Saturday, 20 April 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 34



“KAU okey tak ni.Termenung je aku tengok.” Ujar Imaan Ilyas seraya maenghulurkan sebiji epal merah kepada Iman.
“Okey.”
“Cara jawab tu macam tak okey je. Kepala kau sakit lagi tak. Aku dah buat appointment dengan doktor. Lusa aku hantar kau.” Ujar Iman Ilyas lalu melabuhkan punggung di sofa. Butang kawalan jauh televisyen di tekan. Dia mencari saluran yang menepati citarasa untuk di tonton.
Iman mengangguk.
“Apa yang kau dah dapat ingat sekarang ni?” tanya Iman Ilyas sambil matanya menonton rancangan permaian Jepun –Bazuke. Mulutnya masih mengunyah epal merah.
Iman menggeleng. Epal di tangan digigit dan dinikmati.
“Tak mengapa. Slow..slow. Benda macam ni tak boleh dipaksa. Lintasan memori tu, In Shaa ALLAH akan datang. Ia takkan datang sekali gus.Doktor kata kepala kau terhentak sebelum ni. Tu yang memori kau ada yang hilang. Senang kata hilang ingatanlah.”
Iman hanya mengangguk.
“Esok kita keluar, jom. Ambil angin luar. Bolehlah refresh otak kau tu.Taklah kau nak terkurung je dekat dalam rumah ni.” Saran Iman Ilyas.
Iman menyatakan persetujuan.
“Mil..Sejak kau kerja ni, aku tengok kau macam lain macamlah.”
“Lain macam. Maksud kau?”
“Aku selalu nampak kau ni tersenyum sorang-sorang. Kenapa? Kau memang ada ‘penyakit’ tu ke?”
“Weii..Kau nak cakap aku gila ke? Kau nampak ni?” Iman Ilyas sudah menunjukkan buku limanya.
Iman tergelak.
“Takdelah…Aku ni tersenyum sebab seseorang.”
“Seseorang. Wah…Awek ke?”
“Taklah. Tapi, tak tahulah pulak kalau next time jadi awek aku, kan.” Iman Ilyas tergelak sendiri.
“Poyo je kau ni. Cuba cerita sikit. Aku nak dengar.”
“Kat opis aku ada sorang budak perempuan ni tau. Apa yang aku suka, dia ni sweet. Pandai pulak tu buat lawak.” Iman Ilyas sudah tersenyum “Ada ke patut, aku suruh hantar report kat aku dia pergi hantar dokumen P & C dia yang berjela-jela panjangnya. Kau tahu dia hantar apa?”
Iman menggeleng.
“Dia hantar novel cinta kat aku. Nak tergelak aku. Aku pun baca jelah…Tersenyum-senyum juga aku baca. Aku rasa dia ni suka menulis kut. Tulah agaknya mamai. Tak pasal-pasal aku baca novel free. Macam tahu-tahu pulak aku ni suka baca novel. Tapi cerita dia tak siap lagi. Tajuk pun takde lagi.” Iman Ilyas tergelak lagi. “Lepas tu melatah pulak tu. Tak boleh blah. Tu yang aku suka tu.”
Iman turut tergelak. “Patutlah kau asyik tersenyum je sekarang ni. Okey..Okey…Bravo.”
Pada waktu yang sama…
Maisarah tersedak. ‘Aii, asyik tersedak je ni. Siapa pulak yang sebut. Mak aku ke? Abah? Hmm..Am kut? Iman Ahlam…Tak mungkin. Entah-entah, encik Iman. Mesti tengah mengumpat aku yang tersalah send dokumen hari tu.Yuckkk..Eii..Tension betullah. Macam manalah aku boleh mamai. Eii..Tak suka..Tak suka..’
“MAI…Temankan aku keluar boleh tak?” Suara Ilham memecah gegendang telinga Maisarah. Suara di hujung talian itu kedengaran ceria.
“Aii..Macam pelik je ayat kau. Kenapa tiba-tiba nak ajak aku teman kau pulak ni. Eh, kau. Kau dah balik sini ea, Am.” Maisarah baru tersedar.Dia juga rasa teruja.
“A’ah. Aku dah balik sini semalam. Tu yang nak ajak kau keluar. Saje. Nak dating dengan kau. Rindu.”
“Eh, tak nak aku. Pergi ajelah sorang-sorang.” Maisarah membalas ceria.Sengaja juga dia bergurau.
“Eh, sampai hati kau cakap macam tu. Tahulah kau tak suka aku. Aku sedarlah aku ni siapa. Jomlah, ajak Aina sekali.”
“Aina takdelah. Dia balik kampung.”
“Laa..ye ke. Jomlah. Ajaklah siapa-siapa pun. Aku tengah on the way ni.”
“Kau ni pun. Ngada-ngada. Nanti aku tanya housemate aku. Itupun kalau dia nak. Kalau dia nak, aku pergi. Kalau dia taknak, aku pun tak nak pergi.Nanti aku telefon kau semula.”
“Okey..okey.” Ilham mematikan talian.
“Aku okey je.” Ziha yang pada waktu sedang menyisir rambut segera menjawab. Dia baru sahaja selesai mandi. Dia dapat mendengar perbualan Maisarah sebentar tadi. Hmm..Memang dasar telinga lintah minah ni.
“Aik, aku belum tanya dah jawab okey. Nampak gayanya aku memang kena pergilah.”
Ziha hanya ketawa. Dia memang pantang kalau dapat peluang berjalan mencuci mata. Memang laju. Confirm okey jawapannya.“Pakwe kau yang mana nak ajak keluar ni? Mamat buluh perindu ek? Ke supoerhero I-Man?” soal Ziha sambil mengulum senyum kambing.
“Apa hal pulak pakwe aku.” Maisarah membalas kata.
“Alah, tak kisahlah siapa. Aku tahu bukan hero kau. Tapi, dia ni mamat kereta Myvi putih tu kan. Yang suara dia ala-ala buluh perindu tu kan. Perghh…Tak sabar aku nak jumpa.Namanya Aiman Ilham, kan.” Ziha sedikit teruja. Dia yakin itulah lelaki yang menghubungi temannya itu.
“Perghh..Lain macam je kau ni. Kau nak ngurat dia ek. Okey. No hal. Dia pun single je tu.” Maisarah memberi green light.
“Kau tak kisah ke?”
“Aku memang tak kisah. Macam Aiman tak kisah juga.” Ujar Maisarah sambil mencari-cari baju di almarinya. Blouse biru menjadi pilihannya.
“Aku saja jelah Mai, oii. Karang kalau tunang aku tau, naya aku. Selama ni aku ‘skodeng’ je kat tingkap. Tu pun dah berkurun lama. Hari ni aku nak tengok live.” Ziha sudah ketawa.
“Apa-apa jelah kau ni Zi. Kau mesti terkejut tengok dia. Muka dia macam Baim Wong, Sweet. Ada lesung pipit lagi.” Maisarah memberi gambaran. Tangannya terus sibuk menyeterika baju beralaskan kain selimut.
“Owh, ye ke. Hensem tu wei. Kenapa kau tak suka dia ek?” soal Ziha.
“Ada ke aku cakap tak suka?” Maisarah membalas kata.
“Owh, kau memang suka dia ye.”
“Yelah... Sebagai kawan je. Kenapa? Kau ingat kalau kata suka tu mesti kena bercinta ke? Apalah kau ni. Dia tu okey. Cuma fi’il dia tu suka sangat nak sakat aku. Kadang tension tu. Geram pun ada.”
“Alolo…Biasalah tu. Dia tu nak nguratkau. Memanglah macam tu. Kau tak ingat ke ‘hero I-Man’ nak ngurat kau. Macam tu jugalah. ” Ziha sudah ketawa. Maisarah pula hanya tersenyum.
“Apahal tetiba ‘si hero’ tu pulak yang kau sebut. Sekarang ni dia tak muncul pulak,kan.”
“Aii, sedih pulak. Rindu ke?”
“Eh, takdelah.Dah…Dah..Tak payah cerita pasal dia. Takde kena mengena dengan aku pun.”
“Okey..Okey..”
Maisarah mengelamun sendiri. Sebenarnya, teringat juga dirinya akan I-Man. Lelaki yang membawa angin rindunya pada Iman Ahlam. ‘Titipan terakhir dia tu..Pelik. Dah dekat sebulan dia tak muncul. Agaknya apa yang berlaku pada dia? Aku sangat berharap agar suatu hari aku berjumpa dengan dia.’ Maisarah menggeleng kepala. ‘Astaghfirullahalazim, aku ni. Melayang je fikiran.’
Tidak lama kemudian, telefon bimbit Maisarah berbunyi. Ilham sudah menanti.
“Okey, sekejap lagi aku turun. Aku tunggu kawan aku ni.” Maisarah mematikan talian.Dia memang sudah siap. Simple sahaja penampilannya seperti selalu. Si Ziha..biasalah nak make-up itu ini.
Ilham meleret senyum sewaktu melihat Maisarah datang mendapatkannya. Rindu benar dia pada wajah itu. “Hai, kawan aku sorang ni. Makin comel pulak.” Puji Ilham.
“Alolo..kau. Jangan nak kelentong aku. Bukan dah bertahun tak jumpa,” balas Maisarah seraya ketawa. “Am..ni ha kawan aku, Ziha.”
“Zi, ni Am yang kau nak kenal sangat tu. Yang kau kata suara buluh perindu tu.”Maisarah memperkenalkan sesama mereka.
“Weh, Mai. Janganlah cakap depan dia macam tu. Malu aku.” Ziha menyiku lengan Maisarah. Maisarah hanya menguntum senyum semanis wajah. Suka dia mengenakan temannya itu.
Ilham hanya ketawa. Ada juga yang memujinya begitu. Kelakar pula rasanya.
“Nama penuhnya, siapa?” tanya Ilham kepada Maisarah.
“Sibuk betul nak tahu nama penuh orang. Nama dia Fatiha Naziha. Kau ni.. semua nak tahu. Pelik betul aku. Kenapa?”
“Saja. Suka nak tahu nama penuh orang. Best..best namanya. Kadang-kadang panjang berjela. Tapi panggillnya pendek je. Macam kau jugak. Lagi-lagi perempuan.”
“Haloo…Cakap nama perempuan panjang konon. Nama sendiri tak sedar.” Maisarah memulang kata.
“Takdelah. Memanglah. Masalahnya, kalau nama perempuan ni, kesian nanti dekat bakal suami nak menyebut masa akad nikah, tak gitu. Aku terima nikahnya Izzati Nur Maisarah…..”
“Wei..Tu akad apa tu…”
“Demo jelah. Wali, tok  kadi dengan saksi takde pun kat depan ni. Kalau tak, satu lafaz je dah.”
“Dah. Jangan nak mengarut ea. Ni aku tak suka ni. Balik sini je cari pasal.Dua bulan kau takde, aman aku tau tak.” Maisarah mencebik.
“Tau. Kau memang tak suka aku, memang macam tu. Cuba kau suka aku.Sebulan tu mesti terasa bagai setahun lamanya. Rindu-merindu. Macam dekat orang tu…” Ilham ketawa sendiri. “Mengarut pulak aku ni. Ni terjangkit kaulah ni. Suka cakap benda yang tak berfaedah. Eh..Kawan kau ni tadi siapa nama. Lupa dah aku.”
“Ziha.” Maisarah mengingatkan kembali.                                                                              
“Ziha. Okey. Sorry Ziha. Datang-datang, aku ni bikin ribut aja deh.” Ilham sengaja meniru gaya bahasa negara seberang. “Single ke?” soalnya.
“Dia ni dah bertunang tau.” Laju saja Maisarah menutur kata bagi pihak Ziha.
Ilham hanya mengulum senyum. Ni mesti takut aku nak ngurat kawan dia tu. ‘Hmm..hati aku tetap pada kau Mai. Kau tu je yang tak tahu.’ Ilham berbisik dengan hati sendiri.
“Eh, lajunya kau cakap aku dah bertunang. Macam tak kasi chance aku nak ngurat je. Ha.ha..Kau jealous ek.” Ziha sempat membisikkan sesuatu ke telinga Maisarah. Ilham tidak mendengar kerana pada waktu itu dia sedang berjalan menuju ke tempat duduk pemandu.
“Takdenya aku nak jealous, weh.”
Mereka akhirnya masuk ke perut kereta milik Ilham. Ilham terus memandu keretanya ke tempat yang ingin di tuju. Maisarah tidak tahu ke manakah destinasi itu kerana Ilham tidak memberitahu walaupun sudah beberapakali Maisarah bertanyakan tentang itu. Hmmm…Ikut je lah.
“Kau ke sini nak cari apa Am?”
“Cari hadiah untuk seseorang.”
“Untuk awek ek..”
“Taklah. Aku mana ada awek. Kau..tu la….Ehhh..takdelah. Aku nak cari hadiah untuk ummi aku.” Ilham tidak menghabiskan ayatnya tadi.
“Birthday ummi ke?”
“Taklah. Aku nak kasi untuk Hari Ibu nanti.”
Maisarah mengangguk dan tersenyum. Hmm…Memang Ilham anak yang baik. Dia sendiri terlupa akan tarikh penting itu. Alang-alang dah keluar ni, bolehlah dia belikan sesuatu untuk ibunya juga. Hmm..nak beli hadiah apa ek…
Ilham menuju ke sebuah kedai yang menjual barangan kristal.Dia berjalan melihat aneka kristal yang menjadi hidangan mata. Memang cantik-cantik belaka. Harganya pun ‘cantik’ juga.
“Fuyoooo. Cantiknya. Kalau ada orang nak kasi benda macam ni mesti aku terima je, Mai.” Ziha excited dalam kata. Memang rambang mata melihat pelbagai hiasan kristal yang indah terpamer di situ.
“Hmm..Kau tu memang. Materialistik. Beli tak nak. Tau nak ada orang kasi je.” Maisarah memerli Ziha di sebelahnya.
“Apa yang materialistiknya. Kau ni pun. Aku cakap je. Kalau aku ada duit, confirm aku tak suruh orang belikan.” Ziha membalas kata Maisarah.
Mereka terus berjalan melihat itu dan ini. Maisarah memandang Ilham. Lelaki itu sudah berdiri di hadapan deretan bunga kristal ala-ala bonsai. Nampaknya Ilham berminatdengan bunga kristal itu. Perhatiannya jatuh kepada bunga kristal bewarna purple, ala-ala bunga lavender. Maisarah datang menghampiri. Ziha dibiarkan keseorangan melayan diri sendiri.
“Kau nak beli yang ni ke Am?”
“A’ah. Cantik tak?” tanya Ilham meminta pendapat.
“Cantik. Memang cantik. Ummi kau suka barang kristal ke?”
“A’ah. Aku tahu ummi aku suka barang-barang macam ni, sebab tu aku nak beli. Dulu aku beli pasu. Konon nak kasi masa birthday, tapi… masa tu barang tu dah berderai dah. Ingat tak, masa kita ‘accident’ dulu tu. Hmm..masa tulah. Sebab tu aku geram sangat dengan kau masa tu.”
“Oh, ye ke. Sorry.” Pinta Maisarah.
Ilham hanya tersenyum.
“Tulah, kan. Kalau tak pasal kristal accident tu, kita tak kenal pun sekarang ni.”
Mereka berdua ketawa mengenang kisah lalu. Hmm..Bila diingat balik memang kelakar pula rasanya. Tapi sebenarnya kisah itu juga membuatkan ada hati yang terluka dan menangis.
“Ehemmm..ehemm..”Ziha olok-olok membetulkan suaranya. Kemudian terbatuk-batuk pula. Hmmm..dah memang namanya Fatiha Naziha, macam tulah gayanya. Nampaknya rahsia Maisarah yang menjadi tanda tanya selama ini dah terbongkar.
“Ha..Ha…Kantoi. Rupa-rupanya itulah kisahnya. Perghhh..Sadis habis.” Ziha sudah ketawa. Selamba sahaja dia bercakap di hadapan Ilham. Memang tak pandai nak cover.
Maisarah sudah membuat muka. Geram juga rasanya. Bengang pun ada juga. Tapi, si Ilham tetap relax dan cool.Dia hanya ketawa.
Ilham membuat bayaran ke atas barang tersebut. Dia juga meminta barangnya itu di hantar ke rumah pada hari yang ditetapkan. Surprise untuk umminya.
“Mai...kau nak beli apa untuk mak kau?” tanya Ziha sambil berjalan mengiringi langkah Maisarah. Ilham pula membuntuti langkah mereka lambat-lambat.
“Aku plan nak belikan mak aku bajulah. Aku pun nak post jugalah. Baru rasa surprise.”
“Aku pun nak jugalah.”Ziha akhirnya memutus kata.
Mereka memilih baju. Tengok warna, tengok design..tengok harga. Hmm..semua cantik. Harga pun, bolehlah. Berkemampuan.
“Aaa..Yang tu..” Maisarah menuju ke sasaran. Begitu juga Ilham.
“Ye.. itu dia.” Suara Maisarah terjerit excited.
Ilham dan Maisarah sampai ke sasaran.
Mereka saling memandang. Tangan mereka sudah memegang baju yang sama. Nampaknya citarasa Ilham sama dengan Maisarah. Dan..dan je sama.
“Aku ‘copp’ dulu.” Maisarah mengucap kata. Sedikit terjerit suaranya.
“Uit..senyap sikitlah. Macam budak-budak je kau ni.” Tegur Ziha. Bengang juga Ziha apabila Maisarah begitu. Bukannya apa, ramai orang dekat situ. Controllah sikit.
Sorry.”Maisarah malu sendiri.
“Am, aku ‘copp’ dulu tau.”
“Ambiklah. Aku bukan nak beli pun. Aku nak tolong kau pilih je. Tak sangka samalah pulak. Kau ni..memang macam budak tak matang je.”Ilham sudah ketawa.
Maisarah mencebik bibir. Hampeh.
            Selepas selesai membeli barang, Ilham mengajak mereka berdua makan. Biasalah, siapa yang ajak dialah yang kena belanja. Pizza Hut je. Okeylah tu.
Sementara itu…
“I-Man…Tolong aku boleh?”
“Hmm..Tolong apa.”
“Kau rasa kalau nak kasi perempuan barang, kasi apa yang best ea.”
“Ehem..Ehem..” Iman sudah tersengih.
Dusshh..
Iman Ilyas sudah menumbuk belakang Iman.
“Adoii..Sakitlah..Janganlah ganas sangat.”
“Tanda kemesraan okey.”
“Hoho..Yelah tu..Dahlah ehem..ehem..” Iman masih mengusik.
“Apa kau..Ehemm..Ehemmm..Nak kena lagi ke?”
“Rileks,bro. Sakit tekaklah.” Iman kemudian terbatuk-batuk. “Haa..Tengok. Dah batuk-batuk dah.”
“Iyelah tu..”
“Hmm..Kau nak kasi awek yang dekat opis tu ke?” 
“Taklah..Saje je beli. Nak kasi adik angkat aku.”
“Ye ke? Macam tak percaya je.”
“Betullah.” Iman Ilyas menjawab serius.
“Okey..Okey..” Iman masih tersenyum-senyum.
“Eh, apa kau senyum-senyum.”
“Aii. Nak senyum pun tak boleh. Hmm..Kasi tudung okey gak kut. Muslimah sikit. Tak pun pashmina tu. Sekarang ni trend kut.”
“Oh ye ke…Kau pilihkan. Aku tak retilah bab-bab ni. Dua helai tau.”
“Apa susah. Ambil ajelah.”
“Takpe..Kau pilih.Aku tak retilah.”
Setelah membeli, mereka menyinggah membeli barang lain.
            “Kau tengok apa, bro?” soal Iman Ilyas tatkala melihat Iman seakan melihat seseorang. Namun dia tidak tahu siapa gerangan orang yang di lihat kerana begitu ramai orang di situ.
            Iman hanya menjongket bahu. Dia hanya mengukir senyum tawar. Kemudian terus berjalan. Iman Ilyas juga terus berlalu pergi membuntuti langkah Iman yang sudah agak jauh meninggalkannya.Namun, kemudian dia menghentikan langkah. Retina matanya terperasankan seseorang.
            ‘Macam…Maisarah je tu. Dia dengan boyfriend dia ke?’bisik hati kecil Iman Ilyas.
            Iman Ilyas kini melihat akan pashmina yang baru dibeli tadi. Terasa kecewa juga hatinya.Sememangnya, dia ingin memberikan pashmina itu kepada Maisarah. Dia hanya mampu melepaskan nafas kasar dan kembali berjalan mendapatkan Iman yang sudah jauh ke hadapan.
Pandangan mata Ilham tiba-tiba menangkap kepada satu susuk tubuh seseorang. Dia cuba mengamati susuk tubuh dan raut wajah orang itu walau tidak jelas.
            “Korang tunggu sini jap. Aku ada hal. Jap lagi aku datang balik.” Ilham mematikan perbualan Maisarah dan Ziha. Ilham terus bangun dan mengatur langkah. Dia mencari sasarannya.
Selang beberapa waktu, dia datang kembali kepada Maisarah dan Ziha.
“Kenapa Am?” Soal Maisarah sekadar mengambil tahu. Seketika tadi, dia nampak riak wajah Ilham yang agak kelat. Jarang dia lihat Ilham begitu.
“Takde apa-apalah. Ada hal sikit je. Don’t worry.” Ilham menjawab sekadarnya. Dia kembali tersenyum. Sebenarnya hanya mengaburi pandangan Maisarah dan Ziha.
Maisarah memandang Ilham. Masih mengharapkan jawapan.
Ilham hanya menggeleng kepala.
Maisarah melihat sekitar. Cuba mencari ‘sesuatu.’ Sesuatu yang dicari Ilham tadi. Namun, di kala ini detak jantungnya terasa berdebar.
Sewaktu di parkir kereta…
Perasaan Maisarah masih berdebar. Dia sendiri tidak suka akan ‘rasa’ itu. Terasa menyesakkan dada.
Dia kini masuk ke perut kereta milik Ilham.Tanpa sengaja dia menoleh ke sebelah. Kebetulan pemilik kereta di sebelahnya turut menoleh.
Zapp..Satu lintasan pandangan berlaku.Mata betemu mata untuk seketika.
‘Erkk…Alamak hai..Sekali encik Iman, daa…’Maisarah menelan liur payau.
Maisarah cuba menjeling melihat empunya diri yang duduk di sebelah Iman Ilyas, namun tidak terlihat jelas akan wajahnya kerana lelaki itu tidak memandang.
Iman Ilyas menjeling bertemankan riak wajah serius. Cermin keretanya kembali di naikkan. Keretanya kemudian meluncur pergi.
Maisarah mengurut dada. ‘Fuhh..! Encik Iman ni. Buat jantung aku dup..dap..dup..dap je..’
“Kau kenapa Mai. Urut-urut dada bagai. Sakit jantung ke?”
“Mak oii, mulut kau. Takde insurans.” Maisarah sudah memukul kuat lengan Ilham dengan botol air mineral di tangannya.
“Aku perasan yang kau jeling-menjeling orang kat kereta sebelah tu? Hoho…Nak ngurat ke? Tolonglah pandang aku dulu yang kat sebelah ni wei..” Ilham tergelak sendiri.
“Merepek je kau ni. Malas nak layan.”
“Menjeling..Menjeling ku bertentang..Mata kita sama memandang..Ku cuba…Ku cuba nak bertanya..Siapakah namanya..”
“Apa kau nyanyi-nyanyi..Karang aku pukul lagi, nak…”
“Nak..” Ujar Ilham selamba seraya ketawa.
“Nak? Nah ambik ni.” Maisarah kini memukul dengan lebih kuat.
“Kau pukul manja sangat, Mai. Takde feel.” Ilham tergelak lagi.
“Ehem..Ehem…” Ziha di belakang sudah memberi isyarat ‘sakit tekak.’
“Sakit tekak ke Zi. Mai..Kasilah si Ziha tu air. Apalah kau ni.”
Ziha di tempat duduk belakang sudah tergelak.Maisarah pula sudah mencebik.
“Kau kenal ke dengan mamat sebelah tadi tu?” soal Ilham.
“Bos aku.”Jawab Maisarah malas.
“Lah, encik Iman ke tadi tu Mai.” Ziha inginkan kepastian.
“A’ah.”
“Aku tak perasanlah pulak.”
“Sebab tulah aku terkejut.” Tambah Maisarah lagi.
“Kenapa terkejut? Sebab dah terkantoi, kau dah ada pakwe hensem kat sebelah ni ke?” Ilham tergelak sendiri.
“Huh..Hampeh kau. Jangan perasan boleh, tak.”
“Huhu..Mesti dalam hati kau kata, rugi aku dating dengan Am hari ni. Kalau tak, boleh dating dengan bos.”
“Eii, takde maknanya..Kau ingat aku suka dia ke? Sorrylah. Tak berkenan.”
“Iye je..Padahal dalam hati…”
“Apa..?”
“Aku setia dekat kau Am.” Ilham ketawa dalam seloroh sendiri.
Bukk… Kini botol air mineral hinggap ke bahu Ilham.
“Buat lagi sekali Mai..Rasa macam di urut-urut je. Sedap.” Ilham masih gembira ketawa. Ziha sudah tergelak besar. Maisarah pula menahan geram di hati.
“Malas nak layan kau.”
“Cakap je tak layan. Tapi layan je aku tengok. Ek, Ziha ek.”
“A’ah.” Ziha menjawab.
Maisarah memeluk tubuh dan memadang keluar tingkap. Grr…Panas…








No comments:

Post a Comment