Tuesday, 14 May 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 36



ILHAM leka melayan kerenah Tuah dan Jebat. Terhibur hatinya melayan dua ekor makhluk berbulu lembut itu. Seekor bewarna putih dan seekor lagi bewarna coklat kekuningan.
“Am, aku ada perkara nak cakap dengan aku.” Suara Iman tiba-tiba muncul digegendang telinga Ilham. Wajah Iman tidak dipandang sama sekali. Kehadiran abangnya lantas mematikan moodnya. 
“Kau nak cakap apa? Cakap je lah.” Ilham menjawab acuh tak acuh.
“Kita cakap dekat luar.”
“Cakap ajelah dekat sini. Kenapa? Kau takut dengan ummi?” Ilham menekan suara. Dia terus berbuat tidak endah. Dia sudah bangun ingin meninggalkan Iman di situ.
“Am…” panggil Iman lagi. Dia masih mampu berlembut dengan adiknya. Dia perlu tahu apakah yang menyebabkan Ilham menekannya sebegitu. Dia ingin tahu apa yang terbuku di hati adiknya itu.
“Kau nak cakap…cakap. Jangan sampai aku naik angin.” Ilham mula menunjukkan kekerasan hatinya. Suaranya mula meninggi.
“Kenapa kau nak mengelak jumpa aku?” Iman terus bertanya tentang persoalan yang membelenggu dirinya. Sudah hampir dua minggu dia pulang, tetapi Ilham masih begitu. Tidak menegurnya. Jika adapun hanyalah satu kepura-puraan apabila mereka berada bersama ummi, ayah dan Isya. Selebihnya Ilham sering pulang lewat ke rumah.
“Kau fikirlah sendiri.” Ilham menghambur kata. Hatinya sudah terbakar oleh nafsu amarah.
“Aku tak tahu kalau kau tak cakap.” Iman berusaha memujuk Ilham. Dia masih menggunakan kelembutan untuk meredakan kemarahan Ilham. Bukan dia tidak kenal adiknya itu. Keras hati, namun sebenarnya sensitif.
Ilham bangun lalu menolak Iman. Terundur juga tubuh Iman ke belakang.
“Kau jangan sampai paksa aku tumbuk kau!” Ilham memberi amaran keras.
“Am!” Panggil Iman sambil merentap tangan adiknya itu.
Ilham menepis. “Kau jangan buat aku naik angin. Aku tak nak gaduh dengan kau.” Ilham meluahkan rasa hati. Dia lalu pergi membawa bersama Si Tuah dan Jebat ke luar rumah. menenangkan hati yang sedang panas.Dia mencari tempat di luar bersebelahan kolam ikan. Mungkin di situ hatinya lebih sejuk.
Iman termenung. Dia perasan bahawa Ilham seakan tidak suka akan kehadirannya sejak kembali ke rumah itu. Mengapa? Adakah  Ilham marah padanya kerana melupakan keluarga. Dia punya alasan. Bukan dia yang meminta itu berlaku. Tapi…mengapa Ilham seakan menutup peluang untuknya menebus kesalahannya. Dia sedar Ilham hanya berpura-pura ceria apabila berada di hadapan ummi dan ayah. Hakikatnya, ada sesuatu yang tidak terlepas dari hati adiknya itu. Dia faham kerana itulah yang dia rasa.
‘Am…Adakah kau rasa kepulangan aku membuatkan ummi lebih memberi perhatian kepada aku?’
Kelopak mata Iman kini bergenang air mata.

IMAN keluar mencari ketenangan. Dia ingin membuang rasa sedih yang membelenggu diri atas sikap dingin Ilham kepadanya. Di bawanya juga Isya bersama sebagai teman.
“Cepat girl, naik kereta.” Ujar Iman. Seraya kemudian, dia menutupkan pintu untuk si comel, adiknya itu.
“Abang  Iman…Abang bila nak ada ehem..ehemm..” Farisya ceria dengan soalannya. Soalan ‘canggih’ untuk si abang yang ‘hensem’ yang sedang memandu di sebelah.
“Aii, kecik-kecik dah pandai ea. Cubit pipi tu baru tahu.” Farisya sudah ketawa. Memang budak sekarang sudah pandai bab-bab..ehem..ehem..ni. Jika zaman dulu, rasanya tak macam ni. Seingatnya, umurnya ketika sebaya Isya kini baru pandai membaca. Memang budak sekarang merentas zaman. Zaman dah berubah.
“Abangkan hensem..Takkan takde awek..”
“Isya janganlah beri soalan ‘canggih’ dekat abang. Awek…Awek..Pandai ea..”
“Alah biasalah tu…Kalau abang dah ada awek…Abang kahwin dengan dia..Nanti dia jadi kakak Isya…Best..”
“Isya ni mulut macam orang tualah. Isyakan kecik lagi. Tak baguslah cakap benda-benda macam ni.” Tegur Iman kepada adiknya.
“Alah..Kan betul Isya cakap.”
“Memanglah betul. Tapi, Isyakan kecil lagi. Tak sesuai cakap macam ni.”
“Opss..Sorry..” Farisya menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Iman tersenyum. Dia teringkatkan seseorang.
“Okeylah..Isya nak nyanyi. Boleh, kan?”
“Haa..Okey..Nyanyi cepat abang nak dengar.”
Isya menyanyi lagu ‘Senyum Seindah Suria.’ Iman turut sama melayan adiknya menyanyi lagu itu.
“Pandailah Isya nyanyi… Bagus adik abang ni.. Asyik nyanyi je. Cuba mengaji pulak. Dah pandai ngajikan.”
“Lom pandai sangat..Baru sampai surah Al-Kafirun.”
“Okeylah tu. Hafal tak?”
“Hafal. Ummi suruh hafal.”
“Hmm..Baguslah. Cuba baca. Abang nak dengar.”
Isya kemudian membacanya walaupun ada sedikit silap. Iman membetulkannya. “Sadaqallahulazim…”
“Baguslah adik abang ni. Pandai….” Puji Iman kepada Farisya sambil mengosok kepala adiknya itu.
“Abang nak pergi mana?” soal Farisya yang masih tidak tahu arah destinasi sebenar.
“Kita pergi dekat taman tu jelah.” Iman memberitahu.
“Okey..”
“Abang.. nak aiskrim…” Pinta Farisya tatkala melihat pak cik menjual aiskrim yang mengambil tempat di bawah sepohon pokok. Ting..Ting..Ting…Bunyi locengnya memanggil pelanggan.
“Okey. Jom.” Iman membeli dua batang aiskrim untuk dirinya dan Isya. Fikirannya kini dibayangi satu kisah. Tiba-tiba dia mengukir senyum sendiri..“Sarah.” Nama itu meniti di bibirnya. ‘Rasanya aku baru teringat tentang Sarah.’
“Haa..Siapa Sarah..Awek abang Iman ea…” Tegur Isya tiba-tiba. Pastinya dia mendengar bicara Iman.  “Cakap dekat ummi..abang ada awek…” Isya sudah bermainkan jari telujuknya di hadapan Iman.
“Hepp..Isya ni mulut kecohlah..”
“Abang malu ea..” Isya tetap pandai berkata-kata.
“E’eh dia ni. Mulut tu…Abang sumbat karang dengan aiskrim ni.”
Isya ketawa gembira. “Yeahh..Isya ada kakak ipar.” Farisya bersorak gembira.
“E’eh budak ni…” Iman menarik tocang adiknya. Sama seperti Ilham.
“Nanti nak cakap dekat ummilah. Abang ada awek…nama Sarah.” Farisya mengenakan abangnya.
“Budak kecik..Karang abang selotep terus je mulut tu, nak” Gurau Iman. “Kalau Isya cakap, abang tak nak geng dengan Isya. Padam muka.”
“Opss..Maafkan Isya.” Isya sudah menekup mulutnya.
‘Ah, itu gaya Sarah’. Iman masih mengingatinya.
“Isya janji tak beritahu ummi.” Isya mengangkat tangan sebagai janji.
Iman kian tersenyum.“Hmm..Bagus. Okey. Boleh jadi geng abang Iman.”
“Abang..Isya nak main gelongsor tu.”
“Okey, girl. Tapi, habiskan dulu aiskrimnya.”
Farisya gembira bermain. Iman pula menjadi pemerhati.
‘Sarah..’ Nama itu kini menemani hatinya.Iman tersenyum terkenangkan Sarah yang meneyeh aiskrim ke bajunya. ‘I-Man dan Sarah..Hihi..’
 ‘Alhamdulillah aku masih mengingati dia. Mungkinkah aku masih berpeluang bertemu dia lagi.’Iman kemudian turut bangkit dari tempatnya. Dia melayan kerenah Isya bermain.

LENA Iman terganggu.
“Iman…Mai…Mai..sarah…accident..”
“Mai..sarah dah takde, Iman. Dia dah pergi. Dia dah pergi tinggalkan kita semua.”            
“Sarah dah takde? Benarkan Sarah dah pergi tinggalkan aku. Tak mungkin…Tak mungkin….Sarah…tak boleh mati.Sarah tak mati. You tipu…”
“Tuhan lebih sayangkan dia, Iman.”
“Tak..Tak mungkin Sarah dah meninggal. Kenapa? Kenapa dia pergi dahulu dari aku? Kenapa?” Iman merintih sendiri dalam bayangan.
Iman tersedar dari igauannya.“Astaghfirullahalazim.”
Dia meraup muka kemudian memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.“Sarah?? Sarah dah meninggal? Betul ke?”
Iman kembali menenangkan diri. Dia berusaha mencari bayangan Sarah. Hadir diruang matanya wajah Sarah yang meneyeh ais krim ke bajunya.“Sarah dah meninggal ke? Tak mungkin Sarah meninggal.”
Iman terus beristighfar. Dia kemudian bangkit menghambakan diri kepada Allah. Biarlah hatinya menjadi tenang. Dia juga mengharapkan petunjuk yang Maha Kuasa.

SELEPAS memberi Tuah dan Jebat makan, Ilham masuk ke bilik perpustakaan mininya. Sekadar berehat mengulang baca komik yang sedia ada.
Sedang Ilham leka melayan bacaannya, Iman telah pun memboloskan diri masuk ke dalam bilik itu. Dia tahu, Ilham berada di situ.Pintu bilik segera di tutup.
Ilham terpaksa berbuat tidak tahu. Dia hanya mendiamkan diri dan terus menyelak helaian-helaian buku tersebut seperti biasa. Tiada sepatah bicara keluar dari mulutnya.
Iman pula mengambil sebuah majalah di rak dan duduk di sebuah sofa yang memang sedia ada di situ. Dia juga berbuat tidak tahu. Membuat hal sendiri. Sengaja mengikut rentak adiknya.
Ilham sempat menjeling abangnya. ‘Dah kenapa dia ni? Sibuk je port kat sini juga.’ Hanya itu yang terzahir dari kata hatinya. Dia masih belum mampu mendamaikan hati dengan Iman.
Sesekali Iman juga menjeling adiknya.Dia ingin melihat reaksi Ilham seterusnya. Dia hanya tersenyum di dalam hati. Dia tahu hati adiknya tidak keruan apabila dia ada di situ.Iman hanya membiarkan Ilham dengan caranya. Itu lebih baik.
Iman kini tersandar sambil memegang majalah. Namun, mindanya melayang. Dia teringat akan mimpinya tentang Sarah. Sarah dah meninggal. Apakah maksud mimpinya itu.
‘Mengapa aku merasa seakan pernah mengalaminya. Seolah-olah ia kejadian lalu. Adakah itu lintasan memori lalu.’ Iman menyoal dirinya sendiri.
Iman berusaha memusatkan mindanya pada kenangan lalu. Matanya dipejam rapat. Mindanya kembali ke relung masa lalu.
“Iman…Mai…Mai..sarah…accident..Mai..sarah dah takde, Iman. Dia dah pergi. Dia dah pergi tinggalkan kita semua.” Suara itu terngiang-ngiang di telinganya. Seseorang telah menyampaikan khabar itu.Gambaran yang diterima hanya samar-samar.
‘Subhanallah. Aku yakin. Aku pernah mengalaminya. Sarah dah meninggal. Ada orang sampaikan berita tu. Tapi, aku tak ingat siapa. Betul. Dahulu aku punya teman bernama Sarah. Astaghfirullahalazim…Rupanya banyak perkara yang baru aku ingat kini. Selama ini aku telah  kehilangan memori ini.’
“Sarah…” nama itu tiba-tiba meniti di bibir Iman.
 “Sarah??” Ilham terpana seketika apabila nama menjadi sebutan abangnya. Walaupun perlahan, telinga lintahnya mampu mendengar tahap frekuensi yang perlahan itu. Ditoleh abangnya yang masih tersandar keseorang di sofa empuk berwarna merah itu.
“Siapa Sarah??” Ilham mewujudkan persoalan sendiri. Tiba-tiba terasa ingin tahu. Suaranya terkeluar agak kuat menyebabkan Iman memandangnya. Dia terlupa akan Iman di situ.
“Am…”Panggil Iman.
Ilham segera menekup mulutnya.‘Hish..Time nilah tercakap kuat. ‘Ilham terus berbuat tidak tahu. Dia terus bangun dan melangkah pergi meninggalkan abangnya.
Iman sekadar tersenyum kelat. Ilham masih belum mahu berdamai dengannya. Dia juga akhirnya kembali ke biliknya. Dia mencari sesuatu.
‘Aku tahu tentang Sarah. Tapi, aku tak ingat akan wajah Sarah. Ya Allah. Bantulah hambaMu ini. Bantulah agar diri ini kembali mengingati apa yang telah hilang. Bantulah hambaMu ini agar diri  ini dapat melunasi janji dahulu yang mungkin pernah dijanjikan.’
Iman terus menyelongkar barang miliknya. Dia mencari album. Dia melihat pada sekeping gambar. Sayu. Terasa kelopak matanya bergenang air mata.  ‘Ku yakin..ini adalah Sarah.’ Iman terus menatap pada wajah seorang gadis. Wajah yang mulus tanpa solekan.
‘Ini Sarahku..Ini Sarahku…Ku yakin ini dia. Astaghfirullahalazim. Baru ku ingat kembali. Dia sudah tiada. Dia sudah pergi..Ya Allah…’
Gambar wajah itu dielus dengan jari. Air mata Iman jatuh ke pipi. ‘Ya Allah. Mengapa aku rasa sedih begini. Kenangan ini kembali membuatkan aku menangis. Ya Allah. Jangan biarkan diri ini kalah dengan perasaan ini,Ya Allah.’ Air mata Iman jatuh  lagi. Air matanya di seka. Perasaannya di tahan.
‘Ku redha dengan pemergiannya Ya Allah…Ku redha..Ya Allah. Ku mohon tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman. Biarlah rohnya aman di sana. Setelah sekian lama dia pergi Ya Allah…kini baru mengingatinya. Sarah…Maafkan Iman.’ Iman kembali menyeka air matanya yang jatuh.
Iman terkenang kembali di kala waktu dia memberikan cincin kepada Sarah. Lavender…Love Friend Forever…Cinta Sahabat Selamanya.
‘Dahulu, aku tak mampu mengucapkan kata cintaku pada kau Sarah. Sedangkan hati aku mencintai kau lebih dari seorang sahabat.’
Iman kini sudah mula bertenang. Gambar wajah itu masih menjadi tatapannya. ‘Mengapa semakin ku lihat ia seakan membawa wajah Sarah. Benar ia persis wajah Sarah. Sarah yang aku kenal sebelum ini. Ya            Allah..Wajah yang sama. Selama ingatan aku terlupa tentang Sarah, DIA telah menemukan aku dengan Sarah. Ya Allah..Hebat percaturanMu. Mungkin kerana itu hati aku selalu terasa berdebar apabila bertemu muka dengan Sarah. Mungkin pertemuan aku dengan Sarah adalah ditakdirkan. Subhanallah…’

“UMMI..Am takde awek ke ummi?” Iman cuba menyelongkar rahsia adiknya itu daripada ummi.
“Takdelah kut. Senyap je. Tapi sebelum ni, dia ada suka pada budak Maisarah tu.”
“Maisarah??”
“Hmm..Maisarah.Adalah kesnya dulu. Sejak kenal dengan Maisarah tu…Am memang banyak berubah. Macam dah jatuh cinta. Tapi tulah…Bukan jodoh.Maisarah tu, dah ada orang lain. Sekarang ni, dia orang kawan je. Yang Iman ni sibuk tanya, Iman apa cerita. Takkan takde lagi. Ke..nak suruh ummi je carikan.” Sofea Jasmin tersenyum memandang anaknya itu.
Iman hanya tertawa. “Taknaklah ummi. Iman tak nak fikir sangat pasal tu. Sekarang ni, Iman nak melepaskan rindu dengan semua orang dekat sini. Hmm…ummi. Budak Maisarah yang ummi cakap tu, ummi kenal ke?” Iman masih ingin mencari jawapan.
“Kenal. Am pernah bawak dia jumpa ummi dengan ayah.  Budaknya baik. Sopan je. Ummi pun berkenan. Tapi tulah. Takde rezeki nak jadi menantu ummi.”
“Ooo..”
“Ni, kenapa sibuk je tanya?”
            “Takdelah. Takde apa-apa. Saje nak tahu.” Iman hanya menguntum senyum.


 p/s : Sudi-sudikanlah memberi komen...Peace you!

3 comments:

  1. Hi Dear

    I like this story anyway... any update for now... am waiting

    ReplyDelete
  2. new n3 please..bla novel nk kuar?????

    ReplyDelete