Friday, 30 August 2013

Novel - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - Bab 39 (2)


Salam..kepada pembaca..Ni sambungan DPHI bab 39...Selamat membaca ye. Tapi, pendek je...Komenlah andai sudi ..Saya tengah berusaha nak siapkan manuskrip sepenuhnya dan edit mana yang patut..Doa2kanlah...



MAISARAH hanya merenung nombor yang di save atas nama Mia. Dia masih berfikir-fikir. Haruskah dia menghubungi nombor itu. Fikirannya berserabut seketika. Termenung lagi untuk kali yang ke berapa. Dia cuba menghubungi. Tetapi panggilannya tidak dijawab.
‘Siapa Mia ni ya? Pelik pulak aku bila Am kata dia ada tanya pasal hubungan Am dengan Maisarah. Maisarah tu merujuk pada aku ke? Confuse aku? Ummi tu siapa pulak?Mia ni memang kenal aku ke? Hish..Memang pelik.’ Maisarah terus ditemani persoalan.
-Salam. Siapa ni?Awak yang call saya tadi kan.
+Saya Maisarah.
-Oh.. Maisarah. Ada apa ye.
+Betul ke awak ni Mia?Maisarah inginkan jawapan.
-Bukan.
Maisarah menelan liur sendiri. ‘Bukan??Kan betul si Am ni kelentong aku.”
+Oh ye ke. Hmm..Maaflah ye. Salah nombor.
-Okey.
“Huh! Dengar dia bercerita macam beriya-iya. Mia ni kesunyianlah. Sakitlah. Tapi, bila aku mesej orang ni kata dia bukan Mia pulak. Ke, aku yang salah ambil nombornya? Hmm..Senang kata, baik aku padamaje nombor ni. Tak payah fikir.”
Tidak lama kemudian…
+Maaf Maisarah. Boleh saya tahu awak dapat nombor saya ni dari mana?
Aii, orang ni mesej semula ke?”
Maisarah membalas juga.
-Sebenarnya, kawan saya kasi nombor ni pada saya.
+Kalau boleh saya  tahu, siapa kawan awak tu ye.
-Am.
+Ilham ke?
-A’ah. Awak kenal dia ke? Awak ni siapa? Awak pernah kenal saya ke?
+Rasanya saya tak kenal awak pun.
-Tapi Am kata, awak pernah tanya dia pasal hubungan dia dan saya. Awak ni siapa sebenarnya. Kekasih dia ke?Maisarah terus menuju soalan.
-Hmm..Lebih dari seorang kekasih.
Degup jantung Maisarah nyata berdebar tatkala membaca balasan mesej itu. “Lebih dari seorang kekasih? Alamak hai. Peliknya ayat.”
Maisarah membiarkan mesej itu tanpa balasan. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya kembali berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
+ Maaf Maisarah. Seharusnya saya beritahu awak sesuatu. Takut awak salah faham. Sebenarnya saya ada satu rahsia ni. Tapi awak janji kena kautim dengan saya baru boleh saya beritahu awak.
-Hah! Apa maksud awak ni. Rahsia? Rahsia apa?
+Awak kena janji dulu dengan saya, awak akan simpan rahsia ni daripada pengetahuan Am.
-Saya tak boleh nak janji melainkan awak beritahu hal sebenar. Saya sekarang ni confuse dengan identiti awak.
+Maisarah. Boleh tak kalau awak anggap saya memerlukan pertolongan awak sekarang ni.
Hish..Siapalah Mia ni. Makin confuse aku jadinya.’
Maisarah akhirnya memberi persetujuan.
+Okey…Saya telefon awak. Susah nak terangkan dalam mesej.
Maisarah sudah terasa debar. ‘Aii, berdebar pulak aku ni. Perempuan nak telefon pun berdebar.Aneh…’
“Assalamualaikum…Ni Maisarah ya..” Suara lunak merdu hadir di hujung talian.
Erkk..Lelaki.’ Hanya itu yang mampu terdetik di hati kecil Maisarah.
“Helo..” Suara itu menyapa kembali apabila tiada respons dari Maisarah.
Erkk..Ya, saya.” Maisarah kian terasa debar.
“Awak..Sebenarnya saya ni abang kepada Am.” Empunya diri di hujung talian memberitahu.
“Oh…Err..Apa yang berlaku sebenarnya.” Maisarah masih terkeliru.
“Macam ni. Sebenarnya, saya ada konflik dengan Am.So, sekarang ni saya tengah berusaha nak berbaik dengan dia. Masalahnya, sejak saya balik ke rumah, dia tak nak bercakap dengan saya. Macam nak cari gaduh aje. Saya sengaja guna nama Mia untuk tarik  perhatian dia. Kononnya nak berkawan dengan dia. Nak mengorek rahsia dia. Gitu aje. Tak ada maksud lain. Saya tak sangka pula dia kasi nombor ni pada awak. Mungkin sebab saya ada kata, saya kenal awak kut. Padahal, saya tak kenal pun. Cuma tahu daripada ummi saya. Harap awak faham.”
“Oh. Macam tu ke. Okey. Saya faham. Patutlah awak kata awak dengan dia lebih dari seorang kekasih. So, awak ni abang dia yang nama Iman Mutiara tu ke?”
“Dia kata nama saya Iman Mutiara ke? Apa-apa jelah.Hmm..Maisarah. Kalau kita berkawan boleh ke?Saya Iman.” Empunya diri di sebalik talian memperkenalkan diri.
Hmm..Okey je.”
“Okey. Thanks ya, Maisarah. Kalau ada apa-apa saya mesej awak. Apa-apa pun, awak simpan rahsia ni tau. Terpaksalah awak jadi ‘geng’ saya sekarang ni. Next time, In Sha Allah kita jumpa.”
“Okey.”
Selepas memberi salam, talian dimatikan.
‘Aduhai.Masih berdebar jatung aku ni.’ Bisik Maisarah sendiri sambil melekapkan tangannya ke dada.
‘Iman.’
‘Kenapalah hidup aku tidak lari dari nama Iman. Iman Ahlam…Iman Ilyas...Iman Mutiara..Hmm..I-Man pun Iman juga.Haishh…’ Maisarah mengomel sendiri di hati.
‘Am…Hmm..Patutlah tak suka bila aku tanya  pasal abang dia. Gaduh rupanya. Apalah Am ni.Merajuk macam budak –budak.’Maisarah tergelak sendiri.
‘Eh! Hari tu I-Man kata dia ada konflik dengan adik dia. Dia minta idea aku untuk pujuk adik dia. Entah-entah Iman Mutiarani, I-Man. Adik dia tu, Am. So, dia orang ni kembar.’
Maisarah memetik jari.

‘Betullah! Tak mustahil tekaan aku ni berasas. Logik juga apa yang aku fikir. Hmm..Tapi, I-Man kata dia hilang ingatan. Apa yang sebenarnya berlaku pada dia ek? Macam mana boleh hilang ingatan. Apa-apa pun, yang paling penting aku kena simpan rahsia ni daripada Am. Am..Am..Kelakar pulak bila tahu kau ni merajuk. Alololo..Comel…Majuk ya Am…Kih..Kih..Kih..’

No comments:

Post a Comment