Saturday, 6 April 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 33



“INGAT..Esok kita ada meeting jam 9.15 pagi. Sharp. Saya tak suka lewat!” ujar Iman Ilyas sebelum berlalu pergi.
“Baik, encik Iman.” Jawab mereka semua.
“Sharplah sangat. Entah-entah dia pun datang lambat. Hish..Dia ni. Berlagak.” Omel Maisarah di dalam hati.
Maisarah memandang Zulaika yang sedang mengemas untuk pulang.
“Ika..Encik Iman tu kau tak rasa macam berlagak ke?”
“Hmm..Adalah juga. Dah nasib kita dia jadi bos. Terpaksalah terima. Tapi, sebelum kau masuk, dia macam okey je. Tak pulak nampak gaya berlagaknya.”
“Agaknya, mula-mula dia nak biasakan diri. Tapi lepas tu bermaharajalelalah pulak. Yelah. Dekat sinikan line clear. Jabatan kita ni jauh dari DC. Bos besar tak nampak. Ntah-ntah dia ada motif tak.”
“Hisy, kau ni Mai.Fikir bukan-bukan pulak. Aku rasa taklah macam tu. Mungkin awal-awal je kut. Akan datang okeylah, kut. Namanya pun bos. Tu memang style dia kut.”
“Bos jabatan je. Bukan bos besar kompeni ni.”
“Dahlah, Mai. Doa jelah yang dia tu okey. Lagipun tak sampai sebulan pun lagi kita bekerja bawah dia. Nak kenal orang bukan sehari dua Mai.”
“Yelah. Harapnya macam tulah.” Akhirnya Maisarah ketawa. Memang mindanya suka memikirkan yang bukan-bukan. Berfikiran negatif pulak tu.Haishh…
“Tapi aku suka tengok muka dia. Macam ala-ala pelakon Fizz Fairuz, kan.”  Ujar Zulaika sambil tersenyum.
“A’ah. Itu aku setuju.”

MAISARAH baru tersedar dari lenanya. Apabila melihat jam di sisi, waktu telah menunjukkan hampir jam 6.40 pagi. “Ya, Allah. Aku dah lambat ni. Macam mana boleh tak tersedar ni.” Maisarah menggaru kepala yang tidak gatal. Dia sedikit kalut. Selalunya dia tidak akan terlewat sampai ke pejabat, tetapi tidak tahu mengapa hari ini dia boleh terlewat bangun dari kebiasaannya.
“Alamak, Zi. Kenapa kau tak kejut aku.”
“Sorry, Mai. Aku pun tak terjagalah.”
“Aduh, hari ni ada  first meeting dengan  encik Iman.” Dia kembali teringat akan kata-kata lelaki itu semalam.“Ingat..Esok kita ada meeting jam 9.15 pagi. Sharp. Saya tak suka lewat!”
“Mampus aku.” Maisarah seakan baru tersedar. Dia terus bergegas mempersiapkan diri. Baju berwarna ungu bercorak ala-ala songket disarung ke tubuhnya. Ia satu-satunya baju yang kelihatan tidak ronyok seperti kebanyakan bajunya yang lain. Pada waktu genting begini mana ada masa untuknya menyeterika baju. Sebenarnya dia masih belum pernah memakai baju tersebut ke pejabat kerana ia baru dibawa pulang dari kampung.
Maisarah segera menelefon Zulaika memberitahu akan kelewatannya itu. Hari itu Maisarah seakan di uji, apabila bas yang di naikinya rosak di pertengahan jalan. Terpaksa pula menanti bas gantian. Teksi pula jarang-jarang kelihatan. Maisarah kembali menelefon Zulaika memberitahu keadaan terkininya.
“Takpe Mai. Kau rilekslah. Nanti aku beritahu encik Iman.  Lagipun dia takkan mulakan meeting kalau kau belum sampai.” Beritahu Zulaika di sebalik talian. Bicara itu sedikt sebanyak melegakan hati Maisarah.
“Okey, terima kasih, Ika. Aku pun dah dalam bas ni.” Badannya telah berpeluh. Terasa rimas apabila kesejukan air cond di dalam bas itu seperti tidak terasa. Namun, Alhamdulillah dia memakai One Drop Perfume. Harumannya kekal mewangi.
Maisarah menapak laju mengejar masa. Dia terasa cemas kerana tidak pernah lewat sebegitu. Peluh yang berjujuran diseka dengan kertas tisu. Berhelai-helai tisunya habis menyeka peluh.
Apabila Maisarah sampai Zulaika sedia menantinya.
“Meeting belum start lagi. Encik Iman tunggu kau. Okey. Aku masuk dulu.”
“Okey….Okey. Kau masuk dulu. Aku nak ambik nafas dulu. Dah panas tahap gaban dah ni.Dah berjujuran dah peluh aku,”ujar Maisarah sambil mengipas dirinya dengan beberapa helaian kertas. Kemudian segera dia menuju ke bilik mesyuarat.
Dia memberi salam.“Maaf semua atas kelewatan saya,” ujar Maisarah lembut sebaik sahaja muncul di muka pintu bilik mesyuarat itu.
“Awat pengantin perempuan datang lambat ni.” Bicara Mr. Khai yang tidak diduga itu mengundang deraian tawa di kalangan mereka kecuali Maisarah. Mukanya terasa merah padam. Iman Ilyas juga memperlihatkan senyumannya.
“Duduklah, Maisarah. Majlis dah nak mula ni. Kesian pengantin lelaki ni dah lama menunggu. Pengantin lelaki dah lama ready ni. Ish..Ish.. Kebetulan pulak ye.Baju pun sepasang je. Memang padan betul.” Tambah Mr. Khai memanjangkan gurauannya. Bilik yang kecil itu kembali berseri dengan tawa terutama daripada Azidy. Zulaika pula terpaksa menahan tawanya, takut Maisarah berkecil hati dengannya.
Terkedu Maisarah seketika dengan gurauan Mr. Khai. Tatkala itu dia bertentangan pandang dengan Iman Ilyas. Wajah itu tersenyum, tetapi segera mematikan senyumannya. Kelihatan Iman Ilyas begitu segak apabila mengenakan sepasang baju Melayu berwarna ungu beserta songkok.
Iman Ilyas mempersilakan Maisarah duduk dengan isyarat tangannya.“Okey. Abaikan cerita-cerita tu dulu. Nanti kita sambung balik. Sekarang ni kita terus kepada agenda meeting kita, ye.” Iman Ilyas berbicara bagi melenyapkan seketika suasana bahagia itu. Mesyuarat berjalan dengan lancar. Namun, Maisarah tidak dapat memberikan fokus dengan baik. Perasaannya berdebar. Terasa Iman Ilyas sering memandangnya.
“Menyampahnya aku. Kenapa aku kena hadapi hari ni. Ish..mamat ni. Aku cekik-cekik juga kang. Kenapalah boleh sama pulak hari ni. Habis aku kena ‘balun’ dengan Mr. Khai.”Rungut Maisarah di dalam hati.
Setelah mesyuarat selesai, Zulaika segera mendapatkan Maisarah.
“Macam mana kau boleh sepasang dengan dia harini,”bisik Zulaika sebaik sahaja menghampiri Maisarah.
“Kebetulan ajelah. Manalah aku tau tetiba boleh pulak sepasang. Aku tadi main sarung je,”jawab Maisarah seakan berasa tidak puas hati. “Ish…Mr. Khai tu. Sedap mulut je dia cakap. Malulah aku,”rungut Maisarah lagi.
Zulaika yang mendengar juga tertawa. “Aku pun tak sangka Mr. Khai cakap macam tu. Boleh tahan juga ye orang tua tu. Nasib kaulah Mai. Nasib badan,”ujar Zulaika sambil menepuk lembut bahu teman sekerjanya itu.
“Tapi aku tengok kau dengan dia tu tu memang sepadanlah. Terasa comel bila tengok korang berdua tadi. Rasa nak  tangkap je gambar korang berdua tadi.”
“Kau ni buat lawak atau sengaja nak buat aku marah. Kau tau tadi. Aku rasa macam dah nak menjerit je bila Mr. Khai cakap macam tu. Geram tau. Terpaksa je aku jadi gunung berapi pendam.”
“Alah, Mai. Rilekslah. Aku rasa tadi Mr. Khai kiranya dah jadi penyelamat. Kalau dia tak buat lawak extreme dia tu, rasanya suasana mesti berbeza sekarang ni. Tadi, masa kau belum sampai encik Iman  asyik tanya kau je. Angin je aku tengok,” jelas Zulaika lagi.
“Ooo..ye ke?”ujar Maisarah seakan tidak percaya.
“Kau tak rasa dia tu suka dekat kau ke.Masa meeting tadi aku perasan, dia tu ayik tengok kau je. Aku rasa dia syok kat kaulah. Pandangan dia lain macam je.”
“Peduli apa aku dia suka kat aku ke tak? Yang penting aku tak suka kat dia.So, buat bodoh jelah.”
“Yela tu. Cakap je tak suka. Dalam hati suka.”
“Ewah-ewah kau. Eh,  kenapa dia tetiba pakai baju Melayu ek.”
“Sebab hari ni hari Jumaat, kut. Tapi, tak tahu apa mimpi dia nak pakai baju Melayu hari ni. Minggu yang sudah, tak pulak. Hensem pula tengok dia pakai baju Melayu.”
“Oh…kau suka kat dia ke. Pi lah usha.”
“Alah,Mai. Boyfriend aku nak letak kat mana pula. Kau ni…”
“Letaklah dalam kotak suka hati.”seloroh Maisarah.
“Aii, bukan pintu suka hati ke?”soal Zulaika.
“Itu versi Doremon. Ni versi Maisarah.”
Akhirnya berderai tawa sesama mereka walaupun perlahan.

“IZZATI NURMAISARAH... Masuk bilik saya ye. Bilik suka hati.” Kedengaran suara Iman Ilyas terang dan nyata di talian interkom. Maisarah terkedu.
“Kenapa Mai?” soal Zulaika.
“Dia panggil aku masuk bilik suka hati dia. Aduhai…Rasa gigil dah pulak lutut aku ni.”
“No komen. Dahlah. Baik kau masuk cepat. Karang dia membebel pulak dia.”
Akhirnya Maisarah melangkah masuk ke bilik Iman Ilyas.
“Ni..Tolong betulkan semula. Saya nak awak ikut susunan draft yang baru. Bukan ke hari tu dah cakap dalam mesyuarat. Format laporan ni kena ikut yang latest. Yang lama ni dah tak pakai tau. Awak tak take note ke hari tu. Berangan. Awak yang kerja lebih lama dari saya dekat sini, takkan tak tahu.” Tajam sahaja ulas bicara Iman Ilyas. Wajahnya serius.
Maisarah menelan liur.“Maaf, encik Iman. Saya akan betulkan semula.” Terkulat-kulat Maisarah menutur bicara.
“Hmm…Petang ni juga saya nak. Ingat tu. Hantar pada saya sebelum waktu balik.”
Maisarah mengangguk tanpa suara.
“Okey. Awak boleh keluar!”
Maisarah akhirnya keluar dari bilik itu dengan rasa sebal.
“Hish, apa hal dia ni. Asyik naik angin je dengan aku. Ni sibuk pulak nak suruh aku ubah susun aturnya. Masalahnya aku punya je. Dia orang punya tak pulak. Ngelat betul. Tak aci.” Bebel Maisarah sendiri. Namun Zulaika mendengar. Biasalah, telinga lintah yang aktif.
“Kenapa ni Mai?”soal Zulaika.
“Bos dalam bilik suka hati tulah. Complaint itu ini.Masalahnya dulu aku buat macam ni, kak Sharifah okey je. Tak complaint apa-apa. Bila dengan dia, semua yang aku buat kena ubah. Dia kata ikut yang latest. Nak yang latest mana lagi. Yang aku buat selalu tu bukan yang latest ke? Masalahnya kau punya tak pulak. Bukan patutnya sama ke. Geram aku. Sibuk lagi nak marah aku. PGT betullah.”
“Apa yang PGTnya? Pengat.” Guman Zulaika tidak mengerti sama sekali.
“Apa daa pengat. Pengat tu sedap wei. Ni Putera Garang Terlampau. Tak suka aku. Tak pernah aku jumpa orang macam ni. Grrr…Rasa macam nak cekik-cekik je..” Luah Maisarah.
“Apalah kau ni Mai. Adatlah tu. Orang complaint itu ini. Orang rambut sama hitam, tapi hati lain-lain Mai. Lagipun kalau kena marah tu, perkara biasalah. Sebelum ni kau tak rasa kena marah, sekarang kau rasa. Kan adil tu. Kiranya, kita ni belajar dari kesilapan dan pengalaman.”
“Tu aku tahu Zi. Tapi, cara dia ni macam berlagak sangat. Tegurlah bebaik, kan. Ni kalau dia cakap, dia sandar dekat kerusi. Lepas tu tangan dia silang dekat dada. Gaya dia tu buat aku geram tau tak. Macam dia ni bos besar je.”
“Owh, gitu ke. Tapi, kau kasi gelaran PGT macam tu kelakar pula aku dengar. Kau marah, tapi kasi juga gelaran putera. Tapi, aku sokong je. Sejak seminggu dua ni, aku pun rasa dia tu garang. Tapi, dekat kau ajelah. Aku perasan, dalam tempoh seminggu dua ni aku tengok dia asyik marah-marah je.Mungkin mood dia tak okey kut. Tapi masa meeting hari tu, aku tengok dia macam tetiba syok dekat kau pulak.” Zulaika sudah tersenyum.
Maisarah membuat muka bengang. “Hish, kau ni Ika. Ke situ pulak dia. Aku tengah stress ni tau.”
Maisarah akhirnya mengubah draf yang di minta mengikut format yang diberi Zulaika. ‘Hish..Aku rasa sama je. Font tulisan aku je kecik sikit. Lepastu takde column untuk figure. Itu je. Aduhai..Encik Iman ni perfect sangat. Tapi agak-agaklah kalau nak beri teguran tu. Grr…’
‘Hmm…balik ni kalau dapat makan pengat pisang sedap gak. Hmm..Terliur pula aku. Rileks Mai. Siapkan kerja kau dulu. Balik nanti boleh beli pisang dekat kedai pak cik Halim.’ Maisarah terberangan seketika.
            “Ehem..Ehem…Awak berangan dekat siapa Maisarah. Saya nak kerja awak hari ni juga. Kalau tak..awak tak boleh balik.” Berdesing telinga Maisarah mendengar suara itu. Grr..
Maisarah hanya berdiam diri dan kembali menyambung kerjanya. Setelah Iman Ilyas berlalu pergi, dia sempat menjeling Zulaika di sisi. Zulaika hanya menjungkit bahu.
‘Iman Ilyas…Perghh..Kenapalah dia ni macam anti je dengan aku. Tak suka betullah. Cekik kang..mati..Grr…

Keesokan harinya…
‘APA mimpi dia datang awal hari ni?’Bisik hati Maisarah. Kelihatan bilik Iman Ilyas telah diterangi cahaya lampu. Ini bermakna lelaki itu telah sampai lebih awal berbanding dirinya.
Maisarah segera ke pantry membancuh Neslo kegemarannya. Setelah itu dia melabuhkan punggung dan meneguk kehangatan air yang dibancuhnya. Memang segar terasa. Surat khabar yang baru sampai diambil dan dibaca. Sekadar membaca tajuk-tajuk berita. Kemudian ia kembali diletakkan di sisi.
Komputer di hadapannya dihidupkan. Tangannya pantas menggerakkan ‘mouse’ di sisi. Alunan selawat dan zikir di buka untuk santapan halwa telinganya. Mulutnya juga ringan mengikuti alunan suara itu. Namun dia tidak tahu kenapa perasaannya seakan tidak tenteram pada pagi ini. Mungkinkah ada sesuatu yang  berlaku. Dilekapkan tangannya ke dada. Memang terasa berdebar.
Seperti rutinnya, dia membuka peti e-mailnya. Matanya pantas membaca beberapa email yang diterima. ‘Mouse’nya terus digerakkan ke sent item, melihat email yang telah dihantar sekadar semakan. Matanya membutang tatkala membaca salah satu email yang telah dihantar kepada Iman Ilyas malam tadi.
“Alamak, aku tersalah hantar ‘dokumen’ ke malam tadi? Takkanlah.” Maisarah menggigit jari. Dia segera membuka dokumen atas nama P & C yang dihantar.Dia ingin mengesahkan satu perkara.
“Aduhh..Naya aku macam ni. Apa aku nak buat ni. Macam mana aku boleh terhantar dokumen yang ni.Habislah.” Dia mula tidak senang duduk.
“Comfirm aku kena marah dengan encik Iman. Dia tu bukannya betul sangat. Aku pun tak tahulah apa kes mamat tu anti dengan aku. Lagilah kesilapan macam ni. Aduhh..macam mana ni. Agak-agaknya dia dah baca ke email aku tu? Kalau tak marah pun, nasib-nasib dia ketawakan aku.” Maisarah cuba menduga sendiri.Dia menelan liur.Tersedar akan kesilapannya.
‘Macam mana ni..Macam mana ni.. Takutnya aku….Ya Allah..Bantulah hambaMu ini..’
Fikiran Maisarah berputar. Sewaktu malam tadi, matanya begitu mengantuk. Selepas menyiapkan kerjanya, dia terlena seketika. Selepas terjaga, dia baru teringat untuk menghantar beberapa dokumen seperti yang dikehendaki Iman Ilyas. Almaklumlah, semalam tak sempat siapkan di pejabat. Dia tidak terperasan telah tersilap hantar dokumen.
            Maisarah semakin tidak senang duduk. Dia menarik nafas panjang. Dia cuba berlagak tenang walaupun perasaannya tidak keruan.Detak jantungnya semakin berdegup kencang tatkala mendengar pintu terkuak. Peluhnya kian terasa berjujuran. Pagi itu membuatkan dirinya terasa panas. Dia kini menghantar dokumen yang seharusnya di hantar.
“Jangan dia tanya sudah. Nanti panjang pulak syarahannya. Ish..Mana aku nak letak muka aku ni. Malunya. Orang suruh hantar dokumen lain, dokumen lain pulak yang kau hantar. Ishh. Apalah kau ni Maisarah. Ngigau.” Maisarah bermonolog di dalam hati menyalahkan diri sendiri. Matanya juga sempat menjeling ke arah pintu bilik bosnya itu. Dup..Dap..Dup..Dap jantungnya kian terasa.
Tatkala itu Iman Ilyas  melangkah keluar. Maisarah cuba berlagak selamba. Dia berpura-pura membaca akhbar yang sedia ada di sisi. Sebenarnya itu adalah tindakan spontannya, sekadar mengaburi pandangan Iman Ilyas.
“Assalamualaikum…encik Iman,”sapa Maisarah. Jika selalu dia akan memberi salam berserta senyuman manisnya, walaupun senyumannya itu tidak berbalas. Tetapi berbeza pada hari ini. Dia sekadar mendonggakkan sedikit wajahnya. Tangannya terus ‘berlakon’ menyelak helaian-helaian akhbar. Tatkala itu dia berasa agak takut dan malu untuk berhadapan dengan Iman Ilyas.
“Waalaikumsalam…”jawab Iman Ilyas. Bibir lelaki itu terukir senyuman, namun senyumannya yang istimewa dan sukar terlihat itu, tidak terlihat akan Maisarah. Kakinya terus melangkah menuju ke pantry.
Maisarah mengurut dada lega. Fuhh…
Selang beberapa waktu…
Iman Ilyas datang kembali. Namun, dia tidak terus ke biliknya, sebaliknya dia mengambil akhbar yang berada di atas meja Maisarah dan kemudian melabuhkan punggung di kerusi Zulaika yang masih kosong. Ternyata Zulaika masih belum sampai. Maisarah sedikit terkejut, namun masih mampu menghadiahkan senyuman untuk bosnya itu, walaupun dia tidak tahu seperti apakah senyumannya itu.
“Kenapalah dia port kat sini pulak. Adohaii…Bukan selalu dia baca paper dekat bilik ke? Sudah. Makin aku nak mengelak jumpa dia, makin dia duduk dekat sebelah aku pula. Entah-entah sengaja je mamat ni. Jangan-jangan dia nak beri syarahan percuma dekat aku kut. Habislah…Kena bersedia untuk pekakkan telinga,”desis hati Maisarah.
            “Izzati..” Panggil Iman Ilyas. Pada waktu itu, jari-jemarinya yang runcing itu sedang leka bermain sudu mengacau air di dalam mugnya perlahan-lahan. Matanya pula tertumpu pada berita di dada akhbar.
‘Izzati pula dipanggilnya aku.’ Maisarah sempat berbicara dengan hati.
“Ye, saya.” Jawab Maisarah. Dalam keterpaksaan dia bersuara. Dadanya sudah berdebar kencang. Dia berdoa di dalam hati agar Iman Ilyas tidak bertanyakan tentang ‘dokumen’ yang dihantar semalam. Paling tidak pun dia berharap agar dia tidak dimarahi. Jika tidak, sudah pasti jantungnya berhenti berdegup. Maisarah hanya menanti bicara Iman Ilyas meskipun dia dapat meneka apakah yang bakal dibicarakan oleh lelaki itu.
“Hmm..Pasal dokumen yang saya minta semalam, rasanya kurang satulah. Nanti kalau dah siap, awak hantar dekat saya ye,” ujar Iman Ilyas. Pandangannya dilemparkan kepada Maisarah. Bibirnya menguntum senyum penuh makna.
“Err…dah. Dah siap. Baru tadi saya hantar guna email. ” Jawab Maisarah tergagap-gagap. Semakin berdegup kencang jantungnya tatkala senyuman lelaki itu tertuju kepadanya.
‘Kutuk akulah tu. Taulah aku dah salah hantar.’ Maisarah terus berdiskusi di dalam hati, masih tetap menyalahkan diri sendiri.Namun, senyuman itu seakan memadamkan rasa takutnya tatkala itu.
“Maaflah. Saya tak sengaja. Dah ngantuk malam tadi. Tau-tau je tersalah send. Nak buat macam mana. Ngigau kut masa tu.” Maisarah berbicara selamba. Ingin meng’cover’ rasa nervous dan takutnya yang masih menggoncang hati.
“Iyalah. Kesilapan teknikal, kan. Nak buat macam mana.” Mendengar nada bicara Iman Ilyas, Maisarah berasa lega. Mereka berbalas pandang. Iman Ilyas kembali tersenyum.
“It’s okey. Saya faham. Saya tak cakapa apa-apa pun. Awak yang cakap, kan. Takpelah. Sebenarnya, terkejut juga saya apabila terima e-mail awak malam tadi. Tetiba ada satu ‘dokumen P & C’ yang agak pelik. Panjang berjela-jela pula tu. Tapi dah agak dah. Awak mesti tersilap hantar. Tension juga  saya. Tapi di sebabkan tengah tension tu saya bacalah…”
“Tak payah…jangan baca. Buang masa je. Delete je terus. Tak penting pun benda tu,” Pintas Maisarah laju. Sebenarnya terasa malu  apabila karyanya itu dibaca oleh orang lain lebih-lebih lagi Iman Ilyas. Padahal dia hanya menulisnya untuk suka-suka. Sekadar meluahkan cetusan idea kreatifnya. Tapi malangnya boleh pula dia terhantar kepada ketua jabatannya itu. Macam tak logik je kan.
“Orait apa. Dah ada bakat, jangan di sia-siakan. Bila baca hilang juga rasa tension. Senyum sorang-sorang bila baca. Boleh tahan jugalah awak punya jiwang. Tapi saya belum habis baca lagi…”
“Bukan encik Iman ada meeting kat DC ke hari ni?”soal Maisarah cuba menukar topik bicara.
Hmm..Meeting tu cancel. Dato’ Rahman ada urusan lain. Bagus jugalah kan.”
Nyatalah ‘lencongan’ yang dibuat Maisarah tidak menjadi. Iman Ilyas kembali menyambung bicaranya.
“Pasal dokumen awak tu, selamatlah awak terhantar dekat saya ye. Kalau dekat bos besar,entahlah. Sendiri yang jawablah, kan. So, saya nasihatkan awak. Lain kali hati-hati ye. Bak kata pepatah Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Okey. Saya masuk dulu,” ujar Iman Ilyas sebelum bangun dari tempat duduknya. Dalam pada itu dia juga sempat membuat trademark pistol menujukkan sasaran pada Maisarah, seperti kebiasaan Ilham. Maisarah terdiam. Lidahnya kelu tanpa bicara. Mukanya terasa merah padam.
Tidak lama kemudian, telefon di sisinya berdering. Maisarah segera menjawabnya.
“Izzati NurMaisarah, maafmu diterima. Saya dah terima dah dokumen yang awak send. Thanks ye.” Kelembutan dan kelunakan suara itu meresap ke jantung Maisarah.
            “Te..Terima kasih encik Iman Ilyas…eh sama-sama.” Jawab Maisarah sedikit kalut dan teragak-agak. Hatinya sedikit lega walaupun dalam debaran.
“Cuma satu saya nak beritahu. Lain kali renamelah nama lain. Konon nak P & C, tapi last-last buat aniaya dekat diri sendiri.”Suara Iman Ilyas kedengaran seakan sengaja memerli dirinya.
Maisarah hanya mampu menjerit di dalam hati. ‘Arghh..Geramnya aku. Aku cekik-cekik nanti baru tahu.Tadi  beri nasihat, ni perli aku pulak.’
“So, saya offer awak lunch dengan saya hari ni. Nak tak?” ujar Iman Ilyas masih mesra berbicara.
“Errr..takpelah encik Iman.”
“Tak sudi ke? Takpe. Awak fikir dulu. Nanti awak beritahu saya ye jadi ke tak,”ujar Iman Ilyas sebelum meletakkan ganggang telefonnya.
‘Pelik betulah encik Iman ni. Tetiba ber’mood’ baik pula.’
‘Tak kenal maka tak cinta.’ Tiba-tiba Maisarah kembali teringat akan kata-kata itu. Dia akhirnya tersenyum sendiri.‘Tak kenal maka tak cinta..Dah kenal kena bercinta. Hmm..Kalau dengan encik Iman Ilyas yang muka ala-ala Fizz Fairuz ni..Hmm..memang ber’chenta’lah aku nak kenal dia. Tapi…Am dulu pun ala-ala macam ni juga, kan.’ Maisarah kembali tersenyum.
“Ehemm..Berangan ke makcik,”tegur Zulaika tatkala melihat Maisarah tersenyum sendirian.
“Ish ..kau ni. Lain kali berilah salam. Terkejut aku tau. Selamat tak melatah,”jawab Maisarah sambil mengurut dadanya.
“Ni apa cerita. Macam ada cerita best je.” Duga Zulaika seraya melabuhkan punggung di kerusinya.
“Takdelah. Takde apa-apa pun. Aku saje je nak berangan. Tak boleh ke?”ujar Maisarah. Dia kembali membetulkan duduknya.
“Yelah tu. Emm..awal PGT kau sampai hari ni, ye. Kau rasa mood dia okey tak?”soal Zulaika lagi.
 “Okey kut.”Jawab Maisarah pendek.
“Takdelah. Aku kesian tengok kau. Macam sengaja dibuli si PGT tu. Tak patut betul.  Kompeni ni bukan bapak dia punya pun…. Tapi firasat aku menyatakan si PGT itu suka kat kaulah. Sebab tu dia macam tu. Dengan kita orang dia biasa-biasa je.”
“Takpelah, Ika. Biarkanlah dia. Itu dia punya fasal. Aku malas nak layan. Apa yang penting dia happy.”
“Aik. Kau ni. Kenapa tiba-tiba macam nak menyebelahi dia. Bukan ke hari tu kau angin semacam je. Siap nak berhenti kerjalah konon. Aaa..Jangan-jangan kau memang ada apa-apa dengan dia tak. Baik kau cakap. Kau ada apa dengan PGT tu. Kau dah jatuh cinta dengan dia ye.” Zulaika sudah tersenyum meleret.
“Takde…takde.”Pantas sahaja Maisarah menjawab.
“Aik. Cepatnya kau jawab.”
“Hai, Ika. Tak payahlah nak jadi busy body pulak. Biarlah si Mai tu nak jatuh cinta ke tak. Nak senang kau tanya je direct dengan orang dekat dalam tu. Kalau dia tak marah kira oraitlah tu. Kau punya report dah siap ke belum. Nanti aku send report aku dekat kau. Kau compile tau. Tengahari nanti  aku dengan Mr. Khai kena pergi DC.”
“Ish…kau ni, Azidy. Datang sergah je. Lain kali berilah salam,”balas Zulaika.Kemudian dia menyambung kembali bicaranya dengan Maisarah.
“Mai, aku rasakan shortform PGT yang kau beri sebelum ni dah kena ubahlah. Sekarang ni PGT tu lebih sesuai untuk Putera Gunung Tahan. Okey tak. Ehmm. Kau pulak aku kasi gelaran PGL, Puteri Gunung Ledang. Sedap sikit padanan tu.” Zulaika berbisik perlahan di telinga Maisarah. Bicara itu membuatkan Maisarah tertawa. Terasa lawak pada pendengarannya.
 “Kau ni ada-ada ajelah, Ika. Asyik kenakan aku je. Sekarang ni ada watak PGT, ada watak PGL. Tapi aku rasa kurang lagi satulah…”Maisarah kembali menyambung bicara.
“Apa dia?” tanya Zulaika.
“Kau tulah. Nenek Kebayan,”jawab Maisarah. Seraya itu tawa mereka berderai.
“Betul tu Mai. Aku sokong. Okey, Nenek Kebayan. Cepat buat kerja tu. Print outkan sekali ye.”
“Eh, diamlah kau Tun Mamat.” Marah Zulaika.
“Aii, aku pun masuk senarai ke. Korang ni nak buat pementasan PGL ke dekat sini.”Kata-kata Azidy membuatkan Zulaika mencebik muka. Azidy dan Maisarah sudah tertawa.


No comments:

Post a Comment