Friday, 3 May 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 35


“UMMI..Iman rindu ummi. Iman nak balik pada ummi. Ummi..Ayah..maafkan Iman..Maafkan Iman…”
“Oii, kau. Bangunlah. Ngigau je.” Iman Ilyas sudah mengejutkan Iman.
Iman terjaga. Dia beristighfar sambil meraup mukanya yang berpeluh.
 “Aku..Aku dah ingat..Aku dah ingat..Imil..Aku dah ingat.” Ujar Iman kepada Iman Ilyas sambil memegang kepalanya.
“Apa yang kau ingat?”
“Ummi..Ayah..Adik aku..”
“Ye  ke? Alhamdulillah. Baguslah.” Iman Ilyas mengucap syukur.
Iman kini sudah dapat mengingati dirinya walaupun tidak sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, dia kembali mengingati keluarganya. Dirinya adalah Muhammad Iman Ahlam. Dia punya ummi bernama Sofea Jasmin.Punya ayah bernama Badrulhisham. Dia juga punya saudara kembar, Muhammad Aiman Ilham. Seingatnya dia juga punya seorang adik kecil namun dia tidak mengingati namanya.
“Ya, Allah. Syukur padaMu Ya Allah. Kini hambaMu ini telah mengingati diri ini kembali.” Iman meraupkan tangannya ke muka sebagai tanda kesyukuran.
Iman Ilyas melayan hati sendiri. ‘Ibu…Ayah..Adik..Ya Allah. Aku juga ridukan mereka. Dah lama aku tak berziarah ke pusara mereka. Adik…Aku masih tak tahu dia di mana. Entahkan hidup…Entahkan mati…’
“Esok Hari Ibu. Kau baliklah. Aku tahu mesti ummi kau suka.” Iman Ilyas mengukir senyum lalu beredar pergi.


Hari Ahad Minggu Ke-2 bulan Mei…Hari Ibu…
SOFEA JASMIN menuju ke pintu apabila mendengar loceng pagar berbunyi. Kelihatan seorang lelaki berdiri di hadapan pagar rumahnya.Lelaki itu datang bersama satu kotak bungkusan.
            “Ni ada bungkusan untuk puan.” Ujar lelaki itu seraya meyerahkan bungkusan tersebut. Berat juga rasanya. Dia tidak pasti apakah kandungan bungkusan tersebut.Dia masih tertanya-tanya siapakah pengirim bungkusan tersebut. Bungkusan itu segera di bawa masuk ke dalam rumah.
Selang beberapa waktu…
“Betul ke ni rumah kau?”
“Ye. In Sha Allah betul. Aku ingat. Aku takkan lupa. Ni rumah aku. Rumah nombor 7A, conner lot.”Ujar Iman yakin.
“Okeylah kalau macam tu.Sampaikan salam aku pada ummi kau ye. Kalau ada apa-apa rumah aku tu terbuka untuk kau.”
“Jomlah, masuk sama. Nak juga aku kenalkan kau pada dia orang.”
“Takpe..Kau je okey. Aku pun ada hal ni.Nak balik kampung ni.Nak ziarah mak dengan ayah aku juga.”
Iman mengangguk. “Okey, Imil.Kirim salam dekat mak dan ayah kau jugalah. Terima kasih sebab tolong aku. Jasamu ku kenang,” ujar Iman tanpa mengetahui hakikat yang sebenar bahawa kedua ibu dan ayah Iman Ilyas telah tiada.
“Takpe. Okey, bro.  Selamat kembali ke pangkuan keluarga.” Iman Ilyas kemudiannya terus meluncur pergi bersama keretanya.
Iman berdiri di depan pintu pagar. Bebola matanya tidak lari dari memandang rumah yang tersergam indah itu. “Ya Allah..Ini rumahku..” Dia kini mengusap pada nombor pada tembok batu pagar. 7A. Iya dia takkan lupa akan nombor itu. Dia akhirnya menitiskan air mata. Dia yakin itulah rumahnya. “Ya Allah. Ku bersyukur dengan nikmatmu. Kau memenuhi permintaan hati ini untuk kembali kepada keluargaku.”
Sofea Jasmin baru melabuhkan punggung ke sofa. Niatnya untuk membuka bungkusan yang baru diterimanya. Entah siapa yang bermimpi memberinya bungkusan itu, dia tidak tahu.
Ting..Tong..Ting..Tong…Loceng pagar berbunyi…
Di muka pintu, Sofea Jasmin memincingkan anak mata meneliti seraut wajah seorang lelaki yang sedang menanti di pintu pagar.  “Ya Allah..Apakah benar apa yang aku lihat ini…” Bungkusan yang dipegang terlepas ke lantai. “AllahuAkbar..” ucapnya. Dia kembali mengangkat bungkusan itu dan diletak di atas meja.
Dia berlari ke pintu pagar. Naluri keibuannya merasakan sesuatu.Begitu hebat debaran dadanya yang terasa kini. Dia yakin apa yang dilihatnya bukan hanya khayalan atau mimpi.
“Im..man…Iman…Dah balik..” Dia melaung kata dalam sebak di dada. Jernih air mata sudah terbit di kolam mata. Sebak benar-benar melanda jiwanya.
Iman terkaku di tempatnya. “Um..mi…” Panggil Iman dalam nada suara yang tertahan-tahan.
“Iman..Kau pulang nak…Kau dah balik…Ya Allah…”Suara sayu Sofea Jasmin meruntun hati Iman.
“Maafkan Iman, ummi…Maafkan Iman…”Pinta Iman seraya memeluk umminya, erat seakan tidak mahu melepaskan. Air matanya deras jatuh ke pipi. “Iman minta maaf ummi…Iman minta maaf.” Pintanya lagi.
Sofea Jasmin memeluk Iman dengan belaian kerinduan seorang ibu. Laju air matanya jatuh ke pipi apabila melihat Iman berada di hadapannya kini. Dia gembira. Terharu dan sedih. Penantiannya berakhir. “Syukur Ya Allah kerana KAU mendengar rintihan doaku.” Itulah permintaan hatinya. Dia terlalu berharap agar anaknya pulang kepadanya. Anaknya itu dipeluk cium dengan kasih. Dia rindu untuk memeluk anaknya itu. Air matanya kian lebat berguguran. Kerinduannya terubat kini.
“Abang…Isya…Am…Cepat sini. Tengok siapa balik ni!” Jerit Sofea Jasmin dari luar rumah. Tak sabar dia berkongsi kegembiraan itu. Itulah hadiah ‘Hari Ibu’ yang terbesar buat dirinya.
Badrulhisham yang berada di belakang rumah mendengar sayup-sayup suara jeritan itu segera keluar ke hadapan. Farisya pula yang tika itu sedang leka bermain bersama Tuah dan Jebat, berlari mendapatkan umminya. Dia melihat umminya bersama seorang lelaki.
 “Isya..Ni abang Iman kamu,” ujar Sofea Jasmin sambil menyeka air matanya dengan hujung jari.Farisya menyambut huluran salam dan ciuman dari lelaki itu. Oh, itulah rupanya abang Iman. Memang dia sering mendengar nama itu dari mulut umminya.
Badrulhisham juga sudah mengalir air mata dengan kepulangan anaknya itu.Wajahnya terpamer kegembiraan. Anaknya yang dikejauhan dan menyepi diri itu kini telah pulang. Doanya selama ini dimakbulkan. Iman akhirnya balik kepangkuan. Tentang pengajian Iman, rasanya tidak perlu dia berbicara sekarang. Apa yang penting anaknya kembali bersamanya. Hajatnya biarlah dia dapat menutup mata dengan anak-anak di sisi. “Iman…Ayah rindukan kau, nak.”
Pelukan Iman kini beralih kepada ayahnya. “Maafkan Iman ayah…Maafkan Iman…” Air matanya terus gugur.
“Am mana ummi…?”
“Ada dekat bilik agaknya. Biar ummi panggil.”
Ilham mendengar laungan itu. Dia hanya mendiam diri. Sebenarnya dia sudah melihat gerangan siapakah yang pulang.
Seketika tadi, sewaktu pengirim bungkusan hadir di pintu pagar juga dia melihatnya dari jendela biliknya. Kehadiran pengirim bungkusan itu memang dinantikan. Tidak sabar untuk melihat kegembiraan umminya menerima hadiah pemberiannya. Hadiah Hari Ibu.Namun, kegembiraannya mati apabila Iman telah muncul di rumah itu. Dia tahu, ummi pasti akan lebih gembira dengan kehadiran Iman. Ya..Iman telah balik ke rumah, dan hadiahnya pemberiannya pasti tidak dilihat oleh ummi. Pasti umminya belum sempat untuk membuka bungkusan hadiah itu.
Ilham berkecil hati sendiri. Entah mengapa hatinya tiba-tiba jadi marah dengan Iman. Kehadiran Iman seakan membakar hatinya. Hatinya seakan tidak merelakan kehadiran Iman di rumah itu. Sebenarnya, hatinya juga merindukan Iman. Jiwanya dengan Iman seakan satu. Tak mungkin dia tidak mempunyai perasaan itu. Tetapi….
“Am..Tengok ni siapa balik.” Jerit Sofea Jasmin lagi. Ilham dengan rasa malas, bangun menuju ke pintu. Terpaksa juga digagahkan kakinya turun ke bawah demi ummi. Dia terasa syahdu mendengar suara kegembiraan ummi.
Ilham turun meniti anak tangga. Sejurus itu pandangannya jatuh pada sebuah bungkusan di atas meja yang masih belum tersentuh. Nampaknya ummi masih belum sempat membuka hadiah pemberiannya. Sedih. Dia sebak dan berkecil hati sendiri. Dia tahu kepulangan Iman lebih bermakna daripada pemberiannya itu. Apalah sangat hadiah itu berbanding kepulangan Iman. Memang dia terpaksa mengakuinya. Terpaksa.
Ilham mengalihkan pandangan pada kegembiraan wajah ummi. Ummi memang gembira hari ini. Mungkin kepulangan Iman adalah hadiah Hari Ibu yang paling besar dan paling istimewa dalam hidup ummi. Tak mungkin dia menyalahkan umminya. Ummi berhak mendapat kegembiraan itu. Ilham membuang rasa kecil hati terhadap umminya.
Ilham mengukir memandang wajah Iman.
“Am…” Wajah Iman  ceria menyapa adiknya itu. “Am …kembar aku. Hensem kau sekarang.”
“Kau apa kurangnya.”
Mereka saling menumbuk bahu. Itulah simbolik jalinan kemesraan mereka.
Sebenarnya, keceriaan wajah Ilham hanya mengaburi mata Iman, ummi dan yang lainnya.  Dia sebenarnya bukan tidak suka dengan kehadiran Iman, tetapi ada sebab yang membuatkan dia marah dengan abangnya itu. Rasa marah itu terpedam di hati.
 Iman telah lama pulang, tetapi mengapa dia tidak terus sahaja pulang ke rumah. Mengapa dia perlu menunggu ‘hari ini’ untuk pulang ke rumah. Mengapa? Sedangkan dua minggu lalu sewaktu dia mencari hadiah untuk umminya, dia telah melihat abangnya itu. Tidak mungkin itu orang lain. Detik hatinya begitu yakin. Tidak sedarkah abangnya bahawa ummi telah lama menunggu? Mengapa perlu dia menunggu hari ini, baru dia ingin menunjukkan diri. Mengapa? Ilham tidak faham. Dan dia juga sengaja untuk tidak mahu memahaminya.
“Aku kena pergi oficce ni. Ada kerja.” Ilham memberitahu. Buat masa ini dia belum mampu untuk berhadapan dengan abangnya itu dengan kemseraan seperti dahulu. Apa yang dilihat sekarang hanya kepura-puraan. Hatinya masih belum mahu menerima. Terasa sakit.
“Aik, kan hari ni cuti.” Ujar Sofea Jasmin.
“Ada kerja sikit, ummi. Nak kejar dateline.” Ilham membalas kata. Malas untuk berbicara lebih panjang. Dia kemudian terus menuju ke muka pintu. Menyarung selipar dan menaiki kereta Myvi putihnya. Dia terus memandu ke pejabatnya. Biarlah dia menyibukkan diri dengan kerjanya. Itu lebih menenangkan hatinya. Soal ummi…Hari Ibu….Hmmm..Rasanya ummi memang sangat gembira hari ini. Dia tidak perlu risau. Kegembiraan wajah ummi dapat dilihat sejak kepulangan Iman beberapa detik lalu.
Sofea Jasmin sibuk memasak di dapur. Hari ini dia akan memasak sesuatu yang istimewa untuk anaknya itu. Sementara itu, Iman senang berbual dan bercerita dengan ayahnya. Dalam masa yang sama juga Iman senang melayan keletah adiknya, Farisya. Seketika dahulu, seingatnya adiknya itu terlalu kecil, masih merangkak. Sekarang, sudah besar dan petah pula berkata-kata.
            Sofea Jasmin hampir terlupa dengan bungkusan yang diterimanya tadi. Dia terleka kerana sibuk dengan kepulangan Iman.
“Siapa kasi tu yang?” tanya Badrulhisham.
“Entahlah, bang. Belum buka pun lagi ni. Dah terlupa sebab Iman balik tadi.” Bungkusan tersebut akhirnya dibuka dengan hati-hati. Terkejut juga Sofea Jasmin melihat isi bungkusan tersebut. Sepasu bunga kristal bewarna ungu, seakan kuntuman bunga Lavender. Ia dikeluarkan dari kotak. Sofea Jasmin masih tercari-cari nama pengirim barang tersebut. Terasa dirinya begitu istimewa di hari ini. Sekeping kad berwarna ungu lembut di sisipkan di celahan bunga tersebut.
Happy Mother’s Day
Love you UMMI

“Hadiah ni, Iman yang beri ke?” soal Sofea Jasmin.
“Taklah ummi. Kenapa ummi?”soal Iman kembali.
“Oh..Taklah. Ummi ingat Iman yang beri pada ummi.” Dia sudah tersenyum. Sudah pastinya ia adalah pemberian Ilham. Cantik. Sofea Jasmin terus membelek-belek hadiah yang diterimanya itu. Hatinya sedikit terusik apabila melihat badan pasu itu yang retak. Ia pasti akibat terjatuh tadi.
Sementara itu di pejabat….
Ilham termenung di depan PCnya. Fikirannya melayang. Memang dia ada kerja yang harus dibereskan. Namun bukanlah tugasan urgent. Sebenarnya tadi dia hanya memberi alasan. Dia masih tidak boleh berhadapan dengan Iman. Dia makan hati. Merajuk.
Ilham tersandar dikerusi empuknya. Dia ditemani lagu-lagu kegemarannya dengan earphone terpasang di telinga. Sekurang-kurangnya kekecewaan hatinya dapat dilupakan.Dia mencari semangat sendiri. Moodnya yang tidak berapa baik itu harus dihapuskan daripada terus membelenggu dirinya.
Tanganya ringan melakar sesuatu di Wacom. Lakaran lukisannya terpapar di skrin Adobe Flash Professional, iaitu perisian khas untuk menghasilkan animasi dan multimedia. Dia mula khusyuk membuat kerjanya. Mudah sahaja dia melakar sesuatu disamping jari-jemarinya pantas menekan kepada shortform di papan kekunci komputer untuk memudahkan tugasannya. Kelihatannya sungguh profesional.
Dalam pada itu, telefon bimbitnya di atas meja berbunyi dan bergetar.
Sekilas matanya menoleh. Nama ‘MySarahku’ tertera di skrin. Dia tersenyum. “Hai, apa mimpi awek kedekut kredit ni telefon aku.”
“Assalamualaikum.” Suara Maisarah yang ceria bergetar di gegendang telinganya.
“Waalaikumsalam, cik puteri Sarahku. Ada apa?” Ilham gembira melayan empunya diri.
Happy Brother’s Day..Encik Aiman Ilhamku..” Maisarah bergurau mesra.
“Alolo…Comelnya bunyi. Ngigau ke apa. Mana ada Hari Abang Sedunia, Sarahku oii. Kau nak aku jadi abang kau ke? Abang yang macam mana tu. Yang abang versi biasa ke..atau yang versi ehem..ehem…” Ilham bergurau bicara. Biasalah, kalau dengan Maisarah mesti dia ada idea nak menyakat. Sekurang-kurangnya, hati yang yang kecewa terubat.
Maisarah dihujung talian hanya ketawa. “Kau jangan nak perasan ea.”
“Alah, gurau je. Ni apa mimpi telefon ni. Banyak pulak kredit.” Ilham menyandarkan badan dikerusi. 
“Aii, sempat perli aku ea. Saje jelah. Hmmm..Macam mana dengan hadiah untuk ummi kau tu. Dah sampai ke? Ummi kau cakap apa? Mesti dia seronok, kan.” Maisarah menyibuk ingin tahu. Seketika tadi dia baru berbual dengan emaknya di telefon. Hadiah pemberiannya telah sampai. Semalam lagi sudah sampai. Lama juga dia berborak dengan emaknya tadi. Kemudian, terbit pula rasa di hati untuk menghubungi Ilham.
“Hmmm..Aku tak tahulah. Aku kat oficce ni. Harapnya ummi sukalah.” Ilham menjawab tenang. Kedengarannya ceria. Namun, rasa hatinya Maisarah tidak tahu.
“Oh, ye ke. Hari Ahad pun kerja ke. Rajin betullah kau ni. Okeylah tak nak kacau. Nanti kirim salam pada ummi ye. Cakap pada ummi, Selamat Hari Ibu. Okey, aku nak cakap tu je.” Ujar Maisarah.
“Ek’eleh. Nak cakap tu je. Kau ni memang kedekut kreditlah Mai.”
“Eh, untung aku telefon kau tau. Kalau tau tadi aku tak telefon. Membazirkan kredit aku je.”
“E’eh, tuan puteri sorang ni. Kredit baru luak berapa sen dah berkira.”
Maisarah hanya ketawa.
“Mai, kejap. Aku pun nak wish dekat kau juga. Happy Mother’s Day for the future.”
“Uit, belum kahwin. Belum ada anak. Macam mana nak jadi mak budak.”
“Aku wish je dulu. Nak jadi orang yang pertama wish untuk kau.” Ilham ketawa.
“Sengallah kau, Am. Dah. Kredit dah nak habis ni.”
“Uit, kedekut.”
“Ehem…Jimat. Kau jangan salah statement tu.”
“Iyelah cik puteri Sarahku,oii.”
Mereka berbalas ucapan salam sebelum mematikan talian. Ilham tersenyum mengenangkan Maisarah. Ceria juga hatinya walaupun untuk seketika. Dia kemudian termenung. Dia terfikir tentang Iman. Bagaimana dia akan berhadapan dengan abangnya itu.Dia tidak dapat menipu hatinya sendiri. Dia masih marah pada Iman walhal dia tidak tahu atas alasan abang abangnya berbuat demikian.



 p/s .Terima kasih kerana sudi membaca...Kalau sudi berikan komen ye..







2 comments:

  1. Hi Isme,

    The story is nice and intersting, pls upload the next port as soo as possible. Tak sabar la..

    thx frd
    Saluja

    ReplyDelete
  2. Hi, Saluja..
    Thanks for your comment.
    Thanks bcoz follow my story..
    Okey...Maybe next time ye...

    TQVM

    ReplyDelete