Thursday, 11 July 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 38



MAISARAH  sedang menanti bas untuk pulang ke rumah. Kebetulan hanya dia seorang yang menanti di situ. Seketika kemudian, sebuah kereta Honda bewarna putih berhenti di situ. Dia berpura-pura tidak melihat. Sengaja matanya melilau melihat ke arah lain. Kedengaran pintu kereta di tutup. Berderau juga darahnya apabila melihat lelaki itu keluar dari perut keretanya. Maisarah terus berpura-pura, berbuat tidak tahu. Sengaja dia bermain-main dengan telefon bimbitnya.Dia cuma berharap agar bas segera sampai.
            “Tunggu bas ke?” Lembut suara itu menyapa telinganya.
Maisarah hanya membisu dan menundukkan wajah. Malas melihat dan melayan bicara lelaki tersebut. Dia hanya berbisik di dalam hati. ‘Dah aku tercongok kat bus stop ni, tunggu baslah. Takkan tunggu roket nak berlepas ke ISS. Entah apa-apa je soalan.’
Iman melabuhkan punggug di hujung bangku. Jarak yang sedikit jauh dari Maisarah. Dia memerhati tingkah Maisarah dengan penuh minat.‘Adakah betul duga aku. Dia  ni..SARAH.’
“Eh, awak. Pandang sini jap!” Pinta Iman.
Maisarah berbuat tidak tahu. ‘Dah kenapa orang ni. Nak suruh aku pandang dia pulak. Aneh je.’ Itu kata yang terdetik di hati Maisarah.
“Awak..Pandanglah sini.” Pinta Iman lagi.
Maisarah masih berbuat tidak tahu.
“Awak..oo..Awak..Awak tak kenal kita ke?” Suara itu kedengaran agak manja. Sengaja mencuri perhatian.
Maisarah sudah tertelan liur. ‘Aduhai..Makin aneh je aku rasa. Orang ni betul ke tak betul ni.’
“Saya rasa saya kenal awaklah. Awak. Pandanglah sini.”
Seraya mendengar kata-kata itu, Maisarah menoleh jua. Matanya tepat memandang wajah lelaki itu. Dia sedikit terkejut. “I-Man??”
Iman menjungkit kening. Dia menghadiahkan senyuman. Sempat juga di tayangkan isyarat ‘peace’. Ternyata duganya benar. “Sarah, kan?”
“Aa…wakkk..I-Man?”
Yelah, Sarah. Saya I-Man awak. Takkan tak ingat. Lama tak jumpa awak ye. Mesti awak tak cam suara saya, kan. Saya selsema sekarang ni. So,suara jadi romantik sikit.” Iman mengukir senyum. “Hurmm…Awak tunggu bas ke? Kalau nak, saya boleh hantarkan awak terus sampai rumah.” Terus sahaja ramah bicara Iman.
Maisarah hanya menggeleng. Perasaannya tiba-tiba jadi berdebar. ‘Kenapa aku rasa sekarang ni dia berbeza dari sebelum ni. Pelik. Lagipun, dah lama dia tak muncul sejak titipan surat terakhir tu. Kenapa hari ni dia muncul semula.’ Maisarah masih terfikir-fikir.
 “Kenapa Sarah? Tak suka saya ada dekat sini ke?” Iman sekadar bertanya apabila melihat Maisarah masih berdiam diri.
“Err..Kau..Kau follow aku ke?” soal Maisarah sedikit teragak-agak.
“Taklah. Kebetulan je. Tetiba tadi tengok macam kenal. Saya berhenti sebab saya tengok awak sorang je kat sini. Bahaya kut  kalau awak kat sini sorang-sorang. Sekarang ni banyak kes. Nak saya hantar ke?”
Maisarah menggeleng. ‘Hmm..Memang lain. Dia sekarang memang lain.Sepertinya dia Iman Ahlam yang aku tunggu. Cara dia. Bicara dia. Agaknya, apa yang berlaku pada dia?”
“Err..Kau ni nak ke mana?” Maisarah pula mengambil soalan. Sekadar bertanya.
“Jalan-jalan.” Jawab Iman pendek.
“Ke mana?”
“Mana-mana je yang saya rasa saya nak pergi.”
“Sorang je?”
“Hmm..Kenapa? Awak nak ikut ke? Nak ikut boleh je. Bolehlah temankan saya. Tapi, kena beritahu emak dengan abah awak dululah. Takut tetiba sampai seberang Thailand pulak.”Iman tertawa sendiri. Sekadar bergurau.
 “Banyaklah, kau.”
“1…2…3…” Iman tiba-tiba membilang sambil menunjuk pada sesuatu yang tidak nampak. “Eh, banyaknya saya, Sarah.” Iman bergurau lagi.
Hampeh..”
Hampeh tu apa Sarah. Ada tulis dekat Kamus Dewan ke?” Iman tergelak lagi. Dia kemudian terbatuk beberapa kali. Dia memicit juga hidungnya. Kelihatannya dia tidak berapa sihat.
“Tak sihat..Tapi kenapa nak pergi jalan-jalan pulak. Rehat jelah dekat rumah.” Maisarah memanjangkan perbualan.
“Tengah merajuk dengan seseorang.” Iman kini memeluk tubuh. Bibirnya masih mengukir senyum.
“Merajuk?? Kelakar je. Dengan siapa? Isteri?” Terdengar juga tawa Maisarah walaupun perlahan.
“Belum kahwin…mana ada isteri. Calon pun takde.” Iman membuat muka comel.
Maisarah tersenyum. “So..”
“Adik.” Jawab Iman pendek.
“Gaduh dengan adik?” soal Maisarah lagi.
“Entah dia tu. Tak suka saya balik. Buat tak layan je.” Nadanya kecewa. Soalah-olah mengadu.
 So, sebab tu je merajuk.”
“Bukan merajuk. Tapi kecil hati.”
“Sensitif juga kau ni ye.”
“Hati yang merasa, Sarah. Sedih tau.” Iman hanya menguntum senyum tawar.
Maisarah hanya mengangguk.
Suasana hening seketika. Masing-masing terkunci bicara.
“Awak apa khabar? Sihat ke?”
Maisarah mengangguk.
“Hurmm…Dah lama tak jumpa awak. Rindu rasanya. Hari tu makan aiskrim, tiba-tiba teringat dekat awak. Rindu kut nak kacau awak. Selalu saya kacau awak, saya kasi bunga. Tapi hari ni takde bunga pulak. Takkan nak petik yang kat pokok bunga ni kan. Tapi, terima kasihlah sebab awak masih ingat saya sebagai I-Man awak. Saya pun still ingat awak sebagai Sarah saya.” Iman mengukir senyum.
“Sarah awak??”
“Hmm…Yelah. Sarah yang tenyeh aiskrim dekat baju saya. Sarah yang sudi terima mawar merah dari saya. Sepak kaki saya. Semua pasal awak saya ingat. In Sha Allah, saya tak lupa. Saya sayang memori tu. Rugi tu kalau hilang.” Iman mengulum senyum.
Maisarah menjeling sambil mengetap bibir. ‘Aneh dia ni. Sekarang ni ber’saya-awak’ pulak. Bukan sebelum ni ber’aku-kau’ je ke.’
“Eh, janganlah jeling macam tu.  Karang saya jatuh cinta..susah. Takut awak tak nak membalas je.” Iman ketawa sendiri.
Maisarah memandang Iman sambil tersenyum tawar.Dia melunas rindu. Dia terkenangkan Iman Ahlamnya.
“Err..Dulu kau kata ada masalah nak share dengan aku. Tapi bila aku tunggu, kenapa kau tak datang ek?” Maisarah ingin mengetahui cerita sebenar. Sewaktu itu dia ternanti-nanti dengan penuh debar.
Iman terdiam seketika. “Ada ke? Bila tu?”
“Adalah. Mana aku ingat tarikhnya.”
“Ye ke?” Iman hanya mengukir senyum. Dia kemudian menggeleng. Kisah itu tidak tersimpan dalam memorinya. Mungkin telah hilang. Dia tidak ingat.
Suasana hening seketika.
“Emm, Sarah. Saya nak minta pendapat awak boleh?” Ujar Iman tiba-tiba.
“Eh, kenapa tetiba minta pendapat aku pulak.”
“Minta idealah. Bolehkan?”
 ‘Aii, aku pulak kena tolong fikir.’
“Saya sebenarnya ada problem dengan adik saya ni. Awak ada idea tak macam mana caranya saya nak berbaik dengan dia.” Bicara itu meminta pengertian.
“Adik kau lelaki ke perempuan?” Maisarah sekadar bertanya.
“Lelaki. Adik kembar aku.”
“Oh, kau kembar?”
“A’ah.”
Maisarah terfikir sesuatu. ‘Ntah-ntah dia ni kembar Iman Ahlam kut. Muka sama.’
“Err..Nama adik kau siapa?”
“Kenapa awak tanya nama adik saya pulak. Saya nak idea awaklah, Sarah.”
“Takdelah. Saja tanya. Kau dengan adik kau tu, ada salah faham apa?” Maisarah agak berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya.
“Hmm…Saya perasaan sejak saya dah balik rumah, dia tak nak bertegur sapa dengan saya. Berpura-pura baik depan family.  Sedih jugalah hati ni. Kecik hati tau.”
“Lah, siapa suruh kau tak balik rumah. Salah kaulah. Habis tu selama ni kau ke mana?”
“Entahlah, Sarah. Saya pun tak tahu. Saya rasa saya ni hilang ingatan kut, Sarah. Tetiba baru teringat…eh, ada family rupanya. Macam tulah.”
Maisarah tertawa. “Hurmm..Pelik jelah kau ni. Macam buat lawak pula. Hilang ingatanlah..Apalah..”
“Awak idea tak? Saya sebenarnya cuma nak tahu apa yang dia tak puas hati dengan saya. Yelah. Sebab dia tak nak bercakap. Mengelak je bila jumpa. Terguris tau hati saya ni. Kalau awak dalam situasi saya, mesti awak rasa benda yang sama.”
“Hmm..Adik kau ni manja juga ek.” Maisarah memikir seketika. Berusaha juga menolong. “Hurmm..aku ada terfikir satu idea. Tapi idea ni rasanya macam tak berapa nak logiklah. Tapi tak salah kalau nak cuba.”
“Apa?”
Maisarah memberitahu ideanya.
Iman memetik jari. “A’ah ek. Macam okey juga tu. Terima kasihlah dekat awak, Sarah. Nak juga tolong beri idea dekat saya, ye. Kebetulan pula bas lambat sampai. Dapat juga awak beri idea, kan. Tapi, maaflah. Takde benda nak kasi sebagai balasan. ”
“Tak perlu pun. Kebetulan je tetiba hati saya baik nak memberi idea.”
“Macam tak berapa ikhlas je bunyinya.” Iman meraba poket jaketnya. Kebetulan ada sesuatu di dalam poketnya. “Nah, Sarah. Coklat ‘choki-choki’je yang ada. Tanda terima kasih.”
“Errkk…”
“Ambil jelah. Ikhlas dari I-Man.”
“Tak naklah.”
“Alah, Sarah. Coklat je pun. Ke ..nak bunga juga. Karang saya petik bunga dekat belakang ni.”
Maisarah membuat muka.
“Muka awak tak comellah Sarah buat macam tu. Nah. Ambillah.”
Maisarah masih menggeleng.
“Baik ambik. Saya ni mudah kecil hati tau.”
“Hish..Kau ni. Ntah apa-apa. Yelah. Aku ambik.” Maisarah akhirnya menerima jua. “Terima kasih.”
Iman mengulum senyum. “Apa-apalah awak ni Sarah.Saya perasan, awak ni asyik ber’aku-kau’ je dengan saya. Rasa macam tak bestlah. Hmm..Apa kata lepas ni kalau kita jumpa, janganlah ber’aku-kau’ dengan saya. Guna saya awak pulak. Tak pun guna nama..Sarah..Iman..Hmm..Kan sedap tu. Nampaklah awak ni macam sopan sikit.”
 “Eleh, sebelum ni kau beraku-kau juga, kan. Tetiba je hari ni pelik. Jadi baik. Guna awak- saya.”
“Ea..Ye ke..Tak perasan pulak. Takpelah transformasi ke arah yang lebih baik. Tapi, ikut awaklah Sarah. Apa yang penting awak happy. Saya ni bukan suami awak pun nak suruh awak ikut cakap saya. Tapi, saya cakap ni sebagai seorang kawan. Itupun kalau awak boleh terima saya ni sebagai kawan awaklah. Kalau tak, takpelah, kan.Takkan nak paksa pula, kan.”
Maisarah sekadar tersenyum tawar.
‘Sarah..Apabila melihat engkau, hatiku dapat melunas rinduku pada arwah Sarah. Aku gembira dengan pertemuan ini. Seolah-olah ia mengembalikan Sarahku yang telah pergi.’ Iman sempat berbicara dengan hati sendiri.
“Apa-apa pun terima kasih sangat sebab awak buat saya tersenyum hari ni. Rasa semangat sikit. Kalau tak, rasa macam takde mood je. Okey, Sarah. Tu bas dah sampai.” Iman mempersilakan Maisarah naik. “See you next time ye. Saya akan doa, kita akan jumpa lagi. Take care.”Iman menguntum senyum sambil melambaikan tangan.
Di dalam bas, Maisarah sempat memerhatikan tingkah Iman. Perasaannya terasa aneh dengan Iman. Maisarah akhirnya mengulum senyum. Pertemuan kali ini membibit sedikit kemesraannya dengan lelaki itu. ‘I-Man..Kau tetap membawa wajah Iman Ahlam kepada aku. Sememangnya nama kau juga Iman. Bila melihat kau kini, aku merasa lega. Perasaanku juga tidak seperti sebelum ini. Mungkin ini takdir Allah agar aku dapat melunasi rindu aku kepada Iman Ahlamku.’
Seusai Maisarah pergi, Iman turut pergi. Dia bercadang untuk pergi ke rumah Iman Ilyas. Dia singgah sebentar ke sebuah kedai membeli buah tangan. Langkah kakinya terhenti apabila ada suara yang memanggilnya.
“Iman…” jerit satu suara. Suara milik seorang perempuan.
“Iman..I rindu you…” Terus sahaja perempuan itu memeluk tubuh Iman. “Iman..Maafkan I…I tak boleh kehilangan you…Iman..”
Iman terpinga-pinga. Kaget. Terkejut. “Errkk..Sorry..Cik salah orang ni. Cik ni siapa? Tetiba je datang peluk saya.” Iman cuba menjarakkan diri dari pelukan gadis itu.
“Iman…I  Reena, Iman. Please Iman jangan buat I macam ni..” Perempuan itu terus sahaja memaut tenguk Iman tanpa segan silu.
“Eh, awak. Apa ni peluk-peluk saya.” Iman mula menekan suaranya. Rimas dengan kelakuan yang diluar jangkaannya itu. Entah siapa perempuan yang hilang kewarasan itu. Tiba-tiba sahaja datang memeluknya.
“Iman…Please maafkan I. I bersalah dengan you Iman. I memang cintakan you Iman. Percayalah. I nak kembali pada you. I dah lama cari you, Iman…” Wajah perempuan itu sudah mula di basahi air mata. Dia merayu meminta pengertian. “Tolong maafkan I, Iman..Maafkan I..”
“Maaf cik..Cik salah orang ni. Saya tak kenal cik. Sumpah…” Iman terus menjarakkan diri.
“Iman..Please.  Jangan buat I macam ni. I Reena..Iman..Reena….Kalau you benci dengan I sekali pun, jangan buat I macam ni..Please…I sedar memang I yang salah..I yang salah….” Lengan Iman terus dipeluk.
“Cik..Cik buat apa ni..Janganlah macam ni…Masalahnya saya memang tak kenal cik. Cik silap orang ni. Mungkin kebetulan je nama sama.”
“Tak..Tak…You memang  Iman ..You Iman I…Please..Iman. Jangan tinggalkan I…I merayu..” Tubuh Iman kembali dipeluk. Semakin erat pelukannya.
“Awak, jangan macam ni..Please..Saya tak kenal awak..dan awak senang–senang je peluk saya.Awak ingat saya ni apa. Please..Stop it!” Tiba-tiba suara Iman bertukar nada. Menjadi sedikit tegang.Tubuh itu kemudian di tolak kesamping dengan sedikit kasar.
“Iman..Please…I bersalah dengan you Iman…Memang I yang salah..”  Suara itu masih merayu.
Iman memandang wajah di hadapannya yang kini di basahi air mata. Timbul juga rasa kasihan di hatinya. Dia lalu mengeluarkan sapu tanganya dan di beri pada gadis itu. “Lap air  mata awak tu. Jangan nangis lagi.” Reena Aqasha menerima jua sapu tangan itu seraya menyeka air matanya yang masih gugur. Dia masih menahan sendu tangis.
“Iman..Please...Iman…I sedar I yang salah Iman..”
“Maaf ye cik. Cik memang dah salah orang ni. Maaf..Maaf ye.”Iman berusaha melembutkan bicaranya.
“Iman..Maafkan I…” Suara itu masih merayu ditemani sendu dan tangis.
Iman tidak mengendahkan. Dia akhirnya berlalu pergi. Namun langkahnya di kejar.
“Awak..Tolonglah. Jangan macam ni. Awak dah salah orang. Saya minta maaf ye. Saya pergi dulu.”
“Iman…” Reena Aqasha masih memanggil. Iman kini sudah menutup pintu keretanya.
‘Siapalah perempuan tu. Datang-datang je peluk aku. Cun..Seksi..Hmm..Rezeki ke bala tu.’ Iman sempat melihat di cermin sisi. Kelihatannya gadis itu masih terduduk di tempat tadi berteman air mata. Dia hanya mampu menggeleng kepala.
“Aku kenal ke dengan dia tu? Boleh pulak dia tahu nama aku ye? Hmm..Entah. Malas aku  nak layan. Kalau Sarah yang peluk aku macam tu, takpe jugak. Haha..Jahat aku.” Iman akhirnya tertawa sendiri.
Setibanya di rumah Iman Ilyas..
“Eh, takde pulak mamat ni. Kunci je. Balik kampung ke? Aku dahlah takde nombor telefon dia. Aku rasa aku ada simpan. Tapi, mana ntah aku selit agaknya.”
Kebetulan Iman terlihat akan jiran Iman Ilyas dan bertanyakan tentang lelaki itu. Menurut jirannya Iman Ilyas telah keluar sambil membawa bagasi besar. Itu pun sudah seminggu yang lalu.
“Dia tak cakap ke dia ke mana mak cik?”
“Tak pulak.”
“Owh. Ye ke. Takpelah. Terima kasih ye.”
‘Pindah ke?’
‘Harap aku berjumpa dia lagi.’












No comments:

Post a Comment