
“Okeylah, Maisarah. Saya ni kacau awak pula. In Shaa ALLAH. Lepas ni kalau ada kesempatan, kita jumpa ya. Kalau Am ada beritahu apa-apa jangan lupa inform saya tau.”
“Okey.”
Sejurus itu mereka saling berbalas ucapan salam dan mematikan talian. Maisarah kembali menyimpan telefon bimbitnya di beg tangan. Dia tersenyum sendiri. Dia melekapkan tangan ke dada. Terasa berdebar. Hai..Macam gaya orang tengah bercinta pula.
Maisarah terkejut apabila tiba-tiba beg tangannya disambar dari belakang. Namun, dia sempat bertindak menariknya kembali dengan sepantas kilat. Berlaku aksi tarik menarik antara dirinya dengan peragut bermotor tersebut. Maisarah masih mempertahankan beg tangannya.
Sekilas itu….
Zasss…
“Allahu Ahkbar…” Jerit Maisarah.
“Ya, Allah! Akakkk!” Kebetulan Nurin anak jirannya melihat kejadian itu. Dia segera bekejar mendapatkan Maisarah.
Maisarah masih tergamam melihat tangan kanannya yang berdarah dan hampir terkulai. Terlalu banyak darah yang mengalir. Fikirannya menjadi kosong. Terasa ingin pitam. Lama-kelamaan, pandangannya kian gelap. Dia akhirnya jatuh pengsan.
Reena Aqasha yang secara tidak sengaja terlihat kejadian itu juga terkejut.“OMG!” Dia menekup mulut dengan mata yang sudah terbeliak besar. Dia terkejut kerana ia berlaku sepantas kilat di depan matanya. Rupanya ada orang yang lebih pantas bertindak daripadanya. Rancangannya untuk melanggar Maisarah terhenti di situ.
Reena Aqasha mengurut dada. Dia kemudian tersenyum melebar.“Huh! Padan muka kau Maisarah. Walaupun kau tak mati sekarang ni, tapi sekurang-kurangnya apa yang berlaku buat aku rasa puas hati tanpa aku mengotorkan tangan aku sendiri. Tak apalah. Aku akan bunuh kau lain kali.” Reena Aqasha kini ketawa berdekah. Dia sangat gembira dengan apa yang berlaku. Sepertinya, ia satu hadiah kegembiraan buat dirinya. “Hmm…Misi aku sekarang Sally tak guna tu! Aku masih tak puas hati sebab hari tu Carl halang aku. Sally..Kau tengoklah nanti!” Reena Aqasha akhirnya mengundurkan kereta dan berlalu pergi.
Di hospital, Maisarah ditemani Nurin. “Siapa yang hantar akak, Ein? Soal Maisarah ketika sudah sedar.
“Entahlah, kak. Ein tak sempat nak tanya nama abang tu. Lepas dia hantar akak, dia berurusan dengan doktor. Lepas tu dia suruh Ein telefon keluarga akak atau sesiapa yang kenal akak. Ein terus aje telefon kak Ziha. Tapi, kak Ziha tak ada dekat rumah. Lepas tu dia kata dia telefonkan kawan akak yang lain. Abang yang hantar akak tadi dah balik. Dia kata, dia tak boleh nak tunggu lama.”
Maisarah mengangguk. Dia yang masih terbaring, melepaskan keluhan panjang.‘Semoga awak dirahmati Allah, wahai orang yang menghantarku ke hospital ini,’ bisik hati Maisarah.
Tika waktu yang sama, ada sesorang yang memerhatikan dari jauh. Dia adalah lelaki yang menolong Maisarah tadi. Lega hatinya apabila Maisarah telah sedar.Dia juga ingin mengejar waktu. Maka, cukuplah sekadar dia menguruskan apa yang perlu. ‘Semoga kamu cepat sembuh Maisarah.’ Doanya di hati.
Ilham datang bersama umminya dan Farisya. Pastinya, Ziha yang menghubunginya. Perkhabaran buruk itu juga telah dimaklumkan kepada ibu bapa Maisarah di kampung.Mereka sangat terkejut dengan apa yang berlaku namun bersyukur kerana Maisarah tidak apa-apa. Namun begitu, kecederaan yang dialami tetap mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh.
Selama dua hari, Maisarah duduk di wad. Apa yang membuatkan dia terharu, Ilham mencuri masa waktu rehatnya untuk melawat dirinya.
“Aku okeylah. Doktor kata esok dah boleh keluar dah.”
“Alhamdulillah. Kalau macam tu, esok aku jemput kau. Esok aku cuti.”
“Terima kasih Am.”

“AM…Kau ni nak bawa aku ke mana ni? Jalan apa ni? Tak pernah lalu sini pun?” Bertubi-tubi soalan Maisarah singgah dicuping telinga Ilham setelah kereta Ilham mula memasuki kawasan perumahan. Dia tahu jalan itu bukan menghala ke rumah sewanya.
“Jalan Bahagia.” Jawab Ilham seraya tersenyum.
“Kau ni janganlah nak buat lawak bodohpula.Aku tengah sakit ni. Kalau tak…”
“Kalau tak…kau nak buat apa? Nak cekik akulah tu. Macam tak tahu. Kau ingat aku gurau ke. Aku seriuslah.Tengoklah signboard tu betul-betul. Jalan Bahagia 1. Rumah aku No. 7A, Jalan Bahagia 1, corner lot.” Jawapan Ilham membuatkan Maisarah malu sendiri. 
“Orang nak bawa ke jalan bahagia pun nak marah.” Ilham tersenyum nakal. Begitu mendalam maksudnya. “Hehe…Sajalah Mai. Gurau. Kau ni pun. Kawan serumah kau kan tak ada. Takkan kau nak tinggal sorang-sorang. So, ummi suruh aku bawa kau balik rumah. Sekurang-kurangnya ummi boleh jaga. Nanti esok, aku hantarlah kau balik kampung.” Jelas Ilham tanpa dipinta.
Malam itu sewaktu makan malam….
Meh sini aku suapkan…” Ujar Ilham.
Maisarah membuat muka.‘Poyo mamat ni.” Bisik hati Maisarah.
“Dah, Am. Jangan kacau. Biar ummi aje yang suapkan.” Tegah Sofea Jasmin.
“Dah besar pun nak kena suap, ke? Manjanya kau.” Usik Ilham.
Maisarah terasa bengang dengan kata-kata Ilham. ‘Mulut mamat ni memang. Main cakap aje.’
“Letaklah sini. Aku tahulah suap sendiri.”
“Boleh ke tu Mai. Biar ummi ajelah.” Ujar Sofea Jasmin yang baru datang kepada mereka.
Mahu tak mahu terpaksa juga dia menebalkan muka.Nampaknya, dia jadi budak kecil hari ni. Selamat ummi yang suapkan, kalau Am….rasanya tak tertelan nasi tu.Kalau masuk dekat mulut pun, confirm muntah balik.
“Kamu ni, Am.  Nak suruh ummi juga suapkan ke? Tak bercuit lagi nasi tu.” Ujar Sofea Jasmin sekadar bergurau mesra.
“Mana ada. Nak makanlah ni.”
“Am ni nak tunggu isterinya suapkan, sebab tu ummi suapkan dia tak nak.” Sofea Jasmin sengaja mengusik. Kini muka Ilham merah padam. Telinganya juga berasa panas. Ilham menjeling Maisarah yang duduk berhadapan dengan dirinya. Maisarah sudah tersenyum sinis. Gembira kerana Ilham turut menjadi mangsa. ‘Haa..Ambik kau!
Farisya dan Badrulhisham juga sudah ketawa.
“Apalah ummi ni. Sajalah tu nak kenakan Am.” Ilham sudah bengang namun tetap selamba. Apa class bekas gangster sekolah nak merah-merah pipi.
Ummi terus menyuapkan nasi ke mulut Maisarah. Tiba-tiba Maisarah tersedak.
“Hai. Orang jauh sebut ke?” ujar Ilham sambil menjungkit kening kepada Maisarah.
‘A’ah. Abang kau yang sebut.’ Kata itu hanya diucap di hati.
 “Tulah. Agaknya mak dengan abah kat kampung yang sebut.Mesti risau pasal Mai sekarang ni.”Maisarah memberi jawapan sekadarnya.

ILHAM masih belum tidur. Dia bersidai di birai jendela.Tangannya menopang dagu merenung malam nan syahdu berteman bulan dan bintang. Dia tersenyum mengenang Maisarah.Dia kemudian meninggalkan jendela dan mengambil gitar kesayangannya. Dia duduk di atas katil dan memetik lembut tali gitarnya. Dia bernyanyi damai dengan liriknya sendiri.
‘Maisarah…Mungkinkah masih ada ruang untuk aku di hati kau. Apa yang pasti hati aku tetap ada untuk engkau. Namun, aku takkan memaksa kau mencintai aku. Cukuplah sekadar  nama aku ada di hati kau walau hanya sebagai seorang sahabat. Aku tahu, cinta tak semestinya memiliki, namun tanpa cinta..tak semestinya ia tidak akan bersatu. Itu semua takdir Allah.
Sementara itu di bilik tamu…
Mata Maisarah masih terkebil-kebil memandang syiling. Matanya masih tidak mahu lena. Dia rasa tidak selesa dengan keadaan tangan kanannya yang berbalut dan terikat dengan kain anduh.
“Sakit lagi, Mai.”
“Sakit juga ummi. Rasa mencucuk-cucuk juga.”
“Tahankan ajelah, Mai. Nak buat macam mana.Mai..Ummi nak tanya sikit boleh tak?”
“Ya, ummi.”
“Ummi ni sebenarnya serba salah nak cakap.Hmm…Pasal Mai dengan Am. Ummi tengok rapat aje.Ummi bukan apa Mai. Mai pun tahukan. Ummi kalau boleh nak Mai jadi menantu ummi.” Sofea Jasmin berterus-terang. “Tapi, betul ke Mai masih menantikan orang lain?”
“Ummi…Mai minta maaf. Mai…Mai tak dapat beri jawapan.”
“Ummi ni berhajat Mai. Kalau Mai boleh beri peluang pada Am…”
Maisarah terkelu bicara. Tidak sangka itulah butir bicara puan Sofea Jasmin.
“Ummi minta maaf kalau buat Mai tersinggung. Ummi keluar dulu. Esok, Am hantar Mai balik kampung.”
Maisarah mengangguk. Dia jadi serba salah. Dilihat langkah Sofea Jasmin yang pergi meninggalkannya.
Maisarah kini melihat pada cincin yang telah gantung menjadi kalung rantai yang di pakai. ‘Iman…Aku sendiri tidak tahu bagaimana. Haruskah kini aku hanya menjadikan kau hanya sebagai satu kenangan. Haruskah aku terima Ilham. Haruskah aku terima Ilham demi permintaan ummi.’
Minda Maisarah terfikirkan Ilham. Teringat dia akan kata-kata lelaki itu di siang tadi. “Orang nak bawa ke jalan bahagia pun nak marah.” Kata-kata itu membawa memorinya mengingat kisah lamaran dahulu. Teringat juga dia akan usikan ummi sewaktu makam malam tadi dan bicara ummi beberapa detik waktu yang lalu.Maisarah melepaskan keluhan nipis. Dia dalam dilema.Dalam sayup-sayup malam itu, dia mendengar petikan gitar Ilham. Terasa syahdu mendengar melodi petikan gitar itu.
           

9 comments:

  1. Lamanya akk ntkan n3 yg baru....bila nk di novelkan....xsbr rasanya...

    ReplyDelete
  2. Lamanya akk ntkn n3 yg baru....bila agaknya nk di novelkan....? Dh xsbr rasanya

    ReplyDelete
  3. Dah dibukukan ke belum?
    # sabar menanti DPHI dibukukan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas sokongan..kak Miz dan Rose Aleyna
      saya tgh wat editing semula ni...sbb tu lah dah lama tak update..
      doa-doakanlah moga ada rezeki untuk dibukukan ya..
      teringin gak nk peluk novel sendiri...hehe..

      Delete
  4. dah ade buku die ke? xsabar nk smbong bc....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Penulis boleh beri alamatt e-mel tak?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...

      ni alamat email saya
      ry_anamustika85@yahoo.com.

      Delete
  6. Assalamualaikum, akk. Sy msa fom 1 bca DPHI kt penulisan2u. Best sgt!! Ska gilaa!!! Pstu sy trlupa tjuk novel niyh. Jenuh jgak lha mncrinya. Novel niyh da dibukukn ka kak?? Sy nk sgt bca. Nk sgt tau ending dia. Klu da dibukukn, sy nk beli. Klu x, tlg lha bgi smbungn dia. Ska sgt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke...tq dik bb suka cerita ni..
      buat masa ni lm ada rezeki untuk dibukukan..
      kalau ada rezeki dibukukan pun myb jalan cerita dh berubah sikit..n myb tajuk juga berubah....

      Delete