Thursday, 28 March 2013

Cerpen - Adakah Cinta Untukku?

Annur mengambil sebuah gambar berbingkai kaca di atas mejanya. Dia bawa gambar itu ke dada. Dipeluknya dengan erat. Sayang. Ya..Dia sayang. Ibaratnya, gambar itu adalah seperti orang yang berada di dalam gambar itu. Seakan hadir menjelma membalas pelukannya. “Abang.” Suara hatinya memanggil.
Dia memandang sepi gambar itu. Itu adalah gambar dirinya bersama Naufal Harris, suaminya. Jari-jemarinya lembut mengelus wajah Naufal Harris. Namun, wajah itu tidak mampu disentuh oeh jari-jemarinya. Ada yang menghalang. Ya, cermin kaca binkai itulah penghalangnya. Ia membenarkan matanya melihat, namun, ia tidak membenarkan dirinya di sentuh. Begitu jugalah hakikat yang berlaku padanya kini. Dia masih tidak mampu memiliki Naufal Harris walaupun lelaki itu ada bersamanya. Seakan ada satu dinding kaca yang memisahkan mereka.
‘Ah…Aku ni siapa. Aku memang tak mungkin memiliki dia. Dia milik Durra. Dia hanya cintakan Durra seorang. Aku sedar siapa diri aku. Aku hanya menumpang kasih dengan gelaran isteri yang aku pegang sekarang.’
Air matanya gugur jua ke pipi. Sedih mengenangkan nasib diri. Permata hangat itu di seka dengan hujung jari. ‘Janganlah kau jatuh lagi air mata. Aku reda dengan takdir ini.’ Annur menarik nafas dalam membuang rasa sedih yang mula menghambat perasaan dan jiwanya. ‘Aku harus kuat. Aku sayangkan mereka. Mereka adalah hidup aku kini.’
*****
“Naufal.” Panggil Dato’ Karim.
Naufal memandang wajah ayahnya. Kelihatan serius benar wajah ayahnya  tatkala ini.
“Kamu pernah janji dengan ayah, yang kamu akan penuhi segala permintaan ayah jika ayah benarkan kamu berkahwin dengan Durra, kan?” Dato’ Karim memandang seraut wajah Naufal Harris yang duduk di hadapannya. Dia mengingatkan akan janji Naufal dahulu.
“Ya, ayah.” Naufal Harris mengangguk. Dia tidak pasti mengapa kini ayahnya berbicara akan hal itu. ‘Apakah agaknya permintaan ayah yang aku harus penuhi kini.’ Hatinya cuba mencari jawapan.
Suasana sepi seketika. Datin Saerah yang turut berada di situ juga agak terkejut dengan bicara suaminya. Wajah suaminya juga turut di pandang. “Abang…Kenapa ni?” soalnya.
“Awak diam, sayang. Ni antara saya dan anak kita ni.” Tegas Dato’ Karim.
“Abang…” Panggil Datin Saerah lagi. Dia tidak mengerti tindakan suaminya.
“Ayah nak kamu nikahi Annur.” Tegas bicara itu keluar dari mulut Dato’ Karim tanpa mempedulikan isterinya di sisi.
Naufal Harris nyata terkejut. “Tak..Tak mungkin, ayah. Naufal takkan kahwin dengan sesiapa. Naufal dah ada Durra, ayah.” Naufal Harris menjawab kata.
“Kamu harus kahwin dengan dia. Jangan bantah cakap ayah.” Tekan Dato’Karim lagi. Suaranya nyaring kedengaran. Roman wajahnya juga dapat ditafsir.
“Tak..Ayah. Naufal takkan kahwin dengan dia. Naufal takkan terima dia, ayah. Naufal hanya cintakan Durra, ayah. Hanya Durra.”
Pandangan mata Dato’ Karim mula menyorot pada seraut wajah Naufal di hadapannya. Hembusan nafasnya juga kasar.
“Kamu mesti nikahi Annur, faham. Kamu mesti ikut kata ayah. Itu janji kamu dulu. Kamu ingat, tak. Dulu, ayah benarkan kamu kahwin dengan Durra bersyarat.” Tegang suara Dato’ Karim memenuhi ruang tamu itu.
“Memang Naufal ingat apa janji Naufal. Tapi ayah… Jika ayah minta Naufal kahwini Annur, Naufal tak dapat penuhi. Mengapa itu yang ayah pinta. Naufal punya perasaan ayah. Durra juga. Selama ini kami bahagia ayah. Mengapa ayah cuba rosakkan kebahagiaan kami. Naufal sedar, Durra bukan menantu pilihan ayah. Tapi, dia benar-benar buatkan Naufal bahagia. Naufal takkan menduakan cinta Durra semata-mata untuk penuhi permintaan ayah.”
Panggg…Satu tamparan kuat singgah di pipi Naufal.
“Abang….” Halang Datin Saerah. “Apa abang dah buat ni…”
“Kamu jangan sesekali ingkari permintaan ayah. Faham!! Kamu mesti kahwini Annur. Kalau kamu tak penuhi permintaan ini, ayah nak kamu ceraikan Durra!” Merah padam wajah Dato’ Karim melepaskan kemarahannya.
“Tak…Naufal takkan ceraikan Durra!”
*****
“Abang….” Suara lembut milik Durra Aisyah meruntun hatinya.
“Sayang…Maafkan, abang.” Wajah mulus Durra Aisyah di pandang. Tubuh wanita itu dirapatkan ke dada. Dipeluk erat dengan cinta dan kasih sayang. Air matanya jatuh ke pipi. Dia tidak rela. Tidak rela menduakan cinta Durra. Cintanya hanya pada Durra Aisyah. Isteri yang amat di kasihi setulus hatinya.
Durra Aisyah juga turut mengalirkan air mata. Semakin erat dia memeluk tubuh suaminya itu. Sedih. Ya sedih. Mana mungkin hatinya tidak bersedih.
 Esok, akan hadir seseorang dalam hidupnya. Bukan zuriat perkongsian cinta mereka yang dikandung kini, tetapi seorang asing yang bakal bergelar isteri kedua Naufal Harris. Wanita itu adalah madunya. Air matanya terus jatuh berjujuran. Dia cuba merelakan hati. Itulah takdir yang tertulis untuknya. ‘Aku akan kuat menerima takdir ini.’
*****
“Annur….Kini, Naufal adalah suami kamu. Taatilah dia sebagai suami kamu.” Datin Saerah kemudian meminta Annur bersalaman dengan Naufal Harris setelah ikatan mereka sah sebagai suami isteri.
Annur menyambut huluran salam Naufal Harris dan mengucup tangan lelaki itu. Subhanallah. Ucap bicara hatinya. Itulah untuk pertama kalinya, tangannya bersentuhan dengan seorang lelaki yang kini bergelar suaminya. Hangat. Syahdu. Damai.
*****
“Kau harus ingat apa yang aku cakap sekarang ni. Aku nak kau ingat sampai ke mati.” Bicara Naufal Harris menmbuatkan darah Annur berderau. Mengapa bicara lelaki itu kini terlalu berbeza berbanding di waktu mereka di ijab qabulkan pada petang tadi. Sewaktu bersama keluarga dan saudara mara. Mereka seolah-olah begitu mesra dan bahagia.
Annur memandang wajah suaminya. Namun, pandangannya tidak dibalas sama sekali.
“Aku tak cintakan kau. Dan…aku juga takkan pernah cintakan kau. Aku hanya cintakan isteri aku seorang. Durra. Dia isteri aku, faham!!”
Annur terkejut. ‘Durra? Isteri? Ahh..Tak mungkin….Aku ini….’ Annur dapat menduga sesuatu.
“Aku nak beritahu kau. Kau ni hanya isteri di atas kertas. Ayah aku, paksa aku kahwin dengan kau. Aku tak pernah kenal kau siapa. So, kau jangan berangan kau boleh dapat apa-apa dari aku. Kau tak berhak dapat apa yang aku kasi pada Durra. Kau ingat tu.”
Annur terdiam. Hatinya sudah menangis pilu. Sebak. Lara hatinya mencengkam. Megapa kini dia baru tahu siapa suaminya yang sebenar. Dia milik orang lain. ‘Adakah aku ni pemusnah rumah tangga suamiku sendiri.  Mengapa ini yang terjadi. Ku tak pinta ini terjadi.’
“Kau dengar tak ni,huh.” Naufal Harris menekan suaranya. Dahi Annur di tujal dengan jari.
Air mata Annur sudah jatuh ke pipi. Air matanya tidak mampu di bendung lagi. Jiwanya terasa sakit. ‘Ya Allah…kuatkan hati hambaMu ini.’
“Kenapa kau nangis pulak ni.  Kau patutnya bergembira. kan. Kau dah masuk dalam keluarga aku. Kau nak pecah belahkan hubungan aku dengan Durra. Kenapa kau nak nangis pulak. Eh, siapa upah kau ni, huh. Aku tahu ramai orang tak suka aku kahwin dengan Durra. Tapi, kau ingat. Takkan ada orang yang boleh pisahkan kami. Faham!!!!.” Melengking suara itu di pendengaran Annur.
 “Kau ingat apa yang aku cakap. Jangan kau cuba untuk beritahu hal ni pada ayah. Faham!” Rambut Annur kini di tarik. “Kalau tak, kau tahulah nasib kau nanti.!”Tubuhnya di tolak pula ke atas katil. “Faham tak!!” Bentak Naufal Harris kasar.
Annur mengangguk. Hanya air mata yang menemaninya kini.
*****
“Mulai hari ni, kau akan tinggal dengan aku dan Durra. Tapi, kau jangan harap kau akan dapat layanan sebagai isteri aku kat rumah ni. Kau ingat tu. Aku ni dah kira baik hati nak bawa kau tinggal kat sini. So, kau faham-faham sendiri.” Naufal Harris memberi peringatan.
“Terima kasih, abang.” Ujar Annur perlahan.
“Aku tak suka kau panggil aku macam tu. Panggilan tu kau hanya boleh guna kalau ada family aku. Kau faham tak!” Sekali lagi Naufal Harris memberi ingatan.
Pintu rumah kini di buka.
Seorang wanita cantik paras rupanya hadir di muka pintu.
“Abang dah balik.” Lembut suara itu menyejukkan hati Naufal Harris yang panas.
Wanita itu kemudian menyambut huluran salam Naufal Harris dan mencium tangan lelaki itu. Naufal Harris pula memberi kucupan mesra di dahi wanita itu. “Miss you, sayang.” Ujarnya.
Annur yang menyaksikan, hanya mampu menahan rasa hati. Dia punya hak, tetapi haknya tidak diakui oleh suaminya sendiri. Dia tidak di beri keistimewaan oleh Naufal Harris sebegitu rupa. Dia tidak seistimewa Durra Aisyah.
Naufal Harris terus melangkah pergi. Tidak dijemput dirinya untuk masuk ke rumah itu. Dia sedar dia hanya penumpang di situ. Dia hanya orang asing dalam hidup suaminya sendiri. Hatinya terus berteman rasa sebak.
“Annur…Masuklah. Kenapa tak masuk.” Suara Durra Aisyah yang lembut membuatkan hatinya terus menangis. ‘Mana mungkin aku lukakan hati wanita sebaik ini. Aku…Aku memang tak layak ada di sini. Di sini bukan tempat aku. Ini kebahagiaan suamiku. Mana mungkin aku….’
Annur tersentak apabila tangannya di raih Durra. “Masuklah, kak.”
Annur menggeleng. “Tak..Saya…Saya tak layak di sini, Durra.” Wajah Durra Aisyah di pandang.
“Kenapa cakap macam tu. Ni rumah kita.” Durra Aisyah terus menarik tangan Annur agar mengiringinya masuk ke dalam rumah. Akhirnya, Annur menurut sahaja langkah itu.
“Sayang..Buatkan abang air, ye.” Kini, kedengaran pula suara Naufal Harris. Suara yang begitu lembut dan menggetar hati.
“Baik, bang.” Durra Aisyah menyahut kata. “ Annur, awak masuk ke bilik dulu ye. Bilik awak di sebelah sana tu. Saya nak buatkan air untuk abang.” Ujar Durra Aisyah sebelum meninggalkan Annur sendirian.
Sepeninggalan Durra di dapur…
“Dah..Kau buat apa tercegat kat sini. Pergilah masuk bilik tu. Durra dah siap kemaskan untuk kau. Kau harus berterima kasih dengan dia, tau tak. Kalau tak kerana isteri aku tu, kau takkan ada di sini. Faham!” Keras sahaja suara Naufal Harris berbicara. Annur menerima bicara itu sebaiknya. Dia sedar, Naufal Harris tidak suka akan kehadirannya. Malah, untuk mengakui dirinya sebagai isteri juga tidak mungkin.
“Terima kasih….awak.” ucap Annur perlahan hampir tidak terkeluar suaranya.
*****
“Kak….” panggil Annur.
“Annur panggil saya ke?” soal Durra Aisyah lantas memandang wajah Annur, madunya itu.
Annur mengangguk.
“Kenapa panggil saya akak. Panggil Durra je.”
“Tapi…En…”
“Abang yang suruh ke?” Potong Durra Aisyah seakan mengetahui akan bicara Annur seterusnya.
Annur menggeleng.
“Habis tu…”
“Dia minta saya hormatkan awak sebab…sebab awak isteri dia.” Annur tertunduk. Sayu bicara suaranya.
“Annur pun isteri abang Naufal juga, kan.” Durra tersenyum. “Sebenarnya, Durra lagi muda dari Annur. Patutnya, Durra yang panggil Annur, akak.”
“Tapi…”
“Kalau Annur yang panggil Durra akak, Durra rasa..Durra ni macam dah tua sangat pulak. Tak bestlah. Biar Durra je panggil Annur akak, ea. Durra mesti kena hormatkan yang lebih tua dari Durra.” Durra Aisyah mengukir senyum. Senyuman yang indah. Namun, Annur tahu di hati Durra Aisyah mungkin senyumannya tak seindah yang terukir kini.
“Tapi, Durrakan isteri…..” Annur ingin menyebut perkataan ‘abang Naufal’, tetapi…
“Durra kan isteri yang sulung.” Annur menyambung bicaranya.
“Jangalah kira macam tu, kak. Kita tetap isteri abang Naufal, kan. Selamanya.”
Sementara itu, Naufal Harris sedikit terusik dengan bicara kedua-dua insan itu, isterinya dan Annur. Namun, dia berbuat tidak tahu. Di hanya membiarkan mereka berdua. Sebenarnya, dia masih belum mampu mengakui bahawa mereka itu isteri-isterinya kerana pemilik nama Annur itu masih belum dapat diakui sebagai isteri di hatinya.
Naufal Harris kemudian mendatangi mereka. Dia menguntum senyum kepada Durra Aisyah, namun tatkala memandang Annur, senyumannya lantas mati. Dia terus duduk di kerusi tempat kebiasaannya. Hari ini untuk pertama kalinya mereka akan bersarapan pagi bertiga. Dia, Durra dan Annur.
Naufal Harris hanya menegur isterinya, Durra. Tidak pada Annur.
Annur hanya mampu berdiam diri. Memang dia sedih dan terasa hati. Tetapi..janjinya pada diri sendiri, dia akan menerima apa berlaku. Itu takdir untuknya. Dalam hatinya sentiasa berdoa agar suatu hari nanti dia juga akan merasai detik indah dan bahagia seperti Durra Aisyah. Mungkin kini bukan waktunya.
Annur menuangkan air untuk Naufal Harris dan Durra. Itulah niatnya. Namun, belum sempat air dituang ke cawan yang ke tiga, Naufal Harris bersuara.
“Sayang, tuangkan air untuk abang ye.”
Annur sedikit tersentak. Namun dia faham. Dia kemudian menyerahkan tugasan itu kepada Durra.Dia kemudian duduk ditempatnya tanpa bicara.
Suasana kini agak janggal. Naufal Harris hanya berbicara dengan Durra. Dia pula seolah-olah dia tidak wujud di situ. Cuma Durra yang yang berbicara dengannya. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dia tidak rasa terpinggir walaupun suaminya meminggirkannya.
Sewaktu Durra rancak berbual dengan Naufal Harris, di tatapnya kedua wajah itu silih berganti. Durra dan Naufal Harris. Hatinya berbicara. ‘Sungguh mereka sanggup berkorban kasih. Berkorban kasih untuk aku yang entah siapa.’ Hatinya menangis lagi. Dia menundukkan wajah. Terasa juga air matanya ingin gugur, namun di tahan dengan kekuatan hati.
“Okey, abang nak pergi kerja ni.” Ujar Naufal Harris. Seperti biasa tangannya akan diraih Durra untuk di salam dan di cium.  Dia pula akan mengucup dahi isterinya itu penuh kasih.
“Papa nak cium anak papa ni juga. Muahh..” Perut Durra Aisyah yang sedikit memboroi itu juga di usap dan di cium. Itulah cinta hati mereka. Cinta hati yang sepatutnya menjadi orang ketiga di rumah itu. Bukan Annur. Seseorang yang seakan pendatang yang menumpang kasih di mahligainya.
Annur yang melihat hanya tersenyum. Beruntung sungguh Durra memiliki suami yang baik dan penyayang seperti Naufal Harris.
Seketika itu, Annur terperasan akan Durra. Dia melihat Durra mengenyitkan mata kepada Naufal Harris. Dia tidak mengerti maksud itu.
Annur sudah menyusun cawan untuk di basuh di sinki. Namun, tindakannya terhenti. Dia terkejut apabila Naufal Harris kini sudah berdiri di hadapannya. Teragak-agak Annur menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya itu. ‘Subhanallah.’ Annur mengucap syukur. Huluran tangannya bersambut. Dikucup tangan itu penuh kasih. Hatinya menangis lagi. Dia tidak kisah Naufal Harris tidak memberi kucupan kasih di dahinya. Dia faham. Naufal Harris tidak akan mudah memberikan apa yang diberi kepada Durra Aisyah kepadanya.
Dia tahu kini, kenyitan mata Durra sebentar tadi adalah agar Naufal Harris juga melakukan perkara yang sama untuk dirinya. ‘Durra. Besarnya pengorbananmu untuk aku. Aku..Aku tak mungkin dapat membalasnya. Terima kasih, Durra.’
*****
“Durra..Di mana pakaian kotor Durra dan encik Naufal. Biar Annur cuci.” Suara Annur menusuk lembut ke pendengaran Durra Aisyah.
“Kenapa akak panggil abang,..encik? Kenapa tak panggil abang je.” Durra sedikit pelik. Sejak awal tadi dia sudah perasaan akan hal itu.
Annur menggeleng. Dia terlepas cakap.
“Abang yang minta panggil macam tu ke?” soal Durra ingin kepastian.
Annur menggeleng lagi. Dia mencari alasan. “Sebenarnya, Annur dah terbiasa panggil macam tu sebab…sebab masa kerja sebelum ni, memang kena panggil dia encik.” Annur menguntum senyum.
“Oh, ye ke?” Durra mengerti. “Hurmm..Akak dulu kerja kat syarikat abang ke?”
Annur mengangguk. Kemudian tertunduk.
“Kerja apa?”
Annur berdiam agak lama. Di angkat wajahnya melihat wajah Durra di hadapannya. “Annur kerja sebagai cleaner je kat situ.” Annur menjawab dengan rasa rendah diri. “Hmm..Maaflah Durra. Annur nak pergi bilik air dulu ye.” Annur terus mengatur langkah meninggalkan Durra Aisyah seorang diri. Seiring langkahnya, air matanya jatuh ke pipi. Dia tidak sanggup untuk bertentangan mata dengan Durra lama-lama. Dia akan terasa sebak sendiri. Terasa dirinya adalah seorang penumpang dimahligai kasih  madunya sendiri.
‘Annur.’ Durra Aisyah terdiam sendiri. Sejak menerima kehadiran wanita itu di rumahnya, dia dapat merasakan sesuatu tentang Annur.
Kalau diikutkan hati, memang hatinya bersedih dan kecewa kerana dirinya di madukan. Tetapi, dia tahu, ia bukan kehendak suaminya sendiri. Dia tahu suaminya hanya cintakan dirinya seorang, tidak orang lain. Oleh sebab itu, dia mampu bertahan untuk menerima kehadiran Annur di mahligai kasih mereka. Dia sendiri yang meminta suaminya membawa Annur tinggal bersama. Dia tahu, kasih Naufal Harris kepdanya takkan tergugat dengan kehadiran wanita itu.
‘Sejak semalam, air mukanya tampak sedih. Kenapa ye? Bukankah sepatutnya dia gembira dapat berkahwin dengan abang Naufal. Bukankah sepatutnya dia meraikan kegembiraannya setelah merampas suami aku? Berkongsi kasih dengan aku? Tapi, mengapa setiap kali aku melihat wajahnya, dia muram sahaja. Adakah dia bersedih hati? Tatkala aku menegur, barulah dia cuba menguntum senyum. Dia memang tidak mengambil kesempatan ke atas abang Naufal. Dia terlalu merendahkan dirinya di hadapan aku? Mengapa begitu. Bukankah dia juga isteri abang Naufal. Adakah ia hanya satu lakonan di depanku?’
Durra mula terfikirkan sesuatu.
‘Adakah sebenarnya pernikahan Annur dengan abang Naufal juga… satu paksaan. Bukan kehendaknya juga?’ Durra menduga sendiri. ‘Jika begitu, aku harus rasa kasihan dengan Annur. Aku tahu, abang memang tidak mahu menerima Annur dalam hidupnya. Tapi, andai ini berterusan, apakah perasaan Annur? Pasti perasaannya lebih terluka dari aku. Dan pastinya, dia hanya memendam rasa. Siapakah gerangan Annur yang sebenar?’
*****
“Abang..” Suara manja milik Durra bergema di cuping telinga. Senyuman indah terukir di bibir khas untuk suami tercinta.
“Kenapa ni? Ceria je abang tengok. Selalu tak macam ni?” Ujar Naufal Harris seraya mencubit lembut pipi isterinya itu. Kemudian, di kucup mesra.
“Hmm…Hari ni, Sayang rileks je. Semua kerja kak Annur yang buat.”
“Kenapa macam tu?” Naufal Harris memandang seraut wajah isterinya.
“Kak Annur tak kasi sayang buat kerja. Dia kata, sayang tak boleh buat kerja berat-berat. Dia suruh sayang rehat je sebab nanti baby ni penat.” Durra Aisyah tertawa. Di kala itu, tangannya lembut memicit bahu Naufal Harris.
Naufal Harris tidak memberi respons.
“Sekarang, sayang pun tak boring sangat. Sebab, dah ada teman berbual.” Sambung Durra Aisyah lagi.
“Apa yang sayang bualkan dengan dia? Sayang jangan mudah percaya sangat cakap dia tu. Sayang tak kenal dia.” Nada bicara Naufal Harris dapat di baca. Dia sepertinya tidak suka isterinya rapat dengan Annur.
“Habis tu, abang kenal ke siapa kak Annur tu?” Perlahan sahaja suara Durra Aisyah beralun masuk ke pendengaran Naufal Harris.
Naufal Harris terdiam. Mengapa Durra membangkitkan nama Annur tatkala ini.
“Abang..Kenapa abang  tak boleh nak terima kak Annur?”
“Sayang. Apa sayang merepek ni. Abang taknak dengar lagi sayang cakap pasal dia. Dia patutnya bersyukur. Abang dah bawa dia ke sini kira untung tau.”
“Abang. Tak baik abang cakap macam tu. Kak Annur tu isteri abang juga. Abang…Kalau abang nak kata abang terpaksa nikahi dia, abang sedar tak, kak Annur juga sepertinya tidak rela dengan pernikahan ini. Dia juga terpaksa. Abang sedar tak, apa perasaan kak Annur. Abang….”
“Sayang…. Please. Abang tak nak dengar lagi. Jangan sebab dia, kita bergaduh.”
“Abang…Sayang cuma nak abang sedar. Kak Annur juga ada hak dalam perkahwinan ini. Sayang nak abang adil.”
Naufal Harris menggeleng.
“Abang. Sayang boleh terima kak Annur. Kenapa abang tidak. Abang, kak Annur juga punya perasaan bang. Dia seorang perempuan. Seorang isteri. Sayang boleh rasa apa yang dia rasa. Sayang tahu, dia hanya memendam rasa. Sayang juga tahu, dia bukan nak rampas abang dari sayang. Percayalah. ” Durra Aisyah sedaya upaya untuk mendapatkan hak Annur dari suaminya sendiri. Dia rela Annur berkongsi kasih dengannya.
“Please, sayang. Abang dah penat ni. Abang….minta maaf. Abang tak nak sayang terlalu percayakan dia. Abang tak nak sayang di sakiti. Abang tak sanggup. Abang hanya cintakan sayang. Tidak orang lain. Abang nak sayang faham..”
Naufal Harris mengelus lembut pipi isterinya. Wajah isterinya itu di bawa rapat ke muka. Di tenung dalam kedua mata isterinya itu. Jernih dan bersinar. Tenang. Sungguh isterinya itu begitu lembut hatinya. Di kucup kedua pipi gebu itu, juga ubun-ubun isterinya sebagai kasih cintanya.
“Cinta abang hanya untuk isteri abang, Durra Aisyah. Kalau benar sayang ingin abang juga cintakan Annur…abang pinta sayang berdoalah supaya hati abang akan lembut untuk mencintai dia juga. Abang taknak paksa diri abang untuk jatuh cinta dengan dia. Mungkin suatu hari nanti, abang juga akan mampu cintai dia seperti abang cintai sayang. Tapi, abang tak nak itu berlaku. Abang hanya ingin cintai sayang seorang.”
Air mata Durra Aisyah jatuh ke pipi. Dia tersentuh hati dengan bicara suaminya itu. Dia yakin, cinta Naufal Harris tidak berbelah bahagi untuknya. “Terima kasih, abang.”
*****
Annur masih ada di dapur. Matanya masih belum mampu untuk lelap. Dia duduk bersendirian di kerusi makan. Dia membasahkan tekak dengan air suam. Tanpa sedar, Naufal Harris juga turun ke dapur. Dia tidak sempat untuk mengelak diri dari suaminya. Dia tidak mampu untuk berhadapan dengan suaminya seorang diri. Dia tahu, lelaki itu membenci dirinya.
Dia segera bangun dan membasuh gelas yang digunakan.
“Maaf, awak. Saya…saya minta diri.” Ujar Annur perlahan dan sedikit tergagap-gagap.
“Nanti. Aku ada benda nak cakap dengan kau.”
Annur hanya tertunduk menanti bicara suaminya.
“Kau jangan sesekali nak cuba ambil kesempatan atas kebaikan isteri aku. Aku nak ingatkan kau. Apa yang kau rasa, dan apa yang kau dapat kat dalam rumah ni, itu semua atas kebaikan isteri aku. Atas permintaan isteri aku. Kau jangan mimpi kau boleh dapat semua tu kalau takde Durra. Kau faham tu. Aku tak sukakan kau, tau tak. Aku tak tahu, kenapa ayah nak sangat aku kahwin dengan kau. Kau ni siapa pun, aku tak kenal.” Pandangan mata Naufal Harris menyorot memandang matanya.
Annur tidak membalas pandang Dia hanya berdiam diri. Dia ingin melangkah pergi. Namun, tatkala itu lengan tangannya di tarik kasar oleh Naufal Harris.
“Nanti. Aku nak tanya kau. Kau kata dengan isteri aku, kau pernah kerja dengan aku. Apa maksud kau sebenarnya?”
Annur menggeleng.
“Aku nak jawapan kau. Kalau betul kau tak tipu, kau takkan takut nak jawab apa yang aku tanya ni.” Lengan Annur masih digenggam kuat. Seakan tidak mahu melepaskannya. “Jawablah aku tanya?” suara Naufal Harris kasar. Hatinya terasa panas dengan tingkah Annur yang tidak bersuara.
“Saya…saya..tak tipu awak. Saya memang pernah kerja dengan awak. Tapi..lepas tu saya berhenti.” Mendatar sahaja suara Annur. Dia tidak mampu memandang wajah suaminya. Dia ingin segera pergi dari situ.
Naufal Harris terdiam. Di amati wajah yang sedang terunduk di hadapannya. Tanpa di duga ada air mata yang berguguran ke pipi Annur. Ia kemudian jatuh pula ke lengannya. Hangat. Tersentuh seketika hatinya.
“Maaf…Saya minta izin...” Annur meminta lengan tangannya dilepaskan. Naufal Harris kemudian melepaskannya genggaman tangannya.
Setelah Annur pergi, Naufal mula duduk termenung. “Siapakah dia yang sebenar? Mengapa aku….” Naufal Harris tidak punya jawapan.
*****
Beberapa bulan sudah berlalu…
“Abang….Esok abang cutikan. Hmm…Kita keluar nak.” Kepala Durra Aisyah sudah melentok manja di bahu suaminya.
“Okey.”
Tatkala itu, Annur masih di dapur membancuh teh untuk mereka. Sejak Durra Aisyah semakin sarat mengandung, dia terlalu cepat penat. Maka, kerja-kerjanya di ambil alih oleh Annur. Bukan Durra yang memaksa, tetapi Annur sendiri inginkannya. Bagi Durra tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, Annur juga berpeluang melayan Naufal Harris. Naufal Harris pula hanya mendiamkan diri, tidak membantah. Dia juga tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi pada isterinya itu.
Annur menghidangkan air untuk mereka. Kemudian duduk agak jauh dari mereka.
“Akak…Kenapa duduk jauh sangat. Sinilah dekat Durra.”
Mahu tidak mahu, dia akur. Sebenarnya dia terperasankan akan pandangan mata suaminya. Seakan,tidak membenarkan dia ada di situ. Namun, kehendak Durra di turuti.
“Akak…Esok kita kita berempat keluar jalan-jalan.” Durra tersenyum ceria sambil mengusap perutnya yang sudah menjangkau usia tujuh bulan. Namun, perutnya tidak terlalu besar. Berkemungkinan bayi dikandungnya adalah perempuan.
“Takpelah Durra. Akak duduk kat rumah je. Durra keluarlah dengan…Durra keluarlah betiga ye.”
“Alah, akak ni. Takkan nak duduk rumah. Boringlah. Kita jalan-jalanlah dengan abang.”
Annur menggeleng.
Durra Aisyah memandang Naufal Harris. Dia tahu, hanya bicara suaminya yang mampu mengubah keputusan Annur. Dia tahu, Annur takkan ikut tanpa izin Naufal Harris.
Suasana sepi seketika.
“Annur…” Panggil Naufal Harris. Lembut dah syahdu panggilan itu.
Annur memandang wajah suaminya. Namun, tika itu matanya mula bertakung mutiara jernih. Panggilan itu meruntun hatinya. Sebak terasa ke lubuk hati. Begitu indah namun begitu sukar untuk di dengar.
“Kita pergi sama.” Sekuntum senyuman terukir di bibir Naufal Harris walaupun sedetik cuma.
Annur mengangguk dan membalas senyum. Senyuman yang sukar terlihat olehnya. “Ya Allah. KurniaanMu ini begitu indah bagiku. Walaupun mungkin ia hanya sedetik cuma, aku benar-benar bersyukur kepadaMu Ya Allah.” Hati Annur menangis lagi.
*****
“Akak…Jomlah ambil gambar sama-sama. Akak ni tak sportinglah.”
“Takpelah Durra. Akak tak suka ambil gambarlah.”
“Alah. Jangalah macam tu. Jomlah. Ni gambar kenangan kita. Kita posing satu family.”
Kehendak Durra akhirnya dituruti .Dia berdiri di sebelah Durra, tidak di sebelah Naufal Harris.
“Akak…Akak dirilah sebelah abang Naufal. Barulah cun gambar kita ni.”
“Takpelah Durra.”
“Takde…Takde…Durra nak akak diri sebelah sana juga.”
Annur sempat memandang Naufal. Dari ekor mata lelaki itu, dia memahami. Dia diberi keizinan.
“Lepas ni, akak ambil gambar dengan abang berdua pulak.”
“Durra je lah. Akak tak payah.”
“Takde. Lepas ni akak tetap kena ambik gambar dengan abang Naufal juga. Jangan mengelak ek. Abang pun sama. Kalau tak, sayang nak merajuk dengan abang dan kak Annur.” Ceria benar wajah Durra Aisyah tatkala ini. Niatnya satu. Dia ingin Annur juga merasai kebahagian sepertinya. Dia takkan cemburu dengan Annur, dan dia juga tidak mahu Annur mencemburuinya.
“Abang dengan akak…Cepatlah.”
Annur menggeleng.
“Alah. Nak merajuklah dengan akak macam ni. Abang pun sama. Apa ni suami isteri tak sporting. Cepat. Mak buyung dah penat ni.” Durra Aisyah masih dengan caranya. Sempat juga dia bergurau kata.
“Ye lah, mak buyung.” Naufal Harris melayan juga kehendak isterinya. Terukir senyuman hanya untuk Durra.
Naufal Harris mendatangi Annur. Dia berdiri di samping Annur. Di ikutkan saja kata isterinya itu. Dia tahu, isterinya itu memang kuat merajuk. Cuma, sejak kebelakangan ini dia tidak mengerti sikap isterinya. Pelik.
“Alah, bang. Jauhnya. Dekatlah sikit.”
Naufal Hariss berganjak sedikit.
“Lagi…” arah Durra Aisyah lagi.
Annur hanya membatukan diri. Keras sahaja tubuhnya di situ. Dia dapat merasakan aliran nafas Naufal Harris yang hangat di sisinya. Tanpa sedar, tangannya dipegang Naufal Harris.
Annur cuba menarik kembali tangannya.
“Aku buat ni sebab Durra. Kau jangan cuba nak tunjuk yang kau ni baik sangat. Aku tak suka orang hipokrit macam kau.” Naufal berbisik ke telinga Annur. Nada dan butir bicara itu membuatkan Annur berasa sedih. Dia hanya mampu memendam rasa.
“Okey..Senyum…”
Mereka berdua senyum. Senyum sekadar menjaga hati dan perasaan Durra Aisyah.
*****
Annur melayan lara hati sendiri. Dia hanya membiarkan air matanya jatuh membasahi pipi. ‘Durra..Kenapa buat Annur macam ni? Annur tahu niat Durra baik, tetapi, ia amat meyeksa jiwa Annur. Durra kan tahu abang tak suka Annur. Annur tahu, abang buat kerana terpaksa. Annur tak nak abang salah faham dengan Annur. Annur tak nak bermain dengan bayang-bayang. Annur terasa diri ini bodoh dan tak berguna.’
‘Durra….Annur benar-benar cemburukan Durra. Annur minta maaf.’
*****
“Abang…” Panggil Durra Aisyah manja. Senyuman manis terukir di bibirnya. “Malam ni, Durra nak abang tidur dengan kak Annur ye.”
“Sayang…Apa sayang merepek ni. Abang tak suka tau. Sayang ni kenapa? Sayang…Sayang ingat abang ni siapa.”
“Abang kan suami kak Annur.”
“Sayang. Kenapa sejak kebelakangan ni, abang tengok sayang lain je. Kenapa sayang seboleh-bolehnya nak abang terima Annur. Sayang tak cemburu ke.”
“Sebab sayang tak cemburulah sayang buat macam ni. Lagipun, kak Annur ada hak. Sejak pertama kali sampai sini, abang tak pernah pun jalankan tanggungjawb sebagai suami kak Annur.”
“Sayang…Abang tak suka sayang cakap hal ni lagi. Pasal abang dengan Annur, biar abang sendiri selesaikan. Sayang tak usah campur. Sampai masa nanti, abang akan lepaskan dia.”
“Sayang tak nak abang lepaskan kak Annur. Sayang nak kak Annur kekal sebagai keluarga kita. Susah sangatkah abang nak terima dia.” Nada suara Durra Aisyah beralun sayu.
“Sayang…Kenapa sayang paksa abang macam ni? Kenapa? Siapa Annur tu? Kenapa sayang nak pertahankan dia. Kenapa apa yang abang beri pada sayang, sayang nak dia juga merasainya. Kenapa?  Abang tak faham. Kebanyakan orang, kalau dia di madukan, seboleh-bolehnya dia akan pertahankan haknya. Tapi, sayang….Kenapa sayang pula yang beriya-iya nak pertahankan hak madu sayang tu. Abang pelik dengan sayang. Abang tak faham.”
“Abang…Ni permintaan sayang. Sayang nak abang adil. Sayang tahu, abang terpaksa nikahi Annur. Tapi, tak bolehkan abang berikan hak yang sepatutnya kepada dia. Sayang dah rasai apa yang abang beri. Sayang bahagia sangat dengan abang, sebab sayang tahu abang cintakan sayang. Sayang cuma harap, abang berilah juga kak Annur kebahagian. Dia berhak merasainya. Bolehkan, bang. Hari ni, abang temankan kak Annur ye.” Pinta Durra Aisyah penuh harapan.
“Sayangkan tengah sarat ni. Abang sepatutnya berada di samping sayang. Bukan orang lain.”
“Takpe. Sayang okey je. Abang…Kak Annur juga bukan orang lain dengan abang. Dia isteri abang.”
Naufal Harris terdiam seribu bicara.
“Sayang….Tolong jangan seksa abang macam ni. Abang tak sanggup.”
“Please, abang. Demi Durra. Durra cuma nak abang menjadi seorang suami yang adil.” Durra Aisyah memandang wajah suaminya dengan setulus kasih di hati.
Naufal Harris meraup muka. Entah mengapa begitu sekali permintaan isterinya. “Okey. Tapi, abang nak sayang tahu. Apa yang abang buat ni bukan atas kehendak abang. Sayang sendiri yang minta, kan.”
“Ye, sayang tahu. Memang sayang yang minta. Okey, abang. Selamat malam ye.” Durra Aisyah memeluk Naufal Harris. Seperti biasa kucupan mesra di dahi menjadi kasih suci antara mereka suami isteri.
Naufal Harris melangkah pergi dengan berat hati. Pintu di tutup rapat.
Durra Aisyah bersendirian kini. Tanpa sedar, air matanya gugur ke pipi. “Abang…Maafkan, Durra. Durra cuma ingin abang belajar untuk tidak bersama Durra. Andai suatu hari nanti Durra sudah tiada, Durra harap kak Annur akan menjadi pengganti Durra. Durra ingin abang belajar untuk mengenali siapa Annur dan mencintai dia seperti abang cintakan Durra.”
“Abang…Abang harus tahu siapa kak Annur. Durra tak nak kak Annur terus terseksa. Cukuplah apa yang pernah dia alami dahulu. Durra nak di bahagia. Bahagia seperti Durra.”
“Ya Allah. Ku mohon padaMu. Lembutkanlah hati suamiku untuk menerima maduku, Annur. Ku juga ingin dia bahagia.”
*****
Naufal Harris mengeluh kasar. Dia pelik dengan sikap Durra. Mindanya tidak mampu berfikir apakah yang bermain di fikiran Durra. Mahu tidak mahu, diturutkan juga kata isterinya itu.
 Dia sudah berbaring di sofa. Dia memang tidak mahu bersama dengan Annur, apatah lagi berkongsi bilik dengan wanita itu. Wanita yang tak pernah tersimpan namanya di hati.
Dalam sayup-sayup malam, dia terdengar suara orang mengaji. Merdu alunannya. “Annur.” Tiba-tiba, nama itu meniti di bibirnya. Dia bangun dan merapati bilik Annur. Semakin jelas suara yang kedengaran. Entah mengapa hatinya dijentik sayu.
Annur sudah selesai mengaji. Dalam pada itu, pintunya di ketuk seseorang.
“Durra ke?” soal Annur dari dalam bilik. Namun, tiada suara yang menjawab.
“Siapa?” soalnya lagi.
“Bukaklah pintu. Aku ni.” Tiba-tiba suara Naufal Harris menusuk ke pendengaran. Pintu bilik sudah terbuka.
“Err…A..wak nak apa?” tanya Annur tatkala matanya menangkap seraut wajah Naufal Harris di muka pintu. Dia nyata terkejut. Mengapa lelaki itu hadir ke biliknya di waktu begini.
Naufal Harris lantas menuju ke katil. “Aku nak tidur. Durra minta aku temankan kau. Kau jangan ingat aku yang nak semua ni. Kalau tak kerana Durra, aku takkan jejakkan kaki aku kat bilik ni.” Suaranya di tekan keras. Naufal Harris terus menarik selimut. Wajah Annur tidak di pandang sama sekali.
Annur nyata terkejut dengan bicara Naufal Harris. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Mengapa Durra berbuat begitu. Dia tidak mampu untuk memikirkannya. Annur kemudian mengambil bantal dan berbaring di lantai. Dia tahu, Naufal Harris takkan menerima kehadirannya di sisi. Mujur lantai biliknya itu beralaskan permaidani.
Naufal Harris masih tidak mampu melelapkan mata. Dia rasa tidak selesa. kerana perlu ada sebilik dengan Annur walaupun tidak berkongsi katil. Tergerak juga hatinya melihat Annur di bawah. Begitu lena walaupun tanpa selimut melitupi tubuh. Naufal Harris mengeraskan hati sendiri. Dia tidak mahu berlembut dengan hatinya untuk mengasihani Annur, isterinya sendiri.
Naufal Harris berkalih pandang pada ke arah beberapa buah bingkai kaca di atas meja berhampiran katil. Salah satunya ialah gambarnya bersama Annur di hari penikahan mereka. Gambar yang hanya menipu pandangan mata. Menipu dengan senyuman yang  terukir sebagai lakonan palsu.
Pandangan matannya terarah pula pada sebuah gambar berbingkai kayu yang berada bersebelahan gambar pernikahannya. Bingkai kecil itu di ambil dan di lihat sebaiknya. Gambar seorang budak kecil perempuan berbaju kuning.Rambutnya tersisir rapi ke tepi dan panjang mencecah ke bahu.
Dia merenung gambar tersebut dengan penuh minat. ‘Kenapa wajah comel ini seperti pernah ku lihat. Siapakah budak dalam gambar ini. Adakah dia…Annur. Tak mungkin….Benarkah dia??’
Ada sesuatu yang menerjah memorinya. Tanpa sedar, pelupuk matanya mula berair. ‘Arghh..Tak mungkin….Bukankah dia sudah meninggal.’
*****
Annur ingin mengejutkan Naufal Harris untuk bersolat Subuh. Namun, dia serba salah. Mahu tidak mahu, di kejutkan juga kerana waktu kian pergi.
“Awak…’ Panggilnya perlahan. Bahu suaminya disentuh perlahan, agak takut-takut.
“Awak…Bangun sembahyang Subuh.” Panggilnya lagi. Lembut suaranya. Bahu suaminya di goyang sedkit supaya terjaga.
Naufal Harris memusingkan tubuh. Matanya terkebil-kebil memandang Annur di sisi. “Macam mana kau ada kat sini?” soalnya seakan terlupa di mana dia berada.
“Semalam, awak tidur di sini.” Annur memberi jawapan.
Naufal Harris meraup muka. “Kau nak apa ni?” Tekan suaranya. Dia mengeraskan hati sendiri.
“Saya nak kejutkan awak sembahyang Subuh.” Annur menjawab agak tergagap-gagap. Dia faham sikap suaminya itu.
Naufal Harris memandang Annur.  Dia kemudian bangun dan melangkah pergi ke pintu.
“Awak…” panggil Annur lembut.
Naufal Harris menoleh. “Kau nak apa lagi?” Nada suara Naufal Harris dapat di baca. Ia jelas bernada marah.
“Boleh tak… kalau.. awak.. jadi imam.. solat saya.” Pinta Annur sebaiknya. Sepatah-sepatah dia menutur bicara.  Sejak bernikah, itulah yang diinginkan. Dia ingin solatnya diimamkan suaminya sendiri. Hari ini, dia meluahkan permintaannya itu walaupun dia tahu, Naufal Harris tidak akan mempedulikannya. Dia sekadar meluahkan keinginannya walaupun waktu sekarang sepertinya tidak sesuai.
Naufal Harris terdiam. Tersentuh hatinya akan permintan Annur.
“Awak…Izinkan saya. Cukuplah walau sekali. Saya teringin. Saya janji takkan minta yang lain.” Bicara Annur sayu menusuk hati.
Naufal Harris mengeraskan hati. Dia kemudian terus berlalu pergi.
*****
Annur mengekori langkah Durra menuruni anak tangga. Dalam pada itu, dia memegang kepalanya. Entah mengapa kepalanya terasa berdenyut-denyut. Sakit. Teralu sakit. Pandangannya juga menjadi kabur. Tiba-tiba dia rasa hilang keseimbangan tubuh. Dan….
“Ya, Allah….” Jerit Durra.
Tika itu, pintu rumah terkuak perlahan. Naufal Harris tergamam. Peristiwa itu berlaku sekelip mata.
“Ya Allah….Sayang,” jerit Naufal Harris lantas mendapatkan Durra yang telah jatuh di anak tangga. Begitu juga Annur.
“Abang… Sa…sakit, bang….” Rintih Durra Aisyah kesakitan. Darah merah mula mengalir membasahi bajunya. Ia juga kian mengotori lantai mozek berwarna putih itu. “Abang….” Rintih Durra Aisyah lagi. “Aa..anak…ki..ta…” Durra Aisyah menangis pilu. “Aa..nak..ki..ta…” Kian sayu suara itu dan dia akhirnya pengsan.
Naufal Harris kaget. Dia segera membawa Durra ke kereta. Dia perlu selamatkan isterinya. Dia terus memandu laju. Dia terlupa akan Annur yang turut pengsan. Dalam keadaan kelam-kabut, dia menghubungi ibunya, Datin Saerah. Dia meminta ibunya untuk melihat keadaan Annur.
“Annur…Adakah kau sengaja ingin membunuh Durra. Mengapa kau ingin meragut kebahagian keluarga aku, Annur. Kenapa? Arghh…Memang dia perempuan tak sedar dek untung….” Bisikan jahat mula bermain di mindanya.
“Aku tahu..Kau memang jahat. Selama ini kau hanya berpura-pura… Jahanam kau Annur. Kenapa kau nak bunuh isteri aku….Kenapa? Sampai hati kau buat aku macam ni Annur. Aku benci kau…Aku benci kau…” Naufal Harris mula beremosi. Fikirannya di racun bisikan syaitan yang dilaknat Allah.
*****
“Maaf, encik. Isteri encik tidak dapat di selamatkan. Namun, bayinya selamat walaupun tak cukup bulan.” Suara sayu Dr. Harlina menebak hati Naufal Harris. Dia tidak mampu menerima berita itu.
“Tak…Saya tak percaya isteri saya dah meninggal. Doktor silap….Doktor cubalah lagi. Cuba selamatkan isteri saya. Saya tak sanggup kehilangan dia doktor. Tolonglah, doktor.” Naufal Harris sudah menangis dan melutut di hadapan doktor Harlina. Dia begitu kecewa. Dia tidak dapat menerima takdir yang tertulis, bahawa Durra Aisyah, isterinya itu telah meninggal dunia.
“Naufal…Sudahlah tu, nak. Durra sudah tiada. Kamu kena terima. Ibu tahu, kamu sayangkan Durra. Tapi, kamu kena terima takdir ini, nak. Tak baik kalau kamu meyalahkan takdir. Kamu harus kuat. Kamu ada anak, Naufal. Jika kau terus begini, apa akan jadi nanti.”
Naufal Harris masih memeluk tubuh Durra Aisyah yang sudah terkaku di atas katil. Jasad itu sudah tidak bernyawa. Hanya air mata kesedihan yang mengalir ke pipi Naufal Harris. Datin Saerah begitu terluka melihat keadaan Naufal. Dia tahu, anaknya masih tidak dapat menerima kenyataan.
“Sayang..Kenapa sayang tinggalkan abang. Kenapa biarkan abang sendiri. Abang rindukan sayang. Abang cintakan sayang. Kenapa sayang pergi dari hidup abang.  Kitakan dah janji akan jaga anak kita. Kenapa sekarang sayang pergi.” Air mata Naufal Harris terus jatuh berguguran. Kesedihannya hatinya begitu mencengkam jiwa. Terlalu perit jiwanya menanggung. “Ke…napa…sa..yang..tinggalkan…aa..bang…” Naufal Harris terus menangisi pemergian Durra Aisyah.
“Naufal..Sudahlah,nak. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Durra sudah tiada. Kamu tidak sendirian. Kamu ada anak. Kamu juga ada Annur.”
“Annur??” Naufal Harris tersentak.
“Dia..Dia bunuh Durra…Dia bunuh Durra. Dia memang jahat.”
“Naufal…kenapa cakap begitu.”
“Dia memang sengaja tolak Annur, ibu. Dia dah bunuh Annur. Dia bunuh isteri Naufal ibu….” Naufal Harris terus melepaskan rasa hati dan kemarahan pada Annur. Dia masih tidak mampu menerima ketentuan takdir.
“Jangan tuduh Annur begitu, Naufal. Dia sakit, Naufal. Dia sakit…”
“Biar dia mati, ibu..Biar dia mati…Naufal tak ingin lihat muka dia. Dia bunuh isteri Naufal, ibu. Dia bunuh isteri Naufal. ” Naufal Harris sudah menjerit seperti kerasukan.
“Naufal….Sedarlah, nak. Kamu terlalu ikutkan hati. Annur tak bersalah. Tak mungkin dia nak bunuh Durra. Dia juga sayangkan Durra.” Datin Saerah memujuk.
“Dia bunuh Durra, ibu..Dia jahat…” Naufal Harris terus menangis. Terisak-isak suaranya. Hatinya pilu.
“Dia jahat ibu…Dia jahat…” Emosi jahat terus merasuk Naufal Harris. Dia tidak dapat mengawal emosi. Akhirnya, dia di suntik ubat penenang.
*****
Naufal Harris menjadi seorang yang pendiam. Dia hanya mengurung diri di bilik. Keadaannya tidak terurus sama sekali. Kehilangan Durra membuatkan dirinya tertekan. Dia mula melayan dunianya sendiri.
Annur pula rasa bersalah. Dia adalah penyebab Durra Aisyah meninggal dunia. Walhal, pada waktu itu dia sendiri tidak sedar apa yang berlaku. Sebaik dia sedar, dia di maklumkan bahawa Durra Aisyah telah meninggal. Dia juga menangis pilu. “Durra….Kenapa kau yang pergi. Mengapa bukan aku.” Air mata Annur jatuh ke pipi.
“Kau pembunuh. Kau bunuh Durra. Kau bunuh Durra.” Melengking suara Naufal Harris tatkala muncul di bilik Annur. Leher Annur juga sudah di cekik seakan ingin membunuhnya. Mujur pada waktu itu, Dato’ Karim ada di rumah.
Pang!! Satu tamparan hinggap ke pipi Naufal Harris. “Kau dah gila ke Naufal nal bunuh isteri kau sendiri.”
“Dia bunuh isteri Naufal, ayah. Naufal tak suka dia ada di sini. Biar dia mati.” Jerit Naufal Harris.
Pang!! Sekali lagi tapak tangan Dato’ Karim hinggap di pipi Naufal Harris. “Kau, harus sedar apa yang kau cakap ni, Naufal. Jangan kerana Durra dah meninggal, kau nak salahkan orang lain. Kau harus terima takdir Allah. Itu kententuan DIA. Cuba kau sedar. Jangan terlalu ikutkan hati kau itu.” Dato’ Karim melepaskan kata.
Annur hanya mampu mengalirkan air mata. “Ya Allah. Sungguh suamiku ini menderita dengan kehilangan isterinya. Ya Allah.  Aku bersalah. Adakah diriku ini pembunuh Durra Aisyah. Andaiku bersalah, hukumlah aku Ya Allah. Aku rela. Aku tidak mampu melihat kesedihan suamiku. Aku tidak mampu melihat dia berterusan begini. Andai dia inginku mati, ku juga rela.”
*****
Selang beberapa bulan….
Naufal Harris kian pulih. Dia sudah mampu untuk menerima pemergian Durra. Kini, dia mula membelai anaknya sendiri. Zahra Aisyah. Itulah nama anaknya.
“Ibu jagakan Zahra sekejap, ye. Naufal nak buatkan Zahra susu.”
Sementara itu…
“Annur. Jagakan Zahra sekejap..”
“Tapi, ni bilik abang….”
“Takpe. Nanti dia masuk, Annur keluarlah, ye. Ibu ada kerja sikit.”
Annur patuh. Memang dia ingin melihat dan membelai si puteri. Tetapi, dia takut kerana Zahra berada di bilik Naufal. Jika sebelum ini, memang dia yang menjaga Zahra semasa Naufal Harris belum pulih sepenuhnya.
“Anak ummi comel….Anak ummi baik…”Ujar Annur tatkala melayan Zahra yang berada di atas katil. Comel…Memang comel. Comel seperti arwah ibunya, Durra Aisyah.
“Kau buat apa kat sini, huh.” Tangan Annur tiba-tiba di rentap kasar. Kemudian, tubuhnya pula di tolak ke lantai. “Jangan kau pegang anak aku.  Aku tak izinkan. Dan…kau jangan cuba nak bahasakan diri kau ummi untuk anak aku. Kau bukan ummi dia. Kau tu pembunuh ummi dia. Kau bunuh Durra, isteri aku. Aku tak suka kau kat sini. Baik kau pergi. Jangan pernah datang bilik aku lagi. Aku takkan izinkan. Kau faham takkkkkkk…” Naufal Harris melepaskan kemarahannya.
“A..bang….”
“Aku dah cakap. Jangan panggil aku abang. Aku tak suka…..” tengking Naufal Harris lagi.
“Annur, minta maaf.”
“Aku takkan maafkan, kau. Kau pembunuh. Pergi, kau. Kenapa kau tak faham bahasa ni.” Kini, pipi Annur pula menjadi sasaran. Pipinya di tampar kasar.
“Abang buatlah apa yang abang suka. Annur rela andai itu yang boleh buatkan abang maafkan Annur.” Suara Annur sudah di temani tangisan. Sayu.
“Jangan panggil aku abang. Kau faham tak.” Naufal Harris menekan suaranya. Sekali lagi pipi Annur menjadi sasaran.
Zahra sudah menangis sekuat-kuatnya. Dia mungkin terkejut.
Datin Saerah sudah kembali. Dia meredakan keadaan.Dia kesal kerana meminta Annur yang menjaga Zahra sekejap tadi. Zahrah yang menangis sudah di dokong dalam dakapan. Sementara itu, Annur telah melangkah pergi berteman air mata yang masih gugur ke pipi.
“Naufal. Ibu tak mahu kamu terus salahkan Annur dalam hal ni. Kamu tolonglah kasihani dia. Ibu tahu, kamu tak pernah terima dia sebagai isteri kamu, tapi tolonglah kamu lembutkan hati kamu untuk terima dia seperti saudara kamu sendiri. Jangan seksa hidupnya lagi. Tolong mengerti ibu, nak. Ibu berharap sangat.” Datin Saerah sudah mengesat air matanya yang jatuh. Kesedihan hatinya tidak tertanggung melihat Annur yang terus dipersalahkan.
“Ya Naufal. Jangan kamu salahkan Annur. Ayah yang patut dipersalahkan. Memang ayah yang salah.” Kini Dato’ Karim pula meluah bicara. “Kamu harus tahu siapa Annur, Naufal. Tolonglah jangan buat ayah terus rasa bersalah. Kalau nak hukum, hukumlah ayah. Bukan Annur.”
Naufal Harris terus melangkah pergi membawa hati yang di cengkam rasa sedih, kecewa dan marah. Fikirannya buntu. Dia tertekan.
*****
Annur kini berada di pusara Durra Aisyah. Pusara itu di sirami air dan di tabur bunga.Surah Al-Fatihah juga di sedekahkan buat arwah Durra.
Annur menangis sendirian. Sebak hatinya tidak tertanggung. “Durra, maafkan Annur. Annur bersalah dengan Durra. Annur tak sengaja. Tiada niat Annur nak cederakan Durra. Annur sendiri tidak pasti apa yang berlaku. Annur minta maaf. Annur rindukan Durra. Annur rasa kehilangan. Annur sudah tiada teman sebaik Durra. Durra….Annur berterima kasih pada Durra sebab benarkan Annur berkongsi kebahagiaan dengan Durra.  Annur tak dapat membalasnya.” Annur mengesat air matanya jatuh jatuh ke pipi.
“Annur rasa sedih lihat abang Naufal. Dia benar-benar terseksa sejak kehilangan Durra. Annur minta maaf sebab tak mampu menjaga abang Naufal. Apa yang mampu Annur buat, hanya berdoa yang terbaik untuk dia.”
“Durra. Zahra sangat comel. Sama seperti Durra. Mukanya juga seiras Durra. Annur kasihankan Zahra. Annur janji dengan Durra, Annur akan jaga Zahra sebaik mungkin. Terima kasih atas semuanya. Annur pasti akan merindui Durra.”
Annur sudah bangun dan ingin pergi.
“Jangan kau pernah datang ke sini lagi. Aku tak suka.” Suara Naufal Harris bergema di cuping telinga. Dia tidak sedar sejak bila lelaki itu muncul di tanah perkuburan itu.
Annur terus melangkah pergi. Hanya air mata berguguran ke pipi.
*****
Di lewat malam, Naufal Harris mendengar suara orang mengaji. Dia tahu suara itu milik Annur. Dalam kemarah dia mendatangi bilik itu. Namun, dia tidak menerjah masuk.. Dia hanya duduk di depan pintu mendengar alunan suara Annur mengaji. Hatinya tersentuh.. Air matanya jatuh ke pipi. Jiwanya mula tenang Begitu hatinya lembut mendengar bacaan Kalam Allah itu. Subhanallah. Dia sedar, dia alfa. Dia sudah lama tidak membaca Al-Quran. Oleh kerana itu, fikiran dan hatinya tidak tenang dan mudah dihasut bisikan syaitan.
Dia kembali ke bilik. Dia berwuduk, bersembahyang dan kemudiannya mengaji. Dia teringat kembali kata-kata Annur sewaktu di pusara Durra pagi tadi. Sedikit sebanyak, jiwanya tersentuh. Dia mula memikirkan apa yang telah dilakukan olehnya terhadap Annur.
*****
Annur sudah bersedia untuk menjalani pembedahan. Dia hanya mampu berserah agar pembedahannya berjalan lancar. Di kala ini, dia terbayang wajah Durra, Naufal dan Zahra. Terasa, air matanya gugur ke pipi.
*****

“Pak cik. Cuba pak cik cerita dengan Naufal apa yang pak cik tahu tentang Annur. Naufal perlu tahu siapa dia sebenar.” Wajah pak cik Osman di hadapannya di pandang. Lelaki separuh abad itu adalah bekas pemandu peribadi ayahnya. Sewaktu berjumpa seketika tadi, dia agak terkejut kerana lelaki itu ada bertanyakan  tentang Annur. Mungkinkah lelaki itu tahu siapa sebenarnya Annur.

Akhirnya, pak cik Osman membuka cerita.

Naufal Harris nyata terkejut dengan cerita yang di sampaikan. Dia kini sudah mengetahui siapa Annur. Rupanya dia pernah mengenali Annur sewaktu kecil. Kisah tragis menimpa diri Annur juga dia tahu. Ibu bapa Annur mati di bunuh dengan kejam, dan Annur pula telah di bawa lari dan membesar di rumah kebajikan. Selama ini, dia di khabarkan dengan berita bahawa Annur sudah meninggal. Oleh itu, tidak terfikir olehnya bahawa Annur yang menjadi isterinya kini adalah orang yang sama.

Suatu yang tidak di sangka, kes pembunuhan ibu bapa Annur sebenarnya ada kaitan dengan ayahnya. Semuanya, gara-gara merebut syarikat yang di bina bersama. ‘Ya Allah. Sungguh ku tak sangka. Annur menderita dan terseksa kerana sikap tamak ayahku sendiri. Adakah kerana itu, ayah sengaja mengatur pernikahan aku dengan Annur sebagai cara untuk memberi hak kepada Annur. Haknya yang dulu telah dirampas.’

“Saya bersalah pada Annur, pak cik. Saya telah menyeksa dirinya tanpa saya tahu siapa dia yang sebenar. ”

“Kamu masih belum terlambat, Naufal. Pak cik tahu, kamu terlalu cintakan arwah Durra, tapi, pak cik juga berharap agar kamu tidak mempersiakan Annur. Harapan pak cik juga sama seperti arwah Durra. Inginkan Annur juga merasai kebahagian yang telah diragut dahulu.”

“Durra? Apa maksud pak cik?” Naufal Harris meminta penjelasan.

“Ye. Sebelum ini, di awal pernikahan kamu dahulu, Durra pernah datang berjumpa pak cik. Dia minta pak cik menyiasat siapa Annur yang sebenar. Dia juga minta pak cik rahsiakan pertemuan dia dari pengetahuan kamu. Sekarang, pak cik rasa, kamu berhak tahu. Kamu janganlah salahkan Durra dalam hal ini. Dia pun sudah tiada. Dia sudah banyak berkorban. Dia memang seorang perempuan yang baik. Beruntung kamu dapat isteri seperti dia. Cuma, pak cik rasa kesal sehingga akhir hayatnya, ayah kamu masih tidak mampu menerima dia.”

Naufal Harris mengangguk mengerti. Patutlah sikap Durra berbeza terhadap Annur. Rupanya dia telah mengetahui kisah hidup Annur. ‘Sayang. Betapa kasihnya engkau. Kerana itu, aku tidak tegar melukakan hatimu. Aku akan sentiasa merindukanmu sayang, walaupun kini kau telah tiada.’

“Annur. Aku bersalah padamu. Maafkan aku kerana tidak pernah mengenali dan mengerti siapakah dirimu yang sebenar. Walhal, keluargaku sendiri yang telah merampas kebahagiaan dirimu. Akan ku cuba tebus kembali kesilapan yang berlaku dahulu. Kau berhak bahagia.’

*****

Naufal Harris terkejut  apabila rumahnya kosong. Ibunya, Datin Saerah, anaknya, Zahra dan Annur tiada di rumah. Dia memamggil-manggil nama ibunya. Tiada jawapan.Dia lantas pergi ke bilik Annur yang tidak berkunci.  Dia terjumpa sehelai kertas yang terbiar jatuh di lantai. Ia sepertinya sebuah surat bagai kata-kata puisi.Namun, sepertinya ia masih belum habis di tulis. Ia telah tercoteng dengan dakwat.

Abang…
Annur mohon kemaafan dari abang..
Maafkanlah diri Annur..
Annur sedar diri ini tidak layak untuk abang…
Annur cuma ingin abang doakan yang terbaik untuk Annur..
Selepas ini, abang buatlah keputusan…
Annur rela terima keputusan abang…

Annur minta maaf sebab mencintai abang..
Annur minta maaf sebab mengasihi Zahra…
Annur juga minta maaf kerana merindui Durra..
Annur sedar, Annur tak layak untuk itu semua…

Cuma satu Annur pinta…
Abang maafkanlah Annur..
Halalkanlah segala yang telah abang beri..
Annur mohon dengan abang…
Annur….

Naufal Harris meraup muka. Bicara hati yang bertuliskan dakwat itu membuatkan hatinya menangis sebak. Dia segera menelefon ibunya.

“Annur ada di hospital, Naufal. Dia sedang bertarung dengan maut. Kini, dia sedang jalani pembedahan kanser.” Berderau darah Naufal Harris tatkala mendengar bicara yang diluahkan ibunya. Tahulah dia kini bahawa selama ini hidup Annur menderita.

“Ya, Allah. Ampunkan hambaMu ini Ya, Allah.”

*****

“Aunty rindu Zahra. Rindu sangat.” Annur mencium dan memeluk Zahra sepuas-puasnya. Kasihnya pada Zahra tidak berbelah bahagi. Air matanya jatuh ke pipi. Alhamdulillah pembedahannya berjaya. Jika tidak, pasti dia sudah tidak dapat melihat wajah comel milik Zahra.

‘Naufal’

Dia tidak harus berharap pada Naufal. Dia redha. Dia cuma isteri yang di nikahi tanpa nama bertakhta di hati. Namun, dia mengucap syukur. Sewaktu dia di hospital, ibu mertuannya memberitahu bahawa lelaki itu pernah datang melawatnya. Dia tahu, Naufal Harris masih punya hati.  Namun, untuk menerima  dirinya, mungkin tidak.

“Annur rehatlah dulu. Biar ibu bawa Zahra keluar.”

“Takpe ibu. Biar Annur dengan Zahra. Annur rindu sangat dengan dia. Nanti, kalau abang dah balik, Annur tak dapat peluk Zahra.”

“Hmmm…Ibu keluar dulu. Kalau ada apa-apa panggil ibu, ye.” Ujar Datin Saerah sebelum melangkah keluar.

Annur kembali melayan Zahra. “Comelnya Zahra ni. Aunty geram sangat. Tembam pulak tu. Rasa macam nak cubit-cubit je pipi Zahra nilah. Rindunya aunty dengan Zahra. Rindu sangat.” Zahra terus di agak ceria.

Annur mengambil gambar foto berbingkai di atas meja di sisinya. Itu adalah gambarnya bersama Durra dan Naufal. Waktu itu Durra sedang mengandungkan Zahra. Gambar itu dielus lembut dengan jari-jemarinya. Kemudian, ia di bawa dekat dengan Zahra.

“Zahra…Ni gambar ummi Zahra. Comelkan. Zahra tahu tak..Aunty..rindu sangat dengan ummi Zahra. Tapi… Ummi Zahra dah takde.” Tanpa sedar air matanya jatuh ke pipi. “Aunty pun sebenarnya rindu dengan papa Zahra. Kalau tak kerana papa Zahra, aunty takde kat sini.” Air matanya yang jatuh diseka dengan hujung jari. Kemudian gambar itu diletakkan semula di atas meja.

Annur kini mengelus perlahan kepala Zahra. “Zahra….Aunty tak tahu.. lepas ni, aunty dapat main dengan Zahra lagi tak. Kalau aunty takde, Zahra jangan degil ye. Zahra mesti dengar cakap papa, nenek dengan atuk. Okey, Zahra. Kita tidur jom. Aunty dah penat ni.” Annur terus menepuk-nepuk tubuh si comel. Memang mudah dia menjaga Zahra kerana bayi itu tidak banyak ragam. Zahra menguit-guit sedikit sebelum ia matanya kian layu dan tertidur.

Tanpa sedar, bicaranya itu di dengar Naufal Harris. Hati lelaki itu meruntun sayu. Air matanya gugur jua ke pipi. ‘Begitu dia sangat merindukan Durra, aku dan Zahra.’

*****

“Anak aunty ni demam ke? Ala ciannya dia. Meh sini aunty peluk, meh.” Annur seperti biasa melayan mesra si puteri yang comel itu. “Anak aunty ni baik. Tak nangis.” Begitu ceria wajahnya melayan kerenah Zahra yang terliuk-lentuk di tempatnya di dalam buaian.

Seketika kemudian, Naufal Harris mendatangi mereka.

“Zahra. Aunty pergi dulu ye. Aunty ada kerja. Papa Zahra dah datang ni. Okey, sayang.” Annur berbicara perlahan dengan Zahra, seolah-olah bayi comel itu mengerti setiap baris katanya. Annur kemudian melangkah pergi.

Naufal Harris memandang langkah Annur. Dia kemudian mengambil dan mendokong Zahra. Baru selang beberapa waktu, Zahra sudah menangis. Dia cuba memujuk, namun Zahra masih juga menangis. Di bawa ke sana ke mari. Namun, Zahra masih juga menangis. Tangisannya semakin kuat. Nyaring suaranya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mencari Annur di dapur yang mula sibuk untuk memasak. Ibunya entah ke mana.

“Awak…” panggil Naufal Harris.

Annur terkesima lalu menyambut Zahra apabila tubuh bayi comel itu diserahkan kepadanya. Zahra dipeluk rapat ke dada dan ditepuk-tepuk perlahan. Namun, Zahra masih menangis. “Zahra, lapar ye. Jap ye. Aunty buatkan susu.”

“Takpe..Takpe. Biar saya buat.” Naufal Harris menawarkan diri. Entah mengapa hari ini, sikapnya agak berbeza.

Annur sempat memandang wajah suaminya. Hatinya sedikit terusik.

“Kesian Zahra ni. Lapar ye. Jap ea. Papa Zahra tengah bancuhkan susu. Zahra jangan nangis lagi ye. Nanti aunty tak nak kawan dengan Zahra.” Zahra ditepuk dengan penuh kasih, namun masih juga menangis. “Alolo..Comel..Janganlah nangis..” Pujuk Annur lagi.

Naufal Harris sudah datang. Annur ingin menyerahkan kembali Zahra kepada Naufal.

“Awak susukanlah dia.” Ujar Naufal Harris sambil menyerahkan susu yang telah siap di bancuh itu kepada Annur.

Annur memandang wajah Naufal Harris.

 “Awaklah ummi Zahra. Jangan bahasakan diri awak aunty dengan Zahra. Bahasakan diri awak ummi. Saya nak Zahra kenal awak sebagai ummi dia.” Sambung Naufal Harris lagi.

Hati Annur berlagu sebak. Air matanya sudah jatuh ke pipi. Tidak sangka tika ini Naufal Harris akan berkata  begitu. “Te..terima kasih, awak.” Ujar Annur berteman air mata gembira dan syukur.

“Abang…Panggillah saya abang.” Ujar Naufal Harris lagi. Air mata Annur yang jatuh ke pipi dielus dengan jarinya. Dahi Annur kini di cium, seakan ia satu restu kepada hidup baru mereka.

Semakin deras air mata Annur jatuh ke pipi. ‘Ya Allah. Syukur padaMu. Ku gembira dengan kurniaanMu ini, Ya Allah.’

Datin Saerah dan Dato’ Karim yang turut menyaksikan kejadian itu, turut sebak mengalirkan air mata. Mereka bersyukur kepada Allah S.W.T.

*****

Naufal Harris sudah melentokkan kepala di atas riba Annur. Dahulu, begitulah cara dia bermanja dengan arwah Durra. Tangannya pula mengelus lembut pipi Zahra yang berada di sisi. Keluarganya kini lengkap kembali. Dia akan belajar mencintai dan mengasihi Annur seperti mana janjinya dengan arwah Durra dahulu. Mungkin, doa Durra dahulu dimakbulkan agar hatinya lembut menerima kehadiran Annur.

“Nur…Abang minta maaf atas sikap abang selama ni. Abang juga minta maaf sebab hingga hari ini, abang masih tak mampu lupakan Durra. Abang masih rindukan dia.”

Annur mengangguk. “Abang…Annur takkan marah kalau abang masih cinta dan rindukan Durra. Annur juga rindukan Durra. Annur juga merasa kehilangan dia seperti abang. Durra itu begitu baik, bang. Annur minta maaf, sebab Annur…Durra…”

“Nur…Jangan cakap begitu. Abang rasa bersalah andai Nur terus salahkan diri Nur. Abang yang bersalah kerana tuduh Nur begitu. Ia takdir Nur. Tak mungkin kita mampu menghalangnya. Dulu, abang terlalu ikutkan hati dan emosi. Abang tak mampu terima apa yang terjadi pada Durra dan abang salahkan Nur. Abang memang bersalah.”

“Sudahlah, bang. Ia telah berlalu. Annur berterima kasih sangat pada abang sebab sudi terima Annur dalam hidup abang. Dulu, Annur sering menangisi hidup sendiri. Tiadakah cinta buat diri Annur. Annur akhirnya sedar, selama ini hidup Annur punya cinta. Cinta dari Allah. Kerana cinta dan kasih sayang Allah, Annur di satukan dengan abang. Kerana cinta Allah juga Annur mengenali Durra. Kerana kasih dan cinta Durra, Annur turut merasai sinar bahagia. Memang Annur tak mampu membalas budi Durra. Annur harap, Annur dapat balas budinya dengan menjaga Zahra. Biarlah kasih sayang Annur bersemi untuk Zahra dan abang, orang yang dikasihi Durra dalam hayatnya.” Annur mengelus lembut bahu suaminya.

Naufal Harris memandang wajah Annur. Tangan isterinya itu diraih dan dicium penuh kasih. “Terima kasih, Nur. Abang janji akan tebus balik kesilapan abang dulu. Hak Nur sebagai isteri abang akan abang penuhi. Abang sayangkan, Nur.”

Sayu bicara lelaki itu di telinga. Permata jernih dan hangat berguguran ke pipi Annur.

“Jangan menangis lagi sayang. Cukuplah dengan tangisan yang lalu. Abang nak Nur tahu bahawa kini cinta abang ada buat Nur.”

Annur tetap menitiskan air mata. Air mata bahagia. Adakah cinta untukku? Persoalan di hatinya kini sudah terjawab.


TAMAT

25 comments:

  1. best sgt2..mngis2 sy bce..huhu~gud job

    ReplyDelete
  2. Huaaa~~~~ sdihnya . . . Sebak hti ni mmbca .

    .. Well done cik penulis .

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah.. Sedey bile bce.. Best ;)

    ReplyDelete
  4. Cerpen pling bgus yg penah sya bca .. sedih sgat .. menangis² sya bca cerpen nie .. good job penulis ..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah... meleleh air mata ni.. cerpen ni sangatlah menyayat hati... sangatlah best! Thumbs up! Boleh jadi penulis ni kalau buat novel. Serius saya ckp!

    ReplyDelete
  6. best la cerita ni,sedih smpai keluar air mata..sy bg 4bintang!!

    ReplyDelete
  7. Saya suka cerpen ni... Terbitlah di buku

    ReplyDelete
  8. serius cerpen ni boley buah hati sya yg keras ni meleleh air mata

    ReplyDelete
  9. Sedih..gud job for writer..

    ReplyDelete
  10. Sedih sungguh cerpen ni..tp sgt2 best..wataknya semua org baik..

    ReplyDelete
  11. Hidung sy dh beraih penuh gan hingus ni.. Best giler citer ni .

    ReplyDelete
  12. Best cerpen ever.very sad n good story.keep it up

    ReplyDelete
  13. Best cerpen ever.very sad n good story.keep it up

    ReplyDelete
  14. Sedih nye..rase mcm nk ngis..rase kesian kt durra dgn annur..eee..rase mcm xpuas hati pon ade..ptut nye ending tu pnjng skit sbb nk tngk kmesraan annur dgn naufal lame skit..hehe

    ReplyDelete
  15. Still tak boleh move on dengan cerpen niyh😭,10 kali baca,10 kali tu jugak menangis sampai bengkak mata😂,keep it up writer👍,best cerpen ever♡

    ReplyDelete
  16. Huhuhuhu..sedihnya lahai...rasa macam masuk kat alam lain ja..hehe

    ReplyDelete